Selasa, 6 Mei 2014

02 di kulim - Google Blog Search

02 di kulim - Google Blog Search


Homestay <b>di Kulim</b> Kedah | Coretan Anuar

Posted: 05 May 2014 11:21 PM PDT


Homestay di Kulim Kedah untuk disewa.. Lokasi homestay terletak di No. 503, Persiaran Utama 1/11, Kulim Utama, Kulim Hi-Tech Park, Kulim, KEDAH. 
Jenis rumah semi-D, 3 bilik tidur dan 2 bilik air. 


Kawasan Berhampiran Homestay di Kulim Kedah:
  • 30 minit ke Lebuhraya Kulim-Butterworth (BKE)
  • 25 minit ke Shopping Complex Kulim Landmark Central, Mc Donalds, CMart
  • 20 minit ke bandar Kulim
  • 15 minit ke Hospital Kulim
  • 10 minit ke Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah & UniKL
  • 35 minit ke Kolej Mara Kulim, MRSM & Kolej Vokasional Kulim

Kemudahan Yang Disediakan di Homestay Kulim Kedah:

3 bilik tidur dengan 2 bilik air :
Bilik tidur utama dilengkapi dengan penghawa dingin


Homestay di Kulim Kedah juga turut dilengkapi dengan kemudahan lain seperti:

 peti ais, mesin basuh, dapur memasak & shower heater.

Para penyewa dibenarkan untuk memasak.. Jadi secara tidak langsung dapat juga menjimatkan kos perjalanan anda ketika berkunjung ke Kulim Kedah... ;) 


Homestay di Kulim Kedah sesuai untuk aktiviti keluarga seperti:
  • Bercuti bersama keluarga ke tempat-tempat percutian menarik di sekitar negeri Kedah
  • Melawat kawan/ahli keluarga
  • Menghantar anak, adik atau saudara mara untuk menyambung pengajian di UniKL, Politeknik, Kolej Mara Kulim, MRSM & Kolej Vokasional
  • Tempat persinggahan mempelai untuk rombongan pengantin
  • dan sebagainya..

Kadar Homestay :
  • RM200 untuk 1 malam
  • Penyewa Muslim sahaja yang dibenarkan.
  • Hubungi pemilik Homestay ini untuk mendapatkan maklumat lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi pemilik Homestay di Kulim Kedah:
  • Hubungi Wan - 017-7126036
  • Atau Sahi - 012-7269616
  • Alamat : No. 503, Persiaran Utama 1/11, Kulim Utama, Kulim Hi-Tech Park, Kulim, KEDAH. 

02 di merbok - Google Blog Search

02 di merbok - Google Blog Search


Majlis Pelancaran Kawasan Rukun Tetangga Bandar Laguna <b>Merbok</b>.

Posted: 03 May 2014 07:28 PM PDT

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Semalam telah berlangsung majlis pelancaran KRT  Bandar Laguna Merbok di Dataran Laguna.

Penduduk BLM cukup bertuah kerana pelancaran KRT BLM telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Malaysia, Dato' Azman Amin Bin Hassan.
Untuk pengetahuan anda,  terdapat lebih 4000 buah rumah di Bandar Laguna Merbok dan dianggarkan populasi penduduknya lebih kurang 15,000 orang. Kewujudan KRT di Laguna Merbok diharap meningkatkan perpaduan dan integrasi penduduk tanpa mengira latar belakang kaum, ideologi politik dan agama.
Selain itu, ia diharap dapat menambahbaik kawalan keselamatan di Bandar Laguna Merbok.

02 di gurun kedah - Google Blog Search

02 di gurun kedah - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di gurun kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Apr 2014 03:26 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di gurun kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Mar 2014 03:27 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pisau <b>Kedah</b>: Tahniah !!! Adun <b>Gurun Di</b> Lantik EXCO Ke 9 Kerajaan <b>...</b>

Posted: 21 Mar 2014 02:15 AM PDT

ALOR SETAR - Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Gurun Datuk Dr Leong Yong Kong hari ini mengangkat sumpah sebagai Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Kedah.

Dr Leong, 54, yang juga Timbalan Pengerusi MCA Kedah mengangkat sumpah di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah dan tiga anggota jemaah yang lain di Istana Anak Bukit di sini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan kesemua anggota exco kerajaan negeri.

Dr Leong merupakan exco yang kesembilan dilantik.

Sebelum ini Mukhriz hanya melantik lapan orang exco berbanding amalan biasa 10 orang, dengan satu daripada dua kekosongan itu dikhaskan untuk wakil daripada MCA.

Dr Leong berkata selepas ini beliau akan berjumpa dengan Mukhriz bagi membincangkan portfolio yang bakal dipegangnya.

"Selepas diberi tugas, saya akan jalankan dengan sedaya upaya demi kepentingan kerajaan negeri dan rakyat serta membantu melancarkan perjalanan jentera kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah itu.

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah serta Anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang memperkenan melantiknya sebagai exco kerajaan negeri.

"Terima kasih kepada rakyat negeri ini yang turut menyokong saya," katanya.

Mukhriz sebelum ini dilapor sebagai berkata portfolio yang disedikan untuk wakil MCA ialah Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, Kesihatan dan Perpaduan. - Bernama

BLOG KEDAH: 02 <b>di gurun kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Mar 2014 03:45 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Mencari Homestay <b>di Gurun Kedah</b>?? | WMNBoutique Blog

Posted: 24 Feb 2014 08:46 PM PST

Anda mencari homestay @ resthouse di sekitar pekan Gurun, Kedah??

* Rumah setingkat kembar dua.

* 3 Bilik Tidur, 1 bilik air.

deahza_homestay2_091

KedahLanie.info: [LIVE] Forom Perdana : Mencari yang halal satu <b>...</b>

Posted: 03 Mar 2014 04:31 AM PST

SIARAN LANSUNG DARI SG BONGKOK GURUN KEDAH

BLOG KEDAH: 02 <b>di gurun kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Feb 2014 03:16 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di gurun kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Feb 2014 03:33 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di gurun kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jan 2014 03:36 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di gurun kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jan 2014 03:49 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di gurun kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Dec 2013 03:32 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Tanah Lot Murah <b>di Gurun Kedah</b> - tanah lot di kedah untuk dijual <b>...</b>

Posted: 24 Jul 2013 04:57 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Tanah yang berkeluasan keseluruhannya 1.9374 hektar ( lot 2290 ) terletak di Batu 9 Gurun, Kedah dalam daerah Kuala Muda. Lot asal ini telah pun dipecahkan kepada lot lot kediaman / rumah sebanyak 37 unit dengan ...

BLOG KEDAH: 02 <b>di gurun kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Nov 2013 03:08 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di gurun kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Nov 2013 03:18 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

izarah homestay d&#39;<b>gurun</b> - <b>gurun kedah</b> - homestayniaga.com

Posted: 06 Nov 2013 05:48 AM PST

 
  HOMESTAY NIAGA .COM
 
 
   
NAMA HOMESTAY IZARAH HOMESTAY D'GURUN
ALAMAT NO 188,TAMAN jERAI 2, JALAN MERANTI 1, GURUN, KEDAH
NEGERI KEDAH
DAERAH / NAMA KAWASAN GURUN
INFO HOMESTAY Menyediakan pakej penginapan yang selesa dan murah.
Lokasi yang strategik. Terletak di Pekan Gurun. Berdekatan Plaza Tol Gurun, Pusat Peranginan Gunung Jerai, dan kawasan perindustrian (PETRONAS, PERWAJA, MODENAS, NAZA, KTM, NAFAS dll)

Dilengkapi perabot, peralatan memasak, bilik berhawa dingin dan parking berbumbung yang luas.

Rumah teres lot tepi sesuai untuk seisi keluarga, pekerja dan untuk urusan majlis perkahwinan, persinggahan, melancong dll.

Menawarkan kadar sewaan secara: HARIAN, MINGGUAN, BULANAN dan TAHUNAN.(Harga boleh dirunding)

Kadar sewaan 150 sehari semalam.

Jika berminat sila hubungi: 0195135873

HARGA SEWA SEHARI 150
HARGA SEWA SEJAM 50
PENYEWA MESTI ISLAM -WARGANEGARA MALAYSIA
NAMA UTK DIHUBUNGI AZIZAH BT JUSOH
NO TEL 0195135873
FACEBOOK azizahjusoh
WEB / BLOG
GAMBAR DSC01582.JPG
 
     
 

BLOG KEDAH: 02 <b>di gurun kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Nov 2013 03:08 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Majlis Pelancaran Semula Projek Taman Permai Utama, <b>Gurun</b> <b>...</b>

Posted: 03 Nov 2013 12:35 PM PST

Majlis Pelancaran Semula Projek Taman Permai Utama, Gurun, Kedah akan berlangsung pada 24 Ogos 2013 (Sabtu), bertempat di Tapak Projek, 9 pagi hingga 5:00 petang.

&#39; delivery &#39; pertama <b>di gurun</b>. - ummuafiqcakes <b>gurun</b>, <b>kedah</b> - Blogger

Posted: 14 Nov 2013 07:41 PM PST

Order dari Kuala Lumpur untuk orang istimewa di KTM Gurun.
1.5 kg Kek Choc Moist
Topping/Filling - Dark/Milk Chocolate, Whipped Cream
Rm 48.

02 di kubang pasu - Google Blog Search

02 di kubang pasu - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di kubang pasu</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Apr 2014 01:20 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

02 di tanjung dawai - Google Blog Search

02 di tanjung dawai - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di tanjung dawai</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Mar 2014 03:34 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di tanjung dawai</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Mar 2014 03:37 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Cuti-Cuti Famili: PERCUTIAN KELUARGA <b>DI TANJUNG DAWAI</b> <b>...</b>

Posted: 12 Jan 2014 04:02 PM PST

Keluarga mertua saya suka ke Tanjung Dawai untuk membeli ikan kering, ikan masin, ikan bilis dan produk-produk perikanan yang dikeringkan. Produk-produk ini lebih segar dan lebih murah di sini. Kebanyakannya adalah hasil keluaran tempatan; iaitu dari penduduk Tanjung Dawai sendiri tau.
Antara ikan masin kering yang dijual di sini
Saya sudah beberapa kali ke sini, namun tak pernah terfikir untuk masukkan dalam blog ni. Tapi untuk trip kali ini, saya rasa agak berbaloi juga untuk dikongsi sebab tempat ini ada tarikannya tersendiri jika diteliti.
Lokasi Tanjung Dawai seperti yang diterangkan oleh Google Map & WIkipedia.
Keluarga mertua saya suka membeli di kompleks ini sebab banyak pilihan yang ada.
Sambil tunggu makcik Bad pilih-pilih ikan kering, budak-budak comel ni main belon buih yang juga dibeli di sini..
Makcik Bad sedang memilih-milih..
Selepas membeli, kami pon ke Jetty yang berada betul-betul di sebelah kompleks tu. Jalan kaki je dah sampai. Kami lepak-lepas je kat situ sambil layan blues (dan layan anak-anak main belon air).

Inilah jeti Tanjung Dawai Pemandangan di jeti yang sejuk mata memandang Ammar main belon air.. tapi belon tak menjadi sangat.. Tapi bila abah take over tiup belon, barulah meriah belonnya keluar. Seronok anak-anak berlari ke sana ke mari mengejar belon yang berterbangan.. Mak Long Nab, Nenek dan makcik Bad duk sembang-sembang kat bawah wakaf sambil layan baby Muiz dan Adik Wan. Rasa sekejap je lepak kat situ, hari pon dah senja..
Kemudian kami pon pergi ke salah sebuah restoran ikan bakar yang terdapat di tepian pantai Tanjung Dawai. Masa tu kami di sertai oleh Pak Lang Badri, Mak Yang Sarah dan Tokcik berdua. Barulah syok nak makan ramai-ramai.
 Makanan dah nak abis baru teringat nak amik gambo  Adik Amir makan nak suap sendri sekarang..
Saya tak ingat apa nama restoran ni, tapi secara peribadi saya berpuashati dengan restoran ini. Ikan yang kami pilih dimasak dengan baik dan sedap. Harganya juga agak berpatutan. Restorannya besar, ada ruangan untuk duduk seperti biasa dan ada wakaf-wakaf yang dibina untuk mereka yang lebih suka bersila. Juga disediakan surau untuk pelanggan menunaikan tanggungjawab kepadaNya, siap asing-asing untuk lelaki dan perempuan. Juga ada tandas, namun pengguna yang tidak bertanggungjawab menjadikan keadaan tandas agak kotor dengan pampers bersepah di lantai. Mungkin pihak pengurusan restoran boleh menambahbaik lagi dengan meletakkan tong sampah di kawasan strategik di dalam tandas dan improve jadual pembersihan tandas dengan meningkatkan kekerapan. 
Apa-apapon, we've had a great time with families!

Azie Kitchen: Gulai Ikan Naim Ikan Sembilang <b>Tanjung Dawai</b>

Posted: 24 Feb 2014 03:20 AM PST


Semasa kuliah Zohor Ustaz Najhan dibuat pengumuman yang ustaz ada membawa rempah segera Naim Gulai Sembilang yang juga dikatakan masakan sajian istana kerana Sultan Kedah selalu dihidangkan dengan lauk ini. Malahan Gulai Ikan Sembilang Naim ini sangat femes di Tanjung Dawai. Ianya disediakan panas panas di dalam bekas claypot apabila dipesan oleh pelanggan. Rahsia untuk menjadikan ikan sembilang tidak hanyir adalah dengan memicit hidung bagi mengeluarkan lendir. Tapi untuk gulai hari ini, saya menggunakan ikan duri kerana tiada ikan sembilang.
Oleh kerana di bekas rempah segera tidak ada detail, saya menelefon di nombor yang diberi untuk mendapatkan lebih maklumat. Saya diberitahu yang cara menggunakan rempah segera ini sangat mudah. Cuma perlu diambil rempah dan masukkan air yang bergantung kepada kepekatan yang disukai. Jika lebih suka cair, masukkan lebih air. Kemudian kacau sebati sebelum dijerang di atas api. Bila kuah mulai mendidih, masukkan ikan dan diikuti sayuran seperti bendi atau terung. Bolehlah diangkat bila ikan telah masak dan kuah telah terbit minyak. Tak perlu dimasukkan minyak, tak perlukan masukkan garam atau asam. Semuanya telah disediakan dengan secukup rasa. 1 bekas tupperware yang beratnya 500 gram adalah untuk 1 kilogram ikan. Selain ikan sembilang, boleh juga digunakan lain lain jenis ikan. 
Mengikut ustaz, sebahagian dari hasil penjualan pada hari ini akan disumbangkan kepada rumah anak yatim. Tapi saya lupa pulak nama rumah anak yatim tersebut. 





Memang sedap sangat gulai ikan ini. Semerbak baunya semasa sedang dimasak. Jadi kalau ada sesiapa ingin mencuba, bolehlah dapatkan rempah segera Gulai Ikan Sembilang Naim Tanjung Dawai. 

02 di jerai kedah - Google Blog Search

02 di jerai kedah - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di jerai kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Mar 2014 01:40 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di jerai kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Mar 2014 01:34 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di jerai kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Feb 2014 01:39 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Tergempar Misteri Penunggu Gunung <b>Jerai</b>, <b>Kedah</b> - Zul AeriazZ

Posted: 19 Jan 2014 06:57 AM PST

Tergempar Misteri Penunggu Gunung Jerai, Kedah | Hampir jam 8.00 malam, dua orang gadis terus berkeliaran di sekitar puncak gunung jerai. Mereka tercari-cari seseorang. Di puncak gunung itu, kedua-dua gadis ini telah bertemu dengan seorang lelaki bernama Ramli bin Haji Khamis, 48. Dia bekerja dengan sebuah organisasi yang terletak di puncak gunung itu. Sudah hampir 20 tahun beliau bekerja di situ.
"Abang, kami nak bermalam di sini, di Padang Tok Sheikh, boleh tak ? " Tanya salah seorang daripada mereka. Namanya Rasidah. Kawasan padang yang ditanyakan oleh gadis itu adalah sebuah tempat lapang di puncak gunung itu. Ia dipanggil Padang Tok Sheikh.
En.Ramli bingung. Biasanya orang yang hendak berkhemah atau berkelah di situ memang akan bertanya dan meminta kebenaran daripada beliau terlebih dahulu. Boleh atau tidak, beliau yang akan putuskan.
Tapi kali ini beliau terpaksa menegah kerana sungguh tidak molek anak gadis bermalam di situ. Lalu beliau menyuruh kedua-dua gadis yang bertelekung ini pulang sahaja. Namun gadis-gadis itu enggan. " Tolonglah bang, malam ni aja. Lepas ni, kami takkan datang lagi," pinta Rasidah lagi.
En.Ramli tidak mahu berganjak daripada keputusannya. Berulang kali difikirkannya, apa gadis-gadis ini tidak takut dengan gunung ini ? Gunung ini 'bernyawa'. Ia banyak menyimpan cerita misterinya yang tersendiri.
Orang-orang di Gurun, Kedah, semuanya tahu puncak gunung itu adalah perkampungan bunian. Di puncak itu ada sebuah kerajaan besar. Ada istana dan pemerintahnya. Juga, ada kampung-kampung dan rakyat jelatanya.
Jadi, tidak perlu gadis-gadis tersebut bermalam di puncak gunung itu. Bahaya! Nanti disorok orang bunian. Tetapi berulang kali beliau menghalang, ada-ada saja alasan yang diterimanya.
"Kami dah janji dengan tok wan. Tok wan nak datang malam ni. Bolehlah, bang…" rayu Rasidah, tinggi suaranya.
Tok wan mana pula, fakir En.Ramli. Ada sesuatu yang tidak kena ! Segera beliau amati wajah kedua-dua gadis yang bertelekung ini. Air muka mereka berdua manis dan berseri. Berumur sekitar awal 20-an. Salah seorang daripada mereka senyap sahaja, hanya Rasidah yang bersuara. Pada pandangan Ramli, gadis-gadis ini bukan jelmaan makhluk halus. Bukan… mereka bukan orang bunian !
"Tolonglah, bang. Puteri dah mimpi semalam ! Tok wan nak datang malam ni. Puteri dah janji dengan tok wan," kata Rasidah lagi.
Puteri ? Siapa puteri ? Fikiran beliau semakin bercelaru. Siapakah gadis-gadis ini sebenarnya ? Mengapa lain benar percakapan mereka ?
Lalu beliau cuba menakut-nakutkan mereka. En.Ramli katakan yang hutan itu penuh dengan binatang buas. Di sekitar gunung itu sudah ramai orang yang hilang nyawa diserang gajah meroyan, harimau, atau dipatuk ular, kala jengking, bisa lipan bara dan binatang-binatang buas yang lain.
"Tak mengapa, bang. Tok wan ada, tok wan boleh halau binatang-binatang tu. Puteri pun ada !" jawab Rasidah. Ah! En.Ramli semakin terasa aneh dengan percakapan gadis ini. Siapa tok wan itu ? Siapa pula puteri itu ?
Tiba-tiba, ada suara aneh hinggap ke telinga En.Ramli. Seakan ada orang meniup-niup telinganya dan berulang kali suara itu menyebut Puteri Delima. "Puteri Delima. Puteri Delimaaaa !! " beliau terpaku. Siapa yang bercakap ? Darahnya mula berderau. Puteri Delima mana pula yang hendak datang, fikirnya berulang.
"Sayalah Puteri Delima !" kata gadis yang duduk di sebelah Rasidah. Gadis yang senyap sahaja dari tadi itu mulai bersuara. Matanya berkilat. Kemudian dia tersenyum lebar dan ketawa terkekek-kekek. "Ehh… ehheeee…! Ehh… ehheeee… ! Saya nak jumpa tok wan ! Saya nak jumpa tok waaaaaan!!!! " kata gadis itu yang tidak putus-putus tersenyum dan memandang Ramli.
En.Ramli tergamam. Terus dia benarkan gadis-gadis itu pergi ke Padang Tok Sheikh kerana gadis-gadis ini bukan manusia biasa lagi. Mereka sudah dirasuk bunian, beliau terpaksa tunaikan saja permintaan mereka.
Esoknya En.Ramli diberitahu rakan-rakannya, kedua-dua gadis tersebut ada berjumpa dengan orang-orang yang bekerja di sekitar gunung itu. Malam itu juga gadis-gadis tersebut telah dapat berjumpa dengan tok wan yang dimaksudkannya. Dakwa kawan-kawan beliau, tok wan itu seorang lelaki tua dan beserban hijau. Mereka berjumpa di Padang Tok Sheikh. Peristiwa ini baru berlaku dua tiga tahun lepas.
Pada pengalaman En.Ramli, apa yang mereka lihat itu adalah kelibat orang-orang bunian. Kawasan padang itu adalah salah satu daripada penempatan orang-orang bunian tersebut. Hutan rimba di sekeliling padang dan kawasan air terjun berdekatan juga adalah daerah kerajaan bunian.
Dahulu ada sekumpulan anak muda yang ternampak istana bunian di tepi air terjun di situ. Mujur mereka cepat-cepat beredar. Kalau mereka masuk ke kawasan istana itu, mungkin mereka semua akan hilang dibawa ke alam ghaib.
Orang-orang bunian ini memang sungguh menawan paras rupa mereka. Yang perempuan cantik, yang lelaki pula kacak. Ada para pemuda dan pemudi yang mudah benar jatuh cinta apabila melihat makhluk-makhluk halus ini.
Mereka mengekori pemuda dan pemudi bunian itu ke dalam hutan dan akhirnya, ramai yang telah tersesat. Malah ada yang terus hilang di hutan rimba gunung itu, sampailah sekarang tidak ditemui.
En.Ramli sendiri selalu terlihat orang bunian yang masuk ke dalam surau di puncak gunung itu. Di ketika yang lain, Ramli ternampak seorang lelaki tua bunian yang berserban mengambil air sembahyang di perigi yang ada di situ.
Sebenarnya En.Ramli sudah banyak melalui pengalaman dahsyat yang dikatakan angkara makhluk-makhluk halus. Pada awal tahun 2000, ada seorang lelaki berusia pertengahan umur 20-an telah hilang di gunung itu. Jadi, beliau diminta untuk membantu usaha polis mencari pemuda tersebut kerana dia cukup arif tentang kawasan pergunungan itu.
"Kita cari di sekitar air terjun dulu. Kalau tak jumpa juga, kita redah hutan ni,"kata En.Ramli pada polis-polis tersebut. Tetapi sudah hampir tiga hari, usaha mencarinya masih tidak membuahkan hasil. Tetap buntu. Sehinggalah pihak polis terpaksa menggunakan anjing pengesan untuk mencarinya.
Akhirnya, pemuda itu berjaya juga ditemui setelah hampir seminggu dicari. Pemuda itu dijumpai di sekitar kawasan hutan yang tidak jauh dari kawasan air terjun tadi.
Malang sekali, pemuda itu sudah tidak bernyawa lagi. Mayatnya ditemui dalam keadaan sungguh mengerunkan. Kepalanya putus. Dia seakan diserang oleh gergasi. Badannya berlumuran darah dan penuh luka. Cebisan pakaiannya yang koyak rabak bersepah-sepah diserata tempat. Apa sebenarnya yang telah terjadi ?
En.Ramli yakin ini bukan angkara binatang buas. Itu angkara bunian kerana sebelumnya mereka sudah pun mencari di serata puncak gunung itu, pemuda tersebut gagal ditemui. Tetapi mengapa beberapa hari kemudian tiba-tiba sahaja mayatnya dijumpai berhampiran dengan air terjun itu ? Mesti ada sebab yang lain.
En.Ramli percaya pemuda itu dibunuh dan disorok bunian. Lagipun, kawasan air terjun itu dan hutan- hutan di sekitarnya adalah tempat letaknya perkampungan bunian. Air terjun itu dipanggil tasik lima beradik kerana ia adalah tempat lima orang puteri bunian bermandi-manda. Puteri-puteri itu diceritakan terlalu cantik, tiada tandingan berbanding kecantikan manusia. Sambil mandi, mereka ketawa beramai-ramai.
Beliau juga selalu mengingatkan para pengunjung, andainya mereka melihat lima puteri yang jelita itu, janganlah sesekali tergoda. Apatah lagi cuba-cuba menyimpan hajat mendekati mereka. Sesiapa yang terpedaya, nescaya akan lenyap ke alam bunian, kemudian hilang dari alam nyata.
Di pinggir air terjun pula, kata En.Ramli, terletaknya istana bunian. Istana itu tersergam indah. Di sekelilingnya terdapat perkampungan bunian. En.Ramli memberi amaran kepada pengunjung, jangan dekati istana dan perkampungan itu. Silap langkah mereka akan di bawa masuk ke alam bunian dan terus lenyap.
Ramli percaya, pemuda yang mati itu telah termasuk ke alam bunian tersebut. Walaupun kematian pemuda itu disahkan akibat serangan binatang buas, tapi Ramli kurang setuju. "Ini kerja bunian," berkali-kali dikatakan begitu.
Oleh kerana itulah En.Ramli selalu mengingatkan para pengunjung supaya jangan cakap besar, takbur dan riak. Kalau tidak, nanti dapat kecelakaan. Tambah lagi buat perkara-perkara yang tidak elok, bala mungkin akan menimpa.
"kalau ada apa-apa perkara yang pelik berlaku, jangan tegur. Lebih baik, diam ! Kalau ternampak benda-benda yang ganjil, tinggalkan. Ini kampung bunian " pesan En.Ramli.
Gunung itu sering 'mengambil nyawa' manusia yang berniat tidak baik. Mungkin ada benarnya ia angkara binatang buas, tapi bagi En.Ramli, mungkin juga disebabkan orang bunian. Sama juga dengan kebanyakkan kejadian orang mati lemas di kawasan air terjun di kaki gunung itu. En.Ramli percaya semua itu angkara bunian.
Nama gunung itu, Gunung Jerai. Orang-orang di Gurun, Kedah sentiasa berhati-hati apabila ke sana. Kalau ada orang luar yang mahu ke gunung itu dan berjumpa En.Ramli, dia akan berpesan, "hati-hati. Jangan main-main dengan pengunggu Gunung Jerai ini. Tempat ini keras ! "

02 di pendang - Google Blog Search

02 di pendang - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di pendang</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Apr 2014 01:27 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :- di pendang - Google Blog Search

Pesta Songkran Kebangsaan <b>Di Pendang</b> - MYNEWSHUB.MY <b>...</b>

Posted: 10 Apr 2014 12:21 AM PDT


ALOR SETAR – Sambutan Pesta Songkran peringkat kebangsaan 2014 akan diadakan di Wat Titi Akar, Pendang dari 12 hingga 14 April ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan dan Tenaga Manusia negeri Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid berkata program anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan itu diadakan sempena Tahun Baharu Thai yang biasanya disambut dari 13 hingga 15 April setiap tahun.

"Lokasi program Pesta Songkran ini dicadangkan di Pendang kerana ia merupakan pusat penempatan kebanyakan masyarakat Siam di negeri ini. Ia juga dapat menjadi tarikan untuk tujuan pelancongan," katanya pada sidang media dekat sini pada Khamis.

Beliau berkata sambutan pada tahun ini dibuat secara sederhana memandangkan negara masih bersedih dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 pada 8 Mac lalu. – mStar Online

Anda mungkin juga meminati:

Pesta Songkran Kebangsaan Di Pendanghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Pesta-Songkran.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Pesta-Songkran-150x150.jpgMyNewsHub Terkini,

ALOR SETAR - Sambutan Pesta Songkran peringkat kebangsaan 2014 akan diadakan di Wat Titi Akar, Pendang dari 12 hingga 14 April ini. Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan dan Tenaga Manusia negeri Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid berkata program anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan itu diadakan sempena Tahun...

<p style="text-align: justify;">ALOR SETAR - Sambutan Pesta Songkran peringkat kebangsaan 2014 akan diadakan di Wat Titi Akar, Pendang dari 12 hingga 14 April ini.</p> <p style="text-align: justify;">Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan dan Tenaga Manusia negeri Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid berkata program anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan itu diadakan sempena Tahun Baharu Thai yang biasanya disambut dari 13 hingga 15 April setiap tahun.</p> <p style="text-align: justify;">"Lokasi program Pesta Songkran ini dicadangkan di Pendang kerana ia merupakan pusat penempatan kebanyakan masyarakat Siam di negeri ini. Ia juga dapat menjadi tarikan untuk tujuan pelancongan," katanya pada sidang media dekat sini pada Khamis.</p> <p style="text-align: justify;">Beliau berkata sambutan pada tahun ini dibuat secara sederhana memandangkan negara masih bersedih dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 pada 8 Mac lalu. - <strong>mStar Online</strong></p>

02 di yan kedah - Google Blog Search

02 di yan kedah - Google Blog Search


Maritim Malaysia <b>Kedah</b> tahan dua nelayan pukat rawa surong <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 12 Apr 2014 05:48 AM PDT

Maritim Malaysia Kedah tahan dua nelayan pukat rawa surong di perairan Yan

Maritim Malaysia Kedah tahan dua nelayan pukat rawa surong di perairan Yan

12/04/2014 4:00pm

ALOR SETAR - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan dua nelayan dan menyita bot pukat rawa surong mereka kerana menangkap ikan tanpa lesen dan menggunakan peralatan yang tidak dibenarkan, berhampiran Pantai Murni, Yan awal pagi tadi.

Ketua Penguat kuasa Pangkalan Maritim Kuala Kedah, Lt. Kdr. Maritim Mohd. Khairi Abd. Aziz berkata, bot tersebut ditahan kira-kira pukul 2 pagi, 0.8 batu nautika dari kawasan pantai tersebut.

"Bot itu tidak mempunyai nombor pendaftaran dan tidak mempunyai lesen untuk menggunakan pukat rawa surong. Dalam bot tersebut juga mempunyai peralatan yang tidak dibenarkan. Kami turut menyita tiga kilogram hasil tangkapan nelayan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, sejak awal bulan ini hingga kini, Maritim Malaysia menahan tiga bot pukat rawa surong yang menceroboh kawasan pantai Yan.

Sebarang aduan boleh dibuat menerusi talian 24 jam MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Pangkalan Maritim Kuala Kedah di talian 04-7621810. - Bernama