ads

Jumaat, 16 Mei 2014

02 di sungai petani - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di sungai petani - Google Blog Search


TNB, apa sudah jadi? Blackout <b>di Sungai Petani</b>, Segamat, Muar <b>...</b>

Posted: 07 May 2014 06:05 AM PDT

KUALA LUMPUR – Laman Facebook Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini dihujani dengan keluhan pelanggan syarikat utiliti itu berikutan masalah terputus bekalan elektrik yang dikesan berlaku di beberapa negeri.

Berdasarkan komen-komen dalam laman tersebut, bekalan elektrik terputus di Sungai Petani (Kedah), Segamat, Muar (Johor), Merlimau (Melaka), Jempol dan Seremban (Negeri Sembilan).

Rata-rata mereka meluahkan rasa kecewa kerana masalah tersebut sudah berlarutan selama beberapa jam manakala talian khidmat aduan TNB sentiasa sibuk.

Ada pelanggan yang memberi komen mendakwa bekalan elektrik turut terputus di Hospital Segamat.

Antara aduan yang diajukan melalui laman Facebook TNB ialah:

"Mohon maklumat yang tepat, apa yang berlaku? Ada masalah gangguan bekalan elektrik melibatkan beberapa negeri? Berapa lama masa yang bakal diambil untuk mendapatkan semula bekalan? – Mohd Soffian Osman

"Taman Bukit Mika 2, Seremban, sudah hampir satu jam terputus bekalan elektrik. Telefon TNB Careline asyik sibuk." – Liza Marwati Mohd Yusoff.

"Bekalan elektrik di Jln 1/21 Bdr. Putra Segamat terputus. Saya cuba menghubungi careline 15454 dan no 1300 tetapi talian sibuk. Mohon bantuan untuk baiki. Terima kasih."

"Kenapa bila saya hubungi TNB Careline selalu sahaja sibuk. Kawasan taman saya sudah hampir dua jam tiada bekalan elektrik.  Boleh beritahu apa masalah?" Abdurrahman Husain.

Sementara itu, kakitangan TNB yang bertanggungjawab menjawab pertanyaan di laman berkenaan menjelaskan bahawa terdapat gangguan bekalan di beberapa kawasan dan usaha menyelesaikan masalah itu sedang giat dilakukan.

"Selamat sejahtera, Tuan. Terdapat gangguan bekalan di beberapa kawasan dan usaha untuk memulihkan bekalan ke kawasan-kawasan perumahan sedang giat dilakukan oleh pihak kami.

"Disebabkan gangguan ini, talian 15454 adalah agak sibuk dari pengguna mengenai gangguan bekalan ini. Mohon maaf keatas segala kesulitan. Sekian, terima kasih menggunakan perkhidmatan FB TNB CareLine. (Neasa, TNB)"

Kakitangan berkenaan bagaimanapun tidak menjelaskan secara lanjut masalah yang menyebabkan bekalan elektrik di kawasan berkenaan terputus.

TNB di laman berkenaan turut memohon maaf atas masalah bekalan tersebut dan menjelaskan usaha mengatasi masalah tersebut sedang dijalankan.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

di negeri kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri kedah - Google Blog Search


اَفْكَاْر طَنْطَاوِيّ: "KEMARAU" Jumlah Air Mencukupi <b>Di Negeri Kedah</b> <b>...</b>

Posted: 21 Feb 2014 03:51 PM PST

بسم الله الرحمن الرحيم

Jangan risau, air di Kedah cukup untuk tampung 3 tahun lagi.

KUALA NERANG - Kedah tidak menghadapi krisis air yang kritikal kerana tiga empangan di negeri ini mempunyai kapasiti lebih 1,000 juta meter padu air dan cukup untuk menampung kegunaan domestik dan pertanian.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Badrul Hisham Hashim berkata tiga empangan di Padang Terap iaitu Empangan Pedu mempunyai air sebanyak 773 juta meter padu atau 72 peratus.

Beliau berkata Empangan Ahning pula mencatatkan jumlah takungan air sebanyak 163 juta meter padu atau 67.43 peratus, manakala Empangan Muda pula mencatatkan 74 juta meter padu air.

Katanya jumlah air di tiga empangan itu mencukupi untuk menampung kegunaan domestik dalam tempoh tiga tahun.

"Kapasiti air yang ada di tiga empangan itu juga dapat disalurkan ke sawah padi untuk satu musim penanaman padi yang akan bermula akhir Mac ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Empangan Pedu dekat sini hari ini.

Badrol Hisham berkata rakyat di negeri ini juga tidak perlu bimbang mengenai krisis air pada musim cuaca kering ini kerana sumber air yang ada dapat digunakan dalam tempoh tiga tahun walaupun keadaan ini berterusan.

Beliau berkata, setiap bulan sebanyak 1 juta meter padu air diagihkan untuk kegunaan rakyat negeri ini untuk tujuan pengairan pertanian dan kegunaan domestik. - Bernama

p/s : Alhamdulillah, bersyukur dengan nikmat yg Allah beri.

02 di tanjung dawai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di tanjung dawai - Google Blog Search


Cuti-Cuti Famili: PERCUTIAN KELUARGA <b>DI TANJUNG DAWAI</b> <b>...</b>

Posted: 12 Jan 2014 04:02 PM PST

Keluarga mertua saya suka ke Tanjung Dawai untuk membeli ikan kering, ikan masin, ikan bilis dan produk-produk perikanan yang dikeringkan. Produk-produk ini lebih segar dan lebih murah di sini. Kebanyakannya adalah hasil keluaran tempatan; iaitu dari penduduk Tanjung Dawai sendiri tau.
Antara ikan masin kering yang dijual di sini
Saya sudah beberapa kali ke sini, namun tak pernah terfikir untuk masukkan dalam blog ni. Tapi untuk trip kali ini, saya rasa agak berbaloi juga untuk dikongsi sebab tempat ini ada tarikannya tersendiri jika diteliti.
Lokasi Tanjung Dawai seperti yang diterangkan oleh Google Map & WIkipedia.
Keluarga mertua saya suka membeli di kompleks ini sebab banyak pilihan yang ada.
Sambil tunggu makcik Bad pilih-pilih ikan kering, budak-budak comel ni main belon buih yang juga dibeli di sini..
Makcik Bad sedang memilih-milih..
Selepas membeli, kami pon ke Jetty yang berada betul-betul di sebelah kompleks tu. Jalan kaki je dah sampai. Kami lepak-lepas je kat situ sambil layan blues (dan layan anak-anak main belon air).

Inilah jeti Tanjung Dawai Pemandangan di jeti yang sejuk mata memandang Ammar main belon air.. tapi belon tak menjadi sangat.. Tapi bila abah take over tiup belon, barulah meriah belonnya keluar. Seronok anak-anak berlari ke sana ke mari mengejar belon yang berterbangan.. Mak Long Nab, Nenek dan makcik Bad duk sembang-sembang kat bawah wakaf sambil layan baby Muiz dan Adik Wan. Rasa sekejap je lepak kat situ, hari pon dah senja..
Kemudian kami pon pergi ke salah sebuah restoran ikan bakar yang terdapat di tepian pantai Tanjung Dawai. Masa tu kami di sertai oleh Pak Lang Badri, Mak Yang Sarah dan Tokcik berdua. Barulah syok nak makan ramai-ramai.
 Makanan dah nak abis baru teringat nak amik gambo  Adik Amir makan nak suap sendri sekarang..
Saya tak ingat apa nama restoran ni, tapi secara peribadi saya berpuashati dengan restoran ini. Ikan yang kami pilih dimasak dengan baik dan sedap. Harganya juga agak berpatutan. Restorannya besar, ada ruangan untuk duduk seperti biasa dan ada wakaf-wakaf yang dibina untuk mereka yang lebih suka bersila. Juga disediakan surau untuk pelanggan menunaikan tanggungjawab kepadaNya, siap asing-asing untuk lelaki dan perempuan. Juga ada tandas, namun pengguna yang tidak bertanggungjawab menjadikan keadaan tandas agak kotor dengan pampers bersepah di lantai. Mungkin pihak pengurusan restoran boleh menambahbaik lagi dengan meletakkan tong sampah di kawasan strategik di dalam tandas dan improve jadual pembersihan tandas dengan meningkatkan kekerapan. 
Apa-apapon, we've had a great time with families!

02 di pendang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di pendang - Google Blog Search


Pesta Songkran Kebangsaan <b>Di Pendang</b> | Inspirasi Magazine

Posted: 10 Apr 2014 12:31 AM PDT

ALOR SETAR: Sambutan Pesta Songkran peringkat kebangsaan 2014 akan diadakan di Wat Titi Akar, Pendang dari 12 hingga 14 April ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan dan Tenaga Manusia negeri Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid berkata program anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan itu diadakan sempena Tahun Baharu Thai yang biasanya disambut dari 13 hingga 15 April setiap tahun.

"Lokasi program Pesta Songkran ini dicadangkan di Pendang kerana ia merupakan pusat penempatan kebanyakan masyarakat Siam di negeri ini. Ia juga dapat menjadi tarikan untuk tujuan pelancongan," katanya pada sidang media dekat sini pada Khamis.

Beliau berkata sambutan pada tahun ini dibuat secara sederhana memandangkan negara masih bersedih dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 pada 8 Mac lalu.- Mstaronline

02 di yan kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di yan kedah - Google Blog Search


Trip 1 : Casting Tenggiri <b>di Yan</b>, <b>Kedah</b> – Persediaan | platspender <b>...</b>

Posted: 11 Jan 2014 09:17 AM PST

Baru saja dok plan trip 2014, Chip dah up trip ke Yan Kedah. Chip nak kaunter balik trip Kemaman yg dirancing Zahid, dia tak boleh ikut sebeb ada saudara kawin. Kali ni, Chip pulak yg organized. Booking tekong, umpan dan transport semuanya diuruskan oleh Chip. Kami masik menggunakan khidmat tekong yg sama seperti trip yang lepas, iaitu Tekong Abg Cha.

Tarikh kali ni ialah 15-Feb. Hari sabtu, trip bermula malam sabtu, dan berakhir petang sabtu. Mulanya zahid nak extend sehari lg, tp bila pikiag balik, tak pa la, sehari sudah tak payah nak extend sampai dua hari. Setakat hari ni hanya 4 org dah confirm nak join. Chip, Zahid, Aku dan sorang peserta baru, Mdrizal. Mdrizal ni satu opis dengan aku. Dah lama memancing, cuma tak berani nak naik bot, sebab phobia takut lemas. Cuma tahun ni, dia nak try ke laut. Yang lain yg dok sembang deraih tu bila lg.

Setting kali ni, mcm biasa saja. Set ajiking aku dah replaced dengan set Okuma Nemesis. (Aku nak juai rod ajiking aku tu, sapa mau boleh pm aku). Set yang sama aku up posting yang lepas, Trip Pulau 9. Aku harap dengan set ni, aku boleh kayuh reel dengan lebih laju.Kelajuan adalah kompenen penting casting di Yan. So, kalau boleh, gunakan reel yg laju dan rod yang ringan ke medium. Tenggiri tak besag pun.

Dlm posting ni, aku up dulu dua alat penting dlm xtvt casting tenggiri di Yan. Perambut dawai dan spoon. Perambut dawai yg aku up dlm nih, aku beli di Jeti Yan dengan harga Rm4.50. Kemudian aku tambah spoon 45g dari Bakau, Day Night Lure, Model BH41-4, saiz 45g, kaler silver. Spoon ni aku beli di Jalan Pudu dengan harga RM6.7o.

Aku akan up lg persedian trip aku kali ni.

Perambut Dawai 3 mata

Perambut Dawai 3 mata

Spoon Bakar 45g

Spoon Bakau 45g

2 minggu lepas, aku order beberapa biji jig dengan Zahid brand Magnum Duplex Microjig 18g berharga RM6.00 setiap satu. Mircojig sesuai digunakan untuk casting ternggiri. Tp selama aku cast di Yan menggunakan microjig, belum penah bg hasil. Casting menggunakan kembung lebih apdal. Tp sebenarnya microjig pun ada kelebihan tersendiri. Cuma utk aku, mungkin masih belum rezeki.

02 di padang serai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di padang serai - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di padang serai</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Apr 2014 01:42 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di padang serai</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Apr 2014 01:49 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di padang serai</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Apr 2014 01:13 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Ustaz Hamidi dekati rakyat <b>Padang Serai</b> | Portal Islam dan Melayu

Posted: 23 Apr 2013 01:25 AM PDT

PADANG SERAI –Setelah disahkan bertanding Sabtu lalu, Ustaz Hamidi Abu Hassan mula mendekati masyarakat di seluruh pelusuk kawasan Padang Serai termasuk pasar pagi Ahad, baru-baru ini.

44799_470877466314871_1517332582_nZiarah Tok Embun di Kg Terat Batu, Padang Serai

164610_470852036317414_588612219_nBertemu dengan penduduk setempat di pasar pagi Ahad Padang Serai

923570_470848819651069_434075591_nBeramah mesra dengan penduduk setempat Padang Serai.

522102_470772299658721_206060535_nBersarapan dan beramah mesra dengan salah seorang pengundi di Padang Serai di Restoran Nasmir Taman Selasih.

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved