Sabtu, 27 Julai 2013

02 di kuala ketil - Google Blog Search

02 di kuala ketil - Google Blog Search


KedahLanie.info: KUIN : strategi menjadikan <b>Kuala Ketil</b> “Madinatul <b>...</b>

Posted: 02 Jul 2013 02:30 AM PDT

Sebagai termaklum, dalam akhbar Sinar edisi Utara hari ini ada laporan sidang media 1hb Julai 2013, wakil Insaniah Holding serta anak-anak syarikat Insan Medic, Insan Maya, Insan Fasih, Insan System dan juga beberapa keluhan2 kakitangan yang tidak mendapat gaji sejak 2, 3 bulan.
Malam tadi juga telah berlansung solat hajat dan bacaan yassin di Masjid Madinatul Ilmi Kuala Ketil, dan juga akan di adakan pada malam Jumaat dan Sabtu ini. Masjid lain juga dilaporkan akan menjalankan doa dan solat hajat di Merbau Pulas, Parit Panjang dan beberapa masjid berdekatan. Mereka berharapan tinggi dengan kehadiran kampus Insaniah di Kuala Ketil dan strategi menjadikan Kuala Ketil "Madinatul Ilmi''. 

Masjid di tukar nama kepada Madinatul Ilmi kerana hasrat tadi. Olih itu desas desus perpindahan balik ke Mergong atau penutupan Kulliyyah di Kuala Ketil sangat lah mendukacitakan mereka. Keadaan sekarang berkemungkinan besar beberapa Kulliyyah akan di korbankan atau di letakkan ke tempat atau Kulliyyah lain yang tiada kena mengena. Sehingga ada ura-ura mereka penuduk2 k.ketil akan melancarkan demonstrasi bantahan pemindahan ini atau penutupan kulliyyah yang sedia ada.
Selain penamatan kontrak Dato' Latifah (Pendaftar), pemangku bendehari (Puan Kartina) telah berlaku penamatan perkhimatan walaupun beliau berjawatan tetap (tanpa alasan yang menasabah), Ustaz Ghani Shamsuddin, seorang ulama bertaraf nasional di tamatkan dengan kasar sehingga fail2 dan barang2 peribadi di letakkan di luar bilik nya sebelum hari akhir, serta di fitnahkan berfahaman syiah berdasar kepada gambar lawatan beliau ke Iran. Sehingga ada pelajar tidak mahu berma'mum dengan beliau.
Ini lah dendam kesumat mereka terhadap Bekas Rektor Dato Jamil dan mantan MB Kedah. Biar hancur lebur apa-apa legasi mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan