Jumaat, 28 Jun 2013

02 di merbok - Google Blog Search

02 di merbok - Google Blog Search


Himpunan 22 Jun tetap <b>di</b> Padang <b>Merbok</b> – Rafizi | KeadilanDaily <b>...</b>

Posted: 10 Jun 2013 04:25 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 JUN: Himpunan Black 505 tetap diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 22 Jun ini bermula jam 12 tengah hari, tegas Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Kata Rafizi, pandangan Datuk Bandar Ahmad Phesal Talib bahawa himpunan perlu diadakan di tempat tertutup seperti stadium tidak berbangkit.Rafizi

"Kita takkan berganjak dari tarikh 22 Jun. Semakan kita mendapati pada tarikh itu Padang Merbok kosong," katanya kepada Keadilandaily.

Petang tadi, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Ahmad Phesal, menolak permohonan kebenaran mengadakan himpunan di Padang Merbok atas alasan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menempah tempat itu sejak tahun lalu untuk acara mereka pada 23 Jun.

Rafizi turut menyatakan rasa hairan apabila DBKL secara tiba-tiba memaklumkan MOM akan mengadakan program di Padang Merbok pada 23 Jun.

"Kita dah umumkan dan tetapkan rancangan. Alasan-alasan ini tak masuk akal," katanya.

Justeru, Rafizi menggesa DBKL tidak mengheret pihak lain dalam keputusan mereka. Beliau tidak menyalahkan Datuk Bandar kerana terpaksa mengikut arahan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan.

"Kita dah aturkan yang terbaik dan mengambil pandangan semua pihak. Kita dah berkompromi, menerima pandangan polis, menukar tarikh dan mengelak menggunakan Dataran Merdeka.

"Jika pandangan mereka bahawa setiap kawasan yang terbuka tidak boleh dibuat himpunan, ia bertentangan dengan Akta Perhimpunan Aman (PAA) itu sendiri," tegas Rafizi.

"Saya kira pendirian yang diambil munasabah. KEADILAN sudah bertinbang rasa sepenuhnya. Kita akan teruskan pada 22 Jun," tegasnya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=53258

Tiada ulasan:

Catat Ulasan