Harian Metro: Mutakhir Posted: 06 Apr 2011 07:27 AM PDT Dakwaan Boon Wah tidak benar Posted: 06 Apr 2011 05:06 AM PDT KUALA LUMPUR: Keterangan Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah, bahawa beliau diseksa secara mental dan psikologi ketika disoal siasat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dua tahun lalu, didakwa sebagai satu pembohongan. Datuk Seri Muhammed Shafee Abdullah yang mewakili SPRM mendakwa, Tan tidak bercakap benar mengenai perkara itu (pegawai SPRM menggunakan kekerasan mental dan psikologi terhadapnya) ketika disoal siasat pada 15 dan 16 Julai 2009. Dalam keterangannya kepada suruhanjaya, Tan, yang juga saksi ke-29, berkata pegawai SPRM menyoalnya dalam keadaan berdiri selama empat jam bermula jam 10 malam pada 15 Julai 2009 hingga 2 pagi keesokannya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Bantu IKS Posted: 06 Apr 2011 05:02 AM PDT KUALA LUMPUR: Syarikat swasta berskala besar disaran mengembangkan kemampuan sedia ada untuk muncul sebagai pembekal produk halal selain membina hubungan dua hala dengan negara luar bagi menyokong pertumbuhan industri tempatan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Penggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keperluan untuk membina dan membangunkan rantaian bekalan itu termasuklah dalam memastikan kecukupan bekalan bahan beku, bahan ujian, sektor pergudangan dan perkhidmatan logistik. Beliau berkata, sejajar itu, semua industri kecil dan sederhana (IKS)perlu dibimbing syarikat besar untuk menjadi antara penjual dan pembekal secara berterusan kerana usaha ini dilihat dapat membantu dalam menguatkan rantai bekalan dalam perkembangan industri halal. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online Posted: 06 Apr 2011 07:13 AM PDT Telur ayam pun tiruan? Posted: Telur ayam pun tiruan?Telur ayam pun tiruan? 06/04/2011 6:13pm GEORGE TOWN - Rupanya sebiji macam telur ayam tetapi rupa-rupanya ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang. Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar, demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di sini semalam. Presiden CAP, S.M Mohamed Idris berkata, siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan. "Komponen bahan-bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati," katanya. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Kaki judi bola dicekup Posted: Kaki judi bola dicekupKaki judi bola dicekup 06/04/2011 6:11pm SEREMBAN - Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terbabit dengan kegiatan judi pertaruhan keputusan Liga Super Perdana dan Liga Sepanyol, dalam satu serbuan di Kampung Seri Parit Lukut, Port Dickson pada Ahad lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan ACP Hamdan Majid berkata, ketiga-tiga lelaki itu didapati sedang sibuk membuat transaksi perjudian ketika tempat mereka diserbu pada kira-kira pukul 11.25 malam. Beliau berkata ketiga-tiga mereka yang berumur antara 19 dan 31 tahun, dipercayai mengambil pertaruhan secara on line dengan menggunakan laman web khas. "Polis turut merampas sebuah komputer, mesin kira dan sebuah telefon yang digunakan untuk mengambil pertaruhan. Jika ada pemenang di kalangan pelanggan mereka, duit akan dimasukkan terus melalui transaksi akaun internet," katanya kepada pemberita di pejabatnya hari ini. Hamdan berkata, polis percaya kumpulan ini boleh mendapat keuntungan sehingga RM5,000 setiap perlawanan. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | 55 PATI larikan diri ditahan semula Posted: 55 PATI larikan diri ditahan semula55 PATI larikan diri ditahan semula 06/04/2011 2:49pm SEREMBAN – Seramai 55 orang daripada 109 pendatang tanpa izin yang melarikan diri daripada Depot Tahanan Imigresen Lenggeng pada malam Isnin lepas berjaya ditahan semula sehingga tengah hari tadi. Menurut jurucakap depot itu, 32 daripada mereka diberkas antara 6 petang semalam dan tengah hari tadi manakala 32 ditahan tidak lama selepas mereka melarikan diri. "Mereka yang melarikan diri itu mungkin sudah sampai ke kawasan Broga, Jelebu dan Beranang," katanya. Majoriti yang melarikan diri itu adalah warga negara Myanmar yang bertindak membakar blok tahanan mereka sebelum merempuh pagar sebelum lari ke satu kawasan kelapa sawit. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Harian Metro: Setempat Posted: 06 Apr 2011 03:46 AM PDT Projek integrasi tiga stesen LRT, monorel siap hujung April Posted: 05 Apr 2011 11:12 AM PDT KUALA LUMPUR: Kira-kira 60,000 pengguna transit aliran ringan (LRT) dan monorel membabitkan stesen Titiwangsa, Masjid Jamek dan KL Sentral bakal menikmati kemudahan lebih selesa apabila projek integrasi membabitkan stesen berkenaan dijangka siap antara penghujung bulan ini hingga Julai tahun depan. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, mengakui berpuas hati dengan perkembangan projek berkenaan dan yakin konsep integrasi tertutup sepenuhnya dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada pengguna pengangkutan awam. "Pembinaan projek integrasi bagi stesen LRT dan monorel Titiwangsa yang membabitkan kos RM4.6 juta itu dijangka siap sepenuhnya penghujung bulan ini, manakala stesen Masjid Jamek pula dijadualkan selesai penghujung Mei depan. "Pada awalnya, stesen yang menelan belanja RM8 juta itu (Masjid Jamek) dijadualkan siap Februari lalu, namun terdapat beberapa masalah teknikal termasuk kerja tanah, perubahan asas tapak dan pengalihan bekalan utiliti, sekali gus menjadikannya lewat berbanding tempoh ditetapkan," katanya dalam sidang media selepas sesi lawatan kerja Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi pengangkutan awam bandar di ketiga-tiga stesen terbabit, di sini, semalam. Menurutnya, projek integrasi bagi KL Sentral membabitkan dua fasa iaitu laluan pejalan kaki sementara sepanjang 410 meter yang siap Ogos tahun lalu dan jejambat pejalan kaki merentasi Jalan Tun Sambanthan ke Kompleks Nu Sentral dijangka siap penghujung Julai tahun depan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | 40 kepung imigresen Posted: 05 Apr 2011 11:03 AM PDT KUALA LUMPUR: Enam kakitangan Jabatan Imigresen berdepan situasi cemas apabila dikurung dan dikepung hampir 40 lelaki dipercayai warga Bangladesh dan Myanmar yang tidak berpuas hati selepas markas mereka mendapatkan dokumen palsu di sebuah rumah pangsa di Bukit Bintang, di sini, diserbu kelmarin. Detik cemas itu bermula apabila seorang daripada ahli kumpulan samseng terbabit mengunci jeriji rumah berkenaan sebelum mereka beramai-ramai mengepung rumah itu. Lebih mengejutkan, kumpulan yang bersenjatakan parang, kayu dan topi keledar itu cuba mengancam semua kakitangan berkenaan supaya tidak menahan ketua mereka dalam rumah itu. Timbalan Ketua Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Kuala Lumpur, Mohamed Yusof Khan Mohd Hassan, berkata usaha memujuk kumpulan terbabit membuka kunci menemui jalan buntu apabila mereka berterusan mengancam untuk mencederakan pegawai dan anggotanya. "Bagaimanapun, seorang anggota melihat sebuah kereta peronda polis melalui kawasan itu sebelum melambaikan tangan dari tingkap rumah dan menjerit meminta bantuan.
"Kumpulan terbabit yang menyedari tindakan anggota itu bertempiaran melarikan diri bagi mengelak dicekup polis," katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam. Menurutnya, semuanya bermula apabila pihaknya mendapat maklumat awam berhubung kegiatan itu sebelum intipan dilakukan hampir dua jam. Sebaik mengesahkan wujud kegiatan itu, pihaknya menyerbu rumah itu kira-kira jam 7 malam dan menahan seorang lelaki warga Bangladesh yang berada di dalamnya. "Akibat serbuan dan penahanan itu, seorang lelaki dipercayai adik suspek mengunci pintu sebelum kumpulan terbabit mengepung rumah sambil memegang senjata," katanya. Namun, dengan bantuan polis semua mereka membebaskan diri. Pada masa sama, 12 lagi pegawai serta anggota imigresen yang menerima maklumat kejadian itu bergegas ke tempat kejadian.
Dalam serbuan itu, sebuah set komputer yang dipercayai digunakan untuk memalsukan dokumen dirampas manakala seorang lelaki dipercayai ketua sindiket terbabit yang juga warga Bangladesh ditahan.
Mohamed Yusof berkata, hasil pemeriksaan turut menemui sembilan pasport warga Bangladesh, perisian komputer yang mengandungi surat pelajar, sijil pengajian, ijazah dan beberapa dokumen lain berkaitan pelajar.
"Kami percaya semua dokumen itu palsu dan sindiket terbabit dipercayai mengeluarkan semua dokumen berkenaan atas permintaan.
"Selain itu, kami menemui cop kedutaan Bangladesh yang turut dipalsukan. Hasil siasatan kami dapati semua dokumen itu hampir sama dengan dokumen asli," katanya.
Malah, mereka turut memalsukan surat nikah dan sijil nikah palsu dengan logo Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Menurutnya, lelaki berusia awal 30-an itu kini ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen serta Seksyen 56(1)(l) dan Seksyen 12(1)(c) akta sama. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Selatan Posted: 06 Apr 2011 03:32 AM PDT Menggilap sifat kepimpinan Posted: Menggilap sifat kepimpinanMenggilap sifat kepimpinan Oleh NAZARUDIN SHAHARI nazarudin.shahari@utusangroup.com.my
|
Sebahagian penuntut Kolej Uniti yang menyertai program Kem Kelangsungan Hidup di hutan rekreasi Kolej Uniti dan Pulau Judi, Port Dickson, baru-baru ini.
|
TELUK KEMANG 5 April - Dalam usaha menggilap sifat kepimpinan dan semangat berdikari, seramai 34 penuntut Kolej Uniti menyertai program Kem Kelangsungan Hidup, di sini baru-baru ini. Program anjuran Kolej Uniti itu dijalankan pada 18 hingga 20 Mac lalu di hutan rekreasi Kolej Uniti dan Pulau Judi, Port Dickson. Program itu disertai oleh wakil-wakil kelab dan persatuan penuntut Kolej Uniti dengan dikendalikan oleh Brindley Training Center (BTC). Pada hari pertama, para peserta mempelajari teknik-teknik ikhtiar hidup dalam hutan, memasak dan seterusnya bermalam di hutan rimba. Hari kedua pula, para peserta diajar mengenai ikhtiar hidup di laut dan berkayak sejauh lima kilometer dari Kompleks Uniti ke Pulau Judi. Di pulau itu, peserta membina pondok ikhtiar hidup mengikut kumpulan untuk bermalam dan memancing untuk makan malam mereka. Mereka berkayak pulang keesokkan harinya untuk ke Pasir Panjang. Menerusi aktiviti yang dilalui semasa program itu, para peserta dapat mempelajari teknik-teknik menguruskan sesuatu organisasi, membahagikan tugas sesama ahli dan seterusnya menyelesaikan masalah atau tugasan yang diberi. Mereka juga turut diajar mengenai nilai-nilai kepimpinan dan sikap yang perlu ada untuk memimpin sesuatu organisasi. Objektif program kem survival atau ikhtiar hidup itu ialah untuk menggilap sifat kepimpinan dan semangat berdikari telah tercapai. Apa yang pasti, para peserta melahirkan rasa puas hati dan berasa lebih yakin dengan potensi diri sendiri setelah menamatkan program tersebut. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | UTeM tingkat usaha wujud teknologi inovasi Posted: UTeM tingkat usaha wujud teknologi inovasiUTeM tingkat usaha wujud teknologi inovasi MELAKA 5 April - Pelbagai usaha diambil oleh Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) untuk meningkatkan pencapaian dalam bidang penyelidikan selaras dengan statusnya sebagai institusi pengajian tinggi berasaskan bidang pengajian teknikal. Sesuai dengan status tersebut, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) UTeM mengambil inisiatif menganjurkan dialog penerangan dan peluang pembiayaan dana yang ditawarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi membiayai penyelidikan oleh penyelidik UTeM. Dialog sehari dianjurkan bersama KPT itu bertujuan menerapkan budaya inovasi dalam kalangan tenaga pengajarnya ke arah usaha menjadikan universiti itu sebagai pelopor dalam penciptaan terbaru. Pengarah Bahagian Kecemerlangan Penyelidikan institusi pengajian tinggi (IPT), Prof. Dr. Ir. Mohd. Jailani Mohd. Nor berkata, penyelidik UTeM wajar merebut peluang dan bersaing dengan penyelidik dari universiti lain bagi meraih dana yang disediakan oleh KPT. ''Bagaimanapun, ingin kita tekankan bahawa penyelidikan yang dijalankan seharusnya bersifat fundamental dan selaras dengan keperluan negara pada masa kini," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada program penerangan kepada penyelidik UTeM yang turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTeM, Datuk Dr. Mohamad Kadim Suaidi dan Pengarah CRIM, Dr. Azizah Shaaban. Menurutnya, penekanan kepada inovasi amat penting kerana ia merupakan satu konsep yang tulen dalam menghasilkan sesuatu produk. Kata beliau, walaupun ketika ini pelbagai usaha dan hasil inovasi kejuruteraan telah dihasilkan, namun UTeM perlu memberi penekanan berbeza agar produk yang dihasilkan itu menampakkan kegunaan terus kepada industri. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Memperkasa modal insan Posted: Memperkasa modal insanMemperkasa modal insan
|
Sebahagian daripada pelajar Kolej Komuniti Jelebu yang menyertai aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh kolej berkenaan, baru-baru ini.
|
JELEBU 5 April - Aspek pembangunan modal insan terus diperkasakan oleh Kolej Komuniti Jelebu dalam usaha memastikan penuntutnya bukan sahaja dilengkapi ilmu pengetahuan tetapi berkeupayaan dalam semua bidang. Pengarah Kolej Komuniti Jelebu, Mat Misiah Ayob memberitahu, bagi tujuan itu pelbagai program telah diatur untuk memastikan para penuntut bukan sahaja berketerampilan dalam aspek pendidikan, tetapi dalam aktiviti luaran. ''Kita melihat aspek pembangunan modal insan ini adalah penting dan untuk itu pihak kami juga menggalakkan penyertaan penuntut dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan juga sosial. ''Ini selaras dengan falsafah pendidikan negara yang ingin memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani," katanya di sini hari ini. Mat Misiah turut menjelaskan, bagi tujuan itu, pelbagai aktiviti kemasyarakatan, sukan dan juga kerohanian didedahkan kepada pelajar melalui kerjasama yang dijalinkan dengan pelbagai agensi kerajaan selain penduduk setempat. Kata beliau, penyertaan penuntut dalam pelbagai bidang ini dilihat penting untuk memberi kesedaran sivik selain meningkatkan motivasi diri dalam menuntut ilmu. ''Malah, kita juga tidak ketinggalan dalam memperlengkapkan pengisian kerohanian para penuntut dengan mengadakan program keagamaan melibatkan agensi kerajaan seperti Pusat Pemantapan Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Utara Posted: 06 Apr 2011 03:29 AM PDT 500 mahasiswa bantu mangsa banjir Posted: 500 mahasiswa bantu mangsa banjir500 mahasiswa bantu mangsa banjir Oleh MARZITA ABDULLAH utusanperlis@utusan.com.my
|
Sukarelawan Universiti Malaysia Perlis (Unimap) menyediakan makanan untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Kangar, baru-baru ini.
|
KANGAR 5 April - Lebih 500 sukarelawan dari enam institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dari seluruh negara bergotong-royong membantu mangsa-mangsa banjir di 11 lokasi di sekitar negeri ini baru -baru ini. Sukarelawan tersebut terdiri daripada pelajar Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tiba di negeri ini sejak Jumaat lalu. Menurut Pemangku Pendaftar Unimap, Zuber Mohamad, semua sukarelawan tersebut berkumpul di Kompleks Unimap, Seriba, di sini, untuk pembahagian tugas dan lokasi yang ditetapkan. Sembilan lokasi yang terlibat adalah Balai Polis Trafik Kangar, Masjid Alwi, Rumah Anak Yatim Yayasan Saad, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Perempuan Kangar, SMK Dato' Sheikh Ahmad, SMK Putra, SMK Syed Hassan, Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Indra dan SK Tengku Budriah, Katanya, seramai 200 sukarelawan merupakan pelajar Unimap yang terdiri daripada para pelajar yang mengambil subjek kokurikulum Khidmat Masyarakat, Kor Sukarelawan Siswa Siswi (SUKSIS), Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Persatuan Pengakap, Bomba dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. "Sukarelawan dari IPTA lain yang berjumlah 300 terdiri daripada pelajar kakitangan universiti masing-masing," katanya. Beliau percaya kerjasama tersebut dapat membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir. "Para pelajar juga akan mendapat pendedahan dan pengalaman dalam melaksanakan program khidmat masyarakat dan bukan sahaja tertumpu kepada bidang pengajian di universiti," katanya. Program selama sehari itu turut dihadiri oleh Pengerusi Majlis Sekretariat Sukarelawan Universiti-universiti Malaysia (MASKUM), Prof. Dr. Wan Mahzom Ahmad Shah. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | 'Promahasiswa' tidak diiktiraf Posted: 'Promahasiswa' tidak diiktiraf'Promahasiswa' tidak diiktiraf
|
Seorang penuntut bertanyakan soalan semasa sesi dialog bersama Sahol Hamid Abu Bakar di Universiti Teknologi Mara Kampus Kedah di Merbok, Sungai Petani, baru-baru ini.
|
SUNGAI PETANI 5 April - Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak mengiktiraf kewujudan entiti yang menggelarkan diri mereka sebagai promahasiswa di kalangan penuntutnya. Naib Canselornya, Prof. Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, ini kerana kewujudan entiti terbabit tidak memberikan sebarang faedah sebaliknya membawa perpecahan di kalangan warga UiTM. Katanya, promahasiswa sebenarnya wujud dengan bermotifkan politik dan sentiasa berusaha mempengaruhi para penuntut universiti bagi menyokong ideologi mereka. "Para penuntut harus kaji latar belakang kumpulan yang bergelar promahasiswa ini. Mereka mendakwa menjadi pejuang kepada mahasiswa sedangkan penuntut sendiri tidak meraih manfaat. Tambah buruk lagi, para penuntut yang sebelum ini bersatu akan berpecah dan wujud puak-puak tertentu dalam kampus. "Gejala sebegini dianggap tidak sihat kerana bertentangan dengan agenda penubuhan UiTM yang mahu menyatukan orang Melayu dan bumiputera melalui pendidikan," tegasnya dalam sesi dialog dengan para penuntut semasa melawat UiTM Kampus Kedah di Merbok di sini, baru-baru ini. Hadir sama Rektor UiTM Kedah, Prof. Dr. Zaliha Hussin. Lebih 2,500 penuntut UiTM Kedah menyertai sesi berkenaan yang pertama kali dihadiri oleh Sahol Hamid. Menurut Sahol Hamid, warga kampus UiTM tidak boleh membandingkan mereka dengan rakan-rakan di universiti lain yang kini aktif berpolitik dengan kumpulan promahasiswa dan proaspirasi. "Kalau pun kumpulan yang menggelar promahasiswa itu dikatakan berjuang untuk kepentingan penuntut, apa pula dengan peranan saya di UiTM. "Saya sebenarnya lebih prihatin terhadap penuntut daripada mereka (promahasiswa). Saya wujudkan facebook untuk berinteraksi dengan warga kampus. Malah, bila penuntut mengadu kelengkapan asrama rosak, saya sendiri turun padang selesaikan," jelasnya. Dalam perkembangan lain, beliau berkata, UiTM akan memberikan kuasa autonomi kepada kampus cawangan untuk menawarkan program akademik yang bersesuaian secara berperingkat. "Setiap cawangan yang terlibat akan ditadbir oleh seorang Rektor berbanding Pengarah Kampus sebelum ini. Mereka diberikan kuasa menawarkan program akademik sendiri dengan merujuk kepada tenaga pakar di kampus induk di Shah Alam," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | T4T bendung remaja bunuh diri Posted: T4T bendung remaja bunuh diriT4T bendung remaja bunuh diri PULAU PINANG 5 April - Menyedari trend bunuh diri di kalangan remaja kian menular, Universiti Sains Malaysia (USM) memperkenalkan program Tools 4 Teens (T4T) bagi membendung fenomena itu. Sebagai permulaan, empat buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) Phor Tay, SMJKC Heng Ee, SMJKC Chung Hwa Confucian dan Sekolah Menengah Kebangsaan Haji Zainul Abidin di sini menjadi pelopor kepada program berkenaan. Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Susie See Ching Mey selaku ketua program berkata, pihaknya menerima banyak permintaan daripada sekolah untuk mengendalikan T4T. "Menurut kajian yang dijalankan, peratusan bunuh diri di kalangan pelajar sekolah khususnya sekolah menengah semakin meningkat," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. T4T bertujuan mendidik remaja cara-cara menghadapi cabaran hidup dan mengajar mereka tentang harga diri dan kestabilan emosi. Selain guru kaunseling, ia turut disertai pakar-pakar dalam bidang psikiatri dan psikologi. Mereka yang berminat untuk mengikuti program tersebut boleh menghubungi USM di talian 04-6532914 atau 04-6532905 bagi mendapatkan modul latihan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Dalam Negeri Posted: 06 Apr 2011 03:16 AM PDT Rasionalisasi jawatan tingkat produktiviti - Muhyiddin Posted: Rasionalisasi jawatan tingkat produktiviti - MuhyiddinRasionalisasi jawatan tingkat produktiviti - Muhyiddin
|
MUHYIDDIN Yassin menyampaikan skrol tema Hari Guru kepada Pengarah Pelajaran Sarawak, Abdillah Adam (kanan) sambil, diperhatikian oleh Puad Zarkashi (tiga dari kiri) di Majlis Perhimpunan Kementerian Pelajaran di Putrajaya, semalam.
|
PUTRAJAYA 5 April - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, aspek jawatan di Kementerian Pelajaran perlu dirasionalisasikan dalam usaha mengurangkan lebihan pegawai dan kakitangan. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, ia boleh dilakukan melalui penjajaran semula fungsi bahagian yang tercicir, pengawalan pengisian jawatan kosong, pemansuhan jawatan dan pengagihan semula perjawatan agensi yang lebih kritikal. Beliau berkata, ia sejajar dengan matlamat kerajaan yang mahu sektor awam masa ini mewujudkan jentera yang cekap, produktif, kreatif serta inovatif dengan mengutamakan pencapaian. ''Kementerian Pelajaran yang memiliki jumlah pegawai dan kakitangan yang paling ramai dalam sektor awam itu perlu memastikan jangan ada di kalangan mereka yang dikatakan tidak digunakan secara optimum. ''Dalam sesetengah sektor, kita memerlukan tenaga manusia yang lebih manakala sesetengah sektor itu ada pegawai atau kakitangan yang dilihat tidak digunakan sepenuhnya kemahiran mereka," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pelajaran di sini hari ini. Turut hadir Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi. Pada majlis itu, beliau turut melancarkan tema Hari Guru 2011 iaitu 'Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara' dan sambutannya akan diadakan di Sarawak pada bulan depan. Jumlah keseluruhan warga kementerian itu seramai kira-kira 540,000 dan 81.28 peratus daripada jumlah itu adalah warga guru. Muhyiddin berharap usaha rasionalisasi itu akan dapat menonjolkan Kementerian Pelajaran sebagai kementerian contoh dalam meningkatkan kecekapan dan keberkesanan tadbir urus. ''Dalam masa sama, ia dapat memperkukuhkan kecemerlangan institusi pendidikan, membangunkan komuniti guru dan kepimpinan, dan seterusnya dapat melahirkan pelajar yang cemerlang secara holistik," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Jurulatih Pulapol disyaki pembawa virus Posted: Jurulatih Pulapol disyaki pembawa virusJurulatih Pulapol disyaki pembawa virus oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA mohdasron.mustapha@utusan.com.my KUALA LUMPUR 5 April - Kehadiran jurulatih dari Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak di sini dipercayai menjadi punca penyebaran virus Adeno, Influenza A (H1N1) dan Laptospirosis di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jurulatih tersebut bukan penghidap virus berkenaan tetapi disyaki sebagai ejen pembawa menyebabkan 20 orang pelatih Pulapol dan enam rekrut muda Tentera Darat terpaksa dikuarantin. "Virus ini bukan disebarkan oleh pelatih tetapi kemungkinan besar ada jurulatih Pulapol yang datang ke Pusasda adalah pembawa virus berkenaan. Kita percaya dia bukan penghidap tetapi lebih kepada ejen pembawa. Berapa ramai yang jadi pembawa masih disiasat. "Ia mungkin antara sebab virus ini tersebar walaupun tiada komunikasi secara langsung antara pegawai Pulapol dengan rekrut Pusasda kerana kita mengamalkan pengasingan," katanya di Wisma Pertahanan di sini hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan bahawa kehadiran jurulatih Pulapol adalah punca pelatih konstabel polis dan perajurit muda Tentera Darat yang sedang mengikuti latihan serta kursus Strategi Laut Biru di kem tersebut diserang virus maut itu sebagaimana kejadian di Pulapol baru-baru ini. Menurutnya, segala usaha sedang dilakukan oleh Kor Perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pegawai perubatan dari Hospital Seremban dan Port Dickson bagi mengawal suhu badan semua pelatih yang disahkan positif Adeno, H1N1 dan Laptospirosis. Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, kekuatan pertahanan udara Malaysia bukan semata-mata terletak kepada jumlah bilangan pesawat tempur yang dimiliki Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tetapi ia juga berhubung kait dengan strategi serta doktrin yang dirangka. Beliau berkata, biarpun bilangan pesawat tempur TUDM lebih kecil jumlahnya berbanding beberapa negara jiran tetapi ia tidak bermakna kemampuan pertahanan udara Malaysia lebih rendah daripada negara terbabit. Sambil mengambil contoh perang Arab-Israel yang menyaksikan negara Yahudi itu berjaya mengalahkan negara Arab meskipun memiliki jumlah pesawat yang jauh lebih kecil, beliau berkata, kekalahan negara Arab disebabkan strategi serta doktrin mereka yang lemah. "Kita tidak mahu menjadi seperti negara Arab. Sebab itu, TUDM melancarkan pelan strategik Airforce Next Generation untuk muncul sebagai sebuah angkatan udara yang unggul bagi mempertahankan negara pada sebilang masa melalui doktrin dan strategi yang jitu," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Labur dalam teknologi hijau Posted: Labur dalam teknologi hijauLabur dalam teknologi hijau SEOUL 5 April - Sebuah syarikat Korea Selatan menunjukkan minat untuk membuat pelaburan bernilai beberapa bilion ringgit di Malaysia dalam bidang teknologi hijau, bagaimanapun perkara itu masih di peringkat perbincangan tanpa sebarang komitmen. Mendedahkan perkara itu, Timbalan Presiden Majlis Perniagaan Malaysia-Korea Cawangan Malaysia, Datuk Seri Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh berkata, ia sebagai bukti keinginan beberapa syarikat gergasi (chaebol) Korea untuk melabur di Malaysia. Katanya, Majlis Perniagaan Malaysia-Korea Selatan, yang terhasil daripada lawatan Presiden Korea Selatan, Presiden Lee Myung-bak ke Malaysia pada 9 - 10 Disember tahun lalu, berhasrat menumpukan kerjasama dalam bidang farmaseutikal, automotif serta kejuruteraan berat, dan teknologi hijau. "Syarikat-syarikat Korea telah menunjukkan pencapaian yang menarik sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan ia boleh menjadi contoh serta ikutan baik untuk syarikat-syarikat Malaysia. "Sebagai contoh, syarikat automotif, Kia Motors baru sahaja meraikan pengeluaran keretanya yang ke-10 juta baru-baru ini. Malah ketika Jepun dilanda krisis bencana dan kemanusiaan akibat malapetaka gempa bumi serta tsunami, industri automotif Korea dilihat tidak terjejas kerana mereka sudah 100 peratus berdikari," jelas beliau pada sidang akhbar di sini semalam. - UTUSAN Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Berita Harian: Mutakhir Posted: 06 Apr 2011 03:03 AM PDT |
Berita Harian: Wilayah Posted: 06 Apr 2011 02:14 AM PDT Sentral: Pelumba haram sasar Seremban Posted: 05 Apr 2011 12:41 PM PDT [unable to retrieve full-text content]SEREMBAN: Ketika kebanyakan penduduk tempatan keluar bersiar-siar dan makan malam bersama keluarga, ada sekumpulan pelumba haram menjadikan jalan raya di pusat bandar ini sebagai 'litar' perlumbaan kereta. | Johor: Generasi kedua dapat geran Posted: 05 Apr 2011 12:39 PM PDT [unable to retrieve full-text content]KULAIJAYA: Impian 586 generasi kedua FELDA sekitar daerah ini sejak lapan tahun lalu untuk mendapatkan geran bagi tanah yang diusahakan mereka menjadi kenyataan apabila mendapat kurniaan hak milik serta notis pembayaran premium daripada kerajaan Johor, kelmarin. | |
Harian Metro: BeritaUtama Posted: 06 Apr 2011 02:07 AM PDT Panggilan kebas duit Posted: 05 Apr 2011 11:59 AM PDT [unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR: Awas! Hanya menerusi panggilan telefon, satu sindiket penipuan antarabangsa dipercayai didalangi warga Taiwan boleh membuatkan anda pokai dan setakat ini hampir 200 orang menjadi mangsa membabitkan kerugian kira-kira RM10 juta. | Reman disambung enam hari lagi Posted: 05 Apr 2011 11:58 AM PDT [unable to retrieve full-text content]KANGAR: Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, menyambung tempoh reman ke atas seorang guru lelaki selama enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang murid berusia tujuh tahun akibat didera, Ahad lalu. | |
The Malaysian Insider :: Bahasa Posted: 06 Apr 2011 01:44 AM PDT SPRM tidak belajar kesilapan lama, kata Majlis Peguam Posted: 06 Apr 2011 12:18 AM PDT Mayat Ahmad Sarbani Mohamed yang ditemui di perkarangan pejabat SPRM di Kuala Lumpur dipindah untuk pemeriksaan bedah siasat. — gambar oleh Jack Ooi KUALA LUMPUR, 6 April — Majlis Peguam mahu satu siasatan terperinci dilakukan polis bagi menyiasat punca kematian seorang pegawai Kastam, yang dipercayai jatuh dari aras tiga pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini. Pegawai kanan Kastam itu disiasat SPRM di bawah Operasi 3B sejak awal minggu lalu. Kejadian ini berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock ditemui mati selepas disiasat SPRM dua tahun lalu. "Walau apa pun punca kematian yang tragis ini yang kita dengar hari ini, ia terjadi kerana SPRM tidak belajar kesilapan lalu," kata Naib Presiden Majlis Peguam Christopher Leong kepada The Malaysian Insider. "Siasatan yang terperinci perlu dilakukan, siasatan menyeluruh perlu dibuat bagi mengelak kes seperti Teoh Beng Hock, siasatan yang tidak terperinci akan menyebabkan satu keputusan terbuka terjadi, mengakibatkan satu suruhanjaya diwujudkan bagi menyiasat perkara ini," kata Leong yang turut mengetuai pasukan Majlis Peguam dalam Suruhanjaya Diraja menyiasat kematian Teoh. Teoh, 30, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu. Polis pada mulanya mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut, namun satu badan siasatan diwujudkan bagi menyiasat punca kematian Teoh. Selepas 17 bulan dibicarakan mahkamah menetapkan tiada keputusan dicapai yang mana tidak dapat dipastikan sama ada Teoh membunuh diri atau dibunuh. Ekoran keputusan itu, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak mewujudkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat punca kematian Teoh. MENYUSUL LAGI Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Qazaf: Jamil serah Jawi tentukan nasib ‘Datuk T’ Posted: 06 Apr 2011 12:11 AM PDT Shazryl dan Rahim menghadiri sebuah sidang akhbar di Kuala Lumpur, 23 Mac. — gambar fail KUALA LUMPUR, 6 April — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyerahkan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menentukan tindakan terhadap "Datuk T" ekoran tuduhan dibuat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung rakaman video seks. Jamil Khir berkata pihak dimaklumkan Jawi telah menerima aduan qazaf (tuduhan Zina) dan badan penguatkuasaan itu boleh mengkaji dan menyiasat tuduhan "Datuk T" terhadap Anwar, yang juga Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkembangan rakaman video seks itu kerana ia melibatkan pihak berkuasa seperti polis. "Video itu telah diserahkan kepada pihak polis dan juga telah ada laporan yang dibuat di Jawi, jadi terpulang terserah dan terpulang kepada pihak penguat kuasa (Jawi) untuk melihat kes ini, buat penyiasatan dan diangkat kepada pihak pendakwa raya. "Jadi bergantung kepada pihak pendakwa raya untuk nak melihat ada atau tidak (saksi) dan sebagainya, apa status kes dalam perkara ini," katanya pada sidang media di sini. Kelmarin Angkatan Muda Keadilan (AMK) telah memfailkan aduan qazaf terhadap "Datuk T" kerana menuduh Anwar terlibat dalam perbuatan zina melalui pendedahan rakaman video seks 21 Mac lalu di Carcosa Seri Negara. Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, aduan qazaf itu dibuat terhadap bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim yang telah menggemparkan negara apabila bertindak menayangkan rakaman video seks itu kepada media. Selain Shamsul Iskandar, turut memfailkan aduan qazaf terhadap "Datuk T" ialah Timbalan Ketua Penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip dan Ketua AMK Wilayah Persekutuan Mohd Hamdi Mohd Syed. Tambah Jamil Khir, beliau mengambil keputusan untuk berdiam diri kerana tidak mahu campur tangan dalam kes tersebut yang kini disiasat polis. "Nanti kalau kita campur mereka kata kita campur tangan...ini tangan pun tak campur, kaki pun tak campur, apa pun tak campur," katanya. Ketika ditanya mengenai hukum kerana mendedahkan rakaman video seks itu kepada umum, Jamil Khir bagaimanpun meminta wartawan agar bertanyakan soalan itu kepada mufti. "Hukum kena tanya mufti, huraian (siasatan) itu biar ditentukan pihak berkuasa, saya sendiri pun tak tengok lagi, kita pun tak tahu... gambar apa pun kita tak tahu, pelakunya pun kita tak tahu," katanya. Tindakan "Datuk T" mendedahkan rakaman video seks itu dikecam hebat pemimpin Pakatan Rakyat dan juga ulama termasuk Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang menyifatkan ia haram di sisi agama Islam. Malah Persatuan Ulama Malaysia (PUM) juga menyifatkan tindakan pihak tertentu termasuk media arus perdana menyiarkan gambar aksi seks yang dikaitkan dengan Anwar bertentangan dengan norma masyarakat Melayu dan Islam. Setiausaha Agung PUM Dr Mohd Roslan Md Nor berkata, pihaknya kesal dengan tindakan itu dan menyifatkan langkah tersebut berniat jahat dan melampaui batasan akhlak, moral dan budaya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Muka Hadapan Posted: 06 Apr 2011 01:32 AM PDT NGO gesa segera tubuh suruhanjaya diraja Posted: NGO gesa segera tubuh suruhanjaya dirajaNGO gesa segera tubuh suruhanjaya diraja Wan Azizah Wan Ismail bersama Nurul Izzah dan Karpal Singh pada sidang akhbar berkaitan video seks di kediamannya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur, semalam. – utusan/Azrul Edham Mohd. Aminuddin
KUALA LUMPUR 5 April – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) meminta kerajaan menyegerakan penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat rakaman video aksi seks yang dikaitkan dengan pemimpin pembangkang agar ia tidak menjadi polemik politik yang tidak memberi manfaat kepada rakyat. Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia, Mohd. Zaidi Aziz berkata, kes itu perlu diselesaikan segera supaya ia tidak menimbulkan tanggapan negatif golongan muda terhadap politik tanah air. "Ia boleh menyebabkan generasi muda tidak berminat kepada politik. Maka, suruhanjaya diraja itu berperanan menyiasat bagi membongkar kebenaran dalam isu itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Tambahnya, keanggotaan suruhanjaya hendaklah dipersetujui pihak yang terlibat bagi mengelakkan ia terus dipolitikkan. Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd. Ali Baharom berkata, penubuhan suruhanjaya itu hendaklah disegerakan supaya dapat memberi keadilan kepada pihak yang dituduh dan menuduh. "Pihak yang dituduh tidak perlu takut menerima cadangan penubuhan suruhanjaya itu bagi membuktikan dirinya tidak terlibat. Siasatan secara terperinci dapat dilakukan melalui penubuhan suruhanjaya yang bebas agar rakyat dapat mengetahui perkara sebenar," jelasnya. Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Shafie Bakri pula berkata, isu rakaman video aksi seks tersebut hendaklah dihentikan segera dengan penubuhan suruhanjaya itu agar rakyat tidak terus keliru mengenainya. "Rakaman video itu memberi pandangan yang tidak baik kepada generasi muda. Penubuhan suruhanjaya diraja sesuai kerana ia membabitkan orang penting yang mempunyai pengaruh dalam negara. "Suruhanjaya itu yang diberi kuasa khas menyiasat dapat memfokuskan dalam pelbagai aspek meliputi ketulenan, individu yang terlibat serta dakwaan-dakwaan lain," ujarnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | 109 PATI merusuh, larikan diri Posted: 109 PATI merusuh, larikan diri109 PATI merusuh, larikan diri
|
SEBAHAGIAN daripada 109 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan semula semalam, selepas merusuh dan melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Lenggeng, Negeri Sembilan, kelmarin. – utusan/Abd Razak Aid
|
SEREMBAN 5 April – Seramai 109 pendatang asing tanpa izin (PATI) di Depot Tahanan Imigresen di sini, melarikan diri selepas merusuh dan membakar sebuah blok pusat tahanan itu, malam tadi. Kesemua mereka merupakan sebahagian daripada 348 tahanan lelaki yang tidak berpuas hati dengan layanan diberi sebelum bertindak liar dalam kejadian pukul 9.45 malam itu. Bagaimanapun, seramai 47 tahanan berjaya ditahan semula sehingga tengah malam ini di beberapa lokasi berhampiran. Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abd. Manan Mohd. Hassan berkata, insiden itu mengakibatkan tingkat atas blok menempatkan tahanan tersebut rosak tetapi tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Katanya, kebanyakan mereka yang majoritinya warga Myanmar turut merempuh penghadang zink dan memotong pagar sebelum melarikan diri. "Susulan itu, polis, Imigresen dan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) melancarkan 'Ops Tutup' untuk memburu semua tahanan yang melarikan diri," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Tambah Abd. Manan, kesemua tahanan yang melarikan diri itu terdiri daripada warga Myanmar dan selebihnya Bangladesh, Nepal, Vietnam, Nigeria dan Iran. "Rusuhan itu dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati tahanan dengan layanan diberi termasuk terlalu lama ditempatkan di depot berkenaan. "Kebanyakan tahanan sudah berada di sini selama tiga bulan hingga lebih setahun kerana menunggu proses untuk diusir keluar dari negara ini selain masalah kesesakan," ujarnya. Menurut Abd. Manan, pada masa ini, pihak polis sedang menyiasat bagaimana tahanan mendapatkan punca api untuk mencetuskan kebakaran dan alatan bagi memotong pagar. Tambahnya, kejadian itu merupakan kali kedua dalam tempoh lima tahun dan kali terakhir tahanan melarikan diri dari depot tahanan berkenaan adalah pada 2008. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Korea minat tingkat pelaburan Posted: Korea minat tingkat pelaburanKorea minat tingkat pelaburan NAJIB Tun Razak bersama Lee Myung-bak bersama-sama menuju ke Istana Presiden yang juga dikenali sebagai Rumah Biru untuk pertemuan empat mata di Seoul, Korea, semalam.
SEOUL 5 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, syarikat Korea Selatan telah menunjukkan minat untuk melabur di Malaysia dalam sektor pembuatan sel solar, penapisan minyak, pembinaan kapal, biomass, komponen automotif dan tenaga boleh dibaharui. Sehubungan itu, beliau berjanji, kerajaan akan berusaha memberi segala bantuan yang diperlukan bagi memastikan projek-projek dalam sektor tersebut menjadi realiti dalam tahun ini. "Saya percaya terhadap potensi besar dalam kerjasama antara syarikat-syarikat Malaysia dan Korea Selatan meneroka peluang hasil daripada pertumbuhan baru sektor-sektor tersebut. "Saya tiada keraguan dengan kekuatan syarikat Korea dalam sektor seperti teknologi komunikasi maklumat (ICT), kejenteraan dan kejuruteraan, farmaseutikal, bioteknologi dan industri berasaskan pengetahuan, yang akan memberi mereka (syarikat Korea) kelebihan dalam merebut peluang (perniagaan) di Malaysia," tegas Najib. Perdana Menteri menegaskan demikian semasa berucap pada sesi dialog dengan peneraju-peneraju korporat Korea di sini hari ini. Dialog tersebut dianjurkan oleh Dewan Perdagangan dan Perindustrian Kebangsaan Korea (KCCI). Lebih 50 'kapten' industri dari kedua-dua negara menghadiri sesi dialog tersebut, yang memberi peluang kepada mereka untuk makan tengah hari bersama Perdana Menteri. Najib memaklumkan, Majlis Perniagaan Malaysia-Korea Cawangan Malaysia sudahpun ditubuhkan pada 20 Mac lalu. Majlis tersebut adalah hasil pertemuan Perdana Menteri dan Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak semasa Presiden itu melawat Malaysia pada 9 - 10 Disember tahun lalu. Menceritakan hubungan dua hala Malaysia-Korea, beliau berkata, jumlah dagangan bertambah sekali ganda dari AS$6.94 bilion (RM20.82 bilion) pada 2000 kepada AS$15.6 bilion (RM46.8 bilion) pada 2010. "Korea kini rakan dagangan Malaysia yang keenam terbesar, mewakili 4.5 peratus jumlah keseluruhan dagangan dunia Malaysia. Korea juga merupakan destinasi eksport Malaysia ketujuh terbesar, yang mana eksport Malaysia ke Korea meningkat 14.6 peratus kepada AS$7.5 bilion berbanding 2009, mewakili 3.7 peratus jumlah keseluruhan eksport Malaysia. "Korea turut merupakan sumber pelaburan asing ketujuh terbesar dalam sektor pengilangan di Malaysia. Sejumlah AS$2.71 bilion modal pelaburan telah dilaburkan dalam bidang elektrik dan elektronik (E&E) bernilai tinggi, sumber mineral, petroleum, pembikinan logam dan kilang berasaskan kayu," ujar Perdana Menteri. Sehubungan itu, Malaysia menjemput syarikat-syarikat Korea Selatan untuk merebut peluang pelaburan dan perniagaan di Malaysia dalam bidang baru seperti perkhidmatan perniagaan; perkhidmatan kesihatan; perkhidmatan kewangan; teknologi hijau; minyak, gas dan tenaga; teknologi maklumat dan pelancongan. Najib berkata, semasa kerajaan melancarkan Program Transformasi Ekonomi (ETP), ia telah mengenal pasti 131 projek 'penyertaan' (entry point) bernilai AS$444 bilion (RM1,332 bilion), yang dijangka mewujudkan 3.3 juta pekerjaan bernilai tinggi di Malaysia. "Antara 131 projek itu, saya percaya bidang-bidang tersebut menawarkan peluang (perniagaan) kepada syarikat-syarikat Korea. "Saya ingin memberi komitmen kerajaan saya bahawa Malaysia akan terus kekal sebagai destinasi (pelaburan) yang menguntungkan kepada syarikat-syarikat asing, yang menjadikan Malaysia tempat operasi mereka. "Kami fokus untuk menggalakkan serta memberi insentif kepada usaha sama sektor swasta Malaysia-Korea pada masa ini dan masa akan datang, sekali gus mengukuhkan hubungan dua hala kedua-dua negara," tegas Najib. – UTUSAN Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Timur Posted: 06 Apr 2011 01:16 AM PDT Simulator kesan litar pintas Posted: [unable to retrieve full-text content]KOTA BHARU 5 April - Sekumpulan pelajar tahun akhir Diploma Kejuruteraan Elektrik Politeknik Kota Bharu (PKB) berjaya menghasilkan Simulator Fault Bekalan Kuasa (SFBK) yang dapat mengesan kerosakan alatan elektronik dengan serta-merta, sekali gus mencegah kebakaran akibat litar pintas. | Konsep 1Malaysia diperkenal ke peringkat antarabangsa Posted: [unable to retrieve full-text content]KOTA BHARU 5 April - Konsep 1Malaysia berjaya diketengahkan ke peringkat antarabangsa menerusi pementasan sketsa sejarah oleh lebih 200 penuntut Malaysia pada Malam Malaysia 2011 di Universiti Queens, Belfast, Ireland Utara baru-baru ini. | Politeknik komited jayakan hasrat kerajaan Posted: [unable to retrieve full-text content]KOTA BHARU 5 April – Kesemua 27 politeknik di seluruh negara komited merealisasikan hasrat kerajaan untuk mewujudkan rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran. | |
Berita Harian: Nasional Posted: 05 Apr 2011 11:53 PM PDT Perkhidmatan awam lebih kejap Posted: 05 Apr 2011 03:01 PM PDT [unable to retrieve full-text content]PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yasin mahu jawatan di Kementerian Pelajaran dirasionalisasikan bagi menghasilkan perkhidmatan awam yang kejap selain memastikan tiada tenaga kerja yang tidak digunakan sepenuhnya. | Malaysia hargai minat syarikat Korea melabur Posted: 05 Apr 2011 02:59 PM PDT [unable to retrieve full-text content]DATUK Seri Najib Razak berkata, Malaysia menghargai peningkatan minat syarikat Korea Selatan untuk menerokai peluang pelaburan di Malaysia. | |
Kosmo Online - Rencana Utama Posted: 05 Apr 2011 11:41 PM PDT e-Filing mudahkan pembayar cukai Posted: e-Filing mudahkan pembayar cukai e-Filing mudahkan pembayar cukai Oleh IZYAN LIYANA MOHD. DARIF izyanliyana.darif@kosmo.com.my
TAHUN ini genap tiga tahun, Nor Lyanna Shorlokman, 27, menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia iaitu melakukan proses mengisi borang nyata cukai pendapatan. Sebaik menerima borang EA daripada pihak sumber manusia majikannya, tanpa melengah anak kelahiran Muar, Johor itu segera menyempurnakan proses berkenaan. "Saya mula melakukan proses mengisi borang nyata cukai pendapatan sejak tahun kedua bekerja. Berdasarkan gaji yang diperoleh saya dikira layak. Inisiatif ini tidak dipengaruhi oleh sesiapa tetapi ia lahir daripada diri sendiri yang ingin menyumbang kepada negara. "Lagipun, saya difahamkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhak mengambil tindakan dengan menyenaraihitam individu yang didapati sengaja mengelak daripada mengisytiharkan cukai pendapatan," jelas Nor Lyanna atau mesra disapa Lyanna, graduan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor. Tambah eksekutif pemasaran di sebuah syarikat swasta itu, golongan anak-anak muda yang sudah bekerja dan layak membayar cukai seharusnya mengisytiharkan cukai pendapatan. Jelas Lyanna, masih ramai golongan muda mengambil sikap sambil lewa, barangkali kurang pendedahan dan tidak mengetahui impak negatif kepada diri sendiri serta negara. "Saya fikir, LHDN patut menggiatkan lagi usaha mengadakan kempen-kempen, bengkel atau membuka kaunter bagi menjelaskan kepada eksekutif muda tentang kepentingan mengisytiharkan cukai pendapatan. Kempen ini perlu dilakukan dari semasa ke semasa tiga bulan sebelum tempoh proses itu dibuka. HASIL cukai yang diperoleh daripada masyarakat yang layak membantu menyumbang pada meningkatkan taraf ekonomi negara
"Selain menekankan matlamat, objektif proses mengisi borang dan mengisytihar cukai pendapatan, saya juga berharap LHDN menerangkan lebih lanjut mengenai sistem e-Filling. Berdasarkan pengalaman peribadi pada mulanya memang sukar untuk mengisi borang dalam talian tetapi segala proses menjadi mudah dan lancar apabila mendapat tunjuk ajar daripada petugas LHDN," tutur Lyanna yang mengkhusus jurusan pengiklanan. Bagi Norseha Jamaludin, 52, pula dia berasa lega setiap kali selepas melakukan proses mengisi borang cukai pendapatan. Anak kelahiran Selangor itu cukup memahami bahawa setiap hasil cukai yang dikutip LHDN sebenarnya membantu meningkatkan ekonomi negara. "Saya jarang menunggu sehingga ke saat akhir kerana tidak mahu berdepan dengan kesesakan talian. Kebiasaannya, saya lebih selesa melakukan proses mengisytihar cukai pendapatan menggunakan e-Filling di kaunter LHDN kerana mendapat bantuan daripada petugas. "Jika di rumah atau di pejabat segala kemusykilan sukar untuk diutarakan. Menariknya, jika kita mengisi dan menghantar cukai pendapatan sebelum tempoh berakhir, dalam masa dua minggu pengguna menerima wang lebihan cukai," ulas guru Matematik dan Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur itu. Secara ringkasnya, mengisytihar dan membayar cukai pendapatan merupakan tanggungjawab bersama memandangkan ia merupakan satu mekanisme perkongsian sumber kekayaan bagi setiap rakyat. Proses tersebut tidak boleh dipandang enteng. Masyarakat yang layak membayar cukai berdasarkan jumlah gaji dan pendapatan yang diperoleh perlu menjalankan tanggungjawab itu setiap tahun. Proses memberangsangkan Hasil pungutan cukai berkenaan digunakan untuk menjana ekonomi dan infrastruktur negara seperti membaiki dan menambahbaik kemudahan awam. Dalam pada itu, Pengarah LHDN cawangan Jalan Duta, Er Lee Keng, memuji tindakan pembayar cukai yang telah selesai proses mengisi dan menghantar borang nyata cukai pendapatan. PROSES nyata cukai pendapatan menggunakan kaedah e-Filling lebih, tepat dan selamat.
"Sejak proses mengisi borang cukai pendapatan secara e-Filling dibuka pada 1 Mac lalu, saya lihat pembayar cukai mula menghantar borang cukai pendapatan pada kadar segera. Proses ini dilihat semakin memberangsangkan apabila 80 peratus pengguna menggunakan sistem e-Filling berbanding secara manual. "Kemudahan sistem e-Filling memberikan impak positif pada proses mengisytihar cukai pendapatan. Menerusi kaedah e-Filling mereka berpeluang melaksanakannya di mana-mana saja dalam tempoh 24 jam. Asalkan, mempunyai komputer dan Internet," tutur Lee Keng yang turut menyatakan kini tiada alasan bagi pembayar cukai untuk bersesak-sesak atau beratur panjang di kaunter manual LHDN. Selain itu, Lee Keng menyeru agar semua pembayar cukai individu yang tidak mempunyai pendapatan sampingan supaya menghantar segera borang cukai pendapatan sebelum 30 April 2011. "Ia bagi mengelakkan kesesakan talian dan pada masa yang sama memudahkan pihak kami menguruskan pembayaran semula lebihan cukai kepada mereka jika ada. Pembayar cukai yang lewat mengemukakan borang cukai pendapatan sama ada menerusi borang kertas (manual) atau e-Filling, akan dikenakan penalti. Lengkapkan dokumen Menyentuh mengenai keperluan yang perlu dititikberatkan sebelum melakukan mengemukakan borang nyata cukai pendapatan, Penolong Pengarah Unit Khidmat Pelanggan LHDN cawangan Jalan Duta, Norhabibah Hamidon, 37, memberitahu, pembayar cukai yang pernah menggunakan e-Filling perlu menyediakan nombor rujukan cukai pendapatan dan nombor pin. Ini termasuklah menyediakan dokumen penting seperti penyata gaji daripada majikan iaitu borang EA atau EC dan resit-resit tuntutan sebelum memasukkan data-data ke dalam e-Filling. "Dokumen yang lengkap memudahkan proses mengisytiharkan cukai pendapatan anda. Jika semua dokumen yang diperlukan sudah dikumpulkan, proses menyempurnakan e-Filing kurang daripada 10 minit. Sebab itulah, kami sentiasa mengingatkan pembayar cukai menyimpan segala resit dan dokumen penting untuk mendapat pelepasan. "Namun, pembayar cukai tidak perlu menghantar borang EA atau EC, resit premium insurans, resit pembelian buku atau perubatan. Dokumen sokongan berkenaan perlu disimpan selama tujuh tahun untuk memudahkan LHDN menyemak sama ada tuntutan itu adalah benar," jelas Norhabibah ketika ditemui Kosmo! di LHDN cawangan Jalan Duta. Bercerita tentang cabaran sepanjang mengendalikan tempoh proses mengisytihar cukai pendapatan, Norhabibah yang sudah selama 11 tahun berkhidmat di LHDN menyatakan, beliau sudah lali dengan kerenah pembayar cukai. "Ada sesetengah individu enggan menggunakan sistem e-Filling. Mereka beranggapan proses mengisytiharkan cukai pendapatan menggunakan komputer dan Internet adalah remeh kerana ia perlu dibuat satu persatu. Bagi kelompok ini mereka lebih selesa menggunakan kaedah manual. "Saya anggap ini sebagai cabaran dan masa yang sesuai untuk LHDN memperkenalkan kepada pembayar cukai sistem e-Filling. Apatah lagi, petugas kami sentiasa bersedia menghulurkan bantuan," jelas Norhabibah yang turut menyatakan sistem e-Filling lebih pantas dan mudah kerana dalam tempoh 10 minit ia dijamin selesai. Justeru, enggan membiarkan para pengguna terpinga-pinga tanpa bantuan maka, LHDN memastikan setiap syif menempatkan 10 petugas di kaunter e-Filling. Ia seiring dengan pegangan Prinsip Lima Bintang yang diamalkan LHDN iaitu Sedia, Salam, Senyum, Segera dan Selesai. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Ketagihan permainan dalam talian Posted: Ketagihan permainan dalam talianKetagihan permainan dalam talian KEKURANGAN infrastruktur berkaitan akses Internet di negara-negara miskin Asia telah melonjakkan lagi minat remaja untuk mengetahui lebih lanjut tentangnya.
SAMBIL mata memandang paparan skrin penuh khusyuk dan jari-jemari menekan papan kekunci komputer, seorang remaja Kemboja, An Sopheak bagaikan dibuai ke alam fantasi adiwira kuno China. Dikelilingi ramai lagi remaja lelaki lain, kelihatan wajah-wajah mereka begitu asyik dalam dunia khayalan permainan dalam talian di kafe Internet yang gelap dekat ibu negara Kemboja. Senario tersebut sudah menjadi kebiasaan di serata Asia. Namun, bagi salah sebuah negara paling miskin yang mempunyai kadar penggunaan Internet paling rendah berbanding negara lain, senario itu adalah sesuatu yang baru. "Saya berasa sangat cool apabila adiwira saya menjadi semakin gagah," kata Sopheak yang berusia 16 tahun ketika berehat sebentar daripada bermain permainan paling popular di negara berkenaan Justice X Wars II (JXII). Kemboja yang mempunyai kepadatan penduduk kira-kira 14 juta orang hanya mencatatkan 78,000 pengguna Internet pada tahun 2009 mengikut data terkini Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tetapi capaian Internet di negara tersebut meningkat secara mendadak. Dengan lebih banyak kafe Internet dibuka, permainan dalam talian semakin mendapat tempat di hati golongan remaja bandar yang tidak mempunyai sambungan Internet di rumah mereka. "Sudah menjadi kebiasaan, trend 'kegilaan' terhadap permainan dalam talian berkembang di negara yang mempunyai kadar sambungan rendah. "Sering kali faktor yang membataskan perkembangan ini di negara-negara kurang mewah adalah infrastruktur dan perkakasan komputer bukan disebabkan kekurangan keinginan," kata juruanalisis industri di ABI Research, Michael Inouye. Perkara yang sama turut berlaku di Nepal, sebuah negara miskin mempunyai kadar capaian Internet rendah. Dianggarkan kira-kira satu peratus daripada 28 juta penduduk di negara tersebut mempunyai akses dunia maya tetapi golongan remaja akan membanjiri kafe-kafe Internet di Kathmandu untuk bermain permainan berkaitan pertarungan seperti World of Warcraft, Counter-Strike, Street Fighter dan Call of Duty. "Saya sukakannya, ia rasa seperti sedang bermain permainan fizikal," kata Ronit Shrestha, 16, yang menghabiskan AS$0.50 (RM1.50) selama satu jam untuk memenuhi hobinya. Sudeep Shrestha yang menguruskan pusat permainan elektronik di bandar tersebut berkata, populariti permainan dalam talian disebabkan kekurangan aktiviti ditawarkan kepada golongan remaja. "Kami mempunyai kawasan terbuka yang terhad untuk orang ramai melakukan permainan fizikal. Permainan dalam talian tidak ubah seperti teknologi baru yang lain. Ia muncul agak lewat beberapa tahun lalu tetapi, menjadi popular dalam kalangan golongan remaja inginkan keseronokan di dunia maya," ujarnya. Laman sosial Bagaimanapun, negara Asia miskin seperti Bangladesh hanya mencatatkan kadar akses Internet sebanyak 0.5 peratus dan permainan dalam talian masih belum popular di negara itu.
|
WATAK adiwira seperti ini yang tangkas berlawan membuatkan ramai remaja Asia menghabiskan masa yang lama di depan komputer.
|
Golongan remaja di Dhaka lebih gemar menghabiskan masa melayari laman sosial seperti Facebook tetapi ia dilihat tidak akan berpanjangan. Bandar tersebut juga tidak menawarkan pusat permainan buat remaja. Ia mungkin disebabkan Dhaka selalu mengalami masalah bekalan elektrik terputus yang menghalang pemain-pemain daripada berada dalam talian berjam-jam seperti pemain di negara lain. Profesor Pembangunan Informatik Universiti Manchester Britain, Richard Heeks, berkata, daya tarikan permainan dalam talian adalah universal dan ia hanya menunggu masa sebelum fenomena tersebut tersebar meluas apabila dunia semakin mudah dicapai melalui rangkaian Internet. "Dalam tempoh lima tahun, sudah pasti permainan dalam talian akan menjadi ikutan di Afrika," ramalnya. Kafe-kafe Internet di Kemboja cuba mengaut keuntungan melalui trend tersebut dengan menawarkan potongan harga kepada gamer yang menggemari permainan JXII. "Saya bermain permainan tersebut secara rahsia. Kadangkala ibu akan memukul saya kerana mengunjungi kafe Internet. Saya sangat takut jika ibu mengetahui saya bermain permainan dalam talian ini," kata Cheng Roth Donior, 14, yang menghabiskan masa tiga hingga lima jam di kafe Internet. Perbelanjaan alam maya baginya menelan kos antara AS$0.50 (RM1.50) dan AS$1.20 (RM3.60) sehari yang merupakan elaun makanannya. "Kadangkala saya tidak makan," katanya lagi. Rawat ketagihan Negara China dan Korea Selatan telah membuka kemudahan rawatan untuk membantu pemain tegar daripada ketagihan permainan dalam talian. Lebih mengejutkan, di Korea Selatan permainan dalam talian telah dikaitkan dengan kematian. Pada tahun lalu, seorang lelaki berusia 32 tahun telah menemui ajal selepas dilaporkan bermain selama lima hari dengan hanya beberapa kali berehat sebentar. Terdapat juga seorang kanak-kanak lelaki membunuh diri selepas membunuh ibu kandungnya kerana dimarahi apabila terlalu menghabiskan masa bermain permainan komputer. Pusat permainan di Kemboja telah diarahkan agar tidak membuka kedai mereka berhampiran sekolah-sekolah untuk mengelakkan pelajar ponteng sekolah untuk bermain permainan komputer. Guru Sekolah Tinggi Phnom Penh, So Sothy, mendedahkan kira-kira 10 peratus daripada 50 orang pelajarnya sering ponteng sekolah agar dapat bermain permainan dalam talian. "Saya bimbang mereka lebih menghabiskan masa bermain permainan dalam talian berbanding belajar dan terlupa untuk menyiapkan kerja sekolah," kata guru berusia 27 tahun itu. Bagaimanapun, masa yang diluangkan di hadapan komputer dapat memberi faedah kepada rakyat di negara sedang membangun, ujar Heeks. "Terdapat banyak kelebihan ekonomi seperti membantu membina kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi dan asas sektor permainan pengkomputeran, walaupun ia agak baru untuk kami mengumumkan dengan sebarang kepastian," katanya. - AFP. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Politik Posted: 05 Apr 2011 11:37 PM PDT Peluang keemasan pembangkang Posted: Peluang keemasan pembangkangPeluang keemasan pembangkang Oleh MOHD. RAFIE AZIMI rafie.azimi@utusan.com.my KUALA LUMPUR 5 April – Penubuhan suruhanjaya diraja merupakan satu lagi peluang keemasan untuk pembangkang menawan Putrajaya dan menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Ini kerana menurut Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong, jika siasatan suruhanjaya tersebut menunjukkan video seks didakwa melibatkan pemimpin pembangkang itu memang satu konspirasi menjatuhkannya. Beliau berkata, peluang itu hadir kerana pihak pembangkang boleh memilih meletakkan 'orang kuat' mereka dalam suruhanjaya tersebut selain ia akan disertai pakar dari luar negara untuk mencari kebenaran. "Mengapa mereka menolak peluang keemasan ini? Mereka boleh memilih untuk meletakkan lima wakil terdiri daripada Karpal Singh, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menyertai suruhanjaya itu. "Pakar-pakar pula, mereka boleh ambil dari negara mana saja yang pastinya bersikap berkecuali. Ini peluang keemasan tetapi mereka menolak dengan alasan isu ini tidak penting. ''Adakah keperibadian bakal Perdana Menteri ketujuh seperti didakwa mereka, tidak penting diketahui rakyat Malaysia?" soalnya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini. Beliau mengulas kenyataan beberapa Ahli Parlimen pembangkang di lobi Parlimen hari ini yang mendakwa akan menentang sebarang usaha menubuhkan suruhanjaya diraja kerana ia tidak perlu dan perkara itu remeh. Choo Keong dalam pada itu turut membidas Karpal yang disifatkannya tampak 'konsisten bersikap tidak konsisten' dalam berpolitik. "Pada 1997 di Hotel Federal, dengan lantang Karpal mendakwa beliau mempunyai bukti penglibatan Anwar dalam kes sodomi. Tetapi kini beliau membelanya pula. "Dalam hal ini juga sama, beliau sebelum ini sering mendesak ditubuhkan suruhanjaya diraja tetapi video seks ini tidak mahu pula. Mengapa pilih-pilih isu? Sebab itu saya katakan beliau terus konsisten bersikap tidak konsisten. Sayang, perkara inilah yang menghalang Anwar menjadi Perdana Menteri lebih cepat," katanya. Sementara itu Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng berkata, melalui pemerhatiannya, beliau boleh mengatakan individu dalam video berkenaan 80 peratus menyerupai Anwar. "Saya harap mereka boleh tentukan dengan teknologi lebih baik. Saya lihat rakan-rakan dalam Pas dan DAP pun mereka bukannya menyokong, mereka hanya nafikan itu Anwar. "Kalau ada bukti itu adalah Anwar, saya mahu tengok apa reaksi mereka. Tetapi saya pasti ia akan memporak-perandakan pakatan pembangkang kerana PKR bertindak sebagai orang tengah yang menyatukan Pas dan DAP. Tanpa PKR, habis semuanya," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Mirip suami tetapi bukan Anwar - Wan Azizah Posted: Mirip suami tetapi bukan Anwar - Wan AzizahMirip suami tetapi bukan Anwar - Wan Azizah KUALA LUMPUR 5 April - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hari ini menafikan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai individu dalam rakaman video yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang. Bagaimanapun pada sidang akhbar khas di kediamannya di Segambut, di sini, Wan Azizah yang ditemani anaknya, Nurul Izzah dan beberapa pemimpin pembangkang dilihat agak emosi apabila menjawab soalan daripada wartawan terutamanya berkaitan jam Omega yang didakwa ada dalam simpanannya. Menurut Wan Azizah, setelah menonton klip video itu menerusi Internet, beliau dan anggota keluarga percaya lelaki dalam video tersebut yang mirip suaminya, bukan Anwar. "Jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berbeza daripada susuk badan Anwar. "Sejak lebih setahun lalu, anak-anak sering menemani bapa mereka (Anwar) melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi. Ia sebahagian aktiviti pemulihan kesihatan tulang belakangnya. "Anwar ketika ditahan dalam lokap sering bersenam, jadi badannya tegap. Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami," katanya. Media hari ini melaporkan rakaman video itu yang dimuat naik ke laman sosial YouTube dipercayai sebahagian daripada rakaman selama 20 minit yang didedahkan kepada sekumpulan wartawan di Hotel Seri Carcosa, baru-baru ini. Wan Azizah berkata, walaupun polis mengesahkan video seks itu tulen, ia tidak membuktikan bahawa suaminya merupakan pelaku dalam video tersebut. Ditanya berhubung jam tangan Omega milik Anwar yang dikatakan berada dalam simpanannya, Wan Azizah enggan menunjukkan barang bukti itu sebaliknya mempersoalkan tindakan wartawan yang dianggap cuba bertindak seperti polis. "Kenapa saya mesti tunjuk kepada anda (wartawan), awak semua bukan pendakwa," katanya. Jam tangan Omega dipercayai milik Anwar diserah trio Datuk T kepada polis bagi membantu siasatan rakaman video seks tersebut. Dalam pada itu, Wan Azizah ketika ditanya mengenai kesediaan pihaknya untuk melakukan sumpah secara Islam atau dibukti secara saintifik menggunakan mesin poligraf menegaskan, kedua-dua kaedah itu tidak relevan kerana ia taktik UMNO. Beliau turut menolak cadangan beberapa pihak supaya diwujudkan suruhanjaya diraja bagi siasatan terperinci skandal video seks tersebut atas alasan rakaman video itu sudah tersebar. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Jenayah Posted: 05 Apr 2011 11:23 PM PDT Kanak-kanak hilang akhirnya ditemui semula Posted: Kanak-kanak hilang akhirnya ditemui semulaKanak-kanak hilang akhirnya ditemui semula
|
MOHD. Nawawi Deris bersama Nur Hafiqah Zarissya di IPD Kuantan, Pahang, semalam.
|
KUANTAN 5 April - Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun sembilan bulan yang hilang semalam, ditemui semula dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas sepasang suami isteri memulangkan kanak-kanak itu hari ini. Nur Hafiqah Zarissya Mohd. Nawawi dipulangkan kepada Mohd. Nawawi Deris, 42, dan Azizah Dollah, 42, dalam keadaan selamat di kedai telefon bimbit milik mereka di Batu 6, Jalan Kuantan-Gambang di sini kira-kira pukul 3.30 petang. Mohd. Nawawi ketika ditemui berkata, mereka bersyukur kerana anak bongsunya itu ditemui semula dalam keadaan selamat. Menurutnya, pasangan suami isteri berusia dalam lingkungan 30-an memulangkan Nur Hafiqah Zarissya selepas mengambil kanak-kanak itu dan membawa ke rumah mereka di Temerloh selepas dikatakan berkeliaran di hadapan kedai telefon bimbit itu. "Saya bersyukur Hafiqah kembali ke pangkuan kami dalam keadaan selamat," katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis (IPD) daerah Kuantan di sini, hari ini. Sementara itu, menantunya, Noor Syatila Samsudin, 23, berkata, dia menerima panggilan telefon daripada pasangan terbabit kira-kira pukul 1.45 petang. "Pasangan itu memberitahu bahawa Hafiqah berada dalam keadaan selamat bersama mereka dan meminta maaf kerana membawa kanak-kanak itu pulang ke Temerloh. "Pasangan terbabit kemudian datang ke kedai pada pukul 3.30 petang untuk memulangkannya," katanya. Kata Noor Syatila, pasangan terbabit memaklumkan bahawa mereka bercadang untuk memulangkan Nur Hafiqah Zarissya semalam namun berasa takut kerana suasana telah menjadi kecoh berikutan kehilangan kanak-kanak terbabit. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusof berkata, pihaknya akan menyiasat kes tersebut. "Kita minta pasangan terbabit menghubungi polis bagi membantu siasatan. Sekiranya mereka tidak bersalah kenapa perlu takut untuk tampil," ujarnya. Dalam pada itu, beliau turut menasihati ibu bapa supaya sentiasa memastikan keselamatan anak dan meminta kes tersebut dijadikan teladan kepada masyarakat. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Pas Perlis mohon maaf Posted: Pas Perlis mohon maafPas Perlis mohon maaf KANGAR 5 April – Pas negeri hari ini memohon maaf berhubung kematian seorang murid sebuah sekolah agama kelolaan parti itu di Jejawi dekat sini kelmarin yang dipercayai akibat dipukul gurunya, baru-baru ini. Sambil merakamkan rasa dukacita di atas kejadian di salah sebuah institusi pendidikan di bawah kelolaan parti berkenaan, Pesuruhjaya Pas negeri, Hashim Jasin dalam satu kenyataan hari ini turut memohon maaf kepada seluruh warga pendidik. Menurutnya, ini disebabkan peristiwa tersebut turut mencalarkan imej dan persepsi umum terhadap golongan itu. Kata beliau, Pas negeri mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa serta pihak keluarga guru asrama yang terbabit dalam kejadian itu. Kenyataan tersebut dibuat berikutan kematian seorang murid, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, kelmarin dipercayai akibat dipukul gurunya di asrama sekolah berkenaan. Hashim berkata, kejadian berkenaan memeranjatkan pihaknya setelah lebih 25 tahun mengelola institusi pendidikan parti itu. Sehubungan itu, kata beliau, Pas negeri berharap supaya proses siasatan dan perbicaraan kes tersebut dijalankan secara rapi bagi menegakkan keadilan kepada semua pihak. Menurut beliau, Pas negeri telah menjalankan tanggungjawab dan memberikan sepenuh kerjasama kepada pihak keluarga murid, keluarga tertuduh dan agensi keselamatan bagi menguruskan kes itu. Di samping itu, kata beliau, Pas juga mengambil langkah-langkah wajar bagi memastikan semua institusi pendidikan milik parti berkenaan beroperasi dalam suasana pembelajaran yang selamat dan lancar. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Mahkamah Posted: 05 Apr 2011 07:42 PM PDT Pegawai tidak dilindungi - Shukri Posted: Pegawai tidak dilindungi - ShukriPegawai tidak dilindungi - Shukri Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM pengarang@utusan.com.my KUALA LUMPUR 5 April - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memberi jaminan bahawa agensi itu tidak akan melindungi mana-mana pegawai yang didapati terlibat dalam insiden yang membawa kepada kematian Teoh Beng Hock pada 16 Julai 2009. Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Shukri Abdull membuat kenyataan sedemikian sebelum mengakhiri keterangan beliau dalam prosiding Suruhanjaya Untuk Menyiasat Kematian Setiausaha Politik Exco Selangor itu. Menjawab soalan anggota suruhanjaya, Profesor Mohamed Hatta Shaharom, beliau mengakui kematian Beng Hock telah memberi kesan yang amat besar kepada SPRM kerana kejadian itu tidak pernah berlaku selain terpaksa berdepan dengan inkues, suruhanjaya siasatan dan arahan kerajaan negeri Selangor yang tidak membenarkan kakitangannya disoal siasat selepas waktu pejabat. ''Tidak dapat dinafikan dalam kes ini, ada kelemahan di pihak SPRM. Kami akan berusaha memperbaikinya. Kami juga akan terima apa sahaja keputusan suruhanjaya. Jika ada pegawai SPRM yang bersalah, ambillah tindakan. Kami tak akan lindungi mereka serta menjejaskan imej SPRM. Kami yakin jika kebenaran dilaksanakan, rakyat akan beri kepercayaan kepada SPRM. ''Saya juga ingin tegaskan bahawa keadilan adalah untuk semua, bukan untuk satu pihak sahaja. Kami mahukan keadilan untuk Beng Hock, untuk keluarga beliau, untuk SPRM dan juga untuk masyarakat umum,'' jelas beliau. Sementara itu, Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Tan Boon Wah dalam keterangannya mendakwa, dia didera oleh pegawai-pegawai SPRM secara fizikal dan mental apabila disuruh berdiri selama empat jam, ditunjukkan penumbuk, disuruh bersumpah, diugut dan diejek semasa disoal siasat di pejabat agensi itu pada malam 15 Julai 2009. Beliau bagaimanapun mengaku langsung tidak merasa takut dan meminum air yang diberikan oleh pegawai SPRM, Bulkini Paharuddin kerana menganggap mereka tidak serius serta sekadar mempermainkan dirinya selain tiada pilihan apabila tidak dibenarkan pulang pada malam itu. ''Pada pukul 10 pagi, saya dikejutkan dan dibawa ke pantri untuk makan pagi bersama dua pegawai SPRM dan Lee Wai Wing (saksi SPRM). Keadaan masa itu berlainan kerana kami berborak-borak dalam suasana yang berbeza daripada semalam (hari sebelumnya). ''Saya ada bertanya kenapa berkasar dengan saya semalam. Seorang pegawai yang menyoal siasat saya memberitahu mereka sememangnya dilatih dengan kaedah sebegitu untuk soal siasat. Satu cara kasar dan satu cara lembut,'' katanya. Katanya, selepas kenyataannya dirakam oleh seorang pegawai dan semua barang-barangnya seperti telefon bimbit, pasport dan cop syarikat dipulangkan, beliau meninggalkan pejabat SPRM Selangor yang ketika itu dalam keadaan biasa dan agak sunyi pada pukul 1.35 petang hari yang sama. Prosiding suruhanjaya yang diadakan di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di Kompleks Mahkamah di sini bersambung esok. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Bekas Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor didakwa rasuah Posted: Bekas Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor didakwa rasuahBekas Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor didakwa rasuah
|
Saifulruddin Sulaiman didakwa atas tiga tuduhan rasuah RM45,000 di Mahkamah Sesyen Shah Alam, semalam.
|
SHAH ALAM 5 April - Bekas Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor, Saifulruddin Sulaiman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga tuduhan rasuah membabitkan RM45,000 tahun lalu. Saifulruddin, 32, didakwa bersetuju menerima wang tunai RM20,000 daripada pengurus syarikat Drift Z Enterprise, Husni Hirzi Abd. Rahim sebagai upah untuk membantu syarikat itu terpilih dan dilantik sebagai pengurus acara bagi majlis sambutan ke-40 tahun Yayasan Selangor. Tertuduh didakwa berbuat demikian di No. 3, Jalan Platinum 7/43C, Seksyen 7 di sini pada pukul 8 malam, 5 Oktober 2010. Bagi tuduhan kedua, dia didakwa bersetuju menerima wang tunai RM20,000 daripada Husni di tempat yang sama pada pukul 9 malam, 25 Oktober 2010. Saifulruddin juga didakwa bersetuju menerima RM5,000 daripada Husni sebagai dorongan untuk melepaskan bayaran tambahan program yang sama berjumlah RM93,982.40 kepada syarikat tersebut. Perbuatan itu didakwa dilakukan di hadapan restoran The Skewers, Subang Avenue, Petaling dekat sini pada pukul 9 malam, 11 November tahun lalu. Kesemua tuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 17(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi. Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kevin Morais mencadangkan jaminan RM15,000 ke atas tertuduh bagi kesemua pertuduhan. Peguam Sawmee Ullah Nawzumean yang mewakili tertuduh pula memohon jumlah itu dikurangkan kepada RM7,000 memandangkan anak guamnya telah diberhentikan kerja minggu lalu dan isteri tertuduh hanya bekerja sebagai penolong akaun dengan pendapatan RM1,600 sebulan. Hakim Mat Ghani Abdullah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu perbicaraan yang ditetapkan pada 18 Julai ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Malaysiakini :: Berita Posted: 05 Apr 2011 07:33 PM PDT Penamaan calon bagi merebut Sarawak Posted: 05 Apr 2011 05:56 PM PDT 9 pagi hingga 10 pagi: Tempoh penamaan calon 10 pagi hingga 11 pagi: Tempoh bantahan 11 pagi hingga 12 tengahari: Pengumuman calon yang layak bertanding oleh SPRPilihan raya negeri Sarawak ke-10 bermula hari ini dengan proses penamaan calon yang dijalankan serentak bagi semua kawasan DUN. Tempoh kempen ditetapkan selama 10 hari dan tarikh mengundi ditetapkan pada 16 April. Pilihan raya kali ini menjanjikan perkembangan menarik di sudut BN yang berusaha memperbaiki prestasi mereka berbanding pilihan raya negeri terakhir pada 20 Mei, 2006. Dalam pilihan raya itu BN kehilangan lapan kerusi – sebahagian besarnya di kawasan majoriti Cina di Kuching dan juga di kerusi majoriti Dayak di Engkilili dan Ngemeh. Sementara itu, Pakatan Rakyat yang berbekalkan pengalaman mentadbir beberapa negeri di Semenanjung Malaysia pula menawarkan kerajaan alternatif kepada pengundi. Pertembungan di antara pelbagai parti dijangka akan berlaku khususnya di kawasan majoriti bumiputera, termasuk di antara Parti Kebangsaan Sarawak (Snap), Parti Cinta Malaysia (PCM) dan Parti Ekonomi Rakyat Sarawak (PERS). Fokus kali ini tertumpu kepada beberapa 'heavyweight' tempatan yang bertanding sebagai calon bebas, termasuk bekas timbalan menteri pelajaran Datuk Salleh Jaffarudin yang akan menentang ketua menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud di DUN Balingian. Penyandang kerusi Padungan, Dominique Ng juga meraih perhatian di Batu Lintang. Beliau mungkin akan bertanding sebagai calon bebas atau terus menentang PKR yang baru ditinggalkannya. Beberapa kerusi panas juga dikesan di kawasan yang terlibat dengan pentadbiran kerajaan negeri ke atas tanah adat Orang Asal Sarawak, pembukaan kawasan hutan dan pembinaan empangan hidroelektrik. Di kawasan luar bandar ini, BN dijangka akan memainkan isu 'undi BN untuk pembangunan' bagi menyekat kemaraan pembangkang yang akan membawa isu-isu nasional dan seruan untuk memilih pemimpin baru. LAPORAN LANGSUNG
8.45am: Balingian - Kira-kira 300 penyokong PBB berkumpul di sebuah masjid, 11 kilometer dari pusat penamaan calon. Kerusi di Mukah ini dijangka menyaksikan calon PKR, Suriati Abdullah mencabar KM, Taib Mahmud. Turut menjadi tumpuan adalah calon bebas, Salleh Jafaruddin, yang mahu menumbangkan sepupunya Taib. Salleh tiba di pusat penamaan calon bersama isterinya dan lima penyokong pada jam 7.20 pagi. 8.47am: Satok - Kira-kira 250 penyokong BN berkumpul lebih kurang 2.5km dari pusat penamaan calon di Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang. Mereka datang bagi meluahkan sokongan kepada timbalan presiden PBB yang dilihat juga sebagai bakal ketua menteri, Datuk Abang Johari Openg, yang akan mempertahankan kerusinya untuk kali kelapan. PKR pula menurunkan seorang peguam syarie Ahmad Nazib Johari sebagai calon Pakatan. 8.50am: Batu Kawah - Suasana seakan pesta di Kota Padawan di mana penamaan calon akan diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Kota Padawan. Kira-kira 200 penyokong BN mengiringi calon mereka Tan Joo Phoi dari pusat operasi mereka di pekan kecil yang dihuni majoritinya masyarakat Cina. Ia terletak kira-kira 20km dari selatan Kuching. Penyokong DAP pula hanya berjumlah 50 orang seperti yang disyaratkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yang menemani calon mereka, Christina Chiew ke pusat penamaan calon. "Saya rasa yakin, Begitu juga ibu bapa saya, Mereka datang dari Sibu untuk menyokong saya," kata Chiew. Chew adalah jurutera kimia dan sebelum ini berkhidmat sebagai pembantu ADUN Pending, Violet Yong. 8.55am: Beting Maro - PAS, yang bertanding di lima kerusi dikatakan mempunyai peluang terbaikn di sini. Mewakili parti Islam itu ialah peguam Abang Ahmad Kerdi Abang Magasus. Keputusan tidak menampilkan calon ulama bertujuan memantapkan imej PAS sebagai parti yang moden. Sementara itu, BN menurunkan seorang pendatang baru, Razaili Gapor. Keputusan itu dikatakan menimbulkan rasa tidak senang di kalangan akar umbi yang kecewa bahawa penyandangnya Bolhassan Ahmad Di digugurkan. Pada pilihan raya negeri yang lalu, PAS tewas tipis dengan 895 undi di kawasan yang majoriti pengundinya adalah Melayu/Melanau. Kerusi ini mempunyai 4,742 pengundi. 9.05am: Padungan - Kira-kira 200 penyokong DAP dan PKR berada di luar bangunan Majlis Perbandaran Kuching Selatan - tempat penamaan calon bagi tiga kersi Padungan, Pending and Batu Lintang. Ketiga-tiga kerusi di Kuching ini mempunyai penduduk majoriti Cina. Tidak seperti di Semenajung Malaysia, suasana penyokong agak terkawal - tiada jerit menjerit mengenai slogan parti. Jumlah penyokong BN yang tiba di pusat penamaan calon jauh lebih besar daripada penyokong Pakatan. Dianggarakan tidak kurang 1,000 yang datang sambil mengibarkan bendera BN. 9.14am: Layar - Calon PKR Stanny Embat, tiba dengan 100 penyokong yang berarak dari pekan Betong ke pejabat daerah yang dijadikan pusat penamaan calon di Layar. Ia sebuah kerusi di pinggir bandar yang majoriti pengundi adalah masyarakat Iban. Kerusi ini telah dipegang oleh Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu untuk selama tujuh penggal. Penyokong PKR pula diketuai oleh timbalan ketua menteri, Datuk Mansor Othman. Mereka membawa sepanduk dan bendera parti sambil melaungkan"Reformasi!" dan "Tumbang Jabu!". Calon Snap Joe Unggang, diiringi kira-kira 50 penyokong yang berkemeja T kuning, warna rasmi parti itu. 9.15am: Balingian -Ketua Menteri Taib, 74, tiba selepas diiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman serta 5,000 penyokong Barisan Nasional (BN). Turut sama, isteri Taib, Puan Sri Ragad Waleed Taib. 9.20am: Layar - Timbalan Ketua Menteri, Jabu tiba di pusat penamaan calon dengan diiringi naib presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan kira-kira 300 penyokong yang mengibarkan bendera BN dan PBB. Mereka melaungkan "1Malaysia", "1Sarawak" dan "1BN". Selain Stanny (PKR), Joe (Snap) dan Jabu (BN), terdapat seorang lagi calon Bebas, Tedewin Ngumbang, yang kelihatan di pusat penamaan calon. Keempat-empat mereka dilihat memfailkan borang pencalonan masing-masing. 9.25am: Padungan - Penyandang kerusi Padungan Dominique Ng tiba di pusat penamaan calon bagi kawasan Padungan, Pendingdan Batu Lintang. Adalah dipercayai beliau akan mempertahankan kerusinya itu dan dijangka berdepan dengan calon DAP Wong King Wei. Semalam, ketika mengumumkan dirinya keluar PKR, beliau berkata akan bertanding di Padungan ataupun di Batu Lintang. 9.26am: Batu Kawah - Penyandang Tan Joo Phoi, seorang anak tempatan mampu akan dapat mempertahankan kerusinya daripada dicabar oleh gadis kelahiran Sibu, Christina Chiew dari DAP. "Mereka masih baru di kawasan ini dan belum melakukan apa-apa pun tetapi kita mesti kerja keras (dalam kempen)," katanya ketika mengemukakan borang pencalonannya. 10.01am: Satok - Pegawai pengurus pilihan raya Onn Abdullah mengumumkan tamatnya tempoh penamaan calon dan bermulanya tempoh bantahan yang akan berakhir pada jam 11 pagi ini. Hanya Abang Johari (PBB), 61 dan Ahmad Nazib (PKR), 35, yang telah mengemukakan borang pencalonan masing-masing. [Berita penuh menyusul] Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Isu tanah, bukan video seks, kata pengundi Posted: 05 Apr 2011 05:41 PM PDT Walaupun mendapat perhatian luar biasa di Semenanjung Malaysia, isu video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya kurang menyengat menjelang pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April nanti. Tinjauan Malaysiakini mendapati walaupun ada yang berpendapat sebahagian penduduk negeri itu mempercayai Anwar benar-benar merupakan 'pelakon' dalam video itu, perkara itu bukanlan persoalan utama bagi mereka. "Di sini media (yang ada) tiga sahaja, (iaitu) TV1, TV2 dan TV3. Apa yang yang diputarkan memang dipercayai," kata seorang peniaga Ibrahim Ahmad yang ditemui di pekan Debak, dalam DUN Saribas. Bagaimanapun, menurut Ibrahim, 40, isu nasional, termasuk 'serangan' terhadap Anwar hanya memberikan sumbangan kecil kira-kira 10 peratus daripada keseluruhan 979,796 pengundi daripada 71 kerusi DUN yang dipertandingkan. Pengundi yang ditemui Malaysiakini di dua kawasan luar bandar – DUN Saribas (kawasan campuran Melayu/Melanau-Iban) dan Krian (majoriti Iban) – berpendapat, isu sebenar yang perlu diselesaikan melibatkan pengagihan geran individu untuk tanah adat. "Permintaan penduduk kampung untuk dapatkan geran tanah seolah-olah tidak dilayan. Sedangkan ini tanah nenek moyang kita," kata Ibrahim lagi. Isu video seks yang didakwa melibatkan Anwar hangat kembali apabila sebahagian kecil aksi yang dirakamkan bocor di internet dan terdapat permintaan supaya ia diputarkan di parlimen. Walaupun gagal mendapat ruangan muka depan, isu itu turut dilaporkan di beberapa akhbar tempatan.
'Ini politik' Di samping itu, terdapat beberapa risalah dikesan yang mengaitkan Anwar dengan aktiviti seks, antaranya melalui terjemahan daripada buku terbaru bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Sementara itu, mengulas isu Anwar, seorang pekerja swasta Laga Biju berkata, pengundi Sarawak, terutamanya di kawasan pedalaman "tidak peduli sangat" pada isu nasional sebegitu. "Orang tidak akan percaya. Orang tahu, ini politik. Ia tidak ada apa-apa. Isu seks ini, ikut suka mahkamahlah. "Mahkamah ini macam tuhanlah," kata Laga, 40, perantau di Kuala Lumpur yang baru pulang untuk mengundi di Saratok, bandar kecil di Krian. Selain mahukan isu tanah adat diselesaikan, lelaki Iban itu berharap, isu yang langsung menyentuh masyarakat tempatan, seperti isu masalah pertanian dapat diselesaikan. "Macam tanam lada (hitam), harganya dijual sekilo RM15, tetapi hendak beli baja kadang-kadang sampai RM100. Jadi, petani dapat RM5 sehari," kata Laga lagi. Seorang lagi pegawai kerajaan juga dilihat senada dengan pandangan itu. "Ini semua politik. Semua orang tahu apa tujuannya," katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Jemali kerana takut identitinya diketahui oleh kerajaan BN negeri bawah pimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud. 'Itu sebab dia dipecat' Jemali berkata, mereka rakyat Sarawak mahu mengambil kesempatan dalam pilihan raya negeri kali ini bagi mendapatkan hak berupa geran tanah yang lama dituntut, sejak pilihan raya sebelum ini. "Kalau minta lepas ini, mesti mereka (pemenang) lupalah," kata Jemali ketika ditemui Malaysiakini di Saratok semalam. Bagi seorang warga mas, walaupun mengakui mengenali Anwar, pekebun kecil Abang Hamzah Abang Seman mengakui tidak berapa tahu berapa mengikuti perkembangan video terbaru yang dikaitkan dengan ketua pembangkang itu. Apabila ditanya sama ada beliau mempercayainya, Abang Hamzah, 67, berkata: "Itu sebab dia (Awar) dipecat dulu." Bagaimanapun, ketika ditemui di rumahnya, Abang Hamzah bagaimanapun ironisnya berkata beliau "memang suka Anwar" kerana kebolehannya mentadbir ketua umum PKR itu dimaklumkan padanya oleh seorang calon Pakatan Rakyat, yang kebetulan mempunyai pertalian saudara dengannya. Di Saribas, difahamkam terdapat ratusan, malah mungkin ribuan merupakan anggota besar yang mempunyai pangkal nama "abang" - merujuk kepada hubungan kekeluargaan secara tradisi di Sarawak. Menurut pemerhati politik, di Bumi Kenyalang, dalam setiap pilihan raya negeri, isu nasional jarang mendapat tempat, sebaliknya persoalan pemilikan tanah paling hangat dibicarakan penduduk setempat. Golongan bumiputera yang mewakili lebih 65 peratus masih bermasalah mendapat geran tanah individu untuk tanah adat sejak dimansuhkan selepas Sarawak merdeka bersama Malaysia pada tahun 1963. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Rencana Posted: 05 Apr 2011 03:13 PM PDT Tubuh suruhanjaya diraja Posted: Tubuh suruhanjaya dirajaTubuh suruhanjaya diraja Oleh ZULKIFLEE BAKAR pengarang@utusan.com.my KELMARIN, arena politik negara diwarnai dengan pendedahan rakaman video seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang. Pendedahan itu dimuat naik ke dalam laman YouTube kemudiannya disebarkan secara meluas di dalam blog-blog. Pelbagai tafsiran dibuat berikutan pendedahan berkenaan, masing-masing ada pandangan sendiri iaitu yang menyokong pemimpin pembangkang berkenaan, mereka menafikan itu adalah beliau. Bagi sebelah pihak lain pula mungkin menganggap itulah hasil solat hajat yang dilakukan Pas pada 28 Mac lalu (genap seminggu hari rakaman didedahkan) bagi memohon petunjuk Allah SWT dalam mencari kebenaran berhubung isu berkenaan. Kita terpaksa mengakui kemunculan rakaman video itu telah menimbulkan polemik baru dalam arena politik negara. Malangnya, pihak pembangkang terus membabitkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pendedahan berkenaan. Namun apa yang mendukacitakan dalam masa yang sama, mereka seolah-olah menolak usaha menegakkan kebenaran dilakukan. Dalam soal ini, kita memuji tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menolak cadangan pembangkang supaya rakaman video itu dipertontonkan di Parlimen. Ia satu keputusan yang bijak kerana jika perbuatan berkenaan dilakukan, ia boleh mencemarkan nama Parlimen Malaysia di mata dunia. Oleh itu dalam menghadapi kemelut ini pendekatan terbaik ialah penubuhan suruhanjaya diraja. Walaupun penubuhan itu dilihat jalan terbaik tetapi pembangkang menolaknya mentah-mentah. Mereka lebih suka mengalih isu dengan menuding jari ke BN. Tetapi apa yang anehnya dalam masa yang sama, mereka begitu yakin bahawa 'pelakon' dalam video itu bukan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. Persoalannya jika benar mereka begitu yakin bahawa itu bukan Anwar, kenapakah mereka tidak mahu menyokong suruhanjaya diraja ditubuhkan? Tidakkah tindakan itu akan membolehkan segala persoalan dijawab. Jika keputusan suruhanjaya diraja nanti membuktikan lelaki dalam video itu bukan Anwar, tidakkah ini akan memberi keuntungan politik kepada mereka? Kenapakah pembangkang takut sangat dengan penubuhan suruhanjaya diraja berkenaan, jika mereka yakin berada di pihak yang benar? Pembangkang sering bercakap soal kebenaran dan ketelusan, malahan sejak dulu lagi mereka cuba menggambarkan bahawa merekalah pejuang keadilan sebenar. Namun dalam isu rakaman video ini, sikap menegakkan kebenaran, memaparkan ketelusan dan mencari keadilan lenyap begitu sahaja. Kalau pemimpin-pemimpin pembangkang sama ada PKR, DAP dan Pas benar-benar sayangkan Anwar dan kasihan kepadanya kerana sering difitnah seperti mana mereka dakwa, maka sokonglah usaha mencari kebenaran dalam isu tersebut melalui suruhanjaya diraja. Bagi pemimpin-pemimpin kanan parti-parti berkenaan mungkin dalam apa cara sekali pun mereka mahu mempertahankan Anwar bukan kerana Anwar tetapi demi kepentingan politik masing-masing. Tambahan pula, pembangkang belum tentu akan menerima hasil siasatan yang sedang dijalankan oleh polis jika keputusannya nanti tidak memihak kepada mereka. Akibatnya, arena politik negara akan dicemari dengan gelagat pembangkang yang akan terus menuduh kerajaan BN. Semua gelagat ini harus dihentikan dan isu rakaman video seks tersebut perlu diletakkan noktahnya. Mengulas perkara ini, penganalisis politik, Ahmad Masrizal Muhammad berkata, jika pembangkang memperjuangkan kebenaran, mereka perlu memberi laluan kepada penubuhan suruhanjaya diraja. ''Saya bersetuju jika pemimpin pembangkang turut menyertainya di samping pemimpin-pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO),'' katanya ketika dihubungi. Beliau juga berpendapat, tidak harus ada wakil kerajaan di dalamnya bagi mengelakkan wujudnya keraguan. ''Ini kerana matlamat kita hanyalah untuk mencari kebenaran dalam isu rakaman video seks itu dan bukannya hendak mencari salah sesiapa,'' katanya. Apa pun sudah pastilah tumpuan tetap diberikan kepada Pas yang setakat ini pemimpin-pemimpin kanannya menolak penubuhan suruhanjaya diraja. Malahan mereka berubah-ubah pendirian, pada mulanya mempertikaikan ketulenan video itu tetapi apabila polis mengesahkan video berkenaan tulen, mereka mempersoalkan pula kenapa tiada tindakan diambil ke atas individu yang mengedarkannya. Tetapi apa yang anehnya kenapakah mereka tidak bertegas dalam soal mencari kesahihan individu yang dikaitkan? Penulis menghubungi seorang pemimpin Pas di peringkat akar umbi bertanya pandangannya apabila rakaman video tersebar, beliau mengakui rakaman berkenaan 'satu cabaran besar' kepada parti itu. ''Cabarannya ialah mahu tidak mahu Pas kena tunjukkan ketegasannya dalam soal mencari kebenaran. Pas perlu memainkan peranan supaya segala misteri di sebalik rakaman itu terjawab. ''Ia termasuklah juga kesahihan penglibatan pemimpin pembangkang yang dimaksudkan,'' katanya. Bagaimanapun bagi Ahmad Masrizal adalah lebih baik dalam isu berkenaan, Pas tidak mengulas banyak. Ini kerana kata beliau, jika tersilap langkah masalah yang dihadapi PKR akan terpalit kepada Pas. ''Pas dan PKR wujud di atas perseikatan politik, maknanya mereka bersama bukan atas dasar kesamaan falsafah parti itu sendiri yang mengutamakan kebenaran dan seumpamanya. ''Maka apabila timbul isu mencari kebenaran dalam rakaman video tersebut, maka Pas telah beralih kepada mengutamakan kepentingan politik. Ini adalah sesuatu yang berbahaya kepada Pas dalam jangka masa panjang'' katanya. Beliau berpendapat, jika Pas cuba bermati-matian mempertahankan pemimpin PKR, ia akan memberikan impak negatif kepada Pas sendiri. ''Keadaan itu berlaku kerana di dalam Pas sekarang ada penyokong-penyokong yang sudah tidak lagi mempercayai PKR,'' katanya. Ditanya mengenai tindakan pemimpin-pemimpin kanan Pas yang awal-awal lagi membuat pelbagai ulasan termasuk menolak penubuhan suruhanjaya diraja, Ahmad Masrizal berkata, tindakan itu hanyalah kerana mereka terpaksa mengikut rentak politik memandangkan mereka bersekutu dengan PKR. ''Tetapi pemimpin-pemimpin Pas harus faham bahawa ahli-ahli parti tersebut mempunyai prinsip sendiri. ''Ahli partilah yang akan mencerna maklumat yang diperoleh sama ada betul atau tidak dan mereka akan terjemahkannya dalam bentuk undi dalam pilihan raya nanti,'' katanya. Apa pun adalah diharapkan dalam soal ini, pembangkang akan bersikap terbuka dalam mencari kebenaran dengan menyokong penubuhan suruhanjaya diraja. Tindakan menganggap ia perkara remeh hanya menampakkan sikap double standard pembangkang dalam berhadapan sesuatu isu. Janganlah terus berdolak-dalih kerana masalah yang ada di hadapan kita adalah soal politik dan politik berkait rapat dengan soal mencari pemimpin yang terbaik dalam apa juga segi termasuk moral. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Gendang 'perang' mula dipalu Posted: Gendang 'perang' mula dipaluGendang 'perang' mula dipalu Oleh ZULKIFLI JALIL pengarang@utusan.com.my PEMUDA BN melancarkan jentera Pilihan Raya Sarawak Ke-10 di Kuching, 2 April lalu. - BERNAMA
PERJALANAN trio Utusan Malaysia dari Kuching ke Mukah sejauh lebih 500 kilometer tengah hari semalam penuh berliku. Kenderaan pacuan empat roda Ford Ranger dinaiki penulis dan rakan seperjuangan, Sopi Samalie dan jurugambar, Zaki Amiruddin hampir tidak dapat mengelak sebuah lori minyak yang berhenti di laluan kami di Lebuh Raya Kuching-Sri Aman berdekatan pintu masuk ke pekan Pantu menghampiri pekan Lachau. Mujurlah. Begitupun lebuh raya yang berombak mengajar Zaki yang masih baru berbanding Sopi erti pemanduan yang cukup kewaspadaannya. Sepanjang perjalanan ke Mukah , seperti mana di Kuching, kami tidak merasakan bahang pilihan raya negeri ke-10. Tidak ada sepanduk dan bendera parti-parti bertanding meskipun pagi ini menyaksikan penamaan calon di kesemua 71 DUN di Sarawak. Di kerusi DUN Balingian, seorang pekedai runcit, Suriati Abdullah, 50, dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah menerima surat perakuan sebagai calon dari kepimpinan PKR untuk mencabar Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Kata Suriati yang kecil molek tubuhnya, keluarganya membantah pencalonannya tetapi suaminya menyokong keputusan beliau untuk bertanding. Suriati mendakwa mendapat sokongan masyarakat Melanau, Cina dan Iban yang katanya sungguh memberangsangkan. Begitu juga seorang lagi individu yang dikatakan akan mencabar Abdul Taib sebagai calon Bebas iaitu bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Salleh Jafaruddin. Namun daripada pengalaman Pilihan Raya Negeri 2006 dan 2001 lagi, demikianlah kesudahannya. Calon yang mencabar Abdul Taib biasanya tewas teruk. Hakikatnya, tidak ada isu pembangunan di Sarawak. Malah, Abdul Taib sendiri menyifatkan PKR, DAP dan Pas sendiri sebagai pengacau kepada usaha kerajaan negeri pimpinannya untuk memacu pembangunan Sarawak. Mukah yang di dalamnya terisi kerusi N51 Balingian sendiri menikmati tempias pembangunan yang signifikan dari koridor pembangunan Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE). Mukah kini menjadi pusat Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) untuk mengendalikan SCORE. Tempias daripada pelaburan RM13 bilion yang telah berjaya ditarik akan dipastikan melonjakkan pembangunan Balingian. Ini terutama dalam industri berteknologi tinggi. SCORE, menurut kata orang Sarawak, memberi impak yang bukan sedikit kepada pembangunan negeri. Ia menjana lebih banyak peluang perniagaan untuk semua etnik di Bumi Kenyalang. Ketika Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga akan bergerak seperti mana trio Utusan Malaysia dari satu destinasi ke satu destinasi ke wilayah tengah Sarawak sehingga ke Lawas, dia mungkin terlupa bahawa banyak kemajuan yang telah dinikmati penduduk Sarawak di bawah kepimpinan Abdul Taib. Jika kadar kemiskinan di Sarawak pada 1985 sekitar 31.9 peratus, hari ini kadar itu menurun kepada 5.3 peratus. Usaha mengurangkan kadar kemiskinan dan menghulurkan bantuan kepada golongan miskin dan kurang bernasib baik dilakukan Abdul Taib dan barisan Kabinet negerinya melalui Program Bantuan Rumah (PBR) di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Menerusinya, kerajaan komited untuk membina sejumlah 16,500 buah rumah untuk golongan miskin tegar bagi tempoh tiga tahun mulai 2011 hingga 2012. Pada 2010, sejumlah 7,331 unit disiapkan, 2011 (4,848 unit) dan 2012 (4,321 unit). Malah Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri bergandingan membantu golongan miskin menjana pendapatan dan meningkatkan taraf hidup mereka melalui pelaksanaan program Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin). Demikian juga melalui pendidikan. Walaupun ia di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, BN Sarawak memberikan keutamaan kepada bidang itu dengan menyediakan peruntukan dan sumber daripada negeri bagi menyokong inisiatif kerajaan. Antaranya dengan melaksanakan Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak bagi menyediakan asas kukuh kepada anak-anak sebagai persediaan pembelajaran sepanjang hayat dan pembelajaran kreatif. Selain itu, banyak universiti antarabangsa ditubuhkan. Antaranya Universiti Swinburne dan Universiti Curtin yang membolehkan pelajar Sarawak mendapat kelulusan peringkat ijazah antarabangsa pada kadar satu pertiga daripada kos yang dikenakan. Kerajaan negeri pada masa sama juga menyokong penubuhan universiti awam tempatan seperti Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan turut menyokong penubuhan kolej teknikal di seluruh Sarawak. Ironinya, usaha membangunkan kawasan luar bandar di Sarawak sangat mencabar seperti mana laluan kami ke Mukah. Kos pembangunan amat tinggi kerana penempatan yang jauh, bergunung-ganang dan sungai yang banyak. Ia memerlukan semangat kerjasama yang erat antara BN Persekutuan dan BN Sarawak. Atas faktor inilah, maka kerajaan negeri diberi peruntukan berjumlah RM5.7 bilion untuk menyedia, membaiki dan menaik taraf infrastruktur di kawasan luar bandar di bawah NKRA dan dilaksanakan sebelum bermulanya Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) lagi. Bagi kadar penembusan penggunaan selular pula, Sarawak berada pada kedudukan 93.3 peratus manakala kadar penembusan jalur lebar meningkat kepada 50 peratus. Kerajaan Pusat turut membelanjakan lebih RM400 juta untuk meningkatkan perkhidmatan sejagat dengan mendirikan 257 menara telekomunikasi di seluruh Sarawak. Gendang perang Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 baru dipalu pagi ini dengan kesibukan di seluruh 71 pusat penamaan calon. Maka bermulalah 10 hari kempen menjelang pengundian 16 April ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Kota Posted: 05 Apr 2011 11:50 AM PDT Kenderaan terbiar di PPR, PA Posted: Kenderaan terbiar di PPR, PAKenderaan terbiar di PPR, PA Oleh NUR NAZLINA NADZARI kota@utusan.com.my
|
SEBUAH van dimasukkan ke dalam lori DBKL sewaktu operasi menyita kenderaan terbiar yang ditinggalkan di petak letak kereta kawasan PPR Pantai Ria, Pantai Dalam, Kuala Lumpur, semalam.
|
KUALA LUMPUR 5 April - Kira-kira 1,000 buah kenderaan terbiar di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) telah disita oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam tempoh November 2010 sehingga kini. Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan DBKL, Sukiman Surahman berkata, sepanjang tempoh itu, lebih 300 buah kereta dan 800 bangkai motosikal disita di beberapa kawasan PPR yang diletakkan di tempat letak kereta dan menghalang lalu lintas. Katanya, operasi menyita kenderaan terbiar ini adalah usaha berterusan pihaknya untuk memastikan kawasan tempat meletak kereta di kawasan PPR dan PA tidak disalah gunakan. "DBKL menerima banyak aduan daripada penduduk mengenai kenderaan buruk dan terbiar yang ditinggalkan di petak letak kereta yang menyebabkan penduduk lain menghadapi masalah kekurangan tempat meletak kereta. "Pemilik yang kenderaannya telah disita boleh menuntut kenderaan mereka di stor simpanan DBKL di Jalan Emas, Salak Selatan dalam tempoh tujuh hari dengan membuat bayaran kompaun minimum RM210," katanya kepada wartawan hari ini. Beliau sebelum itu mengetuai operasi kenderaan buruk dan terbiar yang ditinggalkan di petak letak kereta dan menganggu lalu lintas di PPR Pantai Ria, Pantai Dalam. Dalam operasi yang melibatkan 30 anggota penguat kuasa itu, sebanyak 10 kereta yang ditinggalkan terbiar di kawasan PPR tersebut disita oleh DBKL. Operasi di PPR Pantai Ria hari ini terganggu apabila seorang pemilik kenderaan, Mohd. Ridzuan Abdullah, 51, cuba menghalang penguat kuasa daripada menyita lori kecil miliknya. Dia mendakwa, pihak DBKL tidak memberi notis kepadanya dan terus menyita kenderaan tersebut. Bagaimanapun, tiada kejadian buruk berlaku. Menurut Sukiman, DBKL telah meletakkan notis tujuh hari pada semua kenderaan terbabit untuk pemiliknya mengalihkan kenderaan mereka, namun hanya 15 daripada 25 kenderaan terbiar yang menerima notis tersebut dialihkan. "Pemilik kenderaan yang disita diberi masa tujuh hari untuk membuat tuntutan dan jika gagal dalam tempoh itu, kenderaan tersebut akan dilupuskan oleh pihak DBKL," jelasnya. Dalam pada itu, Sukiman menambah, dalam beberapa hari lagi DBKL akan membuat operasi terhadap motosikal yang dibawa masuk ke tingkat atas bangunan melalui lif yang boleh merosakkan kemudahan itu. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | PPR Laksamana tubuh SRS Posted: PPR Laksamana tubuh SRSPPR Laksamana tubuh SRS
|
MUSLIM Ismail (kiri) memberi penerangan kepada anggota SRS yang lain sebelum mereka memulakan rondaan di PPR Laksamana, Cheras, baru baru ini.
|
KUALA LUMPUR 5 April - Hasrat penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) Laksamana, Jalan Peel di sini untuk mewujudkan Skim Rondaan Sukerala (SRS) di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) mereka bagi menangani kejadian jenayah di perumahan tersebut akhirnya tercapai apabila ia dilancarkan baru-baru ini. Sebelum ini, tahap keselamatan agak merisaukan di PPR Laksamana yang mempunyai kira-kira 3,000 penduduk kerana sering berlaku kegiatan jenayah seperti kecurian dan pecah rumah. Pengerusi KRT PPR itu, Muslim Ismail berkata, selain objektif utama penubuhannya ialah bagi membantu pihak berkuasa menjayakan usaha mencegah jenayah, ia juga bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk di kawasan itu dengan mengadakan gotong-royong dan aktiviti kebajikan. "Buat permulaan tempoh percubaan rondaan yang bermula pukul 1 hingga 3 pagi diadakan dan sekiranya ada keperluan masa rondaan akan ditambah. "Kesemua pihak akan bekerjasama bergilir-gilir membuat rondaan dan berjaga malam bagi kawasan yang berisiko tinggi," katanya. Majlis tersebut dirasmikan oleh Pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Daerah Cheras, Mohd Yunus Zainuddin. Turut hadir ialah Ketua Balai Polis Pudu, Inspektor Jamaludin Hassan, wakil Jabatan Pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Zon 1 dan ahli-ahli jawatankuasa KRT serta persatuan penduduk. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | 50,000 pengguna LRT, monorel Posted: 50,000 pengguna LRT, monorel50,000 pengguna LRT, monorel Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL kota@utusan.com.my
|
Kong Cho Ha (tengah) diberi penerangan sewaktu melawat Stesen Monorel Titiwangsa, Kuala Lumpur semalam.
|
KUALA LUMPUR 5 April – Projek penyepaduan beberapa stesen Transit Aliran Ringan (LRT) dan monorel yang menelan kos RM12.6 juta akan memberi manfaat kepada lebih 50,000 pengguna kemudahan itu setiap hari. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, apabila kerja menaik taraf stesen-stesen itu siap, orang ramai dapat bertukar aliran dengan mudah dan cepat kerana pembahagian kawasan urusan menjadi lebih sistematik. "Projek ini melibatkan kerja-kerja pemindahan kaunter tiket, penyeragaman kawasan dataran dan bayaran, pembinaan jejambat pejalan kaki, tandas, surau serta kemudahan untuk orang kurang upaya (OKU)," katanya pada sidang akhbar selepas meninjau kerja-kerja berkenaan di Stesen LRT Masjid Jamek dan Titiwangsa serta Stesen Monorel Titiwangsa dan KL Sentral, di sini hari ini. Menurut Cho Ha, daripada kos keseluruhan itu, sebanyak RM8 juta diperuntukkan untuk projek di Stesen Masjid Jamek yang bermula tahun lalu dan dijangka siap bulan depan. "Bagi Stesen LRT dan Monorel Titiwangsa pula, ia melibatkan kos RM4.6 juta dan dijangka siap hujung bulan ini," katanya. Mengenai kemungkinan pemilik basikal berenjin diwajibkan mengambil lesen sebelum dibenarkan menunggang kenderaan itu di jalan raya, Cho Ha berkata, perkara itu perlu diperhalusi lagi dan tempoh dua bulan diperlukan untuk membuat keputusan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan