ads

Rabu, 23 April 2014

02 di pokok sena - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di pokok sena - Google Blog Search


PEROSAK RAKYAT..!!! Mahfuz Menaja 2 Bas Orang <b>Pokok Sena</b> Ke <b>...</b>

Posted: 23 Apr 2014 08:00 PM PDT

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar semalam berdegar-degar mengerah seluruh ahli PAS untuk menyertai himpunan membantah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST) di ibu negara pada Hari Pekerja, 1 Mei nanti.

Mungkin mahu menonjolkan diri, Mahfuz berbangga mengumumkan bahawa PAS di kawasannya menaja sebanyak 2 buah bas dari Parlimen Pokok Sena bagi membawa ahli-ahli PAS di kawasan itu menyertai himpunan sia-sia tersebut.

Malah sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah, dia juga memaklumkan sebanyak 5 buah bas akan berlepas dari PAS Kawasan Sungai Petani bagi membawa penyokong-penyokong parti itu ke Kuala Lumpur.

Admin berpendapat bahawa usaha Mahfuz itu sebagai satu tindakan terdesak yang tidak membawa sebarang makna apa-apa. Atau dalam bahasa mudah, tindakan berhimpun membantah GST itu adalah satu tindakan yang sia-sia.

Dalam sejarah demonstrasi negara, belum ada satu pun tindakan tunjuk perasaan secara membuta tuli itu berjaya memenuhi kehendak para pendemonstran. Lebih ramai yang berhimpun membantah, bertambah payah untuk mereka mencapai matlamat atau kehendak yang dilaungkan.

Misalnya, parti-parti pembangkang sebelum ini terpaksa melakukan bersiri-siri himpunan Bersih. Namun, kebanyakkan tuntutan yang dibuat itu langsung tidak dilayan manakala hanya yang logik dan masuk dek akal saja yang dikaji kesesuaian perlaksanaannya.

Ini adalah kerana permintaan mereka itu mengarut sama sekali meskipun dipenuhi. Misalnya, isu dakwat kekal. Meskipun Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) memenuhi permintaan mereka, namun dakwat tersebut masih dipertikai sehingga kini.

Lebih mengarut, ramai pihak yang berpandangan bahawa tuntutan menggunakan dakwat kekal itu sebagai sesuatu yang merepek, tidak praktikal, tidak berkesan dan tidak sesuai berbanding penggunaan sistem biometrik yang dicadangkan SPR sebelum ini.

Berbalik kepada isu himpunan membantah GST, admin tidak fikir bantahan itu akan mengubah sebarang dasar mengenai sistem baru percukaian yang lebih sistematik dan berkesan itu.

Apatah lagi Mahfuz hanya akan menyebabkan ramai pekerja di negara kita kehilangan waktu-waktu berharga mereka di hari cuti umum yang sepatutnya digunakan bersama keluarga, orang tersayang dan berehat sambil melakukan aktiviti yang jauh lebih berfaedah.

Agak terkilan dengan Mahfuz yang bangga dengan PAS Kawasannya yang menyediakan dua buah bas untuk himpunan tersebut.

Mana sepanduk PAS Kawasan Pokok Sena di program di Kedah ini?
Sedangkan, ketika seluruh umat Islam di negeri Kedah berhimpun di Stadium Darul Aman memuji dan bersalawat kepada Rasulullah SAW, PAS Kawasan Pokok Sena langsung tidak menaja sebarang jenis kenderaan untuk ke majlis cinta Rasul itu.

Sebuah motorsikal pun Mahfuz tidak taja untuk menunjukkan "mahabbah" kepada Rasulullah SAW?

Admin yakin, kalau Mahfuz taja para penyokong PAS ke majlis ibadah itu, sudah tentu dia akan panggil Sinar Harian untuk hadir sidang media khas untuk diwar-warkan "infaq"nya itu, bukan?

Begitulah gerangannya Pesuruhjaya PAS Kedah yang terkini. Kalau bersangkutan hal politik, berbas-bas dia boleh taja. Tapi kalau majlis yang berkaitan dengan kepentingan Islam, Rasulullah SAW dan Allah SWT, langsung dia tidak peduli?

Berbeza benar Mahfuz dengan bekas Pesuruhjaya PAS Kedah yang lama, Allahyarham Datuk Seri Ustaz Azizan Razak, bukan? Bagai langit dengan bumi.

Dari Sumber...

02 di gurun kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di gurun kedah - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di gurun kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Mar 2014 03:27 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pisau <b>Kedah</b>: Tahniah !!! Adun <b>Gurun Di</b> Lantik EXCO Ke 9 Kerajaan <b>...</b>

Posted: 21 Mar 2014 02:15 AM PDT

ALOR SETAR - Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Gurun Datuk Dr Leong Yong Kong hari ini mengangkat sumpah sebagai Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Kedah.

Dr Leong, 54, yang juga Timbalan Pengerusi MCA Kedah mengangkat sumpah di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah dan tiga anggota jemaah yang lain di Istana Anak Bukit di sini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan kesemua anggota exco kerajaan negeri.

Dr Leong merupakan exco yang kesembilan dilantik.

Sebelum ini Mukhriz hanya melantik lapan orang exco berbanding amalan biasa 10 orang, dengan satu daripada dua kekosongan itu dikhaskan untuk wakil daripada MCA.

Dr Leong berkata selepas ini beliau akan berjumpa dengan Mukhriz bagi membincangkan portfolio yang bakal dipegangnya.

"Selepas diberi tugas, saya akan jalankan dengan sedaya upaya demi kepentingan kerajaan negeri dan rakyat serta membantu melancarkan perjalanan jentera kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah itu.

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah serta Anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang memperkenan melantiknya sebagai exco kerajaan negeri.

"Terima kasih kepada rakyat negeri ini yang turut menyokong saya," katanya.

Mukhriz sebelum ini dilapor sebagai berkata portfolio yang disedikan untuk wakil MCA ialah Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, Kesihatan dan Perpaduan. - Bernama

BLOG KEDAH: 02 <b>di gurun kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Mar 2014 03:45 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Mencari Homestay <b>di Gurun Kedah</b>?? | WMNBoutique Blog

Posted: 24 Feb 2014 08:46 PM PST

Anda mencari homestay @ resthouse di sekitar pekan Gurun, Kedah??

* Rumah setingkat kembar dua.

* 3 Bilik Tidur, 1 bilik air.

deahza_homestay2_091

KedahLanie.info: [LIVE] Forom Perdana : Mencari yang halal satu <b>...</b>

Posted: 03 Mar 2014 04:31 AM PST

SIARAN LANSUNG DARI SG BONGKOK GURUN KEDAH

BLOG KEDAH: 02 <b>di gurun kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Feb 2014 03:16 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di gurun kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Feb 2014 03:33 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di gurun kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jan 2014 03:36 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di gurun kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jan 2014 03:49 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di gurun kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Dec 2013 03:32 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Tanah Lot Murah <b>di Gurun Kedah</b> - tanah lot di kedah untuk dijual <b>...</b>

Posted: 24 Jul 2013 04:57 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Tanah yang berkeluasan keseluruhannya 1.9374 hektar ( lot 2290 ) terletak di Batu 9 Gurun, Kedah dalam daerah Kuala Muda. Lot asal ini telah pun dipecahkan kepada lot lot kediaman / rumah sebanyak 37 unit dengan ...

BLOG KEDAH: 02 <b>di gurun kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Nov 2013 03:08 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di gurun kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Nov 2013 03:18 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

izarah homestay d&#39;<b>gurun</b> - <b>gurun kedah</b> - homestayniaga.com

Posted: 06 Nov 2013 05:48 AM PST

 
  HOMESTAY NIAGA .COM
 
 
   
NAMA HOMESTAY IZARAH HOMESTAY D'GURUN
ALAMAT NO 188,TAMAN jERAI 2, JALAN MERANTI 1, GURUN, KEDAH
NEGERI KEDAH
DAERAH / NAMA KAWASAN GURUN
INFO HOMESTAY Menyediakan pakej penginapan yang selesa dan murah.
Lokasi yang strategik. Terletak di Pekan Gurun. Berdekatan Plaza Tol Gurun, Pusat Peranginan Gunung Jerai, dan kawasan perindustrian (PETRONAS, PERWAJA, MODENAS, NAZA, KTM, NAFAS dll)

Dilengkapi perabot, peralatan memasak, bilik berhawa dingin dan parking berbumbung yang luas.

Rumah teres lot tepi sesuai untuk seisi keluarga, pekerja dan untuk urusan majlis perkahwinan, persinggahan, melancong dll.

Menawarkan kadar sewaan secara: HARIAN, MINGGUAN, BULANAN dan TAHUNAN.(Harga boleh dirunding)

Kadar sewaan 150 sehari semalam.

Jika berminat sila hubungi: 0195135873

HARGA SEWA SEHARI 150
HARGA SEWA SEJAM 50
PENYEWA MESTI ISLAM -WARGANEGARA MALAYSIA
NAMA UTK DIHUBUNGI AZIZAH BT JUSOH
NO TEL 0195135873
FACEBOOK azizahjusoh
WEB / BLOG
GAMBAR DSC01582.JPG
 
     
 

BLOG KEDAH: 02 <b>di gurun kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Nov 2013 03:08 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Majlis Pelancaran Semula Projek Taman Permai Utama, <b>Gurun</b> <b>...</b>

Posted: 03 Nov 2013 12:35 PM PST

Majlis Pelancaran Semula Projek Taman Permai Utama, Gurun, Kedah akan berlangsung pada 24 Ogos 2013 (Sabtu), bertempat di Tapak Projek, 9 pagi hingga 5:00 petang.

&#39; delivery &#39; pertama <b>di gurun</b>. - ummuafiqcakes <b>gurun</b>, <b>kedah</b> - Blogger

Posted: 14 Nov 2013 07:41 PM PST

Order dari Kuala Lumpur untuk orang istimewa di KTM Gurun.
1.5 kg Kek Choc Moist
Topping/Filling - Dark/Milk Chocolate, Whipped Cream
Rm 48.

di negeri kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri kedah - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>Di</b> Majlis Agama Islam <b>Negeri Kedah</b> (MAIK <b>...</b>

Posted: 09 Apr 2014 02:10 AM PDT



Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut :-

1. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S41
2. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S27
3. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM S17
4. PEMBANTU AKAUNTAN W17
5. PEMANDU KENDERAAN H11

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang MAIK/KHP Pindaan 2010 yang berharga RM2.00 yang boleh diperolehi di :

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH,
BANGUNAN WAN MAT SAMAN,
05000 ALOR SETAR,
KEDAH DARUL AMAN

Tarikh tutup permohonan ialah pada 17 April 2014. Sila muat turun iklan jawatan untuk melihat syarat-syarat permohonan.

Maklumat lanjut jawatan klik sini

02 di baling - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di baling - Google Blog Search


PM Seoul <b>Di Baling</b> Botol Oleh Keluarga Mangsa Feri Karam <b>...</b>

Posted: 18 Apr 2014 02:20 AM PDT

JINDO (Korea Selatan): Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Hong Won dibaling botol air oleh ahli keluarga mangsa tragedi feri karam yang tidak dapat mengawal emosi selepas 287 penumpang dilaporkan masih hilang, semalam.

Menurut laporan AFP, media tempatan melaporkan, sekurang-kurangnya sembilan termasuk lima pelajar sekolah tinggi disahkan maut manakala 179 penumpang berjaya diselamatkan dalam tempoh 48 jam.     

Ketika ini, seramai 555 penyelamat dibantu 20 pesawat dan helikopter serta 169 kapal penyelamat dikerah untuk menyertai operasi mencari dan menyelamat (Sar) di perairan Korea Selatan tersebut.

Kelmarin, Menteri Keselamatan dan Pentadbiran, Kang Byung-kyu memaklumkan, usaha mencari mangsa hilang tergendala berikutan arus kuat selain jarak penglihatan terhad.

Angka kematian dijangka meningkat berikutan ramai mangsa masih terperangkap  dalam feri Sewol berkenaan yang dilaporkan tenggelam di Pulau Jindo, barat daya Semenanjung Korea, kelmarin.

Difahamkan, kira-kira 70 peratus daripada 475 penumpang feri tersebut adalah pelajar sekolah yang mengikuti lawatan sambil belajar selama empat hari bersama 15 guru ke pulau peranginan Jeju.  

Menurut pengawal pantai, mereka menerima panggilan kecemasan pertama dari salah seorang penumpang pada jam 8.52 pagi (waktu tempatan) dan feri terbabit didakwa berada dalam keadaan condong selama dua jam setengah sebelum ia tenggelam. #sumber

02 di tanjung dawai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di tanjung dawai - Google Blog Search


Cuti-Cuti Famili: PERCUTIAN KELUARGA <b>DI TANJUNG DAWAI</b> <b>...</b>

Posted: 12 Jan 2014 04:02 PM PST

Keluarga mertua saya suka ke Tanjung Dawai untuk membeli ikan kering, ikan masin, ikan bilis dan produk-produk perikanan yang dikeringkan. Produk-produk ini lebih segar dan lebih murah di sini. Kebanyakannya adalah hasil keluaran tempatan; iaitu dari penduduk Tanjung Dawai sendiri tau.
Antara ikan masin kering yang dijual di sini
Saya sudah beberapa kali ke sini, namun tak pernah terfikir untuk masukkan dalam blog ni. Tapi untuk trip kali ini, saya rasa agak berbaloi juga untuk dikongsi sebab tempat ini ada tarikannya tersendiri jika diteliti.
Lokasi Tanjung Dawai seperti yang diterangkan oleh Google Map & WIkipedia.
Keluarga mertua saya suka membeli di kompleks ini sebab banyak pilihan yang ada.
Sambil tunggu makcik Bad pilih-pilih ikan kering, budak-budak comel ni main belon buih yang juga dibeli di sini..
Makcik Bad sedang memilih-milih..
Selepas membeli, kami pon ke Jetty yang berada betul-betul di sebelah kompleks tu. Jalan kaki je dah sampai. Kami lepak-lepas je kat situ sambil layan blues (dan layan anak-anak main belon air).

Inilah jeti Tanjung Dawai Pemandangan di jeti yang sejuk mata memandang Ammar main belon air.. tapi belon tak menjadi sangat.. Tapi bila abah take over tiup belon, barulah meriah belonnya keluar. Seronok anak-anak berlari ke sana ke mari mengejar belon yang berterbangan.. Mak Long Nab, Nenek dan makcik Bad duk sembang-sembang kat bawah wakaf sambil layan baby Muiz dan Adik Wan. Rasa sekejap je lepak kat situ, hari pon dah senja..
Kemudian kami pon pergi ke salah sebuah restoran ikan bakar yang terdapat di tepian pantai Tanjung Dawai. Masa tu kami di sertai oleh Pak Lang Badri, Mak Yang Sarah dan Tokcik berdua. Barulah syok nak makan ramai-ramai.
 Makanan dah nak abis baru teringat nak amik gambo  Adik Amir makan nak suap sendri sekarang..
Saya tak ingat apa nama restoran ni, tapi secara peribadi saya berpuashati dengan restoran ini. Ikan yang kami pilih dimasak dengan baik dan sedap. Harganya juga agak berpatutan. Restorannya besar, ada ruangan untuk duduk seperti biasa dan ada wakaf-wakaf yang dibina untuk mereka yang lebih suka bersila. Juga disediakan surau untuk pelanggan menunaikan tanggungjawab kepadaNya, siap asing-asing untuk lelaki dan perempuan. Juga ada tandas, namun pengguna yang tidak bertanggungjawab menjadikan keadaan tandas agak kotor dengan pampers bersepah di lantai. Mungkin pihak pengurusan restoran boleh menambahbaik lagi dengan meletakkan tong sampah di kawasan strategik di dalam tandas dan improve jadual pembersihan tandas dengan meningkatkan kekerapan. 
Apa-apapon, we've had a great time with families!
 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved