Isnin, 15 Ogos 2011

02 di padang serai - Google Blog Search

02 di padang serai - Google Blog Search


Unit Bergerak MCA <b>Padang Serai</b> Bantu Penduduk

Posted: 02 Aug 2011 08:08 PM PDT

PADANG SERAI – Hampir 3,000 penduduk sekitar kawasan Parlimen Padang Serai memperoleh manfaat daripada unit khidmat bergerak anjuran Penyelaras Parlimen berkenaan Dr Chin Tung Leung sejak Januari lalu.

Unit berkenaan menawarkan perkhidmatan seperti rawatan kesihatan oleh doktor perubatan, tabib Cina, pemeriksaan mata serta kaunter Jabatan Pendaftaran, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), aduan umum dan pendaftaran pengundi baru.

"Program ini memudahkan penduduk terutama daripada golongan kurang mampu untuk mendapatkan rawatan secara percuma selain tidak perlu membayar kos tambang kenderaan kerana khidmat ini diadakan di lokasi-lokasi berhampiran kediaman mereka," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sehingga Julai lepas, MCA Padang Serai menjalankan lima aktiviti seumpamanya di empat lokasi iaitu dua kali di Padang Serai dan masing-masing sekali di Lunas, Taman Selasih dan Kilang Sago.

Chin berkata operasi unit yang dijalankan sehari suntuk mendapat sambutan baik daripada masyarakat tempatan dengan anggaran 200 hingga 300 penduduk menyertainya di setiap lokasi.

Pada Ogos ini, beberapa perkhidmatan lain akan ditambah dalam aktiviti unit itu.

"Ini termasuklah dengan penyertaan Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) yang akan menawarkan khidmat mamogram dan ujian pap smear khusus untuk wanita dengan bayaran dikenakan pada harga potongan," kata Chin.

Beliau berkata selain rawatan kesihatan, orang ramai boleh mengadu mengenai masalah yang dihadapi, memohon bantuan JKM khususnya untuk golongan susah dan kurang mampu serta yang menghadapi masalah taraf kewarganegaraan.

Chin berkata pihaknya akan memberi tumpuan kepada kawasan luar bandar supaya golongan masyarakat itu tidak tersisih. – BERNAMA

Berita Berkaitan:

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan