Jumaat, 12 Ogos 2011

02 di kulim - Google Blog Search

02 di kulim - Google Blog Search


Air Kelapa Laut Tarikan Utama Bazar Ramadan <b>Di Kulim</b>

Posted: 09 Aug 2011 07:27 PM PDT

KULIM – Air kelapa laut merupakan antara minuman yang sukar ditemui, menjadikan gerai Norhabidi Md Isa, 47, di Bazar Ramadan Kilang Lama di sini begitu popular kepada pengunjung bazar sejak awal Ramadan lalu.

Tumbuhan palma yang juga dikenali sebagi pokok "tai" (nama saintifik Borassus fiabellifera), sukar didapati di negara ini menjadikan air kelapa laut antara minuman rebutan ramai walaupun dijual dengan harga yang sedikit tinggi.

"Saya terpaksa mendapatkan bekalan daripada peraih yang membawa masuk buah ini dari negara jiran setiap minggu," kata Norhabidi ketika ditemui Bernama di sini.

Norhabidi yang menetap di Taman Melur, Serdang, Bandar Baharu, dekat sini juga menjual air teh bunga, tembikai, mata kucing, tembikai susu dan air barli.

Norhabidi mula menjual air kelapa laut ini ketika berniaga di bazar Ramadan lima tahun lalu di Bayan Baru dan Seberang Jaya di Pulau Pinang, tetapi kerana dua lokasi tersebut agak jauh dari tempat tinggalnya, kini dia memilih Bazar Ramadan di sini untuk menyambung perniagaan air minumannya itu. – BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan