Jumaat, 8 April 2011

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Kosmo Online - Pemotoran

Posted: 08 Apr 2011 01:28 PM PDT

Kosmo Online - Pemotoran


Dua varian Mazda3

Posted:

Dua varian Mazda3

Dua varian Mazda3

Oleh SHAWKATH AZDE


KANAN: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (tiga dari kiri) melancarkan model baru Mazda3 MPS baru-baru ini.


BIARPUN masih jauh untuk dibandingkan dengan pesaingnya seperti Honda Civic dan Toyota Altis, Mazda3 mempunyai kelompok peminatnya tersendiri. Sejak diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2003, lebih 2,000 unit Mazda3 telah terjual.

Optimis dengan perkembangan tersebut, pengedar eksklusif Mazda, Bermaz Motor mengambil keputusan untuk menjadikan model itu sebagai produk yang dipasang tempatan (CKD).

Pengeluaran Mazda3 CKD dibuat di kilang pemasangan Inokom di Gurun, Kedah. Kapasiti pengeluaran setahun ialah 3,000 unit. Empat varian ditawarkan yang meliputi model sedan dan hatchback. Kedua-dua model didatangkan dengan pilihan enjin 1.6 dan 2.0 liter.

Untuk makluman, sejarah Mazda di Malaysia bermula seawal tahun 1960-an. Lapan tahun kemudiannya, kilang CKD didirikan. Operasi CKD itu bagaimanapun ditamatkan pada 2007. Puncanya, perubahan iklim perniagaan.

Kebangkitan semula jenama itu bermula pada tahun 2008. Beberapa model diperkenalkan secara berperingkat-peringkat oleh Bermaz Motor. Antaranya kenderaan SUV iaitu CX-7 dan CX9, MPV Mazda5 dan Mazda8 selain model sport RX-8 dan MX-5.


MAZDA3 MPS didatangkan dengan enjin MZR 2.3 liter DISI turbocharged.


Segmen sedan eksekutif pula membabitkan Mazda6, segmen subkompak dengan Mazda2, trak pikap BT-50 dan kategori kompak, Mazda3.

Pengarah Urusan Eksekutif dan Pengurus Besar Jualan Luar Negara Mazda Motor Coporation di Jepun, Yuji Nakamine berkata, Malaysia mencatatkan pertumbuhan jenama Mazda terpantas di ASEAN.

"Perniagaan Mazda berkembang lima kali ganda dalam tempoh tiga tahun. Malaysia juga memiliki barisan model Mazda antara terbesar di dunia. Lebih banyak berbanding Jepun," katanya.

Selain Mazda3 CKD, versi yang lebih berkuasa, Mazda3 MPS turut diperkenalkan. Harus diketahui bahawa model berprestasi tinggi itu hanya ditawarkan di Jepun dan Malaysia.

Model itu diimport sepenuhnya (CBU) tersebut dilengkapi enjin MZR 2.3 liter DISI turbocharged. Ia mampu mencatat kelajuan maksimum 250 kilometer/sejam (km/j). Sementara pecutan 0-100km hanya mengambil masa 6.1 saat.

Ciri keselamatan meliputi kawalan cengkaman, Dynamic Stability Control dan enam beg udara. Paparan pemuka dilengkapi pelbagai paparan maklumat (MID) dan meter gauge LED turbo boost, bluetooth dan sistem bunyi jenama Bose.

Mazda3 MPS didatangkan dalam empat warna iaitu merah, putih, biru dan metalik aluminium. Harga atas jalan ialah RM179,895.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Keluarga

Posted: 08 Apr 2011 01:17 PM PDT

Utusan Online - Keluarga


Lay Na chef wanita dikagumi

Posted:

Lay Na chef wanita dikagumi

Lay Na chef wanita dikagumi

Oleh AHMED SYAHRIL ZULKEPLY
rekreasi@utusan.com.my.


See Lay Na menunjukkan kebolehannya dalam seni kulinari.


Kebolehan yang dimiliki itu jugalah yang meletakan See Lay Na sebagai Sous Chef, di salah sebuah hotel berprestij - Mandarin Oriental (MO), Kuala Lumpur.

Berbanding chef-chef selebriti dalam dunia masakan tempatan, nama Lay Na memang kurang dikenali ramai.

Bagaimanapun, beliau cukup dikagumi di luar negara lebih-lebih lagi setelah memenangi pingat emas dalam pertandingan Bocuse d'Or Asia 2010 yang diadakan di Shanghai, China.

Kehadiran beliau dalam pertandingan tersebut bukan saja menjadikan Lay Na sebagai chef wanita pertama menyertai pertandingan itu, bahkan chef pertama membawa pulang pingat emas.

Sebelum itu, Lay Nay juga pernah meraih pengiktirafan dalam pelbagai pertandingan masakan termasuk Culinaire Malaysia 2007, yang mana beliau berjaya memenangi dua pingat emas dan satu pingat perak.

Menurut wanita yang tegas tetapi peramah ini, penglibatan dalam dunia masakan bermula sejak 10 tahun lalu setelah menamatkan pengajian dalam bidang seni kulinari di Pernas Hotel School, di Kuala Lumpur.

Beliau kemudian menyertai MO 2006 dan bermula dari bawah iaitu sebagai tukang masak ketiga.

Daripada tukang masak ketiga, beliau kini diberi kepercayaan sebagai Sous Chef di Mandarin Grill.

"Kejayaan saya di MO adalah hasil kepercayaan yang diberi oleh Chef Eksekutif, Marcel Kofler. Beliau banyak mengajar saya selok-belok dalam seni kulinari ini," katanya.

Daripada gaya yang ditampilkan ketika ditemui dengan beruniform chef serba putih, jelas menampakkan Lay Nay seorang yang mementingkan kesempurnaan ketika bertugas.

Malah peralatan memasak di dapurnya tersusun rapi bagi memudahkan beliau dan krew setugas nya menyediakan makanan yang ditempah dengan lebih cepat dan tepat.

"Sebagai seorang chef, saya perlu utamakan ketepatan masa untuk menyediakan masakan yang telah disenaraikan oleh chef eksekutif," katanya.

Katanya, memasak di rumah amat berbeza berbanding di tempat kerja (hotel) kerana chef perlu menyediakan masakan dalam kuantiti yang lebih banyak bergantung kepada jumlah pelanggan tanpa menjatuhkan kualiti masakan tersebut

Selain itu, beliau juga amat mementingkan kualiti makanan termasuk dari segi keenakan rasa dan gaya persembahan.

"Itulah antara cabaran yang perlu dihadapi oleh seorang chef.

"Bagaimanapun hasil pengalaman dan hubungan yang erat di kalangan krew cabaran-cabaran tersebut dapat diatasi," ujarnya.

Beliau percaya komunikasi yang baik antara pekerja membantu dalam melancarkan tugas harian lebih-lebih lagi dalam suasana kelam-kabut di dapur.

Selama menceburi bidang masakan terutama dalam dunia perhotelan, Lay Na berpendapat ia semakin berkembang dan menjanjikan potensi yang besar.

"Bidang masakan dan perhotelan sentiasa berubah-ubah dan persaingan yang sihat di antara hotel dan resort banyak meningkatkan lagi mutu masakan yang dihasilkan oleh chef tempatan dan antarabangsa.

"Malah konsep masakan yang dihasilkan melalui seni kulinari pada hari ini juga menarik perhatian pelancong asing untuk mencuba masakan tempatan.

"Malah dengan bantuan institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang kini turut menyediakan peluang buat mereka yang berminat untuk belajar dalam bidang yang saya ceburi itu juga banyak mengembangkan lagi bidang masakan ke tahap yang lebih baik berbanding sebelum ini," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rahsia pikat dua isteri

Posted:

Rahsia pikat dua isteri

Rahsia pikat dua isteri

Oleh Mariatul qatiah zakaria
maria.zakaria@utusan.com.my


Hasan Mahmud bersama isteri pertamanya, Mazenah Mahmud di rumah mereka di Putrajaya. Bibit perkenalan mereka berputik ketika belajar di sekolah Arab yang sama.


"PADA zaman itu, suratlah yang menjadi penghubung antara kami berdua dan ketika itu tak payah susah-susah nak pos sebab kami hanya meletakkannya sama ada di celah pasu bunga, di celah-celah pokok atau kirim melalui budak-budak.''

Demikian permulaan bicara bersama Datin Mazenah Mahmud, 61, isteri pertama pendakwah terkenal, Datuk Hasan Mahmud.

Menurut Mazenah, disebabkan tiada alat komunikasi yang lain seperti telefon, maka surat yang ditulis pastinya akan melebihi daripada empat muka surat.

Apabila ditanya apakah yang dituliskan sehingga panjang begitu, katanya, semasa tengah bercinta, zaman muda-muda, semua ada, sama macam orang zaman sekarang bercinta. Pasti ada sahaja yang hendak dituliskan.

Mazenah memberitahu, setiap kali surat yang diselit atau diletakkan di pokok, dia dan Hasan akan menggunakan bahasa isyarat untuk memberitahu ada 'pesanan'.

Menyingkap perkenalan awal mereka, jelas Mazenah, mereka berdua bersekolah di sekolah Arab yang sama dan daripada situlah kerana sering berjumpa dan kebetulan pula Hasan menyewa rumah di hadapan rumahnya, lama kelamaan 'terbitlah' satu perasaan yang sukar digambarkan.

''Walaupun kami satu sekolah dan diasingkan antara pelajar perempuan dan lelaki, tapi kami sering berselisih antara satu sama lain.

''Ketika itu Ustaz (panggilan untuk Hasan) yang kebetulan menyewa di hadapan rumah saya juga sering mengunjungi rumah untuk menonton televisyen.

''Daripada situlah bermula segala-galanya sehinggalah kami mengambil keputusan untuk bertunang pada 1970,'' kata Mazenah ketika ditemui di Putrajaya, baru-baru ini.

Segala yang diceritakan oleh Mazenah dipersetujui oleh Hasan. Beliau berkata, mereka melangsungkan hari bersejarah pada 23 Julai 1971.

Ketika itu, Hasan pada tahun akhir pengajian di Masjid Negara dan kehidupan mereka selepas itu tidak seperti pasangan lain kerana Mazenah masih lagi tinggal di Perlis.

Menurut Hasan, ketika itu beliau berulang alik ke Perlis sehinggalah pada tahun 1975, beliau membawa Mazenah ke Mesir, mengikutnya yang menyambung pelajaran di sana.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa Hasan mempunyai seorang lagi isteri. Tetapi sudah ditakdirkan, umur isterinya itu tidak panjang.

Selepas itu, Hasan mengambil keputusan berkahwin pula seorang lagi pada akhir tahun 2008.

Apa yang menarik untuk dikongsi bersama ialah Hasan tidak pernah mengenali isteri ketiganya, Melly Maliha Maidin, sehinggalah beliau mengunjungi rumah keluarganya di Kudat, Sabah.

''Isteri saya ini (Melly) merupakan seorang penganut agama Kristian. Saya mengenalinya melalui abangnya yang merupakan seorang mualaf. Mungkin sudah ditakdirkan bahawa ada jodoh saya bersamanya.

''Kali pertama berjumpa dengannya adalah sewaktu saya mengunjungi keluarganya di Kudat. Ketika itu saya menyatakan hasrat untuk menjadikannya sebagai isteri saya. Pada saya umur mungkin suatu kebetulan, saya tidak pernah mencari yang muda.

''Walaupun keluarganya tidak boleh menerima poligami tetapi mereka boleh menerima agama Islam. Bagaimanapun ketika itu isteri saya (Melly) tidak menerima saya,'' ceritanya sambil ketawa.

Begitu pun, ujar bapa kepada tujuh orang cahaya mata ini, setelah pulang ke Semenanjung, dia tidak berputus asa menelefon Melly walaupun ia tidak pernah berjawab.

Begitu juga dengan khidmat pesanan ringkas (SMS), yang mana lima yang dihantar hanya satu yang dibalas.

Berkat kesabaran Hasan, setelah lima bulan menunggu akhirnya berbalas apabila Melly menyatakan kesudian untuk menjadi isterinya.

Sementara itu, Melly ketika ditemui menyatakan, keikhlasan Hasan yang ditunjukkan ketika mengunjungi keluarganya di Kudat sebelum ini, telah membuka pintu hati beliau untuk menerimanya sebagai suami.

''Mula-mula susah juga hendak menerima kerana bukan sahaja faktor umur tetapi pada masa itu saya juga ada berkawan dengan orang lain.

''Tetapi apabila melihat Ustaz begitu ikhlas, lama kelamaan saya boleh menerimanya,'' ujarnya.

Ternyata kehidupan Hasan hari ini bahagia bersama dua isteri dan tujuh orang cahaya mata di samping kerjayanya yang cukup hebat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Varia

Posted: 08 Apr 2011 11:03 AM PDT

Kosmo Online - Varia


Doktor ayu beranak lapan

Posted:

Doktor ayu beranak lapan

Doktor ayu beranak lapan

Oleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN
farhana.mydin@kosmo.com.my


SUHAILI (kiri) dan Normazila yang menjadi juara kategorimasing-masing membawa pulang wang tunai, tudung, baucar dan trofi.


SEORANG doktor beranak lapan, Dr. Normazila Mohammad, 46 dan seorang pelajar Sarjana Sains dalam bidang Fisiologi Pokok, Suhaili Mohamad, 24, menjadi juara bagi kategori masing-masing dalam peraduan Pencarian Model Tudung Fareeda 2011.

Pertandingan Pencarian Model Tudung Fareeda yang turut mendapat sokongan akhbar Kosmo! berakhir pada 20 Mac lalu di Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor menobatkan kedua-dua mereka sebagai juara bagi kategori 40 tahun ke atas dan 40 tahun ke bawah.

Kemenangan itu sekali gus membolehkan mereka menjadi model bagi memperagakan tudung Fareeda untuk dipaparkan di majalah, surat khabar dan juga banting iklan tudung Fareeda.

Normazila yang bekerja sebagai doktor perubatan di sebuah hospital swasta di Taman Tun Dr. Ismail di ibu negara terkejut dan tidak menyangka penyertaan sulung bagi bergelar model tudung membuahkan hasil apabila dia dinobatkan sebagai juara pertandingan Pencarian Model Tudung Fareeda 2011 kategori 40 tahun ke atas.

Katanya, semangat dan keyakinan suaminya yang merupakan Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supritendan Rosly Hassan dan anak-anak berumur di antara tiga tahun dan 25 tahun memberi perangsang untuk dia menyertainya.

"Suami saya yang menjadi perunding imej bagi busana yang digayakan ini. Dia juga menjadi penyebab saya menyertai pertandingan ini.

"Saya masuk pertandingan ini bagi membuktikan usia bukan penghalang. Tidak sangka terpilih masuk ke peringkat akhir dan seterusnya menjuarai kategori wanita 40 tahun ke atas," katanya yang membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, lima helai tudung Fareeda bernilai RM1,000, baucar potongan 50 peratus bagi pembelian tudung Fareeda dan trofi.

Bercerita lanjut, Normazila mengakui pada Jun tahun lalu, dia mula terpaut pada corak dan rekaan tudung Fareeda ketika melihat tudung tersebut yang dipakai oleh guru sekolah anaknya yang juga pemenang tempat kedua Pencarian Model Tudung Fareeda 2010, Norlizawaty Baharin.

Fokus pada tudung

Juara kategori 40 tahun ke bawah, Suhaili Mohamad, 24, yang merupakan pelajar program Sarjana Sains dalam bidang Fisiologi Pokok di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang juga bersyukur apabila dinobatkan sebagai juara.

Isteri kepada Laskar Udara Kanan, Mohamad Khairul Yusran Jaafar, 28, itu menambah, dia memberikan keutamaan pada tata rias tudung Fareeda yang dikenakan untuk pertandingan tersebut seperti pemakaian manik dan juga aksesori pada tudung.

Dia yang merupakan pelajar sepenuh masa, pernah menyertai pertandingan yang dianjurkan ketika Pameran Pengantin baru-baru ini tetapi tidak menyangka dalam pertandingan kali ini, nasib menyebelahinya lagi.

"Mungkin ini rezeki saya jadi juara kerana hanya berpakaian sederhana dan memberi tumpuan hiasan kepada tudung," katanya yang membawa pulang wang tunai RM3,000, sepuluh helai tudung bernilai RM2,000, 10 baucar diskaun barangan Fareeda dan trofi.

Tempat kedua kategori 40 tahun ke bawah dimenangi Farah Najwa Zulkifly, 24, Anifah Wahab, 20, (tempat ketiga).

Selain pemenang-pemenang itu, Noor Sahida Sabri, 24, pula memenangi hadiah bagi kategori fotogenik.

Hadiah disampaikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dengan diiringi Pemilik Fareeda House of Scarf, Faridah Zakaria.

Dalam pada itu, Faridah memberitahu, sambutan peraduan pencarian Model Tudung Fareeda di luar jangkaan dan pemilihan pemenang pada pertandingan itu diadili oleh barisan juri yang arif dalam dunia fesyen.

"Pemenang pertandingan pencarian Model Tudung Fareeda 2011 dipilih berdasarkan beberapa kriteria iaitu berdasarkan wajah, cara menggayakan tudung yang menarik serta penampilan mereka," katanya yang mengasaskan Fareeda House of Scarf setelah mendapat inspirasi daripada koleksi tudung-tudung di Dubai, Emeriyah Arab Bersatu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kongsi pengalaman pesakit RA

Posted:

Kongsi pengalaman pesakit RA

Kongsi pengalaman pesakit RA

Oleh NURUL IZZA ROSLY
izza.rosly@kosmo.com.my


PESAKIT RA beramah mesra bersama Timbalan Ketua Pengarah LPPKN, Dr. Anjli Doshisambil (tiga dari kanan) sambil diperhatikan oleh Amir (dua dari kanan) dan Muru Annamalai (kanan).


SEBUT sahaja RA pastinya ramai yang tertanya-tanya dan tidak tahu mengenainya. RA atau nama penuhnya artritis reumatoid merupakan sejenis penyakit yang biasa didapati di seluruh dunia dan lima orang daripada 1,000 orang di Malaysia berisiko mengalaminya.

RA adalah penyakit yang merujuk kepada sendi-sendi yang mengalami keradangan sehingga seseorang yang menghidapnya tidak dapat menjalani kehidupan normal kerana kesakitan dan kelemahan pada sendi yang membataskan pergerakan.

Peka dengan impak yang bakal berlaku kepada nasib pesakit-pesakit dan orang awam yang mungkin tidak mengetahui diri mereka mengalami RA, Yayasan Artritis Malaysia (AFM) dan Abbott Laboratories Malaysia berpadu tenaga melancarkan satu kempen memerangi RA iaitu Malaysian Women in Rheumatoid Arthritis (My Wira).

"Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam masyarakat mengenai RA dalam masa yang sama berkongsi kisah mengenai bagaimana pesakit-pesakit RA menjalani kehidupan seharian mereka.

"Kesemua cerita dalam buku My Wira berdasarkan pengalaman wanita-wanita yang mengalami RA. Mereka bercerita tentang kesakitan yang dialami dan bagaimana mereka mendapatkan rawatan sehingga boleh meneruskan survival untuk hidup normal seperti orang lain dengan sokongan penuh ahli keluarga," kata Presiden AFM, Dr. Amir Azlan Zain sempena Majlis Pelancaran Kempen My Wira di Hotel Hilton Kuala Lumpur baru-baru ini.

RA sebenarnya merupakan masalah kesihatan kronik di Malaysia yang merupakan salah satu punca utama ketidakupayaan pada sendi. RA menyerang lebih ramai wanita berbanding lelaki iaitu sebanyak 75 peratus.

"Saya tidak kisah dan tidak marah jika ada orang merenung melihat saya kerana keadaan diri saya. Saya anggap ia sebagai satu keistimewaan yang tidak semua orang miliki.

"Walaupun saya mengalami JIA (Juvenile Idiopathic Arthritis) seawal usia dua tahun, saya sama seperti kawan-kawan lain yang melanjutkan pelajaran di kolej, malah berulang-alik setiap hari dari Seremban ke sini (Kuala Lumpur) dengan menaiki komuter. Saya tidak mahu apa yang saya alami membataskan impian saya menuntut ilmu," kata Chia Wei Yin, 19, yang merupakan pelajar praundang-undang di sebuah kolej swasta.

Seorang lagi pesakit yang diserang RA pada hujung tahun 2006, Zaleha Idris, 58, menasihatkan orang ramai yang mengalami kesakitan di sendi-sendi segera berjumpa dengan doktor.

"Dapatkan rawatan segera jika anda mengalami kesakitan dan kebengkakan pada sendi. Jika dibiarkan ia akan menjadi lebih teruk dan anda tidak betah melakukan kerja-kerja seharian.

"Saya sendiri menderita selama tiga bulan. Saya tidak boleh pegang barang dengan tangan dan mengalami kesakitan di seluruh badan sehingga tidak mampu bangun. Selepas mendapatkan rawatan, kesihatan saya semakin pulih dari sehari ke sehari," katanya yang mendapat sokongan keluarga terutamanya daripada suami tercinta, Abdul Halim Othman, 55.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Abbott Laboratories Malaysia, Muru Annamalai memberitahu, pelancaran MY WIRA merupakan fasa perjalanan buat Abbott untuk mencetuskan kesedaran awam mengenai RA yang menjejaskan kehidupan wanita di Malaysia.

"Komitmen kami bermula pada tahun 2009 dan kami memperbaharui komitmen ke tahap seterusnya dengan pelancaran coffee table book hasil gabungan pengalaman para pesakit RA itu sendiri.

"Diharapkan dengan buku ini, orang awam di luar sana lebih mengetahui mengenai RA dalam masa yang sama ia dapat `melindungi' wanita di sekeliling anda daripada menderita kerana RA," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 08 Apr 2011 09:22 AM PDT

Utusan Online - Johor


TKPM jamin bekalan makanan

Posted:

TKPM jamin bekalan makanan

TKPM jamin bekalan makanan

Oleh KAMIL MASLIH
utusanjohor@utusan.com.my


SHAHRUDDIN Md. Salleh (tiga dari kiri) dan Zamari Mohd. Amin (tiga dari kanan) bersama penternak lembu yang menerima bantuan peralatan pengisar rumput di Muar, Johor, baru-baru ini. - UTUSAN/Ishak Rahmad


MUAR 7 April - Galakan berterusan yang dilaksanakan oleh kerajaan menerusi Jabatan Perkhidmatan Veterinar adalah supaya lebih ramai pihak terlibat dalam kegiatan penternakan lembu dengan tujuan pengeluaran makanan negara pada masa depan adalah terjamin.

Dengan perkembangan teknologi, masyarakat tidak lagi menjadi penternak kecil-kecilan sebaliknya mampu menjadi penternak pada skala besar menerusi penyertaan di dalam Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).

Inisiatif kerajaan yang menggazetkan sesebuah kawasan sebagai Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) membolehkan penternak membangunkan ladang penternakan lembu secara lebih cekap dan contoh tersebut dapat dilihat di TKPM Ulu Bakri di sini.

Pegawai Perkhidmatan Veterinar Daerah Muar, Zamari Mohd. Amin berkata, secara keseluruhannya, daerah Muar menempatkan sebanyak empat kawasan TKPM sebagai padang ragut haiwan ternakan iaitu di Ulu Bakri; Kampung Tui, Bukit Kepong; Kampung Tulang Gajah, Lenga dan Kampung Lubuk Bakul, Pagoh.

Menurutnya, bagi kawasan TKPM di Ulu Bakri yang berkeluasan 184 hektar, sebanyak sembilan ladang penternakan lembu sedang beroperasi dan setiap ladang berkenaan berkeupayaan untuk menternak 300 ekor lembu dalam satu-satu pusingan.

"Kerajaan amat memberi perhatian kepada sektor penternakan dan kerana itu nafas baru diberikan melalui penternakan fidlot ini supaya lebih banyak pengeluaran dapat dihasilkan," katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Bantuan Peralatan kepada Peserta NFC di TKPM Ulu Bakri, di sini baru-baru ini.

Majlis yang menyaksikan seramai tiga peserta NFC menerima peralatan pengisar rumput makanan lembu itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh.

Jelas Zamari, keupayaan penternakan lembu di ladang-ladang NFC terbabit belum dikembangkan sepenuhnya dan beliau berharap penternak akan dapat mengambil cabaran tersebut.

"Kerajaan menyediakan pelbagai bantuan dan kemudahan termasuk infrastruktur. Peserta hanya perlu mengambil peluang ini untuk membuktikan yang penternakan membawa pulang lumayan," katanya.

Sementara itu, Shahruddin menyatakan rasa gembira melihat perlaksanaan projek pertanian berimpak tinggi itu di daerah Muar dan beliau berharap kegiatan penternakan akan terus berkembang dengan rancak.

Beliau berkata, negara perlu memandang jauh bagi memastikan bekalan makanan adalah mencukupi dan keadaan adalah tidak lagi sesuai untuk terus bergantung kepada import makanan negara.

"Kita terlalu bergantung kepada negara luar dengan 90 peratus daging lembu adalah diimport, selain itu kita juga mengimport 98 peratus susu lembu.

"Dari segi jangka panjang, perkara ini akan menimbulkan isu keselamatan dan negara tidak dapat bergantung kepada hasil pengeluaran sendiri sekiranya berlaku krisis perang atau bencana seperti kemarau di negara luar," katanya.

Katanya, penternak perlu keluar daripada pemikiran tradisional bagi memastikan penternakan moden berskala besar dapat dilaksanakan, seterusnya menjadi perintis untuk dimajukan oleh generasi penternak pada masa depan.

Dalam pada itu, menurut seorang peserta NFC, A. Rahman Juki, 65, dia berasa bangga kerana dapat menyertai penternakan lembu secara fidlot di TKPM Ulu Bakri sejak tahun lalu.

"Buat masa ini, ladang saya menempatkan sebanyak 30 ekor lembu, namun saya menyimpan harapan supaya anak saya dapat mengusahakannya dengan lebih berjaya sehingga menternak 600 lembu pada masa depan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

600 pelajar sekolah sertai RIMUP

Posted:

600 pelajar sekolah sertai RIMUP

600 pelajar sekolah sertai RIMUP


Sebahagian pelajar mengibarkan Jalur Gemilang pada majlis penutup Simposium Integrasi Murid Untuk Perpaduan di Pasir Gudang, kelmarin.


JOHOR BAHRU 7 April - Seramai 600 pelajar sekolah menengah menyertai Simposium Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) peringkat negeri yang diadakan di Hotel Selesa, dekat sini semalam.

Selain disertai pemimpin pelajar, simposium tiga hari yang bermula Isnin lalu itu turut dihadiri guru pengiring daerah-daerah dan guru petugas jawatankuasa pelaksana.

Turut terlibat ketua-ketua jabatan dan badan berkanun, para pengetua, guru besar, pemimpin masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) khasnya Kawasan Rukun Tetangga (KRT).

Penutupan rasmi simposium bertemakan 1Malaysia Menjana Transformasi itu disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, L. Ganesan.

Terdahulu ketika berucap menutup simposium itu, Ganesan berkata, program berkenaan cukup baik untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat hari ini.

Katanya, dengan bimbingan guru dan sokongan ibu bapa di sekolah dan di luar sekolah, pelajar wajar berusaha membina budaya kecemerlangan sebagai wadah dan senjata untuk memimpin organisasi yang lebih besar selepas meninggalkan alam persekolahan.

"Budaya kecemerlangan ini menjadi kukuh apabila disertai dengan nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, rendah diri dan ketabahan yang secara langsung meningkatkan daya saing yang tinggi," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Feminin

Posted: 08 Apr 2011 09:03 AM PDT

Utusan Online - Feminin


Buat kek kerana anak-anak

Posted:

Buat kek kerana anak-anak

Buat kek kerana anak-anak

Oleh SHOLINA OSMAN
Gambar FAIZAL ABU HASSAN


Najah Farahin bersama hasil karyanya.


APABILA kek hasil tangan sendiri menjadi santapan keluarga diraja, sudah tentu berbunga rasa bangga di hati kerana bukan mudah untuk menambat cita rasa golongan istana.

Itu yang dirasai Najah Farahin, 32, apabila kek yang dihasilkan selalu ditempah oleh kerabat diraja.

''Mereka adalah antara pelanggan tetap saya selain penduduk Perlis lain yang menyokong usaha saya untuk menjalankan perniagaan kek halal,'' katanya ketika ditemui di Najah Bakery di 2550, Kilometer 2, Jalan Padang Nyu, Arau, Perlis, baru-baru ini.

Lulusan Ijazah Sains Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) ini menceritakan bidang yang diterokai sekarang memang berbeza dengan apa yang dipelajari di universiti.

Beliau mengakui cuma sempat bekerja selama enam bulan di sebuah syarikat di Kuala Lumpur selepas tamat pengajian sebelum melepaskan jawatan kerana tidak serasi dengan jiwa.

Selepas itu wanita kelahiran bukit Mertajam, Pulau Pinang ini, mengikut suami berpindah ke Arau dan sempat menjadi guru di taman asuhan kanak-kanak selama dua tahun.

Jelas Najah minatnya untuk mempelajari cara membuat kek juga gara-gara anak-anaknya yang suka makan kek.

Tambahan pula, kata Najah, kebanyakan kedai kek yang terdapat di Perlis dimonopoli oleh bukan Islam.

''Saya menyahut cabaran itu dengan berusaha mempelajari cara membuat kek dan juga teknik hiasan menggunakan aising fondant dan krim mentega sehingga ke Kuala Lumpur dan Seremban,'' katanya.

Najah akui bernasib baik kerana minatnya itu mendapat sokongan suami yang sanggup menghantarnya menghadiri kelas hingga di luar Perlis.

Ketekunannya mengikuti kelas supaya tidak ketinggalan dalam teknik terbaru dalam seni hiasan kek.

Ini kerana, katanya, dunia kek juga seperti dunia fesyen yang sentiasa berubah khususnya dari segi hiasan dan penting untuk dipelajari supaya pelanggan tidak jemu.

''Jangan tak tahu pelanggan hari ini juga mempunyai cita rasa hebat kerana kalangan mereka banyak terdedah melalui kepakaran yang dilihat menerusi Internet khususnya dari Barat,'' katanya.

Pada peringkat awal Najah cuma menjual kek kepada rakan-rakan yang kemudiannya disebar dari mulut ke mulut.

Katanya, Najah Bakery cuma beroperasi di rumah bagi memudahkannya menyiapkan tempahan sambil menunaikan tanggungjawab sebagai ibu kepada tiga anak.

Ditanya cara membahagi masa antara anak dan membuat tempahan kek, jelas Najah seawal pukul 5 pagi lagi beliau sudah melakukan kerja-kerja menghias kek.

Manakala waktu membakar kek pula dilakukan selepas Zohor di mana ketika itu lebih selesa kerana anak-anaknya tidur.

''Selain kek coklat, keju, mentega, lobak merah dan mentega untuk majlis hari jadi atau perkahwinan, saya juga menerima tempahan kek cawan, brownies dan tart,'' katanya.

Biasanya kata Najah, beliau sendiri akan menghantar tempahan kek untuk pelanggan di sekitar Perlis.

Jelasnya memandangkan rakyat negara ini dilihat semakin gemar membeli-belah secara online maka beliau memulakan langkah mempromosi kek di blog sejak tahun 2009.

''Baru-baru ini saya telah naikkan taraf di mana sesiapa sahaja boleh mengetahui lebih lanjut mengenai kek ciptaan saya menerusi laman web www.najahbakery.com atau terus menghubungi saya menerusi talian 012-5735856,'' katanya.

Selain itu, Najah memberitahu dia juga menganjurkan kelas membuat kek dan teknik menghias yang mendapat sambutan yang menggalakkan.

Malah ibu muda yang gigih ini juga bercita-cita untuk menghasilkan buku seni hiasan kek supaya hasil karya nanti dapat dilihat oleh anak-anak dan generasi muda pada masa akan datang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Pesona

Posted: 08 Apr 2011 07:03 AM PDT

Kosmo Online - Pesona


Lelaki di sebalik koc wanita

Posted:

Lelaki di sebalik koc wanita

Lelaki di sebalik koc wanita

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my



PADA malam itu, tiada seorang pun dapat menerobos analogi pemikiran Dr. Aminuddin Adnan. Di sebalik kerancakan majlis meraikan pekerjanya, beliau sebenarnya mempunyai tekad untuk membuat satu pengumuman besar.

Pernyataan itu nanti, bahawasanya akan menuntut kerja yang lebih keras dalam kalangan pegawainya. Bukan itu saja, adunan idea itu merupakan satu lagi anjakan paradigma yang bakal mengubah wajah yang lebih pragmatik dalam industri pengangkutan di Malaysia.

Aminuddin juga beriltizam mahu rakyat negara ini lebih berdisiplin dan yang paling signifikan - menghormati hak kaum Hawa.

Beliau dengan emosi yang tenteram berkata: "Dalam masa terdekat ini, KTMB akan melaksanakan koc wanita. Apa kata kita laksanakan idea ini yang pastinya dapat memberi manfaat pada golongan sasaran."

Ternyata, buah fikiran Aminuddin membuatkan ramai yang terkejut. Tidak kurang pula yang merengus. Namun, ujar lelaki itu yang memikul amanah sebagai Presiden KTMB mahu membuktikan bahawa kata-katanya bukan sebarangan.

Jelas sekali, pengalaman beliau menjadi antara individu penting di sebalik pelaksanaan Sistem Aliran Ringan (LRT), Express Rail Link Sdn. Bhd. (ERL) dan Lebuh Raya PLUS menjadikan Aminuddin yakin wacananya tidak akan menemui jalan buntu.

Realisasi dalam sebulan

Aminuddin mahu langkah itu segera dilaksanakan. Hatta, beliau memanggil orang-orang kuatnya, Pengurus Besar Perkhidmatan Komuter, Mohd. Hider Yusoff dan Pengurus Kanan Komunikasi Korporat KTMB, Mohd. Fazil Ismail bertandang ke pejabatnya untuk mencari penyelesaian.

"Kami sebenarnya masih lagi terkejut dengan kenyataan itu. Pada ketika itu, kami masih berdepan dengan beberapa masalah dan masih menerima beberapa aduan pelanggan tentang perkhidmatan kami.

"Namun, apabila kami melakukan kajian demi kajian, kami rasa bertanggungjawab melakukan satu pembaharuan setelah meneliti semula respons daripada penumpang wanita yang kurang selesa berada di dalam tren dan berhimpit-himpit pada waktu puncak," kata Mohd. Fazil ketika ditemui di Stesen Kuala Lumpur bersama-sama dengan Aminuddin dan Mohd. Hider.

Bermula pada saat itu, ketiga-tiga lelaki ini berhempas-pulas menggali formula terbaik untuk mengimplementasi idea tersebut. Maka, bermulalah episod tidak tidur malam dan rutin mesyuarat yang bersiri-siri.


IMEJ dan implikasi koc wanita juga diberi perhatian agar tujuannya dapat dibudayakan oleh para penumpang dan rakyat negara ini.


Mereka menghabiskan masa mencari panduan, memperhalusi kajian, mengkaji keberkesanan, mengira set gerabak sesuai, meminta pandangan pakar, menyelongkar logo yang boleh memberi impak dan banyak lagi perincian lain.

Aminuddin, Mohd. Hider dan Mohd. Fazil tidak mahu konsep yang dijana dipandang remeh.

Seperti kata Aminuddin: "Pelaksanaan koc wanita bukan untuk menyusahkan sesiapa."

Berkat usaha dan dedikasi yang dicurahkan, dalam tempoh masa sebulan, KTMB berjaya melengkapkan pelannya. Mereka sudah bersedia untuk melancarkan perkhidmatan koc wanita yang dikhaskan untuk penumpang wanita dalam perkhidmatan tren KTM Komuter.

Rintangan

Malaysia bukanlah negara pertama yang mengaplikasikan khidmat koc wanita. Negara Rusia, Jepun, Mesir, India, Taiwan, Brazil, Mexico, Belarus adalah negara yang telah memperkenalkannya. Paling baru ialah Indonesia.

Lazimnya, mana-mana pendekatan baru yang cuba diketengahkan, tidak akan lari daripada sebarang kritikan dan cemuhan. Mahu berjumpa dengan individu yang positif lantas memberi kata-kata pujian, memang sukar. Namun, itu adat.

Mohd. Hider mengakui stigma itu. Bagaimanapun, beliau sempat berhujah: "Di Jepun, misalnya, kita mendapati rakyat Jepun mengambil masa kira-kira setahun untuk menerima pembaharuan yang dilakukan oleh kerajaan mereka.

"Justeru, kami di KTMB menyedari akan wujud pandangan-pandangan pro dan kontra, tapi kita sudah bersedia menelan semuanya."

Aminuddin pula berterus-terang bahawa pada awalnya, ramai yang menyogoknya dengan soalan-soalan provokatif. Namun, semua itu tidak menyebabkan dia tergelincir daripada paksinya.

"Ada pihak yang tak galakkan kami perkenalkan koc wanita, kata mereka set kita tak cukup, wujud diskriminasi jantina. Namun, daripada data kami, 60 peratus penumpang ialah wanita.

"Jadi, saya berpendapat, implementasi kami bukanlah sesuatu yang tidak tepat atau syok sendiri," kata Aminuddin.

Mohd. Fazil pula bertalu-talu menjawab pertanyaan daripada pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Kita terima banyak e-mel, panggilan telefon, surat daripada NGO-NGO yang mahu kita bentangkan apa faedah koc wanita ini, dan implikasi pada masa depan.

"Ada yang mahu kami tunjuk data sebenar dan tidak kurang juga yang marah-marah sebelum kami buat penjelasan," imbasnya yang masih teringat tentang kesanggupan pasukannya memantau situasi setiap stesen saat mula-mula koc wanita beroperasi.


PELABELAN khas dengan warna merah jambu seperti ini memudahkan pengguna komuter untuk membezakan koc awam dan koc wanita.


Reaksi orang ramai

Pada hari pertama pelancaran iaitu 28 April lalu, lelaki-lelaki di sebalik pelaksanaan koc wanita ini berdebar-debar menanti reaksi orang ramai.

Syukur, dedikasi dan keazaman yang konkrit memberi pulangan yang berharga kepada mereka dan keseluruhan warga KTMB.

Daripada kajian yang dijalankan, 94 peratus termasuk golongan lelaki dan badan-badan NGO menunjukkan tanda sokongan. Responden menyatakan, idea itu bernas kerana dapat mengekang kaum Hawa daripada menjadi mangsa kerakusan lelaki terutama pendatang asing yang kurang adab.

Pihak KTMB juga menyatakan bahawa mereka tidak menerima lagi sebarang laporan berlakunya gangguan seksual selepas itu.

Perkembangan itu suatu yang membanggakan, lebih-lebih lagi apabila model yang dibangunkan KTMB dijadikan panduan oleh kerajaan Indonesia untuk mengaplikasi pendekatan sama untuk jaringan pengangkutan republik itu.

Di peringkat negara pula, Aminuddin berlapang hati apabila pihak stesen LRT dan bas Rapid KL berhasrat mengikut jejak langkah KTMB dalam melindungi dan menjaga kepentingan kaum wanita.

Undang-undang baru

Gagasan KTMB terus dihargai. Pada November lalu, mereka menerima pengiktirafan daripada Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang berbesar hati dengan usaha KTMB mewujudkan gerabak khas untuk wanita.

Memetik laporan di dada-dada akhbar, Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak turut mengirimkan kata-kata pujian terhadap inisiatif kepada pelaksanaannya. Pelancong-pelancong asing juga tidak terlepas daripada memberi komentar yang membina.

Berdasarkan kejayaan itu juga, kongsi Aminuddin, beberapa pihak tertentu seperti golongan Orang Kurang Upaya (OKU) juga menuntut satu koc khas untuk mereka. Hal ini akan ditimbang-tara.

Bagai sukar untuk dipercayai, kini, sudah hampir setahun koc wanita dipraktikkan.

KTMB mengakui, masih ada suara-suara sumbang yang memperlekeh dan 'mengusik' usaha mereka. Namun, mereka tidak akan melenting.

"Bagi kami, satu atau dua penumpang lelaki sama ada sengaja atau tidak masuk ke koc wanita, ia bukan satu kegagalan. Kita akan terus menerus menjalankan kempen dan penguatkuasaan di setiap tren," kata Mohd. Hider.

Dalam pada itu, difahamkan pihak KTMB sedang merangka peruntukan undang-undang baru bagi mengekang gejala menceroboh koc wanita ini.

Mengambil teguran daripada orang ramai, Mohd. Hider memberitahu, pihaknya juga telah melakukan revolusi terhadap logo wanita. Logo terbaru yang digunapakai kini lebih jelas.

Dalam tempoh lima tahun, adakah masyarakat negara ini dapat membudayakan perkhidmatan koc wanita yang dianggap janggal pada awalnya?

Jawab Mohd. Fazil : "Ya, kami yakin itu akan berlaku, pada masa akan datang juga, kita akan perkenalkan koc wanita pada tren komuter baru kita.

Mohd. Hider pula berpendapat: "Selepas ini, kita akan melihat lebih ramai wanita yang berani dan berasa selamat membawa dan menyusu bayi mereka ketika menaiki tren."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Misi bersihkan sungai

Posted:

Misi bersihkan sungai

Misi bersihkan sungai

Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@kosmo.com.my


WALAUPUN penat selepas lima jam berkayak semua peserta terlibat berpuas hati dan berharap program sebegitu dapat diteruskan pada masa akan datang.


WALAUPUN terpaksa mengambil masa lebih lima jam untuk perjalanan kira-kira 33 kilometer, namun bunyi kocakan air dan keindahan flora dan fauna sepanjang sungai Terengganu membuatkan perjalanan menjadi singkat.

Burung bangau dan helang yang menjadi kitaran kehidupan di sepanjang laluan dari Jambatan Kuala Berang, Hulu Terengganu dan Kampung Pulau Manis, Serada, Kuala Terengganu terus memukau pandangan.

Beting pasir dan kehijauan flora yang sedikit sebanyak menambah cabaran di sepanjang perjalanan itu juga membuatkan aktiviti berkayak anjuran Stesen Janakuasa Èlektrik Sultan Mahmud baru-baru ini lebih mencabar.

Aktiviti ekonomi penduduk sepanjang sungai itu seperti penternakan ikan sangkar, pertanian dan juga aktiviti mengorek pasir turut menghidangkan satu pemandangan kehidupan.

Selain itu, suasana kehidupan masyarakat di sepanjang sungai juga turut menambah rencah dalam program yang bertemakan Cintai Sungai Kita oleh kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu.

Ditambah sambutan dan kemesraan penduduk kampung di sepanjang laluan dengan dua tempat persinggahan dan lokasi akhir program tersebut juga, ia banyak meninggalkan kesan kepada kira-kira 400 individu terlibat.

Mungkin benar kata orang, menelusuri sungai Terengganu juga boleh diibaratkan seperti mengenali negeri yang kaya dengan sumber air itu kerana dikatakan sejarahnya bermula dari sungai tersebut.

Menurut Pengerusi bersama program tersebut, Sarjan Mohamad Che Embong, kira-kira 50 buah kayak digunakan untuk membawa 100 orang yang terdiri daripada kakitangan TNB dan penduduk kampung sempena program itu.

"Kami mulakan program ini seawal pukul 7 pagi dan mula berkayak sekitar pukul 8 pagi di Dataran Jambatan Kuala Berang.


KAKITANGAN TNB bertungkus-lumus mengutip sebanyak mungkin sampah di Kampung Tapu, Hulu Terengganu dan Kampung Pasir Tinggi, Telemong.


"Selepas itu kami berhenti di dua lokasi iaitu di Kampung Tapu, Hulu Terengganu dan Kampung Pasir Tinggi, Telemong untuk melakukan projek amal membersihkan kawasan sungai di dua lokasi itu," katanya.

Jelas Mohamad, sambutan yang diterima di dua lokasi tersebut sangat menggalakkan apabila ada penduduk kampung turut menyertai mereka melakukan kerja-kerja membersih sungai.

"Perjalanan kami teruskan ke lokasi penamat di Kampung Pulau Manis, Serada, Kuala Terengganu dan sambutan di lokasi itu lebih meriah apabila penduduk kampung bergotong-royong membuat sedikit majlis untuk menyambut kami.

"Antara aktiviti yang dijalankan ialah sukaneka, pertandingan mewarna dan banyak lagi," katanya.

Sumbangan

Selain itu jelasnya, pihak TNB turut menghulurkan sedikit sumbangan kepada 20 keluarga miskin di beberapa buah kampung sekitar kawasan itu.

"Ini adalah sebahagian daripada khidmat kami kepada masyarakat dan dalam masa sama memastikan keindahan alam sekitar tetap terjaga.

"Sebab itu kita adakan program menyusur sungai ini kerana dari sini kita boleh lihat betapa indahnya negeri Terengganu dan permulaan sejarah negeri ini yang banyak berlaku sekitar sungai ini," katanya.

Jelasnya, oleh sebab itu semua pihak perlu berganding bahu dan terus menjaga keindahan sungai tersebut.

Kata Mohamad lagi, ini adalah program pertama anjuran pihaknya dan beliau terharu kerana sambutan yang diterima sangat menggalakkan terutama daripada kakitangan TNB sendiri dan juga orang ramai.

"Biarpun semua peserta program agak kepenatan kerana perlu berkayak selama lebih lima jam dan meneruskan aktiviti sampingan, namun masing-masing berpuas hati.

"Hampir kesemua peserta pulang dengan senyuman walaupun selepas program semuanya begitu keletihan," katanya.

Ujar Mohamad, setakat ini belum ada perancangan untuk menjadikan program itu sebagai program tahunan namun, dengan sambutan yang diterima tidak mustahil program serupa akan dianjurkan lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Isteri anda bukan pembantu rumah!

Posted:

Isteri anda bukan pembantu rumah!

Isteri anda bukan pembantu rumah!


BEBAN kerja dalam rumah tangga perlu dibahagi sama rata untuk menjaga keharmonian perhubungan. – Gambar hiasan


RUMAH tangga pada hari ini rata-ratanya dibina oleh suami dan isteri yang masing-masing mempunyai kerjaya tersendiri.

Setelah seharian di tempat kerja, kepenatan adalah sama. Maka, tidak sesuai jika hanya isteri yang bertungkus-lumus seorang diri di rumah. Andai si isteri menjawat status suri rumah sepenuh masa sekali pun, bukan bererti si isteri tidak berhak dibantu si suami.

Maklumlah, kepenatan menguruskan rumah tangga sebenarnya lebih penat berbanding kerja harian di pejabat. Malangnya, tidak ramai suami yang bersedia membantu kerja-kerja rumah. Jangan bimbang, setiap masalah mempunyai jalan penyelesaian. Ini bererti si suami boleh diajak untuk turut serta membantu kerja-kerja anda di rumah.

Mohon bantuan sejak awal kahwin

Perkara paling utama adalah dengan meminta bantuan suami sejak awal perkahwinan. Insya-Allah jika sejak mula anda telah membiasakan suami untuk membantu anda, tidak akan ada masalah lagi di belakang hari.

Masalahnya, ramai isteri yang hendak tunjuk hebat pada awal perkahwinan. Semua dia hendak buat hinggakan suami mahu menolong pun tidak dibenarkan. Apabila sudah lama berkahwin dan memiliki anak-anak, suami yang sudah terbiasa akan order sahaja. Sukar untuk mengubah perangai.

Saya faham dan tahu niat baik anda iaitu untuk menjadi seorang isteri yang solehah. Jadi, saya tidak melarang malah saya sokong tapi kenalah bijak mengatur cara. Mungkin pada awal usia perkahwinan, nilai cintanya masih tinggi. Tidak mungkin pada waktu itu hendak 'melenting' kerana disuruh buat kerja-kerja rumah.

Padahal semua kerja-kerja tu adalah kerja-kerja biasa yang juga dilakukan oleh seorang lelaki bujang, bukan? Ingat! Mempunyai isteri bukan bermaksud anda mempunyai pembantu rumah.

Minta suami menemani

ketika melakukan kerja rumah

Cara paling baik untuk minta suami menolong anda adalah dengan meminta suami menemani ketika melakukan kerja-kerja tersebut. Sebagai contoh, ketika sama-sama penat sampai ke rumah daripada tempat kerja, ajaklah suami temankan anda di dapur untuk memasak.

Mungkin suami anda akan mengelak sebab hendak rehat sambil membaca akhbar atau menonton televisyen. Jangan marah dulu. Pujuk dengan lembut. Anda boleh beritahu bahawa ada cerita menarik yang anda mahu kongsi dengannya ketika itu juga. Jika itu alasan anda, pastikan anda benar-benar mempunyai cerita menarik.

Cuba biasakan lakukan kerja-kerja rumah di depan matanya agar dia tahu betapa kalutnya anda! Jika anda hendak lipat baju, bawa baju-baju tersebut ke tempat suami anda berada seperti di depan televisyen. Dalam anda melakukan kerja-kerja tersebut, luahkan rasa penat anda dan luahkan juga keseronokan anda jika suami anda dapat membantu.

Luahkan keseronokan jika dibantu suami

Jika suami masih pura-pura tidak dengar, ketika inilah anda perlu cakap terus-terang, minta suami anda membantu anda. Hendak meminta suami bantu anda pula, kenalah secara berhikmah. Ingat! Jangan mendesak atau mengarah!

Suami memang pantang menerima arahan isteri. Sebaliknya mulakan dengan perkataan 'tolong' dan ucapan dalam nada yang lembut, seakan-akan merayu. Kalau guna perkataan tolong tapi dengan nada yang keras, takkan berkesan. Bimbang nanti anda pula ditempiknya.

Kepada isteri yang telah terbiasa melakukan segalanya seorang diri, jangan bimbang kerana anda boleh memulakannya daripada sekarang.

Cara paling baik adalah dengan mencari masa yang sesuai dan luahkan hasrat hati anda. Katakan padanya betapa anda seronok jika dia dapat bantu anda uruskan rumah tangga seperti pasangan lain yang sudah lama melakukannya. Jika cubaan pertama gagal, cuba lagi bila-bila dan jangan putus asa.

Amalkan surah al-Insyirah

Pada masa yang sama, berdoa minta Allah lembutkan hati suami. Boleh amalkan bacaan Surah al-Insyirah sebagai doa pelembut hati.

Ketika memasak atau sediakan minuman, bacalah ayat-ayat tersebut sambil niatkan di dalam hati agar suami mahu membantu anda. Isteri suri rumah sepenuh masa pun boleh cuba lakukan yang sama.

Sekurang-kurangnya suami membantu anda waktu hujung minggu, dapat jugalah sesekali anda beristirehat.

Kepada para suami, tugas menguruskan rumah tangga dan anak-anak bukanlah tugas dan tanggungjawab isteri anda sahaja. Lakukanlah bersama-sama, insya-Allah akan bertambah semarak cinta.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Ratu

Posted: 08 Apr 2011 02:01 AM PDT

Berita Harian: Ratu


Kuat atau hambar?

Posted: 07 Apr 2011 04:45 PM PDT

Ratu

Perlukah merawat ED

JEJAKA duduk di hadapan anda kelihatan sungguh tegap dan sasa. Ketampanan seiringan gayanya cukup mengiurkan mata yang meneliti perwatakannya. Masakan tidaknya, tindak balas wanita yang lalu di sisinya semuanya memberikan jelingan bermakna.

Namun, ada juga teka-teki sepanjang penelitian dijalankan terhadap jejaka segak itu, adakah tenaga dalaman empunya diri segagah penampilannya ditonjol itu walaupun anggaran usianya belum mencecah angka empat. Kalau kita imbas sejenak, pasaran masa kini banyak mengetengahkan ubatan berunsur mengembalikan kekuatan nafsu syahwat baik diiktirafkan mahupun sebaliknya. Jika rawatan tidak berkepentingan buat pengamalnya, mustahil akan berkembang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

Mungkin tujuan pengambilan ubatan seperti herba atau pil benar-benar mampu mengembalikan tenaga yang semakin hambar sekali gus mampu memberikan kepuasan maksimum buat pasangan tatkala bermadu kasih.

Memang perlu untuk setiap pasangan memenuhi permintaan pasangannya. Malah dalam Islam, seks bukan semata-mata untuk memenuhi keperluan jasmani atau kehendak syahwat manusia. Hubungan suami isteri sekurang-kurangnya memiliki beberapa tujuan penting.

Hubungan seks sebagai penyambungan keturunan, mempererat kasih sayang, ibadat dan dijadikan sebagai rekreasi yang mana mampu memberikan ketenangan sesama pasangan.
Cuma apa yang menjadi kerisauan, apabila prestasi kembali memberangsangkan, adakah keadaan akan bertambah ceria atau sebaliknya menimbulkan kerisauan buat pasangan wanita? Bila sudah kuat, nanti suami mula cuba 'harga pasarannya' lantas bermain cinta pula di luar.

Jika begitulah senario berkemungkinan, baik biarkan saja mereka kekal lemah, asalkan kita rasa terselamat dari masalah yang sering hangat diperbincangkan dalam kalangan isteri, takut suami curang, risau kalau dimadukan dan banyak lagi yang membabitkan orang ketiga.

Tapi apa pun keadaannya, kuat atau sederhana, perkara ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia bukan hanya untuk memuaskan nafsu, sebaliknya masalah lemah nafsu syahwat ini sebenarnya mencerminkan beberapa jenis penyakit yang sedang dialami suami.

Apa pun, cara terbaik adalah perbincangan dilakukan buat pasangan kerana ia lebih mujarab berbanding mendiamkan diri. Suami memainkan peranan dan menghargai pasangannya, malah isteri juga patut bersikap terbuka dan yakin terhadap kesetiaan jejaka hatinya.

Cuba kita lihat pendapat dua jantina berbeza mengenai pendapat mereka mengenai masalah lemah nafsu syahwat atau pun Erectile Dysfunctional (ED) sama ada ia mengganggu rutin harian ataupun lebih elok jika dibiarkan saja.

Jurulatih Persendirian, Jannatul Naim Ahmad, berpendapat dirinya mahu melihat pasangannya bahagia baik dari segi fizikal ataupun kerohanian maka jika mereka mengalami masalah ED, dia akan menyokong kaedah perubatan yang tidak mendatangkan kesan sampingan terhadap kesihatan.

"Bagi saya, jika suami mengalami masalah ED, saya pasti menggalak dirinya untuk menjalani rawatan mahupun mengambil ubatan yang bersesuaian kerana nescaya jika dibiarkan masalah lain pula menyusur seperti kolesterol dan sebagainya.

"Lagi pun, kemesraan dan keintiman antara pasangan adalah pemangkin dalam menjalinkan satu perhubungan dan terpulang bagaimana untuk kita mengawal tindak-tanduk mereka.

"Bila mereka ceria, kita pun rasa seronok, saya tidak sanggup berhadapan dengan riak wajah pasangan yang asyik muncung muka sepanjang hari. Maka lebih elok jika mereka diberikan rawatan terhadap masalah ED dan keceriaan dikembalikan," jelasnya sambil tertawa kecil.

Jejaka yang cukup tinggi dan tegap, Raj Aria, yang juga pengacara majlis profesional menceritakan pendapat mengenai ED, berkata ia bukan satu masalah yang hanya dihidapi lelaki berusia, tapi juga mereka yang masih muda.

Mungkin tidak ramai yang sedar mengenai ED atau malu membincangkannya, tapi sebenarnya membiarkannya berlarutan boleh menyebabkan masalah yang tidak hanya membabitkan diri sendiri sebaliknya pasangan.

"Bagi lelaki, pementasan di ranjang adalah lambang kekuatan mereka, maka mereka jadi terlalu ego mengakui kelemahan itu. Tapi jika menyayangi pasangan dan diri sendiri mereka perlu mendapatkan rawatan.

"Berdasarkan teknologi perubatan yang semakin canggih, masalah boleh ditangani dalam sekelip mata. Cuma. bila sudah mendapat semula kuasa kejantanan itu, janganlah pula disalah gunakan. Kasihan pasangan kita, bila lemah, kita berjauhan, bila bertenaga, lagi jauh pula kedudukannya.

Wartawan, Fun Ng, berkata baginya dia akan cuba untuk mengekalkan keadaan sedia kerana risau jika menggalakkan pasangan menjalani perubatan, bimbang kalau nanti pasangan akan bermain kayu tiga.

"Zaman ini, kita tidak boleh terlalu yakin dengan cinta kerana ia mudah beralih arah, apatah jika wanita semakin berusia dan berkedut. Mata pasangannya mula meliar nampak wanita lain berdahi licin.

"Baiknya, biarkan saja pasangan kita berterusan dengan masalah lemah nafsu syahwat. Berkaitan dengan masalah kesihatan, banyak lagi kaedah lain yang boleh dijalankan untuk mengawal kesihatan itu.

"Mungkin pendapat saya agak keterlaluan dan keras, tapi percayalah tiada wanita yang ingin berkongsi kasih dan saya lebih rela jika persembahan di ranjang tidak hebat asalkan kehidupan selebihnya selesa dan sempurna," katanya.

Eksekutif Pemasaran Syarikat Swasta, Muhd Al-Hafiz, berkata beliau tidak akan membenarkan masalah ED membelenggu dirinya dan pasti akan sentiasa bersedia untuk menjalani rawatan untuk menghindari masalah itu.

Katanya, sebagai lelaki ia bukan sekadar untuk memenuhi keperluan pasangan, tapi merangkumi dirinya sendiri apatah lagi ED adalah wakil kepada beberapa tanda awal penyakit berkaitan.

"Lelaki berkecenderungan tampil ego bila berbincang isu ini dan mereka lebih mengutamakan kuantiti bukannya kualiti bermesra dengan pasangan. Saya mereka cenderung memuaskan kemahuan sendiri.

"Mengapa malu membincangkan masalah dihadapi pasangan ataupun rakan rapat sedangkan kita menyedari ED memberikan kesan bukan hanya terhadap prestasi di ranjang sebaliknya juga kerjaya dan emosi. Kita sepatutnya fikir jangka masa panjang dan sebagai manusia memerlukannya untuk menceriakan kehidupan sekali gus menyambung zuriat.

"Pada masa, kepercayaan dan kesabaran diberikan oleh pasangan sepatutnya dihargai dan sebaiknya ia tidak menjadi alasan untuk tidak perlu berlakunya kes 'pandu uji' kekuatan," katanya sambil tersenyum.

'Make A Stand' Hidup Lebih Sihat dan Cergas

KAJIAN dijalankan menunjukkan kemerosotan kesihatan seksual boleh terjadi sama ada disebabkan faktor fizikal, psikologi ataupun gaya hidup. Faktor fizikal termasuk rawatan perubatan, rawatan pembedahan, gangguan hormon dan penyakit seperti penyakit jantung, diabetes dan kerosakan saraf. Kemerosotan kesihatan seksual yang disebabkan oleh faktor fizikal selalunya dialami lelaki berusia.

Faktor psikologi pula adalah seperti tekanan, keletihan dan kemurungan, selain hilang keyakinan terhadap keupayaan diri dan perasaan tidak mampu memuaskan hati pasangan turut memberi kesan terhadap prestasi hubungan intim dengan pasangan.

Gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok dan pengambilan alkohol yang berlebihan boleh memburukkan lagi masalah ini. Faktor psikologi ini lebih ketara dialami oleh lelaki yang lebih muda.

Bagi membolehkan organ seksual menegang, bekalan darah yang mencukupi amatlah penting. Faktor gaya hidup seperti merokok meningkatkan risiko seseorang itu untuk mendapat masalah lemah syahwat. Merokok menjejaskan pengaliran darah dalam saluran darah dan arteri.

Begitu juga dengan faktor tekanan dan kemurungan yang menyebabkan seseorang itu kurang berfikir mengenai seks, sekali gus mengurangkan minat untuk melakukan hubungan intim dengan pasangan. Walaupun bersifat sementara, ia boleh menjejaskan keharmonian hubungan intimasi pasangan suami isteri jika dibiarkan tanpa rawatan.

Lebih membimbangkan, kemerosotan kesihatan seksual atau lemah tenaga batin terjadi bukan saja di kalangan lelaki berusia, tetapi juga lelaki yang lebih muda. Namun, tidak ramai yang tampil ke depan sama ada untuk mendapat khidmat nasihat atau rawatan yang bersesuaian kerana perasaan malu dan rendah diri.

Menyedari hakikat itu, Pfizer Malaysia dan Celebrity Fitness mengumumkan satu kempen untuk memberikan kesedaran kepada lelaki dari semua peringkat usia dengan menawarkan maklumat dan langkah mengesan mengesan Erectile Dysfunctional (ED) di peringkat awal.

Kempen itu turut memberikan ruang peribadi buat jejaka untuk mengukur sendiri tahap kesihatan mereka menggunakan modul yang direka khas ditempatkan dalam bilik persalinan lelaki di cawangan terpilih Celebrity Fitness.

Pengarah Perubatan Pfitzer, Dr Vicknesh Wellupillai, berkata The Erection Hardness Score (EHS) mudah digunakan dan mengukur secara tepat erksi dengan skala satu hingga empat dan ia adalah skor tertinggi.

"EHS adalah alatan klinikal mudah dan lelaki mengalami masalah ED boleh menggunakannya untuk menilai tahap penyakit mereka sekali gus memantau kesan rawatan. Ia juga boleh dijadikan sebagai objektif rawatan jelas terperinci bagi mendapatkan ereksi berkualiti," jelasnya.

Hadir sama sempena pelancaran itu, Pengurus Pilate Celebrity Fitness Malaysia, Tara Zewar dengan Pengarah Urusan Pfitzer Malaysia, Angel Choi dan tetamu lain.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jerih usahawan Iban

Posted: 07 Apr 2011 04:20 PM PDT

Ratu

pix_gal0
Senia bertapak kukuh dalam perniagaan kraf anyaman

IMPIAN untuk bergelar usahawan sering bersarang dalam kotak minda wanita tabah dari suku kaum Iban ini meskipun ada kalanya terfikir seakan tidak mampu untuk digapai ke peringkat sejauh itu selepas menyedari dirinya hanya berpendidikan setakat darjah enam. Sungguhpun begitu, Senia Jugi, 51, tidak pernah patah semangat dan sentiasa berusaha untuk mengorak langkah menetapkan angan-angan itu mampu direalisasikan demi mengubah nasib keluarga dan masa depan mereka.

Dengan kelebihan memiliki kesungguhan kuat dalam diri dan berbekalkan semangat tinggi kini, jerih wanita ini yang memang sudah biasa susah sejak sedari kecil lagi dengan melakukan pelbagai kerja, kini, Senia mampu berdiri megah apabila berjaya membuka perniagaan sendiri dengan menghasilkan produk kraf tangan. Berbekalkan kebolehan dan kemahiran menganyam yang diperoleh sebelum ini, beliau yang berasal dari Ulu Bintangor, Maradong ini bertekad untuk membawa diri keluar dari kampung halamannya untuk memperluaskan pengetahuan dan pengalaman dalam bidang berkaitan.

Justeru, pilihannya tidak silap, latihan asas bidang anyaman yang diikuti di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, cawangan Kuching, Sarawak, itu sebagai pembuka jalan untuk beliau bertapak kukuh dalam seni anyaman ini.

Malah, beliau turut terpilih mengikuti kursus jahitan produk kraf selama tiga bulan di Kraftangan, Kuala Lumpur bersama 30 peserta lain, iaitu lapan dari Sarawak termasuk menerima tunjuk ajar daripada pengajar berkemahiran dari Filipina.

Menerusi kursus latihan diikuti, pelbagai pengetahuan dan ilmu baru ditimba termasuk mengikuti pelbagai seminar, mempelajari mendalami asas menganyam, kesedaran kerjaya keusahawanan dan banyak lagi.
Sebaik saja tamat kursus, Senia bersama rakan memberanikan diri mencuba mengembangkan kemahiran mereka dalam bidang berkenaan.

"Dengan galakan Kraftangan Malaysia, pada 1989, saya ingin mencuba nasib membuka perniagaan sendiri diberi nama, Bengkel Pembuatan Beg. Sebagai permulaan saya tumpukan kepada produk berasaskan beg khususnya bagi kegunaan seminar.

"Untuk mencipta keunikan dan perbezaan, produk tradisional digabungkan menjadi kontemporari masa kini. Hasilnya, bukan saja lebih cantik tetapi memperlihatkan daya kreativiti tinggi," katanya ditemui RATU di Bengkel Kraftangan Cawangan Kuching, baru-baru ini.

Beg dihasilkan Senia menggunakan bahan mentah tempatan seperti pua kumbu, bemban, kulit kayu, rotan dan fabrik tempatan seperti batik serta sebagainya yang disatukan dengan bahan kontemporari seperti kulit, PVC dan kanvas.

"Saya memilih bidang pembuatan beg kerana ia tidak banyak saingan dan peluangnya lebih bagus. Saya juga fikir, jika tidak berani mencuba sesuatu yang baru dan ingin mengusahakan perniagaan sama seperti orang lain, tentu sukar untuk maju," katanya yang penuh berwawasan untuk menjadi usahawan berjaya.

Selain beg tangan, Senia turut menghasilkan fail folder, kotak tisu dan pelbagai produk kraf lain.

Jika dulu tempahan beg diterima hanya 30 unit kini sudah mencapai beratus-ratus, malah pernah sehingga 700 unit yang perlu disiapkan dalam tempoh dua bulan.

Bekerja setiap hari bermula jam 8 pagi hingga 5 petang, bersama dengan tiga tenaga kerja lain, Senia mampu menghasilkan 200 unit dalam tempoh tiga minggu. Sehingga kini untuk beg saja sudah lebih 100 reka cipta dihasilkan.

Beliau berpendapat, kreativiti adalah aspek penting untuk menarik perhatian pelanggan yang sering inginkan kelainan dalam produk yang ditempahnya.

Untungnya, Senia tidak pernah ketandusan idea bagi menghasilkan rekaan baru untuk memenuhi kepuasan dan kepercayaan pelanggan bagi mendapatkan produk berkualiti secara berterusan dengan pendapatan lumayan iaitu antara RM4,000 hingga RM5,000 sebulan berbanding dulu hanya RM200 sebulan.

"Ketika kecil apabila ibu sakit, saya yang mengambil alih kerja di rumah dan ke sawah serta menoreh getah walaupun baru berusia 10 tahun. Oleh kerana sudah biasa hidup susah dan bekerja keras saya tidak kisah buat apa saja kerja," katanya yang berpuas hati dengan perniagaannya semakin berkembang.

Anak ketiga dalam tujuh beradik ini turut bangga kerana melalui bantuan Kraftangan Malaysia, produk dihasilkan sudah berjaya di ketengahkan ke luar negara termasuk Jepun, Jerman dan Hong Kong serta pernah di bawa ke pusat beli terkenal di Harrods, New York.

"Memang saya sudah berjaya kerana sasaran saya untuk dapat RM1,000 sebulan sudah pun melebihi apa yang disasarkan. Tetapi saya tidak mahu kejayaan ini terhenti di sini saja kerana mahu capai lebih daripada apa yang saya ada. Ini bukan tamak tetapi usaha saya untuk berjaya," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Komuniti Kita

Posted: 07 Apr 2011 03:31 PM PDT

Kosmo Online - Komuniti Kita


Kejohanan Futsal Veteran Piala Muhibah

Posted:

Kejohanan Futsal Veteran Piala Muhibah

Kejohanan Futsal Veteran Piala Muhibah


BARISAN peserta bergambar bersama pada kejohanan Futsal Veteran Piala Muhibah di Gelanggang Futsal Bukit Jong, Kuala Terengganu baru-baru ini.


BERSUKAN. Lapan pasukan veteran menunjukkan kebolehan bermain futsal pada kejohanan Futsal Veteran Piala Muhibah yang diadakan di Gelanggang Futsal Bukit Jong, Kuala Terengganu baru-baru ini.

Pertandingan yang disertai oleh peserta berumur 40 tahun ke atas itu bertujuan mengeratkan hubungan dan menanam semangat kesukanan di kalangan peserta.

Turut menyertai kejohanan itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Tepuh, Muhammad Ramli Nuh yang mewakili pasukan kampung kelahirannya, Kampung Pagar Ubi.

Pada pertandingan itu, pasukan Kampung Tok Jiring dinobatkan sebagai juara setelah mengalahkan pasukan Kampung Pagar Ubi dengan jaringan 3-1.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

AIM P. Pinang bantu suri rumah miskin

Posted:

AIM P. Pinang bantu suri rumah miskin

AIM P. Pinang bantu suri rumah miskin


KRISHNAN (kanan) menyampaikan bantuan modal AIM kepada para penerima di Bukit Mertajam baru-baru ini.


MODAL NIAGA. Seramai 20 suri rumah daripada keluarga miskin sekitar daerah Perai menerima bantuan modal perniagaan daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Pulau Pinang di Bukit Mertajam baru-baru ini.

Bantuan modal sebanyak RM3,000 seorang itu disediakan AIM selepas kesemua peserta tamat menjalani latihan selama dua bulan yang dikendalikan AIM dan Pusat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Perai.

Penyelaras DUN Perai, L. Krishnan berkata, AIM memperuntukkan kira-kira RM60,000 untuk disalurkan kepada peserta bagi memajukan ekonomi keluarga seterusnya keluar daripada garis kemiskinan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

50 sertai pertandingan Karom Zon Darat Batu Rakit

Posted:

50 sertai pertandingan Karom Zon Darat Batu Rakit

50 sertai pertandingan Karom Zon Darat Batu Rakit


PARA peserta bermain karom pada pertandingan Karom Tertutup Zon Darat Batu Rakit, Kuala Terengganu baru-baru ini.


BERBAKAT. Kira-kira 50 peserta menyertai pertandingan Karom Tertutup Zon Darat anjuran Jawatankuasa Penyelaras Pemuda UMNO Batu Rakit, Kuala Terengganu baru-baru ini.

Urusetia pertandingan, Azmi Seman berkata, melalui pertandingan itu, masyarakat setempat dapat berkumpul bersama dan memupuk semangat kekitaan dalam rumpun masyarakat.

Pada pertandingan itu, regu Nazana Hamzah dan Awie Zaki muncul juara bagi kategori veteran manakala bagi kategori pemuda dimenangi regu Lazim Mohd. Ghani dan Azmi Seman.

Juara membawa pulang wang tunai RM100 dan hamper yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Rakit, Khazan Che Mat.

Turut hadir wakil Balai Polis Batu Rakit, Sarjan Tengku Mohd. Abu Bakar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan