Selasa, 26 April 2011

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Utusan Online - Keluarga

Posted: 26 Apr 2011 01:16 PM PDT

Utusan Online - Keluarga


Akses mudah lakukan pengguguran

Posted:

Akses mudah lakukan pengguguran

Akses mudah lakukan pengguguran

Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA
maria.zakaria@utusan.com.my


Gejala pembuangan bayi tidak mustahil bermula daripada perbuatan pengguguran bayi.


OK, di sini memang boleh buat pengguguran bayi, apa lagi soalan?'' Ini adalah sebahagian daripada perbualan antara penulis dengan seorang doktor di salah sebuah klinik swasta di ibu kota, baru-baru ini.

Daripada perbualan tersebut cukup untuk menggambarkan bahawa akses bagi melakukan pengguguran bayi di negara ini cukup mudah - janji individu itu mempunyai kekuatan diri dan paling penting ada duit, semua boleh dilakukan.

Apakah ini mungkin antara punca menyebabkan gejala pembuangan bayi di negara ini tidak berkesudahan? Malah, jika diteliti melalui laporan di dada-dada akhbar, sebahagian kes pembuangan bayi membabitkan janin-janin yang tidak cukup bulan.

Perkembangan ini juga sudah tentu satu tamparan hebat terhadap usaha-usaha membanteras gejala seks bebas termasuk pembuangan bayi terutama di kalangan golongan remaja.

Lazimnya, pengguguran bayi banyak dilakukan oleh gadis-gadis yang hamil di luar nikah dan ia dilakukan bagi mengelak kandungan mereka diketahui umum sekali gus memalukan keluarga.

Aktiviti ini turut dilakukan oleh wanita-wanita yang sudah berkahwin, yang mempunyai alasan tersendiri seperti belum bersedia menimang cahaya mata, mahu membina karier terlebih dahulu atau bimbang dengan bebanan hidup yang akan bertambah.

Masyarakat sekeliling terutama mereka yang beragama Islam seharusnya sedar bahawa pengguguran janin merupakan dosa besar yang dilaknat Allah SWT.

Ini kerana ia melibatkan pembunuhan satu nyawa manusia yang lain.

Baru-baru ini, kerana inginkan maklumat mengenai pengguguran bayi, penulis bersama seorang rakan telah menyamar sebagai pasangan kekasih yang 'terlanjur' mengunjungi klinik tersebut untuk 'menggugurkan' kandungan.

Bagi mendapatkan gambaran lebih jelas, ikuti perbualan antara penulis bersama doktor di klinik tersebut.

Penulis (P): Sini boleh buat gugur (bayi)?

Doktor (D): Kali pertama (gugur bayi)?

P: Kali pertama.

D: Kenapa nak gugur? Sudah kahwin?

P: Belum.

D: Berapa besar (bulan)?

P: Tak tahu.

D: Lewat berapa minggu?

P: Satu minggu.

D: Bagus.

P: Bagus?

D: Kenapa saya cakap bagus sebab lewat seminggu, kita menjangkakan ia tidak besar, biasanya dia masih kecil dan tidak ada jantung. Masih O.K lagi dan kalau sudah ada jantung kita berat hati sikit untuk buat (pengguguran). O.K. Soalannya boleh buat? Boleh. Seterusnya?

P: Kalau boleh buat, berapa harganya doktor?

D: Harganya biasa di sini ada dua cara, cara lama cuci atau cara baru makan ubat saja tak perlu cuci. Bezanya cara lama cepat tapi lebih berisiko.

P: Cara lama yang cuci?

D: Ya cara lama D&C ( prosedur yang dilakukan selepas keguguran bayi), masukkan alat ke dalam rahim boleh berlaku pendarahan, luka dan risiko jangka panjang manakala cara ubat pula hanya makan ubat untuk keluarkan tanpa perlu cuci apa-apa, dia jauh lebih selamat tapi ambil masa tiga hari.

P: Maksud doktor tiga hari macam mana?

D: Awak kena datang sekali, makan ubat. Lepas tiga hari datang lagi dan kita akan masukkan ubat ke tempat seks sahaja tanpa perlu kacau apa-apa. Ini cara baru.

P: Kalau makan ubat, dia (janin) keluar habis ke doktor?

Doktor: 97 peratus, ubat ini datang dari UK (United Kingdom) dan ubat ini memang khas untuk gugur. Selepas seminggu datang balik untuk check up.

P: Sakit tak?

Doktor: Sakit, macam period (datang haid).

P: Cara lama lagi sakit?

D: Dua-dua cara pun sakit, mustahil 'benda' nak keluar kamu tak sakit.

P: Kalau pandangan doktor?

Doktor: Pada saya awak berdua kena tentukan.

P: Harga (bayaran untuk proses pengguguran)?

D: Harga untuk kedua-dua cara sama. Dari A hingga Z sampai habis sampai check up RM1,000. Yang penting awak kena fikir apa yang awak lebih selesa.

P: Tak kisah berapa bulan?

D: Untuk kes bawah tiga bulan dan yang baru. Bincang elok-elok.

P: Adakah selepas ini saya akan sihat sepenuhnya dan tiada apa-apa kesan selepas itu?

D: Jangan susah hati, itu kerja saya. Saya akan pastikan anda sihat.

P: Bila waktu yang sesuai untuk saya datang?

D: Bila-bila tetapi lebih baik lagi cepat lagi bagus. Tetapi dinasihatkan agar telefon saya dahulu.

P: Adakah selepas itu saya perlu cuti?

D: Tak perlu, anda boleh bekerja atau melakukan aktiviti seperti biasa.

Daripada perbualan tersebut secara tidak langsung boleh diandaikan bahawa melakukan pengguguran amat mudah, bahkan boleh memilih cara mana yang disukai.

Walaupun begitu, doktor yang ditemui penulis ini begitu baik hati kerana selain menasihati penulis agar berhati-hati di kemudian hari, beliau turut mencadangkan beberapa kaedah untuk pencegahan.

Menurut doktor tersebut lagi, dia mempunyai pelaku tetap di mana sudah empat kali datang melakukan pengguguran.

Apa yang menyedihkan, katanya, rahim wanita tersebut hampir nak pecah akibat terlalu banyak membuat pengguguran.

Bagaimanapun, jelas doktor tersebut, kalau fikir duit memang dia suka tapi beliau turut menasihati agar kita berfikir apa yang dilakukan pasti ada akibatnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gugur bayi penjara tujuh tahun

Posted:

Gugur bayi penjara tujuh tahun

Gugur bayi penjara tujuh tahun

PENGGUGURAN janin yang semakin berleluasa tanpa sebarang perasaan rasa bersalah hari ini menunjukkan bahawa aktiviti tersebut seolah-olah 'halal' dilakukan.

Selain itu, pengguguran juga dilihat mudah dilakukan di mana-mana tanpa mengira tempat dan waktu.

Jika dilihat dari segi perundangan di Malaysia, pengguguran anak merupakan satu jenayah.

Ini kerana, daripada perspektif undang-undang, perbuatan menggugurkan anak sangat serius kerana menyebabkan kematian.

Menurut Pensyarah Jabatan Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Datin Noor Aziah Mohd. Awal, mengikut Seksyen 312, Kanun Keseksaan, individu yang menggugurkan anak boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sebaliknya, jika janin yang digugurkan itu sudah bersifat maka mereka yang terlibat boleh dikenakan penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

''Kita bercakap mengenai undang-undang di Malaysia dan di Malaysia semua pengguguran tidak dibenarkan sama sekali dan sekali gus menunjukkan bahawa undang-undang tersebut amat ketat.

''Daripada situ kita tahu bahawa pengguguran janin merupakan satu jenayah yang mesti dibendung kerana doktor tidak boleh mencabut nyawa bahkan tugas utama mereka adalah untuk menyelamatkan nyawa.

''Tetapi jika dilihat seksyen 312, ia memberi kelonggaran kepada seorang doktor untuk membuat pengguguran jika doktor itu mendapati bahawa pengguguran itu sangat perlu untuk kesihatan ibu yang mengandung atau kandungan itu akan menyebabkan kecelakaan kepada fizikal dan mental pesakit itu,'' ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Beliau menegaskan, dalam hal ini juga sekiranya pelaku tersebut yang meminta untuk digugurkan kandungannya maka dia boleh didakwa.

Bukan itu sahaja malah undang-undang di Malaysia turut menyatakan pengguguran tidak boleh dilakukan tanpa sebab; mana-mana doktor yang menggugurkan kandungan seorang wanita tanpa sebab juga melakukan kesalahan dan asasnya ialah yang pergi dan membuat (pengguguran) boleh didakwa.

Tambah Noor Aziah, pengguguran di negara ini seolah-olah satu aktiviti yang dibenarkan dan hal tersebut terjadi kerana tiada laporan yang dilaporkan.

Katanya, aktiviti tersebut dapat disekat dan diambil tindakan sekiranya terdapat laporan atau aduan yang dibuat.

Ini kerana tanpa laporan, pihak berkuasa tidak dapat berbuat apa-apa, jauh sekali mahu bertindak terhadap mereka yang bersalah.

''Dalam hal ini, siapa yang hendak membuat laporan? Ini kerana mereka yang membuat laporan mestilah terdiri daripada pelaku dan pembuat (doktor) itu sendiri dan ini secara tidak langsung menjerat diri mereka.

''Jika laporan dibuat pun, anda bayangkan klinik-klinik yang dikunjungi tidak menyimpan sebarang rekod pelaku seperti nama ataupun nombor kad pengenalan.

''Dalam erti kata lain, klinik yang menawarkan perkhidmatan tersebut boleh menafikan perkara tersebut dan ia terlepas begitu sahaja ,'' katanya lagi.

Di akhir perbualan, Noor Aziah turut menekankan, dalam hal ini, pengamal-pengamal perubatan juga sepatutnya mempunyai integriti dan tidak hanya memikirkan soal keuntungan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Varia

Posted: 26 Apr 2011 11:04 AM PDT

Kosmo Online - Varia


Avokado buah kaya nutrisi

Posted:

Avokado buah kaya nutrisi

Avokado buah kaya nutrisi

Oleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN


BUAH avokado kini dipromosi menjadi sebahagian diet sihat dalam kalangan masyarakat Malaysia.


BUAH avokado jarang sekali dimakan sebagai menu pencuci mulut oleh masyarakat setempat. Sedangkan hakikatnya, avokado merupakan antara buah terbaik yang tersenarai antara beberapa jenis buah-buahan yang lemaknya terdiri daripada jenis lemak tidak tepu seperti buah zaitun dan kacang tanah.

Tetapi kini, banyak pendedahan mengenai nutrisi dan khasiat yang terkandung di dalamnya menyebabkan buah avokado menerima populariti yang semakin tinggi.

Menurut Pakar Hortikultur dari Queensland, Jodie Campbell selain daripada produk kecantikan, buah avokado juga sangat sesuai dimasukkan dalam pelbagai jenis hidangan masakan Barat mahupun Asia.

"Hanya dengan sedikit tambahan, ia mampu memberi kita manfaat kesihatan harian yang sangat diperlukan oleh badan. Buah avokado juga mengandungi lemak tidak tepu yang membantu mengekalkan berat badan seimbang selain mempunyai kandungan gula dan garam yang rendah.

"Ia juga mengandungi nutrien lain seperti vitamin A, B termasuk B6, niasin dan riboflavin, C dan E. Malah, ia juga mengandungi mineral seperti zat besi, magnesium dan kalium selain diperkaya dengan fiber dan folat. Namun, ia bebas sodium dan kolesterol," katanya yang hadir untuk mempromosikan buah tersebut di Berjaya University College of Hospitality (BUCH) untuk sebuah program latihan A Taste of Australian Avocados baru-baru ini.

Program interaktif itu dianjurkan oleh Euro-Atlantic Sdn. Bhd. yang merupakan pengimport buah-buahan, sayuran dan beberapa jenis makanan laut yang segar dan beku. Program itu dihadiri lebih 100 peserta daripada pelbagai sektor perniagaan termasuk dari hipermarket, supermarket dan peruncit.

Selain menceritakan khasiat buah tersebut, Campbell yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam bidang nutrisi buah avokado, turut berkongsi pelbagai topik berkaitan buah avokado termasuk cara yang betul untuk memegang buah tersebut, proses penghantaran dan bekalan. Tidak ketinggalan beliau memberi tip mengenai cara pemasaran buah berkenaan.

"Selalunya apabila kita membeli buah kita akan picit di bahagian tengah-tengah, tetapi disebabkan buah avokado mempunyai tekstur yang lembut, cara yang betul ialah dengan hanya menggenggam sedikit sahaja," kata Campbell yang turut memberitahu tekstur avokado masak yang lembik sesuai dijadikan makanan pertama bayi.

Katanya, kandungan lemak mono tidak tepu dalam avokado penting untuk tumbesaran bayi. Hanya dengan melecek isinya, tersedia satu jenis hidangan bayi yang berkhasiat.

Dalam pada itu, seorang chef, Malcolm Goh turut mendemontrasi cara mudah menyediakan menu sihat iaitu Avocado Zimbabwe.

Tambah Campbell, pihaknya kini banyak mempromosikan kebaikan buah avokado kepada orang ramai kerana ramai yang kurang faham mengenai buah tersebut.

"Buah avokado juga boleh membantu mengurangkan kadar kolesterol dan baik untuk hati manakala kandungan vitamin E nya bagus untuk kulit," katanya.

Sementara itu Penolong Pembekal Luar Negara Euro-Atlantic, Su'aidah Ahmad berkata, pihaknya memilih untuk mempromosikan buah avokado dari Australia atas permintaan tinggi pelanggan.

"Kami dapati pelanggan lebih gemar memilih avokado Australia berbanding Mexico dan Sepanyol kerana kualiti dan rasa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 26 Apr 2011 09:27 AM PDT

Utusan Online - Johor


Pantau penjaja makanan ringan

Posted:

Pantau penjaja makanan ringan

Pantau penjaja makanan ringan

Saudara Pengarang,
BAPA RISAU
Muar


Sekumpulan pelajar berjalan melintasi penjaja makanan ringan di luar pagar SMK Sri Muar di Jalan Ibrahim, Muar, baru-baru ini.


KEGIATAN penjaja di kawasan berhampiran sekolah-sekolah di bandar Muar pada masa ini dikhuatiri membawa pengaruh buruk dengan berlakunya penjualan rokok kepada pelajar.

Perkara tersebut difahamkan telah lama berlaku di sebuah sekolah di Jalan Ibrahim, di sini namun pihak sekolah tidak mampu berbuat apa-apa memandangkan penjaja tersebut beroperasi di luar kawasan premis sekolah.

Perniagaan oleh penjaja tidak bertanggungjawab itu cukup licik kerana ia menarik tumpuan kepada pelajar yang baru selesai sesi persekolahan dan jualan dilakukan secara tersembunyi.

Dipercayai, penjaja yang menjual pelbagai jenis makanan ringan tersebut menjual rokok dengan harga 50 sen sebatang dan ia nyata bertentangan dengan peraturan sedia ada.

Masalah rokok ini jika tidak diberi perhatian boleh menyebabkan para pelajar terlibat dalam kegiatan tidak bermoral termasuk samseng dan buli.

Bukan sahaja masalah rokok, malah, penjualan makanan ringan tersebut juga adalah tidak baik khususnya untuk kesihatan para pelajar.

Diharap pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat menguatkuasakan larangan menjual kepada penjaja di kawasan berhampiran sekolah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bersihkan grafiti yang menyemak mata

Posted:

Bersihkan grafiti yang menyemak mata

Bersihkan grafiti yang menyemak mata

Saudara Pengarang,
PENCINTA SENI
Johor Bahru


ANTARA lukisan grafiti yang mencacatkan pemandangan di bandar raya Johor Bahru.


LUKISAN grafiti boleh dianggap sebagai seni yang digunakan oleh pelukisnya untuk meluahkan perasaan.

Seni grafiti sekiranya dilukis di tempat yang betul akan menjadi sesuatu yang indah, tetapi jika sebaliknya ia hanya akan menyemak mata yang memandang.

Antara lukisan grafiti yang boleh dilihat sekitar bandar raya Johor Bahru adalah di jejambat Jalan Tun Abdul Razak dan Susur 2, Jalan Tun Abdul Razak berhampiran pusat beli-belah Danga City Mall.

Kebanyakan lukisan itu memaparkan antaranya imej, perkataan dan corak berwarna-warni.

Lukisan tersebut telah sekian lama 'menghiasi' dinding dan tembok berkenaan namun, tiada usaha yang dilakukan oleh pihak berwajib untuk mengatasinya.

Bagi saya, mungkin pihak yang berkenaan boleh menyediakan kawasan khas untuk pelukis grafiti berkarya.

Saya berharap agar lukisan grafiti yang ada sekarang ini dibersihkan dengan segera agar tidak mencacatkan pemandangan bandar raya ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Feminin

Posted: 26 Apr 2011 09:13 AM PDT

Utusan Online - Feminin


Pengalaman baru di kaunter Clinique

Posted:

Pengalaman baru di kaunter Clinique

Pengalaman baru di kaunter Clinique

Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar NUR SYADILA AMARI (Pelatih Politeknik Johor Bahru)


Sharyn Wong di tepi kaunter jualan Clinique terbaru di Mid Valley, Kuala Lumpur.


CLINIQUE, jenama pertama yang dibangunkan oleh pakar dermatologi dengan keluaran produk penjagaan kulit yang diuji alahan dan 100 peratus tanpa bahan pewangi kini memberi pengalaman baru kepada pengguna di pusat perkhidmatan baru mereka di Mid Valley, Kuala Lumpur.

Mengetengahkan konsep Clinique Service As You Like It, ia menawarkan perkhidmatan yang pelbagai dan cara baru untuk membeli produk kecantikan di kaunter.

Mendapat inspirasi daripada wanita-wanita hari ini serta tabiat membeli-belah mereka, kaunter tersebut menerapkan rekaan dan teknologi moden untuk meningkatkan fungsi dan memudahkan pelaksanaan konsepnya.

Menempatkan ciri baru seperti bar bedak asas (foundation bar) yang memberi ruang melihat alat solek dan penjagaan kulit dan pada masa yang sama menggalakkan pengguna untuk mencuba dan memilih produk dalam suasana santai.

Di samping itu, kaunter jualan terbaik (best sellers wall) turut dibuka di mana ia menawarkan produk-produk yang paling laris ketika itu.

Menurut Pengurus Besar Jenama Clinique, Sharyn Wong, pihaknya amat berbangga kerana dapat mempamerkan pengalaman membeli-belah yang baru dan serba moden kepada para pelanggannya.

"Dalam usaha memenuhi kehendak pelanggan, kami dapati wanita hari ini sebenarnya mencari pengalaman membeli-belah yang berbeza berdasarkan kepada mood dan seboleh-bolehnya mereka bukan sahaja mahu melihat tetapi juga mahukan perkhidmatan atas permintaan.

''Berpegang teguh daripada situlah, konsep baru ini menawarkan pengguna peluang dan pilihan untuk dilayan berdasarkan kepada syarat-syarat pengguna sendiri iaitu pada masa yang sesuai dan perkhidmatan yang digemari mereka.

''Kami mencipta kaunter berkonsep baru yang mampu berkomunikasi dengan pengguna daripada setiap sudut,'' ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Berkeluasan 493 kaki persegi dan terletak di pusat membeli-belah paling sibuk di ibu kota, kaunter tersebut telah direka bentuk semula secara menyeluruh bagi membolehkan ia menawarkan tahap berbelanja yang pelbagai dengan perkhidmatan yang ditempah khas sekali gus meningkatkan pengalaman membeli-belah secara keseluruhan dan pengguna dapat berhubung dengan identiti jenama ini.

Tambah Sharyn, dengan menawarkan pelanggannya suasana yang menarik, pihaknya sekaligus mahu memansuhkan sekatan fizikal yang lazimnya diamalkan di kaunter-kaunter kecantikan sedia ada.

Clinique Service As You Like It bermaksud pengguna boleh turut serta dalam satu atau semua pengalaman membeli-belah berdasarkan keperluan dan mood masing-masing.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jam mewah, kelas tersendiri

Posted:

Jam mewah, kelas tersendiri

Jam mewah, kelas tersendiri

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
Foto SAIFUL BAHARI ASHARI

PERANAN jam tangan tidak lagi terhad kepada alat penunjuk waktu. Ia kini menjadi lambang kemewahan, personaliti dan status si pemakai. Jam tangan mewah juga menjadi idaman semua golongan sama ada lelaki atau wanita sebagai pelengkap diri. Bagi sesetengah orang, memiliki jam tangan mewah bukan hanya kerana ia dilihat sebagai aksesori mahal malah kerana tarikan kualiti dan juga untuk kepuasan diri.

Itulah yang dapat dilihat pada setiap koleksi Roger Dubuis yang merupakan pengeluar jam tangan berjenama mewah dalam kelasnya tersendiri.

Biarpun harganya mencecah ratusan ribu, jumlah mereka yang meminati jenama itu kian meningkat saban tahun.

Kebanyakan pembeli Roger Dubuis tertarik dengan setiap langkah di sebalik pembuatannya, model yang ditawarkan, kepuasan diri dan seni kehalusan buatan barangan tersebut.

Mereka menganggap memiliki jam tangan tanda satu kepuasan atau status diri yang tinggi.

Mungkin tidak semua golongan mampu memilikinya namun teknologi serta rekaan seni pembuatan jam tangan ini menerajui elemen aksesori mewah dan moden.

Walau ke mana pun destinasi yang dituju, tangan yang memakai Roger Dubuis pasti nampak gah di samping menyerlahkan keyakinan di pemakai.

Rekaan

Jika dilihat pada rekaan Roger Dubuis, kebanyakannya didominasi trend hitam dan putih. Warna-warna itu dilihat penuh misteri, provokatif, dan seksi. Jam tangan hitam dikelilingi berlian menjadikan malam anda tidak berlalu seperti biasa. Antara lain, jam tangan wanita Roger Dubuis memaparkan batu berlian pelbagai potongan kecil di sekeliling senggat masa berenamel perak yang bergemerlapan. Perincian gaya lasak dan memaparkan pergerakan jam tangan mekanikal menarik perhatian untuk lelaki. Memenuhi keperluan golongan muda dan pengguna yang sentiasa mengikuti perkembangan fesyen dunia, Roger Dubuis menampilkan warna yang lebih menarik seperti ungu dan putih untuk wanita bergaya dan berjiwa remaja. Buat lelaki penuh misteri di luar sana, jam tangan berintegrasi, menggunakan keluli tahan karat yang melindungi permukaan jam menanti anda.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Kesihatan

Posted: 26 Apr 2011 03:14 AM PDT

Utusan Online - Kesihatan


Belon untuk kuruskan badan?

Posted:

Belon untuk kuruskan badan?

Belon untuk kuruskan badan?

Oleh Nurulhuda Che Das


Dr. Ryan Ponnudurai menunjukkan peralatan yang digunakan bagi merawat Azhar Jamal.


HAMPIR lima tahun, Azhar Jamal, 35, telah mencuba pelbagai kaedah untuk menurunkan berat badan, namun usahanya masih menemui jalan buntu.

Beliau berdiet dan mengambil pil untuk mengurangkan berat badannya yang mencecah 135 kigogram(kg), tetapi masih tidak berubah sehingga menyebabkan beliau sering rasa letih dan tidak bermaya ketika melakukan kerja harian.

Azhar mula mengalami masalah berat badan selepas tidak lagi aktif bersukan kira-kira lima tahun lepas dan ditambah pula dengan amalan pemakanan yang tidak sihat sepanjang tempoh berkenaan.

"Ketika saya melakukan pemeriksaan kesihatan, kolestrol dan tekanan darah saya tinggi. Doktor nasihatkan saya supaya turunkan berat badan bagi mengelak menghidapi penyakit lain yang lebih teruk.

"Sejak itu macam-macam cara saya cuba untuk kuruskan badan seperti diet, minum jus, makan pil namun berat badan saya tetap sama," kata anak kelahiran Kuala Lumpur itu.

Sehinggalah pada awal tahun lepas dia mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pakar diet di Pusat Perubatan Prince Court yang mengesyorkan jadual pemakanan dan diet seimbang dalam usaha untuk menguruskan berat badannya.

Pakar berkenaan juga telah mengesyorkan prosedur yang dinamai endoscopic placement of gastric balloon dan akhirnya kini beliau berjaya memperoleh berat badan yang ideal iaitu 93 kg hanya dalam masa enam bulan.

"Melalui prosedur ini saya tidak perlu 'mengorbankan' makanan kegemaran saya iaitu nasi kandar dan tetap makan lima kali sehari, saya hanya perlu kurangkan saiz makanan itu dan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

"Belon yang diletakkan sementara dalam perut itu membuatkan kita cepat kenyang bila makan dan selepas enam bulan belon itu akan dikeluarkan, namun kita perlu meneruskan amalan pemakanan yang baik serta bersenam bagi mengekalkan berat badan ideal.

"Kawan-kawan juga terkejut dengan perubahan berat badan saya sehingga ada yang tak kenal saya lagi, masalah selalu penat dan tak bertenaga juga sudah hilang. Saiz baju yang saya pakai dulu XXXL juga dah bertukar jadi XL," katanya.

Prosedur sementara

Sementara itu Perunding Pakar Gastroenterologi Prince Court Medical Centre, Datuk Dr. Ryan Ponnudurai berkata, belon gastrik yang diletak menggunakan endoskop adalah direka bagi membantu mengurangkan berat badan seseorang secara ideal iaitu purata 20 kg atau lebih.

Untuk layak menjalani prosedur berkenaan yang tidak memerlukan pembedahan itu katanya, seseorang itu perlu mendapat motivasi dan bersedia untuk menjalani secara serius program yang diselia secara perubatan untuk diet dan senaman.

"Prosedur itu hanya dilakukan ke atas pesakit yang memenuhi beberapa kriteria. Pertama, pesakit hendaklah tidak begitu obes, tetapi hanya mempunyai berat badan yang lebih. Mereka mungkin baru sahaja naik berat badan atas beberapa sebab dan mahu kembali ke berat badan asal masing-masing," katanya.

Dr. Ponnudurai berkata, belon itu akan dimasukkan ke dalam perut untuk tempoh sementara selama enam bulan bagi menimbulkan rasa cepat kenyang dan sentiasa kenyang selepas makan.

"Mereka yang (pesakit) datang, perlu berpuasa semalaman sebelum kami memasukkan alat skop, letakkan belon di kedudukannya dan ia selesai. Dalam belon yang kecil itu, kami masukkan 500 cc air garam dan biarkannya dalam perut.

"Kami letakkan pesakit di pusat itu untuk satu malam. Sebenarnya mereka sudah boleh balik pada hari yang sama tetapi kami mencadangkan agar mereka bermalam sahaja di pusat itu.

"Kami masukkan belon itu dalam perut agar anda tidak boleh makan dengan banyak. Itulah tujuannya. Anda akan sentiasa kenyang dan tiada rasa nak makan," katanya.

Dr. Ponnudurai berkata, jumlah berat yang patut dikurangkan dan dikekalkan oleh pesakit adalah bergantung kepada bagaimana mereka mengikut arahan diet, senaman dan perubahan cara hidup dalam jangka panjang.

"Sebelum prosedur itu bermula, pesakit akan dinilai sepenuhnya oleh pakar psikologi dan diet untuk menentukan prosedur yang sesuai dijalankan ke atas pesakit dan faedah yang akan diperoleh oleh pesakit", katanya.

Dr. Ponnudurai berkata, pesakit akan mengalami ketidak selesaan untuk beberapa hari sementara perut dapat menyesuaikan diri dengan belon. Kemungkinan mereka akan mengalami rasa pening dan muntah selepas prosedur itu.

"Namun ia akan hilang mengikut masa. Mereka perlu mengambil makanan berbentuk cecair untuk dua hari. Setelah mereka dapat menyesuaikan diri dengan belon itu, mereka boleh meningkatkan diet," katanya.

Dr Ponnudurai berkata, kos untuk keseluruhan prosedur itu tidak lebih RM15,000.

"Seramai 15 pesakit telah menjalani prosedur itu sejak kami memulakannya kira-kira dua tahun lepas. Hasilnya memuaskan setakat ini: kesemua pesakit dapat mengurangkan purata 20 kg," katanya. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

NuvaRing alat cegah hamil terkini

Posted:

NuvaRing alat cegah hamil terkini

NuvaRing alat cegah hamil terkini

Oleh Rosmah Dain
Gambar ASREY KHUZAIREY SALIM


Dr. Frans Roumen


MAKAN pil, suntikan, implanon, intrauterine device (IUD) dan tampalan (patch), adalah antara kaedah yang biasa didengar dan digunakan golongan wanita dalam membantu untuk menjarak atau merancang kehamilan.

Pil harian adalah alat pencegah kehamilan yang menjadi pilihan golongan wanita di negara ini untuk menjarakkan kehamilan, namun hasil kajian mendapati sebanyak 71 peratus daripada pengguna ini dilaporkan terlupa ataupun tertangguh mengambil pil perancang harian mereka mengakibatkan mereka berasa resah dan menyebabkan kehamilan yang tidak dirancang.

Kini untuk golongan wanita pada abad ke-21, alat perancang kehamilan yang digunakan sekali sebulan, NuvaRing (gelang faraj etonogestrel/ethinylestradiol), boleh didapati bagi memudahkan wanita di samping tahap keselamatan dan keberkesanan yang sama ditawarkan sebagaimana pil.

Dalam kajian klinikal, NuvaRing adalah 99 peratus berkesan terhadap pencegahan kehamilan apabila digunakan dengan betul.

NuvaRing adalah kaedah pencegah kehamilan yang sesuai bagi wanita muda yang ingin merancang keluarga, ibu-ibu yang ingin menjarakkan kelahiran anak dan wanita yang masih kedatangan haid dan tidak mahu risiko kehamilan secara tidak sengaja.

NuvaRing bukanlah satu produk baru. Sejak enam tahun lalu, alat ini sudahpun digunakan di negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Australia dan Eropah.

Menurut Pakar Perunding Obstetrik Dan Ginekologi Pusat Perubatan Atrium Heerlen, Netherlands, Dr. Frans Roumen, NuvaRing merupakan gelang lut sinar yang lembut dan mudah dilentur berdiameter ukuran 5.4 sentimeter dan ketebalan 4 milimeter.

Katanya, gelang pencegah kehamilan ini dimasukkan ke dalam faraj pada hari yang ditetapkan setiap bulan dan dibiarkan selama tiga minggu dan pada minggu keempat, gelang dikeluarkan selama seminggu agar wanita tadi mengalami haid bulanan mereka.

"Kebanyakan wanita boleh memasukkan sendiri NuvaRing ke dalam faraj selepas diberi penerangan oleh doktor sakit puan dan perbidanan dan mereka juga boleh mengeluarkannya kerana ia adalah satu perkara yang mudah.

"Setelah gelang dimasukkan, otot faraj akan memegangnya dengan rapi pada tempatnya. Gelang tidak akan hilang di dalam faraj mahupun terjatuh atau terkeluar kerana bukaan serviks terlalu kecil untuk membenarkannya lalu mahupun ketika wanita itu melakukan aktiviti lasak seperti contohnya bersukan.

"Sama seperti pil perancang, NuvaRing mengandungi dua jenis hormon seks wanita iaitu etonogestrel dan ethinylestradiol secara konsisten dari gelang ini dan diserap melalui dinding faraj ke dalam aliran darah," katanya pada majlis pelancaran alat pencegah kehamilan itu oleh MSD, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambah Roumen, wanita tidak perlu risau tentang kedudukan NuvaRing di dalam faraj mereka kerana ini tidak menjejaskan keberkesanan pencegah kehamilan.

Dalam kajian klinikal yang melibatkan 2,322 wanita, katanya, kebanyakan golongan ini dapat menerima NuvaRing dengan baik dan tidak menyebabkan kesan sampingan, tidak memudaratkan dan ia juga memberi kesan yang neutral terhadap berat badan.

"Mungkin ramai tertanya apakah alat ini akan 'dirasai' oleh pasangan ketika hubungan seksual, hasil kajian, kita juga dapati 85 peratus daripada pengguna menyatakan pasangan mereka tidak merasai sebarang perbezaan ketika melakukan aktiviti seksual dan sebenarnya alat ini boleh dikeluarkan kira-kira tiga jam sebelum dimasukkan kembali bagi proses perhubungan ini dilakukan," tambahnya.

NuvaRing bagaimanapun tidak melindungi wanita daripada jangkitan HIV dan penyakit kelamin lain. Alat ini juga tidak boleh digunakan oleh wanita yang mempunyai sejarah penyakit strok dan serangan jantung, wanita yang menghidap kanser tertentu atau oleh wanita yang hamil.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Rekreasi

Posted: 26 Apr 2011 01:19 AM PDT

Utusan Online - Rekreasi


Menebas semak ke puncak Muntahak

Posted:

Menebas semak ke puncak Muntahak

Menebas semak ke puncak Muntahak

Oleh Rohana Man
rohana.man@utusan.com.my



IMPIAN Hasnah Abdullah untuk mendaki gunung Muntahak di Hutan Simpan Panti, Johor tercapai jua akhirnya. Hasnah yang lebih mesra disapa Cik Nah 'mengidam' sejak dua tahun lalu untuk ke puncak gunung itu. Ibu kepada lima anak dan 10 cucu itu memberitahu penulis bahawa walaupun usianya mencecah 59 tahun, beliau tekad mendaki gunung. Memulakan minat itu pada 2007, antara gunung yang telah didakinya adalah Ledang, Belumut, Tahan, Yong Yap, Angsi dan Nuang.

Mengenali wanita warga emas itu, timbul tanda-tanya bagaimana beliau jatuh cinta dengan aktiviti lasak pada usia yang lewat. Menjelaskan itu, Cik Nah berkata: "Saya dah tak ada apa-apa yang nak dibuat. Di rumah, hanya tinggal saya, suami dan dua anak yang sudah dewasa."

Minat mendaki bermula apabila Cik Nah kerap mendaki gunung Lambak berdekatan rumahnya di Kluang. Selepas solat Asar, Cik Nah akan berjoging dari rumah ke kaki gunung, kemudian mendaki sampai ke puncak.

Bersama pendaki dari Kelab OGKL dan Kelab Mendaki Gunung Rengit, Cik Nah merealisasikan impian ke puncak gunung Muntahak pada 9 April lalu.

Selepas sarapan di Bandar Petri Jaya, kumpulan seramai 33 orang bersama penunjuk arah, Noh Ismail berkonvoi menempuh ladang sawit seluas saujana mata memandang. Kami tiba di pintu rimba, meletak kenderaan dan memulakan pendakian tepat pukul 10.30 pagi.

Menurut Presiden Kelab OGKL, Afif Che Embi, 34, gunung Muntahak dipilih kerana ia antara gunung yang jarang didaki.

Tarikan air terjun

"Memang minat OGKL untuk mendaki gunung-gunung yang tidak dikenali ramai, selain gunung-gunung yang biasa didaki bagi menambah pencapaian ahli. Selain itu, gunung ini juga mempunyai tarikan air terjun yang cantik di sungai Ulu Tengkil," katanya.

Trek yang dilalui adalah pelbagai iaitu dimulai dengan trek jalan tanah merah, kawasan berselut, tepi lombong, paya berlumpur hitam, sungai, air terjun dan trek hutan yang dipenuhi semak, rotan, mengkuang dan halangan balak tumbang. Sebelum meredah kawasan berselut, kami menemui banyak tapak kaki harimau belang yang bersaiz sebesar tapak tangan.

Kawasan selut yang diredah begitu mencabar kerana jika tersilap langkah pasti seseorang itu akan terbenam sehingga ke paras paha. Melepasi kawasan paya berlumpur, kedengaran dari jauh bunyi aliran sungai yang menenangkan. Sebaik tiba di sungai Ulu Tengkil, kami berehat sekejap. Tidak lama kemudian kami meneruskan perjalanan sehingga tiba di air terjun tingkat satu untuk makan tengah hari.

Di situ, kami meninggalkan beg galas yang besar dan hanya memikul beg galas kecil menuju ke puncak. Sebelum itu, kami singgah di air terjun tingkat tujuh yang amat cantik. Daripada sembilan air terjun di sungai ini, itulah air terjun tercantik dan syukur kepada Ilahi kerana memberi peluang kepada kami untuk menikmati keindahannya.

Kami hanya sempat bergambar kerana sudah agak lewat untuk ke puncak. Ketika jam menunjukkan pukul 1.30 petang, Noh menghampiri saya dan berkata: "Dah lewat.. rasanya, takat sini saja." Saya menjawab: "Tak boleh...ini group OGKL...mesti nak ke puncak juga."

Noh membawa juga kami ke puncak. Menurutnya, laluan ke puncak sukar kerana sejak beliau membukanya pada 1991, hanya ada satu kumpulan melaluinya. Kumpulan OGKL menjadi kumpulan kedua dan kerana itu, trek dipenuhi semak yang agak tebal sehingga laluan tidak dapat dilihat.

Kami berusaha keras agar tidak terlalu lewat sampai ke puncak. Namun Tuhan telah menentukan semuanya. Ditakdirkan Noh tiba-tiba terasa kurang sihat dan tidak dapat membawa kami ke puncak. Berbekalkan azam dan peta yang diberi oleh Noh, kami tekad meredah belantara menuju ke puncak. Afif yang mengetuai kami bekerja keras menebas semak-samun sambil dibantu beberapa peserta lain.

Keadaan ini membuatkan kami terpaksa menunggu lama sehingga ada di antara kami berasa mengantuk. Kami juga berjalan tanpa henti dan dengan semangat yang membara, semua peserta berjaya ke puncak. Saya tiba sekitar pukul 5.05 petang, lewat sedikit daripada peserta yang lain. Tiada panorama pergunungan dapat dilihat dari puncak yang dikelilingi pokok-pokok besar.

Di puncak, sudah ada kumpulan lain yang tiba dahulu. Mereka mendaki mengikut laluan kuari dari Kota Tinggi. Terdapat tiga laluan ke puncak gunung Muntahak dan kami mengikut laluan Noh. Saya berpendapat laluan Noh sangat jauh berbanding dengan ketinggian gunung Muntahak kira-kira 634 meter (2,080 kaki). Ini kerana beliau selesa memilih kawasan rabung dan permatang yang lebih landai.

Selepas sesi bergambar, kami meninggalkan puncak pada pukul 5.35 petang dan sampai ke tapak perkhemahan pada pukul 9.40 malam. Tiga peserta yang tersalah pilih laluan juga selamat sampai ke tapak perkhemahan. Keesokan paginya, kami keluar dari hutan dan memulakan ekspedisi ke air terjun Sungai Pelepah Kiri yang mempunyai 13 tingkat. Pengembaraan kami berakhir pada pukul 5.45 petang, 10 April lalu dan sampai ke ibu kota pada detik 12 tengah malam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Urban

Posted: 25 Apr 2011 01:40 PM PDT

Kosmo Online - Urban


Gedung ilmu seni persembahan

Posted:

Gedung ilmu seni persembahan

Gedung ilmu seni persembahan

Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periaswamy@kosmo.com.my



BERCAKAP mengenai dunia seni hiburan, mungkin sesetengah daripada masyarakat hanya menyempitkan skop tersebut kepada mereka yang berada di pentas nyanyian dan lakonan.

Hakikatnya, ia jauh melangkaui sudut penampilan seseorang pendukung watak utama dalam filem, drama, atau teater, malah melebihi ruang glamor seorang pelantun suara di pentas persembahan.

Himpunan bakat dan jaringan perhubungan untuk menjayakan kedua-dua bidang itu sebenarnya tidak terbatas.

Dunia perfileman misalnya, memerlukan sinergi kerja-kerja penerbitan, pengarahan, lakon layar, penulisan skrip, teater, vokal bagi penyanyi, pengetahuan dalam bidang muzik dan banyak lagi. Semuanya dijalin menjadi satu intipati.


TIARA JACQUELINA dan suaminya, Affendi Norwawi merupakan tulang belakang ENACT.


Dari sudut lain pula, keperluan seseorang penggiat seni untuk melatih diri menjadi artis profesional, berhadapan dengan orang awam atau kumpulan media dan mempersembahkan personaliti yang matang serta berkeyakinan, juga antara ciri penting yang diperlukan oleh seseorang anak seni.

Namun, ke manakah hala tuju seseorang yang mempunyai keinginan untuk menyemarakkan industri tersebut?

Walaupun banyak pusat latihan disediakan, Pengarah Urusan Enfiniti Productions, Datin Seri Tiara Jacquelina mahu menawarkan satu platform yang lebih terjamin dan berbeza daripada gedung ilmu semata-mata.

Berikutan itu, beliau yang memiliki portfolio cemerlang dalam dunia penerbitan dan lakonan, akhirnya merealisasikan sebuah impian yang dibina sejak lima tahun lalu melalui penubuhan Enfiniti Academy of Musical Theatre and Entertainment Arts (Enact).

Enact ditubuhkan dengan harapan untuk membentuk satu platform sehenti bagi penggiat industri seni Malaysia supaya golongan tersebut dapat memperkaya ilmu, memantapkan personaliti dan memupuk bakat secara lebih berkesan.

Semua persediaan itu amat penting demi membentuk realiti kerjaya dan kesediaan yang optimum.

Platform terbaik


ENACT yang terletak di Kota Damansara, Petaling Jaya bakal menjadi lokasi yang menawarkan pendidikan industri seni secara komprehensif.


"Kami mahu menghasilkan artis-artis yang terbaik di sini. Mereka akan menjadi penghibur hari esok. Pada masa ini, saya harus berterima kasih atas sokongan suami, Datuk Seri Affendi Norwawi yang merealisasikan dan menyokong usaha ini sejak awal," kata Tiara dalam ucapan pelancaran akademi yang terletak di Kota Damansara, Petaling Jaya itu.

Tambah wanita yang penuh visi itu, Enact akan menjadi satu lokasi yang menawarkan pendidikan industri seni secara komprehensif.

Ia dijangka akan melonjakkan lagi industri hiburan dan seni persembahan Malaysia ke tahap antarabangsa.

"Kami mahu memperkenalkan pengarah, penerbit, penulis skrip dan semua peserta seni yang berkaliber dan berkemampuan untuk masa depan," kata Tiara yang turut memperkenalkan pelakon, pengarah, penerbit dan penggiat teater terkenal, Joanna Bessey sebagai Pengarah Kursus Enact.


RUANG pelbagai guna untuk latihan dan pementasan berskala kecil yang enak dipandang.


Menurut beliau, Enact bertindak sebagai sebuah gedung ilmu seni yang benar-benar berlainan kerana ia mempunyai hubung kait yang baik dengan sebuah syarikat profesional yang pernah mempersembahkan teater bertaraf antarabangsa seperti Muzikal P. Ramlee dan Puteri Gunung Ledang.

"Di sini, pelajar bukan dididik oleh pensyarah biasa tetapi mereka yang benar-benar terlibat dalam industri ini dan mereka yang bekerja sebagai anak seni selaku tenaga pengajar mereka," ujar Joanna.

Jelasnya, pihaknya walau bagaimanapun bercadang untuk memulakan pengajian kursus-kursus secara berperingkat supaya ia dapat diadaptasikan sepenuhnya selain mempamerkan hasil yang baik.

"Buat masa ini kami menawarkan kursus tarian, Dance Like a Star, bengkel seni tari yang akan dikelolakan pereka tari selebriti, Pat Ibrahim.

"Selain itu, terdapat juga bengkel Jazzing Up Your Ballet bersama Suhaili Michelin yang direka khas untuk kanak-kanak, kursus teater muzikal hujung minggu dan School's Out, Musical Theatre's In yang merujuk kepada bengkel teater muzikal untuk pelajar sekolah.

Joanna yang mempunyai pengalaman kira-kira 14 tahun dalam dunia seni tanah air memberitahu, Enact juga menawarkan kursus korporat yang memberi penekanan kepada unsur kerja berpasukan dan pengucapan awam.

Secara keseluruhan, Enact menyediakan keperluan pembelajaran seni yang sejati memandangkan Malaysia masih terkebelakang dari segi prospek dan infrastruktur dalam bidang seni.

Kursus hujung minggu


MELAHIRKAN artis-artis terbaik adalah impian di sebalik penubuhan Enact.


Ditanya tentang arah tuju pelajar yang akan mengambil bahagian dalam kursus di Enact, Joanna berkata buat masa ini, pelajar kursus hujung minggu akan dilatih untuk teater muzikal Secret Life of Nora yang dijangka dipersembahkan pada September nanti.

"Sebaik sahaja kursus itu tamat, kita akan pilih pelajar yang melatih untuk teater itu," jelasnya.

Dari aspek harga pula, selaku pengarah Enact, Joanna berkata pihaknya akan memastikan ia ditawarkan pada kadar yang berpatutan.

Misalnya bagi bengkel satu minggu, juga tertakluk kepada jenis kursus, pihaknya mungkin akan mengenakan bayaran sebanyak RM400.

"Walau apa pun, kami sedang berusaha mendapatkan subsidi untuk kursus jangka panjang supaya ia lebih mampu dikuti.

"Kami juga mengalu-alukan artis atau pelajar di institut pengajian tinggi, mahupun mereka yang belajar dalam bidang seni untuk mengambil kursus di sini sebagai penambah nilai.

"Di sini, selain ilmu tentang seni, turut dilatih ialah skil dan teknik serta disiplin menjadi artis sebenar khususnya dalam seni teater dan teater muzikal," kata Joanna lagi.

Sempena majlis pelancaran itu, Enact dirasmikan oleh tiga nama besar West End, Ramin Karimloo, Stephen Rahman-Hughes dan Simon Bailey.

Ketiga-tiga mereka mempunyai reputasi yang baik dan terkenal dalam industri teater serta muzikal tempatan. Baru-baru ini, mereka bertiga dilihat dalam konsert West End Stars yang diadakan di Istana Budaya.

Enact, milik sepenuhnya Enfiniti Vision Media, produksi yang sama pernah menerbitkan teater muzikal paling berjaya di Malaysia iaitu Puteri Gunung Ledang The Musical dan P. Ramlee The Musical.

Ia menawarkan kemudahan yang canggih seperti The Black Box Theatre, ruang pelbagai guna untuk latihan dan pementasan berskala kecil. Ia turut dilengkapi studio tarian, studio vokal dan ruang pejabat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sari bertatah 12,000 jemeki manik

Posted:

Sari bertatah 12,000 jemeki manik

Sari bertatah 12,000 jemeki manik

Oleh NIZHA PERIASWAMY


VARIASI warna dan corak membuatkan ramai wanita rambang mata untuk memilihnya.


SEPERTI kebanyakan gadis berketurunan India yang lain, Pravina Vijian, 24, seorang kerani kewangan, amat tertarik dengan pakaian tradisional iaitu sari.

Itu menyebabkan dia tidak melepaskan peluang menghadiri majlis pembukaan kedai sari terbesar di Brickfields, Kuala Lumpur, Manggala Deepam.

Terletak di jalan yang sangat sinonim dengan gelaran Little India, Manggala Deepam boleh bermegah sebagai salah satu kedai sari khususnya sari perkahwinan terbesar di daerah itu.

Dengan lebih 12,000 jemeki batu ditatah pada satu sari, Manggala Deepam percaya kedai kain itu menawarkan antara sari-sari perkahwinan paling khusus dan unik kepada pembeli.

"Sari-sari ini direka untuk memenuhi permintaan semasa. Lagipun setiap rekaan adalah rekaan khusus dan tidak berulang.

"Lebih menarik, bagi mengekalkan tradisi dan kualiti tenunan, kami membawa sari-sari khas dari lokasi terkenal sari di India, Kanchipuram," kata Pengurus Manggala Deepam, R. Selvaraju.

Diskaun sehingga 60 peratus

Sambil memperagakan sehelai sari berwarna biru muda yang mencecah harga RM5,000, pengurus itu memberitahu, kini sari itu boleh didapati pada harga RM1,000 sahaja.

Ini kerana bersempena dengan pembukaan kedai sari tersebut, Manggala Deepam mahu memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan pakaian pada harga runtuh dengan memberikan diskaun sehingga 60 peratus. Tawaran itu akan berakhir pada hujung bulan April ini.


KEDAI sari Manggala Deepam menambah nilai beli-belah tekstil di Little India, Brickfields, Kuala Lumpur.


"Semua pakaian diberikan diskaun. Bagi pengantin perempuan dan lelaki yang membeli sari serta pakaian lain untuk ahli keluarga, mereka akan diberikan hadiah misteri di samping diskaun," jelas Selvaraju lagi.

Beliau juga meyakinkan pembeli bahawa kedainya tidak meletakkan harga yang tinggi bagi sari perkahwinan kerana ia merupakan tarikan utama perniagaannya.

Harga yang dikenakan adalah untuk kos reka bentuk, corak, logistik dan penghantaran dengan sedikit keuntungan, ujar pengurus itu.

"Kami tidak menggunakan khidmat orang tengah, malah membawa sendiri stok sari. Di sini kami dapat menjimatkan kos sekali gus mengurangkan harganya," kata Selvaraju.

Satu lagi keistimewaan yang ditawarkan oleh Manggala Deepam kepada pengantin perempuan yang mengutamakan fesyen ialah tempahan khas rekaan.

Kedai sari itu mengalu-alukan jika ada pengantin yang mahu memilih sendiri gabungan corak, warna, rekaan dan jenis jemeki yang ditatah.

Namun, Manggalam Deepam menggesa pasangan pengantin untuk membuat tempatan sekurang-kurangnya sebulan lebih awal.

"Anda tidak perlu risau jika orang lain memakai sari yang sama dengan sari perkahwinan anda. Ia masih menjadikan diri anda benar-benar istimewa pada hari perkahwinan mahupun majlis resepsi," kata Selvaraju.

Pakaian untuk semua

Tidak terhad dengan sari perkahwinan, Manggala Deepam turut membekalkan pelbagai jenis pakaian untuk semua peringkat umur, lelaki dan wanita.

"Saya dapati koleksi sut Punjabi, Kurtha, Kurthi, Lengha dan pakaian kanak-kanak juga terdapat di sini.

"Mungkin pada masa hadapan saya boleh membeli pakaian lain di sini," kata Pravina yang sibuk membelek sari berwarna merah jambu, warna kegemarannya.

Dia yang ditemani rakan memberitahu, walaupun kedai Manggala Deepam mempunyai pengkhususan untuk sari perkahwinan yang boleh mencecah harga ribuan ringgit, tetapi dia datang untuk membeli sari dalam lingkungan harga RM200 sahaja.


SARI berwarna biru muda yang mencecah harga RM5,000 cuma dijual pada harga RM1,000 pada hari pembukaan Manggala Deepam.


"Saya datang sekadar untuk melihat tetapi nampaknya saya akan memilih sut Punjabi memandangkan ia menawarkan diskaun sehingga 60 peratus," kata Thangamalar Govindan, 28, pula.

Jelas Tangamalar lagi, kedai sari tersebut juga akan menambah nilai beli-belah tekstil di Little India Brickfields memandangkan kawasan itu menjadi tumpuan pengunjung India dan pelancong asing.

Selain sari, Manggala Deepam juga menawarkan lebih 2,000 sut pakaian kanak-kanak, lelaki dan perempuan.

Dengan pilihan yang pelbagai termasuk pelbagai warna, rekaan, corak dan harga, seseorang boleh menghias diri seiring seperti pelakon Bollywood.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan