Rabu, 17 Ogos 2011

02 di baling - Google Blog Search

02 di baling - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Bubur lambuk udang kering menu istimewa <b>di Baling</b>

Posted: 11 Aug 2011 04:00 PM PDT

BALING 11 Ogos – Setiap kali Ramadan, juadah bubur lambuk udang kering bersama air halia menjadi menu digemari penduduk daerah ini sebagai hidangan istimewa untuk berbuka puasa.

Setiap hari, orang ramai khususnya penduduk Kampung Seberang Pekan Baling berpusu-pusu mendapatkan kira-kira 1,000 bungkus bubur itu dan air halia yang disediakan oleh Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di Masjid Lama Pekan Baling di sini.

Ketua Tukang Masak, Zakaria Abdullah, 69, berkata, bubur lambuk yang dimasak dengan dicampur udang kering itu memberi aroma cukup istimewa dan menjadi pilihan penggemarnya setiap tahun.

Katanya, selain udang kering, bahan-bahan lain turut dijadikan rencah untuk dimasak dalam tempoh dua jam bersama kira-kira 25 kilogram beras mulai pukul 10 pagi.

"Selepas siap dimasak, bubur akan dibungkus sebelum diagihkan antara pukul 2 hingga 3 petang dan orang ramai perlu datang awal bagi mengelak kehabisan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini kelmarin.

Zakaria berkata, juadah istimewa itu disediakan oleh penduduk secara bergotong-royong di pekarangan masjid berkenaan yang menjadi laluan utama orang ramai.

"Setiap tahun kita jadikan amalan bersedekah dengan menyediakan bubur lambuk dan air halia dibungkus dan disedekahkan kepada orang ramai," jelasnya.

Menurutnya, tradisi menyediakan bubur tersebut akan diteruskan setiap tahun dan penduduk kebiasaannya berpakat mengutip wang untuk membiayai kos bahan-bahan makanan itu.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan