Sabtu, 16 Mac 2013

02 di kuala ketil - Google Blog Search

02 di kuala ketil - Google Blog Search


Prasarana Kolej Universiti Insaniah KUIN <b>Kuala</b> <b>...</b> - kamisokongpas

Posted: 14 Jan 2013 02:38 AM PST

Apabila kerajaan Kedah pimpinan Ustaz Azizan di awal pentadbirannya pada tahun 2008 memutuskan untuk membina sebuah kampus utama Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil, tidak terbayang bahawa projek tersebut akan mempunyai prasarana yang begitu baik. Hal ini kerana disebabkan kewangan kerajaan negeri yang terhad dan tanpa support daripada kerajaan Persekutuan, semestinya projek yang dibina akan dibuat sekadar cukup syarat.

Walaubagaimanapun, jangkaan penulis adalah meleset sama sekali. Kampus tetap KUIN di Kuala Ketil yang baru disiapkan itu adalah sangat mengagumkan terutamanya dari sudut seni bina bangunannya. Apa yang boleh dikatakan, kampus KUIN tersebut adalah setaraf Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Gombak ataupun UIA Kampus Kuantan.

Syabas diucapkan kepada kerajaan Kedah di atas kejayaannya yang terbesar ini. Semestinya pembangunan kampus KUIN ini akan mampu memberi kelebihan kepada sokongan para pengundi di kawasan Parlimen Baling terutamanya para penduduk di kawasan Kuala Ketil dan kawasan lain yang berhampiran dengannya. Pembinaan kampus induk KUIN ini bukan hanya berjaya membawa pembangunan ke kawasan Hulu Kedah tetapi turut mampu mewujudkan sebuah kawasan perbandaran yang baharu di Kedah.

Sekiranya kampus ini beroperasi sepenuhnya sedikit masa lagi, kawasan Kuala Ketil mungkin dilihat akan mampu untuk menjadi setaraf Bandar Jitra yang merupakan antara bandar pendidikan utama di Kedah. Kedudukan Kuala Ketil yang terletak di pertengahan jalan utama yang menghubungkan Timur-Utara di antara Lebuhraya Timur-Barat di Gerik dan Pulau Pinang sememangnya menjanjikan satu kawasan pertumbuhan yang lebih baik sekiranya dibangunkan dengan optimum.

Oleh itu, antara cadangan penulis terhadap kerajaan Kedah adalah di sebalik pembangunan komersil yang bercambah di sekitar Kuala Ketil, adalah dicadangkan pembinaan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) di kawasan Kuala Ketil untuk keselesaan para pengguna jalan utama Timur-Utara tersebut.

Sesungguhnya, slogan "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" telah mula berjaya membuahkan hasilnya setelah sepenggal Kedah di bawah pentadbiran Pas.

Video ini memaparkan visual-visual menarik mengenai Kampus Insaniah Kuala Ketil

MEDAN TEMPUR: TUDIAA AIH !! KERAJAAN PAS KEDAH BINA <b>...</b>

Posted: 11 Mar 2013 05:11 PM PDT


Memang tak dapat dinafikan lagi  ada berlakunya penyelewengan dalam pembinaan kampus KUIN di Kuala Ketil.. Mengikut pelan cadangan, kos RM 330 juta pembinaan KUIN termasuk bangunan asrama dan sebuah Masjid..

Akhirnya KUIN dikenakan tindakkan oleh KPT kerana gagal menyediakan kemudahan tempat tinggal

Kolej Universiti Insaniah (Kuin) berdepan dengan risiko menerima satu lagi tindakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi melibatkan penyediaan penginapan di kampus baharunya di Kuala Ketil dekat sini.

Ketiadaan asrama di kampus berkenaan mengakibatkan sesi pengajian selepas cuti pertengahan semester tertangguh beberapa minggu manakala asrama pasang siap yang dijanjikan dalam empat minggu sehingga kini belum disempurnakan.

Utusan Malaysia difahamkan, kerja-kerja pembinaan asrama pasang siap tersebut masih di peringkat awal dan dipercayai agak sukar untuk disiapkan dalam tempoh seminggu iaitu selewat-lewatnya pada 17 Mac ini seperti yang dijanjikan oleh pengurusan Kuin kepada Kementerian Pengajian Tinggi.

Munurut sumber, penyediaan asrama bagi kemasukan kira-kira 1,800 pelajar selepas berehat panjang menjadi aspek penting yang dinilai kementerian tersebut kerana dikhuatiri memberi kesan sehingga mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

Berikutan itu, kata sumber itu, Kuin berdepan risiko dikenakan tindakan oleh kementerian terbabit mengikut Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) 1996 (Akta 555) jika didapati gagal menyediakan kemudahan tersebut kecuali mereka mampu menyiapkannya dalam tempoh ditetapkan.

Semalam, Kuin dilapor dikenakan kompaun sebanyak RM272,000 oleh Kementerian Pengajian Tinggi kerana mengambil 34 pelajar yang tidak menepati syarat kelayakan masuk.

Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Datuk Prof. Dr. Rujhan Mustafa berkata, pihaknya juga memandang serius komitmen pengurusan Kuin untuk menyiapkan asrama bagi menampung kemasukan pelajar sebelum atau pada 17 Mac ini bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran kekal terjamin serta tidak terjejas.

Beliau juga tidak membenarkan penggunaan bilik kuliah sebagai asrama dan Kuin mesti menyiapkan penginapan pelajar mengikut tempoh dijanjikan jika tidak mahu dikenakan tindakan tegas. - UTUSAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan