Ahad, 17 April 2011

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Utusan Online - Johor

Posted: 17 Apr 2011 09:19 AM PDT

Utusan Online - Johor


Lahirkan atlet terbaik - TMJ

Posted:

Lahirkan atlet terbaik - TMJ

Lahirkan atlet terbaik - TMJ


Tunku Ismail Sultan Ibrahim secara simbolik meletakkan bola di tempat yang disediakan sambil diperhatikan Dr. Puad Zarkarshi (kiri) dan Wan Ibrahim Wan Chik (kanan) ketika merasmikan SSTMI di Bandar Penawar, Kota Tinggi, semalam.


KOTA TINGGI 16 April - Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan merasmikan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) di Bandar Penawar, dekat sini, hari ini.

Baginda turut mencemar duli menandatangani plak perasmian sebagai simbolik pertukaran nama daripada Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP) menjadi SSTMI.

Turut mengiringi baginda ialah Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi; Pengarah Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran, Ee Hong dan Pengetua SSTMI, Wan Ibrahim Wan Chik.

Dalam titah perasmiannya, Tunku Ismail melahirkan harapan agar sekolah itu dapat melahirkan lebih ramai atlet sekali gus memenuhi aspirasi kerajaan dalam bidang sukan.

"Harap sekolah ini terus lahirkan atlet terbaik dan (beta) yakin atlet serta pelajarnya kini lebih bersedia ke arah kegemilangan dan mampu cipta sejarah tersendiri," titah baginda.

Baginda bertitah, bidang sukan juga perlu dijadikan alat perpaduan dalam mengeratkan hubungan antara kaum.

Titah baginda, bidang sukan harus diminati oleh semua golongan masyarakat dan sekurang-kurangnya setiap seorang perlu mahir dalam satu bidang sukan.

Selepas itu, Tunku Ismail turut menyertai perlawanan bola sepak persahabatan dengan pelajar dan guru sekolah tersebut.

SSTMI mula dibuka pada 1998 dan kini menempatkan 502 pelajar serta merupakan yang kedua di negara ini selepas Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) di Kuala Lumpur.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Popmyberry buka cawangan di Johor Bahru

Posted:

Popmyberry buka cawangan di Johor Bahru

Popmyberry buka cawangan di Johor Bahru

JOHOR BAHRU 16 April - Syarikat peneraju jenama aksesori dan perkhidmatan telefon pintar BlackBerry, Popmyberry hari ini melebarkan sayap perniagaan mereka dengan membuka sebuah lagi cawangan di Danga Bay, di sini semalam.

Ia merupakan cawangan kedua Popmyberry di dalam negara ini selepas pembukaan cawangan pertama mereka di Subang Jaya, Selangor pada Januari 2010.

Popmyberry bukan sahaja membekalkan aksesori yang menarik dan berkualiti malahan turut menyediakan perkhidmatan baik pulih dan peningkatan perisian terkini untuk telefon pintar tersebut.

Pengurus Besar Kumpulan Popmyberry, Ediyuzri Esa berkata, pembukaan cawangan baru itu bertujuan memenuhi permintaan para pelanggan di sekitar bandar raya ini dan juga warga Singapura.

"Walaupun baru setahun di pasaran, para pelanggan kami meletakkan kepercayaan terhadap jenama Popmyberry kerana kualiti, harga yang berpatutan dan perkhidmatan baik pulih yang pantas.

"Jenama Popmyberry juga berkembang dengan pesat kerana dalam waktu yang singkat ia menjadi sebutan di kalangan pengguna di negara ini selain diikuti ribuan peminat di Tweeter dan Facebook," katanya kepada pemberita selepas majlis pembukaan cawangan baru Popmyberry di sini, semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Kesihatan

Posted: 17 Apr 2011 03:11 AM PDT

Utusan Online - Kesihatan


Kencing kotor bukan tanda sakit buah pinggang

Posted:

Kencing kotor bukan tanda sakit buah pinggang

Kencing kotor bukan tanda sakit buah pinggang

Soalan 1
alam Doktor,
Saya telah berkahwin selama enam bulan. Masalah saya disini, saya selalu dijangkiti kencing kotor secara kerap.

Saya telah membuat check up di klinik berdekatan dan beliau memberi saya 3 jenis ubat iaitu painkiller (Diclofenac Sodium 50mg), antibiotik (Ceturoxime 250mg) dan pelawas kencing (Ural Effervescent Granules). Kekerapan jangkitan ini selalu terjadi ketika saya datang bulan. Kitaran datang bulan saya normal dan teratur iaitu 22 hingga 23 hari. Doktor mengdiagnosi melalui simptom loya, sakit di bahagian ari-ari, pinggang dan pundi kencing. Saya tidak mengalami kesakitan ketika membuang air kencing atau air besar cuma kesakitan yang dirasai ketika saya sedang duduk berehat dan sedang aktif seperti berjalan atau berlari. Saya cuma mengalami kencing berdarah pada kali pertama dijangkiti kencing kotor.

Jangkitan berikutnya tidak diikuti dengan darah kecuali sakit seperti yang saya jelaskan tadi.

Doktor yang merawat menasihatkan saya supaya minum air lebih, jangan menahan kencing dan cuci bahagian kemaluan selepas bersama suami. Persoalannya di sini, adakah saya berkemungkinan besar menghidapi masalah buah pinggang dan sekiranya saya mengandung, adakah ubat yang di beri oleh doktor yang merawat saya boleh menjejaskan kandungan saya?

n Lynn Kajang, Selangor.

Jawapan: Kebiasaannya, orang ramai mempunyai tanggapan yang salah tentang kencing kotor. Kencing kotor biasanya terjadi akibat jangkitan kuman. Cara yang terbaik untuk mengesahkan anda mendapat jangkitan kotor atau tidak, lakukan pemeriksaan air kencing di makmal. Ia juga boleh mengesan sama ada masalah kencing kotor anda ada kaitan dengan sakit buah pinggang. Jika ia hanya jangkitan air kencing biasa, ia tidak ada kaitan dengan sakit buah pinggang. Begitu juga sekiranya anda mengandung, kencing kotor dan ubat-ubatannya tidak menjejaskan kandungan melainkan anda disahkan sakit buah pinggang.

Pembedahan batu karang jejas kandungan?

Soalan 2

Doktor,

Saya berumur 35 tahun dan belum pernah mengandung. Pada Jun tahun lalu, saya menjalani pembedahan buang batu karang di dalam buah pinggang. Baru-baru ini doktor mengesahkan saya mengandung tiga bulan. Soalan saya, adakah kandungan saya akan mengalami masalah kesan daripada pembedahan itu?

n Sue, Kuala Lumpur.

Jawapan: Anda tidak perlu risau kerana pembedahan batu karang pada bahagian buah pinggang itu tidak akan menjejaskan kandungan. Lagipun ia tidak menjejaskan fungsi buah pinggang anda. Seperti ibu-ibu mengandung yang lain, saya nasihatkan anda menjaga pemakanan dan kandungan seperti biasa.

Stres isteri panas baran

Soalan 3

Saya berumur 47 tahun dan isteri berusia 40 tahun. Kami telah mendirikan rumah tangga hampir 20 tahun dan mempunyai empat anak.

Anak yang sulung berumur 20 dan yang kecil 10 tahun. Baru-baru ini, saya perhatikan dia akan cepat marah dan perilakunya agak agresif. Perkara yang remeh-temeh akan menjadi isu pertengkaran. Selalunya saya akan mendiamkan diri daripada melayan kerenahnya. Lama-kelamaan kesabaran saya tercabar juga. Kadang-kala saya dan anak-anak berasa stres dengan keadaan ini. Di sini ingin saya mendapat penjelasan doktor, adakah keadaan isteri saya ini satu penyakit dan bolehkah ia diubati serta pada doktor bahagian manakah perlu saya membuat rujukan?

n Suami tertekan, Perak.

Jawapan: Berdasarkan cerita saudara, susah untuk saya kesan sama ada randa-tanda itu ada hubungan dengan penyakit. Sifat cepat naik marah dan agresif ada hubungannya dengan tanda-tanda menopaus. Kebiasaannya ia menyerang wanita berumur 45 tahun ke atas. Susah nak dikatakan sekiranya panas baran tersebut ada kaitan dengan tanda-tanda awal menopaus, Sebaiknya, bawa dia berjumpa pakar sakit puan. Sekiranya sifatnya tidak ada kaitan dengan menopaus, mungkin anda boleh membawa isteri berjumpa dengan kaunselor perkahwinan atau pakar psikiatri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Terapi ozon bantu penyembuhan

Posted:

Terapi ozon bantu penyembuhan

Terapi ozon bantu penyembuhan

Oleh NORAINI ABD. RAZAK
noraini.razak@utusan.com.my


Darah dikeluarkan untuk menjalani proses terapi ozon.


TERAPI ozon semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat di negara ini yang mahu mencuba rawatan alternatif. Namun begitu masih ada berpandangan terapi ozon menyamai rawatan hemodialisis. Ini kerana kaedah serta mesin yang digunakan untuk terapi ozon kelihatan menyerupai mesin untuk rawatan pesakit buah pinggang. Hakikatnya - terapi ozon dan hemodialisis adalah rawatan yang berbeza.

Dr. Nik Baizura Sabiamad ketika ditanya tentang terapi ozon menjelaskan lebih lanjut perihal rawatan tersebut. Penasihat Perubatan Ozone Medical & Rejuvenation Specialist Centre itu memberitahu kaedah terapi ozon yang ditawarkan di situ adalah Extracorporeal Blood Oxygenation and Ozonation (EBOO). Kaedah tersebut diperkenalkan pada 1999 di mana darah pesakit dikeluarkan kemudian disaring lalu dialirkan udara ozon-oksigen.

Tempoh rawatan yang memakan masa sejam itu secara keseluruhannya akan melibatkan satu per tiga daripada keseluruhan darah dalam tubuh seseorang dikeluar dan disaring sebelum dialirkan ozon-oksigen.

Proses tersebut menurut Dr. Nik Baizura dibuat secara beransur di mana sebanyak 30 mililiter darah dikeluarkan setiap minit menghasilkan 1800 mililiter sepanjang sejam proses rawatan dijalankan.

Melalui kaedah EBOO, darah akan dialir keluar ke satu penapis di mana kuman, sel-sel kanser, kolesterol, toksin dan sebagainya akan ditapis. Selepas itu barulah proses oksigenasi dan ozonasi bermula. Darah yang telah disaring dialir semula ke dalam badan pesakit.

Dr. Nik Baizura yang berkelulusan doktor perubatan memberitahu, setiap pesakit yang mahu menjalani terapi ozon akan menjalani pelbagai pemeriksaan awal untuk menentukan tahap kesihatan.

Pemeriksaan tersebut juga bertujuan melihat apa sebenarnya masalah yang dihadapi pesakit.

Sejak dibuka lebih dua tahun lalu, pusat tersebut telah berjaya 'menunaikan' harapan banyak pesakit yang menderitai pelbagai jenis penyakit.

''Ada pesakit kencing manis, lumpuh, gout dan darah tinggi yang setakat ini semakin menunjukkan perubahan memberangsangkan,'' kata Dr. Nik Baizura. Paling penting menurut beliau, matlamat utama rawatan ozon yang ditawarkan di pusat itu bertujuan mengurangkan penggantungan pesakit terhadap ubat-ubatan.

''Alhamdulillah matlamat kami mencapai sasaran serta dapat meringankan beban pesakit supaya mereka dapat menjalani kehidupan baru,'' katanya.

Bapa Dr. Nik Baizura bekas penembak negara Datuk Sabiamad Abdul Ahad yang bergantung kepada insulin untuk mengawal tahap gula turut beralih kepada rawatan ozon. Perubahan ketara dialami tokoh sukan itu. Beliau kini aktif bersenam seperti biasa termasuk mengelilingi Tasik Cempaka di Bandar Baru Bangi sebanyak enam kali.

Bagi Farah Aina, melihat ibunya Habibah Mohd. Amin, 52, ceria menjalani kehidupan harian selepas sembuh daripada penyakit yang dideritai sejak setahun lalu cukup membahagiakan dirinya.

''Ibu mengalami bengkak pada kaki dan tangan yang sangat serius. Beliau tidak boleh bergerak dan akhirnya terpaksa menggunakan kerusi roda.

''Kini tidak lagi, perubahan ketara selepas menjalani tiga kali rawatan, ibu kini kembali aktif tetapi meneruskan terapi untuk menyelesaikan sisa-sisa penyakit,'' katanya.

Menurut Dr. Nik Baizura, pesakit digalakkan menjalani tiga kali rawatan iaitu sekali seminggu di peringkat awal terapi. Terapi ozon bukan saja untuk golongan berpenyakit tetapi juga sesuai kepada mereka yang sihat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Kesihatan

Posted: 17 Apr 2011 01:18 AM PDT

Kosmo Online - Kesihatan


Elak makan telur mentah

Posted:

Elak makan telur mentah

Elak makan telur mentah

Oleh ADLAN JAAFAR
adlan.jaafar@kosmo.com.my


TELUR masih lagi merupakan makanan utama rakyat Malaysia.


MINGGU lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan pendedahan Persatuan Pengguna Pulang Pinang (CAP) mengenai kewujudan telur tiruan di pasaran.

Menurut Presidennya, S.M. Mohamed Idris, telur tiruan tersebut mengandungi pelbagai bahan kimia seperti natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna lemon.

Bagaimanapun Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Abdul Aziz Jamaluddin kemudian mengesahkan ujian yang dilakukan terhadap sampel telur ayam tiruan yang dirampas dari sebuah pasar di Pulau Tikus, Pulau Pinang itu mendapati ia tulen.

Sihat

Telur itu memiliki saiz yang luar biasa di samping bentuknya tidak bulat dipercayai berlaku disebabkan penyakit.

Kekalutan yang timbul daripada isu telur tiruan itu membuktikan telur masih penting dalam diet harian rakyat Malaysia.

Sebelum ini, telur dianggap salah satu makanan paling mengelirukan dari segi kesihatan.

Mula-mula ia dikatakan sihat dan sumber protein. Kemudian, telur didapati mengandungi kolesterol dan semua orang beranggapan mengambil telur akan menyebabkan mereka diserang sakit jantung.

Tidak lama selepas itu, penemuan membuktikan kolesterol dalam telur adalah 'neutral' dan kita disarankan mengambil beberapa biji telur sehari.

Namun, penemuan pada tahun 2008 oleh penyelidik di Universiti Harvard, Amerika Syarikat mendapati pengambilan sebanyak tujuh biji atau lebih telur dalam seminggu meningkatkan risiko kematian.

Daripada 21,000 lelaki yang dikaji selama lebih 20 tahun mendapati 1,550 orang diserang sakit jantung, 1,342 mendapat strok dan 5,000 meninggal dunia.

Di Malaysia, sukar untuk menentukan secara tepat bilangan telur yang diambil oleh rakyat negara ini kerana mereka turut mengambilnya secara tidak langsung seperti dalam kuih-muih, roti dan makanan lain.

Bagaimanapun, perangkaan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar menunjukkan pada tahun lalu sebanyak 10 bilion biji telur ayam dan itik dihasilkan di negara ini.


PENGHIDAP penyakit kardiovaskular disarankan mengambil bahagian putih telur sahaja.


Tiga biji

Menurut pakar pemakanan dari Program Dietetik, Universiti Sains Malaysia (USM), Shariza Abd. Razak, apa sahaja makanan yang diambil secara tidak terkawal ditambah gaya hidup yang tidak sihat pasti mendatangkan risiko penyakit kepada individu terbabit.

Beliau menasihatkan pengguna supaya mengambil tidak lebih daripada tiga biji telur ayam seminggu.

"Bagi mereka yang tidak menghidap penyakit seperti tekanan darah tinggi dan hiperlipidemia atau penyakit kardiovaskular, mereka tidak perlu mengikut had yang disarankan, cukup dengan mengambil makanan seimbang.

"Malah kajian terbaru mengatakan pengambilan telur bagi individu normal membantu mengimbangkan kandungan kolesterol dalam badan," ulasnya.

Telur juga mengandungi kesemua asid amino yang diperlukan oleh badan selain vitamin A, B12, D, asid folik, kolina dan kalsium.

Ia juga mengandungi asid lemak omega 3 yang membantu meningkatkan kandungan kolesterol baik dan mengurangkan risiko sakit jantung.

"Sungguhpun begitu, jika seseorang menghidap penyakit kardiovaskular tetapi sangat meminati telur, mereka disarankan mengambil bahagian putihnya sahaja.

"Pengambilan secara mentah pula tidak digalakkan kerana berkemungkinan mengandungi kuman Salmonella yang boleh menyebabkan keracunan makanan," ujar Shariza lagi.

Shariza menambah, sebaik-baiknya telur direbus dan tidak digoreng kerana ia akan menambah kandungan lemak dan kalori.

Sejak dahulu lagi, telur sering dikaitkan sebagai salah satu makanan afrodisiak dan mampu meningkatkan tenaga seksual kaum lelaki lebih-lebih lagi telur ayam kampung yang bebas kimia.

Bagaimanapun, Shariza berkata tiada bukti saintifik mengatakan telur dapat meningkat kesihatan seksual.

Tetapi secara logik, jika kita makan makanan yang berzat, tubuh akan berfungsi secara optimum.

Seksual


DUA biji telur untuk sarapan pagi pasti mengenyangkan.


"Telur pula merupakan makanan lengkap yang diperlukan oleh badan, jadi pengambilannya boleh menyihatkan tubuh," katanya.

Bagi atlet bina badan, telur merupakan makanan yang disyorkan kerana kandungan proteinnya.

Namun, ia juga perlu disertakan dengan corak pemakanan yang betul dan rutin senaman yang berkala bagi membina otot.

Shariza menambah, bagi mereka yang sentiasa mengalami kekangan waktu untuk mengambil sarapan, mereka disarankan mengambil sebiji telur sehari.

"Ia sudah cukup untuk membekalkan sebanyak 70 kalori dan mengenyangkan," katanya.

Sebiji telur dianggarkan mengandungi lima gram protein serta merangkumi 12 peratus daripada keperluan protein harian.

Jika pengambilan protein terlalu tinggi, ia akan menyebabkan penghasilan keton.

"Keton merupakan bahan toksik kepada tubuh yang boleh mengakibatkan ginjal dan buah pinggang mengalami beban untuk mengeluarkannya daripada badan.

"Selain itu, ia akan memberi tekanan terhadap jantung dan berhadapan risiko penyahhidratan akibat proses tersebut," kata Shariza lagi.

Namun, risiko pengambilan lebihan protein adalah rendah kecuali kepada atlet yang terlibat dengan sukan tertentu kerana mereka memerlukan protein dalam jumlah yang besar.

Di pasaran, banyak produk telur didakwa memiliki kandungan asid lemak omega 3 yang baik untuk kesihatan.

Menurut Shariza, telur tersebut biasanya mempunyai kandungan omega 3 tinggi sedikit daripada telur biasa.

Ulasnya, telur tersebut terhasil oleh cara penternakan ayam melalui pemberian makanan yang telah diformulasikan.

"Jika individu yang serius untuk meningkatkan pengambilan omega 3, lebih baik mereka mengambil hidangan ikan kerana ikan mengandungi asid lemak itu dalam kadar yang lebih tinggi," ulasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pemotoran

Posted: 16 Apr 2011 11:13 PM PDT

Utusan Online - Pemotoran


10 kereta terpantas di dunia

Posted:

10 kereta terpantas di dunia

10 kereta terpantas di dunia

Oleh MOHD. RIDZWAN IMAN
(ridzwan.iman@utusangroup.com.my)



DEMAM Formula Satu baru sahaja berlalu apabila Litar Antarabangsa Sepang menjadi tuan rumah untuk perlumbaan kedua musim 2001 yang dijuarai oleh pelumba Red Bull, Sebastian Vettel.

Sememangnya memiliki kereta terlaju adalah idaman kebanyakan daripada kita tetapi harganya yang menjadi penghalang dan pengeluarannya juga adalah terhad.

Jika hendak dinilai kereta paling laju di dunia, sebenarnya terdapat pelbagai jenis kereta yang berjaya mencapai status itu tetapi ia lebih kepada kereta prototaip atau kereta ujian.

Pada tahun 1970, ujian jentera Blueframe yang menggunakan kuasa roket berjaya mencapai kelajuan 1,000 kilometer sejam (km/j).

Kira-kira 27 tahun selepas itu, jentera kipas turbo buatan Britain iaitu Thrust SSC memecahkan rekod dengan kelajuan 1,223 km/j, sekaligus menjadi kenderaan darat pertama yang mencapai kelajuan supersonik (kelajuan bunyi).

Tahun ini, sebuah lagi jentera keluaran Britain yang diberi nama Bloodhound SSC akan berusaha mencapai kelajuan sehingga 1,600 km/j.

Bagaimanapun, ruangan Tekno minggu ini menyenaraikan 10 kereta terpantas di dunia yang boleh dipandu secara sah di jalan raya, bukannya kereta konsep, kereta lumba atau kereta yang telah diubahsuai.

Menurut laman web http://www.thesupercars.org, 10 buah kereta terlaju di dunia 2010-2011 ialah:

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Keluarga

Posted: 16 Apr 2011 01:43 PM PDT

Utusan Online - Keluarga


Mereka tidak berdosa

Posted:

Mereka tidak berdosa

Mereka tidak berdosa

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
Foto HAFIZ kHOSMAT


Norlina kehilangan Muhammad Amir Amzar yang lebih manja dengan panggilan Uteh kerana AIDS pada 2 Februari lalu.


Usahlah disebut pengorbanan kerana ia lebih kepada perkongsian rasa cinta dan kasih kepada anak-anak yang kehilangan belaian, dakapan serta perhatian ibu bapa seperti hilangnya insan-insan itu yang selama ini menjadi tempat bergantung di alam fana ini," spontan tutur lembut itu terpacul dari mulut Norlina Alawi.

Sejak 10 tahun lalu, umum mengenalinya sebagai Pengasas dan Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM). Norlina lebih selesa menyebutnya sebagai Keluarga Besar Norlina Alawi Berhad (dahulunya Pusat Perlindungan PERNIM Bhd) lantaran nilai kekeluargaan yang menjadi keutamaannya..

Sungguhpun mengelak untuk mengakui apa yang dilakukan selama ini pengorbanan namun masyarakat yang prihatin dan peka dengan susur galur dan getir perit yang dilalui untuk membela nasib anak-anak yang bukan lahir dari rahimnya sendiri itu memang tidak terhitung.

Saat diajukan situasi yang dilaluinya itu, Norlina tersenyum menyerlahkan wajah putih bersihnya tanpa secalit solekan.

"Seandainya masyarakat di luar sana menganggapnya pengorbanan, saya mahu mereka tahu saya cuma hilang saat-saat bersendirian bersama suami dan anak-anak kandung.

''Namun Allah gandakan saat itu melalui detik indah yang mungkin tidak terucap dengan kata-kata tetapi cukup bermakna. Ketika anak-anak yang dahulunya dipandang rendah, kotor kerana berkudis, jijik dan daif tetapi kini dalam keadaan bersih, sihat tubuh badan dan comel datang memeluk sambil memanggil mama, kami sayang mama, Subhanallah," katanya.

Tekad

Segala-galanya bermula apabila beliau bertekad menolong seorang gadis yang hamil dan mengidap HIV/AIDS. Bagi menyelamatkan bayi itu dari dijangkiti HIV, Norlina sanggup berkorban untuk mengandung anak keenam demi menyusukan bayi gadis itu. Saat itu tidak terfikir tentang kesannya di kemudian hari namun kata-kata hikmat seorang doktor bahawa susu ibu yang sihat mampu memberi antibodi kepada bayi tersebut, naluri keibuannya menyuntik kekuatan.

Menanggung perbelanjaan anak-anak yang mencecah puluhan ribu setiap bulan, Norlina menjalankan perniagaan katering termasuk menerima tempahan beriani ala arab yang dikendalikan sejak bertahun-tahun lalu.

''Saya mahu pandangan terhadap anak-anak yatim di negara ini berubah kerana orang ramai cenderung mengaitkan kalau rumah anak yatim mesti daif, berbau hancing sana sini, anak yatim mesti berhingus, selekeh dan hapak,'' katanya yang mendapat sokongan suami, Lt Kolonel Roslan Zakaria.

''Bagi segelintir insan yang memandang serong terhadap saya, jangan risau, saya telah mewariskan segala harta saya yang diuruskan oleh Amanah Raya Berhad untuk anak-anak yang mempunyai latar belakang berbeza,'' katanya.

Uteh dan Murni

Sepanjang 10 tahun bergelut mahu membela nasib anak-anak kurang bernasib baik, Norlina melalui dua pengalaman menyayat hati apabila dua anaknya meninggal di pangkuan sendiri.

Dia kehilangan Muhammad Amir Amzar yang lebih manja dengan panggilan Uteh kerana AIDS pada 2 Februari lalu. Uteh mengidap AIDS sejak dilahirkan mewarisi virus tersebut daripada ibu bapanya yang meninggal dunia akibat penyakit yang sama.

"Selepas kematian ibu bapanya, ahli keluarga yang lain tidak sanggup memelihara Uteh selepas dia disahkan positif mengidap lantas menyerahkan kepada PERNIM pada 2005.

'' Saya hantar dia bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Muda, Ampang dan kini berada dalam Tahun Lima. Kanak-kanak ini sangat rajin ke sekolah walaupun faktor kesihatan sering membataskan pergaulannya dengan kawan-kawan," ujarnya.

Mengimbau kehilangan seorang lagi anak jagaannya, Nur Murni kerana penyakit yang sama membuatkan wanita itu tidak mampu membendung air mata.

''Anak itu ditinggalkan di hospital dalam keadaan amat menyayat hati, penuh berkudis,'' katanya. Tiada keluarga yang mahu membela, lantas Norlina memikul tanggungjawab tersebut secara rela, namun Tuhan lebih menyayangi Nur Murni. Walaupun sedih dengan kehilangan kedua-dua anak yang dianggap lahir dari rahimnya sendiri Norlina reda dengan ketentuan Ilahi.

Impian Norlina agar ramai lagi wanita boleh mengikuti jejak langkahnya. Lantas dia berharap siri Jelajah Setanggi Cinta Norlina Alawi yang akan bergerak ke setiap daerah, negeri dan seluruh dunia dapat melahirkan klon-klonnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Beg kertas kegilaan

Posted:

Beg kertas kegilaan

Beg kertas kegilaan

Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
Foto HAFIZH KHOSMAT


Cukup berbangga dengan khazanah milikannya yang berusia lebih 30 tahun.


DUA beg kertas jenama Royal Copenhagen dan Philippe Charrol diasingkan daripada ratusan yang lain bagi memudahkan sesi fotografi. Bertemankan tiga daripada lima anaknya, menjadikan sesi temuramah malam Jumaat itu begitu riuh rendah sekali.

Tidak sangka wanita bertubuh kecil itu menyimpan khazanah melebihi usia 30 tahun. Beberapa rangkaian jenama syarikat terkenal yang sudah tiada, berada dalam simpanan. Antaranya gedung membeli-belah Mun Long, Hankyu Jaya dan beberapa bank yang telah digabungkan.

Pegawai eksekutif bahagian kualiti perkhidmatan itu juga cukup prihatin mengenai penjagaan asetnya itu. Semuanya dalam keadaan rapi seperti kali pertama dimiliki.

Bahkan disiplin ketat dikenakan andai ada di kalangan anaknya menghampiri kawasan 'larangan' Hilaliyah Mohd. Hanif. Tempat penyimpanan di sebuah tempat di rumahnya.

Mereka hanya dibenarkan melihat dari jauh saja koleksi emaknya. Tidak dibenarkan memegang mahu pun meminjam koleksi ibunya termasuk dibawa ke sekolah.

''Setiap satu beg kertas saya gunakan sehingga lunyai. Biarpun bertahun-tahun lamanya. Sampai pemegang beg itu terkoyak dan tak boleh digunakan lagi,'' katanya bersungguh-sungguh.

Wanita yang mesra disapa Hila itu juga memberitahu bahawa setiap satu koleksi perlu ada set baharu. Barulah dia senang hati nak memakai beg yang baru. Alasannya, dia begitu sayang dan tak mahu tergesa-gesa sebelum membuka 'lembaran' baru.

Itu tidak termasuk dengaran rajuk dan rayu Hila sewaktu mengirimkan pesanan beg kertas andai ada di kalangan rakan atau saudara terdekat keluar negara.

Malahan anak kelahiran Singapura ini menolak andai ditawarkan pakaian sebagai cenderamata. Keutamaan buat beg kertas kerana ia mempunyai nilai tertinggi di sudut hatinya.

Menyelak kembali keistimewaan beg kertas di mata Hila menyebabkan dia menyungging senyuman. Jujurnya, dia memberitahu bahawa dirinya cukup bangga tatkala menyandang satu-satu jenama beg kertas berkenaan.

Perasaan tersebut juga semakin sebati sejak Hila menerima beg kertas pertama daripada makciknya di Singapura. Di kala usianya mencecah 10 tahun, Hila berasa cukup bahagia membawa beg kertas berkenaan ke sekolah.

Lantaran itu, Hila menjadikan momen tersebut sebagai titik awal memutik rasa minatnya terhadap barangan tersebut. Wanita yang pernah dibesarkan di Johor dan Perak ini berazam untuk terus menambah koleksi peribadinya sampai bila-bila.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan