Selasa, 2 Julai 2013

02 di jerai kedah - Google Blog Search

02 di jerai kedah - Google Blog Search


KedahLanie.info: AmanTV - Temuramah bersama MB <b>Kedah di</b> <b>...</b>

Posted: 20 Apr 2013 03:00 AM PDT

KedahLanie.info: AmanTV - Temuramah bersama MB Kedah di penamaan calon Parlimen Jerai

KedahLanie.info: Kempen BN jejas perniagaan <b>di</b> Pasar <b>Jerai</b>?

Posted: 02 May 2013 06:00 PM PDT

Calon PAS di Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar berkata, sebilangan besar peniaga merungut kehadiran bekas Presiden Umno, Tun Mahathir Mohamad, Calon BN, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan jenteranya menyebabkan perniagaan mereka terjejas.
"Ramai peniaga merungut kepada saya kedatangan jentera BN berkempen menjejaskan perniagaan mereka," katanya
Beliau melahirkan kebimbangan golongan peniaga yang rata-ratanya merasakan kempen BN kali ini banyak memberi masalah kepada rakyat khasnya dalam penggunaan jentera kerajaan.
Selain itu, BN juga dikatakan telah menggunakan premis kerajaan khasnya sekolah, jabatan kerajaan untuk berkempen, sedangkan dalam peraturan ianya suatu yang dilarang. 

"Sekiranya kami menerajui Putrajaya sekalipun nanti, kami tidak akan menggunakan kuasa kami seperti mana yang BN buat masuk berkempen ke sekolah, jabatan kerajaan dan agensi tertentu untuk meraik sokongan," katanya lagi.
Sementara itu, Firdaus juga memaklumkan terdapatnya usaha Umno BN menghasut pengundi di sebahagian kawasan kampung di Jerai untuk tidak terpengaruh dengan perkembangan politik semasa.
"Mereka kata kepada pengundi di kampung, jangan peduli hal politik kerana itu urusan pemimpin, hingga ada penduduk yang percaya dan mula merasakan berpolitik itu hak mereka.
"Mereka juga menghasut agar pengundi hanya mendengar saluran maklumat Kerajaan Pusat sahaja. Mereka sekat penyebaran maklumat alternatif yang lebih sahih," katanya lagi.
Beliau yang mendapat 26,510 undi menewaskan calon BN, Datuk Badruddin Amiruldin dengan majoriti 2,299 undi pada PRU12 lalu. Pada PRU13 ini, beliau ditentang oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Pengundi di Parlimen Jerai pada PRU13 ini seramai 74,583 orang dengan pecahan Melayu sebanyak 79.11 peratus, Cina (13.99%), India (6.31%) dan lain-lain (0.59%).

15 Jun 13 : Pelatih ITAS Sahut Cabaran <b>Kedah</b> International Mount <b>...</b>

Posted: 15 Jun 2013 01:59 AM PDT

Pelatih ITAS Sahut Cabaran Kedah International Mount Jerai Challenge

Pelatih ITAS Sahut Cabaran Kedah International Mount Jerai Challenge

Pelatih ITAS Sahut Cabaran Kedah International Mount Jerai Challenge

 

ALOR SETAR, 15 Jun 13 – Seramai 18 orang pelatih Institut Teknologi Aerospace (ITAS) di bawah kelolaan jurulatih FSjn Wa Sin telah menyahut cabaran dengan menyertai Sirkit Gunung Negara 2013 (SGN'13) menerusi acara Kedah International Mount Jerai Challenge (KIMJC) yang berlangsung di Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbok, Sungai Petani pada 14 hingga 15 Jun 2013. Kejohanan anjuran Kerajaan Negeri Kedah dengan kerjasama Persatuan Kembara Negara (PKN) ini adalah acara utama tahunan Persatuan Kembara Negara. Sirkit di Gunung Jerai adalah yang ketiga daripada empat sirkit selepas Gunung Datuk, Negeri Sembilan dan Gunung Berembun, Terengganu. Tiga anggota telah berjaya merebut tempat diantara 50 peserta terpantas yang tiba di garisan penamat. Selebihnya telah berjaya menamatkan larian megikut masa yang ditetapkan sekaligus berjaya merangkul 18 pingat dan sijil penyertaan. Seterusnya, hasil dari pencapaian cemerlang yang telah dipamerkan, kesemua peserta ini sekali lagi dipilih mewakili ITAS untuk menyertai sirkit keempat yang bakal berlangsung di Gunung Nuang, Selangor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan