Sabtu, 2 April 2011

Edisi Semasa

Edisi Semasa


Harian Metro: Mutakhir

Posted: 02 Apr 2011 07:08 AM PDT

Harian Metro: Mutakhir


KPN sah video seks tulen

Posted: 01 Apr 2011 01:25 PM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara mengesahkan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tulen berdasarkan siasatan kumpulan penyiasat tempatan yang ditubuhkan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pasukan khas itu ditubuhkan di bawah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman untuk menyiasat dan mengkaji rakaman video berkenaan bagi mengetahui ketulenannya.


"Pasukan penyiasat itu memaklumkan siasatan video terbabit berada pada tahap terakhir dan kertas siasatan akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut," katanya pada sidang media di Pusat Latihan Polis (Pulapol), di sini, semalam.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti pelaku dalam video seks terbabit.


Sebelum ini, akhbar melaporkan video seks dikaitkan dengan Anwar itu ditayangkan kepada wartawan dan pengarang media di sebuah bilik di Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.


"Setakat ini tiga individu ditahan berhubung video seks terbabit, tetapi dilepaskan atas jaminan polis," katanya.

Klip video hitam putih selama 23 minit itu menunjukkan lelaki didakwa seorang pemimpin pembangkang yang juga Ahli Parlimen sedang melakukan pelbagai aksi seks dengan wanita berkulit cerah dipercayai pelacur luar negara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ajal ketika cuci senapang

Posted: 01 Apr 2011 01:25 PM PDT

BANDAR BAHARU: "Anak perempuan saya menjerit dan menggeletar setelah ternampak ayahnya terbujur kaku dalam keadaan berlumuran darah ketika memeriksa biliknya apabila mendengar bunyi letupan dari bilik itu."

Begitu kata Nurhafiza Abdul Hamid, 42, menceritakan detik awal anaknya, Nurshahirah, 17, menemui suaminya, Abd Hamid Abdlah, 49, yang maut dipercayai tertembak di kepala ketika mencuci senapang patah di rumahnya di Kampung Sungai Batu, di sini, semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, penoreh getah berkenaan yang juga anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dikatakan sempat bersarapan bersama isteri dan anaknya di dapur rumah mereka.

Nurhafiza berkata, sebaik selesai bersarapan, suaminya bergegas ke bahagian atas rumah lalu masuk ke dalam biliknya dipercayai untuk mencuci senapang patah yang menjadi rutin hariannya sejak beberapa tahun lalu.


"Kira-kira 10 minit kemudian, kami terkejut mendengar bunyi letupan dari bilik arwah dan sejurus terdengar letupan itu, Nurshahirah berlari ke atas untuk memeriksa apa yang berlaku.


"Ketika sampai di hadapan pintu bilik, tiba-tiba Nurshahirah terus menjerit dan terkejut dengan apa yang dilihatnya berikutan keadaan ayahnya terbujur di atas lantai dengan kepala berlumuran darah.

"Kami semua terkejut dan tergamam dengan kejadian itu lalu menghubungi jiran berhampiran kemudian menghubungi polis memaklumkan kejadian. Saya pun tidak sangka kejadian ini hingga menyebabkan kehilangan orang tersayang," katanya.


Nurhafiza berkata demikian ketika menerima kunjungan wakil Penyelaras Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Helmy Abdul Khan yang menyampaikan ucapan takziah bagi pihak Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.

Menurutnya, dia bersama anak-anaknya masih terkejut dan trauma dengan kejadian itu selain tidak mengetahui bagaimana ia boleh berlaku.


Katanya, suaminya yang tidak keluar menoreh getah berikutan hujan pada sebelah pagi sebelum itu tidak menunjukkan sebarang petanda aneh, sebaliknya bersikap seperti biasa dan mesra dengan ahli keluarga.


"Saya menganggap kejadian sebagai satu takdir, dan kami sekeluarga reda pemergian arwah," katanya yang mempunyai empat anak berusia antara tujuh hingga 21 tahun.


Sementara itu, Helmy berkata, arwah dikenali aktif dan sering terbabit dalam aktiviti kemasyarakatan termasuk turut menyertai pertandingan sepak takraw di Kampung Cherok Menanti, di sini, baru-baru ini.


"Semua penduduk kampung mengenali arwah kerana dia juga mudah mesra, pada masa sama berharap keluarganya bersabar dan menerima kematiannya sebagai ujian Allah," katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintendan Helmy Aris ketika ditemui berkata, siasatan awal pihaknya mendapati tiada unsur jenayah dan kes berkenaan diklasifikasikan mati mengejut.


Katanya, mangsa cedera parah di bahagian muka dan mayatnya dibawa ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online

Posted: 02 Apr 2011 07:05 AM PDT

Kosmo Online


62 pegawai kastam ditahan setakat ini - SPRM

Posted:

62 pegawai kastam ditahan setakat ini - SPRM

62 pegawai kastam ditahan setakat ini - SPRM

02/04/2011 6:31pm

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan 62 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia menerusi 'Operasi 3b' setakat ini kerana dipercayai terbabit dalam rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata, mereka membabitkan 53 pegawai lelaki serta sembilan perempuan berusia antara 24 dan 56 tahun.

Daripada jumlah itu, seramai 17 pegawai termasuk seorang berjawatan pengarah ditahan reman, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

"Kes yang disiasat mengikut Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganas 2001 adalah berjumlah RM1.2 bilion. Selain itu, sejumlah RM602 juta dibekukan, RM382 juta (disita) sementara RM31.2 juta lagi dilucutkan hak sebagai harta," katanya.

Mengulas mengenai tangkapan itu, Mustafar berkata, operasi membabitkan lima pelabuhan utama negara termasuk Pelabuhan Klang yang menyaksikan tangkapan teramai iaitu 48 orang. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tentera Darat atur program untuk dekati orang awam

Posted:

Tentera Darat atur program untuk dekati orang awam

Tentera Darat atur program untuk dekati orang awam

02/04/2011 6:30pm

KLUANG - Tentera Darat akan mengatur pelbagai program yang melibatkan orang awam supaya masyarakat dapat menjiwai peranan, sumbangan dan pengorbanan anggota tentera.

Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, antara program yang melibatkan orang ramai ialah seperti penganjuran hari terbuka umpamanya Hari Terbuka Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) yang diadakan di Kem Mahkota di sini, katanya.

Dalam ucapan perasmiannya sempena Hari Terbuka PUTD itu yang dibacakan Panglima Tiga Division Mejar Jeneral Datuk Rozali Ahmad beliau berkata, program itu merupakan kesinambungan dalam mempromosikan tentera darat sempena ulang tahun ke-78 pasukan itu yang disambut pada 1 Mac lalu.

Hampir 30 ribu orang berkunjung ke program hari terbuka itu yang berlangsung selama tiga hari dan berakhir esok. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tukang emas maut terjatuh dari tingkat dua

Posted:

Tukang emas maut terjatuh dari tingkat dua

Tukang emas maut terjatuh dari tingkat dua

02/04/2011 4:45pm

KLANG - Seorang tukang emas berusia 25 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat dua rumah kedai yang didiaminya di Jalan Tingkat Off Jalan Tengku Kelana di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.05 pagi itu, mangsa, S.Karthi yang masih bujang meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop berkata, lelaki itu dipercayai sedang mencuci emas di sinki yang terletak bersebelahan dengan tingkap apabila emas itu tiba-tiba terjatuh melalui tingkap itu ke atas bumbung asbestos di bangunan rumah kedai berkenaan. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Mutakhir

Posted: 02 Apr 2011 03:41 AM PDT

Berita Harian: Mutakhir


Kes denggi turun 58 peratus

Posted: 02 Apr 2011 03:38 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]PAPAR: Kes denggi di negara ini berkurangan 58 peratus bagi tempoh tiga bulan sehingga 26 Mac lalu dengan hanya 5,160 kes dilaporkan berbanding 12,157 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

62 pegawai Kastam ditahan setakat ini: SPRM

Posted: 02 Apr 2011 02:48 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan 62 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia menerusi Operasi 3b setakat ini kerana dipercayai terbabit dalam rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain.

Harian Metro: Setempat

Posted: 02 Apr 2011 03:40 AM PDT

Harian Metro: Setempat


Din Lombok penyamun

Posted: 01 Apr 2011 12:26 PM PDT

SABAK BERNAM: Empat lagi saki-baki kumpulan Rantau Sabak diketuai Samaldin Muda atau Din Lombok kini diburu polis berhubung beberapa kejadian samun berkawan dan pecah rumah di daerah ini sejak awal tahun.

Oleh Nur Lela Zulkipli am@hmetro.com.my Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad, berkata hasil risikan polis, pihaknya menahan empat suspek termasuk perancang utama serta seorang wanita pada 3 Mac lalu.


Beliau berkata, suspek yang diburu dikenali sebagai Suhardi atau lebih dikenali sebagai Aweng, 25, Genoh, 25, Gadi atau Ghani 23, dan Jas, 22, malah pihaknya yakin semua mereka masih berada di negara ini.

"Kumpulan dianggotai warga asing itu menyasarkan pemilik ladang dan pemilik kebun kelapa sawit sebagai mangsa.


"Hasil siasatan mendapati, sejurus memasuki rumah mangsa, penyamun mengikat ibu jari kaki dan ibu jari tangan mangsa menggunakan wayar.


"Mereka mengugut akan mencederakan mangsa sebelum menggeledah rumah untuk mencari barang berharga seperti telefon bimbit, barang kemas, komputer riba dan wang tunai serta melarikan kenderaan mangsa," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Dengan tertangkapnya suspek terbabit, pihaknya menyelesaikan enam kes samun berkawan tanpa senjata api dan empat kejadian pecah rumah di daerah itu serta dua di Hutan Melintang, Perak.


Noor Mushar berkata, modus operandi penjenayah terbabit ialah mereka terlebih dulu melakukan pembahagian tugas sebelum samun.

"Biasanya kerja itu dilakukan jam 3 pagi hingga 6 pagi dan rumah dipecah masuk dengan mengopak cermin tingkap," katanya.


Beliau berkata, kali terakhir kejadian samun dilakukan di Parit 15 Sungai Panjang, 1 Mac lalu, membabitkan kecurian sebuah Proton Wira dilarikan bersama wang RM2,500, lima telefon bimbit dan barang kemas.


Noor Mushar berkata, susulan itu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam menubuhkan satu pasukan khas bagi menjejaki kumpulan terbabit.


"Kehadiran kumpulan itu menyumbang peningkatan kes jenayah di daerah ini khususnya pecah rumah dan samun berkawan.


"Sejak kumpulan ini mengganas, kerugian dianggarkan berjumlah RM150,000," katanya meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu supaya menyalurkan di balai polis berhampiran.


Hasil usaha polis juga membawa kepada penemuan semula tiga kenderaan milik mangsa yang dilarikan suspek dalam tiga kes samun berasingan iaitu sebuah kereta Proton Saga, Wira dan Avanza.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penduduk resah peniaga asing kuasai pasar malam

Posted: 01 Apr 2011 12:22 PM PDT

AMPANG: Kehadiran penjaja warga asing di sekitar tapak pasar malam di Pandan Jaya, di sini, setiap Selasa dan Sabtu mengundang keresahan di kalangan penduduk di kawasan berkenaan.

Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Nor, 32, mendakwa kehadiran penjaja warga asing itu mengundang perasaan kurang senang di kalangan penduduk sekitar.


"Kehadiran mereka sedikit sebanyak memberi kesan buruk terhadap keuntungan penjaja tempatan selain berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) menjalankan pemantauan untuk menyelesaikan masalah itu," katanya di sini, semalam.

Kakitangan awam itu berharap PBT menjalankan pemantauan berterusan supaya masalah itu diselesaikan secara menyeluruh.


Sementara itu, jurucakap Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) ketika dihubungi berkata, pihaknya ada membuat operasi membabitkan penjaja yang tidak mempunyai lesen terutama di kalangan warga asing.


"Kami menerima beberapa aduan orang ramai berhubung masalah itu dan MPAJ akan menjalankan siasatan terhadap dakwaan terbabit sebelum sebarang tindakan diambil.

"MPAJ juga sering mengadakan operasi bersepadu dengan agensi lain di tempat yang didapati menjadi tumpuan penjaja haram dan berjanji tindakan tegas akan diambil," katanya.


Beliau berharap orang ramai menyalurkan maklumat berhubung masalah itu supaya diselesaikan secara menyeluruh demi kepentingan semua pihak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Utara

Posted: 02 Apr 2011 03:28 AM PDT

Utusan Online - Utara


Guru, murid tahfiz tunjuk perasaan

Posted:

Guru, murid tahfiz tunjuk perasaan

Guru, murid tahfiz tunjuk perasaan

Oleh sahbulah darwi
utusankedah@utusan.com.my


Sebahagian pelajar Kuliyah Al-Quran Insaniah mengadakan demonstrasi membantah penempatan Sekolah Insan Bestari di bangunan Maahad Tahfiz di Alor Setar semalam. – utusan/ Kamal Basir


ALOR SETAR 1 April – Kira-kira 200 tenaga pengajar dan pelajar tahfiz Kolej Universiti Insaniah (Kuin) mengadakan demonstrasi bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pengurusan Kuin, termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di sini hari ini.

Timbalan Dekan Kuliyyah Al-Quran Kuin, Mohammad Idrus Ismail berkata, demonstrasi selepas solat Jumaat di pekarangan Kolej Kediaman Ar-Raziy itu bertujuan membantah tindakan pengurusan kolej mengambil alih sebahagian besar bangunan Maahad Tahfiz di sini untuk dijadikan Sekolah Insan Bestari (SIB).

Katanya, bangunan Maahad Tahfiz itu mengandungi kelas pengajian dan asrama pelajar tahfiz sejak 2001, namun bangunan itu yang menjadi pusat pengajian dan asrama telah diambil alih oleh SIB bermula Januari lalu.

"Suara ini ditujukan khas buat Menteri Besar sebagai Pengerusi Kuin kerana kami di pihak pentadbiran Kuliyyah tiada kepercayaan lagi kepada pengurusan Kuin," katanya ketika ditemui oleh pemberita di sini hari ini.

Dalam demonstrasi secara aman itu, pelajar-pelajar melaungkan kata-kata semangat sambil membawa kain rentang dan sepanduk yang menyuarakan rasa tidak puas hati dengan keputusan Kuin menempatkan SIB di bangunan mereka.

Mohammad Idrus meminta Menteri Besar meneliti perkara itu kerana bangunan Maahad Tahfiz sebenarnya telah digazetkan untuk kegunaan pelajar tahfiz, bukannya dikongsi dengan SIB.

"Saya terkilan kerana dengan kewujudan Sekolah Insan Bestari ini, pelajar tahfiz terpaksa keluar mencari rumah sewa kerana bilik asrama tidak cukup," jelasnya.

Sementara itu, wakil pelajar, Ahmad Remy Md. Raof, 25, memberitahu, ada khabar angin mengatakan pelajar tahfiz akan dipindahkan ke tempat lain bagi memberi laluan kepada SIB.

"Sebagai pelajar, kami tidak puas hati kerana kita seperti dipinggirkan dan di sini kami tinggal di asrama di tingkat atas manakala bahagian bawah dan kelas pengajian diambil alih Sekolah Insan Bestari.

"Dulu tidak ada masalah, sekarang timbul pula isu nak rampas bangunan ini dan ada ura-ura kata semester depan tidak boleh masuk dah bangunan ini," katanya sambil memberitahu kelas pengajian pelajar tahfiz kini adalah di Mergong.

Justeru, Ahmad Remy berharap, memorandum bantahan yang akan diserahkan kepada Menteri Besar dalam minggu ini juga akan memberi sinar baru kepada pelajar tahfiz untuk belajar dalam suasana lebih selesa.

"Kami mahukan kemudahan dan ruang belajar yang selesa di mana bangunan Maahad Tahfiz ini sesuai di sini kerana terletak bersebelahan masjid kerana banyak aktiviti boleh dilakukan di sana," tambahnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Metro-E perhebat jaringan ICT Perak

Posted:

Metro-E perhebat jaringan ICT Perak

Metro-E perhebat jaringan ICT Perak


Zambry Abd. Kadir (kanan) melihat pelajar menggunakan kemudahan WiFi selepas melancarkan Karnival Perak WiFi dan Cyber 2011 di Lumut, semalam.


LUMUT 1 April - Kerajaan negeri akan melaksanakan sistem Metro-E dalam usaha memantapkan lagi jaringan hubungan antara jabatan-jabatan kerajaan di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, langkah itu merupakan usaha kerajaan untuk melaksanakan perkhidmatan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang lebih efisien.

"Apa yang diharapkan penjawat dan pegawai kerajaan dapat menggunakan aplikasi ICT itu bagi melancarkan sistem sedia ada.

"Kita ingin menjadikan jaringan ini dapat menyelesai masalah dan sekali gus meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian kerajaan dalam pembangunan ICT negeri," katanya selepas merasmikan Karnival Perak Wifi dan Cyber 2011 di Padang Esplanade di sini, hari ini.

Zambry berkata, melalui sistem itu, sebarang mesyuarat boleh dibuat melalui sidang video tanpa memerlukan kehadiran pegawai di sesuatu tempat.

Menyentuh mengenai komunikasi selular, Zambry meminta Lembaga Lebuhraya Malaysia membantu kerajaan negeri meningkatkan kadar liputan telefon selular di sepanjang lebuh raya yang merentasi negeri ini.

Menurutnya, kerajaan negeri menerima banyak aduan mengenai gangguan liputan ketika pengguna berada di sepanjang 133 kilometer lebuh raya di negeri ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

RM4.32 juta naik taraf bas Manjung

Posted:

RM4.32 juta naik taraf bas Manjung

RM4.32 juta naik taraf bas Manjung

IPOH 1 April - Kerajaan negeri memperuntukkan RM4.32 juta bagi menaik taraf perkhidmatan bas di daerah Manjung bermula April depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Pengguna dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, usaha itu dibuat bagi membolehkan masyarakat mendapat perkhidmatan bas yang terbaik.

"Peruntukan ini melibatkan subsidi RM72,000 sebulan selama lima tahun bagi tujuh laluan. Ini merupakan projek permulaan dan sekiranya berkesan ia akan diteruskan ke daerah Kerian, Larut Matang, Selama dan Kuala Kangsar," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan upacara menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) berhubung pembiayaan pembinaan Kompleks Terminal Bas Bersepadu Bandaraya Ipoh di Bandar Meru Raya antara The Combined Bus Services Sdn. Bhd. dan Bank Mualamat Malaysia Bhd. di sini, semalam.

Pada majlis itu Bank Muamalat diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd. Redza Shah Abdul Wahid manakala The Combined Bus Services diwakili oleh Pengarah Urusannya, Cheong Kong Fitt.

Kompleks yang bernilai RM38 juta itu yang telah 27 peratus siap pembinaannya dan dijangka beroperasi menjelang Jun 2012.

Mengulas lanjut, Hang Soon berkata, pihaknya optimis melalui peruntukkan itu ia akan meningkatkan perkhidmatan bas di negeri ini selain memenuhi permintaan pengguna.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Selatan

Posted: 02 Apr 2011 03:15 AM PDT

Utusan Online - Selatan


RM2.3j latih graduan menganggur

Posted:

RM2.3j latih graduan menganggur

RM2.3j latih graduan menganggur

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 1 April – Kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM2.3 juta bagi pembiayaan program latihan graduan selama setahun dalam pelbagai bidang kejuruteraan dengan beberapa buah syarikat swasta di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, peluang itu adalah untuk graduan dari negeri ini yang masih belum bekerja dan mereka yang baru menamatkan pengajian dari institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara.

Menurutnya, sepanjang tempoh latihan berkenaan, graduan terbabit akan dibayar elaun setiap bulan iaitu RM1,300 untuk pemegang diploma dan RM1,500 bagi pemegang ijazah.

''Program ini diadakan bertujuan memberi peluang kepada graduan yang masih menganggur menjalani latihan dan bekerja sementara mereka mendapat pekerjaan tetap.

''Elaun mereka akan dibayar oleh kerajaan negeri menerusi peruntukan yang diterima daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MAIDA)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan pembinaan bangunan lima tingkat tempat meletak kenderaan bernilai RM18 juta milik syarikat Infineon Technologies (Malaysia ) Sdn. Bhd. di Batu Berendam di sini semalam.

Menurutnya, sebanyak 100 kekosongan akan diisi oleh graduan terbabit untuk ditempatkan di syarikat Infineon dan AUO Sunpower Corporation Sdn. Bhd. di Rembia dekat sini serta beberapa syarikat lain.

Mohd. Ali berkata, selepas setahun graduan terbabit mengikuti program tersebut, mereka akan diserapkan sebagai pekerja tetap di syarikat terbabit serta memperoleh gaji yang lebih lumayan.

Beliau berkata, graduan dalam bidang kejuruteraan mekanikal, elektronik, elektrikal, mekatronik, kimia dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) boleh memohon untuk mengikuti program tersebut.

Katanya, Invest Melaka bertanggungjawab untuk mengenal pasti graduan yang masih menganggur dan mendaftarkan mereka untuk mengisi 100 kekosongan yang disediakan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hidangan popular Asia Barat kini di Paroi

Posted:

Hidangan popular Asia Barat kini di Paroi

Hidangan popular Asia Barat kini di Paroi


Abdul Hadi Jaru (kiri) melayan pengunjung yang menikmati pelbagai jenis hidangan dari Asia Barat di Restoran Kabsa Al Arabia di Paroi, semalam.


SEREMBAN 1 April - Biasanya orang ramai yang ingin menikmati hidangan Asia Barat asli akan tertumpu di kawasan ibu kota di sekitar Jalan Bukit Bintang dan Jalan Ampang di Kuala Lumpur.

Namun kini orang ramai di sekitar negeri ini tidak perlu lagi ke sana kerana hidangan negara Asia Barat turut boleh dinikmati di restoran Kabsa Al Arabia di Paroi di sini.

Hidangan kabsa kambing dan minuman araisi arabiah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan di kalangan pengunjung kerana mahu mencuba makanan dan minuman tersebut.

Kabsa kambing ialah nasi yang dimasak bersama daging kambing dan diadun dengan rempah ratus yang diimport dari Arab Saudi manakala minuman araisi arabiah pula cukup menyegarkan dengan campuran madu selain buah-buahan yang pastinya memikat selera pengunjung.

Pemiliknya, Abdul Hadi Jaru berkata, idea membuka restoran ini adalah hasil dari minatnya yang mendalam mengenai masakan Asia Barat berorientasikan Arab Saudi.

"Saya mempelajari semua menu ini sewaktu saya bertugas sebagai petugas Lembaga Tabung Haji. Apa yang saya lihat apabila orang ramai yang mahu menikmati hidangan ini mereka terpaksa ke Kuala Lumpur untuk menikmatinya," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Antara hidangan yang turut disediakan termasuklah kabsa ikan kerapu, kabsa ikan bayan, ayam shawarma, sandwic shish tawook, makkawi mushakkal, hummus dan kacang foull.

Tidak ketinggalan makkawi cocktail, mangga makkawi, safari jaru selain teh rabea wangi bagi menghilangkan dahaga.

Abdul Hadi berkata, dengan adanya restoran ini ia juga diharap dapat menarik lebih ramai pengunjung bukan sahaja di kalangan orang ramai malah pengunjung serta pelancong khususnya dari Asia Barat sendiri.

"Restoran ini dibuka setiap hari bermula pada pukul 12 tengah hari hingga 12 malam kecuali pada Jumaat yang hanya dibuka pada pukul 5 petang hingga 12 malam.

"Orang ramai yang ingin mendapatkan tempahan untuk sebarang majlis juga boleh berbuat demikian dengan menghubungi saya di talian 019-4444494," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pengedar dadah nekad terjun bumbung

Posted:

Pengedar dadah nekad terjun bumbung

Pengedar dadah nekad terjun bumbung

BATU PAHAT 1 April - Akibat takut dicekup polis, dua daripada tiga lelaki yang disyaki pengedar dadah bertindak nekad dengan terjun dari bumbung sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Cahaya Purnama, Peserai di sini semalam.

Tindakan itu juga menyebabkan serpihan atap hampir terkena anggota polis yang memburu suspek.

Bagaimanapun, mereka berjaya ditahan dengan bantuan orang ramai dalam kejadian pukul 5.30 petang.

Rumah itu dipercayai dijadikan markas pengedaran pelbagai jenis dadah untuk pasaran di sekitar Peserai.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Supritendan Adnan Azizon berkata, suspek yang ditahan berusia dalam antara 20 dan 30-an dan polis turut merampas sejumlah dadah jenis heroin seberat 48.3 gram, ganja (0.82 gram), pil Eramin 5 (lapan biji) dan syabu (0.2 gram).

"Salah seorang daripada suspek ditahan di dalam rumah manakala dua rakannya cuba meloloskan diri dengan memecah siling sebelum menyelusup keluar menerusi bumbung," katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Rengit di sini hari ini.

Adnan memberitahu, suspek yang ditahan terdiri daripada pemandu lori, peniaga dan penganggur, malah salah seorang memiliki lima rekod jenayah lampau dan turut dikehendaki pihak polis.

Mereka kini ditahan reman hingga Rabu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana mengedar dadah dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted: 02 Apr 2011 03:11 AM PDT

Utusan Online - Dalam Negeri


Kestabilan Malaysia kekal - PM

Posted:

Kestabilan Malaysia kekal - PM

Kestabilan Malaysia kekal - PM

KUALA LUMPUR 1 April - Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan kepada masyarakat antarabangsa bahawa terdapat kestabilan di Malaysia dan ia akan berkekalan untuk jangka masa yang lama.

"Apa yang berlaku di Asia Barat hanya berkisar di sana dan tidak mendatangkan kesan kepada Malaysia kerana kita mempunyai demokrasi yang segar, kerana kita ada dasar-dasar yang selaras dengan kehendak rakyat, kerana kita ada pertumbuhan ekonomi yang kukuh, kita ada pekerjaan," kata Perdana Menteri dalam satu temu bual dengan stesen televisyen Bloomberg yang disiarkan hari ini.

Beliau ditanya sama ada tunjuk perasaan membantah kepimpinan di beberapa negara di Asia Barat dan Afrika Utara boleh merebak ke Malaysia kerana negara ini sudah diperintah selama lima dekad oleh Barisan Nasional.

Katanya lagi, Malaysia mempunyai 2.2 juta pekerja asing selain mengamalkan dasar-dasar yang melindungi golongan berpendapatan rendah.

"Kita sentiasa memenuhi keperluan sosial rakyat," katanya dalam temu bual mengenai pencapaian beliau selepas dua tahun menjadi Perdana Menteri.

Ketika ditanya sama ada perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memburukkan imej Malaysia di mata dunia dan menjejaskan kemasukan pelaburan seperti yang didakwa oleh Sir Richard Branson tahun lepas, Najib berkata, kes itu merupakan soal peribadi.

"...disebabkan aduan oleh seorang individu yang kebetulannya adalah pembantu beliau (Anwar). Ia bukan satu tindakan yang diambil oleh kerajaan Malaysia," katanya.

Najib berkata, apa yang disebut oleh Branson, yang merupakan pengasas Virgin Group, tidak disokong oleh fakta, kerana pada 2009, pelaburan langsung asing adalah sekitar AS$1.7 bilion dan melonjak kepada AS$7 bilion tahun lepas.

"Saya berpendapat angka-angka ini sudah cukup menjadi bukti," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Beliau juga berkata, kerajaan komited untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana tanpa mengira kaum.

Perdana Menteri berkata, kumpulan sasar ini bukan saja terdiri golongan miskin di luar bandar, tetapi juga di bandar.

"Kita bukannya cakap pasal miskin tegar. Kita cakap mengenai mereka yang berpendapatan sekitar RM3,000 atau AS$1,000 sebulan," katanya.

Laporan tahunan 2010 Program Transformasi Kerajaan yang diumumkan minggu lepas menunjukkan 99.8 peratus daripada 44,643 isi rumah miskin tegar tidak lagi berada dalam kategori itu. — BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Projek nuklear: Kerajaan tidak tergesa-gesa

Posted:

Projek nuklear: Kerajaan tidak tergesa-gesa

Projek nuklear: Kerajaan tidak tergesa-gesa

KUALA LUMPUR 1 April - Kerajaan yang menyedari sepenuhnya impak krisis loji nuklear Jepun, tidak tergesa-gesa merealisasikan program tenaga nuklear Malaysia memandangkan daya majunya masih dinilai.

"Saya rasa banyak negara di dunia membuat penilaian semula dan kita akan memanfaatkannya dan kerajaan akan membuat keputusan muktamad apabila masanya tiba," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada temu bual dengan Bloomberg baru-baru ini.

Bagi melaksanakan pelan nuklear itu, kerajaan perlu melalui kajian daya maju yang ketat, susulan krisis nuklear di Jepun akibat gempa bumi.

"Keselamatan orang ramai diutamakan, dan jika projek itu dilaksanakan, ia mesti memberi manfaat kepada negara.

"Yang penting ialah mendapat sokongan rakyat," katanya.

Rancangan untuk mendapatkan maklum balas komuniti antarabangsa dan melaksanakan ciri-ciri keselamatan yang mematuhi amalan terbaik antarabangsa, sudah disediakan bagi melaksanakan program tenaga nuklear pertama Malaysia.

Pada Disember 2010, kerajaan mengumumkan pelan untuk membina dua loji tenaga nuklear yang masing-masing mampu menjana 1,000 megawatt, dengan projek pertama sedia beroperasi pada 2021 dan loji kedua, setahun kemudian sebagai rancangan jangka panjang menyeluruh untuk bekalan tenaga yang seimbang.

Kerajaan berpendapat, tenaga nuklear merupakan pilihan utama dalam mengimbangi sumber tenaga berikutan kos penyelenggaraan rendah dan tarif yang lebih rendah dalam jangka panjang.

Pada masa ini, gas menyumbang 64 peratus daripada penjanaan tenaga di Malaysia, manakala selebihnya daripada arang batu.

Sementara itu, Najib juga berkata, kerajaan memantau rapat projek kilang penapis Rare Earth Lynas Corporation di Kuantan.

"Jika projek seperti itu mahu diteruskan, kerajaan akan pastikan ia melalui pemeriksaan yang ketat dan memenuhi semua piawaian keselamatan yang ditetapkan," katanya.

Projek kilang penapis berkenaan menarik perhatian dunia dan dibantah rakyat berdasarkan persamaannya dengan kilang seumpama itu di Bukit Merah, Ipoh.

Kilang di Bukit Merah yang dibuka oleh Mitsubishi Chemicals pada tahun 90an dan dikatakan mengeluarkan bahan radioaktif dan menjejaskan kesihatan bekas pekerjanya, kini melalui kerja-kerja pembersihan yang menelan belanja RM300 juta. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

15,000 bakal hadir Jamuan 1Malaysia

Posted:

15,000 bakal hadir Jamuan 1Malaysia

15,000 bakal hadir Jamuan 1Malaysia

PULAU PINANG 1 April - Kira-kira 15,000 orang dijangka menghadiri Jamuan 1Malaysia di Kampung Permatang Pasir, Balik Pulau esok, sempena lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke negeri ini.

Setiausaha Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, jamuan tersebut disediakan sendiri oleh penduduk kampung secara gotong-royong.

Menurutnya, jamuan bakal bermula pukul 12 tengah hari hingga 2.30 petang.

"Sebanyak 10 ekor lembu dan 1,000 ekor ayam disembelih bagi menyediakan jamuan ini yang melibatkan penduduk beberapa buah kampung berdekatan.

"Kami menjemput orang ramai tanpa mengira kaum dan latar belakang untuk datang ke majlis ini dan bawa juga keluarga masing-masing," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jamuan berkenaan merupakan antara program yang disediakan sempena lawatan sehari Perdana Menteri ke Pulau Pinang bagi mendekati rakyat dan mendengar masalah mereka.

Pada sebelah pagi, Najib dijadual beramah-mesra dengan para pemandu teksi yang akan menyambut ketibaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas.

Perdana Menteri kemudiannya akan mengunjungi penduduk Taman Tun Sardon, Gelugor; Flat Padang Tembak, kediaman anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan Flat Kampung Melayu di Air Itam.

Sebelah petang pula, beliau akan bermesyuarat dengan para pemimpin BN sebelum menghadiri Karnival Kebudayaan India 1Malaysia di Penang International Sports Arena (PISA).

Najib juga dijadual berjumpa dengan rakan-rakan Facebook beliau dari negeri ini.

Pada sebelah malam, beliau akan menghadiri majlis Makan Malam 1Malaysia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

The Malaysian Insider :: Bahasa

Posted: 02 Apr 2011 01:38 AM PDT

The Malaysian Insider :: Bahasa


Greater Penang: Kerajaan negeri sedia ganding dengan Putrajaya, kata Lim

Posted: 01 Apr 2011 11:38 PM PDT

KUALA LUMPUR, 2 April — Kerajaan negeri Pulau Pinang Pakatan Rakyat (PR) menyatakan kesediaannya untuk berganding dengan Putrajaya bagi membangunkan Pelan Induk Greater Penang, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini. 

Sehubungan itu Lim berkata, kerajaan negeri sanggup untuk mengetepikan rangka tindakan Pulau Pinang dan Pelan Induk Perindustrian 2011-2015 yang telah pun dirangka bagi membolehkan Pelan Induk Greater Penang dilaksanakan bersama. 

"Pulau Pinang mengalu-alukan inisiatif kerajaan pusat pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membangunkan bersama Pelan induk Greater Penang, yang akhirnya akan membawa kepada satu bandar gabungan utama yang selari dengan wawasan kerajaan negeri Pulau Pinang yang mahu melahirkan bandar raya bestari dan antarabangsa," kata Lim (gambar) dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. 

"Kami mengalu-alukan kerjasama usaha sama. Sebagai respons dan untuk membuktikan keikhlasan dan komitmen kepada tawaran Perdana Menteri, kerajaan negeri bersedia untuk mengetepikan rangka tindakan Pulau Pinang dan Pelan Induk Perindustrian 2011-2015 yang telah pun dirangka agar memihak kepada Pelan Induk Greater Penang," kata Lim lagi. 

Semalam, Najib berkata, kerajaan persekutuan berhasrat membangunkan Program Transformasi Greater Pulau Pinang melalui satu makmal empat hingga enam minggu yang diperantarakan secara bersama oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan dan Khazanah Nasional dengan penyertaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. 

Makmal itu akan disertai peserta dari kedua-dua sektor awam dan swasta pada peringkat persekutuan dan negeri. 

"Pulau Pinang adalah penyumbang Keluaran Dalam Negara Kasar kawasan perbandaran utama ketiga terbesar, selepas Kuala Lumpur dan Johor Baru, di Malaysia di bawah Pelan Fizikal Negara dan Rancangan Malaysia Ke-10," katanya. 

"Makmal Greater Pulau Pinang adalah tanggungjawab yang diwujudkan bagi mewujudkan butiran pelaksanaan program itu bagi membuka peluang pembangunan di wilayah itu serta bagi mengenal pasti dan menyelesaikan potensi halangan semasa pelaksanaannya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

SPRM: Operasi 3b tahan 62 pegawai Kastam, isteri

Posted: 01 Apr 2011 11:10 PM PDT

PUTRAJAYA, 2 April — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengadakan Operasi 3b awal minggu ini telah menahan seramai 62 pegawai Kastam Diraja Malaysia di seluruh negara termasuk seorang pegawai kanan dari Pahang dan isterinya. 

Operasi itu diadakan untuk menyelamatkan agensi di bawah Kementerian Kewangan itu yang kehilangan hasil negara dianggarkan RM3 bilion. 

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: BeritaUtama

Posted: 02 Apr 2011 01:36 AM PDT

Harian Metro: BeritaUtama


Benci lihat muka anak

Posted: 01 Apr 2011 01:21 PM PDT

MUAR: Disebabkan wajah seiras ayah dan hubungan akrab dengan bapa yang sudah bercerai dengan ibu, seorang lelaki mendakwa hidup penuh kesukaran apabila dikhianati ibunya hingga perniagaan diusahakannya gulung tikar.

"Aku benci melihat muka kau, kau bukan anak aku dan aku tak akan ampunkan dosa kau dunia akhirat." Itu antara ungkapan yang dihamburkan si ibu kepada lelaki berusia 28 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Azli dari Sungai Abong, di sini.


Menurutnya, dia disisihkan ibunya sejak berusia 12 tahun kerana wajahnya seiras ayahnya yang amat dibenci wanita berkenaan sejak mereka berpisah.

"Selain ibu, abang juga bencikan saya dan sering memukul saya. Berikutan itu, saya meninggalkan rumah ketika berusia 13 tahun.


"Saya sangka masalah selesai, namun ibu masih berdendam dan melakukan pelbagai tindakan yang menyusahkan hidup saya hingga sekarang," katanya.


Azli berkata, dia pernah bekerja dengan sebuah firma guaman di negeri ini kira-kira tiga tahun lalu, namun diberhentikan tiba-tiba dan mendakwa ia disebabkan fitnah ditabur ibunya.

Sejak itu, dia bertekad bekerja sendiri dengan menubuhkan syarikat perniagaan berasaskan rempah dan usahanya itu membuahkan hasil.


Bagaimanapun, kejayaan yang dikecapinya hanya sementara kerana Azli mendakwa, ibunya yang berusia 50-an sekali lagi menabur fitnah kononnya rempah ratus yang dihasilkannya menggunakan bahan terlarang seperti serbuk kayu dan pewarna berlebihan.

Fitnah itu sampai ke pengetahuan pihak berkuasa dan akibatnya, serbuk rempah kurma dan kari keluaran syarikat Azli dilarang dipasarkan sejak setahun lalu.


"Berikutan itu, saya sekali lagi berdepan kesukaran, malah seorang demi seorang pekerja berhenti kerja tanpa sebab munasabah.


"Fitnah dilontar ibu terhadap saya terlalu kejam hingga saya pernah menerima kata-kata kesat daripada pekerja sendiri, malah saya juga dituduh menggunakan bomoh untuk mengahwini isteri serta tidak bertanggungjawab kepada keluarga," katanya.


Selepas kilang diusahakannya ditutup, Azli kini hidup kesusahan dan berniaga kecil-kecilan dengan menjual makanan di sebuah gerai di bandar ini sejak beberapa bulan lalu.


Menurut Azli, walaupun ibunya berterusan menghinanya, namun dia masih memberikan wang saku setiap bulan selain menjaga makan dan pakai wanita berkenaan.


Pada masa sama, perkahwinan Azli dengan gadis tempatan berusia 24 tahun kira-kira dua tahun lalu turut tidak mendapat restu ibunya.


"Pada Aidilfitri lalu, saya dan isteri pulang ke rumah ibu, namun kami hanya dibenarkan berada di luar rumah," katanya.


Menurutnya, bagaikan dalam babak filem Ibu Mertuaku lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee, ibunya mengeluarkan pelbagai kata-kata kesat selain mengugut dengan ungkapan "Aku tak akan ampunkan dosa kau dunia akhirat." Menurut Azli, ibu dan ayahnya bercerai akibat salah faham selepas kelahiran adik bongsu mereka (adik Azli) yang kini berusia 16 tahun dan ayahnya kini sudah berkahwin lain.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelawak cabul pelajar diburu

Posted: 01 Apr 2011 01:20 PM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang pelawak berusia 63 tahun yang popular sejak era 70-an diburu polis selepas seorang pelajar perempuan membuat laporan mendakwa dicabul lebih tiga kali lelaki itu.

Lebih keji, pelawak otai yang lebih memberi tumpuan dalam bidang pengarahan itu dikatakan menyogok sejumlah wang kepada pelajar berusia 13 tahun itu dengan harapan mangsa patuh kepada arahan, selain tidak membongkar kejadian itu kepada ahli keluarga serta orang ramai termasuk ibu saudara mangsa yang juga rakan baiknya.


Difahamkan, pelajar malang itu dicabul lebih tiga kali sejak Disember 2010 hingga pertengahan Mac lalu, di dua kediaman berasingan milik ibu saudara mangsa di Kepong dan Klang, selain beberapa kali di luar kediaman berkenaan apabila mereka bertemu.

Akibat tidak tahan dengan perbuatan keji itu, pelajar terbabit membuat laporan di Balai Polis Jinjang, kira-kira jam 10 pagi semalam.


Sumber polis berkata, kejadian pertama berlaku kira-kira jam 11 malam Disember tahun lalu di sebuah rumah di kondominium di Kepong apabila mangsa dicabul di kediaman ibu saudaranya itu.


Beliau berkata, ketika kejadian suspek berkunjung ke rumah berkenaan kononnya melawat ibu saudara mangsa yang juga rakan baiknya.

"Bagaimanapun, selepas berbual lebih 30 minit, ibu saudara mangsa mendakwa letih dan mahu tidur sebelum mengarahkan suspek berehat dalam bilik tetamu jika tidak mahu pulang.


"Suspek bersetuju sebelum masuk ke bilik berkenaan. Lima minit kemudian suspek keluar semula sebelum memanggil mangsa masuk ke dalam bilik berkenaan dan meminta mangsa mengurut badannya," katanya.

Mangsa pada mulanya menolak, namun bersetuju berbuat demikian selepas dipujuk suspek.


"Sebaik masuk ke dalam bilik itu, suspek dikatakan mencium mulut dan pipi mangsa serta memegang bahagian sulit mangsa.


"Tersentak dengan perbuatan itu, mangsa berlari keluar dari bilik. Bimbang mangsa mengadu kepada ibu saudaranya, suspek memohon maaf, selain berjanji tidak akan mengulanginya.


"Termakan pujukan suspek, mangsa bersetuju merahsiakan perbuatan itu. Malah, suspek dikatakan menyogok RM100 kepada mangsa sebelum berpura-pura insaf dengan keterlanjurannya itu," katanya.


Sumber berkata, kejadian terbaru berlaku pertengahan Mac lalu kira-kira jam 5.30 petang di sebuah lagi rumah ibu saudara mangsa di Klang.


"Kejadian berlaku dalam tandas di rumah berkenaan apabila suspek meluru masuk sebelum mencabul mangsa yang ketika itu ingin membuang air. Kali ini, bertindak lebih ganas ketika memegang bahagian sulit dan payudara mangsa," katanya.


Difahamkan, suspek sekali lagi memberikan wang RM100 kepada mangsa untuk menutup mulut.


Biarpun mangsa enggan menerima wang berkenaan, suspek dikatakan meletakkan wang itu di atas meja sebelum meninggalkan rumah berkenaan.


Sumber berkata, disebabkan mangsa masih mendiamkan diri selepas insiden itu, dia dikatakan dicabul lagi suspek setiap kali bertemu ataupun apabila suspek berkunjung ke kediaman ibu saudaranya itu.


Tidak tahan dengan perbuatan itu, mangsa memberitahu ibu saudaranya sebelum mereka tampil membuat laporan di balai polis.


Katanya, sehingga kini, suspek masih belum ditahan, namun usaha memburunya giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.


Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu namun enggan mengulas lanjut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Muka Hadapan

Posted: 02 Apr 2011 01:28 AM PDT

Utusan Online - Muka Hadapan


KPN sahkan video seks tulen

Posted:

KPN sahkan video seks tulen

KPN sahkan video seks tulen

Oleh WAN RAHIMAH DRAMAN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 1 April - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (gambar) hari ini mengesahkan rakaman video seks didakwa melibatkan seorang pemimpin parti pembangkang yang didedahkan baru-baru ini adalah tulen.

Katanya, pengesahan itu dibuat oleh pakar profesional yang dilantik oleh pihak polis minggu lalu untuk membuat kajian terperinci.

Menurutnya, hasil siasatan rakaman video itu yang kini di peringkat akhir akan diserahkan kepada Peguam Negara dalam masa terdekat.

"Saya telah mengarahkan pasukan penyiasat yang ditubuhkan itu agar menjalankan siasatan secara menyeluruh dan terbuka," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak di sini hari ini.

Pihak polis, tegas beliau, akan memanggil sesiapa sahaja bagi membantu siasatan dan setakat ini tiga individu ditahan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.

Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini, Ismail berkata, pihaknya menimbang menghantar rakaman video tersebut ke luar negara untuk dianalisis pakar asing.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lebih 50 pegawai kastam ditahan

Posted:

Lebih 50 pegawai kastam ditahan

Lebih 50 pegawai kastam ditahan

oleh WAN NOOR HAYATI ALIAS
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 1 April – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 50 lagi pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di seluruh negara hasil operasi susulan suruhanjaya itu yang memasuki hari keempat, bermula Isnin lalu.

Penahanan semua pegawai pelbagai pangkat dan jawatan itu diperoleh dalam serbuan SPRM di pelabuhan utama negara di Selangor, Pahang, Johor dan Pulau Pinang.

Dalam operasi itu, SPRM turut menemui wang tunai lebih RM500,000 di salah sebuah rumah pegawai kastam berkenaan.

Menurut sumber, modus operandi mereka terlibat adalah memudahkan barang-barang diimport masuk ke dalam negara tanpa pemeriksaan dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

"Lokasi operasi pula tertumpu di pelabuhan-pelabuhan utama negara dan tangkapan tertinggi adalah di Pelabuhan Klang.

"Jadi apa sahaja jenis barang 'dihalalkan' masuk ke sempadan dengan bayaran suapan tertentu yang dikenakan," kata sumber tersebut di sini hari ini.

Sebelum ini, SPRM dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta dibantu lima agensi lain membuat serbuan ke atas 84 ejen penghantaran, sebuah syarikat induk dan 24 anak syarikat berkaitan serta 25 premis JKDM di seluruh negara dalam operasi besar-besaran tersebut.

Dalam satu serbuan di Pahang, dua pegawai JKDM yang juga pasangan suami-isteri ditahan selain ratusan ribu ringgit ditemui berselerakan di rumah mereka.

Sementara itu, Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf meminta semua pegawai di jabatannya terus fokus terhadap tugas dan tanggungjawab masing-masing seperti yang diamanahkan.

"Pegawai-pegawai agensi itu perlu mengekalkan khidmat terbaik kepada pelanggan jabatan iaitu masyarakat," katanya mengulas penahanan ke atas pegawai JKDM yang dilakukan SPRM, sejak Isnin lalu.

Menurutnya, penahanan tersebut dibuat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

"Hasil operasi itu, beberapa pegawai JKDM telah disiasat lanjut. JKDM percaya di atas kewibawaan SPRM dalam menjalankan siasatan tersebut," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Ibu Pejabat JKDM Putrajaya, di sini hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rasuah: ADUN Lenggeng dihukum penjara tiga tahun, denda RM20,000

Posted:

Rasuah: ADUN Lenggeng dihukum penjara tiga tahun, denda RM20,000

Rasuah: ADUN Lenggeng dihukum penjara tiga tahun, denda RM20,000


MUSTAFA Salim kelihatan tenang ketika wajahnya dirakamkan sekumpulan jurugambar di Mahkamah Sesyen, Seremban, semalam. - UTUSAN/MD.SHAHJEHAN MAAMIN


RASAH 1 April - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Mustafa Salim hari ini dihukum penjara tiga tahun dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban di sini, atas kesalahan menerima rasuah daripada seorang kontraktor sebagai dorongan mendapatkan permit menjual pasir, tiga tahun lalu.

Mustafa yang memakai kot warna hitam kelihatan tenang di kandang tertuduh sebaik sahaja Hakim Amran Jantan membacakan hukuman tersebut setelah tertuduh didapati bersalah pada 4 Mac lalu.

Dalam keputusannya, Amran menyatakan bahawa kesalahan tersebut adalah serius kerana ia dilakukan oleh individu yang berjawatan seperti tertuduh.

"Hukuman bon tidak wajar kerana ia memberi gambaran yang tidak baik kepada masyarakat, seolah-olah mahkamah tidak memandang serius kes rasuah," katanya.

Amran turut memerintahkan Mustafa dihukum penjara 12 bulan sekiranya beliau gagal membayar denda tersebut.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan pelaksanaan hukuman tersebut ditangguhkan sehingga Isnin ini setelah pihak pembelaan memaklumkan akan mengemukakan rayuan.

Bagi tujuan tersebut, hakim berkenaan memerintahkan jumlah ikat jamin tertuduh RM6,000 sebelum ini ditambah kepada RM10,000 dengan seorang penjamin.

Mustafa, 52, didapati bersalah menerima suapan RM2,000 daripada M. Manimaran di Restoran Jahrin Maju, Taman Bunga Raya 2, Mantin pada pukul 5 petang, 31 Ogos 2008.

Mustafa yang dipilih sebagai ADUN Lenggeng pada 2008 didakwa menerima suapan itu sebagai dorongan untuk mengeluarkan permit menjual pasir kepada pengadu.

Dakwaan terhadap Mustafa yang diwakili peguam Datuk Taqiyuddin Yahya dan Feisal Mustapha, dikemukakan mengikut Seksyen 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta yang sama.

Di bawah seksyen tersebut, tertuduh boleh dihukum penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun serta denda lima kali ganda daripada nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Fieza Fazlin Fandi dan Penguasa Kanan SPRM, Jasmi Buang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Timur

Posted: 02 Apr 2011 01:07 AM PDT

Utusan Online - Timur


2,600 kontraktor bumiputera daif?

Posted:

2,600 kontraktor bumiputera daif?

2,600 kontraktor bumiputera daif?

Oleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 1 April – Seramai 2,600 kontraktor bumiputera Kelas E dan F dikatakan berada dalam keadaan 'hidup segan mati tak mahu' akibat kegagalan Kerajaan Pas Kelantan menyediakan projek pembangunan kepada mereka.

Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Kelantan (PKMMNK), Datuk Mohd. Rosdi Abdul Aziz berkata, ketiadaan dan kesukaran mendapatkan projek sejak Pas memerintah lebih 20 tahun lalu, turut menyebabkan 1,500 kontraktor kecil bumiputera di negeri ini terpaksa gulung tikar.

Beliau berkata, sebelum pentadbiran kerajaan negeri diambil alih oleh Pas, terdapat kira-kira 4,000 kontraktor bumiputera Kelas E dan F yang berdaftar dengan persatuan itu.

"Bagaimanapun, bilangan mereka berkurangan kepada 3,150 dan daripada jumlah itu, kini kira-kira 1,500 telah gulung tikar dan 2,600 lagi dalam keadaan daif sehingga terpaksa mengubah kerjaya masing-masing.

"Ada yang bawa kereta sewa, ada yang berkebun, berniaga kecil-kecilan dan sebagainya kerana tak boleh cari makan dengan kerja kontrak sebab kerajaan negeri tidak menjana banyak projek pembangunan.

"Sejak 20 tahun lalu, boleh dikatakan hanya sebilangan kecil kontraktor di Kelantan dapat meneruskan hidup melalui kerja-kerja kontrak menerusi projek kecil luar bandar yang diperuntukkan oleh agensi-agensi kerajaan Persekutuan," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini

Mohd. Rosdi tidak menafikan, terdapat peluang pembangunan yang besar di negeri ini, tetapi akibat tiada inisiatif oleh Kerajaan Pas Kelantan, projek tersebut terus membeku.

Beliau sehubungan itu berharap, kerajaan Pas Kelantan dapat merangka satu pelan atau kaedah bagi membela nasib kontraktor kecil bumiputera di negeri ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau mencadangkan supaya agensi kerajaan Persekutuan melaksanakan sistem cabutan undi menggantikan kaedah sebutan harga atau tender terbuka bagi projek-projek kecil dalam usaha membantu kontraktor terbabit.

"Cara ini dilihat lebih adil untuk kontraktor Kelas E dan F. Ada kesamarataan dalam pemberian projek. Maksudnya semua akan dapat dan ini berbeza dengan cara sebut harga atau tender terbuka," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Banyak sekolah guna pendawaian elektrik usang

Posted:

Banyak sekolah guna pendawaian elektrik usang

Banyak sekolah guna pendawaian elektrik usang


Abdul Kahar (kiri) mendengar penerangan Peng Choong (dua dari kiri) berhubung risiko kemalangan elektrik di SK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu, kelmarin.


KUALA TERENGGANU 1 April - Masih banyak lagi sekolah di negeri ini menggunakan sistem pendawaian elektrik usang ekoran kekangan kewangan untuk menambah baik sistem berkenaan.

Masalah tersebut turut diakui Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) apabila terdapat kes kebakaran di sekolah berpunca daripada masalah yang sama.

Bagaimanapun, menurut Ketua Sektor Pengurusan dan Pembangunan JPNT, Abdul Kahar Abdul Latif, pihaknya dalam usaha bekerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk meningkatkan sistem keselamatan elektrik di sekolah.

"Terengganu mempunyai kira-kira 450 buah sekolah namun bukan semua yang masih menggunakan pendawaian lama jadi kita akan berusaha menambah baik sistem itu dari semasa ke semasa.

"Selain itu, saya juga berharap pihak sekolah dapat menerapkan kempen kesedaran mengenai penggunaan elektrik di kalangan pelajar agar mereka boleh mengelakkan sebarang kemalangan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Pengarah JPNT, Razali Daud pada majlis Seminar Kesedaran Keselamatan Elektrik Peringkat Negeri Terengganu anjuran TNB di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 (SKSS1) di sini semalam.

Seramai 262 orang murid (tahun 4 dan 6) dan 53 orang guru dari 53 buah sekolah sekitar Kuala Terengganu menghadiri seminar berkenaan yang diadakan selama sehari dengan pengisian ceramah, pameran serta acara-acara menguji minda.

Turut hadir Pengurus Besar Kanan (Senggara Aset) TNB, Ir. Ho Peng Choong dan Guru Besar SKSS1, Yusof Karim.

Dalam pada itu, ujar Peng Choong, sejak seminar berkenaan diadakan pada 2007, seramai 6,588 orang guru telah menyertai seminar berkenaan dalam usaha mendidik pelajar mengenai keselamatan penggunaan elektrik untuk mengelakkan berlakunya kecuaian dan kemalangan.

"Ini kerana mengikut statistik yang dikeluarkan Suruhanjaya Tenaga bagi tempoh tahun 2005 hingga 2010, sebanyak 395 kes kemalangan elektrik berlaku di mana 193 kes maut dan 214 kes tidak maut dengan pelajar sekolah merupakan kategori mangsa yang ketiga tertinggi iaitu sebanyak 14.2 peratus," jelasnya.

"Di Terengganu pula, sejak tahun 2002 hingga 2010, sebanyak 26 kes kemalangan elektrik berlaku di negeri ini dan daripada jumlah itu 11 peratus daripadanya melibatkan kejadian di premis milik kerajaan termasuk sekolah dan institut pengajian tinggi," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Terengganu perhebat promosi tarik pelancong ASEAN

Posted:

Terengganu perhebat promosi tarik pelancong ASEAN

Terengganu perhebat promosi tarik pelancong ASEAN

KUALA TERENGGANU 1 April - Kerajaan negeri akan memperhebatkan promosi pelancongan negeri dengan memberi tumpuan kepada usaha menarik pelancong dari negara-negara rantau ASEAN.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd. Said berkata, langkah kerajaan negeri itu untuk meningkatkan lagi jumlah kedatangan pelancong ke negeri ini yang dianggarkan mencecah tiga juta orang pada tahun ini.

Katanya, walaupun tumpuan diberikan kepada negara-negara ASEAN seperti Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina dan Brunei, promosi ke negara lain turut dilakukan.

Menurut beliau, Terengganu mencatatkan penurunan jumlah kedatangan pelancong daripada 3.1 juta orang pada 2008 kepada 2.93 juta pada 2009 manakala tahun lalu mencatatkan jumlah kunjungan pelancong seramai 2.5 juta orang.

Bagaimanapun katanya, statistik kedatangan pelancong domestik dan negara jiran tidak banyak mengalami penurunan berbanding pelancong asing kerana beberapa faktor antaranya keadaan cuaca dan harga minyak.

"Kerajaan negeri yakin sasaran kedatangan tiga juta pelancong ke negeri ini tahun ini tercapai berdasarkan banyak aktiviti peringkat kebangsaan dan antarabangsa diadakan termasuk promosi serta kerjasama pelbagai pihak," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu Ke-22 di sini semalam. Hadir sama Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu, Ahmad Fathil Abdul Ghani dan Pengerusi Persatuan Pelancongan Negeri, Wan Supian Datuk Wan Ishak.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rahim berkata, pemandu pelancong yang berdaftar dan mempunyai lesen tetapi tidak berpeluang bekerja dalam industri pelancongan akan dikenal pasti.

Katanya, usaha itu untuk memastikan segala pengalaman yang diperolehi ketika berkursus dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam memperkenalkan Terengganu kepada pelancong.

"Pada masa ini terdapat 47 orang pemandu pelancong dan 60 pemandu alam semulajadi yang berdaftar dengan Pejabat Kementerian Pelancongan di Terengganu," ujar beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Rencana Utama

Posted: 01 Apr 2011 11:42 PM PDT

Kosmo Online - Rencana Utama


Refleksi kejayaan automotif Thailand

Posted:

Refleksi kejayaan automotif Thailand

Refleksi kejayaan automotif Thailand

Oleh AHMAD SYUKRAN, ZAINUDDIN
syukran.zainuddin@kosmo.com.my



PAMERAN pemotoran boleh memberi pelbagai refleksi. Bukan sekadar menjadi indikator kepada betapa meriahnya industri pemotoran sesebuah negara. Malah, ia boleh bertindak sebagai petunjuk kepada hala tuju industri, sama ada di peringkat serantau mahupun global.

Tidak keterlaluan juga andai dikatakan pameran sebegini menjadi petanda mengenai iklim ekonomi dunia pada ketika itu. Bagi pemain industri, acara ini merupakan pentas untuk menunjukkan apa yang telah mereka usahakan selama bertahun-tahun di dalam makmal R&D masing-masing.

Di rantau Asia Tenggara, Thailand dan Indonesia boleh dikatakan sebagai pempamer yang bagus. Antara sebabnya, dalam banyak-banyak kereta yang dipamerkan (terutama di Thailand) pasti ada model yang akan tiba ke bilik-bilik pameran di Malaysia.

Justeru, pameran pemotoran di Bangkok atau Bangkok International Motor Show (BIMS) dilihat cukup signifikan. Ia sentiasa dipilih sebagai lokasi utama oleh jenama-jenama besar untuk melakukan debut model penting mereka untuk pasaran Asia.

Justeru, tidak hairanlah jika kapasiti dari aspek penyertaan pempamer dan jumlah kedatangan pengunjungnya bertambah pada setiap tahun. Memasuki edisi ke-32, BIMS pernah mencatat kedatangan pengunjung lebih dua juta orang!

Pengerusi jawatankuasa penganjuran BIMS, Dr. Prachin Eamlumnow mengakui bahawa acara ini merupakan kuasa utama di belakang industri automotif Thailand.

"Jualan kenderaan di Thailand pada tahun ini dijangka mencecah 850,000 unit. Sementara jualan motosikal boleh mencapai 1.8 juta unit. Dengan pengenalan banyak model baru sepanjang BIMS, kami yakin dapat menarik minat lebih ramai pengunjung, sekali gus meningkatkan jumlah pembelian kereta sewaktu BIMS berlangsung berbanding tahun lalu," kata Eamlumnow.

Sebagaimana yang kita tahu, Thailand tidak memerlukan kereta jenama sendiri. Cukup dengan polisi industri yang bijak, konsisten dan mesra pelabur. Ditambah dengan kos buruh rendah dan infrastruktur yang bagus. Ia pantas menarik perhatian pengeluar yang ingin membina hab jenama mereka untuk pasaran Asia.


PRESIDEN Ford ASEAN, Peter Fleet (kanan) dan Presiden Ford untuk Asia Pasifik dan Afrika, Joe Hinrichs bangga memperkenalkan model terbaru Ranger.


Dalam tempoh yang singkat, Thailand sudah boleh berbangga dengan statusnya sebagai Detroit Asia. Sebut apa sahaja jenama yang anda tahu, besar kemungkinan kilangnya ada kawasan perindustrian di Rayong.

Ia juga harus dilihat sebagai contoh hab pengeluaran kenderaan yang berjaya. Buktinya, pada tahun lalu sahaja Thailand menghasilkan kira-kira 1.6 juta kenderaan dan 50 peratus daripadanya dieksport ke lebih 200 buah negara di seluruh dunia.

Sedangkan Malaysia, cuma menghasilkan sekitar 650,000 unit kenderaan pada tempoh sama dengan kadar ekportnya hanya satu peratus. Di mana silap dan kelemahannya? Adakah Dasar Automotif Negara (DAN) yang digubal itu sudah cukup bagus? Adakah Malaysia menawarkan polisi yang menarik untuk pengeluar kenderaan melabur di sini?

Operasi besar

Honda, Toyota, Mitsubishi dan Nissan mempunyai operasi yang besar di Thailand. Jenama-jenama itu nyata tertarik untuk turut serta dalam pasaran yang melibatkan lebih 600 juta penduduk di Asia Tenggara.

Mereka tidak keberatan untuk melabur. Pada tahun 2010, pengeluar kenderaan melabur sebanyak 32.5 bilion baht (RM3.25 bilion). Biarpun Thailand berdepan dengan kekacauan politik, pengeluaran kenderaannya tidak terjejas.

Lembaga Pelaburan Thailand (BOI) yakin Thailand kekal menjadi magnet buat firma-firma pemotoran luar negara.

"Aliran FDI (pelaburan langsung asing) dijangka mencecah 400 bilion baht (RM40 bilion) pada tahun ini. Automotif dan alat ganti menjadi sektor penting dengan diterajui oleh syarikat-syarikat utama dari Jepun," kata Setiausaha Agung BOI, Atchaka Sibunruang.

Naib Pengerusi jawatankuasa penganjuran BIMS, Jaturont Komolmis menyatakan bahawa BIMS adalah kebanggaan Thailand dan rakyatnya.

"Saya yakin, acara ini di Muangthong akan menjadi automobile kingdom dengan semua produk berkaitan industri automotif dipamerkan di sini," jelas Komolmis.

Baiklah. Apakah model-model penting yang membuat penampilan di BIMS? Ford tampil dengan model trak pikap serba barunya, Ranger.

Bakal memulakan produksi pada pertengahan tahun ini di kilang AutoAllience Thailand miliknya di Rayong, Ranger merupakan trak pikap pertama yang bernaung di bawah strategi One Ford.

Strategi One Ford ialah program yang merangkumkan semua kepakaran kejuruteraan Ford ke dalam produk yang akan dipasarkan ke peringkat global.


PROTON tidak ketinggalan membawa model konsep Lekir yang diangkat daripada model Lotus Europa.


"Kami ingin memanfaatkan BIMS sebagai platform debut untuk memperkenalkan Ranger kepada pengguna di Asia. Ia juga membuktikan komitmen Ford terhadap pasaran Thailand dan rantau Asean," jelas Presiden Ford Asean, Peter Fleet.

Menembusi lebih 180 buah negara di seluruh dunia, pengeluaran Ranger juga akan dihasilkan di kilang Ford di Afrika Selatan dan Argentina. Ranger sarat dengan pelbagai teknologi terbaik Ford. Antaranya, ciri Bluetooth dengan kawalan suara (voice Control) dan sistem kamera belakang.

Ciri maskulin

Reka bentuk luarannya yang maskulin itu diserlahkan lagi dengan ciri Hill Descent Control dan Hill Launch Assit demi memastikannya berupaya mengharung apa jua permukaan jalan yang sukar.

Ranger dipasang dengan tiga enjin baru yang menjimatkan minyak. Dua enjin diesel (Duratorq TDCi) dan satu enjin petrol (Durateq). Varian ini bagi memastikan ia mampu memenuhi apa jua keperluan yang dimahukan oleh pasaran dimasukinya nanti.

Tidak mahu mengalah, GM turut memperkenalkan model pikap berkapasiti satu tan keluarannya. Chevrolet Colorado yang menampilkan ciri-ciri trak Colorado generasi akan datang itu bakal dijual di Thailand menjelang hujung tahun ini.

Bersandarkan pengalaman menghasilkan trak selama 100 tahun, model Chevrolet ini kelihatan sangat 'macho' apabila dipasang dengan rim aloi bersaiz 20 inci. Kuasanya dijana daripada unit enjin diesel bersesaran 2.8 liter yang tidak hauskan bahan api.

Honda mempersonakan para pengunjung dengan model Eco Car pertamanya, Brio. Brio menjadi model kedua selepas Nissan March yang dibina di bawah projek "Eco Car Thailand."

Dijangka menjadi model paling laris pada BIMS, Brio dikuasakan dengan enjin 1.2 liter, empat silinder i-VTEC. Honda mendakwa enjin kompak berkod E20 itu mampu mencapai sejauh 20 kilometer untuk setiap liter petrolnya.

Selain model kompak March, Nissan mendekatkan orang ramai dengan model elektrik plug-in kebanggaanya, Leaf. Leaf yang sudah dijual di banyak negara itu baru sahaja dinobatkan sebagai Car of the Year di Eropah.

Mitsubishi pula dilihat cuba untuk menguji pasaran menerusi model yang dipanggil Concept Global Small. Ia merupakan eco car konsep yang dijangka dibangunkan di Thailand tidak lama lagi.

Sementara itu, model elektrik sepenuhnya daripada rangkaian Concept Global Small turut dirancang dihasilkan menjelang tahun 2013.

Penulis cuma berkesempatan meninjau BIMS dalam masa yang agak singkat. Namun, ia tetap satu pengalaman yang memuaskan. Mungkin sudah tiba masanya penganjur acara sama di Malaysia belajar dengan Thailand. Ini barulah betul-betul international!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Politik

Posted: 01 Apr 2011 11:34 PM PDT

Utusan Online - Politik


Abdul Taib serah senarai nama calon?

Posted:

Abdul Taib serah senarai nama calon?

Abdul Taib serah senarai nama calon?

PUTRAJAYA 1 April - Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak petang ini dipercayai untuk menyerahkan senarai nama calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10, 16 April ini.

Abdul Taib yang juga Pengerusi BN Sarawak dilihat memasuki pekarangan bangunan Perdana Putra yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri dengan menaiki kereta Lexus berwarna putih tepat pukul 2.55 petang dan beredar pada pukul 6.25 petang.

Turut kelihatan memasuki Pejabat Perdana Menteri ialah Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam; Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Datuk Seri William Mawan Ikom dan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Seri Dr. James Jemut Masing.

Difahamkan, Abdul Taib dan ketiga-tiga pemimpin BN Sarawak itu turut mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Usaha pemberita yang berkumpul di pekarangan Pejabat Perdana Menteri selama lebih tiga jam untuk mendapat komen bagaimanapun gagal apabila kesemua kenderaan yang membawa para pemimpin itu enggan berhenti.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 6 April ini diikuti hari pengundian pada 16 April.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sikap ‘pilih bulu’ Karpal dikecam

Posted:

Sikap 'pilih bulu' Karpal dikecam

Sikap 'pilih bulu' Karpal dikecam

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 1 April – Pelbagai pihak hari ini mengecam Karpal Singh (gambar) kerana mengamalkan sikap 'pilih bulu' dalam isu video seks yang dipercayai melibatkan seorang pemimpin pembangkang apabila pengerusi DAP itu hanya menggesa polis menahan trio 'Datuk T'.

Karpal bukan sahaja mahu trio Datuk T ditahan kerana melanggar Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 serta Seksyen 292 Kanun Keseksaan tetapi juga menolak cadangan penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat video berkenaan serta menyifatkan pendedahan itu bertentangan dengan nilai moral.

Presiden Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, sikap 'pilih bulu' Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu membuktikan Karpal terperangkap dalam jerat ciptaannya sendiri akibat gagal membezakan antara kepentingan politik dan profesion selaku peguam.

"Saya suka mengingatkan Karpal, dalam isu bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, D. P. Vijandran, dia bukan sahaja memiliki dan mendedahkan video seks itu pada 1989 tetapi turut menyimpannya selama beberapa tahun. Kalau tidak silap video itu hanya diserah pada 1992.

"Kenapa pula pada masa itu tindakannya tidak salah di sisi undang-undang dan kenapa pula kami tidak boleh mencari kebenaran dengan menonton video itu. Sedangkan dahulu, dia sendiri menggesa pemimpin BN menonton video Vijandran," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim memberitahu, beliau tidak terkejut dengan sikap Karpal kerana dakwanya, itulah cara seorang pemimpin murahan DAP dan peguam yang gemar memutar-belit bertindak.

Sebagai contoh, katanya, pada tahun 1997 Karpal mendakwa mempunyai bukti Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat Azizan Abu Bakar dan Sukma Dermawan tetapi kemudian bertindak menjadi peguam bela kepada ketua pembangkang itu.

"Kalau dia bermaruah dan berprinsip, maka dia juga perlu bersetuju agar video seks yang dikatakan mirip Anwar itu ditayangkan kepada umum dan Anwar perlu bersara daripada politik," jelasnya.

Bagi Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong, Karpal adalah sebahagian daripada kelompok penyokong Anwar yang sanggup memperalatkan apa sahaja undang-undang jika ia mampu memberi kepentingan politik kepada pembangkang.

Menurutnya, Pengerusi DAP itu menyokong Anwar secara membuta-tuli sehingga sanggup menolak cadangan penubuhan suruhanjaya diraja meskipun sedar langkah tersebut merupakan jalan penyelesaian terbaik bagi merungkai kebenaran.

"Dulu, kalau timbul apa sahaja berkait dengan isu yang mampu memberi keuntungan politik, Karpal dan puak-puak pembangkang inilah yang menyalak menuntut suruhanjaya diraja tetapi kenapa takut apabila video ini dikaitkan dengan Anwar," soalnya.

Sementara itu, Bendahari Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Mohamed Aziz berkata, sikap hipokrit Karpal itu adalah manifestasi pembangkang yang bukan sahaja tidak bermoral malah prinsip perjuangan mereka sudah terkubur.

"Itulah sikap pembangkang, demi kepentingan politik meskipun bukti semakin jelas bahawa video seks tersebut adalah pemimpin pembangkang, semua kunci mulut. Inilah gaya politik lidah bercadang yang sanggup membunuh kebenaran," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Nasional

Posted: 01 Apr 2011 11:22 PM PDT

Berita Harian: Nasional


Najib dijangka umum projek baru ETP

Posted: 01 Apr 2011 03:02 PM PDT

Nasional

PM mahu program berterusan dilaksana beri kesan besar kepada kehidupan rakyat

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan bahawa kerajaan akan mengumumkan projek utama dan menerujakan yang baru, yang bertali arus di dalam tempoh beberapa bulan akan datang, sambil mengukuhkan pelaksanaan secara berkesan program transformasi ekonomi Malaysia (ETP).

Selepas mengumumkan sebanyak 60 program sehingga ini, Perdana Menteri berkata, beliau mahu pelan itu dilaksanakan dengan memberi tumpuan terhadap projek permulaan, termasuk projek besar dan projek yang memberi kesan besar dan yang tidak semata-mata projek infrastruktur. "Ia meliputi keseluruhan kerja raya, termasuk projek pelaburan besar yang akan mewujudkan nilai tinggi terhadap ekonomi dan pekerjaan," yang menjadi kunci bagi mengingati tempoh semasa kerajaan," katanya dalam satu temubual dengan rangkaian televisyen Bloomberg di pejabatnya di Putrajaya, semalam.

Pada temubual panjang lebar mengenai pencapaiannya selepas dua tahun menjadi Perdana Menteri dengan wartawan Bloomberg, Robyn Meredith dan Barry Porter mengenai ekonomi, katanya matlamat jelas Malaysia ialah untuk menjadi satu negara maju sepenuhnya menjelang 2020.

Antara lain, temubual itu menyentuh mengenai inflasi, subsidi, impian nuklear Malaysia, kedudukannya sebagai peneraju di dalam kewangan Islam, pilihan raya negeri Sarawak dan pilihan raya umum akan datang, dasar afirmatif Bumiputera, pembabitan Kuala Lumpur di dalam Perkongsian Ekonomi Strategik Trans-Pasifik (TPP) dan kesan China serta Yuan.

Ditanya sama ada Malaysia berupaya memenuhi sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Bank Negara Malaysia antara 5.0-6.0 peratus pada tahun ini, katanya: "Saya percaya kita masih berada pada landasan mencapai 6.0 peratus melalui campur tangan positif kerajaan di dalam bentuk projek permulaan dan sistem pengangkutan bandar massa bawah tanah yang besar bagi Greater Kuala Lumpur.
"Ini akan mewujudkan kesan pergandaan dan itulah juga bentuk pelaburan yang akan membantu kami mencapai pertumbuhan 6.0 peratus pada tahun ini," katanya.

Mengenai usaha membiayai projek Transit Aliran Massa (MRT), katanya: "Kami boleh membiayainya secara kreatif agar ia tidak membebankan dari segi perbelanjaan pembangunan.

"Jadi, dari satu segi, ia adalah satu projek berdaya maju kerana pulangannya adalah baik dan akan mewujudkan kesan pergandaan," katanya.

Najib berkata, kerajaan juga kemungkinan menjual bon bagi membiayai projek yang mampu dilaksanakan dengan menggunakan sumber dalam negara.

"Kami mempunyai simpanan yang besar di Malaysia, jadi ini adalah sumber pelaburan atau pinjaman yang kami boleh gunakan bagi membiayainya," katanya.

Perdana Menteri menolak tohmahan bahawa kerajaan akan mengelak langkah untuk menaikkan harga petrol, sambil menyatakan mengenai keperluan dilakukan langkah yang fleksibel ke arah pemberian subsidi.

"Kami tidak mahu peningkatan harga di Malaysia menjadi satu bebanan bagi rakyat," katanya, sambil menambah kerajaan akan terus melakukan pemantauan rapi terhadap inflasi yang meningkat sedikit tetapi masih berada di bawah paras 3.0 peratus.

Mengenai kemungkinan langkah untuk menghentikan sementara pemotongan subsidi dan membuat pemotongan subsidi yang besar pada masa depan kelak, Najib berkata: "Itulah yang sedang kami kaji pada masa ini secara keseluruhannya kerana kami perlu melihat berapa banyak lagi subsidi yang boleh ditanggung oleh kerajaan."

"Pada masa sama, kami komited untuk mengurangkan defisit. Defisit itu tidak boleh dibenarkan meningkat. Ia berada pada paras 5.6 peratus sekarang ini. Kami berharap untuk menurunkannya ke paras 5.4 peratus dan akhirnya ke sekitar 3.0 hingga 4.0 peratus."

"Tetapi, itu adalah matlamat jangka sederhana. Pada masa yang sama, kami perlu mengkaji sesetengah cabaran yang perlu dihadapi antara keperluan domestik dan keperluan memberikan keyakinan dari segi pengurusan makro kami," katanya.

Mengenai sama ada terdapat perubahan dari sasaran defisit awal kerajaan sebanyak 2.8 peratus menjelang 2015, katanya: "Parasnya dijangka kira-kira 3.0 hingga 4.0 peratus bagi tempoh kira-kira lima tahun akan datang." – BERNAMA

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

15,000 tetamu hadiri majlis sambut Perdana Menteri ke Balik Pulau

Posted: 01 Apr 2011 03:00 PM PDT

Nasional

MASYARAKAT Balik Pulau bergotong royong melapah lembu untuk dijadikan lauk sempena lawatan Perdana Menteri   ke Kampung Permatang Pasir, Balik Pulau hari ini.

MASYARAKAT Balik Pulau bergotong royong melapah lembu untuk dijadikan lauk sempena lawatan Perdana Menteri ke Kampung Permatang Pasir, Balik Pulau hari ini.

BALIK PULAU: Sepuluh ekor lembu dan dan 1,000 ayam bakal dihidangkan kepada lebih 15,000 tetamu yang dijangka menghadiri program Perjumpaan Rakyat Bersama Pemimpin Kawasan Parlimen Balik Pulau sempena lawatan kerja Datuk Seri Najib Razak di Kampung Permatang Pasir, di sini hari ini.

Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dijadual tiba di kampung berkenaan jam 12 tengah hari sebelum beramah mesra dengan penduduk pada majlis makan tengah hari, bersolat Zuhur berjemaah serta menyampaikan amanat kepada rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Betong, Muhamad Farid Saad, berkata hidangan pada jamuan itu akan disediakan secara gotong royong oleh penduduk Kampung Permatang Pasir, Sungai Pinang, Sungai Rusa, Jalan Bharu dan Sungai Burong yang memasak gulai kawah, manakala anggota polis, bomba dan kakitangan Hospital Balik Pulau memasak ayam. Najib mempunyai jadual padat sepanjang sehari di negeri ini, bermula dengan perjumpaan bersama pemandu teksi di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang kira-kira jam 9 pagi sebelum melakukan tinjauan mesra termasuk di Pasar Taman Tun Sardon, Gelugor; Pasar Jelutong; Pasar Padang Tembak dan Flet Kampung Melayu, Air Itam.

Ia diikuti programnya di Kampung Permatang Pasir dan pada jam 3 petang dijadual berjumpa pemimpin Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang di Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas, disusuli Karnival kebudayaan India Pulau Pinang di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA), Relau.

Perdana Menteri juga akan mengadakan perjumpaan dengan rakan Facebook beliau menerusi program 'Mari Berjumpa Mari Berhubung' (MBMB) di Hotel Equatorial jam 6 petang. MBMB adalah program terbaru diperkenalkan Perdana Menteri bagi membolehkan beliau bersemuka dan berinteraksi dengan rakan online.

Najib juga akan menghadiri majlis makan malam dan pengumuman pasukan Liga Premier Pulau Pinang 1Malaysia 2011 anjuran Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) di Hotel Equatorial, jam 8.30 malam sebelum berlepas pulang.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Mahkamah

Posted: 01 Apr 2011 07:48 PM PDT

Utusan Online - Mahkamah


Mahkamah Tinggi batal pekeliling Kerajaan Selangor

Posted:

Mahkamah Tinggi batal pekeliling Kerajaan Selangor

Mahkamah Tinggi batal pekeliling Kerajaan Selangor

SHAH ALAM 1 April - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk membatalkan pekeliling Kerajaan Negeri Selangor yang melarang kakitangannya disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di luar waktu pejabat.

Hakim Siti Zaleha Yusof turut menolak permohonan kerajaan negeri yang diwakili oleh peguam Tommy Thomas dan Fahda Nur Ahmad Kamar untuk menggantung sementara prosiding mahkamah tersebut sehingga Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock selesai.

Menurut Hakim Siti Zaleha, prosiding mahkamah itu tiada sebarang kaitan dengan suruhanjaya tersebut yang sedang bersidang di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Hakim tersebut memutuskan demikian setelah beliau menerima pakai keputusan dalam kes Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Tan Boon Wah yang membuat permohonan sama namun ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 17 Disember 2009.

Pekeliling No. 4 bertarikh 28 Julai 2009 itu dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ramli Mahmud bagi menghalang kakitangan kerajaan Selangor ditemu duga oleh pegawai SPRM di luar waktu pejabat.

Ia didraf selepas Beng Hock, setiausaha politik Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati selepas ditemu duga oleh pegawai SPRM Selangor di Plaza Masalam di sini pada 16 Julai 2009.

Pekeliling tersebut turut menyatakan semua perjumpaan atau proses temu duga bagi tujuan itu hanya boleh dilakukan dari pukul 8 pagi hingga 6.30 petang dan kerajaan negeri menyediakan khidmat guaman kepada mereka semasa SPRM menjalankan siasatan.

Pada 20 Ogos 2009, Abdul Gani memfailkan saman pemula bagi mendapatkan deklarasi bahawa pekeliling berkenaan tidak sah dan terbatal.

Pada prosiding hari ini, Peguam Negara diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan.

Fahda Nur ketika dihubungi oleh pemberita menyatakan, pihaknya akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan dalam masa terdekat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kes saman Sheila Rusly, Azlina berakhir

Posted:

Kes saman Sheila Rusly, Azlina berakhir

Kes saman Sheila Rusly, Azlina berakhir

KUALA LUMPUR 1 April - Selepas hampir empat tahun, kes saman pelakon dan penerbit drama, Sheila Rusly terhadap bekas rakan kongsinya berhubung Restoran Nasi Dagang House (NDH) berakhir apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam membubarkan restoran terbabit.

Selain itu, mahkamah memerintahkan segala keuntungan yang diperoleh daripada Restoran Ulik Mayang dari 1 Oktober 2005 hingga ke tarikh penghakiman dan kos guaman dibayar oleh Datuk Azlina Che Abdullah kepada Sheila, 40, selaku plaintif.

Restoran Ulik Mayang dibuka oleh bekas rakan kongsinya yang juga pengasas D'Navechee Beauty itu selepas NDH ditutup.

Menurut penghakiman Hakim Lim Yee Lan yang dibaca oleh Timbalan Pendaftar, Hamidah Mohamed Deril, perjanjian lisan antara plaintif dan Azlina, 44, selaku defendan dibatalkan serta NDH dibubarkan berkuat kuasa semalam.

Defendan juga perlu menyerahkan semua rekod dan akaun perniagaan NDH untuk tempoh 11 Julai hingga 30 September 2005 kepada juruaudit bertauliah untuk ditaksirkan untung rugi restoran itu untuk dikira agihan keuntungan.

Selain itu, Azlina perlu menyerahkan dokumen-dokumen urusniaga Restoran Ulik Mayang sehingga semalam kepada juruaudit bertauliah bagi pengiraan keuntungan yang diperoleh dan jumlah tersebut perlu dibayar kepada Sheila.

Sementara itu, Sheila ketika dihubungi melahirkan kesyukuran atas keputusan tersebut dan berterima kasih kepada mereka yang telah menyokongnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pahang

Posted: 01 Apr 2011 07:41 PM PDT

Utusan Online - Pahang


Projek janakuasa elektrik RM70j

Posted:

Projek janakuasa elektrik RM70j

Projek janakuasa elektrik RM70j

Oleh Ali Mahmood
utusanpahang@utusan.com.my


T. Puspanadan (dua dari kanan) bersama pegawai perikanan daerah Temerloh meninjau kawasan untuk membina Stesen Janakuasa Elektrik Kecil di Sungai Pahang, Temerloh, baru-baru ini.


TEMERLOH 1 April – Projek pembinaan Stesen Janakuasa Elektrik Kecil yang akan dilaksanakan tidak lama lagi di sini dengan membabitkan kos RM70 juta bakal memberi manfaat kepada penduduk sekitarnya.

Ketua Pegawai Eksekutif JMT Tenaga Sdn. Bhd., Datuk T. Puspanadan berkata, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah meluluskan projek tersebut dengan pembinaan dalam lingkungan dua kilometer antara Pulau Temerloh dan Pulau Lebak di sini.

Jelasnya, pembinaan itu tidak akan menjejaskan ternakan ikan di kawasan terbabit ataupun menyebabkan pencemaran sungai di kawasan sekitarnya.

Katanya, selain itu janakuasa tersebut tidak menggunakan bahan kimia, petroleum, gas atau arang batu apabila siap kelak nanti.

''Nelayan dan penternak ikan patin serta talapia di kawasan berkenaan tidak perlu bimbang kerana kerja membina projek tersebut tidak menyebabkan ikan sungai dan ikan sangkar musnah," katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan berkenaan di Sungai Pahang di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, projek dikenali sebagai Program Tenaga Yang Diperbaharui Secara Terhad (Small Renewable Energy Program-SREP) menawarkan sumber tenaga elektrik alternatif yang tidak mencemarkan alam.

Jelasnya, tenaga elektrik itu berasaskan penjanaan hijau seperti mini hidro yang dapat mengurangkan pelepasan karbon dan tidak akan mengancam keselamatan penduduk.

Katanya, selain dapat menangani masalah banjir, janakuasa itu akan menjadi pemangkin dan alternatif kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta kerajaan bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga elektrik yang dijangka berlaku pada 2015.

"Projek itu berasaskan konsep baru menggunakan air sungai (Run on River) adalah yang pertama diperkenalkan di negara ini dan tidak menggunakan tanah penduduk tetapi hanya menebus guna tanah sungai serta tanah kerajaan di hadapan pulau," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tubuh SRS di kampung, kawasan pedalaman

Posted:

Tubuh SRS di kampung, kawasan pedalaman

Tubuh SRS di kampung, kawasan pedalaman


Shahiruddin Ab. Moin (dua dari kiri) menyerahkan peralatan rondaan untuk pasukan Skim Rondaan Sukarela Daerah Raub kepada Ketua Unit SRS Kampung Dong, baru-baru ini.


RAUB 1 April - Pasukan Skim Rondaan Sukarela (SRS) perlu ditubuhkan di kampung dan kawasan pedalaman bagi mencegah kegiatan jenayah di kawasan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, langkah tersebut dapat membendung jenayah seperti kecurian, pecah rumah dan dadah serta mengawal keselamatan penduduk setempat.

Katanya, pasukan ala 'Pasukan Kawalan' yang pernah ditubuhkan sekitar tahun 60-an sewaktu negara berkonfrantasi dengan Indonesia ternyata berjaya mengawal keselamatan kampung dan sekitarnya.

''Selain berkawal, berjaga dan meronda kawasan secara bersama secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan masyarakat dan mewujudkan rasa tanggungjawab kepada keselamatan kawasan perumahan serta kampung," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan peralatan kepada lapan SRS Daerah ini di Dong, Raub baru-baru ini.

Menurut Shahiruddin, inisiatif penduduk, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Raub menubuhkan pasukan itu perlu dipuji dalam usaha menjaga keselamatan kawasan, taman perumahan dan kampung.

Katanya, langkah tersebut secara tidak langsung membantu pihak berkuasa seperti polis dan Rela menangani masalah keselamatan serta jenayah kerana ia menjadi tanggungjawab bersama.

''Rakyat perlu menjaga keselamatan kerana jika berlaku huru-hara negara akan hancur dan hidup sengsara seperti yang berlaku di beberapa negara ketika ini.

Beliau berharap, pasukan SRS bukan sahaja menjaga keamanan dan keselamatan kampung dan taman, malah, dapat mengadakan lebih banyak aktiviti kemasyarakatan dalam usaha menyatupadukan penduduk.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Anggota polis dinasihat jaga kesihatan

Posted:

Anggota polis dinasihat jaga kesihatan

Anggota polis dinasihat jaga kesihatan

TEMERLOH 1 April - Pegawai dan anggota polis Daerah Temerloh dinasihatkan supaya menjaga kesihatan agar sentiasa cergas supaya dapat melaksanakan tugas dengan lancar dan cekap.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Nor Mansor berkata, kecergasan dan kesihatan yang baik adalah aset utama pasukan polis kerana mereka sentiasa berdepan dengan cabaran bagi menyelesaikan kes-kes jenayah dan menjamin ketenteraman awam.

Katanya, pegawai dan anggota yang mempunyai pelbagai penyakit dan tahap kesihatan yang tidak seimbang menyukarkan mereka untuk membanteras aktiviti jenayah terutamanya yang membabitkan penggunaan tenaga dan stamina.

"Selain melakukan aktiviti senaman, menderma adalah satu cara bagi memastikan tahap kesihatan sentiasa dalam keadaan baik dan terkawal bagi menghindari penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, jantung dan sebagainya.

"Malah aktiviti menderma darah juga turut digalakkan oleh agama kerana darah yang kita sumbangkan itu dapat menyelamatkan banyak nyawa dan pesakit seperti demam denggi, hemofilia, leukemia, wanita bersalin, mangsa kemalangan dan penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengan penerimaan darah," kata Mohd. Nor.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa melawat pegawai dan anggota polis menderma darah sempena majlis Peringatan Hari Polis Ke-204 di Kompleks Perumahan Anggota Polis Daerah Temerloh di Temerloh Jaya, di sini semalam.

Seramai 100 anggota polis tampil menderma darah bagi mengisi Tabung Darah Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh.

Menurut beliau, menderma darah menjadi aktiviti tetap bagi pegawai dan anggota polis setiap tahun setiap kali menjelang sambutan ulang tahun penubuhan PDRM.

"Bagaimanapun saya berharap semua pegawai dan anggota polis dapat menderma darah dari semasa ke semasa mengikut jadual tanpa perlu menunggu sambutan hari PDRM.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malaysiakini :: Berita

Posted: 01 Apr 2011 07:07 PM PDT

Malaysiakini :: Berita


MB: DUN Selangor tidak akan bubar tahun ini

Posted: 01 Apr 2011 07:03 AM PDT

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tidak akan dibubarkan pada tahun ini walaupun Kerajaan Persekutuan bertindak membubarkan Parlimen.

Abdul Khalid berkata, beliau hanya akan membuat keputusan sama ada untuk membubarkan DUN selepas Mac 2012 kerana mandat kerajaan negeri sekarang hanya akan berakhir pada 2013.

NONE"Ada desas-desus bahawa Kerajaan Persekutuan juga sedang menimbang untuk pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 lebih awal daripada tempohnya," katanya pada sidang media selepas sidang DUN Selangor berakhir hari ini dan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan.

Abdul Khalid berkata, keputusannya untuk tidak mengikut jadual pilihan raya Kerajaan Persekutuan kerana di bawah sistem Persekutuan, negeri mempunyai hak dan kedaulatan untuk menentukan tarikh DUN akan dibubarkan seperti yang dilakukan Sarawak.

"Ia beri saya satu tempoh kira-kira setahun. Kini kita boleh nilai keberkesanan program kita," katanya.

Ditanya sama ada negeri lain di bawah Pakatan Rakyat akan berbuat begitu, katanya beliau akan melihat tindakan mereka.

- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Petrol RON 97 naik 20 sen lagi

Posted: 01 Apr 2011 05:32 AM PDT

Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 dijual dengan harga baru pada RM2.70 seliter, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Zulkifli Mokti.

Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.

Zulkifli berkata peningkatan sebanyak 20 sen itu berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia kepada US$114 setong minggu ini berbanding US$105 minggu lalu.

"Kenaikan harga minyak mentah itu berikutan krisis di Timur Tengah," katanya ketika dihubungi.

Zulkifli juga berkata harga minyak mentah dijangka terus meningkat berikutan situasi di Asia Barat itu yang mungkin berterusan.

Pada 31 Januari lalu, harga RON 97 yang diapungkan mengikut harga pasaran semasa meningkat 10 sen kepada RM2.50 seliter.

Ini kali kelima harga petrol gred RON97 dinaikkan sejak harganya diapungkan dan adalah kenaikan kedua tahun ini sejak 31 Januari lalu.

Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi.

NONE

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Negara

Posted: 01 Apr 2011 01:38 PM PDT

Kosmo Online - Negara


Malek tidak henti menangis

Posted:

Malek tidak henti menangis

Malek tidak henti menangis

Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azliadlan@kosmo.com.my


MALEK NOOR menerima rawatan sakit jantung di Hospital Pantai Ipoh sejak kelmarin.


IPOH - Suasana sedih menyelubungi Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pantai Ipoh (HPI) di sini semalam apabila bekas juara bina badan Asia, Datuk Malek Noor tidak henti-henti menangis sejurus beliau sedar tengah hari semalam.

Mr. Asia sebanyak enam kali itu amat terharu apabila mendapati beliau dikelilingi beberapa orang adik-beradiknya yang datang dari Johor untuk melawat beliau sejak malam kelmarin.

Menurut adik bongsu Malek, Mohd. Salleh, 49, abang ketiganya itu mula sedar pada pukul 12.15 tengah hari selepas diberi ubat penenang bagi rawatan jantung yang dijalaninya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rakaman aksi seks bukan direka

Posted:

Rakaman aksi seks bukan direka

Rakaman aksi seks bukan direka

Oleh ATIKAH DALI dan NUR AISHAH AMIN
berita@kosmo.com.my


ISMAIL OMAR dan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah pada sidang akhbar di Pulapol, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur di sebuah apartmen di ibu negara adalah rakaman tulen.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, ekoran pengesahan yang dilakukan oleh pakar tempatan itu, siasatan tersebut kini berada di peringkat akhir sebelum ia diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara minggu depan untuk dinilai.

Siasatan berhubung rakaman video seks itu kekal disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan iaitu memiliki dan mengedar bahan lucah dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tiga tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

"Siasatan berhubung rakaman video seks dimaklumkan berada pada tahap akhir selepas polis menerima laporan pakar ke atas kesahihan rakaman video itu.

"Laporan pakar mengesahkan rakaman itu adalah tulen," kata beliau pada sidang akhbar di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

RON 97 kini RM2.70 seliter

Posted:

RON 97 kini RM2.70 seliter

RON 97 kini RM2.70 seliter

KUALA LUMPUR - Petrol RON 97 dijual dengan harga baru pada RM2.70 seliter berkuat kuasa tengah malam tadi, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Zulkifli Mokti.

Kenaikan itu, bagaimanapun, tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.

Zulkifli berkata, peningkatan sebanyak 20 sen itu berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia kepada AS$114 setong minggu ini berbanding AS$105 minggu lepas.

"Kenaikan harga minyak mentah itu berikutan krisis di Asia Barat," katanya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Kota

Posted: 01 Apr 2011 11:34 AM PDT

Utusan Online - Kota


Iklan haram punca KL comot

Posted:

Iklan haram punca KL comot

Iklan haram punca KL comot

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
kota@utusangroup.com.my


SEBAHAGIAN penduduk Bangsar membersihkan iklan-iklan haram yang ditampal pada kotak suis milik Tenaga Nasional Berhad semasa operasi pembersihan iklan haram di Jalan Telawi, Bangsar, baru-baru ini. – utusan/Fauzi Baharudin


KUALA LUMPUR 1 April – Iklan-iklan haram dikenal pasti sebagai punca banyak kawasan di ibu negara kelihatan comot, kata Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz.

Beliau berkata, setiap minggu, pihak DBKL mengadakan operasi pembersihan bersama persatuan-persatuan penduduk dan iklan haram adalah yang paling dibersihkan tetapi jumlahnya seperti tidak pernah berkurangan.

"Dalam tempoh tiga bulan ini sahaja, kita telah membersihkan kira-kira 3,000 poster dan iklan haram yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur ini bersama-bersama dengan penduduk," katanya selepas mengadakan operasi pembersihan bersama penduduk Bangsar Baru di sini baru-baru ini.

Turut sama, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Sebanyak 600 iklan haram ditanggalkan dalam operasi bersama Persatuan Penduduk Bangsar itu.

Sementara itu, Raja Nong Chik berkata, operasi pembersihan itu menunjukkan wujudnya kerjasama rapat antara penduduk dan DBKL dalam menjaga kebersihan di ibu negara.

"Bagi meningkatkan lagi kebersihan Kuala Lumpur, kita akan mengadakan seminar dengan 200 persatuan-persatuan penduduk di Wilayah Persekutuan pada 9 dan 11 April ini.

"Pada seminar itu nanti, pelbagai isu berkaitan dengan penduduk akan diperbincangkan, di samping penduduk juga akan bertukar-tukar pandangan demi kesejahteraan dan kebersihan Kuala Lumpur," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Selangor tidak bubar DUN - Khalid

Posted:

Selangor tidak bubar DUN - Khalid

Selangor tidak bubar DUN - Khalid

SHAH ALAM 1 April - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya Kerajaan Persekutuan memilih untuk membubarkan Kabinet pada tahun ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat dengan alasan bahawa pembubaran DUN sesebuah negeri tidak semestinya mengikut Kerajaan Pusat.

Malah katanya, berdasarkan mandat yang diberikan oleh rakyat selepas pilihan raya umum lalu, DUN negeri sepatutnya berakhir pada 2013.

"Pada sidang kali ini saya ingin menegaskan bahawa DUN Selangor tidak akan dibubarkan pada tahun ini.

"Fenomena ini sebenarnya adalah satu ciri federalisme yang perlu dihayati oleh semua rakyat Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena penangguhan sidang DUN Ke-12 di sini hari ini.

Tambah Abdul Khalid, keputusan itu juga dibuat berikutan wujudnya desas-desus bahawa Kerajaan Persekutuan juga sedang menimbang untuk pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 lebih awal.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BN kenal pasti 10 kerusi DUN berpotensi dirampas semula

Posted:

BN kenal pasti 10 kerusi DUN berpotensi dirampas semula

BN kenal pasti 10 kerusi DUN berpotensi dirampas semula

KUALA SELANGOR 1 April - Barisan Nasional (BN) Selangor mengenal pasti 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berpotensi dimenangi semula parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, keadaan itu telah memberi keyakinan kepada BN untuk bekerja lebih keras dalam usaha merampas semula Selangor daripada pembangkang.

Namun, beliau enggan mendedahkan kawasan DUN yang dikenal pasti itu.

"Pada masa ini, BN mempunyai 21 kerusi dan untuk mendapat mandat mentadbir Selangor, kita memerlukan tambahan sembilan lagi kerusi DUN untuk mendapat majoriti yang selesa," katanya selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Nelayan Kuala Selangor di sini semalam.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Mohd. Jidin Shafee; Ketua Pengarah LKIM, Datuk Mohd. Khazin Hamzah dan Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Ahamad Sabki Mahmood.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, meskipun BN mempunyai strategi untuk menawan kembali Selangor, namun usaha juga perlu dilakukan bagi memastikan 21 kerusi DUN sedia ada tidak terlepas.

Sementara itu, beliau berkata, kementerian itu akan mengemukakan cadangan kepada Kabinet agar RM10 daripada RM200 elaun sara hidup setiap bulan yang diterima 60,000 nelayan di seluruh negara dijadikan premium insurans bagi menjamin kebajikan mereka.

Pada majlis sama, beliau turut menyampaikan bantuan berjumlah RM57,175 kepada 65 nelayan Zon A (lima batu nautika dari pantai) meliputi bantuan membaiki pukat yang rosak akibat perbuatan khianat.

Sumbangan RM10,000 juga diberikan kepada pihak yang banyak memberi maklumat berhubung pencerobohan nelayan Zon B yang menggunakan pukat tunda di Zon A.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan