Selasa, 23 April 2013

02 di merbok - Google Blog Search

02 di merbok - Google Blog Search


UMNO Online - Calon BN <b>Di Merbok</b> Azam Teruskan Agenda Yang <b>...</b>

Posted: 19 Apr 2013 11:51 PM PDT

Kategori Pembela Rakyat, Kata Di Kota

Calon BN Di Merbok Azam Teruskan Agenda Yang Belum Selesai

Oleh : Azman Abas

MERBOK 20 April – Calon Barisan Nasional P14 Parlimen Merbok,  Prof Dr. Ismail Daud  berazam untuk memanfaatkan segala pengalamannya bagi membantu membangunkan kawasan tersebut sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat pada pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei ini.

Menurut beliau banyak perkara dan pelbagai aspek yang boleh dibangunkan dengan lebih cemerlang di Parlimen berkenaan yang sekaligus dapat memberi  manfaat kepada penduduk setempat selain  mengangkat  Merbok sebagai salah satu kawasan ternama.

"Insyaallah…sekiranya pengundi di kawasan ini memberikan saya peluang untuk berkhidmat, saya akan gunakan sepenuhnya segala kepercayaan yang diberikan itu dengan pengembelingan segala pengalaman yang ada pada saya untuk bersama-sama dengan penduduk Merbok membangunkan lagi kawasan berkenaan.

"Inilah azam dan inilah iltizam saya dan saya merayu agar pengundi membuat pilihan bijak dengan memilih BN termasuklah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dan Tanjung Dawai," katanya ketika ditemui UMNO-Online, sejurus selesai proses penamaan calon, di Sekolah Menengah Teknik & Vokasional Sg Petani, di sini, hari ini.

Beliau akan berhadapan dengan calon PKR, manakala untuk Tanjung Dawai menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara BN dan Pas, manakala di DUN Bukit Selambau menyaksikan pertandingan lima penjuru antara BN, PKR, KITA dan dua calon Bebas.

Calon-calon BN diiringi kira-kira hampir 3,000 penyokong dan turut disertai  bekas Ahli Parlimen Merbok Tan Sri Zainuddin Maidin.

Sementara itu, calon BN bagi DUN N.26 Tanjung Dawai, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkeyakinan BN akan mendapat kemenangan pada pilihan raya umum nanti.

Menurut beliau keyakinan itu berasaskan kepada apa yang telah dibuat oleh Datuk Seri Najib selama ini dan keduanya dari segi sokongan yang diberikan oleh penduduk setempat yang ccukup tinggi.

"Di mana-mana sahaja orang memberi keyakinan kali ini BN insyallah mesti menang. Atas hasrat itulah saya merayu dengan hati yang ikhlas agar para pengundi membuat pertimbangan sewajarnya dengan memberikan kemenangan kepada calon-calon BN di Merbok ini.

"Saya akan teruskan apa yang telah terbantut selama ini setelah kita kalah pada pilihan raya umum yang lalu seperti menaiktaraf Sg Merbok sebagai pusat pelancongan serta menaiktaraf sistem pengairan sedia ada dan pelbagai tumpuan lain yang akan kita laksanakan nanti," katanya.

Sementara itu Ketua Pemuda Merbok Shaiful Hazizy Zainol Abidin menyatakan ikrar untuk membantu memastikan kemenangan calon-calon BN pada pilihan raya umum kali ini.

"Pemuda akan membantu segala upaya yang mampu dan ini adalah masa untuk seluruh jentera parti menggerakkan jentera untuk sama-sama berganding bahu dalam membantu kemenangan calon-calon BN," katanya. -MediaUMNO

Berita Bertarikh Pada 20 April 2013 2:51 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan