Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar semalam berdegar-degar mengerah seluruh ahli PAS untuk menyertai himpunan membantah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST) di ibu negara pada Hari Pekerja, 1 Mei nanti.
Mungkin mahu menonjolkan diri, Mahfuz berbangga mengumumkan bahawa PAS di kawasannya menaja sebanyak 2 buah bas dari Parlimen Pokok Sena bagi membawa ahli-ahli PAS di kawasan itu menyertai himpunan sia-sia tersebut.
Malah sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah, dia juga memaklumkan sebanyak 5 buah bas akan berlepas dari PAS Kawasan Sungai Petani bagi membawa penyokong-penyokong parti itu ke Kuala Lumpur.
Penulis berpendapat bahawa usaha Mahfuz itu sebagai satu tindakan terdesak yang tidak membawa sebarang makna apa-apa. Atau dalam bahasa mudah, tindakan berhimpun membantah GST itu adalah satu tindakan yang sia-sia.
Dalam sejarah demonstrasi negara, belum ada satu pun tindakan tunjuk perasaan secara membuta tuli itu berjaya memenuhi kehendak para pendemonstran. Lebih ramai yang berhimpun membantah, bertambah payah untuk mereka mencapai matlamat atau kehendak yang dilaungkan.
Misalnya, parti-parti pembangkang sebelum ini terpaksa melakukan bersiri-siri himpunan Bersih. Namun, kebanyakkan tuntutan yang dibuat itu langsung tidak dilayan manakala hanya yang logik dan masuk dek akal saja yang dikaji kesesuaian perlaksanaannya.
Ini adalah kerana permintaan mereka itu mengarut sama sekali meskipun dipenuhi. Misalnya, isu dakwat kekal. Meskipun Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) memenuhi permintaan mereka, namun dakwat tersebut masih dipertikai sehingga kini.
Lebih mengarut, ramai pihak yang berpandangan bahawa tuntutan menggunakan dakwat kekal itu sebagai sesuatu yang merepek, tidak praktikal, tidak berkesan dan tidak sesuai berbanding penggunaan sistem biometrik yang dicadangkan SPR sebelum ini.
Berbalik kepada isu himpunan membantah GST, penulis tidak fikir bantahan itu akan mengubah sebarang dasar mengenai sistem baru percukaian yang lebih sistematik dan berkesan itu.
Apatah lagi Mahfuz hanya akan menyebabkan ramai pekerja di negara kita kehilangan waktu-waktu berharga mereka di hari cuti umum yang sepatutnya digunakan bersama keluarga, orang tersayang dan berehat sambil melakukan aktiviti yang jauh lebih berfaedah.
Penulis agak terkilan dengan Mahfuz yang bangga dengan PAS Kawasannya yang menyediakan dua buah bas untuk himpunan tersebut.
Sedangkan, ketika seluruh umat Islam di negeri Kedah berhimpun di Stadium Darul Aman memuji dan bersalawat kepada Rasulullah SAW, PAS Kawasan Pokok Sena langsung tidak menaja sebarang jenis kenderaan untuk ke majlis cinta Rasul itu.
Sebuah motorsikal pun Mahfuz tidak taja untuk menunjukkan "mahabbah" kepada Rasulullah SAW?
Penulis yakin, kalau Mahfuz taja para penyokong PAS ke majlis ibadah itu, sudah tentu dia akan panggil Sinar Harian untuk hadir sidang media khas untuk diwar-warkan "infaq"nya itu, bukan?
Begitulah gerangannya Pesuruhjaya PAS Kedah yang terkini. Kalau bersangkutan hal politik, berbas-bas dia boleh taja. Tapi kalau majlis yang berkaitan dengan kepentingan Islam, Rasulullah SAW dan Allah SWT, langsung dia tidak peduli?
Berbeza benar Mahfuz dengan bekas Pesuruhjaya PAS Kedah yang lama, Allahyarham Datuk Seri Ustaz Azizan Razak, bukan? Bagai langit dengan bumi..! -UtaraNews.com
ALOR SETAR, 12 Jan - Sekumpulan pekerja kilang papan di Pokok Sena dekat sini cuba merusuh dan mencetuskan kekecohan malam tadi setelah berang dengan tindakan majikan yang tidak mengendahkan seorang rakan mereka yang dipercayai mengalami sesak nafas.
Kejadian kira-kira 9 malam itu dipercayai melibatkan kira-kira 100 hingga 200 orang pekerja kilang terbabit yang berhimpun di hadapan pintu pagar rumah majikan mereka bagi meminta majikan supaya mengambil tindakan segera bagi menyelamatkan rakan mereka yang sesak nafas di asrama pekerja.
Majikan tersebut yang bimbang berlakunya sesuatu setelah melihat para pekerja asing itu berkumpul beramai-ramai, enggan keluar untuk bertemu dengan kumpulan pekerja itu.
Pekerja-pekerja warga Nepal itu kemudian naik berang setelah mendapati rakan mereka yang sesak nafas itu telah mati ekoran kelewatan majikan mengambil tindakan segera.
Bagaimanapun polis yang tiba kira-kira 20 minit kemudian berjaya meleraikan kumpulan pekerja kilang terbabit dan menghubungi hospital untuk mengesahkan kematian salah seorang rakan mereka itu.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Kota Setar DSP Mat Akhir Jaafar yang ditemui di tempat kejadian berkata tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku kerana majikan bertindak cepat menghubungi pihak polis setelah melihat keadaan makin tidak terkawal.
Katanya ekoran kejadian itu, pihak polis menahan tiga pekerja lelaki warga Nepal yang dipercayai mengetuai himpunan itu dan cuba mencetuskan huru hara.
"Hasil maklumat awal kumpulan pekerja terbabit bertindak demikian kerana sebelum ini sudah tiga orang rakan mereka mati secara mengejut di asrama terbabit namun majikan mereka tidak menyiasat puncanya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian lewat malam tadi.
Siasatan lanjut akan dijalankan dengan menyoal siasat ketiga-tiga mereka yang ditahan selain mengenal pasti punca kejadian.
"Punca kematian kita hanya bergantung kepada laporan doktor. Sebab apa yang kita siasat setakat ni, dia orang ni suka minum. Kadang-kadang minum minuman tak berjenama. Kita tak pasti minuman arak apa yang diminum menyebabkan mereka sakit," katanya.
Mayat pekerja yang mati dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk bedah siasat.
Dengan segala hormatnya Yayasan Kebajikan & Perkhidmatan Perubatan Malaysia dan Global Ikhwan Holdings berbesar hati untuk menjemput Dato', Datin, Tuan, Puan, Encik, Cik …………………………………………………………….. meraikan majlis pelancaran Yayasan Kebajikan & Perkhidmatan Perubatan Malaysia dan Global Ikhwan Holdings Di Kg Meribut, Mukim Pring, 06100, Kodiang, Kedah pada 28 hb November 2013/ 24 Muharram 1435 Hijrah masa 9.00am
semoga kehadiran semua akan menyerikan dan memeriahkan lagi majlis ini.
Teringat Pasembor Kodiang..... mana boleh cari kat Kuala Lumpur. Kena balik pi Kodiang. Kodiang adalah sebuah pekan kecil di daerah Kubang pasu, Utara Alor Setar, bersempadan dengan Perlis. Hanya 15 minit dari Nurmas Homestay ke Kodiang. Bestnya pasembor Kodiang sebab ada cucur udang, cucur ketam, sayurnya segar dan kuahnya mm... enak sekali...
TAJUK : KAJIAN MENGENAI DIALEK KEDAH DENGAN BAHASA MELAYU BAKU DI DAERAH KODIANG
NAMA PENSYARAH :
DR. ZULKIFLI BIN AHMAD
NAMA & NO. MATRIK PELAJAR :
NURSYAKIRAH BINTI NORDIN
A 137318
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Dialek merupakan satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial yang berbeza daripada bahasa standard. Menurut Edward Sapir, dialek dikenali sebagai bentuk percakapan tempatan yang berbeza dengan bentuk bahasa kesusasteraan. Maka, bolehlah dirumuskan bahawa dialek merupakan satu bentuk percakapan yang berupa tempatan yang terhad kepada kawasan-kawasan tertentu sahaja.
Bahasa Melayu Kedah merupakan salah satu dialek yang dituturkan oleh masyarakat Malaysia di Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Perlis. Bahasa Melayu Kedah juga dipertuturkan di Wilayah Selatan Thailand iaitu Satun.
Penduduk di Trang, Thailand juga menuturkan bahasa Melayu Kedah dengan pengaruh bahasa Thailand. Penutur dialek Melayu ini keseluruhannya dianggarkan lebih 4 juta (sekitar 3,1 juta penutur bahasa ibunda dan selebihnya digunakan sebagai bahasa kedua). Selain negeri-negeri tersebut, dialek ini juga dituturkan di selatan Myanmar dan sebuah tempat di utara Sumatera. Masyarakat setempat merujuk kepada Bahasa Melayu Kedah ini sebagai loghat utara (dialek Utara-oleh Malaysia) dan pelat Kedah (dialek Kedah di Negeri Kedah).
Bahasa Melayu Dialek Kedah juga boleh dibahagikan kepada beberapa subdialek yang diterdiri daripada Kedah Persisiran (standard), Baling ataupun Kedah Hulu, Kedah Utara, Perlis-Langkawi, Pulau Pinang dan lain – lain (Luar Malaysia).
1.2 PERNYATAAN MASALAH
Kajian yang dilakukan secara komprehensif dan betul akan dapat menghasilkan sebuah dapatan kajian yang baik. Kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengetahui perbezaan yang terdapat dalam dialek Kedah Kodiang dengan bahasa Melayu baku berdasarkan aspek-aspek linguistik seperti aspek dari segi sebutan, pembentukan kata, penggunaan ayat, semantik dan juga pragmatik.
1.3 SOALAN KAJIAN
Persoalan yang timbul dalam kajian ini ialah seperti berikut:
1.3.1 Apakah sama sebutan yang terhasil bagi sesuatu perkataan di antara dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku?
1.3.2 Apakah proses pembentukan kata yang berlaku dalam dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku?
1.3.3 Adakah sama sistem tatabahasa dan susunan ayat yang digunakan dalam dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku?
1.3.4 Bagaimanakah sesuatu perkataan yang sama boleh mempunyai makna yang berbeza dalam dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku?
1.3.5 Apakah ada penggunaan bahasa mengikut situasi yang berbeza di antara dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku?
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
1.4.1 Mengenal pasti perbezaan sebutan di antara dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku.
1.4.2 Melihat aspek pembentukan kata yang hadir dalam dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku.
1.4.3 Meninjau aspek penggunaan ayat/tatabahasa dalam dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku.
1.4.4 Menyelidik perbezaan makna kata yang berlaku antara dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku.
1.4.5 Mengenal pasti perbezaan yang terdapat dalam penggunaan bahasa mengikut situasi yang berbeza di antara dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku. Sebagai contohnya penggunaan bahasa dalam situasi formal di pejabat antara majikan dan pekerja.
1.4 SKOP KAJIAN
Skop kajian ini adalah di Kodiang yang merupakan salah satu tempat yang terletak di negeri Kedah Darul Aman. Skop kajian ini dipilih kerana berdasarkan latar belakang responden yang lahir di negeri Kedah, anak jati dan menetap di Kodiang, Kedah. Responden merupakan salah seorang mahasiswa yang belajar di UKM, Bangi, Selangor.
1.5 KESIMPULAN
1.5.1 Sebagai kesimpulannya, kajian yang ingin dijalankan oleh pengkaji diharapkan dapat memenuhi objektif yang sebenar. Hasil yang baik akan diperoleh sekiranya kajian ini mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.
BAB 2
KOSA ILMU (kiv)
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 PENGENALAN
Metodologi kajian atau kaedah kajian merupakan kaedah dan teknik mereka-bentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu rumusan.
Metodologi menerangkan cara sesuatu sesuatu masalah disiasat dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu digunakan.
Tujuan metodologi ialah untuk membantu memahami dengan lebih luas lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian tentang proses kajian.
3.2 SAMPEL KAJIAN
Sampel kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah terdiri daripada seorang responden yang berasal daripada negeri Kedah iaitu di Gurun berumur 22 tahun. Responden merupakan seorang anak jati dan penutur natif dialek Kedah.
3.3 ALAT KAJIAN
Kaedah atau metodologi kajian yang akan digunakan untuk mengumpul maklumat adalah seperti berikut:
3.3.1 Soal selidik.
Soal selidik dibuat dengan menggunakan kaedah kuantitatif iaitu menggunakan perisian "Survey Monkey". Soalan-soalan didraf terlebih dahulu dan dimasukkan ke dalam perisian "Survey Monkey". Soalan yang telah siap didalam perisian "Survey Monkey"akan dihantar kepada responden untuk dijawab oleh responden tersebut.
3.3.2 Rakaman.
Rakaman video akan dilakukan dengan menggunakan perakam video di telefon dan rakaman suara dengan menggunakan MP3.
3.3.3 Blog
Blog digunakan untuk memaparkan setiap hasil kajian yang telah saya lakukan dan perolehi dengan menggunakan wordpress.
3.3.4 Antconc
3.3.5 Video converter
3.3.6 Soundcloud
3.5 KESIMPULAN
Metodologi kajian yang dipilih diharapkan dapat membantu pengkaji menjayakan kajian yang dijalankan seterusnya memperoleh hasil kajian yang terbaik.
JITRA - Sebanyak 63 rumah di tiga kampung di Kodiang dekat sini rosak teruk terutama di bahagian bumbung selepas dilanda ribut petang semalam.
Kejadian kira-kira 6 petang itu melibatkan 45 rumah di Kampung Paya Pida Satu, 13 di Kampung Pida Empat dan lima di Kampung Kandis dengan jumlah kerugian keseluruhan hampir RM1 juta.
Tiada sebarang kemalangan jiwa dalam kejadian itu.
Seorang mangsa kejadian itu, Habsah Ahmad, 69, dari Kampung Paya Pida Satu berkata ketika kejadian, dia bersama tiga anak dan menantu serta tiga cucunya berusia antara tiga bulan dan lima tahun berada di rumah.
Katanya dia yang terdengar bunyi deruman angin kencang sehingga bumbung rumahnya diterbangkan angin melarikan diri dengan menaiki kereta milik anaknya bersama keluarganya untuk mencari tempat selamat.
"Masa tu makcik lihat zink terbang. Makcik jadi takut dan bawa cucu berusia lima tahun selamatkan diri. Makcik syukur semua anggota keluarga makcik termasuk cucu berusia tiga bulan selamat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.
Abdullah Awang, 68, dari Kampung Paya Pida Satu berkata dia kerugian kira-kira RM100,000 setelah bumbung rumahnya serta barangan elektrik di dalam rumahnya rosak.
Dia yang menceritakan detik-detik cemas kepada pemberita bersama isterinya Hasma Hussin, 64, berkata kejadian berlaku dengan pantas sehingga tidak sempat untuk menyelamatkan barangan berharga.
Katanya dia bersama isteri cuba keluar rumah dan melihat bumbung rumah terbang seperti burung dan masuk semula ke dalam rumah sehingga keadaan kembali normal.
"Saya hanya mampu melaungkan azan sahaja. Kami cuba nak selamatkan diri dengan keluar rumah dan bila lihat zink berterbangan kami masuk semula ke dalam rumah. Bila angin dah habis saya lihat semua bumbung rumah saya dan jiran habis (diterbangkan)," katanya.
Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang turun padang melawat mangsa kejadian turut menyalurkan bantuan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi meringankan beban yang dialami mereka.
Mukhriz berkata buat sementara ini anggota keluarga yang terlibat ditempatkan di tiga pusat penempatan termasuk di Dewan Orang Ramai Batu 1 sebelum bantuan susulan daripada kerajaan pusat untuk memperbaiki rumah dibuat dalam tempoh terdekat.
"Ada antara anggota keluarga mereka tinggal di rumah bagi menjaga keselamatan barangan di dalam rumah. Kita juga minta anggota Rela menjaga kawasan rumah yang rosak," katanya. - Bernama
In a recent study, physical and environmental information security in a government organization is a crucial part in a government organization because it involved with a lot of private and confidential information. So instead of taking care on the system itself the physical security also important since all the data and information are handled by the human in a physical environment.
Keywords-information security;physical and environmental security; government organization.
Introduction
Most organizations around the world are now focusing on the security system to protect their properties and employees. Properties include buildings or the premises, the facilities such as electronic devices, telecommunication devices such as telephone and fax machine, documents and all the belongings in the premise. Employees are the constructors of an organization and they are the working force that enables the organization's daily transaction. Both facilities and employees are the assets that must be protected because they are the essence that moves the organization to meet its target. Most companies only focus on the security of the device and software based information security solutions because the cost for the devices is very high. Actually, the organization should also focus on their personnel, internal and external technical experts, and also the customers. Traditionally, the employees and the insiders are the main source of the most injurious crimes in an organization because they have the knowledge, access and frequently a job-related motive to commit such crime.
This research will cover the user's perception on the physical and environment information security management in their organization, the implementation and the effectiveness of the implementations of the security protection. This paper has organized as below: II. Literature Review, III. Mehodology, IV. Analysis/Finding, V. Conclusion and VI. References.
Literature Review
According to [3], information includes both technological and human issues, so the overall process of managing risks should include factors both from natural, theoretical and social science paradigms. Physical security contains administrative, technical and physical control. It will decide the facility location and will ensure that the construction process is done accordingly. The countermeasures must be planned to face any possible physical security risk and threats. The security system should also plan the process, deployment, monitoring and continuous improvement of physical countermeasures against infrastructure including the safeguarding of electric power and water supply, as well as fire prevention, detection and restrain. Physical security is divided into three parts which are security against natural disaster, physical access control and design of right parameters. Access control deals with controlled access to data, information, locations, and resources like the printouts, tapes, thumb drives, CDs, and the like. For any data that has a connection with human being, there should be a system that can identify and authenticate the users of the system. Discretionary, mandatory and nondiscretionary models are defined and their actions are monitored using auditing practices. Security against natural disaster is to protect the organization and take some precaution steps to minimize the effects from natural disasters such as flood, earthquake, tornado, landslide, hurricane and volcano when they strike. The last part in security control is designing the right parameter. Parameters are information that is defined either by the user or the system to operate the security system such as using the password or tags for identification and authentication purpose. As stated in [2] the report defined the overall scope of the problem:
"Computer systems are coming of age. As
computer systems become more prevalent,
sophisticated, embedded in physical
processes, and interconnected, society
becomes more vulnerable to poor system
design, accidents that disable systems and
attacks on computer systems . . . . without
adequate safeguards, we risk intrusions into
personal privacy (given the growing
electronic storage of personal information)
and potential disasters that can cause
economic and even human losses".
Methodology
According to the (Wikipedia); a questionnaire is a research instrument consisting of a series of questions and other prompts for the purpose of gathering information from respondents. In this research, questionnaire was used to collect data about the physical and environmental security management in Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis. There are 120 sets of questionnaire being distributed to 120 respondents in four departments and one unit; Department of Mathematics and Computer Science, Department of Hospitality, Department of Engineering, Department of Multimedia, Visual and Communication and ICT Unit. There are seven sections have to be answered by the respondents; respondents background, use security areas to protect facilities, use physical security perimeters/logical boundary to protect areas, secury organizations's offices, rooms and facilities, protect facilities from natural and human threats, secure power and telecommunications cables and maintain organization;s equipment. The respondents answered based on the scale Yes, No or Not Applicable. The responds is analyzed using SPSS software.
Analysis / Finding
V. Conclusion
VI. References
Questionnaire.Retrieved Jan 10,2011,from http://en.wikipedia.org/wiki/Questionnaire
Computer at Risk:Safe Computing in the information Age.National Research Council,Natioanl Academy Press,March 1991.
M. Gerber and R. von Solms, "Management of Risk in the Information Age," in Computers & Security, vol. 24, pp. 16-30, 2005.
Syahas dan tahniah diucapkan kepada semua graduan sesi Dis 2012 dan juga sesi Jun 2013.
Untuk makluman, PTSS akan mengadakan satu Majlis Istiadat Konvokesyen ke 8 Tahun 2014 pada 18hb - 19hb Mac 2014. Tujuan utama adalah bagi meraikan kejayaan saudara / i kerana berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya.
Sehubungan dengan itu, pihak PTSS amat berbesar hati untuk menjemput saudara / i hadir ke Majlis Istiadat Konvokesyen tersebut. Sila muaturun Buku Panduan dan Peraturan Majlis Istiadat Konvokesyen ke 8 -
2014 di SINI. Sila buat pengesahan kehadiran saudara / i selewat-lewatnya 4hb Mac 2014 bagi membantu melancarkan perjalanan majlis istiadat ini.
Saudara / i juga di minta untuk mengesahkan kehadiran secara online melalui pautan di SINI. Sila pastikan saudara / i telah membuat pembayaran sebelum mengesahkan kehadiran.
Akhir kata, seluruh warga PTSS sekali lagi mengucahkan tahniah dan syabas di atas kejayaan anda.
Sekian, terima kasih.
--
Mohd Awaludin Bin Mohamed Bashir
Pegawai Pengambilan
Jabatan Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis.
Misteri Penunggu Gunung Jerai Kedah | Anda pernah mendengar kisah misteri yang terjadi di puncak Gunung Jerai? Jika belum mari baca kisah penunggu Gunung Jerai yang sangat misteri ini.
Hampir jam 8.00 malam, dua orang gadis terus berkeliaran di sekitar puncak gunung jerai. Mereka tercari-cari seseorang. Di puncak gunung itu, kedua-dua gadis ini telah bertemu dengan seorang lelaki bernama Ramli bin Haji Khamis, 48. Dia bekerja dengan sebuah organisasi yang terletak di puncak gunung itu. Sudah hampir 20 tahun beliau bekerja di situ.
"Abang, kami nak bermalam di sini, di Padang Tok Sheikh, boleh tak ? " Tanya salah seorang daripada mereka. Namanya Rasidah. Kawasan padang yang ditanyakan oleh gadis itu adalah sebuah tempat lapang di puncak gunung itu. Ia dipanggil Padang Tok Sheikh.
En.Ramli bingung. Biasanya orang yang hendak berkhemah atau berkelah di situ memang akan bertanya dan meminta kebenaran daripada beliau terlebih dahulu. Boleh atau tidak, beliau yang akan putuskan.
Tapi kali ini beliau terpaksa menegah kerana sungguh tidak molek anak gadis bermalam di situ. Lalu beliau menyuruh kedua-dua gadis yang bertelekung ini pulang sahaja. Namun gadis-gadis itu enggan. " Tolonglah bang, malam ni aja. Lepas ni, kami takkan datang lagi," pinta Rasidah lagi.
En.Ramli tidak mahu berganjak daripada keputusannya. Berulang kali difikirkannya, apa gadis-gadis ini tidak takut dengan gunung ini ? Gunung ini 'bernyawa'. Ia banyak menyimpan cerita misterinya yang tersendiri.
Orang-orang di Gurun, Kedah, semuanya tahu puncak gunung itu adalah perkampungan bunian. Di puncak itu ada sebuah kerajaan besar. Ada istana dan pemerintahnya. Juga, ada kampung-kampung dan rakyat jelatanya.
Jadi, tidak perlu gadis-gadis tersebut bermalam di puncak gunung itu. Bahaya! Nanti disorok orang bunian. Tetapi berulang kali beliau menghalang, ada-ada saja alasan yang diterimanya.
"Kami dah janji dengan tok wan. Tok wan nak datang malam ni. Bolehlah, bang…" rayu Rasidah, tinggi suaranya.
Tok wan mana pula, fakir En.Ramli. Ada sesuatu yang tidak kena ! Segera beliau amati wajah kedua-dua gadis yang bertelekung ini. Air muka mereka berdua manis dan berseri. Berumur sekitar awal 20-an. Salah seorang daripada mereka senyap sahaja, hanya Rasidah yang bersuara. Pada pandangan Ramli, gadis-gadis ini bukan jelmaan makhluk halus. Bukan… mereka bukan orang bunian !
"Tolonglah, bang. Puteri dah mimpi semalam ! Tok wan nak datang malam ni. Puteri dah janji dengan tok wan," kata Rasidah lagi.
Puteri ? Siapa puteri ? Fikiran beliau semakin bercelaru. Siapakah gadis-gadis ini sebenarnya ? Mengapa lain benar percakapan mereka ?
Lalu beliau cuba menakut-nakutkan mereka. En.Ramli katakan yang hutan itu penuh dengan binatang buas. Di sekitar gunung itu sudah ramai orang yang hilang nyawa diserang gajah meroyan, harimau, atau dipatuk ular, kala jengking, bisa lipan bara dan binatang-binatang buas yang lain.
"Tak mengapa, bang. Tok wan ada, tok wan boleh halau binatang-binatang tu. Puteri pun ada !" jawab Rasidah. Ah! En.Ramli semakin terasa aneh dengan percakapan gadis ini. Siapa tok wan itu ? Siapa pula puteri itu ?
Tiba-tiba, ada suara aneh hinggap ke telinga En.Ramli. Seakan ada orang meniup-niup telinganya dan berulang kali suara itu menyebut Puteri Delima. "Puteri Delima. Puteri Delimaaaa !! " beliau terpaku. Siapa yang bercakap ? Darahnya mula berderau. Puteri Delima mana pula yang hendak datang, fikirnya berulang.
"Sayalah Puteri Delima !" kata gadis yang duduk di sebelah Rasidah. Gadis yang senyap sahaja dari tadi itu mulai bersuara. Matanya berkilat. Kemudian dia tersenyum lebar dan ketawa terkekek-kekek. "Ehh… ehheeee…! Ehh… ehheeee… ! Saya nak jumpa tok wan ! Saya nak jumpa tok waaaaaan!!!! " kata gadis itu yang tidak putus-putus tersenyum dan memandang Ramli.
En.Ramli tergamam. Terus dia benarkan gadis-gadis itu pergi ke Padang Tok Sheikh kerana gadis-gadis ini bukan manusia biasa lagi. Mereka sudah dirasuk bunian, beliau terpaksa tunaikan saja permintaan mereka.
Esoknya En.Ramli diberitahu rakan-rakannya, kedua-dua gadis tersebut ada berjumpa dengan orang-orang yang bekerja di sekitar gunung itu. Malam itu juga gadis-gadis tersebut telah dapat berjumpa dengan tok wan yang dimaksudkannya. Dakwa kawan-kawan beliau, tok wan itu seorang lelaki tua dan beserban hijau. Mereka berjumpa di Padang Tok Sheikh. Peristiwa ini baru berlaku dua tiga tahun lepas.
Pada pengalaman En.Ramli, apa yang mereka lihat itu adalah kelibat orang-orang bunian. Kawasan padang itu adalah salah satu daripada penempatan orang-orang bunian tersebut. Hutan rimba di sekeliling padang dan kawasan air terjun berdekatan juga adalah daerah kerajaan bunian.
Dahulu ada sekumpulan anak muda yang ternampak istana bunian di tepi air terjun di situ. Mujur mereka cepat-cepat beredar. Kalau mereka masuk ke kawasan istana itu, mungkin mereka semua akan hilang dibawa ke alam ghaib.
Orang-orang bunian ini memang sungguh menawan paras rupa mereka. Yang perempuan cantik, yang lelaki pula kacak. Ada para pemuda dan pemudi yang mudah benar jatuh cinta apabila melihat makhluk-makhluk halus ini.
Mereka mengekori pemuda dan pemudi bunian itu ke dalam hutan dan akhirnya, ramai yang telah tersesat. Malah ada yang terus hilang di hutan rimba gunung itu, sampailah sekarang tidak ditemui.
En.Ramli sendiri selalu terlihat orang bunian yang masuk ke dalam surau di puncak gunung itu. Di ketika yang lain, Ramli ternampak seorang lelaki tua bunian yang berserban mengambil air sembahyang di perigi yang ada di situ.
Sebenarnya En.Ramli sudah banyak melalui pengalaman dahsyat yang dikatakan angkara makhluk-makhluk halus. Pada awal tahun 2000, ada seorang lelaki berusia pertengahan umur 20-an telah hilang di gunung itu. Jadi, beliau diminta untuk membantu usaha polis mencari pemuda tersebut kerana dia cukup arif tentang kawasan pergunungan itu.
"Kita cari di sekitar air terjun dulu. Kalau tak jumpa juga, kita redah hutan ni,"kata En.Ramli pada polis-polis tersebut. Tetapi sudah hampir tiga hari, usaha mencarinya masih tidak membuahkan hasil. Tetap buntu. Sehinggalah pihak polis terpaksa menggunakan anjing pengesan untuk mencarinya.
Akhirnya, pemuda itu berjaya juga ditemui setelah hampir seminggu dicari. Pemuda itu dijumpai di sekitar kawasan hutan yang tidak jauh dari kawasan air terjun tadi.
Malang sekali, pemuda itu sudah tidak bernyawa lagi. Mayatnya ditemui dalam keadaan sungguh mengerunkan. Kepalanya putus. Dia seakan diserang oleh gergasi. Badannya berlumuran darah dan penuh luka. Cebisan pakaiannya yang koyak rabak bersepah-sepah diserata tempat. Apa sebenarnya yang telah terjadi ?
En.Ramli yakin ini bukan angkara binatang buas. Itu angkara bunian kerana sebelumnya mereka sudah pun mencari di serata puncak gunung itu, pemuda tersebut gagal ditemui. Tetapi mengapa beberapa hari kemudian tiba-tiba sahaja mayatnya dijumpai berhampiran dengan air terjun itu ? Mesti ada sebab yang lain.
En.Ramli percaya pemuda itu dibunuh dan disorok bunian. Lagipun, kawasan air terjun itu dan hutan- hutan di sekitarnya adalah tempat letaknya perkampungan bunian. Air terjun itu dipanggil tasik lima beradik kerana ia adalah tempat lima orang puteri bunian bermandi-manda. Puteri-puteri itu diceritakan terlalu cantik, tiada tandingan berbanding kecantikan manusia. Sambil mandi, mereka ketawa beramai-ramai.
Beliau juga selalu mengingatkan para pengunjung, andainya mereka melihat lima puteri yang jelita itu, janganlah sesekali tergoda. Apatah lagi cuba-cuba menyimpan hajat mendekati mereka. Sesiapa yang terpedaya, nescaya akan lenyap ke alam bunian, kemudian hilang dari alam nyata.
Di pinggir air terjun pula, kata En.Ramli, terletaknya istana bunian. Istana itu tersergam indah. Di sekelilingnya terdapat perkampungan bunian. En.Ramli memberi amaran kepada pengunjung, jangan dekati istana dan perkampungan itu. Silap langkah mereka akan di bawa masuk ke alam bunian dan terus lenyap.
Ramli percaya, pemuda yang mati itu telah termasuk ke alam bunian tersebut. Walaupun kematian pemuda itu disahkan akibat serangan binatang buas, tapi Ramli kurang setuju. "Ini kerja bunian," berkali-kali dikatakan begitu.
Oleh kerana itulah En.Ramli selalu mengingatkan para pengunjung supaya jangan cakap besar, takbur dan riak. Kalau tidak, nanti dapat kecelakaan. Tambah lagi buat perkara-perkara yang tidak elok, bala mungkin akan menimpa.
"kalau ada apa-apa perkara yang pelik berlaku, jangan tegur. Lebih baik, diam ! Kalau ternampak benda-benda yang ganjil, tinggalkan. Ini kampung bunian " pesan En.Ramli.
Gunung itu sering 'mengambil nyawa' manusia yang berniat tidak baik. Mungkin ada benarnya ia angkara binatang buas, tapi bagi En.Ramli, mungkin juga disebabkan orang bunian. Sama juga dengan kebanyakkan kejadian orang mati lemas di kawasan air terjun di kaki gunung itu. En.Ramli percaya semua itu angkara bunian.
Nama gunung itu, Gunung Jerai. Orang-orang di Gurun, Kedah sentiasa berhati-hati apabila ke sana. Kalau ada orang luar yang mahu ke gunung itu dan berjumpa En.Ramli, dia akan berpesan, "hati-hati. Jangan main-main dengan pengunggu Gunung Jerai ini. Tempat ini keras ! "