Rabu, 21 Mei 2014

02 di changlun - Google Blog Search

02 di changlun - Google Blog Search


Ia bermula di sini..: Mee Udang bwh jenjatas <b>di Changlun</b>

Posted: 15 Apr 2014 07:28 PM PDT

assalamualaikum...
sejak naik sem ni, terasa nak mencari mee udang ja..
asal dengar ja member2 cakap mee udang kat mana-mana.. terus nak pegi try..
kali ni saya try di kawasan Changlun plak..
selalu dok nampak orang ramai ja kat gerai tu.. setengah orang cakap bihun sup dia sedap..
tapi kali ni saya nak try mee udang dia....

meh tengok pic mee udang dia...
nampak macam sedap ja kan....




mee udang di sini bagi saya not bad juga lah...
tapi kuah dia cair la...nasib baik udang dia terasa juga manis dan segar...
kalau nak repeat mee udang kat sini, saya tak dah kot...
gerai mee udang nie kat changlun.. 
dari highway terus ja akan jumpa pekan changlun..
ada trafic light simpang 4.. depan sikit ada jenjatas.. gerai dia betul2 bawah jambatan...
harga dia rasanya Rm 15... terlupa lak..sebab dah bayar sekali cendol..
saya sekarang tengah mencari masa nak cari mee udang berasap kat perlis.. jalan dh tahu..tingal nak pegi ja.. xda masa lagi ni....

02 di kulim - Google Blog Search

02 di kulim - Google Blog Search


Berita: Kilang pemasangan Mazda <b>di Kulim</b> lengkap | BH Auto

Posted: 21 May 2014 09:17 PM PDT

Mazda 2Penambahan kemudahan terakhir bakal rancakkan pengeluaran

Dengan pembukaan kemudahan pemasangan terakhir di kilang pemasangan Mazda di Kulim, kemudahan itu kini mampu mengeluarkan 20,000 unit setahun kenderaan Mazda pemasangan tempatan. Setakat ini, model utama yang di pasang disana ialah Mazda CX-5 SkyActiv, untuk pasaran tempatan dan juga Thailand, selain model Mazda3 yang dipasarkan sebelum ini.

Mula menggunakan kemudahan pemasangan Inokom Corporation Sdn Bhd itu sejak 2011, tahun lalu sahaja menyaksikan Bermaz Motor melaburkan sejumlah RM100 juta terhadap penyediaan 'body shop' dan kemudahan pemasangan lainnya. Dengan operasi kemudahan terakhir ini, Mazda mampu untuk memenuhi permintaan tempatan, terutama bagi model CX-5 dengan memendekkan tempoh menunggu dari enam bulan kini, kepada dua hingga tiga bulan sahaja selepas ini.

Pegawai Eksekutif, Mazda Motor Corporation Japan, Masatoshi Maruyama menjelaskan bahawa langkah pengukuhan pemasangan kenderaan ini adalah sebahagian daripada strategi Mazda untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluaran kenderaan syarikat itu untuk pasaran Asean, yang dimulakan dengan kerjasama bersama Bermaz Motor sejak September 2012.

Pengarah Urusan Inokom Corporation Sdn Bhd, Rizal Jailan juga menjelaskan dengan perkembangan terbaru itu, operasi pemasangan kenderaan Mazda dapat dipertingkat dengan kualiti yang terjamin. Setakat ini, 30 jurutera dari Jepun turut terlibat di dalam pelbagai peringkat operasi pemasangan kenderaan Mazda di situ.

Sebelum ini, satu syif kerja di kilang berkenaan mampu menyiapkan sejumlah 40 unit kenderaan. Dengan pembukaan kemudahan terakhir ini, jumlah berkenaan dipertingkat kepada 56 unit. Jumlah ini akan digandakan lagi sebaik sahaja penjadualan kerja dua syif dilaksanakan nanti, dijangka bermula Jun nanti.

Menjelang akhir tahun ini juga, Bermaz dijangka akan memulakan pemasangan model terbaru Mazda3 SkyActiv untuk pasaran tempatan. Selain itu, untuk pasaran Thailand, syarikat berkenaan turut memasang model CX-5 dengan varian enjin diesel.

02 di sungai petani - Google Blog Search

02 di sungai petani - Google Blog Search


[ Terkini ] 9 gambar bas kilang rempuh lori gula <b>di Sungai Petani</b> <b>...</b>

Posted: 23 Apr 2014 04:49 AM PDT

SUNGAI PETANI- Empat pekerja kilang parah dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas dan lori di susur keluar Sungai Petani Selatan berdekatan Plaza Tol Taman Sejati Indah, di sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.40 petang, semasa bas kilang yang membawa 15 penumpang dari Pulau Pinang itu keluar dari susur berkenaan sebelum hilang kawalan dan merempuh belakang sebuah treler yang bergerak perlahan di bahu jalan.
Semua mangsa yang parah kini dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan lanjut.

Kejadian tersebut mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk di Lebuh Raya Utara-Selatan dari Bertam, Kepala Batas menghala arah utara.






Sumber : newmalaysianpost.com

02 di kubang pasu - Google Blog Search

02 di kubang pasu - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Daerah <b>Kubang Pasu</b> (MDKP) Februari <b>...</b>

Posted: 18 Feb 2014 08:29 PM PST


LOGO-MDKP
Jawatan Kosong di Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) Februari 2014 Terkini :

  • Pembantu Awam H11
  • Pembantu Tadbir (Kewangan) W17
  • Pembantu Penguatkuasa N17
  • Akauntan W41
  • Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17
Tags : pembantu tadbir kewangan w17
Jawatan Kosong di Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) Februari 2014

02 di padang serai - Google Blog Search

02 di padang serai - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di padang serai</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jan 2014 01:25 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di padang serai</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Dec 2013 01:13 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di padang serai</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Dec 2013 01:29 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kayuh Sorang Je: <b>Padang Serai</b> ... ropewalk

Posted: 15 Nov 2013 09:40 PM PST

Sesuatu yang membanggakan ialah ramai yang bergiat dengan aktiviti berbasikal di kawasan Sungai Petani / Kuala Muda. Ini terbukti berikutan dengan 'Sirkit ke empat Harian Metro Mountain Bike Grand Prix' yang berlan pada Sabtu 09 Nov 2013. Acara mendapat sambutan hangat dari kelab kelab basikal seluruh negara dan hampir kesemua kelab basikal dan orang perseorangan di kawasan Sungai Petani menyertai. Acara dimulakan di tapak Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbuk melalui kawasan bukit bukau, lembah, sungai, kebun, dusun, bendang dan hutan rimba.
Menurut seorang rakan yang mendapat kedudukan 50 peserta pertama menyudahkan kayuhan (lebih 1,500 peserta mengambil bahagian), trek atau laluan ini diantara trek yang paling seronok yang pernah disertai. Trek ini seimbang, tidak terlalu banyak laluan perkampungan, taman perumahan dan pekan dan trek off-road tidak begitu sukar ditempuhi. Sungai yang dilintasi di kawasan Rekreasi Tupah memecahkan monotoni dan menyeronokkan.
Dia mengharapkan agar trek atau laluan ini dijadikan salah satu venue atau lokasi untuk jamboree basikal dimasa hadapan. Selain dapat menunjulkan dan menengahkan kawasan ini untuk dijadikan salah satu destinasi pelancongan dan percutian, ia boleh dijadikan tarikan kepada peminat basikal seluruh negara untuk beriyadah. 
Aku tidak berapa terkilan kerana tidak turut serta kerana sudah lama 'menggantung' basikal gunung. Bahkan kini aku tidak lagi mempunyai mountain bikes kerana aku telah convert menjadi touring  bikes. Pada mula ingin juga aku turut serta menjadi penonton, melihat kawan kawan dan geng basikal sambil memberi peransang tetapi malang aku terpaksa balik ke Negeri Sembilan (Felda Raja Alias). Mungkin lain tahun sahaja.
Kalau dilihat bahagian sukan akhbar Harian Metro beberapa minggu sebelum acara diadakan, hampir setiap hari surat khabar tersebut memberikan liputan beserta lapuran untuk kelab kelab basikal dan orang perseorangan yang berdaftar untuk mengambil bahagian sirkit tersebut. Ini diteruskan satu minggu selepas program berlansung. Tumpang gembira melihat gambar kawan kawan disiarkan dalam akhbar. Bukan senang nak masuk surat khabar.
Biasalah ... hujung minggu terdapat ramai rider berada dijalan hari ini. Ada yang berkayuh seorangan seperti aku tetapi ramai yang berkayuh berkumpulan. Pagi ini ramai juga rider wanita diatas jalan. Seronok melihat semakin ramai kaum hawa menyertai aktiviti ini. Selalunya sering dilihat kaum hawa akan mengayuh mengekori suami ... (agaknya) tetapi sebentar tadi terlihat mereka berkayuh sesama sendiri. Nasib baik aku tidak buat U-turn mengikut mereka ...... ha ha..
Ingin singgah di pasar 'ropewalk' pekan Padang Serai untuk melihat apa yang dijual, tetapi membatalkan hasrat kerana pernah sekali singgah disana beberapa bulan lalu. Tiada apa yang menarik dan kebanyakkan menjual barangan yang tidak diperlukan.
Singgah di rumah Md Noor di Taman Serai Wangi tetapi dia tiada dirumah. Aku meneruskan kayuhan pulang dan singgah untuk sarapan roti canai di Pekan Pinang Tunggal.
Statistik : 
    Mula ............... 8.05 pagi
    Tamat ............  10.50 pagi
    Jarak ............... 58 km
    Cuaca .............. Redup
    Laluan ............. Bandar Puteri - Sidam Kiri - Padang Serai - Pinang Tunggal
   Odometer 2013 : 04604
       

BLOG KEDAH: 02 <b>di padang serai</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Dec 2013 01:33 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Misteri! Penampakan Bunian <b>Di Padang Serai</b>? (Video) | Informasi <b>...</b>

Posted: 16 Aug 2013 07:30 PM PDT

Misteri! Penampakan Bunian Di Padang Serai? (Video) | Benarkah bunian ini wujud? Seperti yang didakwa oleh orang dahulu kala, mereka juga seperti kita namun hidup di alam lain. Kita tidak boleh melihat mereka. Baru-baru ini satu rakaman video sewaktu ingin mendenak atau memikat ayam hutan telah  terakam penampakan orang berjubah putih melalui di belakang di dalam rimbunan pokok-pokok di kawasan tersebut. Persoalannya, benarkah itu bunian? Mungkin bunian, mungkin juga orang lelaki yang baru pulang dari surau ataupun masjid. Hanya Allah sahaja yang mengetahui. Anda boleh tonton video di atas ini.

ayam2

ayam1

game

P.S. I – 10 Tempat Paling Pelik Di Dunia
P.S. II – 5 Tempat Paling Ajaib di England
P.S. III – Menarik! Cara Untuk Meningkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris

Sumber : Amekaw

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...