Pelanggan Hyundai di Sungai Petani kini boleh mendapatkan perkhidmatan di pusat servis terbesar Hyundai dengan pembukaan, AutoLim Brothers Sdn Bhd (AutoLim Brothers) Pusat 3S Hyundai yang ke-24.

Dengan pelaburan sebanyak RM5.54 juta, pusat 3S yang dibina di tanah seluas 50,000 kaki persegi yang lengkap dengan fasiliti bilik pameran, lima ruang penyelenggaran, ruang menunggu untuk pelanggan dan bahagian alat ganti ini turut akan mempamerkan model Hyundai Sports Series.

Menurut Pengarah Urusan AutoLim Brothers, Lim Tiang Soon, "Penambahbaikan fasiliti dan penaiktarafan dari pusat 1S kepada 3S yang dilakukan ini adalah perlu bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik buat pelanggan."

Pusat 3S yang terletak di No A144, Jalan 3, Kawasan Perusahaan MIEL Sungai Lalang, Sungai Petani, Kedah ini akan memberikan perkhidmatan untuk hampir 2,100 pelanggan Hyundai dari sekitar Sungai Petani, Gurun, Semeling, Merbok, Tanjung Dawai, Kuala Ketil, Baling dan Bertam.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pusat 3S yang dibuka dari setiap hari bermula 9 pagi hingga 7 malam ini,  sila hubungi (04) 440 4595/593 (jualan) or (04) 440 4590/592 (servis).