Rabu, 3 Julai 2013

02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


Pertama kali bercuti bersama BFF <b>di Langkawi</b> - Syazwani Mazlan <b>...</b>

Posted: 19 Jun 2013 09:53 PM PDT


Pemandangan dari Cable Car

Inilah hadiah yang aku menangi dalam peraduan yang dianjurkan oleh team JOMLAH CUTI ! Langkawi!! Alhamdullilah, rezeki tengah tahun. Dapat jugaklah bercuti untuk pertengahan tahun ini. Hujung tahun nak plan ke mana-mana tak? hehehehe. At least, setahun sekali bercuti panjang sudah memadai. Untuk luaskan lagi pemandangan kita kepada ciptaan Ilahi :)
Cantik sangat tempat ni tau. Last aku pergi Langkawi masa darjah 6. Masa tu ingat2 lupa je. heheheh. Takde naik cable car. So, dah besar ni cepat2 plan nak naik cable car dan pusing 3 Pulau kecil yang ada di sekitar Langkawi. Bestttttttttttttttttt!


Kitaorang gerak naik kereta ke Jeti Kuala Perlis pada malam Ahad . Dalam 8 jam untuk ke sana. Sampai kat sana pukul 8 pagi. Jangan tertipu dengan 'ulat-ulat' tiket atau kereta sewa , hotel & parking kereta. Kitaorang dh kena tipu dengan sewaan parking kereta. Masa tu, aku dah beritahu partner aku, jangan ikut cakap 'ulat-ulat' tersebut tapi 'ulat-ulat' tu pun macam degil, kejar kereta kitaorang balik, so terpaksa lah layan jugak. Kitaorang kat sana 3 hari 2 malam, dia kata 3 hari RM15 . Ok, set lah. My partner ikut belakang motor tu seorang diri dengan keretanya. Yang lain dah turunkan barang siap2 kat Jeti. Sekali dia balik, katanya sehari RM15 ! parking punyalah jauh sampai dia tumpang motor 'ulat' tersebut. Melayu sesama Melayu pun nak menipu kan. Sesiapa yang nak pergi sini & parking kereta untuk beberapa hari, sila lah parking kereta yang ada pondok berpalang (ambil tiket dari mesin) di sebelah kiri sebelum selekoh ke Jeti Kuala Perlis.  Dah kena tipu, redha jela. Takpe, itu hari dia. Lepas tu, kitaorang terus beli tiket feri one way je dulu dengan harga RM18.00 untuk seorang dewasa. Feri ambil masa 1jam untuk sampai ke Pulau Langkawi dan waktu operasi feri pagi sampai 7 malam. Sampai sana, kitaorang ambil kereta sewa yang disediakan oleh pihak penganjur. Isi minyak kereta , kita shopping dulu di Kompleks Haji Ismail Group yang terkenal di sini. Shopping dulu sebab takut takde masa untuk buat aktiviti di sini. Itu pun memang tak cukup cuti 3 hari kat sini. Banyak tempat tak jejak lagi.

Kompleks yang terkenal di Langkawi. Bebas Cukai

Rekabentuk bangunan yang Islamik
 Shopping sakan you allsss!

Dalam ni bukan setakat coklat je yang jual , pinggan mangkuk , baju, minyak gamat, kain batik & seangkatan dengan Pulau Langkawi semua ada jual tau!


Pusing malam di Pantai Chenang (tudung dah serabai ditiup angin pantai, bestnya!)


Sempat masuk kedai di sekitar Pantai Chenang ini. Belikan adik seliper untuk mandi dan pusing Pulau esok
Esoknya kitaorang pergi ke Pantai Chenang dan cari agent untuk Island Hopping ini ( Pusing 3 Pulau, singgah , mandi) Dapat harga RM25.00 seorang. Ada jugak yang bagi harga RM30. Paling murah RM25 lah. Tapi kalau pandai cari lagi murah, lagi bagus. Tips aku, sampai je jeti Langkawi, jangan beli dari agent sana. Sana mahal sikitlah. Berpusu-pusu agent situ yang datang kat korang masa sampai di Jeti Langkawi nanti. hehehehe. Ala2 retis pulak. ngeh3

From left : Her tummy , breast and head

First , kitaorang pergi Tasik Dayang Bunting. Menakjubkan sebab tasik ni airnya tawar tapi tasik ni berada di tengah2 lautan air masin.  Meh, nak ceritakan sikit sejarah Tasik Dayang Bunting ni .....

Tasik Dayang Bunting pada asalnya terdapat seoramg perempuan dari kayangan turun ke Bumi dan berkahwin dengan orang Bumi. Semasa di Bumi, dia tinggal di tasik dan mengandung. Kemudian dia mati ketika melahirkan anak dan bersemadi di tasik ini. Suaminya kemudian bersumpah bahawa setiap perempuan yang tidak dapat mendapat zuriat bolehlah mandi di dalam tasik ini.

Itulah sejarahnya dan aku tidak pasti samada ia dongeng atau sebaliknya. Pastinya, memang bagi aku jika korang tidak dapat zuriat boleh la mandi di sini atau minum air tasik ini. Bukan percaya, tapi kita berusaha. Yang pastinya zuriat dapat atau tak adalah rezeki daripada Allah swt. Kalau percaya kurafat pulak. Tapi ada juga yang dapat zuriat bila minum air tasik ini. Mungkin rezeki Allah. bagi aku semua ini mitos belaka. hehehe. Tapi aku terjun jugak mandi dalam tasik tu. Siap terminum lagi. Kahkahkahkah!!


P/S: Sebenarnya banyak lagi versi sejarah Tasik ini. Tapi aku tak tahu la yang mana satu betul.





Berlatar belakang kan bukit berbentuk seorang perempuan mengandung yang sedang terbaring ( dari kiri , head, breast , tummy )
Kat sini kitaorang pakai life jaket lah. Air tasik kan dalam plus aku yang tak reti berenang ni. hehehe. kat tempat orang , jangan mencarut bagai ye. Kawasan macamni, apa-apa pun boleh jadi.

Tips Island Hopping : Pakai baju mandi siap-siap sebelum pergi pusing pulau. Tak perlu bawa baju salinan. Naik bot nanti , angin laut kuat, cepat je kering. Balik dari Island Hopping baru ganti baju. hehehe
Selepas itu kitaorang pergi satu destinasi iaitu beri burung helang makan. Bukan kita yang bagi makan tau! Kang tersiat kulit tangan kang. hehehehe. Pemilik bot yang akan beri Burung helang makan (campak makanan ke laut) dengan tiba-tiba je, sekawan burung helang datang sambar. fuhhh. banyak betul burung.

Destinasi terakhir pula, kitaorang ke Pulau Beras Basah. Kat sini, air lautnya sangat biru. Tenang je tengok tau! Kat sini kitaorang pun mandi jugak. hahahahahha




Kalau bawa roti, boleh la bagi ikan comel makan kat laut ni :)



 Island Hopping hanya di buat pada waktu pagi sahaja. start pukul 9.00 pagi - 2 petang.
Hari terakhir di sini, kitaorang pergi ke Oriental Village. Ala-ala perkampungan tapi dalam ni ada kaunter tiket cable car!! hoyeahhhh!! hehehehe Macam-macam cenderahati yang dijual dalam ni :)
Hari biasa pun ramai jugak orang.. Awal-awal pagilah korang datang sini ye.




 Pemandangan Cable car di sini.

TIPS Cable Car : Tak perlu rasanya turun di middle point. (pertengahan perhentian) teruskan je ke atas Perhentian akhir . Kat atas sana, turun jela.. Sana ada jambatan gantung , kedai makan , kedai cenderahati. Bolehla rasa betapa gayatnya kat atas jambatan tu. hehehe. kitaorang tak turunlah sebab ramai sangat orang satu hal.. Lagi satu pulak, ada orang tu gayat... hehehehhe


Botol pasir yang unik. Boleh buat di sini . RM20.00 sahaja. Siap dalam 20minit



Bot bertayar yang akan bawa korang terjun ke dalam air. hahahahaha!
 

Sempat singgah selepas balik dari Oriental Village. Banyak bot-bot comel kat sini.
(ada di sebelah Petronas semasa pergi atau balik dari Oriental Village)


Last , di Kuala Perlis selepas balik dari Langkawi, sempat singgah, solat di Masjid terapung.


Tempat menginap kitaorang di Twin Peaks Island Resort , Pekan Kuah (tengah bandar Kuah)
Boleh buat tempahan bilik dengan menggunakan Agoda.com ( klik sini ) Semalaman hanya RM90 termasuk sarapan pagi untuk standard room :)

Akhir sekali, terima kasih kepada pihak penganjur yang memilih aku sebagai pemenang tempat pertama ke Langkawi ini. Alhamdullilah, dari semasa ke semasa aku akan pantau peraduan apa lagi yang team mereka buat. ekekekek (penggunaan bahasa diri 'aku' hanya di blog sahaja) Kalau korang nak bercuti, tapi susah nak plan , bolehlah tempah dari syarikat Zaufan Travel & Tours Sdn Bhd (JomlahCuti) . Dalam dan luar negara pun ada :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan