Selasa, 28 Jun 2011

di alor setar - Google Blog Search

di alor setar - Google Blog Search


Meninjau sejarah <b>di Alor Setar</b> « Sejarah, Islam & Malaysiana

Posted: 26 May 2011 05:59 PM PDT

Hari isnin 23 Mei 2011, saya ke Alor Setar, pergi sehari je, naik pagi, balik malam, malangnya flight ada pukul 9.50 mlm je, so kena bersapau juga lah kat 'airport'.

Pagi tu saya keluar macam biasa kalau flight pagi, iaitu kira-kira pukul 5.30 pagi, dan solat di airport. Setelah beratur saya tengok jam pukul 6.30 pg, terus masuk kat gate, tapi tengok kat papan tanda gate tu, flight pergi Kuala Terengganu dan Sandakan. Ada orang beratur panjang. Bukan flight aku ni, fikir saya. Saya pun pergi minum sekejap. Mahal. RM15.00 untuk mihun dan milo panas, maklumlah airport!!!!!! Habis makan mihun saya minum milo seteguk dan terus menuju ke gate semula sambil membawa milo panas tersebut. Beberapa langkah di gate, saya terdengar nama dipanggil. Adussss… ni kali pertama nama kena panggil ni, rupa-rupanya yang beratur tadi flight ke Alor Setar. Saya pun buang air milo 'mahal' saya dalam tong sampah dan menuju ke gate, frustnya. Lepas tu tak berapa dengar staf tu kata pintu berapa, dengar perkataan 4 sahaja. Habis lorong ke 82-84 saya masuk, semuanya flght ke tempat lain. Saya mula cemas, dahlah dah lewat. Ini mungkin kali pertama tertinggal flight, bermonolog dalam hati. Dah sampai hujung bukan flight yang dimaksudkan, maka saya berlari semua ke pangkal jalan, lantaklah orang lain nak kata apa. Bila staf kat hujung jalan tu nampak saya berlari, dia tanya "ke Alor Setar ke?" "Hah", kata saya. Dia menunjukkan ke arah kiri, nombor 94 katanya. Paling jauh. Aduh! kenapalah tak dengar betul-betul tadi. Berpeluh-peluh naik flight, tapi saya bukanlah orang yang paling akhir, seperti yang pernah terjadi dua tahun lalu, terlewat nak ke Kuala Terengganu, sampai semua orang tunggu saya naik. Bila diamati jam tangan semasa dalam flight, rupanya jam rosak, aduhai.

Sampai di airport, nak sewa kereta, semua kereta habis ditempah. Kena naik teksi jugalah macam biasa. Tapi tak berapa jauh ke pusat bandar, maka tambang taklah mahal sangat. Perjalanan ke Alor Setar berbaloi, dapat masuk empat buah muzium, iaitu Balai Seni, Muzium Diraja, Galeri Sultan Abdul Halim dan Muzium Kota Kuala Kedah… puas dan tak terasa penat berjalan sana sini, tetapi malangnya di dalam muzium tak boleh ambil gambar, maka banyak maklumat terlupa, ada sikit-sikit je yang dicatatkan. Biasalah, kebanyakan muzium memang menjaga imejnya. Tak kisah pun. Seronok dengan usaha Jabatan Muzium negeri Kedah menjaga sejarahnya. Lebih-lebih lagi kesultanan tertua di dunia.

3.090607 101.529597

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan