Sabtu, 5 April 2014

02 di kulim - Google Blog Search

02 di kulim - Google Blog Search

SEJENAK BERSAMA PAK KASSIM AHMAD DI KULIM | Daulah ...

Posted: 24 Mar 2014 01:31 AM PDT

KEBENARAN  ITU ADALAH DARI TUHANMU JANGANLAH SEKALI-KALI KAMU TERMASUK ORANG YANG RAGU-RAGU – AL BAQORAH        2 : 147

Bapak Kassim Ahmad telah menjengah usia 80 tahun (1934- 2O14). Beliau kelihatan uzur selepas dikunjungi para pelawat yang ramai, tersentak dengan kontoversi yang dicetuskannya :

1. Tawhid hanya tunggal lailahaillallah

2. Tawhid kedua Muhammadur Rasulullah batal

3. Al Quran tidak memerlukan Al Hadis yang menurut Imam Shafie sebagai al hikmah untuk menerangkanya.Al Quran telah lengkap untuk menerangkan kebenaran Ilahi dan tidak memerlukan tokok tambah lagi.

4. Rambut wanita bukanlah aurat.

5. Punca kelemahan umat Islam kerans terlalu percaya kepada alim ulama yang diangkat sebagai kelas paderi untuk membuat dan menafsir hukum di sepanjang sejarah.

Kunjungan ke rumah Pak Kassim yang penulis kenali sejak di P.Pinang 20 tahun yang lalu mengesahkan pendiriannya tetap utuh.

Beliau bermula sebagai seorang sasterawan, anak zaman yang membentrontak terhadap kebejatan FEUDALISME yang diperlindungi dan dibajai PENJAJAH sepanjang era penjajahan dan selepas merdeka.

Menurut pengalaman seorang rakan pelajar yang senior Prof Syed Naquib Al Attas, Kassim Ahmad yang masuk ke Universiti Malaya di Singapura pada pertengahan tahun 1950an adalah seorang pemuda kampung yang warak. Seorang yang kuat dan patuh bersolat dengan  membawa sejadah ke sana kemari.

Selang tidak berapa lama selepas masuk  universiti seawal usia 20 tahun ia berubah dengan ketara selepas bertembung dengan ideologi sosialisme yang progresif.

Ideologi ini mendominasi pemikiran anak muda seluruh dunia pada ketika itu.Bermulalah Kassim baru yang anti FEUDAL dan menentang segala politik, ekonomi dan sosial yang menyokong feudalisme, kapitalisme dan imperialisme .

Beliau bergelumang dengan segala kazanah  kesusasteraan barat kontemporari dan falsafah yang menunjanginya.Maka beliau menyanjung Hang Jebat sebagai WIRA MELAYU- RAJA ADIL RAJA DISEMBAH RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH.Dalam salah sebuah sajak  berjudul DAILOG beliau menulis :

Aku akan pergi dengan 1000 Jebat si anak ani,

Kian lama kita mati dalam setia,

Kali ini kita hidup dalam DURHAKA !

Kassim pernah ditahan dibawah akta zalim, warisan penjajah tahan tanpa bicara di bawah ISA oleh golongan yang ditentangnya selama 5  tahun. Ia dibebaskan semasa Dr Mahathir menjadi PM pada tahun 1981.

Selepas itu dalam kembara falsafah, selepas mengkaji kepincangan Marxisme secara mendalam dan kapitalisme serta liberalisme secara kritis ia keluar dengan satu jalan unik JALAN PULANG KE PANGKUAN ISLAM. Asas pemikiran Kassim ialah Falsafah-pertimbangan rasio- akal – intelek.

Kembali kepada Islam ? Masalahnya ia tidak setuju dengan segala Islam warisan yang terhasil daripada tragedi  sejarah, budaya dan zaman. Islam ini beliau sebut sebagai Islam Baka yang sarat dengan tafsiran yang tidak tepat dengan  hakikat ISLAM yang sebenarnya.

SEBAB ITU HASILNYA TIDAK SEBAGAIMANA YANG TERJADI DI ZAMAN NABI MUHAMMAD. Ia menolak kediktatoran adikuasa sang pemimpin dan penguasaan parti secara totok dan rakus  sebagaimana dalam Komunisme.

Ia menolak kesewenangan individu dan kuasa perniagaan free enterprises dalam kapitalisme dan liberalisme. Kassim menyatakan ISLAM adalah jalan tengah di antara keduanya.

Jalan yang lurus ,sistem yang disediakan demi penyelesaian segala masalah dan kemelut umat manusia. Kekalutan yang dunia hadapi masa kini.

Berhujah dengan Kassim ialah dengan Quran juga.Salah seorang  pengkagum dan pembela Pak Kassim Tun Dr Mahathir menyatakan mereka menuduh Kassim sesat kerana mereka tidak dapat melawan hujahnya secara tepat. Adakah Pak Kassim bersedia untuk berdebat mempertahankan hujahnya.Adakah kesihatan mengizinkannya atau kita harus membiarkannya begitu saja ! Akan bersambung ……?…

Siapa kata umat Islam mendewa-dewa Nabi Muhammad   secara berlebihan.Tidakkah dalam rukun Iman di sebut beriman kepada Allah, beriman kepada para malaikat, beriman kepada PARA RASUL, Kitab, hari akhirat dan qada dan qadar. Siapa kata umat Islam hanya mengagungkan nabi Muhammad .

Dalam dakwah sepanjang sejarah tidak ada orang yang masuk  Islam tanpa menerima kerasulan Muhammad.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

02 di sungai petani - Google Blog Search

02 di sungai petani - Google Blog Search

HOT!! Gambar Ngeri Pergaduhan Di Sungai Petani! (18SG) ~ Kedah ...

Posted: 04 Apr 2014 09:12 PM PDT

Puncanya semalam hanyalah salah faham, kemudian berlaku pertengkaran kecil dan berakhir dengan tetak menetak. Mangsa berbangsa cina dan suspek yang menetak berbangsa india. Jangan salah faham, ini bukan pergaduhan kaum, tetapi kedegilan dan kesombongan mengatasi akal. Sebab tu jadi macam ni.

Di kabarkan pergaduhan berlaku di Sungai Petani. Macam-macam kes Sungai Petani ni, kes kecil tak boleh bertolak ansur ka? Bila jadi macam ni, kan dah menyusahkan orang, masing-masing nak tunjuk otai la konon. Pakai otak la!

Sapa rasa lemah semangat tak disyorkan tengok gambar dibawah.

Mangsa selamat dihantar ke hospital yang berdekatan dan masih bernafas hingga sekarang.

P/s: pengajaran, jangan nak tunjuk hebat, cakap elok-elok..

McTheory:
Baru lancar bandar selamat, dah ada kes pulak!

02 di kuala kedah - Google Blog Search

02 di kuala kedah - Google Blog Search

kathyjem: Manjer's di Jeti Kuala Kedah

Posted: 02 Apr 2014 01:24 AM PDT

Abis je wedding Ila terus balik homestay kemas baju terus gerak.. Kiteorang kena sampai jeti Kuala Kedah sebelum kol 5 sebab last feri pukul 6 ptng...  Dalam pukul 4 lebih jugak la kami bertolak menuju ke Jeti Kuala Kedah.. Nasib tiket ada, fuhh lega...

Dah la nak kejar masa, satu hal la pulak nak cari parking kat Jeti Kuala Kedah ni penuh sesajer.. Kiteorang masa nak cari parking datang satu motor ni ngan kawan die kat belakang, tanya kiteorang nak cari parking ker.. Masa tu kat traffic light.. Shah yang drive, die bukak tingkap kereta jawablah kat orang tu..A'ah tengah cari parking kereta.. Takpa-takpa ikut kami.. Kiteorang pon ikut jer la nak cepat punye pasal takut terlepas feri.. Macam tau2 jer kiteorang nak cari parking kereta maybe die tengok nombor flat kereta kot..

Eira ngan Ciput kat belakang pon ikut sekali.. Sekali orang tu bawak kiteorang parking nunnn jauh dari jeti... Dah la bawak anak ngan beg berbakul-bakul.. Terus kiteorang bagi tau kat mamat tu kiteorang cari parking sendiri yang dekat ngan jeti sebab ada budak kecil.. Die kata takper tak jauh pon depan tu je jetinye parking je kat sini.. Eh eh paksa pulak tak nampak kiteorang bawak anak ni.. Takper2 kiteorang cari sendiri parking.. Terus vrommm blah malas nak layan dah la bagi parking depan kedai macam tak selamat jer..

Dapat parking sebelah jeti terus keluarkan beg menuju ke Jeti.. Tak jauh pon kiteorang parking sebelah jeti, pandai mamat tadi tu bagitau parking penuh kat jeti ada je parking..

Kami beli tiket yang terakhir pukul 6 ptng.. Ramai jugak orang hari tu walaupon bukan cuti sekolah .. Kalo cuti sekolah aku rase bersesak-sesak kat ruang menunggu ni..

Dah beli tiket tunggu sat..  Eira ambik gambar Raiisah masa ni.. Orang suruh berdiri pegi duduk pulak die..

Raiisah kalo orang suruh posing mesti die akan duduk.. Style apa tak tahu.. Orang kuat manjer's ni..hehehe Sampai2 terus Yana berlari-lari pergi beli tiket.. Tengok duduk lagi berdiri la Raiisah... Pusing2 die dalam tu semua orang die nak tegur.. Yeaaa nak naik feri.. 2 jam perjalanan dari Jeti Kuala Kedah ke Langkawi.. Lama jugak 2 jam ok boley tido...

Dalam kol 8 jugakla kami sampai Langkawi.. Sewa kereta memang Yana dah call siap2 abang yang kiteorang nak sewa kereta tu.. Dapat murah la jugak.. Kiteorang dapat sewa Avanza Hitam rm 150 jer untuk 3 hari.. Murahkan.. Terkejut jugak masa Abang tu bagitau harga sewa Avanza 3 hari die charge 150..

Lepas naik Avanza terus cari tempat makan.. Masing2 dah kebuluq sebab kat kenduri kawen Ila makan sikit..

Ala lupe lak nama tempat kiteorang makan ni tapi kat sini banyak makanan seafood..

Dapat tempat duduk masing2 dengan gadget.. Ni budak pon sama sibuk dengan Tom's & Angela die... Bagi die diam kejap kang nak turun je kerja die pastu menangis tak bagi pegang hp.. Yunnan dan Mummy.. Keisha lapar ye nanti kite makan ek.. Bagus Keisha diam jer die langsung tak dengar suara.. Pemalu sungguh Keisha ni macam mummy die jugak..Eh Eira ko pemalu ker?? Pemalu la jugek..hehehe Dengar die bercakap ngan daddy mummy die.. Kalo ngan Yana angguk2 jer.. Kalo ngan aku langsung senyap.. Muke lapar dan ngantuk.. Tak sabar nak sampai hotel.. Rase macam makan kat rumah pulak bile tengok mangkuk TomYam tu.. Bismillah mari kite makan... Dah abis makan menikmati pemandangan laut.. Selesai makan terus menuju ke Hotel.. Check in lewat dalam kol 10 gakla.. Kami stay 3 hari 2 malam di Langkawi Seaview Hotel.. Wow!!! Nampak tilam terus tak sabar nak kroihh kroiih..hehehe

Ok nak mandi nak ZZZZZZ!

piece : kathyjem

02 di sik - Google Blog Search

di sik - Google Blog Search

02 di sik - Google Blog Search

Pelajar Tingkatan 4 Maut Dalam Kebakaran Di Sik - MYNEWSHUB ...

Posted: 26 Jan 2014 08:07 PM PST

SIK – Seorang pelajar perempuan tingkatan empat maut dalam kebakaran di rumahnya di Kampung Changhai, Jeneri di sini awal pagi ini.

Siti Aishah Che Ani, 16, pelajar Sekolah Menengah Tunku Sulong, Jeniang di sini mati di tempat kejadian dalam kebakaran yang berlaku kira-kira 4.45 pagi
ini.

Turut tercedera dalam kebakaran rumah yang didiami empat beranak itu ialah abang mangsa, Mohd Firdaus Izwan Che Ani, 18, yang melecur di beberapa bahagian tubuh.

Bapa dan ibu pelajar itu, Che Ani Md Isa, 59, dan Normah Zainon, 51, dilaporkan selamat.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Daerah Sik, Mohd Faisol Izwan Hang Tuah memberitahu pihaknya berjaya mengawal api daripada merebak ke rumah berdekatan.

Beliau berkata mayat pelajar itu dihantar ke Hospital Daerah Sik untuk bedah siasat. – BERNAMA

Anda mungkin juga meminati:

Pelajar Tingkatan 4 Maut Dalam Kebakaran Di Sikhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/Kebakaran4.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/Kebakaran4-150x150.jpgMyNewsHub Terkini,

SIK - Seorang pelajar perempuan tingkatan empat maut dalam kebakaran di rumahnya di Kampung Changhai, Jeneri di sini awal pagi ini. Siti Aishah Che Ani, 16, pelajar Sekolah Menengah Tunku Sulong, Jeniang di sini mati di tempat kejadian dalam kebakaran yang berlaku kira-kira 4.45 pagi ini. Turut tercedera dalam kebakaran rumah yang...

SIK - Seorang pelajar perempuan tingkatan empat maut dalam kebakaran di rumahnya di Kampung Changhai, Jeneri di sini awal pagi ini.

Siti Aishah Che Ani, 16, pelajar Sekolah Menengah Tunku Sulong, Jeniang di sini mati di tempat kejadian dalam kebakaran yang berlaku kira-kira 4.45 pagi ini.

Turut tercedera dalam kebakaran rumah yang didiami empat beranak itu ialah abang mangsa, Mohd Firdaus Izwan Che Ani, 18, yang melecur di beberapa bahagian tubuh.

Bapa dan ibu pelajar itu, Che Ani Md Isa, 59, dan Normah Zainon, 51, dilaporkan selamat.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Daerah Sik, Mohd Faisol Izwan Hang Tuah memberitahu pihaknya berjaya mengawal api daripada merebak ke rumah berdekatan.

Beliau berkata mayat pelajar itu dihantar ke Hospital Daerah Sik untuk bedah siasat. - BERNAMA