Selasa, 5 Julai 2011

02 di kulim - Google Blog Search

02 di kulim - Google Blog Search


12 Warga Emas <b>Di Kulim</b> Terima Rumah Baru | MyNewsHub (BM)

Posted: 05 Jul 2011 04:36 AM PDT

KULIM – Seramai 12 warga emas di Kampung Sungai Tengas, Mukim Terap dekat sini menerima rumah baru sumbangan Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam).

Rumah yang keseluruhannya menelan belanja RM360,000 itu dilengkapi dengan perabot asas, barangan elektrik dan perkakasan dapur.

Rumah berkenaan dibina bagi menggantikan rumah separuh kekal yang menempatkan warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) tanpa waris yang dibina oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) pada 1987.

Pengarah Urusan Bank Islam, Datuk Seri Zukri Samat berkata pembinaan rumah tersebut merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Bank Islam untuk membantu mereka yang memerlukan.

"Projek yang dinamakan Program Bantuan Rumah Bank Islam dilaksanakan sejak tahun 2008 bermula di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

"Bank Islam telah memperuntukkan dana zakat dan sebahagian hasil keuntungan perniagaan sebanyak RM11 juta setahun untuk melancarkan program CSR yang meliputi Program Bantuan Rumah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyerahan rumah itu Selasa.

Zukri berkata bantuan yang disampaikan itu diharap dapat membantu memperbaiki taraf hidup warga emas yang rata-ratanya uzur dan tinggal di rumah usang selama ini.

Beliau berkata rumah-rumah tersebut dijangka siap sebulan lagi iaitu ketika bulan Ramadan dan dengan ketibaan Hari Raya Aidilfitri diharap akan menceriakan kehidupan penerima kerana dapat tinggal di rumah baru.

Seorang penerima yang cacat penglihatan, Mohd Najib Jaafar, 66, berkata dia bersyukur kerana dapat hidup dengan lebih selesa di rumah baru.

"Sebelum ini, saya tidak mempunyai pilihan kerana kedaifan hidup selain faktor kesihatan menghalang saya daripada memiliki sebuah rumah yang lebih baik.

"Kini pak cik bersyukur kerana tinggal di rumah yang jauh lebih selesa berbanding rumah lama. Terima kasih kepada Bank Islam dan pihak yang membantu selama ini," katanya. – BERNAMA

*Gambar Sekadar Hiasan

Berita Berkaitan:

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan