Mahfuz atau lebih dikenali sebagai Professor Serba Tahu ini sememangnya dikenali sebagai "penghujah hebat."
Sebutlah bidang apa sekalipun, dari astronomi ke ekonomi, waima permasalahan metafizik yang melibatkan atom, atau dalam bahasa tasawwuf boleh dirujuk sebagai "nur", mampu dihuraikan secara terperinci dan ilmiah oleh Mahfuz.
Tidak hairanlah apabila dia berjaya mengangkat martabat Pokok Sena kepada status bandaraya berbanding bandar-bandar lain di Malaysia. Dan cita-citanya untuk menjadi PM adalah selaras dengan "kelayakkan" yang ada padanya dalam bidang ekonomi persis yang diajar di Oxford.
Namun kali ini, Mahfuz mungkin terpaksa menjual "bandarayanya", gara-gara kenyataannya menuduh KBS menyediakan dana sebanyak RM30 juta untuk menaja gerakan JATI yang dipimpin oleh Dato' Dr. Hasan Ali.
Sebelum ini, Dato Dr. Hasan Ali juga telah menyatakan hasrat yang sama terhadap Mahfuz.
Tuduhan yang amat berat ini boleh membawa tanggapan negatif kepada Kementerian Belia Dan Sukan. Menterinya, Dato Seri Ahmad Shabery Chik berkata tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah seperti sama, sekiranya Mahfuz masih mengemukakan dakwaan tanpa asas.
GT percaya, kenyataan dari Mahfuz ini hadir dari anugerah "kebijaksanaan" yang dimiliki. Pastinya, Mahfuz punya sebab untuk berbuat demikian. Apatah lagi, setiap perkataan yang keluar dari mulutnya dikawal oleh otak yang bernas, yang mampu menelaah permasalahan hidup, dari segi ekonomi, rohani dan jasmani.
Walaupun dikhabarkan sekadar berpendidikan SRP, itu bukan halangan untuk Mahfuz, kerana he is gifted! Bukti yang nyata, sehingga hari ini, rakyat Pokok Sena mahukan pemimpin "berfikiran jauh" dan "berwawasan" seperti Mahfuz ini. Jasa Mahfuz membawa "pembangunan ekonomi dan infrastruktur" di Pokok Sena menunjukkan dia seorang yang "bijaksana"!
Kepada Dato Seri Ahmad Shabery Chik, GT cadangkan, jangan berlengah kerana dakwaan oleh Mahfuz ini, seandainya dibiarkan berleluasa bakal membenarkan dakwaannya.
Pembohongan seharusnya tidak diberi peluang untuk berlegar-legar di arena politik Malaysia.
Sebelum sempat dia merealisasikan kata-kata kepimpinannya untuk menjual Putrajaya, pastikan Mahfuz terpaksa "jual" Pokok Sena terlebih dahulu!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan