Khamis, 18 Ogos 2011

02 di padang serai - Google Blog Search

02 di padang serai - Google Blog Search


Kilang Produk Getah <b>Di Padang Serai</b> Terbakar

Posted: 19 Jul 2011 02:10 AM PDT

PADANG SERAI – Sebuah kilang memproses produk getah di kawasan industri Padang Meha di sini hangus terbakar pagi Selasa, mengakibatkan kerugian sebanyak RM106 juta dengan 600 kakitangan hilang pekerjaan.

Pemilik kilang tersebut Datuk Eng Hock Sing berkata beliau berada di kilang tersebut untuk memulakan kerja pukul 8.30 pagi tadi sebelum dimaklumkan oleh pekerja-pekerja bahawa satu bahagian di kilang berkenaan, terbakar.

"Lalu saya pun mengarahkan kira-kira 300 pekerja yang bekerja pada shif pukul 7 pagi hingga 7 petang supaya keluar segera menyelamatkan diri masing-masing dan mereka semua selamat keluar daripada kilang yang sedang terbakar itu. Pasukan Bomba dan Penyelamat tiba kira-kira pukul 8.45 pagi," katanya kepada pemberita di luar bangunan kilang seluas 3.2 hektar itu.

Katanya kerugian yang dialami pihaknya melibatkan harga peralatan jentera bernilai RM100 juta dan barang-barang produk yang siap untuk dieksport bernilai US$2 juta (RM6.02 juta).

Beliau berkata kilangnya itu mempunyai 600 pekerja yang terdiri daripada 300 pekerja tempatan dan bakinya adalah pekerja asing. Kilang miliknya itu telah beroperasi lebih 15 tahun lalu.

Eng berkata beliau masih memikirkan sama ada untuk mendapatkan lokasi baru menyambung operasi kilang tersebut kerana dalam tempoh terdekat ini 600 pekerjanya itu akan menganggur.

Katanya beliau juga terpaksa memenuhi tempahan pelanggan dari luar negara seperi Amerika Syarikat, Perancis, Itali dan juga beberapa negara di Asia.

Sementara itu, lebih 20 jentera Pasukan Bomba dan Penyelamat dari kawasan sekitar seperti Butterwoth, Tasik Gelugor, Bukit Mertajam, Kulim Hitech Park dan Sungai Petani serta beberapa Pasukan Hazmat serta Pasukan Bomba dan Penyelamat Sukarela dikerahkan bagi menjalankan usaha memadam kebakaran.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Kedah Ahmad Shahabudin yang bergegas dari Alor Setar sibuk mengarahkan lebih 100 anggota yang menyertai operasi itu itu berdepan dengan kesukaran dipercayai kerana tekanan air daripada pili bomba di lokasi adalah rendah dan menyukarkan kerja-kerja memadam api.

Bernama difahamkan bahawa kehadiran anggota-anggota daripada beberapa Pasukan Hazmat adalah bertujuan mengawal dan menyelamatkan bahan-bahan kimia membuat produk getah di kilang tesebut daripada terbakar atau daripada mewujudkan situasi yang lebih membahayakan keadaan.

Sehingga laporan ini dibuat kerja-kerja mengawal kebakaran telah dapat dilakukan tetapi kerja-kerja menyelamatkan bahan-bahan kimia yang tersimpan dalam kilang berkenaan sedang diusahakan.

Sementara itu, Penyelaras Parlimen Padang Serai Dr Chin Tung Leung telah melawat lokasi kebakaran pagi tadi dan melahirkan rasa bimbangnya terhadap punca rezeki 600 pekerja di kilang itu berikutan kebakaran itu.

"Lebih-lebih lagi para pekerja beragama Islam yang akan menyambut puasa seminggu dua lagi dan akan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri kelak," katanya. – BERNAMA

Berita Berkaitan:

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Komen