Isnin, 11 April 2011

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Utusan Online - Keluarga

Posted: 11 Apr 2011 01:09 PM PDT

Utusan Online - Keluarga


Bau badan jejaskan personaliti

Posted:

Bau badan jejaskan personaliti

Bau badan jejaskan personaliti

Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar MOHD. SHAHARANI SAIBI


Mohd. Mursyiddin menjelaskan mengenai kepentingan menjaga kebersihan badan bagi menghindarkan bau.


APABILA bercakap soal cantik, semua wanita mahu kepada kecantikan. Situasi yang sama berlaku pada lelaki.

Bagi yang sudah berumahtangga pula sudah pasti kecantikan yang dipamerkan adalah untuk menambat hati suami dan isteri masing-masing.

Tetapi tahukah anda, bau badan merupakan satu masalah besar dan menimbulkan ketidakselesaan kepada orang sekeliling?

Bagi yang mempunyai masalah bau badan, mereka dinasihati agar menitikberatkan soal kebersihan diri kerana ada laporan menyatakan terdapat suami isteri bercerai-berai kerana tidak tahan dengan bau badan pasangan.

Menurut Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohd. Mursyiddin Abdul Manaf, 30, lelaki sering memandang remeh soal kebersihan termasuk penampilan diri. Tetapi itulah perkara yang harus diberi keutamaan.

''Penjagaan kebersihan diri yang sempurna akan memberi kesihatan yang baik kepada tubuh anda.

''Untuk itu, penjagaannya perlulah bermula dari dalam bilik air hinggalah selepas selesai mandi seperti pemilihan sabun mandi yang bersesuaian dengan kulit, pencuci muka dan tidak ketinggalan deodoran untuk menghilangkan bau badan.

''Ini semua perlu kerana trend berubah dari semasa ke semasa dan hari ini lelaki juga perlu bergaya untuk menaikkan keyakinan diri,'' ujarnya ketika ditemui di Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Tambahnya, bagi mereka yang aktif dan menggemari aktiviti lasak, sememangnya akan dihimpit dengan masalah peluh yang menyebabkan badan berbau. Antara penyebab utama kepada masalah ini kerana kita tinggal di negara yang bercuaca panas dan lembap, mengakibatkan kita mudah berpeluh sebaik sahaja keluar rumah.

Kerana itu jugalah faktor kebersihan diri perlu dititikberatkan agar kita boleh menikmati rasa kesegaran sepanjang masa.

Cara paling mudah ialah menggunakan deodoran dan anti perspiran. Deodoran yang mengandungi bahan antiseptik dapat menghalang bakteria manakala anti perspiran pula mengandungi bahan yang dapat mengurangkan peluh.

Katanya lagi, di pasaran hari ini terdapat pelbagai jenama deodoran khusus untuk lelaki.

Bersandarkan teknologi responsif kepada badan, deodoran hari ini dapat menghalang bau badan dalam jangka waktu yang panjang di samping memastikan bawah lengan (ketiak) sentiasa kering dan terlindung daripada bau.

Mohd. Mursyiddin yang juga merupakan konsultan kecantikan untuk pelbagai badan korporat dan swasta menjelaskan bahawa perubahan jangka panjang akan diperoleh dengan tahap kebersihan yang baik.

''Penggunaan deodaran yang sesuai dan betul mampu menghalang kuman dan menyelesaikan masalah bau badan walaupun anda sibuk seharian dan seringkali berpeluh.

''Dalam hal ini secara tidak langsung ia mengekalkan kebersihan serta kesihatan kulit di samping membantu masyarakat dalam menjamin kesihatan yang baik,'' katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Terima dia seadanya

Posted:

Terima dia seadanya

Terima dia seadanya

Oleh ZUHAYATI YAZID

IKATAN cinta yang dibina bertahun-tahun sebelum disimpul dengan ikatan perkahwinan bukan jaminan kepada keutuhan rumah tangga.

Malah banyak perkahwinan yang cuma bertahan beberapa bulan mahupun hari, biarpun pasangan sudah saling mengenali dan bercinta berbelas tahun.

Ada pula suami isteri hanya sekadar pada nama sedangkan makan tidak semeja, tidur tidak lagi sekatil.

Apabila ditanya, mereka akan menjawab, semua itu berlaku kerana sudah tidak ada persefahaman.

Benarlah kata orang alam percintaan dan perkahwinan sangat berbeza.

Pasangan suami isteri perlu menyedari pentingnya untuk mengenali dan memahami segala perkara mengenai pasangan masing-masing.

Bukanlah sesuatu yang susah untuk menjaga hati seorang lelaki atau sebaliknya dan memastikan si dia setia dengan anda.

Tidak banyak yang si dia inginkan dari anda. Cukuplah sekadar memahami apa yang mereka impikan dari seorang wanita mahupun lelaki.

Malangnya, tidak ramai para isteri atau suami berjaya memahami pasangan, gagal menawan hati si dia dan sebagainya.

Ini kerana anda tidak pernah mengetahui dan mengenali sikap dan perilakunya sebenar.

Setiap orang mempunyai keistimewaan dan kelemahan masing-masing, begitu juga dengan si dia.

Semasa di alam percintaan dan pertunangan mungkin tidak dapat mengesan kekurangan dan kelemahannya. Setelah berumah tangga baru keadaan ini terserlah.

Sudah tentu keadaan ini amat mengecewakan, lama-lama kekurangan keadaan itu akan menjadi api dalam sekam dalam kehidupan.

Inilah antara punca keretakan rumah tangga di mana rasa tidak puas hati akan mengganggu keharmonian suami isteri.

Bagi pasangan yang ingin terus kekal bahagia, mereka perlu berusaha untuk belajar mengubah sikap yang suka melihat kelemahan antara satu sama lain dan mengamalkan sikap menerima pasangan kita seadanya.

'Menerima' bermakna mengiktirafkannya seperti mana diri kita sendiri yang ada keistimewaan dan kelemahan, dengan pandangan terbuka di samping saling mengagumi nilai-nilai baik yang ada pada diri pasangan, segala konflik yang timbul akan dapat diatasi.

'Penerimaan' bermaksud sekadar menerima pasangan sebagai diri beliau seadanya. Kita menerima cara, harapan dan impiannya atau mungkin juga sebagai seorang yang tiada impian.

Kita juga perlulah menerima idea, minat dan juga kelemahan suami, termasuklah juga menerima kekurangan dalam personaliti atau apa-apa pegangan terhadap agama atau politik.

Dalam situasi ini, suami atau isteri perlu menerima hak pasangan untuk menjadi dirinya yang sebenar. Kita mungkin tidak setuju dengan ideanya, tetapi kita hormati hak si dia terhadap pandangannya itu.

Secara ringkas, penerimaan bermaksud menerima si dia sebagai manusia biasa yang memiliki nilai baik dan ada pula kelemahan. Isteri atau suami tidak berasa bimbang dengan kelemahan pasangan kerana dia hanya melihat kebaikan yang dimiliki.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 11 Apr 2011 09:15 AM PDT

Utusan Online - Johor


Teruja pamerkan wau di China

Posted:

Teruja pamerkan wau di China

Teruja pamerkan wau di China

Oleh AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my


MOHD. Khir Ahmad (kiri) dan Shariff Idrus memeriksa wau yang akan dibawa sempena Festival Layang-Layang Sedunia Weifang di China ketika ditemui di Muzium Layang-Layang Pasir Gudang di Pasir Gudang, kelmarin.


JOHOR BAHRU 10 April – Perasaan teruja dua sahabat, Mohd. Khir Ahmad dan Shariff Idrus untuk memperkenalkan wau warisan negara di mata dunia bakal terlaksana sempena Festival Layang-Layang Sedunia Welfang di China yang akan berlangsung pada 16 hingga 18 April ini.

Mohd. Khir, 53, dan Shariff, 49, yang bertugas sebagai Pembantu Tadbir di Majlis Perbandaran Pasir Gudang merupakan sebahagian daripada peserta negara yang akan menyertai festival kali ke-28 yang dianjurkan oleh bandar di wilayah Shandong, China.

Menurut Mohd. Khir, meskipun layang-layang pada masa kini mengalami transformasi termasuk daripada segi bahan dan reka bentuk berbeza mengikut negara, namun wau di negara ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

"Meskipun kami membawa layang-layang, tetapi seperti kebiasaan kami tetap akan membawa wau antaranya jenis bulan, daun, merah, kucing dan jala budi di setiap festival yang kami sertai.

"Ini kerana wau negara kita sangat istimewa, termasuklah daripada segi reka bentuk yang halus dan ia pasti akan menarik perhatian ramai orang, khususnya yang pertama kali melihat wau," katanya ketika ditemui di Muzium Layang-Layang Pasir Gudang di sini semalam.

Mohd. Khir memberitahu, Weifang bukanlah asing baginya kerana ia merupakan lokasi penganjuran festival layang-layang paling dikenali dunia sehingga ia dikenali sebagai Bandar Layang-Layang di China.

Katanya, antara negara lain yang pernah dijejakinya untuk mengikuti festival layang-layang adalah Korea, Taiwan, Indonesia dan Singapura.

Sementara itu, Shariff berkata, penglibatannya dalam kebanyakan festival layang-layang di seluruh dunia sedikit sebanyak dapat memberinya peluang sebagai 'duta kecil' untuk mempromosikan nama negara di peringkat antarabangsa.

"Ada di antara peserta atau penduduk tuan rumah festival amat meminati wau dan mereka sangat berminat untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang budaya dan permainan wau serta layang-layang di negara ini," katanya.

Festival Layang-Layang Sedunia Welfang di China pada 16 hingga 18 April ini dijangka akan menarik penyertaan lebih 30 negara dengan penglibatan lebih 200 pelayang antarabangsa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan bantu pondok bacaan SKTMI 1

Posted:

Utusan bantu pondok bacaan SKTMI 1

Utusan bantu pondok bacaan SKTMI 1


SEKUMPULAN guru dan murid-murid teruja dengan replika wajah baru Utusan Malaysia ketika berada di pondok bacaan SK Tengku Mahmood Iskandar 1, Pontian, Johor, baru-baru ini.


PONTIAN 10 April - Kerjasama Utusan Melayu (M) Bhd. dalam menyediakan bahan untuk pondok bacaan di Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmood Iskandar 1 (SKTMI 1) di sini, berjaya meningkatkan budaya membaca dalam kalangan murid sekolah tersebut.

Guru Besar SKTM! 1, Saniah Mohd. Khalid berkata, pondok bacaan itu turut memberi peluang kepada murid-muridnya mengisi masa lapang secara bermanfaat.

"Pihak sekolah berharap mutu pembelajaran murid dapat ditingkatkan melalui bahan bacaan yang disediakan dan sisipan seperti ADaP, e-Lab, Utusan Melayu Mingguan dan Estidotmy," katanya kepada Utusan Malaysia selepas menunjukkan perkembangan pondok bacaan tersebut di sini semalam.

Turut hadir, Eksekutif Kanan Pemasaran Utusan Melayu (M) Bhd. Zon Selatan, Mohd. Asri Jantan dan Penolong Ketua Biro Utusan Melayu Johor, Mohamad Fikri Rosly.

Mohd. Asri berkata, SKTMI 1 sudah tiga tahun menjadi pelanggan tetap akhbar Utusan Malaysia dan pondok bacaan itu adalah simbol kerjasama berterusan dalam meningkatkan pencapaian akademik murid-murid.

Katanya, Kumpulan Utusan akan memberikan bahan bacaan terbaru setiap tiga bulan sekali atas permintaan sekolah tersebut.

"Pihak sekolah juga boleh membuat permohonan sekiranya memerlukan bahan yang diperlukan dalam program-program yang bertujuan memantapkan lagi pencapaian murid dalam subjek tertentu," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pendidikan

Posted: 10 Apr 2011 11:18 PM PDT

Utusan Online - Pendidikan


YPM tingkat prestasi pelajar pedalaman

Posted:

YPM tingkat prestasi pelajar pedalaman

YPM tingkat prestasi pelajar pedalaman

Oleh MOHD. FADZLY MOHD. IZAB
pendidikan@utusan.com.my


Dr. ROSLI Mat Hassan (kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang pelajar cemerlang pada Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Terbaik PMR dan SPM di SMK Paku, Bau, Sarawak, baru-baru ini.


Yayasan Pelajaran Mara (YPM) komited untuk membantu para pelajar terutamanya di kawasan pedalaman memperoleh mutu pendidikan setaraf dengan kawasan bandar dan memastikan peluang pendidikan itu sama rata.

Pengerusinya, Datuk Dr. Rosli Mat Hassan berkata, pendidikan amat penting kepada generasi muda lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di kawasan pedalaman supaya mereka kelak menjadi orang berjaya dan mampu mengubah nasib keluarga.

"Harapan negara terletak kepada anak-anak muda masa kini yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan dan aset berguna kepada negara serta bangsa.

"Oleh sebab itu, pendidikan amat penting kepada mereka agar harapan kerajaan dapat direalisasikan dan proses transformasi akan dapat terus dilangsungkan," jelas beliau.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Terbaik di kawasan Bau, Sarawak, baru-baru ini.

Pada majlis itu, seramai 30 pelajar cemerlang dalam Penilaian Menegah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2009 dan 2010 dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bau, SMK Paku dan SMK Lake dipilih bagi menerima sumbangan itu.

Seramai 15 penerima Anugerah Cemerlang PMR dan SPM menerima sumbangan wang tunai bernilai RM300 setiap seorang. Manakala 15 lagi pelajar miskin dan berpotensi cemerlang turut menerima sumbangan bernilai RM300 seorang.

Menurut Rosli, sebagai sebuah organisasi yang bertindak selaku pelengkap pendidikan bumiputera, YPM akan terus membantu kerajaan dalam memperlengkapkan serta memperbaiki kekurangan yang ada bagi menjayakan agenda pendidikan negara.

"Kepentingan pendidikan amat dititikberatkan oleh kerajaan bagi mengubah mutu pendidikan di Sarawak agar setanding dan bergerak beriringan dengan perkembangan pendidikan di negeri-negeri lain," katanya

Hadir sama Ketua Eksekutif Kolej Teknologi Sarawak (TCS), Azri Nor Abdul Rahman; Ketua Pegawai Eksekutif YPM, Sharif Hamid dan pengetua-pengetua sekolah terlibat.

Pada majlis sama, YPM turut menghulurkan sumbangan bernilai RM9,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ketiga-tiga sekolah berkenaan.

Sementara itu, Guru Penolong Kanan SMK Paku, Jatim Sangin berkata, majlis anjuran YPM dan TCS wajar diadakan sebagai menghargai semua pihak dalam melahirkan modal insan berkualiti kepada negara.

"Sumbangan ini diharap dapat memberi suntikan semangat kepada para pelajar untuk terus berusaha gigih agar cemerlang dalam pendidikan.

"Ia juga mampu menggalakkan pelajar untuk bersaing secara sihat sesama sendiri dan bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu kejayaan yang seterusnya membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi," jelasnya.

Penerima Anugerah Pelajar Terbaik PMR dari SMK Bau, Martina Azelin Dirum berkata, sumbangan oleh YPM itu mampu untuk menyemarakkan lagi semangat para pelajar terutamanya pelajar kurang berkemampuan untuk berusaha meningkatkan prestasi mereka.

Seorang penerima Anugerah Pelajar Terbaik SPM, Eliscia Vermmy Jiman dari SMK Lake memberitahu, sumbangan itu bukan sahaja mampu memberi motivasi kepada pelajar untuk berusaha lebih gigih malah turut dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga yang kebanyakannya merupakan golongan berpendapatan rendah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Didik generasi muda hargai air

Posted:

Didik generasi muda hargai air

Didik generasi muda hargai air


Para pelajar mendengar taklimat daripada kakitangan Konsortium ABASS Sdn. Bhd. semasa sesi lawatan ke Loji Pembersihan Air Sungai Semenyih, Presint 19, Putrajaya, baru-baru ini.


GENERASI muda khususnya pelajar perlu dididik untuk menghargai air dan menggunakannya secara berhemah kerana bekalannya semakin terhad serta proses penghasilan air bersih melibatkan kos yang tinggi.

Pengurus Kanan Perhubungan Awam Konsortium ABASS Sdn Bhd, Sazli Mohd. Salleh berkata, pelajar sewajarnya diasuh supaya menyedari tanggungjawab sebagai individu untuk menjaga kebersihan sungai dan diajar cara menjimatkan air.

"Pendedahan awal kepada pelajar sekolah adalah penting kerana generasi muda ini mudah untuk dibentuk dan menerima nasihat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas memberi taklimat mengenai kaedah rawatan air minuman kepada 300 pelajar yang melawat Loji Pembersihan Air Sungai Semenyih di Putrajaya, baru-baru ini.

Sebanyak empat sekolah terlibat pada sesi lawatan tersebut iaitu Sekolah Menengah Teknik Sepang, Selangor; Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya; Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Precint 16 (1).

Lawatan turut disertai seramai 23 kanak-kanak dari Rumah Yatim dan Miskin Taman Baiduri, Dengkil serta ahli-ahli Kelab Sukan dan Rekreasi Perangsang Selangor.

Kata Sazli, pendedahan kepada golongan muda ini amat penting bagi menerangkan kepada mereka tentang kerumitan dalam penghasilan air minuman yang bersih, berkualiti serta mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Perjanjian Konsesi.

"Pendedahan dan maklumat ini juga penting bagi menyedarkan masyarakat tentang kepentingan menjaga sumber-sumber air agar ia terpelihara daripada pencemaran supaya mudah untuk dirawat," jelasnya.

Beliau berharap agar pelajar dapat berkongsi pengetahuan dengan sahabat, ahli keluarga atau saudara mara yang tidak berpeluang mengikuti lawatan itu.

Selain sesi taklimat, pelajar turut diberi peluang menyertai kuiz am dan aktiviti berkaitan proses air minuman di situ.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pemotoran

Posted: 10 Apr 2011 11:15 PM PDT

Utusan Online - Pemotoran


Kecil tapi menawan

Posted:

Kecil tapi menawan

Kecil tapi menawan

Oleh MOWARDI MAHMUD
bisnes.utusan@gmail.com

BADANNYA berwarna merah jambu cukup memukau mata yang memandang terutama para peminat di kalangan wanita, sekali gus kehadirannya segera dirasai.

Tapi, itu bukan daya penarik tunggal, bersaiz kecil dan kompak serta reka bentuk sporty menjadikannya cukup menawan. Pantas sekali kata orang, 'sesuatu yang menarik tidak semestinya bersaiz besar', itulah Suzuki Alto 1.0L.

Biarpun mulanya agak janggal untuk memandu uji kereta yang diselimuti dengan warna kegemaran perempuan, penilaian terhadapnya tidak terganggu sama sekali, apabila prestasinya didapati tidak kurang hebatnya.

Selain lebih luas pada ruang pemanduan berbanding saingan tempatan, ia juga menawarkan kemampuan enjin lebih baik kerana pada pecutan sehingga 160 kilometer, tidak menunjukkan sebarang getaran atau terasa melayang ketika mengambil selekoh.

Bagaimanapun, kereta yang turut dilengkapkan dengan beg udara itu dirasakan agak 'lambat panas' sebelum ia mampu memecut untuk mencapai rentak kelajuan diingini.

Sebenarnya ia bukan satu kelemahan ketara bagi kereta yang diimport sepenuhnya ini. Pemanduannya lebih sesuai di kawasan bandar dan bukannya satu perjalanan yang jauh.

Di sebalik beberapa kekurangan yang sepadan dengan harga yang berpatutan dari segi reka bentuk dalaman dan penyelaras cermin sisi yang cuba ditambah baik, ia sepatutnya mampu menarik perhatian.

Suzuki Alto 1.0L yang berjaya mendapat tempahan menggalakkan, menawarkan peluang memiliki kereta untuk mereka yang bujang, berpasangan dan keluarga kecil ataupun wanita yang menginginkan kereta secomel mereka tanpa adanya kompromi daripada segi keselamatan mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Hati

Posted: 10 Apr 2011 07:40 PM PDT

Harian Metro: Hati


Buah hidangan pemula

Posted: 10 Apr 2011 07:27 AM PDT

SEGAR...amalkan rutin membeli pelbagai jenis buah-buahan supaya tidak jemu.
SEGAR...amalkan rutin membeli pelbagai jenis buah-buahan supaya tidak jemu.

TIDAK suka buah-buahan? Malas membeli dan jarang sekali menu buah-buahan ada dalam hidangan di rumah.

Buah-buahan pun hanya disentuh ketika dijamu orang lain atau ketika menikmati hidangan bufet.

Memang sangat rugi jika tidak mengambil kesempatan terhadap kelebihan buah yang begitu banyak sekali khasiatnya. Bukan itu sahaja, buah sering dikatakan pembantu yang baik dalam mengekang obesiti daripada menimpa diri manusia.

Gaya hidup sihat bukan hanya dikaitkan dengan tabiat rajin bersenam tetapi juga mengamalkan pemakanan berhemah.


Buah-buahan elok dimakan sebelum nasi kerana selain khasiat buah dapat membantu penghadaman, ia juga membuatkan kita terasa penuh perut dan mengelakkan kita terlebih makan selepas itu.


Jadi, budaya menjadikan buah sebagai pencuci mulut dan dihidang selepas habis makan harus dibuang sebaliknya jadikan ia sebagai hidangan pemula.

Kebanyakan buah-buahan mengandungi lemak yang rendah dan membekalkan pelbagai jenis zat seperti vitamin A dan C, asid folik, zat besi serta kalsium.

Buahan-buahan juga berserat tinggi yang membantu dalam mengelakkan masalah sembelit. Ia bukan saja mudah disediakan malah mudah dihadam.

Sebenarnya ramai yang mengetahui kelebihan yang ada pada buah-buahan tetapi tidak berdisiplin mengambilnya.

Marilah melatih diri supaya menyukai buah dan memakannya secara rutin. Tanamkan azam supaya buah sentiasa ada dalam menu makan setiap kali dan sangat elok dijadikan kudapan ketika menunggu waktu makan utama.

  • Pastikan buah ada di dalam pembelian barang dapur setiap minggu.
  • Beli pelbagai jenis buah supaya tidak mudah jemu. Campurkan buah yang disukai dan tidak disukai supaya ia dapat dimakan bersama-sama.
  • Bawa buah-buahan ke pejabat sebagai bekalan supaya mudah menjadi kudapan.
  • Jadikan buah sebagai snek ketika menonton televisyen ataupun menonton wayang.
  • Ketika bosan melalui kesesakan jalan raya, makan buah seperti campuran hirisan mangga dan jambu, bukannya snek tidak berkhasiat yang banyak perasa makanan.
  • Sekiranya anda berpuasa sunat Isnin dan Khamis, latih diri berbuka dengan buah-buahan dan segelas air, kemudian terus bersolat Maghrib. Anda boleh lihat walaupun hanya buah yang dimakan, anda sudah boleh berasa kenyang.
  • Sekiranya anda tidak menyukai sesuatu buah walaupun buah itu berkhasiat tinggi contohnya betik dan pisang, cuba memakan dengan cara mengisarnya. Dengan menjadikannya jus, anda tidak perlu melalui proses mengunyah.
  • Menjadikan buah sebagai jus adalah proses cepat dan mudah bagi mengambil buah.
  • Sekiranya mengadakan majlis pastikan salad buah-buahan menjadi menu utama supaya anda dapat menggalakkan pemakanan buah bersama kawan dan keluarga.
  • Walaupun buah berkhasiat tinggi, anda tetap tidak boleh memakannya secara berlebihan. Makan apa saja pun perlu bersederhana dan tidak melampau. Sekiranya anda berpenyakit terutama kencing manis, pastikan mendapat nasihat doktor sebelum memakan buah kerana ia mungkin memudaratkan.

    Resipi salad buah-buahan (sesuai untuk enam tetamu)

    Bahan:
    2 biji epal hijau (dipotong dadu)
    2 biji epal merah (dipotong dadu)
    1/2 kilo anggur merah
    1/2 kilo anggur hijau
    2 biji mangga (dipotong dadu)
    1 nanas (dipotong kiub)
    3 biji belimbing besi (dipotong kiub)
    1/2 biji tembikai susu (dipotong kiub)
    3 cawan yogurt (perisa yang disukai)

    Cara penyediaan:
    Semua buah-buahan digaul dengan yogurt dan disimpan di dalam peti sejuk. Hidang setelah tetamu datang dan makan bersama-sama.

  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Rekaan inovatif

    Posted: 10 Apr 2011 07:18 AM PDT

    JIKA disebut saja namanya pasti ramai yang kenal kerana jenama bekas makanan ini sering dijadikan pilihan utama berbanding jenama lain yang ada di pasaran.

    Tupperware Brands Malaysia yang diyakini lebih daripada 60 tahun dikenali dengan bekas makanan serta botol air yang direka khusus bagi menjaga alam sekitar dengan mengurangkan pengumpulan dan timbunan sampah. Sesuai dengan buatannya daripada material terpilih dan tahan lama, jenama Tupperware lebih digemari kerana mengambil kira pelbagai aspek berkaitan kesihatan dengan kebanyakan bahannya bebas kandungan toksik dan karsinogenik yang memudaratkan. Bagi menghargai pelanggannya, Tupperware memperkenalkan kempen terbarunya yang diberi nama The One Touch Air Tight Challenge sempena penjualan terbaik bagi produk One Touch, baru-baru ini. Pengarah Pemasaran Tupperware Brands Malaysia, Christine Wong, berkata tujuan kempen itu diadakan bagi menghargai pelanggan kerana sumbangan dan kepercayaan mereka yang menjadikan jenama ini sebagai penjual bekas makanan terbaik. Tambahnya, Tupperware Brands direka dengan rekaan yang inovatif bagi memberi manfaat kepada pelanggannya yang kini sudah berusia lebih 60 tahun. "Kempen ini diperkenalkan bagi menjelaskan kebaikan produk dengan cara yang lebih kreatif dan bermakna. "Inovatif adalah pencetus idea yang membawa kami untuk terus maju dan mengikat kami untuk mengekalkan tradisi sebagai peneraju utama bekas makanan," katanya. Bagi menyertai cabaran ini, peserta hanya perlu menghantar SMS ke 012-7830790 menggunakan kata laluan Tupperware Airtight diikuti dengan nama peserta sebelum tarikh tutup pada 31 Mei 2011.


    Peserta ke-100, 200 dan 300 dengan jawapan yang betul akan menerima hamper daripada Tupperware bernilai RM50 dan akan memenangi telefon bimbit Samsung Galaxy sebagai hadiah utama cabaran ini jika berjaya. Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai cabaran itu, peserta boleh melayari laman web tupperwarebrands.com.my atau facebook.com/tupperwarebrandsmalaysia.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online - Komuniti Kita

    Posted: 10 Apr 2011 03:24 PM PDT

    Kosmo Online - Komuniti Kita


    Kerja amal pandu puteri Terengganu

    Posted:

    Kerja amal pandu puteri Terengganu

    Kerja amal pandu puteri Terengganu


    AHLI pandu puteri Terengganu bersama pelajar sekolah sempena program Pandu Puteri Turun Padang di Dungun baru-baru ini.


    KHIDMAT MASYARAKAT. Seramai 50 ahli pandu puteri dari Terengganu menyertai program Pandu Puteri Turun Padang di beberapa buah kampung dalam daerah Dungun baru-baru ini.

    Program anjuran Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) cawangan Terengganu itu adalah bertujuan mendekatkan ahli persatuan dengan kerja-kerja kemasyarakatan selain merapatkan hubungan antara kedua-dua pihak.

    Ketua Pesuruhjayanya, Zaini Mohd. Nor berkata, tiga kampung di Dungun yang terlibat ialah Kampung Seberang Pintasan, Teluk Bidara dan Balik Bukit.

    Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti telah dilakukan termasuklah gotong- royong membersih pantai, kelas tambahan untuk pelajar Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dan Penilaian Menengah Rendah, seminar motivasi dan ceramah kesihatan, pertandingan masakan, gubahan, menjahit manik serta bengkel membuat roti dan kek.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    SK Tekam Utara juara Kejohanan Olahraga Zon Gelanggi

    Posted:

    SK Tekam Utara juara Kejohanan Olahraga Zon Gelanggi

    SK Tekam Utara juara Kejohanan Olahraga Zon Gelanggi


    MURID SK Tekam Utara yang menyertai Kejohanan Olahraga Zon Gelanggi di Jengka baru-baru ini.



    JUARA. Sekolah Kebangsaan (SK) Tekam Utara, Gelanggi dinobatkan sebagai juara setelah menggondol lapan pingat emas pada Kejohanan Olahraga Zon Gelanggi yang berlangsung di Stadium Mini Bandar Pusat, Jengka, Pahang baru-baru ini.

    Sekolah tersebut turut meraih lima pingat perak dan dua gangsa, manakala tempat kedua disandang oleh SK Kota Gelanggi 2 yang memperoleh lima pingat emas, tiga perak dan empat gangsa.

    Tempat ketiga pula disandang oleh SK Lepar Utara 1 dengan tiga pingat emas, dua perak dan lapan gangsa.

    Majlis perasmian dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Penyelia Pembangunan Manusia Unit Sukan Jengka, Sopian Kassim.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Anggota polis bergotong-royong sempena Hari Polis

    Posted:

    Anggota polis bergotong-royong sempena Hari Polis

    Anggota polis bergotong-royong sempena Hari Polis


    SEBAHAGIAN daripada anggota dan pegawai polis yang menyertai gotong-royong di Bukit Baru baru-baru ini.



    GOTONG-ROYONG. Kesibukan menjalankan tugas tidak menghalang 100 anggota dan pegawai polis Melaka meluangkan masa untuk mengadakan gotong-royong membersihkan kediaman mereka di Kompleks Perumahan Polis Seri Temenggong, Bukit Baru baru-baru ini.

    Aktiviti sempena Hari Polis Ke-204 itu diketuai Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Shah Gzali Khan Shahadad bermula pada pukul 7.30 pagi melibatkan semua cawangan polis negeri.

    Menurut Shah Gzali, program gotong-royong menjadi salah satu amalan anggota polis di negeri ini apabila mereka mengadakan aktiviti gotong-royong setiap dua minggu sekali.

    "Diharapkan usaha sebegini dapat menjadi contoh kepada masyarakat agar tidak menjadikan kesibukan kerja sebagai alasan untuk membersihkan kawasan rumah mereka," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Megabait

    Posted: 10 Apr 2011 03:14 PM PDT

    Utusan Online - Megabait


    Kenapa cache perlu kosong?

    Posted:

    Kenapa cache perlu kosong?

    Kenapa cache perlu kosong?


    Cache perlu dikosongkan bagi mengelakkan maklumat penting anda diceroboh. - Gambar hiasan


    Setiap kali selepas keluar atau log out daripada laman web perbankan internet, sering kali ada arahan untuk meminta kita mengosongkan cache. Apa itu cache dan kenapa perlu mengosongkannya?

    -Murni , Temerloh

    Cache adalah merupakan tempat simpanan sementara untuk menyimpan sesuatu maklumat atau data yang sedang diproses atau digunakan dalam sesebuah komputer.

    Ia akan berada dalam bahagian tertentu pada cakera keras sesebuah komputer.

    Bagi setiap pelayar web atau browser seperti Internet Explorer atau Mozilla Firefox dan sebagainya, segala maklumat web yang dilayari akan di simpan sementara dalam cache bagi setiap pelayar web tersebut.

    Ini termasuk login dan kata laluan yang kita gunakan untuk memasuki sesebuah laman web seperti perbankan Internet, laman web sosial dan sebagainya.

    Disarankan setiap kali sesudah kita memasuki sesebuah laman web terutama yang mempunyai transaksi kewangan, maklumat peribadi atau lain-lain, dikosongkan terlebih dahulu ruangan cache pelayar web bagi komputer yang digunakan.

    Ini kerana sesiapa sahaja yang boleh mencapai komputer tersebut dan seterusnya pergi ke ruangan cache akan boleh memperolehi segala maklumat dan data yang terdapat di dalamnya.

    Namun begitu, sekiranya ia adalah komputer kepunyaan sendiri, bagaimana?

    Ya. Ia tiada masalah tetapi bagaimana sekiranya komputer tersebut jatuh ke tangan orang lain atau dipinjam untuk kegunaan orang lain?

    Sudah tentu ia berisiko apatah lagi sekiranya komputer tersebut bukan milik kita seperti komputer yang terdapat di makmal-makmal pusat pengajian atau kedai-kedai akses Internet.

    Lagi satu masalah adalah sekiranya komputer kita sering menggunakan capaian Internet tanpa wayar seperti Wi-fi dan sebagainya, ia memudahkan komputer tersebut terdedah kepada aktiviti pencerobohan atau penggodaman.

    Sudah tentu sekiranya ia dicerobohi, maklumat dan data dalam cache tadi mudah diperolehi.

    Bagi keselamatan maklumat dan data, perlu kita menghapuskan data atau maklumat yang terdapat di dalam cache pada pelayar web yang digunakan.

    Seterusnya adalah kaedah untuk menghapuskan data yang terdapat dalam cache bagi pelayar web Internet Explorer dan Mozilla Firefox.

    Bagi Internet Explorer, ruangan cache ini dikenali sebagai Temporary Internet Files. Sila ikut langkah-langkah yang di bawah:-

    *Klik 'Tools'

    *Pilih 'Internet Options'

    *Klik 'General'

    *Pada ruangan 'Browsing History', klik 'Delete'

    *Pilih 'Temporary Internet Files' dan klik 'Delete'

    *Klik 'OK'

    *Klik 'OK' sekali lagi untuk menutup Internet Options.

    Bagi Mozilla Firefox sila ikut langkah-langkah yang di bawah:-

    *Klik 'Tools'

    *Pilih 'Options'

    *Pilih 'Advanced' dan klik 'Network'

    *Pada ruangan Offline Storage , klik Clear Now.

    *Klik 'OK'

    Bagi pelayar web Mozilla Firefox, ia boleh dikonfigur secara automatik dengan mengosongkan ruangan cache apabila program Mozilla ditutup. Iaitu dengan cara seperti yang berikut:-

    *Klik 'Tools'

    *Pilih 'Options' , pilih 'Privacy'

    *Pada ruangan 'History', setkan bahagian 'Firefox will:' kepada Use custom settings for history.

    *Klik kotak semakan untuk Clear history when Firefox closes.

    *Klik pada Settings, akan dipapar satu tetingkap Settings for Clearing History.

    *Klik pada kotak semakan untuk ruangan 'Cache'.

    *Klik 'OK' dan klik sekali lagi 'OK'

    Itulah maklumat dan panduan berkenaan dengan cache yang ada dalam pelayar web yang digunakan.

    Cara untuk menghilangkan data pada cache ini tidak sama bagi kesemua jenis pelayar web.

    Di sini, saya berikan panduan untuk menghilangkan data cache yang ada pada pelayar web Internet Explorer dan Mozilla Firefox sahaja.

    Sekiranya ada permintaan untuk pelayar-pelayar web yang lain, sila e-melkan kepada saya. Semoga semuanya memberi manfaat kepada semua.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Pemprosesan pantas komputer

    Posted:

    Pemprosesan pantas komputer

    Pemprosesan pantas komputer

    Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN


    Pengurus Jualan Negara AMD Malaysia, Alex Tan (kiri), Ben Williams (tengah) dan Pengarah Pemasaran Produk Pelanggan, Bob Grim, menunjukkan AMD Fusion APUs yang terkini.


    SEBAGAI pengguna komputer, kita pasti mahukan pemprosesan yang cepat, cekap, menjimatkan tenaga serta kurang mengeluarkan haba terutama bagi mereka yang gemar meletakkan computer riba atau netbook di atas riba.

    Justeru syarikat pengeluaran pemprosesan komputer, AMD melancarkan pemprosesan pecut kelas terkini di negara ini.

    Ia menggabungkan keupayaan komputer yang lebih hebat berbanding pemprosesan komputer lain sebelum ini.

    AMD Fusion Family Accelerated Processing Units (APU) menggabungkan teknologi CPU berbilang teras (x86) dalam satu reka bentuk acuan tunggal iaitu enjin pemprosesan selari dan grafik berkuasa tinggi.

    Teknologi berkenaan khusus untuk blok video laju berdefinisi tinggi dan penghantaran data dengan kelajuan tinggi merentasi pelbagai jenis teras pemprosesan dalam reka bentuk berkenaan.

    Antara ciri-ciri rangkaian produk baru berkenaan adalah main semula video HD bebas sentak, penerobosan dalam kuasa kuda pengkomputeran bagi mengendalikan aplikasi paling mencabar, grafik boleh-DIRECTX 11 dan jangka hayat bateri sepanjang hari.

    AMD mengesahkan lebih 35 sistem berasaskan AMD Fusion akan dilancarkan di rantau Asia Pasifik pada separuh pertama tahun ini.

    Setakat ini, AMD menjangka syarikat pengeluar komputer utama seperti Acer, Asus, Dell, Fujitsu, HP, Lenovo, MSI, Samsung, Sony dan Toshiba bakal mengumumkan rancangan mengaplikasi sistem berasaskan AMD Fusion APU pada nilai menarik serta harga mampu dimiliki pengguna.

    Naib Presiden Korporat dan Pengurus Besar AMD, Asia Pasifik, Ben Williams berkata, AMD Fusion sedang berusaha memberikan pengalaman digital jauh lebih baik bagi pengguna komputer.

    "AMD Fusion akan membekalkan rakan kongsi teknologi kami dengan keupayaan mencipta faktor bentuk yang baru dan menarik serta aplikasi termaju untuk memenuhi keperluan pengguna," katanya.

    Beliau menyatakan demikian pada majlis pelancaran pemprosesan AMD Fusion APU di Bandar Damansara Perdana, Selangor baru-baru ini.

    Kini dengan kandungan HD di mana-mana seperti video YouTube dan permainan DirectX 11 kepada Blu-ray, dunia sedang memanfaatkan pelbagai cara bagi menikmati kandungan berkenaan dengan komputer berfungsi sebagai hub.

    Dengan adanya VISION Engine ciptaan AMD keupayaan yang ada pada semua komputer peribadi berkuasa AMD Fusion APU, menjadi ketara lebih jelas dan realistik.

    VISION Engine merupakan rangkuman Grafik boleh-DirectX 11 iaitu pemprosesan selari besar bagi meningkatkan prestasi Blok pecut video UVD3 yang terdapat dalam AMD Radeon HD 6800 Series GPU baru.

    Keupayaan pemacu grafik unik dikemaskini setiap bulan untuk meningkatkan prestasi visual secara berterusan.

    Dengan memilih komputer peribadi yang dilengkapi dengan VISION Engine dan perisian daripada rakan-rakan kongsi AMD bermakna pelayaran Internet menjadi suatu pengalaman lebih laju.

    Ia melibatkan pelbagai aplikasi, main semula video 1080p HD cukup hebat, lancar dan senyap, video definisi standard seakan HD, kandungan 2D boleh diubah kepada 3D stereoskopik, laman web yang intensif grafik dengan memuat lebih laju.

    Manfaat lain termasuk memanipulasi kandungan HD yang pantas dan mudah dan permainan 3D pada resolusi HD adalah pantas dan bagaikan hidup.

    Sebahagian besar pengalaman pengkomputeran dipautkan kepada perisian dan sehingga kini syarikat pembangun perisian dikekang oleh sifat bebas di mana CPU dan GPU memproses maklumat.

    Banyak lagi aplikasi boleh berjalan serentak dan boleh beroperasi lebih laju daripada reka bentuk terdahulu dalam kelas yang sama.

    Selain itu teknologi terkini AMD memungkinkan hayat bateri tahan sepanjang hari melebihi 10 jam.

    Ciri-ciri menjimatkan kuasa terdapat dalam reka bentuk cip tunggal yang dapat memanjangkan masa antara plug-in dan semasa menikmati kandungan HD.

    Platform rendah kuasa 2011 (kod nama Brazos) memperkayakan pengalaman pengkomputeran harian dan boleh didapati mulai sekarang dalam dua variasi APU: Siri-E dan Siri-C.

    Ciri-ciri APU menampilkan teras x86 CPU baru diberi nama kod 'Bobcat' yang merupakan pertama daripada AMD sejak tahun 2003 dan telah direka daripada peringkat bawah untuk memberikan prestasi mudah alih yang begitu hebat.

    Platform aliran utama 2011 khusus untuk computer peribadi berprestasi tinggi dan aliran utama.

    Platform berkenaan akan menampilkan APU 'Llano' Siri-A acuan 32nm yang merangkumkan sehingga empat x86 teras dan GPU aras-diskret boleh-DirectX 11.

    Pemprosesan terkini AMD dijadualkan berada di pasaran pada separuh pertama tahun 2011.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Agrobiz

    Posted: 10 Apr 2011 03:04 PM PDT

    Utusan Online - Agrobiz


    Miaow Miaow dapat pengiktirafan

    Posted:

    Miaow Miaow dapat pengiktirafan

    Miaow Miaow dapat pengiktirafan

    Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
    Gambar RASHID MAHFOF


    Miaow miaow memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan sekitar Batu Pahat, Johor.


    Sebelum sampai ke kilang Miaow Miaow, ada satu perkara yang bermain di fikiran. Apakah agaknya keistimewaan atau makna perkataan miaow miaow sehingga menjadi jenama makanan ringan.

    Kesempatan bertemu dan menemubual dengan pengasas merangkap Pengarah Urusan Kumpulan Miaow Miaow Food Products Sdn. Bhd., Chink Poh Cheng berjaya merungkaikan segalanya.

    "Segalanya bermula apabila kami berbincang dengan ahli keluarga bagi mencari jenama yang mudah diingat dan disebut oleh semua orang walau seorang kanak-kanak.

    "Secara kebetulan, tiba-tiba seekor kucing peliharaan ahli keluarga kami melintas di hadapan sambil mengiau.

    "Serentak kami bersepakat menggunakan perkataan miaow miaow sebagai jenama produk makanan ringan," katanya membuka cerita.

    Sudah sememangnya apabila sebut saja Miaow Miaow kita pasti teringat makanan ringan yang dijual di pasar raya, stesen minyak dan kedai runcit.

    Logo wajah kucing berwarna hijau kuning dengan perkataan Miaow Miaow sememangnya sinonim dengan makanan ringan kegemaran kanak-kanak.

    Ditanya bagaimana syarikat Miaow Miaow memulakan operasinya, Poh Cheng berkata, segalanya bermula pada tahun 1975 sebagai syarikat jual beli serbuk pencuci dari Taiwan dengan modal hanya RM8,000.

    "Sebenarnya pelbagai cabaran yang terpaksa kami lalui sebelum sampai hingga ke tahap ini," katanya semasa ditemui di kilangnya di Parit Sengkuang, Sri Gading, Batu Pahat, Johor.

    Lawatan tersebut merupakan usaha AgroBank bertujuan menjejaki usahawan bimbingannya begitu menyerlah dan berjaya.

    Poh Cheng yang ketika itu bekerja di sebuah syarikat broker saham berhenti kerja bagi memberikan komitmen sepenuh masa kepada .

    Ini bagi membolehkan Poh Cheng mengubah haluan dengan menceburkan diri dalam perniagaan sabun serbuk.

    Bagaimanapun bagi mempelbagaikan perniagaanya, dia serta ahli keluarganya menceburkan diri dalam pembungkusan dan pengedaran makanan seperti biskut dan makanan ringan.

    Pada 1989, dia membina kilang menggunakan wang yang dikumpul semasa bekerja dan keuntungan yang didapati semasa perniagaan sabun.

    Walaupun tiada sebarang pengalaman dalam bidang perniagaan Poh Cheng sentiasa mengemaskini akaun setiap hari.

    "Bagi saya dalam perniagaan kita perlukan melakukan tiga perkara utama iaitu kemas kini akaun setiap hari, periksa stok setiap bulan dan membayar pembekal secara tunai pada masa yang ditetapkan," katanya.

    Poh Cheng berkata, semuanya hasil pengalaman yang ditimba semasa bekerja dengan bekas majikannya.

    "Saya menggunakan segala pengalaman yang saya timba semasa bekerja di firma broker bagi memajukan perniagaan.

    "Sehingga kini kami masih melakukan perkara yang sama," katanya.

    Memandangkan tiada pengalaman dalam bidang peruncitan, Poh Cheng mengambil inisiatif melakukan analisis jualan setiap hari bagi meninjau trend pasaran pengguna.

    "Ketika itu saya mendapati pembeli makanan ringan di kedai runcit lebih menyukai makanan yang dibungkus dalam paket-paket kecil yang murah dan mudah dibeli.

    "Mungkin pelanggan di kedai runcit kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak dan mereka yang berpendapatan rendah.

    "Ketika itu pembelian dengan paket besar belum lagi menjadi kebiasaan orang ramai," katanya yang sentiasa mencari perubahan untuk membangunkan perniagaan.

    Bagaimanapun perniagaan biskut tidak mendapat sambutan sehingga beliau berubah kepada makanan ringan.

    Kini, segala penat lelahnya membuahkan hasil apabila syarikat Miaow Miaow kini mempunyai 215 orang pekerja.

    Malah apa yang lebih membanggakan, produk Miaow Miaow telah mendapat pengiktirafan HACCP pada tahun 2003, ISO 9001:2000 dan sijil Halal.

    "Di sini kami amat menitik berat mengenai kebersihan, kesihatan, keselamatan makanan, halal tanpa berkompromi dengan rasa kegemaran pelanggan," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Rempah perniagaan keluarga Noraini

    Posted:

    Rempah perniagaan keluarga Noraini

    Rempah perniagaan keluarga Noraini

    Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
    Gambar RASHID MAHFOF


    Noraini Nasir (kiri) memerhatikan adunan rempah mi bandung
    di rumahnya di Batu Pahat, Johor.


    Berada dalam keluarga yang berniaga sate secara kecil-kecilan, menjadikan Noraini Nasir, 58, tidak kekok menjalankan perniagaan.

    Pengalaman membantu ibunya berniaga soto, sate dan mi bandung dengan menyediakan ramuan rempah akhirnya menjadikan Noraini mahir dan seterusnya mampu menghasilkan rempah soto dan mi bandungnya sendiri.

    Hasil titik peluh dan ilmu yang dipelajari daripada keluarga, khususnya ibu, Noraini kemudian berjinak-jinak berusaha memulakan perniagaan sendiri.

    Namun, ketika itu pasaran Noraini hanya terhad kepada saudara-mara dan sahabat-handai yang tinggal berhampiran.

    "Ketika itu saya mula menghasilkan satu kilogram (kg) rempah.

    "Kemudian meningkat kepada tiga kg, lima kg hinggalah sekarang lebih 15 kg sehari," katanya semasa ditemui di rumahnya di Kampung Sate, Batu Pahat, Johor baru-baru ini bersama-sama rombongan AgroBank.

    Selepas mendirikan rumah tangga, semangat Noraini untuk meningkatkan perniagaannya tidak luntur, malah sentiasa sentiasa berusaha mencari jalan meningkatkan ekonomi keluarga.

    Noraini yang tidak betah tinggal diam di rumah mula mengikuti pelbagai kursus seperti jahitan dan masakan.

    Lebih meminati masakan, Noraini memilih bidang jahitan sebagai mengisi masa lapang dengan menjahit baju ahli keluarga serta kelengkapan rumah lain.

    "Selepas berumah tangga, saya memilih untuk mengeluarkan rempah soto dan mi bandung yang pada mulanya untuk pasaran saudara-mara, sahabat-handai dan jiran," katanya yang banyak dibantu oleh anak ketiganya Nurulhuda Ahmad.

    Noraini berkata, sehingga kini anak-anaknya banyak membantu dalam operasi mengeluarkan rempah.

    "Kini selain anak-anak membantu, terdapat tiga orang pekerja sambilan bagi melicinkan operas pengeluaran rempah," katanya yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik.

    Ketika permintaan rempah soto dan mi bandung keluarannya semakin meningkat, Noraini menjengah Bank Pertanian Malaysia (kini dikenali dengan AgroBank) bagi mendapatkan pinjaman bagi menambahkan modal.

    Kali pertama pada tahun 2003, beliau mendapat pinjaman menerusi skim Skim Kredit Mikro (SKM) berjumlah RM10,000.

    Apabila perniagaan semakin meningkat, Noraini memohon pinjaman tiga kali lagi pada tahun 2006, 2007 dan 2010.

    Pada kali kedua, Noraini mendapat pinjaman sebanyak RM10,000 menerusi skim Modal Usahawan Tani (MUST) Normal.

    Pada kali ketiga, sekali lagi beliau mendapat pinjaman RM20,000 menerusi skim MUST Normal.

    Manakala pada tahun lepas dia menerusi skim Micro ESP-i sebanyak RM20,000 untuk membesarkan lagi perniagaannya bagi membeli mesin dan pelbagai peralatan lain.

    Buat masa sekarang, Noraini boleh mengeluarkan sehingga 3,000 hingga 4,000 bungkus rempah soto dan mi bandung sebulan.

    Bercerita mengenai pasaran, Noraini berkata, biasanya pembeli akan datang ke rumah mendapatkan bekalan.

    "Sehingga kini, rempah soto dan mi bandung Nurain boleh didapati di kedai runcit, pasar serta pasar mini sekitar Batu Pahat dan Muar.

    "Selain itu pengusaha kantin sekolah dan restoran di sekitar Batu Pahat dan Muar juga mendapat bekalan rempah dari saya," katanya.

    Menyentuh mengenai bahan mentah yang digunakan yang menjadikannya lain daripada yang lain, Noraini berkata, dia sentiasa memastikan mutu bahan mentah terutama ketumbar yang digunakan.

    "Saya sentiasa menggunakan rempah seperti ketumbar, jintan manis dan jintan putih yang bermutu dan tulen bagi memastikan rasanya," katanya.

    Dia juga sentiasa ingat pesanan arwah suaminya agar sentiasa memastikan bahan yang digunakan bermutu tinggi bagi kepuasan pelanggan.

    Noraini menambah, beliau mempunyai impian membina kilang memproses rempah soto dan mi bandung serta meluaskan lagi pasaran hingga ke seluruh negara malah ke luar negara.

    Menyentuh mengenai persaingan, Noraini berkata, dia sentiasa mendapat maklum balas yang baik daripada pelanggan.

    "Ini dapat dicapai dengan menjaga kualiti dan mendapatkan bahan mentah terbaik daripada pembekal," katanya.

    Noraini berharap usahawan yang baru berjinak-jinak dengan perniagaan sepertinya mulakan dengan modal yang kecil dan tidak lekas putus asa.

    "Saya mulakan usaha ini dengan modal sendiri yang sangat kecil sebanyak RM200 dan saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan