Rabu, 8 Jun 2011

02 di kulim - Google Blog Search

02 di kulim - Google Blog Search


Penyokong Pas Histeria bila Ummi berceramah <b>Di Kulim</b> ~ SUNGAI <b>...</b>

Posted: 18 Apr 2011 09:43 PM PDT

Semalam bertempat di Kampung Pondok Labu Keladi Ummi Hafilda dan YB Dato Hamidah Osman telah berceramah lebih kurang hampir 4 jam. Pada mulanya Pas kawasan Kampung Pondok Kelabu bagai histeria mendengar Ummi Hafilda nak datang dan berceramah di Kulim, maka Pas dngan begitu angkuhnya memprotes bagaikan sudah terjadi suatu rampasan kuasa di negeri Kedah.
Mereka melaung-laungkan berbagai kata-kata keji dan hina ke ats umno dan Ummi Hafilda dan seterusnya berarak ke Balai Polis yang berdekatan untuk membuat laporan polis agar ceramah Ummi Hafilda dibatalkan oleh pihak polis.

Allah lebih mengetahui, niat parti PAS yang busuk dan isihati itu tidak  diendahkan oleh pihak polis kerana pihak Umno Bahagian Padang Serai Kulim mempunyai permit yang sah untuk berceramah. Maka balaci-balaci Anwar pulang dengan begitu hampa.

Ceramah diteruskan dengan dimulakan oleh Ketua Wanita Bahagian, Naib Ketua Bahagian , Ketua Penerangan Wanita Umno Malaysia YB Dato Hamidah Osman seterusnya Cik Ummi Hafilda Ali

Kata YB Dato Hamidah Osman sudah sampai masanya semua rakyat perlu diberitahu tentang perilaku Anwar Ibrahim yang belum pernah mereka tahu. Walaupun agak sukar untuk membawa Cik Ummi Hafilda di seluruh ceruk rantau namun  ini tidak mematahkan semangat wanita untuk berjuang sejauh yang boleh bagi memberi maklumat dan keadaan yang sebenar mengenai Anwar Ibrahim.

Tidak dapat dinafikan Anwar Ibrahim memang pandai berlakon, sekejap jadi alim ulamak dan sekejap pembohong dan sekejap jadi imam semula. Dengan penerang yang akan disampaikan oleh Ummi maka masyarakat di kampung Pondon Labu Keladi akan tahu siapa sebenarnya Anwar Ibrahim.

Sebelum Ummi memulakan ceramah beliau satu tepukan gemuruh dari penduduk dan masyarakat setempat kedengaran tanda memberi sokongan dan semangat kepada Ummi supaya meneruskan perjuanganya selama ini.

Kata Ummi, "inilah sumbangan saya yang seterusnya dalam meneruskan perjuangan di bumi bertuah ini, setelah perjuangan politik menentang kemungkaran dan hipoikrasi insan paling munafik didunia yg saya jangkakan akan dapat dinoktahkan tidak lama lagi apabila peluru berpandu saya dilancarkan.Insyaalah, Apatah lagi dengan perkembangan semasa di mahkamah dengan bukti-bukti sahih yg tak dapat dinafikan lagi, hingga membuat kita loya, mual ,nak muntah mendengarnya, alahai malu melayu, umur dah 64 tahun, rumah kata pergi , kubur kata mari, masih nak buat kerja tidak senonoh yang nabi tak mengaku umat.

Apa pun kita semua mendoakan lah adik saiful agar diberi kekuatan oleh allah dalam menghadapi saat-saat getir seperti ini ,dan moga Allah berikan kemenangan besar buat yg benar dan teraniaya, sesungguhnya ALLAH MAHA MENGETAHUI, ALLAH MAHA MENDENGAR.Tiada jihab diantara langit dan bumi doa-doa orang yg teraniaya.Ujian cukup berat bagi beliau, dah lah diri diliwat, dia pulak dimaki hamun, dihina, disumpah seranah dek penyokong biol mcm Vanbus ni, diri pulak difitnah kononnya dapat upah, dimanakah rasionalnya seorang bapa sanggup mengheret anak ke sana dan  ke mari untuk mendapat keadilan hingga pergi menyerahkan memorandum kepada Yang DiPertuan Agong semata-mata untuk memberitahu anaknya diliwat tolong adili seadilnya, kalau bukan berpaksikan kebenaran, apakah sanggup seorang ayah mengadaikan maruah anak dan dirinya semata -mata apa sejuta, 10 juta, 100 juta, logik ke,marilahlah kita fikirkan bersama-sama. 

Ceramah Ummi agak panjang memakan masa hampir 2 jam 30 minit. Sebenarnya masih banyak yang Ummi perlu ceritakan kepada masyarakat Kampung Pondok Labu Keladi ini tetapi sudah hampir 12.20 malam, maka Ummi menghentikan ceramahnya.

Walaupun publisiti kurang meluaskan tetapi kehadiran meningkat dari masa ke semasa hampir 1000 orang termasuk penyokong dari Parti PAS dan Parti Keadilan Rakyat. Apa pun Sungai Rapat Online ingin mengucapkan sejuta tahniah dan syabas  kepada pihak Umno Bahagian Padang Serai terutama kepada Ketua Bahagian, Timbalan serta Ketua Wanita Umno Bahagian Kak Maliah dan askar-askarnya yang begitu gigih melaksanakan persiapan bagi mengadakan ceramah Ummi Hafilda. Tidak ketinggalan juga kepada semua penduduk Kampung Pondok Labu Keladi, Kulim kerana sudi hadir mendengar rintihan isihati Ummi yang belum prnah mereka dengar selama ini. 

Semoga perkara yang benar ini memberi manfaat kepada semua masyarakat Islam agar tidak tertipu dengan manusia munafik yang bernama Anwar Ibrahim. Ummi sentiasa menanti jika pihak Umno Bahagian Padang Serai sudi menjemputnya sekali lagi.

Posted in:

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen