Sabtu, 23 April 2011

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Utusan Online - Rekreasi

Posted: 23 Apr 2011 01:22 AM PDT

Utusan Online - Rekreasi


Ekspedisi ‘sondol’ gunung Sumalayang

Posted:

[unable to retrieve full-text content]SELEPAS kejayaan beberapa siri Ekspedisi Sondol di sekitar Johor seperti Gunung Chemendong, Gunung Muntahak dan Gunung Gua Rimau, kali ini Team Tebas & Redah memilih gunung Sumalayang di Ulu Sedili, Kota Tinggi untuk 'disondol'.

Berita Harian: Ratu

Posted: 23 Apr 2011 01:11 AM PDT

Berita Harian: Ratu


Tuah melakar

Posted: 22 Apr 2011 05:51 PM PDT

Ratu

Pelukis ilustrasi perluas bakat hasilkan buku kanak-kanak

LAKARANNYA halus dan cermat. Objek yang dilakar juga comel dan mongel, terutama apabila menggambarkan kanak-kanak dan kucing bermain di taman atau bersembunyi di sebalik rimbun dahan penuh berbunga.

Malah, lakaran wajah mongel itu juga menjadikan beliau cukup dikenali sebagai ilustrator dalam talian yang memberikan tutorial percuma kepada penggemar ilustrasi kanak-kanak. Nor Emila Yusof, wanita penuh sederhana itu kini menjadikan ilustrasi sebagai mainan harian di samping menjalankan tugas dan kewajipan sebagai ibu kepada Mohd Yassin Zaim, berusia lapan tahun.

Sejenak mengenali beliau, ada keistimewaan tertentu dalam dirinya kerana setiap yang dilihat menjadi satu ilham kepada beliau lantas mendorongnya menghasilkan satu lakaran berseni yang cukup cantik untuk diabadikan.

Bagaimana beliau menjadi ilustrator sepenuh masa, Nor Emila atau lebih mesra dengan sapaan Emila pada mulanya bekerja makan gaji, tetapi mengambil keputusan berhenti kerja apabila syarikat menawarkan skim berhenti kerja secara sukarela.

"Saya menjadi artis grafik di sebuah syarikat dan pereka dalaman selama sembilan tahun. Selepas berhenti kerja, saya mula berkarya di blog dan menyertai peraduan melalui dalam talian yang dibuka untuk sesiapa saja yang berminat mempamerkan hasil lakaran mereka.
"Pada mulanya, saya menghasilkannya secara suka-suka saja dan tidak menyangka lakaran saya mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung blog yang memberi komen. Rata-rata, saya terima kritikan membina yang membakar semangat," katanya ketika ditemui di kediaman beliau di Ampang, baru-baru ini.

Pengetahuan dan minat terhadap bidang ilustrasi mendorong Emila melakukan banyak carian untuk memperkaya pengetahuan mengenai ilustrasi selain meninjau peluang mengembangkan bakat sedia ada.

"Saya kemudian menyertai pertandingan ilustrasi untuk blogger dan tidak menyangka penyertaan saya membuahkan hasil yang amat menakjubkan.

"Saya menang hadiah utama dan membolehkan saya membawa pulang kereta yang sudah siap dengan dokumen. Kemenangan berkenaan satu pemangkin untuk saya melangkah lebih laju dan pergi lebih jauh apatah lagi mendapat sokongan suami," katanya.

Penyertaan yang membawa kepada kemenangan itu dihasilkan berdasarkan abjad A hingga Z yang memfokus kepada tempat menarik untuk dikunjungi di Kuala Lumpur.

"Saya menamakan tempat atau perkara menarik untuk dikunjungi dengan menggunakan ilustrasi. Karya berkenaan, 'KL: A to Z Fun Things To Do & Places To Visit With Kids,' berjaya menarik perhatian juri.

"Selepas kemenangan berkenaan, saya menjadi semakin bersemangat untuk terus menghasilkan ilustrasi menarik terutama meneroka alam kanak-kanak yang sentiasa menarik, indah dan menyeronokkan," katanya.

Emila cenderung mengangkat latar taman dan haiwan peliharaan kerana kehidupannya sendiri akrab dengan kehijauan merimbun. Ibunya sendiri gemar bercucuk tanam dan memelihara kucing menyebabkan objek berkenaan sentiasa berada di hadapan mata Emila.

"Saya lebih gemar mengangkat sesuatu yang dekat dengan kehidupan sebagai bahan ilustrasi. Bunga kembang pagi yang ada di taman kecil ibu saya, kucing di belakang rumah, bahkan anak saya, Mohd Yassin adalah antara bahan yang menjadi sasaran saya untuk dijadikan ilustrasi.

"Kadangkala apabila ingin menghasilkan objek kanak-kanak dalam posisi tertentu, saya akan meminta Yassin menunjukkan contoh untuk saya amati sebelum melakukan lakaran," katanya.

Selepas meraih pelbagai pengalaman dan memenangi pertandingan besar, Emila mula mengambil tugasan luar, bermula tahun lalu dengan menerima tawaran menyediakan ilustrasi untuk buku kanak-kanak daripada penulis tempatan.

Pertaruhan berkenaan memberikan pulangan menggembirakan kerana permintaan daripada penulis buku kanak-kanak makin kerap diterima selain beberapa syarikat penerbitan yang menawarkan peluang untuk beliau meluaskan bakat menghasilkan tulisan sendiri.

"Saya menghasilkan bacaan untuk kanak-kanak dalam bahasa Inggeris berdasarkan permintaan penerbit berjudul My Mother's Garden (MMG). Ia baru saja dilancarkan di KLCC baru-baru ini dan boleh didapati di kedai buku terkemuka di situ.

"Ada juga saya menyediakan ilustrasi untuk karya Sasterawan Negara (SN) Datuk Dr A Samad Said dan terkini membuat ilustrasi untuk buku kanak-kanak karya Nisah Haron," katanya.

Emila berazam menghasilkan satu lagi buku sebagai kesinambungan daripada MMG, iaitu My Mother's Kitchen pula kerana memikirkan kehidupannya sentiasa dekat dengan ibu bapa yang menyediakan pendidikan asas terbaik untuk beliau.

Bagi yang berminat melihat karya Emila, layari emilayusof.com.

PROFIL: Nor Emila Mohd Yusof
Asal: Raub, Pahang.
Jawatan: Ilustrator sepenuh masa/pelukis grafik sambilan
Karya dihasilkan antaranya:

  • My Mother's Garden
  • Diya dan Biji Durian
  • Seni dan Kraf Bersama Kak Emila: Origami
  • Seni dan Kraf Bersama Kak Emila: Kartun Haiwan
  • Seni dan Kraf Bersama Kak Emila: Kad Ucapan
  • Seni dan Kraf Bersama Kak Emila: Alam Semula Jadi
  • Seni dan Kraf Bersama Kak Emila: Kitar Semula

    Pengalaman:

  • Banyak menyediakan lukisan grafik dan ilustrasi buku keluaran PTS serta orang perseorangan
  • Menyertai Festival Buku Antarabangsa di Frankfurt, Jerman.
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Jaga ketrampilan diri

    Posted: 22 Apr 2011 05:33 PM PDT

    Ratu

    pix_gal0
    Chef Wan, Yuna manfaat rangkaian kedai Watsons untuk penjagaan harian

    SELEBRITI Chef, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan dan penyanyi generasi baru, Yunalis Zarai atau Yuna yang makin luas pengaruhnya dalam persada seni malah sedang mencuba nasib di Amerika Syarikat (AS), adalah dua personaliti dari cabang berbeza.

    Namun, satu hakikat menyatukan mereka iaitu keperluan menjaga penampilan diri pada setiap masa - sesuai dengan status mereka sebagai selebriti yang sentiasa menjadi perhatian ramai. Dalam mengejar komitmen harian, pastinya Chef Wan dan Yuna sukar mencuri masa mendapatkan keperluan harian di satu tempat. Dalam mencari penyelesaian ini, mujurlah rangkaian kedai berkonsep pusat sehenti, Watsons menjadi gedung pilihan mereka sejak sekian lama.

    Sehubungan itu, perlantikan Chef Wan dan Yuna sebagai duta Watsons, ternyata suatu pengiktirafan dan penghargaan yang amat bermakna bagi mereka.

    Kedua-dua selebriti ini sempat berkongsi rahsia bagaimana mahu sentiasa tampil segar, yakin dan bergaya biarpun menjalani rutin harian agak rencam. Ikuti rejim penjagaan diri dua selebriti unik ini bersama Watsons.

    Chef Wan, 53, berkata, berada dalam lingkungan selebriti adalah suatu hakikat yang mencabar. Tidak mudah sebenarnya membawa diri tatkala ribuan mata sentiasa memerhati.
    "Keperluan itu mendorong kesedaran untuk menjaga diri. Kejayaan adalah pakej yang datang bersama fizikal dan mental yang seimbang dan baik termasuklah rupa paras dan jiwa.

    "Ini adalah antara prinsip asas tubuh manusia. Ia boleh dicapai menerusi amalan pemakanan yang baik termasuk pengambilan pemakanan tambahan senaman dan mengamalkan gaya hidup yang sihat," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

    Chef Wan yang pernah menerima puluhan pengiktirafan dari dalam dan luar negara termasuk Selebriti Chef Terbaik Dunia di Gourmans Award pada 2009, percaya setiap peringkat usia memerlukan penjagaan yang berbeza dan kewujudan Watsons memudahkan segala-galanya.

    "Bagi seorang yang terlalu aktif seperti saya, masa cukup berharga dan pergi ke 10 tempat berbeza semata-mata untuk mendapatkan barangan berbeza tidak praktikal. "Rangkaian Watsons yang kini berada di mana-mana bertindak sebagai pusat sehenti yang cukup ideal untuk mendapatkan pelbagai barangan kelengkapan diri terutama dengan tawaran diskaun bagi pemilik kad ahli VIP Watsons," katanya yang gemar memulakan hari dengan jus buah-buahan dan dadih.

    Setiap kali membeli-belah di Watsons, bakul Chef Wan akan dipenuhi pelbagai barangan mandian dengan aroma buah-buahan, barangan dandanan rambut, losyen dan lulur badan, makanan tambahan (vitamin), penjagaan pergigian, ubat-ubatan dan pelbagai lagi keperluan.

    "Biasanya saya akan ke Watsons dua kali sebulan atau bila-bila masa terluang. Ini kerana ada saja produk terbaru yang membantu penjagaan diri seharian di pasaran. Dengan aktiviti yang rencam pada usia begini, saya memang tidak pernah lupa makanan tambahan seperti vitamin C, produk nyah toksin, minyak omega dan madu lebah yang sesuai dengan keperluan seharian.

    "Apabila anda menjadi pusat tumpuan dan ikon kepada masyarakat, kesegaran, keyakinan dan tenaga positif yang dipancarkan secara semula jadi dari wajah membuatkan anda merasa lebih hebat dan puas sekali gus menjadi dekat dengan masyarakat," ujar chef profesional, duta produk, pelakon, pakar motivasi, perunding, hos, jurulatih, pengkritik, usahawan dan penulis buku resipi terlaris ini.

    Sementara itu, penyanyi yang melonjak dengan lagu Dan Sebenarnya,Yuna, 25, mengakui rutin hidupnya berubah sama sekali selepas bergelar artis rakaman.

    Pemegang Ijazah Pengajian Undang Undang Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu yang kini sedang melakar nama di pentas antarabangsa masih sempat berkongsi pengalaman peribadi bagaimana Watsons memudahkan urusan penjagaan dirinya dari hujung rambut ke hujung kaki.

    Dikesan bakatnya menerusi ruangan Myspace, anak kelahiran Alor Star, Kedah ini mengakui selepas bergelar artis rakaman, beliau sibuk dengan undangan persembahan, temu ramah, promosi dan pelbagai program lain menyebabkan rutin penjagaan diri berubah.

    "Kalau dulu cuci muka dua kali sehari, kini saya lebih kerap mencuci muka, makan vitamin dan bersenam," ceritanya yang mula membeli produk Watsons sejak belajar di sekolah menengah lagi.

    "Dalam membina kerjaya seni, penampilan diri sangat penting. Walaupun bakat menjadi perkara yang paling utama, kita perlu terima hakikat bahawa dari segi visual, penampilan diri juga memainkan peranan penting. Ini memberikan imej yang baik kepada diri, selain mempamerkan diri sebagai seorang artis yang sihat dengan penampilan baik," katanya.

    Kata penyanyi yang baru saja melancarkan album berjudul Decorate di AS ini, sejak dulu lagi beliau mengambil pati ayam setiap hari untuk menambah tenaga kerana cepat letih.

    Pengambilan pati ayam sangat membantu dalam menjalani hari-hari yang sibuk dan meletihkan. Yuna akan memastikan beliau berkunjung ke Watsons sebulan sekali untuk mendapatkan barangan penjagaan diri seperti sabun mandi dan syampu.

    Bukan itu saja, malah sejak Watsons memperkenalkan kad keahlian VIP kepada penggunanya baru-baru ini, pelbagai tawaran menarik dengan keistimewaan khusus untuk pemegang kad Watsons ditawarkan.

    Selain memberi nilai tambah kepada pengguna, kepelbagaian produk penjagaan diri seperti kosmetik, makanan ringan dan produk penjagaan diri menjadikan Watsons destinasi wajib buat Yuna yang mengamalkan pemikiran positif dan sentiasa melakukan yang terbaik dalam mengejar cita-citanya.


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Harian Metro: Hati

    Posted: 22 Apr 2011 07:13 PM PDT

    Harian Metro: Hati


    Tampil ringkas tetapi menyerlah

    Posted: 22 Apr 2011 08:50 AM PDT

    MENARIK, anggun, menyerlah, itulah tiga perkataan yang dapat menggambarkan himpunan terkini F&F yang dipertontonkan kepada media sempena Stylo Fashion Grand Prix, 5 April lalu.

    Pada malam itu, lebih 60 padanan pelbagai tema digayakan peragawati dan peragawan di dalam dewan gah bertemakan merah dan hitam. Bersama iringan muzik rancak dan segar, pentas peragaan silih berganti dengan gaya jalanan model profesional sama ada tempatan mahupun antarabangsa.
    Tumpuan tentunya pada himpunan musim luruh dan bunga 2011, digayakan barisan supermodel antarabangsa dan tempatan antaranya Tengku Azura dan Elaine Daily.

    Membuka tirai pertunjukan, himpunan segar gaya Grace Kelly, Marrakesh dan South Pacific diterjemahkan menerusi padanan gaun pendek berbunga dan polos.
    Kemudian diteruskan pada segmen seterusnya berkonsepkan Hula Girl, Sorbonne, Colour Code, Nomadic Traveller dan Paradise Lost dalam gaya santai dan sederhana serta sesuai dipakai sesiapa saja bagi menampilkan imej segar kepada si pemakai.
    Bukan itu saja, bagi penggemar himpunan yang punya kelas ke pejabat, F&F menampilkan kepelbagaian gaya sama ada untuk lelaki mahupun wanita. Padanan jaket, kemeja dan seluar ditampilkan ringkas, namun mampu menyerlahkan ketampanan lelaki manakala wanita ringkas bergaya dengan padanan blaus, skirt dan seluar berwarna lembut.

    Untuk gaya santai, padanan gaun labuh, blaus dan skirt serta legging berbunga pastinya mencuri tumpuan. Didatangkan dengan rona lembut setiap padanan menampilkan gaya berbeza sama ada ke majlis rasmi atau kasual.
    Mula dikenali di United Kingdom pada 2001, singkatan F&F yang membawa maksud Florence and Fred kini menjadi pilihan nombor satu wanita.

    Dikatakan seorang daripada empat wanita memilih F&F sebagai jenama pilihan mereka dan Malaysia dipilih menjadi negara ke sembilan selepas kejayaan di beberapa negara seperti Hungary, Turki, China, Korea dan Thailand.
    Malah, ketika Persidangan Minggu Peruncit di London, Ketua Pegawai Eksekutif Tesco United Kingdom, Terry Green berharap dalam jangka masa lima tahun F&F akan menjadi jenama fesyen terbesar dunia sama ada untuk lelaki, wanita mahupun kanak-kanak.
    Selain rekaan yang versatil, F&F sentiasa memahami kehendak pengguna yang inginkan barang berkualiti pada harga murah.
    Justeru, kehadiran F&F diharap dapat membuka lembaran baru dalam dunia fesyen, sekali gus menjadikan wanita dan lelaki bijak bergaya. F&F kini boleh didapati di semua rangkaian Tesco seluruh negara pada harga bermula RM29.90 ke atas.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Filem klasik 70-an cetus ilham

    Posted: 22 Apr 2011 08:09 AM PDT

    MEMILIH sebuah filem untuk dijadikan inspirasi dalam menghasilkan rekaan pakaian kini menjadi trend pereka fesyen kerana dianggap lebih menarik dan menjadi pilihan penggemar fesyen.

    Bagi menghasilkan koleksi musim panas 2011 yang lebih kreatif dan mengikut cita rasa masa kini, pemilihan filem khususnya dari Hollywood diambil dengan menjadikan suasana lokasi penggambaran dan aktres sebagai ilham oleh pereka fesyen.

    Tidak terkecuali jenama pakaian wanita, Raoul yang menjadikan filem klasik sebagai idea utama dalam rekaannya kali ini yang dikatakan mampu menjadi daya penarik terhadap koleksi yang dihasilkan.

    Menampilkan konsep rekaan yang elegan, segar, moden dan sofistikated bagi setiap koleksinya dengan mengambil ilham daripada filem klasik hebat 1970-an, The Passenger, ia memang memikat.


    Himpunan Raoul kali ini memaparkan gaya seksi dan berkeyakinan seumpama gandingan pelakon filem itu sendiri, Jack Nicholson dan Maria Schneider yang menampilkan pelbagai aksi dan gaya.


    Koleksi gaya ala pengembaraan yang memaparkan lokasi suasana di Afrika Utara dan selatan Perancis menghasilkan pelbagai jenis kemeja dan gaun labuh yang menonjolkan sentuhan vintaj era 70-an.

    Pakaian yang sesuai dipakai ketika hujung minggu, di pejabat mahupun mengembara itu menggunakan fabrik seperti shantung sutera, crepe sutera, sutera sifon, georgette sutera, broked, suede dan renda.

    Warna segar yang memainkan peranan penting dalam menghasilkan rekaan turut diambil kira. Justeru, Raoul menampilkan rekaannya dengan penerapan warna seperti biru muda, emas, krim, biru tua serta hijau dan perang lembut pada koleksi yang dihasilkannya.

    Penggayaan koleksi Raoul bertambah lengkap jika digayakan bersama aksesori seperti kasut baji, sandal bertali dan tumit tinggi kerana ia turut menghasilkan rekaan kasut yang sesuai dipadankan bersama pakaian yang dihasilkan.

    Aksesori tambahan seperti beg, subang dan rantai turut direka agar seiring dengan pakaian yang digayakan bagi menampilkan pemakaian yang sempurna dan menarik.

    Pakaian lelaki juga tidak dilupakan bagi koleksi musim panas yang berkonsepkan gaya lasak, licik dan yakin dalam padanan pakaian yang moden.

    Koleksi itu didatangkan dengan pelbagai warna segar dan berani seperti krim, coklat tua, merah jambu dan biru muda sesuai dengan mereka yang gemarkan gaya lasak dan berani.

    Misalnya, safari jaket yang direka dengan kocek di hadapan sesuai digayakan bersama kemeja dan seluar denim nampak kacak dan lasak apabila digayakan ketika mengembara menggunakan motosikal berkuasa tinggi.

    Selain itu, aksesori bagi lelaki juga ditampilkan kali ini seperti tali pinggang kulit atau kanvas, kasut, sandal dan beg yang direka khas bagi jejaka yang sukakan fesyen klasik moden ini.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Agrobiz

    Posted: 22 Apr 2011 03:12 PM PDT

    Utusan Online - Agrobiz


    Gagal dapat kerja, buka bisnes coklat

    Posted:

    Gagal dapat kerja, buka bisnes coklat

    Gagal dapat kerja, buka bisnes coklat


    LULUSAN Kejuruteraan Bioteknologi, Siti Fatimah Bedol kini berbangga mengusahakan perniagaan coklat dan tidak lokek untuk berkongsi pengalaman dengan sesiapa yang berminat. – utusan/Abdul Nazir Mohamed


    MENCEBURI bidang perniagaan bukanlah suatu perkara mudah kerana selain memerlukan komitmen yang tinggi ia juga merupakan satu cabang pekerjaan yang memerlukan seseorang itu tabah dan sanggup menghadapi risiko.

    Tambahan pula, perniagaan yang dipilih mempunyai banyak persaingan terutama daripada syarikat multinasional.

    Bagaimanapun, bagi mereka yang ingin terlibat dalam bidang ini, selain mempunyai pengalaman dinasihatkan juga agar memenuhkan ilmu mengenai perniagaan di dada.

    Bagi ibu muda dari Kota Bharu, Kelantan ini, dia sedikit pun tidak gentar malah menyahut cabaran suaminya walaupun tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang perniagaan.

    Hari ini, siapa tahu, tanpa sebarang pengalaman mahupun pengetahuan dalam bidang perniagaan, Siti Fatimah Bedol boleh dikategorikan sebagai usahawan berjaya.

    Berbicara lanjut mengenai penglibatannya dalam bidang perniagaan, Siti Fatimah mengibaratkannya sebagai bidan terjun.

    Ini kerana, menurut ibu kepada tiga orang cahaya mata ini, segala-galanya bermula apabila dia tidak pernah bernasib baik dalam setiap permohonan untuk mana-mana jawatan.

    Mempunyai kelulusan dalam bidang Kejuruteraan Bioteknologi, Siti Fatimah sememangnya tidak pernah berputus asa sehinggalah suatu hari suaminya mencadangkan agar dia mempelajari pembuatan coklat.

    Dari situlah segala-galanya bermula dan ada kalanya Siti Fatimah tidak menang tangan kerana permintaan tinggi.

    ''Alhamdulillah, berkat kesabaran serta semangat untuk menceburi bidang yang begitu asing, akhirnya saya berjaya mengharunginya.

    ''Permintaan terhadap coklat begitu tinggi tambahan pula coklat yang dibuat beraneka bentuk dan juga pelbagai perisa.

    ''Secara umumnya, coklat sesuai untuk kesemua majlis dan ia juga sesuai untuk dijadikan cendera mata kepada tetamu,'' ujarnya ketika ditemui di rumahnya di Seri Kembangan, Selangor baru-baru ini.

    Katanya lagi, hari ini coklatnya mendapat permintaan seluruh Malaysia dan tidak ketinggalan negara jiran, Brunei.

    Menggunakan bahan-bahan tempatan, Siti Fatimah pandai bermain dengan reka bentuk untuk menarik perhatian terutama di kalangan kanak-kanak.

    Dijual pada harga serendah 60 sen, harga coklat yang dijual juga bergantung kepada bentuk, saiz dan jenis.

    Jelas Siti Fatimah, selain mengambil tempahan, dia juga mengadakan kelas cara-cara membuat coklat.

    ''Selain menerima tempahan pelanggan, saya juga membuka peluang kepada sesiapa sahaja untuk mempelajari membuat coklat. Sebenarnya pembuatan coklat adalah mudah.

    "Untuk itu, saya dan suami

    menyediakan pakej seperti belajar membuat coklat dan juga blog

    untuk pemasaran.

    ''Insya-Allah, sekiranya ia dilakukan bersungguh-sungguh, ia pasti mendatangkan keuntungan dan kebaikan,'' katanya.

    Bagi mereka yang berminat untuk mempelajari pembuatan coklat, bolehlah hubungi Siti Fatimah di talian 019-2408015 atau layari www.belajarcoklat.com serta http://shocolats.blogspot.com untuk melihat sendiri apa yang ditawarkan.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan