Kosmo Online Posted: 11 Apr 2011 07:53 AM PDT Awas individu menyamar kontraktor TNB Posted: Awas individu menyamar kontraktor TNBAwas individu menyamar kontraktor TNB 11/04/2011 8:54pm KUALA LUMPUR – Orang ramai diingatkan agar berhati-hati terhadap penipuan oleh beberapa individu yang mendakwa sebagai pekerja atau kontraktor TNB dengan menjadikan rumah-rumah di luar bandar sebagai sasaran. Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) berkata, dalam satu kenyataan di sini hari ini bahawa individu ini mengenakan pakaian seragam dengan logo TNB dikatakan telah meminta orang awam dan pemilik rumah untuk membuat pembayaran pendahuluan atas alasan kerajaan akan membuat imbuhan menerusi bil penggunaan elektrik bulanan. Menurut Pemandu, Kerajaan tidak memberi kuasa kepada mana-mana kementerian atau agensi untuk melaksanakan projek seumpama itu. Ia juga berkata, kerajaan tidak mewajibkan pemilik rumah menanggung kos perkhidmatan pendawaian dalaman selain dari deposit sambungan meter berharga sekitar RM100. "Adalah mustahak mengambil perhatian bahawa perkhidmatan pendawaian dalaman bukan sebahagian dari skop program elektrik luar bandar. "Sebagai penyelia Program Transformasi Kerajaan yang menggariskan Infrastruktur Asas Luar Bandar NKRA, Pemandu menggesa anggota awam atau tuan punya rumah yang dihubungi oleh individu seumpama itu agar segera membuat laporan di pejabat polis terdekat," katanya. – Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | 2,538 kotak daging beku dirampas kastam Posted: 2,538 kotak daging beku dirampas kastam2,538 kotak daging beku dirampas kastam 11/04/2011 8:42pm JOHOR BAHRU – Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Johor merampas 2,538 kotak pelbagai daging beku bernilai RM407,056 selepas menahan empat kontena di Taman Medah dan Taman Medan Putra, Ayer Hitam, dekat Kluang, Isnin lepas. Pengarah KDRM Johor, Datuk Ramli Johari berkata, kesemua kontena itu ditahan di tepi jalan di kedua-dua kawasan perumahan berkenaan kira-kira pukul 11.30 malam oleh sepasukan anggota Kastam Bahagian Penguatkuasaan Johor Bahru. "Kesemua 2,538 kotak daging beku yang dipercayai diseludup masuk dari negara luar itu adalah seberat 50,882 kilogram," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Beliau berkata, pihaknya dalam masa yang sama turut merampas pelbagai daging beku yang dianggarkan bernilai RM734,000 selepas memeriksa dua buah premis di dua kawasan perumahan yang sama tersebut. Katanya, tiada sebarang tangkapan dibuat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967. – Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Lelaki rentung dikenal pasti pekerja cat Posted: Lelaki rentung dikenal pasti pekerja catLelaki rentung dikenal pasti pekerja cat 11/04/2011 8:38pm KUALA LUMPUR – Mayat lelaki yang ditemui rentung di dalam sebuah kereta Honda Civic lama di Taman Happy Garden di sini dikenal pasti sebagai seorang pekerja kedai cat kereta yang dilaporkan hilang di Seremban pada Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, identiti lelaki tersebut telah dikenal pasti setelah bedah siasat dibuat ke atas mayatnya. "Kita telah selesai membuat bedah siasat dan pihak keluarganya sendiri telah pun membuat pengecaman dan mengesahkan identiti lelaki tersebut. "Isterinya sendiri juga telah mengesahkan kereta yang dibakar tersebut adalah milik suaminya," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Wan Abdul Bari berkata, isteri lelaki tersebut telah pun membuat laporan polis di Seremban mengenai kehilangan suaminya. Beliau berkata, walaupun mayat lelaki tersebut telah 90 peratus terbakar namun mayatnya telah di kenal pasti menerusi beberapa tanda yang terdapat pada badannya. – Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Harian Metro: Mutakhir Posted: 11 Apr 2011 07:49 AM PDT 288 paket heroin dirampas polis Posted: 11 Apr 2011 01:15 AM PDT KAJANG: Sebanyak 228 paket dadah jenis heroin bernilai RM20,000 dirampas oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis (IPD) Kajang di sebuah ladang kelapa sawit dekat Semenyih, di sini, hasil maklumat awam. Berikutan rampasan itu, polis turut menahan dua suspek lelaki berbangsa India berumur lingkungan 18 hingga 23 tahun. Polis masih menjalankan siasatan untuk mengenalpasti pasaran dadah terbabit dan suspek akan disiasat mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Merbahaya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Geng `Waja Ais' tumpas Posted: 11 Apr 2011 01:13 AM PDT KAJANG: Sindiket curi kenderaan yang aktif sekitar Kajang dan Serdang dikenali sebagai Geng "Waja Ais" tumpas apabila anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menahan enam lelaki dan seorang wanita Cina. Geng terbabit aktif menjalankan aktiviti curi kereta jenis proton Waja sekitar Kajang dan Serdang untuk dijual dan dan komponen dileraikan dan dijual untuk pasaran tempatan. Penjenayah terbabit berumur lingkungan 30 hingga 45 tahun akan ditahan reman untuk siasatan lanjut dan akan disiasat mengikut Seksyen . Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Utara Posted: 11 Apr 2011 03:46 AM PDT Pemandu lori, tunang maut kemalangan Posted: Pemandu lori, tunang maut kemalanganPemandu lori, tunang maut kemalangan Oleh ASLIZA MUSA utusanperak@utusan.com.my
|
Anggota bomba dan penyelamat memeriksa keadaan lori yang remuk selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 256.9 Lebuh Raya Utara-Selatan, malam kelmarin.
|
KUALA KANGSAR 10 April – Seorang pemandu lori dan tunangnya terbunuh selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas dalam kemalangan yang membabitkan dua buah lori di Kilometer 256.9, Lebuh Raya Utara Selatan, malam tadi. Dalam kejadian pukul 6.15 petang itu, mangsa Nazri Idris, 45, dari Bidong, Kedah dan tunangnya, Nur Suzilawani Othman, 25, dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang mati di tempat kejadian. Ketua Polis Daerah, Supritendan Abdul Gaffar Mohamad berkata, mangsa dan tunangnya dipercayai dalam perjalanan dari Ipoh, Perak ke Kelantan apabila lori yang dipandunya merempuh belakang lori muatan besi terpakai dari arah sama. Katanya, mangsa yang memandu lori membawa muatan konkrit gagal mengawal kenderaannya ketika menurun bukit selepas Terowong Menora. "Akibat rempuhan itu, kedua-dua mangsa tersepit di tempat duduk dan mati di tempat kejadian, manakala pemandu sebuah lagi lori tidak mengalami kecederaan" katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Abdul Gaffar berkata, mayat Nur Suzilawani berjaya dikeluarkan beberapa minit selepas kejadian, manakala mangsa kedua dikeluarkan enam jam selepas itu menggunakan kren oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar yang diketuai Penolong Penguasa Bomba 2, Mat Isa Abdul Rani. Akibat kemalangan itu Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke utara mengalami kesesakan trafik lebih enam kilometer. "Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan -APJ- 1987 yang dikategorikan sebagai kemalangan maut," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Lori terbalik, lebuh raya sesak Posted: Lori terbalik, lebuh raya sesakLori terbalik, lebuh raya sesak
|
Beberapa lelaki mengaut beras yang tumpah di atas lebuh raya setelah sebuah treler terbabas lalu terbalik berdekatan Tol Juru Pulau Pinang arah Selatan semalam.
|
NIBONG TEBAL 10 April - Aliran trafik di Kilometer 150, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) berdekatan Bukit Tambun di sini mengalami kesesakan lebih 10 kilometer apabila sebuah treler membawa muatan 18 tan beras terbabas lalu terbalik di laluan itu, hari ini. Kejadian kira-kira pukul 4.15 petang itu memaksa pengendali lebuh raya berkenaan menutup sementara laluan tersebut sehingga mengakibatkan kesesakan luar biasa hampir lima jam. Kesesakan menjadi lebih buruk gara-gara tindakan orang ramai yang singgah dan mengutip ratusan guni beras yang bertaburan di jalan raya. Difahamkan, kekecohan turut berlaku ekoran tindakan segelintir pengguna jalan raya yang tidak sabar lalu membuat pusingan U di tengah-tengah kesesakan di Plaza Tol Juru yang terletak kira-kira empat kilometer dari tempat kejadian. Jurucakap PLUS Expressway Bhd. memberitahu, kemalangan dipercayai berlaku ekoran tindakan sebuah kereta yang mengubah laluan dari kanan ke kiri lebuh raya sehingga menyebabkan treler berkenaan yang berada di laluan sama, hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik. "Sebuah kren dibawa ke tempat kejadian mengambil masa kira-kira dua jam untuk mengangkat treler itu yang terbalik di tengah-tengah lebuh raya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Pemandu serta kelindan treler tersebut yang cedera ringan kini menerima rawatan di Hospital Sungai Bakap, dekat sini. Menurut jurucakap itu, pihaknya terpaksa membuka laluan alternatif menggunakan salah satu laluan bersebelahan lebuh raya itu bagi mengatasi kesesakan lalu lintas. Sehingga pukul 9 malam ini, kira-kira 10 kilometer dari persimpangan Seberang Jaya menuju ke Bukit Tambun masih sesak ekoran kerja-kerja memunggah beras oleh pekerja syarikat berkenaan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Lima klinik desa akan dibina di daerah Batang Padang Posted: Lima klinik desa akan dibina di daerah Batang PadangLima klinik desa akan dibina di daerah Batang Padang TAPAH 10 April - Sebanyak lima buah klinik desa beserta kuarters kediaman akan dibina di daerah Batang Padang dalam tempoh dua tahun lagi. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Pengguna dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, itu merupakan antara projek pembangunan kesihatan yang dilaksanakan kerajaan negeri. Katanya, antara klinik desa yang akan dibina adalah di Temoh Stesen; Batu 17, Jalan Pahang; Kampung Batu Melintang, Tapah; Kampung Poh, Bidor dan di Kampung Guntong, Sungkai. "Melalui Rancangan Malaysia Ke-10 kerajaan negeri telah menerima peruntukan RM371.23 juta bagi membiayai program-program yang berkaitan kesihatan. "Peruntukan ini menunjukkan kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional sentiasa meletakkan kesihatan rakyatnya sebagai antara agenda penting dalam pembangunan negara," katanya. Beliau berucap pada Karnival Kesihatan Dewan Undangan Negeri Chenderiang di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Hwa Min, Temoh di sini hari ini. Karnival itu dirasmikan oleh Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah. Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Harian Metro: Setempat Posted: 11 Apr 2011 03:25 AM PDT RM5,000 lesap bahana e-mel Posted: 10 Apr 2011 10:17 AM PDT KLANG: Gara-gara percaya e-mel yang mengatakan akaunnya di sebuah bank bakal dibekukan, seorang wanita berputih mata apabila wang simpanan RM5,000 dipindahkan ke akaun lain tanpa pengetahuannya. Mangsa hanya mahu dikenali sebagai Ayu, 29, berkata dia menyedari wang dipindahkan ke akaun lain apabila menerima SMS pengesahan daripada pihak bank. Dia yang cemas membuat laporan polis serta menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan bank berkenaan untuk membuat pengesahan sama ada wang dalam akuannya dipindahkan ke akaun lain. Ayu berkata, sebelum kejadian dia menerima e-mel daripada pihak yang mengaku wakil bank berkenaan dan memintanya mengemas kini maklumat peribadi supaya akaun simpanannya tidak dibekukan. "Khuatir perkara itu, saya membuka pautan yang terdapat dalam e-mel terbabit dan memasukkan alamat e-mel dan kata laluan seperti diminta.
"Laman web itu sama dengan laman web rasmi bank berkenaan. Jadi, saya tidak mengesyaki apa-apa yang pelik pada laman web itu. "Selepas e-mel dan kata laluan dimasukkan, saya menerima SMS daripada bank yang mengatakan sejumlah wang daripada akaun saya sudah dipindahkan," katanya. Ayu berkata, walaupun laporan polis dan aduan dibuat, bank berkenaan seolah-oleh lepas tangan dan sukar bekerjasama dalam mengendalikan kes itu. Menurut Ayu, bank itu memberi jawapan tidak meyakinkan terhadap persoalan diajukan terutama ke akaun mana wangnya dipindahkan. "Pegawai bertugas berkata siasatan terperinci dijalankan dan pelbagai perkara perlu diteliti sebelum laporan lengkap disiapkan dan lebih mengecewakan terdapat kekeliruan dari segi waktu transaksi berlaku.
"Mengikut laporan bank berkenaan, waktu wang saya dipindahkan ke akaun lain pada jam 11.59 malam, tetapi berdasarkan penyata kewangan bank itu,menunjukkan waktu wang saya dipindahkan ke akaun lain pada jam 11 malam.
"Saya membuat laporan polis sekali lagi serta menghantar surat aduan kepada Bank Negara berhubung ketidakpuasan hati terhadap laporan yang diterima selain meminta laporan terbabit diteliti semula," katanya ketika ditemui, baru-baru ini. Menurutnya, bank berkenaan perlu menaik taraf tahap keselamatan sistem perbankan secara dalam talian kerana dia bukan mangsa pertama dan kegagalan berbuat demikian menyebabkan ramai lagi menjadi mangsa.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop mengesahkan laporan mangsa pada 2 Mac lalu dan siasatan masih dijalankan.
Mohamad menasihatkan orang ramai tidak mudah percaya dengan e-mel daripada pihak yang tidak dikenali dan menyarankan orang ramai membuat pengesahan dengan pihak bank jika maklumat diterima meragukan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dengan hukuman maksimum 10 tahun penjara, sebatan dan denda. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | 2 beranak ‘ditawan’ penyamun Posted: 10 Apr 2011 10:14 AM PDT KUALA LUMPUR: Dua beranak dan seorang pembantu rumah berdepan saat getir di rumah sendiri apabila 'ditawan' sekumpulan lima penyamun bersenjatakan parang yang mengikat mereka sebelum dikurung di dalam bilik. Lima lelaki yang dipercayai warga Indonesia itu memecah masuk rumah keluarga terbabit di Seri Kembangan, di sini, kelmarin, sebelum menyamun barangan kemas, wang, jam berjenama dan peralatan elektrik dianggarkan bernilai RM100,000. Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, seorang wanita berusia 50-an dan anak lelakinya berusia 20-an serta orang gaji tidur di bilik mereka tidak menyedari rumah dipecah masuk sekumpulan lelaki bertopeng. Menurut sumber, kumpulan penjenayah terbabit mengejutkan mangsa yang tidur berasingan di dalam bilik. "Mereka (mangsa) pada mulanya dikumpulkan di ruang tamu rumah berkenaan. Sebaik penjenayah itu memastikan semua penghuni rumah ditawan, suspek mengikat tangan dan kaki mangsa. Semua mangsa kemudian dikurung dalam sebuah bilik," katanya.
Sumber itu berkata, kumpulan terbabit menggeledah rumah berkenaan sebelum melarikan diri dengan pelbagai barang berharga. "Selepas menggeledah kira-kira 20 minit, kumpulan terbabit meninggalkan rumah itu dipercayai menggunakan sebuah kereta yang ditinggalkan berhampiran kawasan itu," katanya. Menurutnya, semua mangsa berjaya membuka ikatan dan menghubungi pihak berkuasa. "Sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian dan usaha memburu kumpulan terbabit giat dijalankan," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias ketika dihubungi berkata, polis masih melakukan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Selatan Posted: 11 Apr 2011 03:19 AM PDT Pengusaha bas tuntut janji Posted: Pengusaha bas tuntut janjiPengusaha bas tuntut janji Oleh NORIZAN ABDUL MUHID utusanmelaka@utusan.com.my
|
Pengusaha bas mengharapkan bantuan kerajaan negeri untuk menggantikan bas-bas yang uzur di Melaka Sentral, Melaka. – utusan/AZLI AHAD
|
MELAKA 10 April – Persatuan Pengusaha Bas Melaka menuntut janji kerajaan negeri yang dibuat kira-kira dua tahun lalu untuk menyalurkan bantuan RM36 juta bagi menaik taraf operasi perkhidmatan bas mereka yang berusia lebih 15 tahun. Presidennya, Razali Endun berkata, janji kerajaan negeri mahu membantu pengusaha menaik taraf bas awam yang semakin uzur perlu ditunaikan segera kerana operasi syarikat bas di Melaka Sentral kini semakin tenat ekoran dihimpit masalah kewangan yang serius. Katanya, ia disebabkan operasi bas milik anak syarikat kerajaan negeri iaitu bas Panorama dan Rapid yang didakwa mengganggu laluan bas henti-henti dalam bandar. Malah beliau mendakwa kedua-dua bas itu beroperasi seperti 'raja' dengan mengambil penumpang pada laluan pengusaha bas henti-henti. ''Bas Panorama dan bas Rapid telah menjejaskan pendapatan pengusaha bas henti-henti kerana beroperasi di laluan bas henti-henti berbanding sebelum ini. ''Kedua-dua bas tersebut sepatutnya mengambil penumpang untuk ke destinasi pelancongan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. Menurut Razali, operasi bas Panorama dan Rapid menyebabkan pengusaha bas henti-henti kerugian sehingga 40 peratus dan keadaan itu menyebabkan sebahagian besar 10 syarikat bas henti-henti akan menamatkan operasi mereka pada tahun depan. Katanya, keadaan itu ditambah dengan keengganan pihak bank memberi pinjaman menyebabkan pengusaha tiada pilihan selain menghentikan operasi perkhidmatan bas mereka ekoran ketiadaan sumber kewangan. Jelas beliau, pengusaha juga semakin resah kerana sepanjang dua tahun menunggu bantuan kewangan kerajaan negeri itu, pengusaha ditekan dengan pelbagai kompaun dan saman oleh pihak berkuasa kerana keadaan fizikal bas yang tidak sesuai untuk beroperasi. ''Saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk memperbaharui permit bas milik syarikat saya tahun depan kerana bas sedia ada uzur dan permit hanya boleh diperbaharui jika bas berusia lebih 15 tahun diganti baru atau dinaik taraf. ''Bagaimana pengusaha mahu menaik taraf bas jika tiada sumber kewangan malah pihak bank mengakui bimbang untuk memberi pinjaman kerana kedudukan kewangan syarikat yang teruk," katanya. Razali berkata, pihaknya bimbang dengan kemelut kewangan yang melanda 10 syarikat bas kerana kesannya seramai 2,000 kakitangan kemungkinan terpaksa gulung tikar pada masa terdekat ini. Sehubungan itu, beliau merayu bantuan dan keprihatinan kerajaan negeri untuk campur tangan dan tidak hanya melihat operasi bas henti-henti di Melaka Sentral gulung tikar seperti berlaku di Negeri Sembilan dan Muar sebelum ini. ''Kerajaan negeri perlu bertanggungjawab juga dalam perkara ini kerana kewujudan syarikat bas Panorama dan Rapid oleh anak syarikat kerajaan negeri secara tidak langsung membunuh operasi syarikat bas henti-henti," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Nelayan teroka penternakan udang RM5 juta Posted: Nelayan teroka penternakan udang RM5 jutaNelayan teroka penternakan udang RM5 juta JASIN 10 April - Nelayan Kuala Sebatu di sini akan meneroka projek penternakan udang menerusi peruntukan RM5 juta daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman berkata, projek itu adalah sebahagian daripada usaha memajukan lagi aktiviti akuakultur khusus untuk nelayan di kawasan tersebut. Menurut beliau, peruntukan itu akan digunakan bagi pembinaan beberapa kolam udang di kawasan seluas 30 hektar. Beliau menambah, kira-kira 87 nelayan di kawasan tersebut berpeluang meneroka bidang penternakan udang selepas aktiviti penternakan dan pembiakan kupang berhampiran perairan Kuala Sebatu gagal. ''Ternakan udang adalah aktiviti baru yang akan menggantikan ternakan kupang. Saya harap ini adalah peluang terbaik untuk nelayan terlibat sama dalam aktiviti ini bagi menambah pendapatan mereka," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Menara Tinjau dan Medan Selera bernilai RM500,000 berhampiran jeti nelayan Kuala Sebatu, Sungai Rambai di sini baru-baru ini. Turut hadir, Pengarah LKIM negeri, Baharin Omar dan Pengarah Perikanan negeri, Rosmawati Ghazali. Hasan berkata, pembinaan Menara Tinjau dan Medan Selera itu bertujuan menaik taraf jeti nelayan selain memberi kemudahan untuk mendaratkan ikan yang ditangkap. Menurut beliau, projek tersebut adalah sebahagian daripada usaha untuk menaik taraf infrastruktur di jeti terbabit. ''Saya sedang berusaha untuk mendapat peruntukan tambahan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi membangunkan jeti di Kuala Sebatu," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Pasar besar capai tahap kebersihan, imej lebih baik Posted: Pasar besar capai tahap kebersihan, imej lebih baik Pasar besar capai tahap kebersihan, imej lebih baik SEREMBAN 10 April - Pasar Besar Seremban di sini mencapai tahap kebersihan yang ketara serta imej lebih baik selepas ia dinaik taraf dengan kos sebanyak RM3.5 juta. Malah, masalah pencemaran di Sungai Temiang yang berpunca daripada kegiatan penyembelihan ayam di pasar berkenaan juga sudah dapat diatasi sebaik saja kerja menaik taraf pasar itu siap hujung tahun lalu. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerja-kerja menaik taraf melalui peruntukan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu menjadikan ruang niaga tingkat bawah pasar itu lebih teratur, tersusun, cantik dan bersih. Beliau melahirkan rasa amat berpuas hati dengan perkembangan itu dan berharap para peniaga dan pengunjung bekerjasama meningkatkan tahap kebersihan di pasar berkenaan. "Berdasarkan perbualan saya dengan para peniaga dan pengunjung pasar ini, mereka gembira dan berpuas hati dengan imej baru itu," katanya kepada para pemberita selepas melawat pasar itu semalam. Turut serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Datuk Abd. Halim Abd. Latif. Pasar tersebut dibina pada 1975 mempunyai 892 lot niaga dengan 450 lot terletak di tingkat bawah dan selebihnya gerai di tingkat satu. Daripada jumlah itu, sebanyak 52 petak disediakan untuk pemborong sayur di tingkat bawah. Tingkat bawah menempatkan peniaga sayur-sayuran, ikan, barangan kering, daging dan ayam manakala tingkat satu menempatkan ruang niaga pakaian, bunga dan gerai makan. Mohamad memberitahu, kerja-kerja penyembelihan ayam tidak lagi dibenarkan dilakukan di pasar tersebut kerana ia menyumbang kepada pencemaran Sungai Temiang. Menurutnya, kerajaan negeri akan memohon peruntukan baru daripada KPKT bagi menaik taraf tingkat satu pasar berkenaan untuk melengkapkan imej baru Pasar Besar Seremban. Beliau berkata, rundingan juga akan diadakan bagi memindahkan pasar borong yang terletak di bangunan sama ke lokasi lain yang lebih sesuai. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Berita Harian: Mutakhir Posted: 11 Apr 2011 03:10 AM PDT Jepun keluar amaran tsunami selepas gempa kuat dekat Fukushima Posted: 11 Apr 2011 02:47 AM PDT [unable to retrieve full-text content]TOKYO: Amaran tsunami dikeluarkan untuk timur Jepun selepas gempa bumi kuat melanda negara itu dengan pusat gempa berhampiran loji nuklear yang lumpuh akibat tsunami besar sebulan lalu. | Pelanggan tergamam hidangan patin RM13,000 Posted: 11 Apr 2011 02:40 AM PDT Mutakhir TEMERLOH: Sekumpulan 50 pelanggan yang menikmati hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di sini terkejut apabila mereka dikenakan bayaran RM13,000. Seorang daripada pelanggan terbabit yang enggan namanya disiarkan berkata, beliau membawa rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan ini yang menyediakan ikan sungai, ulaman dan sayur kampung baru-baru ini. "Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar," katanya. Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada mereka dikenakan bayaran RM260. "Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur," katanya. Kejadian itu kini menjadi bualan peniaga serta penduduk di daerah Temerloh. Difahamkan ikan patin buah atau patin muncung dijual pada harga antara RM90 dan RM120 sekilogram dan apabila dimasak ia dijual dengan harga RM25 hingga RM35 seketul mengikut saiz. Ikan patin sangkar pula berharga RM15 sekilogram dan selepas dimasak dijual antara RM5 dan RM7 seketul. Ikan patin sungai berwarna kelabu manakala patin sangkar berwarna cerah dan putih di bahagian sisik atas dan bawahnya pula berwarna kemerahan serta banyak lemak. Ketua Pegawai Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Temerloh, Othman Din, meminta restoran dan kedai makan di Temerloh supaya mempamerkan tanda harga atau menyediakan harga pada menu jualan bagi kemudahan pelanggan dan orang ramai. "Mereka yang tidak mempamerkan tanda harga boleh dikenakan denda sehingga RM15,000 atau penjara dua tahun atau keduanya sekali," katanya. - BERNAMA Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Dalam Negeri Posted: 11 Apr 2011 03:05 AM PDT 18,363 tunai undi pos Posted: 18,363 tunai undi pos18,363 tunai undi pos KUCHING 10 April - Seramai 18,363 pengundi pos di Sarawak akan menunaikan tanggungjawab mereka menentukan kerajaan yang akan mentadbir negeri ini pada Rabu dan Khamis ini. Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri, Datuk Takun Sunggah berkata, proses pengundian pos bagi polis diadakan pada Rabu (13 April) manakala Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Rabu dan Khamis ini. "Undi pos ini akan dikeluarkan esok manakala bagi pelajar di luar negara yang seramai 34 orang, kertas undi akan dihantar melalui Pos Malaysia," katanya kepada pemberita di hangar Hornbill Skyways di sini hari ini. Takun dalam pada itu berkata, beliau menjangkakan keputusan pengundian di 1,739 pusat mengundi akan dapat diketahui sebelum pukul 11 malam 16 April. Selain itu katanya, tidak menjadi satu kesalahan sekiranya poster Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri dipasang di 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Menurutnya, ini kerana mereka merupakan pemimpin tertinggi parti Barisan Nasional (BN) yang bertanding di setiap kawasan. "Ia berbeza dengan pihak pembangkang yang tidak merupakan satu gabungan yang berdaftar dengan SPR. "Sebagai contoh, DAP hanya boleh menggantung poster parti dan pemimpin di 15 kawasan yang mereka tandingi. Kawasan lain tidak boleh," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Buat ujian kesan pembohongan Posted: Buat ujian kesan pembohonganBuat ujian kesan pembohongan Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA pengarang@utusan.com.my KUALA LUMPUR 10 April - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datin Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail (gambar) dicabar menjalani ujian pengesan bohong dalam isu rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang. Ketika membuat cabaran berkenaan, Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd. Zahid Md. Arip berkata, ia merupakan cara terbaik bagi Anwar dan Wan Azizah membersihkan nama bagi membuktikan mereka tidak bersalah memandangkan banyak kenyataan mereka bercanggah. ''Keadaan itu sudah menjadi masalah besar kepada mereka. Ini yang menimbulkan persoalan terutama kalangan ahli PKR sendiri," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini. Mohd. Zahid turut berpendapat Wan Azizah patut mengambil peluang untuk membersihkan nama dan imej suami serta maruah keluarganya. "Jika tidak janganlah hanya tahu menyalahkan pihak lain kerana mereka sendiri yang tidak mahu menampilkan kebenaran," katanya. Sementara itu, Bekas Naib Presiden PKR, Datin Saidatu Badru Tun Salleh kesal dengan sikap Wan Azizah yang menolak mengangkat sumpah laknat untuk menegakkan kebenaran. "Saya sarankan Wan Azizah bersumpah demi kebenaran kerana Allah. Apa yang ditakutkan bersumpah jika kita benar. Tidak perlu menuduh pihak lain," katanya. Beliau berkata, rakyat kini hanya mahukan kebenaran daripada Wan Azizah dan Anwar terutama dalam isu video tersebut. "Keengganan Wan Azizah untuk menegakkan kebenaran sebenarnya menimbulkan keraguan dan tanda tanya banyak pihak," katanya. Menurut beliau, ia dilihat seolah-olah cuba menyembunyikan kebenaran berhubung siapa sebenarnya Anwar. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Dedah segera siasatan video seks Posted: Dedah segera siasatan video seksDedah segera siasatan video seks BUKIT MERTAJAM 10 April - Pergerakan Pemuda UMNO mendesak polis menyelesaikan dan mendedahkan segera hasil siasatan video seks yang didakwa membabitkan pemimpin kanan pembangkang bagi meredakan segala spekulasi negatif dalam kalangan masyarakat. Ketuanya, Khairy Jamaluddin menegaskan, siasatan yang terlalu lama hanya akan menimbulkan pelbagai persepsi dan perkembangan itu dikhuatiri mengakibatkan rakyat lebih mempercayai spekulasi berbanding kebenaran dalam isu tersebut. "Bila ia (siasatan) berlarutan, maka spekulasi timbul dan ia mempengaruhi persepsi rakyat. Kita tidak mahu bila keputusan siasatan diumumkan kelak, orang sudah tidak kisah kerana kadang-kadang persepsi menjadi lebih penting berbanding kebenaran. "Sepatutnya dalam kes ini, kebenaran perlu diutamakan demi memberi keadilan kepada semua pihak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Konvoi Jom Jelajah 1Malaysia di Kampung Machang Bubok, di sini, hari ini. Turut hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua Pemuda UMNO Negeri, Shaik Hussein Mydin. Langkah mempercepatkan siasatan kes itu juga, kata beliau, mustahak bagi memulihkan imej dan nama Malaysia di luar negara yang terpalit ekoran pendedahan skandal berkenaan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Berita Harian: Wilayah Posted: 11 Apr 2011 02:10 AM PDT Tidak serik! Posted: 10 Apr 2011 03:26 PM PDT Wilayah PEGAWAI Imigresen menyoal siasat wanita warga asing yang ditahan dalam operasi di Johor Bahru. Rumah kedai terbabit kegiatan pelacuran terus aktiviti walaupun pernah diserbuJOHOR BAHRU: Tidak sampai setahun selepas diserbu kerana menjalankan kegiatan pelacuran, sebuah rumah kedai dekat Jalan Dobi di sini, didapati kembali menjalankan operasi haramnya.
Dalam serbuan terbaru, Khamis lalu, 10 pelacur warga Indonesia yang menunggu pelanggan mereka terkedu apabila 'pelanggan' yang datang adalah penguat kuasa Jabatan Imigresen yang melancarkan operasi membanteras kegiatan tidak bermoral itu di rumah berkenaan.
Ketika serbuan jam 10.20 malam diketuai Timbalan Ketua Bahagian Penguat Kuasa Johor, Masri Adol, 10 wanita terbabit yang berpakaian seksi, sedang duduk di sofa disyaki menunggu pelanggan. Masri berkata, pemeriksaan di rumah kedai itu mendapati ia dilengkapi dua bilik tidur di tingkat bawah serta empat bilik di tingkat atas. Pelacur dipercayai bergilir menggunakan bilik berkenaan setiap kali melayan pelanggan. Katanya, pemeriksaan pihaknya mendapati setiap bilik dalam premis itu menyediakan mangkuk dilekatkan pada dinding, berisi kondom belum dipakai, manakala di lantai pula bersepah dengan kondom yang sudah digunakan.
"Kami pernah menyerbu rumah kedai sama tahun lalu, namun didapati beroperasi kembali. Selepas mendapat aduan orang awam, kami melakukan risikan dan mendapati ia kembali beroperasi sejak enam bulan lalu.
"Siasatan juga mendapati kumpulan wanita terbabit dipercayai berulang alik keluar masuk negara ini dari Indonesia dengan memperbaharui pas lawatan sosial mereka.
"Kami menahan 10 wanita itu selepas siasatan mendapati mereka menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk memasuki negara ini.
"Malangnya, bapa ayam berusia 30-an yang 'menjaga' wanita terbabit melarikan diri menerusi lubang seluas kira-kira 0.24 meter dibuat khas sebagai laluan memboloskan diri ke rumah kedai bersebelahan premis itu.
"Kita percaya bapa ayam itu melarikan diri ketika serbuan, menerusi lubang khas di bawah katil salah sebuah bilik di tingkat atas, membolehkan lelaki ini menyusup ke bilik sebelah," katanya.
Semua pelacur terbabit berusia 25 hingga 36 tahun kini ditahan mengikut Seksyen 39B Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahguna pas lawatan sosial, dan kini sudah dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nenas untuk dihantar pulang ke negara mereka.
"Dua pelanggan yang diambil keterangan mengaku sudah beberapa kali melanggan pelacur di kedai itu pada kadar RM80 setiap seorang sejak beberapa bulan lalu. Malah, seorang daripada mereka mengaku sudah melanggan pelacur di situ sebanyak empat kali," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Projek RM5.2 bilion Posted: 10 Apr 2011 03:25 PM PDT Wilayah Peruntukan majukan tenaga elektrik, air bersih dan jalan rayaLAWAS: Kira-kira 2.3 juta rakyat Sarawak, terutama di luar bandar akan menikmati limpahan projek bekalan tenaga elektrik, air bersih dan jalan raya bernilai RM5.2 bilion di bawah enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) menjelang akhir 2012.
Ia sebahagian usaha Kerajaan Barisan Nasional (BN) memajukan infrastruktur di luar bandar, sekali gus meningkatkan kualiti hidup rakyat di kawasan berkenaan yang didakwa pembangkang sering diabaikan.
Daripada keseluruhan jumlah itu, RM2 bilion diperuntukkan bagi membina jalan raya di luar bandar seluruh Sarawak, manakala RM1.7 bilion bagi pembekalan tenaga elektrik dan RM1.5 bilion bagi membekalkan air bersih. Jumlah itu membuktikan kerajaan BN bukan sekadar berjanji memajukan infrastruktur, malah melaksanakannya demi rakyat di luar bandar yang kebanyakannya hidup di bawah paras kemiskinan. Menjelaskannya, Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Awang Tengah Ali Hassan, berkata projek berkenaan sudah dilaksanakan mulai awal tahun lalu dan dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun depan.
"Saya akui memang ada projek belum bermula, namun kebanyakannya sudah berjalan. Peruntukan daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) serta pelbagai agensi kerajaan yang lain itu harus dihabiskan menjelang hujung tahun depan.
"Ia tidak termasuk peruntukan lain yang disediakan dalam Rancangan Malaysia Ke-10. Inilah janji kerajaan BN. Kita janji, kita laksanakan," katanya ketika ditemui selepas menutup program Hari Permuafakatan di Sekolah Kebangsaan Ulu Merapok, dekat sini, kelmarin.
Sehubungan itu, beliau meminta rakyat, terutama pengundi supaya memahami bahawa BN tidak mahu melihat anggota masyarakat terpinggir daripada menikmati hasil pembangunan negara.
Isu infrastruktur sering digunakan pembangkang dalam kempen pilihan raya negeri dengan mendakwa kerajaan BN gagal menyediakan bekalan tenaga elektrik, jalan raya dan bekalan air bersih yang didakwa mereka menyebabkan rakyat ketinggalan berbanding di negeri lain.
Awang Tengah yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Sari menjelaskan, peruntukan seumpama itu tidak mungkin mampu disediakan kerajaan BN jika pentadbir negara dan negeri tidak adil kepada rakyat.
Diminta mengulas dakwaan pembangkang kononnya dua atau tiga kerusi PBB akan dirampas pada 16 April ini, Awang Tengah berkata, ia sebahagian taktik pembangkang untuk melemahkan semangat jentera BN.
"Setiap kali pilihan raya pembangkang melancarkan perang psikologi untuk melemahkan semangat kita, tetapi saya sudah memberi arahan kepada semua ketua jentera supaya tidak patah semangat," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Muka Hadapan Posted: 11 Apr 2011 01:43 AM PDT Anwar berang Posted: Anwar berang Anwar berang Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA shofi.isa@utusan.com.my KUCHING 10 April – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) hari ini berang ketika ditanya pemberita mengenai jam tangan Omega yang berhubung kait dengan video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang. Sama seperti isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Anwar dilihat tidak mampu mengawal emosi pada satu sidang akhbar di sebuah hotel di sini apabila ditanya mengenai jam tangan tersebut. Beliau sebaliknya menyalahkan media kerana bertanyakan soalan itu yang disifatkannya tidak ada kaitan dengan sidang akhbar yang diadakan. "Kenapa jam ini ada kaitan dengan sidang akhbar ini? Isteri saya telah menjawab mengenai isu ini. Mengapa saya perlu jawab, nanti anda akan tanya pula sama ada saya mengunjungi hotel dan hotel mana,'' katanya. Menjawab soalan wartawan itu lagi, Anwar berkata, beliau tahu soalan itu bertujuan untuk membantu Utusan Malaysia melaporkan yang beliau gagal menjawab mengenai isu tersebut. Anwar pada masa yang sama mendakwa polis masih belum memintanya untuk menyerahkan jam tangan tersebut bagi membantu siasatan berhubung kes video berkenaan. Kata Anwar, beliau mahu polis untuk menanya dan mengambil sendiri jam tangan itu. ''Anda tanya ada polis minta? Saya beritahu polis tak minta. Biar polis yang menanya. Mengapa saya perlu menjawab mengenai soal ini? Biar polis yang buat," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Peralihan kuasa KM pasti berlaku Posted: Peralihan kuasa KM pasti berlakuPeralihan kuasa KM pasti berlaku Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR syahrir.bakar@utusan.com.my Najib Tun Razak menyampaikan ucapan pada Majlis Rakyat Bersama Pemimpin di Stadium MBKS, Kuching, Sarawak, malam tadi.
KUCHING 10 April – Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bersetuju untuk berundur daripada jawatan itu pada masa sesuai selepas pilihan raya negeri akan datang. Perdana Menteri berkata, perubahan kepimpinan negeri itu akan dilakukan secara terancang demi menjamin kestabilan politik di negeri berkenaan dan seluruh negara secara amnya. Namun, katanya, rakyat perlu bersabar dengan pelan peralihan kuasa itu dan tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang sentiasa memainkan isu kepimpinan Abdul Taib yang kononnya terlalu lama mentadbir negeri ini. "Saya sudah berunding dengan Ketua Menteri Sarawak, memang dia sudah bersetuju untuk melakukan perubahan kepimpinan di negeri Sarawak. "Percayalah kepada saya, pada waktu sesuai, perkara (peralihan kuasa) ini akan kita lakukan," katanya ketika berucap pada Majlis Rakyat Bersama Pemimpin di sini malam ini. Dalam pada itu, katanya, isu pentadbiran yang terlalu lama sebenarnya mencerminkan corak kepimpinan di kalangan ketua beberapa parti pembangkang di negara ini. Sebagai contoh, katanya, Penasihat DAP, Lim Kit Siang kini telah 42 tahun berada dalam politik sementara pengerusi parti itu, Karpal Singh pula telah berusia 72 tahun. Selain itu, katanya, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merangkap Menteri Besar Kelantan kini sudah berumur 80 tahun. "Datuk Seri Anwar Ibrahim (Penasihat Parti Keadilan Rakyat) juga sudah tua tetapi tidak mahu mengaku tua, mana boleh seorang yang banyak masalah mahu menjadi Ketua Pembangkang atau Perdana Menteri. "Beliau (Anwar) juga banyak menipu rakyat dengan pelan membentuk kerajaan pada 16 September (2008), sebenarnya Yang di-Pertuan Agong juga tidak tahu mengenai hal itu, penipu tidak boleh jadi pemimpin," tegasnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Penambahan anggota SPRM diteliti Posted: Penambahan anggota SPRM ditelitiPenambahan anggota SPRM diteliti KUALA LUMPUR 10 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan mempertimbangkan penambahan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas mengkaji keperluannya. Begitupun, kata Perdana Menteri, kerajaan juga tidak boleh menolak perubahan atau pembaharuan lain yang mungkin lebih sesuai untuk meningkatkan kekuatan SPRM tanpa melibatkan penambahan anggota. ''Mungkin ini yang harus dilihat terlebih dahulu yang mana dengan program dan perubahan yang kita lakukan serta kekuatan yang sedia ada sudah pun memadai untuk kita melakukan apa yang dihasratkan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan 1Malaysia Cardiff City Junior Football League (1MCC-JFL) di Pusat Penyelidikan Getah, Sungai Buloh, dekat sini hari ini. Najib berkata demikian bagi mengulas permintaan SPRM yang memerlukan kira-kira 800 anggota lagi bagi memantapkan aspek keselamatan membabitkan bangunan dan individu yang berurusan di pejabat suruhanjaya itu di seluruh negara. Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Zakaria Jaafar, sebagai permulaan pihaknya mengemukakan permohonan fasa pertama kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerusi Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk mengisi 134 jawatan yang diperlukan. Najib menjelaskan, sekiranya penambahan anggota itu amat diperlukan, kerajaan juga boleh melihat sama ada boleh dibuat penugasan semula anggota seperti yang dilakukan dalam penambahan kira-kira 30,000 anggota polis ketika ini. ''Namun sekiranya tiada pilihan lain, barulah penambahan anggota SPRM akan dibuat," ujarnya. Jelas beliau lagi, kerajaan perlu mengambil langkah lebih kreatif sebelum membuat keputusan yang sebaiknya kerana ia melibatkan usaha untuk mewujudkan sebuah agensi awam yang cekap dan produktif. ''Kita tidak boleh terus menambah anggota kerana ia melibatkan sebuah birokrasi yang terlalu besar dan ini memerlukan perbelanjaan wang rakyat yang juga besar. ''Dengan ini, kita tidak dapat menggunakan wang rakyat itu untuk membuat program kebajikan rakyat yang lebih penting," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Harian Metro: BeritaUtama Posted: 11 Apr 2011 01:20 AM PDT Anak diculik turut dinoda Posted: 10 Apr 2011 10:01 AM PDT [unable to retrieve full-text content]ALOR SETAR: Dua beradik perempuan berumur 13 dan 12 tahun bukan saja melalui detik mencemaskan apabila dilarikan seorang lelaki lebih 17 jam, malah seorang daripada mangsa dipercayai dirogol sebelum diselamatkan bapa mereka keesokan harinya. | Tiada lagi rengekan anak Posted: 10 Apr 2011 09:49 AM PDT [unable to retrieve full-text content]HULU TERENGGANU: “Dia merengek sambil menangis mahu mengikut saya keluar menyebabkan saya terpaksa memujuknya berkali-kali memberitahunya tidak dapat membawa dia bersama kerana mahu pergi kerja,” kata Khairul Azhar Abdullah, 46, yang terlanggar anaknya sendiri ketika mengundurkan kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Pajero di hadapan kedai makannya di sini, tengah hari semalam. | |
Utusan Online - Timur Posted: 11 Apr 2011 01:14 AM PDT Penyeludupan kembali aktif Posted: Penyeludupan kembali aktifPenyeludupan kembali aktif Oleh SAMSUL BAHARI MOHAMED utusankelantan@utusan.com.my
|
Seorang peniaga dipercayai membeli barang daripada seorang penyeludup di Rantau Panjang, Kelantan untuk dijual di pekan Golok, semalam.
|
RANTAU PANJANG 10 April – Aktiviti penyeludupan barangan kawalan termasuk minyak masak dan gula di kawasan sempadan kembali aktif dipercayai berikutan kurangnya penguatkuasaan oleh pihak berkuasa. Tinjauan Utusan Malaysia di sini mendapati, penyeludup aktif membawa keluar pelbagai barangan keperluan harian, kebanyakannya barangan bersubdisi tanpa takut ditahan oleh pihak berkuasa. Malah, tinjauan ke Pekan Sungai Golok turut mendapati, berkotak-kotak barangan keperluan harian terutama minyak masak yang diseludup dari Malaysia dijual dan ditempatkan di stesen kereta api untuk dipasarkan ke daerah lain. Seorang peniaga yang mahu dikenali sebagai Abdullah memberitahu, sebelum ini pengguna di pekan itu sukar mendapat bekalan minyak masak dari Malaysia disebabkan kawalan ketat di sempadan termasuk di sepanjang Sungai Golok. Bagaimanapun, dakwanya, kemasukan barangan tersebut kembali aktif sejak tiga bulan lalu selepas pihak berkuasa Malaysia dilihat tidak lagi memperketatkan kawalan serta operasi di pangkalan-pangkalan haram sepanjang sungai berkenaan. "Sekarang ini bekalan barang seperti minyak masak, gula, dan barangan ringan yang lainya kembali seperti sedia kala apabila dapat dibawa masuk dengan senang ke sini," dakwanya ketika ditemui di sebuah kedai makan di pekan Sungai Golok, dekat sini hari ini. Abdullah mendakwa, permintaan terhadap minyak masak dari Malaysia sangat tinggi kerana ia dijual RM3.50 bagi pek satu kilogram, berbanding RM2.50 bagi sebotol 500 mililiter minyak masak Thailand. Seorang lagi peniaga, Azahar Ibrahim, 34, mendakwa, aktiviti membawa masuk atau menyeludup barangan dari Malaysia semakin aktif sejak empat bulan lalu, sehingga ada yang sanggup mengambil upah sebagai peraih. "Mereka memunggah sedikit demi sedikit menggunakan motosikal dan diletakkan di lokasi tertentu. Bila banyak, baru dihantar ke stesen kereta api untuk dijual di daerah lain. "Ada juga yang menyimpannya dalam stor di belakang kedai makan berhampiran pekan sebelum dihantar ke tempat lain," dakwanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | LPT fasa 2 dijangka dibuka akhir tahun Posted: LPT fasa 2 dijangka dibuka akhir tahunLPT fasa 2 dijangka dibuka akhir tahun KUALA TERENGGANU 10 April - Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) fasa 2 dari persimpangan Gemuroh, Tepoh di sini ke persimpangan Bukit Besi, Dungun dijangka dibuka selewat-lewatnya akhir tahun ini. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kerja-kerja terakhir membabitkan projek itu yang berdepan dengan masalah kelewatan sebelum ini kini hampir 92 peratus siap. Menurutnya,LPT 2 secara keseluruhan yang membabitkan kos RM3.69 billion dari Gemuroh ke persimpangan Ceneh, Kemaman sejauh 184 kilometer itu kini 73 peratus siap. Menurut beliau, apabila siap sepenuhnya kelak, perjalanan ke Kuantan hanya mengambil masa lebih kurang dua jam, manakala ke Kuala Lumpur kira-kira empat jam setengah. "Pembinaan ini bukan saja menjimatkan masa dan memberikan lebih keselesaan kepada pengguna, malah mampu menarik lebih ramai pelancong ke Terengganu," ujarnya. Beliau berkata, pelbagai kemudahan disediakan termasuk 10 persimpangan bertingkat, tiga kawasan rehat dan rawat (R&R), dua hentian rehat dan tiga stesen timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Beliau menyatakan demikian kepada kepada pemberita semasa mengadakan lawatan kerja ke LPT fasa 2, petang kelmarin. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Tepoh, Muhammad Ramli Nuh; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Datuk Mat Razali Kassim; Datuk Bandar MBKT, Datuk Adzlan Dagang dan Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Wan Nawawi Wan Ismail serta Pengarah Pembinaan LPT, Ir. Adnan Ibrahim. Menurut Ahmad, projek yang terbahagi kepada dua pelaksana iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) mengalami kelewatan kira-kira setahun dan berharap ia dapat dipercepatkan. Katanya, banyak faktor yang menjejaskan pencapaian projek itu termasuk mendapan tanah, di samping kenaikan harga barang dan kecurian kabel elektrik. Sementara itu, Ir. Adnan berkata, kajian terhadap kesan Penilaian Alam Sekitar (EIA) untuk keseluruhan projek itu dibuat dua kali seminggu bagi mengesan dan mengelak pemendapan tanah terus berulang. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | KADA kenal pasti faktor hasil padi kurang 10 tan metrik sehektar Posted: KADA kenal pasti faktor hasil padi kurang 10 tan metrik sehektarKADA kenal pasti faktor hasil padi kurang 10 tan metrik sehektar KOTA BHARU 10 April - Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) telah mengenal pasti masalah sistem pengairan ke sawah dan tanah kurang subur merupakan antara faktor yang menjejaskan perolehan hasil pengeluaran tanaman padi sebanyak 10 metrik tan sehektar. Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, meskipun proses penanaman padi dilakukan mengikut jadual, pengairan ditetapkan, bekalan air dari Sungai Kelantan yang tidak mencukupi telah memberi kesan kepada pengeluaran hasil tanaman petani KADA. "Buat masa sekarang, pengeluaran hasil padi di kebanyakan kawasan KADA sekitar enam hingga lapan metrik tan sehektar, bagaimanapun ada sesetengah kawasan sudah mencapai 10 metrik tan sehektar. "Bekalan air ke bendang bergantung kepada sumber air dari sungai yang dipam menerusi pam utama di Kampung Kemubu, Kota Bharu serta Lemal dan Kasar, di Pasir Mas. "Sekiranya keadaan paras air sungai terlalu rendah dan tidak sampai kepada pam utama berkenaan, KADA terpaksa menggunakan kaedah tambakan termasuk menggunakan pasir seperti di Lemal, Pasir Mas bagi meningkatkan paras air untuk disalirkan ke bendang, terutama ketika musim kemarau," katanya. Beliau menjelaskan demikian ketika menghadiri program turun padang bagi meninjau projek padi kelompok Bendang Kampung Jakang, Kadok, di sini, hari ini. Turut hadir, Pengurus Besar KADA, Ibrahim Mat dan Pengarah Bahagian Industri Bukan Padi KADA, Zahari Abdul Rahman. Annuar berkata, pihaknya menyedari masalah petani di kawasan KADA dan berusaha mencari pelbagai kaedah termasuk menyediakan jadual penanaman padi dan pengaliran air ke sawah bagi memastikan bekalan air sentiasa mencukupi. Tambah beliau, penyediaan pam kecil di peringkat sawah turut digalakkan bagi membolehkan petani mendapat bekalan air secukupnya untuk keperluan tanaman padi yang diusahakan. "KADA juga menggalakkan penanaman padi secara mini estet dengan membabitkan ramai petani dan bukan dilaksanakan secara individu. "Penanaman secara individu akan dihapuskan secara berperingkat-peringkat kerana kaedah mini estet mini lebih menyeluruh dan mampu meningkatkan hasil pengeluaran padi di kawasan KADA," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
The Malaysian Insider :: Bahasa Posted: 11 Apr 2011 01:04 AM PDT Helikopter terhempas selepas hantar rombongan TPM Posted: 11 Apr 2011 12:12 AM PDT Helikopter Bell Jet milik Sabah Air yang terhempas di Dataran Sibu. — Foto ihsan dari Facebook SIBU, 11 April — Salah sebuah helikopter yang menghantar rombongan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terhempas di Dataran Sibu berhampiran Wisma Sanyan di sini kira-kira 2 petang tadi. Tiada penumpang dalam helikopter ketika kejadian. Helikopter milik Sabah Air itu dipercayai terhempas akibat angin kencang. Menurut Ketua Polis Sibu Shafie Ismail, juruterbang cedera parah dan dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan. Helikopter itu, salah satu daripada tiga helikopter yang digunakan untuk membawa rombongan timbalan perdana menteri, ketika kejadian sedang berlepas untuk menuju lapangan terbang Sibu. Laporan media juga menyebut helikopter itu terhempas beberapa minit selepas Muhyiddin tiba di lokasi yang sama untuk menghadiri satu majlis di hotel berhampiran. MENYUSUL LAGI Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Sekolah terima notis awalkan peperiksaan, petanda PRU-13? Posted: 10 Apr 2011 10:45 PM PDT KUALA LUMPUR, 11 April — Di sebalik desas-desus kemungkinan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan tahun ini, laporan media menyebut sudah ada notis meminta peperiksaan sekolah-sekolah kerajaan pertengahan tahun ini dipercepatkan — dipercayai sebahagian persiapan menghadapi hari pengundian kelak. Laporan Sin Chew Daily hari ini menyebut, satu notis kerajaan persekutuan telah diedarkan meminta sekolah agar mempercepatkan peperiksaan supaya pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan Jun atau Julai ini, bergantung pada keputusan pilihan raya negeri Sarawak yang sedang berlangsung sekarang. Akhbar itu berkata beberapa sekolah di Negeri Sembilan telah menerima notis dan peperiksaan mesti diadakan bulan depan dan dewan sekolah pula tidak boleh disewa kepada awam mulai Jun dan bulan seterusnya. Penganalisis dan pemerhati melihat pilihan raya paling cepat akan diadakan pada Jun atau Julai atau pada Oktober memandangkan Ogos dan September merupakan bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri manakala November umat Islam akan menunaikan haji. Pengetua sebuah sekolah rendah kebangsaan Cina di Selangor berkata notis pemberitahuan seumpama itu biasa dihantar oleh Kementerian Pelajaran sebulan atau dua bulan sebelum pilihan raya umum diadakan walaupun tiada sebab yang dinyatakan. "Tapi notis seperti ini boleh menjadi petunjuk pilihan raya dan biasanya ia tepat," kata pengetua yang enggan namanya didedahkan. Menurut Sin Chew Daily lagi, setakat ini sekolah yang menerima notis pemberitahuan itu tidak banyak dan pilihan raya umum akan diadakan berpandukan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri Sarawak. Pengundian pilihan raya negeri Sarawak diadakan 16 April ini. Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengakui BN itu akan berjaya mempertahankan Sarawak namun ramai yang percaya kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri BN akan berkurangan. Kini, BN Sarawak yang dipimpin Tan Sri Abdul Taib Mahmud mempunyai 63 kerusi di Dewan Undangan Negeri manakala DAP enam, PKR dan Parti Cinta Malaysia masing-masing satu. Dalam temu bual dengan Reuters awal bulan ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan pilihan raya negeri Sarawak pertengahan bulan ini akan digunakan sebagai "ukuran" untuk menentukan tarikh pilihan raya umum ke-13 — sama ada dipercepatkan ataupun sebaliknya. Pengerusi BN itu berkata kerajaan akan memutuskan masa yang sesuai bagi pilihan raya umum selepas pilihan raya negeri Sarawak. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online - Rencana Utama Posted: 10 Apr 2011 11:14 PM PDT Peluang menjalani hidup normal Posted: Peluang menjalani hidup normalPeluang menjalani hidup normal Oleh ROSMALINA ABD. KADIR rosmalina.kadir@kosmo.com.my
SEKILAS melihat fizikal Chin Xian Tong, 16, sesiapapun tidak akan menyangka remaja yang memiliki personaliti ceria itu menanggung penderitaan akibat kegagalan kedua-dua buah pinggangnya. Bukan itu sahaja, pelajar yang sedang menuntut di tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Putri tersebut juga rupa-rupanya turut bergelut dengan penyakit jantung yang berpunca daripada masalah buah pinggang yang didiagnosis sejak lebih dua tahun lalu. Seperti pesakit buah pinggang kronik lain, Xian Tong perlu menjalani rawatan dialisis enam kali seminggu. Rejim rawatan yang diikutinya sejak dua tahun lalu itu ternyata telah menjejaskan kehidupannya akibat sering 'ponteng' sekolah untuk ke hospital setiap hari. "Saya menjalani rawatan dialisis konvensional selama satu setengah tahun. Selepas setiap kali rawatan, saya akan kepenatan dan tidak dapat hadir ke sekolah dua kali seminggu kerana rawatan diadakan pada waktu siang," katanya yang mempunyai ketinggian 145 sentimeter dan berat hanya kira-kira 30 kilogram. Bagaimanapun menurut Xian Tong, kehidupannya berubah selepas dia menjadi individu pertama menjalani kaedah rawatan nocturnal haemodialysis (NHD) iaitu dialisis malam yang diperkenalkan oleh Pusat Perubatan Prince Court (PCMC), Kuala Lumpur sejak November lalu. "Saya datang ke hospital setiap malam dan tidur di sini sepanjang menjalani rawatan dialisis yang mengambil masa selama lapan jam. Keesokan harinya ayah atau nenek saya akan menjemput saya untuk ke sekolah. "Selepas menjalani rawatan ini juga, keadaan jantung saya bertambah baik dan saya telah mengalami kenaikan berat badan sebanyak lima kilogram," ujarnya. Tambah Xian Tong, selepas hospital menjadi rumah keduanya, aktiviti menonton televisyen dan membuat kerja rumah dilakukan di dalam bilik wad yang didudukinya kini. "Ramai rakan-rakan di sekolah tidak tahu bahawa saya menjalani rawatan dialisis di hospital pada waktu malam. Saya kini dapat bersekolah seperti rakan-rakan yang lain tetapi tidak dapat bergiat aktif dalam sukan," katanya. Sementara itu, Ketua Jabatan Nefrologi dan Perkhidmatan Transplan Buah Pinggang PCMC yang menguruskan kes Xian Tong, Dr. Tan Si Yen memberitahu, rawatan yang baru diperkenalkan di Malaysia itu mengambil masa rawatan dua kali ganda berbanding dialisis konvensional. "Tetapi rawatan ini lebih lembut kepada jantung pesakit. Ia adalah rawatan yang paling sesuai untuk pesakit yang mengalami kedua-dua penyakit buah pinggang dan jantung," katanya pada forum awam sempena Hari Buah Pinggang Sedunia di PCMC baru-baru ini. Katanya, Xian Tong telah memberikan tindak balas positif selepas menjalani rawatan dialisis itu ke atas kawalan fosfatnya dan tidak lagi memerlukan suntikan Esprex untuk menstabilkan hemoglobinnya. KEADAAN Xian Tong ketika dirawat di Pusat Perubatan Prince Court.
"Paling penting, dia dapat menjalani kehidupan yang normal dan dapat mengikuti jadual persekolahannya selepas bertukar kepada program rawatan pada waktu malam. "Dia juga boleh menjalani pembedahan transplan buah pinggang pada masa hadapan. Ketika ini, pembedahan tidak sesuai dijalankan kerana faktor usia dan keadaan jantungnya," jelasnya. Kebaikan dialisis malam Si Yen berkata, fokus utama menyediakan rawatan dialisis ialah dengan tidak memberikan tekanan yang banyak ke atas jantung. Justeru, rawatan NHD membuatkan pesakit tidak berasa seperti sedang menjalani dialisis dan akan mendorong pemulihan kesihatan pesakit. "Semasa rawatan NHD, tekanan darah pesakit lebih stabil dan akan ada lebih kawalan ke atas kadar kreatinin iaitu kompaun yang terdapat pada proses penghasilan tenaga di dalam badan. "Melalui rawatan NHD juga, pesakit tidak lagi memerlukan ubat untuk mengawal tekanan darah, pengikat fosfat, ubat penurun kadar kolesterol serta dapat mengurangkan pengambilan dos untuk mengekalkan paras hemoglobin mereka," katanya. Bagaimanapun katanya, kos untuk rawatan NHD lebih tinggi berbanding rawatan dialisis konvensional iaitu sekitar 20 peratus lebih tinggi. "Tetapi, dalam masa panjang, pesakit dapat menjimatkan kos perubatan kerana mereka tidak lagi memerlukan pengambilan ubat dan suntikan yang banyak seperti rawatan konvensional. "Lebih banyak wang dapat dijimatkan apabila pesakit tidak perlu lagi menjalani rawatan dengan kerap pada masa depan," katanya. Sementara itu, Ketua Jabatan Nefrologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr. Abdul Halim Abdul Gafor berkata, simptom penyakit buah pinggang kronik sukar dikenali pada peringkat awal jangkitan. "Pada peringkat kronik, keadaan pesakit akan menjadi tidak menentu. Kadangkala mereka akan berada dalam keadaan stabil dan kadangkala teruk terutamanya mereka yang tidak menjaga pemakanan sehingga menghidapi kencing manis. "Mereka yang dijangkiti penyakit buah pinggang kronik ini mempunyai risiko 20 kali ganda untuk meninggal dunia akibat diserang sakit jantung berbanding pesakit jantung yang tiada masalah buah pinggang," terang Abdul Halim. Jelas beliau, rawatan dialisis konvensional akan menyebabkan tekanan ke atas dada pesakit seterusnya menyebabkan tekanan darah merudum. Justeru, ia mungkin menyebabkan serangan jantung dan menyebabkan kematian. Menurut Halim, untuk mengelakkan serangan penyakit jantung dalam kalangan pesakit buah pinggang, gaya hidup perlu diubah terutama mereka yang mempunyai tabiat merokok dan makan makanan berkolesterol tinggi. "Penyakit buah pinggang yang masuk ke peringkat terakhir tidak dapat diperbaiki lagi. Oleh itu, gaya hidup yang lebih sihat penting bagi memanjangkan jangka hayat pesakit dan supaya mereka tidak diserang sakit jantung," ujarnya. Perlu diawasi IBU BAPA perlu mendapatkan maklumat lengkap tentang kesihatan buah pinggang dan tubuh keseluruhannya demi masa depan keluarga yang lebih baik. – Gambar hiasan
Dalam pada itu, Ketua Jabatan Nefrologi, Institut Nefrologi dan Urologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr. Ghazali Ahmad Kutty berkata, beliau tidak menggalakkan rawatan dialisis sendiri di rumah. "Terdapat banyak syarikat yang mengeluarkan mesin dialisis tetapi pesakit perlu diawasi oleh jururawat terlatih supaya tidak menjejaskan kesihatan mereka sepanjang rawatan," pesan Ghazali. Menurut beliau, walaupun rawatan NHD memerlukan pesakit bermalam di hospital, ia adalah pilihan terbaik kerana selain pemantauan ketat, suasana rawatan adalah paling dekat dengan persekitaran rumah sendiri. "Pesakit akan disediakan dengan katil dan kelengkapan yang menyerupai persekitaran bilik tidur berbanding rawatan dialisis konvensional. "Suasana yang selesa akan menggalakkan pemulihan kesihatan pesakit dan dapat meningkatkan jangka hayat mereka," katanya. Katanya, melalui rawatan NHD, kelajuan pam darah adalah minimum dan tidak mengambil terlalu banyak cecair daripada badan pesakit. "Rawatan hemodialisis juga menggunakan volum penapis yang minimum serta menggunakan dialisat yang lebih sejuk," katanya. Ketua Jabatan Pediatrik Nefrologi, HKL, Dr. Thye Yuen Lin pula memberitahu, terdapat sebanyak kira-kira 150 kes baru daripada sejuta penduduk perlu menjalani rawatan dialisis pada tahun 2009. "Jumlah pesakit yang sedang menjalani rawatan dialisis pula adalah kira-kira 22,000 orang pada tahun sama," katanya. Menurut beliau, penyakit buah pinggang kronik jarang menyerang kanak-kanak dan remaja tetapi kira-kira 2.5 peratus pesakit sedia ada kini adalah golongan berkenaan. "Rekod juga membuktikan penyakit ini boleh wujud sejak kanak-kanak dilahirkan, walaupun jumlahnya terlalu kecil. "Sekiranya keadaan ini berlaku, kemungkinan untuk hidup adalah tidak melebihi 30 tahun," katanya. Tambahnya, cara terbaik untuk mengelakkan penyakit buah pinggang dan memanjangkan jangka hayat adalah dengan mengawal diabetes. "Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Jagalah pemakanan anda untuk buah pinggang dan jantung yang sihat," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Politik Posted: 10 Apr 2011 11:06 PM PDT PKR akui bimbang ancaman Snap Posted: PKR akui bimbang ancaman SnapPKR akui bimbang ancaman Snap KUCHING 10 April - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengakui mereka bimbang dengan ancaman yang ditimbulkan Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) yang turut bertanding di kerusi yang ditandingi mereka. Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kejayaan Snap menarik perhatian pengundi hanya akan memecahbelahkan undi pembangkang. Menurutnya, walaupun kehadiran Snap belum begitu dirasai, ia hanya akan menguntungkan Barisan Nasional (BN). ''Bagaimanapun saya melihat Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 hanya membabitkan BN dan pakatan pembangkang," katanya di sini hari ini. Dalam pada itu, Anwar mempertikaikan keputusan Pengerusi PKR negeri, Baru Bian yang meminta calon Snap berkempen untuk PKR. Katanya, beliau bagaimanapun percaya keputusan itu dibuat kerana Baru keliru mengenai potensi Snap memecahbelahkan undi pakatan pembangkang yang terdiri daripada DAP,PKR dan Pas ''Seharusnya Baru menarik undi dari penyokong BN," katanya. Sementara itu, Anwar menyifatkan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Sarawak menunjukkan BN pusat tidak yakin dengan keupayaan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Wan Azizah patut buktikan simpan jam Posted: Wan Azizah patut buktikan simpan jamWan Azizah patut buktikan simpan jam KUALA LUMPUR 10 April - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sepatutnya tampil dengan bukti yang beliau menyimpan jam tangan jenama Omega milik suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ia bagi menjernihkan keadaan ekoran isu video seks yang mengaitkan pemimpin pembangkang itu baru-baru ini. Sebaliknya, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, sikap Wan Azizah yang berdolak-dalik mengenai kewujudan jam tangan itu menyebabkan ahli parti dan pengikutnya meragui beliau. "Saya sendiri hairan dengan sikapnya itu. Beliau sepatutnya membuat tindakan supaya penyokongnya tidak meraguinya. "Banyak pihak meminta secara baik agar menunjukkan jam tangan itu. Jadi beliau tidak perlu menolak jika jam itu benar-benar ada padanya," katanya. ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau diminta mengulas kenyataan Wan Azizah baru-baru ini pada sidang akhbar yang menyatakan beliau menyimpan jam tangan milik Anwar itu namun mengelak daripada menunjukkannya apabila diminta berbuat demikian oleh wartawan yang hadir. Trio Datuk T sebelum ini mendakwa jam tangan milik Anwar itu telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan berhubung isu video seks itu. Keengganan Wan Azizah menunjukkan jam tangan yang didakwa ada dalam simpanannya itu menimbulkan tanda tanya banyak pihak yang sangsi dengan kenyataan beliau. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Jenayah Posted: 10 Apr 2011 11:04 PM PDT Dibunuh sebelum dibakar Posted: Dibunuh sebelum dibakarDibunuh sebelum dibakar Oleh NORAZMAN ABDUL RAHIM utusanjohor@utusan.com.my
|
ANGGOTA polis membawa mayat wanita yang dipercayai dibunuh sebelum dibakar di Pantai Sekakap, Mersing, semalam.
|
MERSING 10 April – Hajat dua anggota tentera untuk menangkap ikan di Pantai Sekakap di sini, terbantut apabila mereka menjumpai mayat seorang wanita dalam keadaan rentung pagi ini. Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mohd. Nor Rasid berkata, pihaknya menerima panggilan daripada anggota tentera terbabit kira-kira pukul 10.30 pagi memaklumkan penemuan mayat tersebut. Menurutnya, mayat itu ditemui ketika kedua-dua anggota tentera itu mencari kayu untuk memasang jaring ikan di belukar pantai berkenaan yang terletak kira-kira 200 meter dari Jalan Mersing-Sekakap. "Mayat berkenaan dikenal pasti sebagai wanita berdasarkan jam tangan dan gelang kaki pada tubuh mangsa yang 95 peratus hangus terbakar. "Mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain kurang 24 jam lalu sebelum mayatnya dimasukkan ke dalam beg pakaian lalu dibakar di kawasan pantai yang terletak kira-kira 50 meter dari Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Sekakap dan satu kilometer dari Kem Iskandar, dekat sini," katanya kepada pemberita di tempat kejadian. Mohd. Nor berkata, mangsa dipercayai berumur lingkungan 25 tahun berdasarkan keadaan fizikalnya manakala bahagian kaki yang tidak terbakar menunjukkan mangsa berkulit cerah. Selain itu, katanya, terdapat seutas rantai pada leher mangsa yang tertera perkataan Suemzar. "Pihak polis masih menyiasat motif pembunuhan berkenaan dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Mayat dihantar ke Hospital Mersing untuk proses bedah siasat dan akan ditempatkan di bilik mayat hospital berkenaan sementara menunggu pengecaman ahli keluarga," katanya. Sehubungan itu, Mohd. Nor meminta waris atau ahli keluarga yang kehilangan anak perempuan terutama remaja di bawah umur 25 tahun kurang daripada 24 jam lalu menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Supritendan Abd. Aziz Che Embong di talian 07-7993507 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing, 07-7994222 atau mana-mana balai polis berhampiran. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Kemewahan dua warga Iran terbongkar Posted: Kemewahan dua warga Iran terbongkarKemewahan dua warga Iran terbongkar KUALA LUMPUR 10 April - Rahsia kemewahan dua lelaki warga Iran yang mampu membeli sebuah kereta BMW M3 dan sebuah rumah kondominium terbongkar selepas mereka ditahan polis ketika sedang mengedar dadah jenis syabu di Seri Kembangan di sini kelmarin. Kedua-dua suspek berusia 47 dan 38 tahun itu ketika tiba di negara ini setahun lalu dikatakan hanya mampu menginap di hotel bajet. Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abd. Razak Elias berkata, warga Iran tersebut antara empat suspek termasuk seorang warga Pakistan dan India yang ditahan kerana dipercayai sindiket pengedaran dadah antarabangsa. Menurutnya, keempat-empat suspek itu ditahan dalam satu serbuan yang dilakukan di sebuah hotel bajet di pekan Seri Kembangan di sini pada pukul 8.15 malam. "Dalam risikan di hotel tersebut, kita mendapati dua warga Iran yang menaiki sebuah kereta BMW telah memberi satu bungkusan berisi tin biskut dan kotak makanan ringan kepada lelaki Pakistan dan India di hadapan hotel. "Apabila bungkusan itu dibawa ke bilik oleh suspek masing-masing berusia 26 dan 27 tahun, kita telah membuat serbuan dan menemui kedua-dua bungkusan berkenaan yang berisi syabu seberat 680 gram," katanya di sini hari ini. Tambahnya, siasatan awal mendapati warga Iran tersebut telah membeli kereta BMW M3 dan sebuah rumah sepanjang berada di sini walaupun pekerjaan mereka tidak menentu. Katanya, kedua-dua warga Iran terbabit dipercayai menggunakan warga Pakistan dan India itu untuk melakukan pengedaran dadah kepada penagih-penagih di sekitar kawasan terbabit. Menurutnya, dadah yang dirampas bernilai RM60,000 manakala keempat-empat suspek disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Pahang Posted: 10 Apr 2011 07:16 PM PDT RM300j menara telekomunikasi Posted: RM300j menara telekomunikasiRM300j menara telekomunikasi Oleh HARIS FADILAH AHMAD utusanpahang@utusan.com.my
|
Mohd. Sharkar Shamsuddin (duduk) cuba mengakses maklumat selepas perasmian Karnival Komunikasi Teknologi Maklumat peringkat negeri Pahang di Jerantut, semalam.
|
JERANTUT 10 April – Kerajaan Pahang memperuntukkan sebanyak RM300 juta untuk membina menara telekomunikasi di seluruh negeri untuk meningkatkan kemudahan perkhidmatan jalur lebar kepada penduduk pada tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, sehingga ini, kira-kira 30 peratus penduduk negeri ini boleh mengakses maklumat menerusi jalur lebar. Kadar itu, jelas beliau, hampir memenuhi sasaran kerajaan Persekutuan yang menetap 50 peratus penembusan jalur lebar di seluruh negara. "Pembinaan menara berkenaan bakal memberi kemudahan yang lebih baik dan menyeluruh menerusi jalur lebar berkelajuan tinggi, efisien dan menjimatkan. "Justeru, kita mahu kemudahan jalur lebar dinikmati oleh setiap penduduk tidak kira di mana mereka berada kerana jaringan perkhidmatan Internet mampu mengubah gaya hidup masyarakat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Komunikasi Teknologi Maklumat (ICT) peringkat negeri di Kampung Kuala Tembeling dekat sini hari ini. Menurut Mohd. Sharkar, projek menambah bilangan menara telekomunikasi dan menaik taraf pusat jalur lebar komuniti dapat memberi peluang kepada penduduk luar bandar menikmati kemudahan ICT yang selesa dan lebih baik. "Kemudahan ICT dapat memacu daya fikiran penduduk luar bandar ke arah lebih berkualiti," ujarnya. Kata beliau, urusan kehidupan penduduk luar bandar akan lebih berkualiti apabila mereka dapat menggunakan medium Internet untuk membayar bil dan menjalankan perniagaan secara atas talian. "ICT juga dapat mengeratkan hubungan ahli keluarga dan sahabat handai selain merapatkan jurang digital di kalangan pelajar," katanya. Mohd. Sharkar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang mengingatkan penduduk supaya tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang dipaparkan melalui blog. ''Pembangkang sentiasa menggunakan media baru untuk meracuni pemikiran rakyat sehingga boleh memecahbelahkan perpaduan," tambahnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Seminar kerjaya peluang pelajar IPT cari kerja Posted: Seminar kerjaya peluang pelajar IPT cari kerjaSeminar kerjaya peluang pelajar IPT cari kerja KUANTAN 10 April - Seminar kerjaya merupakan satu platform kepada para pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan penganggur mencari peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh sektor swasta di negara ini. Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, Syed Mohamad Noor Syed Mat Ali berkata, langkah yang dianjurkan oleh IPT perlu dijadikan landasan kepada golongan itu mencari pekerjaan sesuai dengan kelulusan akademik mereka. "Seminar tersebut memberi pendedahan tentang maklumat kerjaya, kehendak guna tenaga dan keusahawanan dari sudut pandangan serta keperluan industri," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Seminar Kerjaya peringkat negeri di Institut Latihan Perindustrian di sini baru-baru ini. Menurut Syed Mohamad, perkongsian maklumat antara pelajar IPT dengan sektor swasta amat penting memandangkan kebolehan mereka memasuki alam pekerjaan diberi perhatian serius oleh kerajaan. Jelasnya, setiap tahun dianggarkan 200,000 daripada keseluruhan 923,000 pelajar di pelbagai peringkat pengajian dan bidang daripada IPT seluruh negara menamatkan pengajian mereka. Katanya, penganjuran program itu mempunyai impak dalam perkembangan semasa terutama dalam mendapatkan maklumat terkini mengenai keperluan tenaga kerja. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Bakkis bantu mangsa kebakaran Posted: Bakkis bantu mangsa kebakaran Bakkis bantu mangsa kebakaran KUANTAN 10 April - Nasib malang sekeluarga yang ditimpa musibah akibat rumah mereka musnah dalam kebakaran Rabu lalu, sedikit terubat apabila Badan Kebajikan Kemanusiaan Beserah dan Sungai Karang (Bakkis) menghulurkan bantuan kepada mereka di Kampung Sungai Ular dekat sini semalam. Bantuan wang tunai sebanyak RM1,000 dan barangan keperluan harian itu disampaikan oleh Yang Dipertua Bakkis, Wan Azlan Wan Salleh kepada mangsa, Junus Kassim, 47. Junus ketika ditemui bersyukur dan berterima kasih kepada Bakkis yang prihatin terhadap nasib malang yang menimpanya sekeluarga. Menurutnya, dalam kejadian yang berlaku Rabu lalu, isterinya, Norra Mamat, 47, berada di rumah bersama cucu saudara mereka manakala dia ke kedai untuk membeli barangan keperluan dapur. "Apabila pulang ke rumah, saya lihat rumah dijilat api. Mujur isteri dan cucu saudara sempat menyelamatkan diri dengan bantuan jiran. "Akibat kejadian itu, kami kerugian kira-kira RM85,000 dan kini hanya menumpang di rumah anak saudara," katanya. Dalam kejadian pukul 5.40 petang itu, rumah kayu yang didiami Junus bersama isteri serta enam anak mereka berusia antara lapan hingga 25 tahun hangus dijilat api dipercayai akibat litar pintas. Sementara itu, Wan Azlan berkata, bantuan itu sekurang-kurangnya dapat meringankan beban yang ditanggung keluarga malang terbabit. "Bakkis sentiasa prihatin dengan masalah penduduk sekitar Beserah dan Sungai Karang. Diharap bantuan ini dapat membantu mereka meneruskan kehidupan," katanya. Tambah beliau, pihaknya sedia menghulurkan bantuan kepada orang ramai tanpa mengira kaum dan latar belakang bagi memastikan kebajikan mereka dibela. Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai masalah berkaitan kebajikan supaya menghubungi badan itu di Lot 1247 yang terletak berhadapan Hotel De Rhu Resort, Beserah untuk mendapatkan bantuan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Rencana Posted: 10 Apr 2011 03:35 PM PDT Tempias penyakit pendatang asing Posted: Tempias penyakit pendatang asingTempias penyakit pendatang asing Oleh NURUL ANUAR KARI anuar.kari@utusan.com.my PERSOALAN kesan kebanjiran pendatang asing di Malaysia bukan sahaja meliputi aspek sosial, ekonomi dan budaya malahan keselamatan dan kesihatan terutamanya terhadap warganegara Malaysia sendiri. Walaupun kebimbangan umumnya melibatkan keseluruhan warga asing tetapi risiko utama penyebaran penyakit berjangkit adalah golongan pendatang asing yang masuk secara haram dan tidak diketahui tahap kesihatan mereka. Kemunculan semula beberapa penyakit yang telah dihapuskan atau jarang ditemui serta beberapa penyakit baru di negara ini telah diperakui beberapa pihak sebelum ini mempunyai kaitan dengan kemasukan pendatang asing dan kini semakin membimbangkan berikutan peningkatan laporan kes wabak penyakit berjangkit. Bagi Dr. Muhammad Ishamuddin Ismail, isu warga asing membawa masuk penyakit berjangkit merupakan satu isu serius bagi rakyat dan perlu ditangani segera oleh semua pihak. Beliau yang merupakan Pensyarah serta Pakar Runding Bedah Jantung dan Paru-Paru, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) berpendapat, pendatang dari negara dunia ketiga seperti Indonesia dan Bangladesh paling banyak menyumbang kepada masalah tersebut. "Kita dapat lihat beberapa kes penyakit berjangkit yang selama ini sudah terkawal dan rendah bilangannya di kalangan rakyat Malaysia kembali meningkat. "Penyakit seperti Tuberkulosis (tibi) atau batuk kering yang kembali meningkat menjadi contoh penyakit yang dipercayai berkaitan dengan kemasukan pendatang asing berkenaan," katanya. Selain tibi, beberapa penyakit lain yang dikhuatiri boleh atau telah disebarkan pendatang asing termasuk selesema (Influenza A H1N1 atau H5N1), malaria, HIV/AIDS, hepatitis, polio dan banyak lagi akibat daripada jangkitan bakteria, virus, parasit atau mikroorganisma lain. Dr. Muhammad Ishamuddin menjelaskan, selain penyakit yang telah lama terkawal, beberapa penyakit yang jarang ditemui atau belum pernah ditemui di negara ini juga mungkin ada kaitan dengan kemasukan pendatang asing. "Leptospirosis (kencing tikus) merupakan penyakit yang jarang ditemui di negara kita tetapi kini semakin kerap dikesan sementara jangkitan virus Adeno pula seperti mencatatkan peningkatan yang juga berkemungkinan akibat perhubungan dengan warga asing. "Bagaimanapun, kes melibatkan virus Adeno kebelakangan ini mungkin kejadian terpencil dan perlu dikaji dengan lebih rapi dan mendalam untuk mengesan dari mana jangkitan bermula," ujarnya. Media sejak beberapa minggu lalu melaporkan kejadian jangkitan virus Adeno, H1N1 dan juga Leptospirosis di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak dan Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Beberapa pelatih Pulapol dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan tersebut sementara ramai lagi dikuarantin untuk rawatan. Dr. Muhammad Ishamuddin turut mengingatkan orang ramai bahawa penyakit berjangkit terutamanya daripada pendatang asing bukan sahaja merebak melalui sentuhan (perhubungan secara terus, bendalir badan) atau vektor (nyamuk, tikus, lalat), malahan melalui makanan yang diurus atau dijual golongan tersebut. "Oleh kerana itu, penekanan perlu diberikan kepada kesedaran umum dalam melindungi kesihatan diri dan masyarakat setempat dan bukan sekadar bergantung kepada pemantauan pihak berkuasa dan Kementerian Kesihatan. "Mereka perlu melaporkan kepada pihak berwajib jika mengesyaki penyakit berjangkit berpunca dari sumber tertentu (seperti pekerja asing yang menguruskan makanan) sementara pihak berkuasa perlu bertindak dengan segera jika menerima laporan," tegasnya. Secara asasnya, kebanjiran pekerja asing terutamanya yang mengurus dan menjual makanan di gerai, restoran mahupun pasar malam berkemungkinan besar menyumbang kepada penularan beberapa penyakit berjangkit tertentu seperti kejadian virus Adeno baru-baru ini. Ini terutamanya jika pekerja asing berkenaan masuk secara haram dan tidak menjalani pemeriksaan kesihatan atau mendapat imunisasi dan rawatan sewajarnya untuk mengelak penyebaran penyakit yang dihidapi mereka. Situasi sebegini telah beberapa kali disahkan hasil siasatan Kementerian Kesihatan terhadap laporan penularan penyakit tertentu seperti malaria, tibi dan polio yang akhirnya terbukti bermula dengan pendatang asing yang menjadi pembawa atau penghidap penyakit tersebut. Untuk menyekat penularan penyakit daripada pendatang asing, Dr. Muhammad Ishamuddin mencadangkan kemasukan mereka dikawal dengan lebih ketat bagi memastikan pemeriksaan kesihatan menyeluruh dibuat untuk setiap individu yang masuk secara sah sementara yang masuk secara haram diperangi habis-habisan. "Pemeriksaan kesihatan perlu dijalankan di negara asal dan juga di sini untuk pekerja asing yang ingin masuk ke Malaysia, sementara permit kerja tidak sepatutnya diberikan tanpa pengesahan pemeriksaan serta jaminan langkah pencegahan penyakit berjangkit telah diambil. "Selain penyakit lama dan baru, kita juga perlu ingat ada warga asing yang masuk secara sah atau haram boleh dan telah menyebarkan penyakit melalui hubungan seks (STD). "Penyebaran STD juga perlu dipantau di kalangan warga asing yang menjalankan kerja tidak senonoh di negara ini supaya tidak dipindahkan kepada penduduk tempatan secara sengaja atau tidak (melalui bendalir badan)," katanya. Kebanjiran pendatang asing sememangnya bukan lagi sesuatu yang pelik kerana di penjuru mana sekalipun pasti ada golongan ini yang bekerja atau menetap secara sah atau haram di Malaysia. Selain kegusaran sosial, budaya atau keselamatan yang ditanggung rakyat Malaysia, ancaman kesihatan kini menjadi belenggu baru yang dikhuatiri menggugat masa depan generasi muda pewaris negara. Namun, tugas menangani kebanjiran warga asing dan mengekang masalah yang dibawa bersama bukan terletak di tangan penguatkuasa sahaja. Tanggungjawab itu perlu dipikul setiap seorang daripada kita yang mengaku warganegara Malaysia. Para majikan, contohnya, tidak boleh sekadar memikirkan untung dan upah murah dalam mengambil pekerja asing tanpa memastikan mereka masuk secara sah atau tidak, di samping memastikan sikap, budaya dan tahap kesihatan pekerja itu tidak akan memudaratkan orang lain kelak. Orang ramai juga perlu mengubah sikap mengambil mudah isu ini dan berhenti melepaskan tanggungjawab kepada pihak berkuasa semata-mata sementara pihak berwajib pula tidak boleh berlembut lagi. Hentikan bersekongkol dalam menyorok dan menerima kehadiran pendatang asing tanpa izin dengan melaporkan aktiviti mereka, di samping mengelakkan daripada menggunakan perkhidmatan atau membeli produk yang mereka tawarkan. Jika kita mengeluh kebanjiran pendatang asing tanpa izin sememangnya menjadi beban kepada semua, maka kerana itu jugalah semua pihak perlu bersatu dalam mengawal dan mencegah golongan itu daripada terus menguasai dan membelenggu hidup kita. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Artis, tatasusila dan kita Posted: Artis, tatasusila dan kitaArtis, tatasusila dan kita P. RAMLEE seorang artis. Populariti P. Ramlee sama dengan pelakon-pelakon masa kini. Tetapi P. Ramlee lebih dihormati kerana beliau tahu menghormati masyarakatnya. Ketika pelakon masa kini lebih banyak bercakap tentang hal-hal peribadi, P. Ramlee ketika popular dulu bercakap tentang hal masyarakat. P. Ramlee bukan saja berkawan dengan kelompok artis popular masa itu, malah beliau mempunyai hubungan sangat baik dengan sasterawan. Walaupun sasterawan tidak popular tetapi P. Ramlee meluaskan dunianya di luar tempurung artis popular. Itulah yang lainnya antara P. Ramlee yang diingati kerana pemikirannya berbanding pelakon sekarang dengan skandal yang tidak sudah. Selepas pemergiannya pada 29 Mei 1973, kalangan sasterawan khususnya penyair menulis penghargaan mereka kepada P. Ramlee. Kalangan sasterawan bukan saja kehilangan teman malah pejuang yang sama-sama menyedarkan masyarakat. Tetapi sebahagian pelakon sekarang lebih banyak dibenci masyarakat kerana hilangnya santun dan susila. Sebahagian artis hari ini memijak santun dan susila. Mereka menunaskan tanggapan sendiri bahawa kuasa seni mereka sangat luar biasa. Mereka melanggar hukum adat, budaya dan agama tanpa sedikit pun rasa bersalah. Masyarakat bukanlah semuanya dapat menerima benih kerosakan begini hanya kerana mahu berhibur. Banyak yang bosan dan marah dengan sikap begini. Artis itu sendiri membawa maksud orang yang bergelumang dengan kerja seni dan kerja seni pula menuntut kesedaran yang tinggi terhadap nilai-nilai yang dijulang oleh masyarakat. Dalam kata lain, artis sepatutnya lebih peka daripada orang biasa kerana mereka diberikan jiwa yang halus, akal budi yang tinggi. Sepatutnya artis itu sendiri membentuk peribadi dan nilai yang hendak dibawa kepada masyarakat. Tidak boleh menjadi pak turut, orang lain ligat bercerita tentang hal-hal peribadi dan tidak memegang tatasusila sebagai tunjang, dia pun ikut seperti itu. Ada artis yang tampil dengan pakaian sopan, malah tidak pernah bergambar berpelukan lelaki perempuan boleh popular. Jadi, kenapa tidak mencontohi yang baik kalau yang baik juga boleh berjaya? Mereka memperalatkan seni yang didokongi dan kalau seni itu menuntut korban susila sekalipun mereka sanggup kerana kononnya seni sudah menjadi 'darah daging'. Mereka bercakap tanpa berfikir dan hasilnya kehadiran mereka tidak kiralah dalam lakonan atau nyanyian lebih menyedihkan daripada menghiburkan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online - Negara Posted: 10 Apr 2011 01:17 PM PDT Dua gadis berdepan maut Posted: Dua gadis berdepan mautDua gadis berdepan maut Oleh AQMAR ALLADAD aqmar.alladad@kosmo.com.my INILAH kesan luka pada tubuh Cheng yang dijangkiti bakteria mycobacterium ablessum setelah didakwa diberi suntikan ubat selulit manakala gambar bawah ialah contoh ubat yang diambil.
KUALA LUMPUR - Dua gadis mendakwa mereka kini berdepan maut apabila seorang pakar kecantikan menyuntik tubuh mereka dengan ubat yang salah bagi rawatan selulit pada paha dan punggung mereka kira-kira lima bulan lalu. Akibatnya, kedua-dua sahabat karib itu kini dijangkiti bakteria mycobacterium ablessum sekali gus menyebabkan bahagian suntikan mengalami luka yang sukar untuk sembuh. Lebih menakutkan, walaupun dicuci di klinik setiap hari, luka tersebut bukan sahaja terus membesar malah mereka mengalami masalah kegatalan melampau. Mereka juga sudah menghabiskan wang kira-kira RM50,000 untuk menjalani rawatan tersebut. Kedua-dua gadis itu yang masing-masing mahu dikenali sebagai Cheng, 26, dan Wong, 30, mendakwa, segala-galanya bermula setelah mereka mendapatkan nasihat seorang pakar kecantikan di Subang Jaya, Selangor. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Bapa berkas lelaki larikan dua beradik Posted: Bapa berkas lelaki larikan dua beradikBapa berkas lelaki larikan dua beradik
|
ANGGOTA polis menahan lelaki yang didakwa melarikan dua beradik kelmarin.
|
ALOR SETAR - Kerunsingan seorang bapa sehingga tidak lena tidur selepas kehilangan dua orang anak perempuannya yang keluar membeli barang di Kampung Perpat, Kota Sarang Semut dekat sini kelmarin terungkai apabila mereka ditemui semula pagi semalam. Dua beradik itu yang masing -masing berusia 12 tahun dan 14 tahun tidak pulang ke rumah selepas keluar berjalan kaki ke kedai pada pukul 5.30 petang kelmarin untuk membeli barang. Bapa mereka, Mohamad Sofi Sudin, 39, berkata, kejadian itu mengejutkan mereka sekeluarga kerana kedua-dua beradik itu tidak pernah pulang lewat. Mengimbas kejadian itu, Sofi berkata, dia menyedari kedua-dua anaknya hilang selepas mereka tidak pulang sehingga pukul 8.30 malam kelmarin. "Saya tidak sedap hati kemudian keluar mencari anak-anak saya di serata kampung tetapi gagal," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | 'Datuk' Kong Choy, digantung, Pek Khiing ditarik Posted: 'Datuk' Kong Choy, digantung, Pek Khiing ditarik 'Datuk' Kong Choy, digantung, Pek Khiing ditarik SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya Darjah Kebesaran Negeri yang membawa gelaran "Datuk" yang dikurniakan kepada bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy digantung. Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohammad Khusrin Munawi berkata, tindakan itu diambil terhadap Kong Choy selepas beliau dihadapkan ke mahkamah berhubung skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). "Baginda bertindak demikian selepas mempertimbangkan bahawa kes yang didakwa membabitkan Kong Choy adalah serius dan membabitkan kepentingan rakyat dan negara," katanya dalam satu kenyataan di sini. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Kota Posted: 10 Apr 2011 11:24 AM PDT Ekspedisi jejaki sejarah Melayu Asia Tenggara Posted: Ekspedisi jejaki sejarah Melayu Asia TenggaraEkspedisi jejaki sejarah Melayu Asia Tenggara
|
Sebahagian daripada ahli Majma' Budaya dan Warisan Jawi yang akan mengikuti Jelajah Warisan Jawi II bergambar selepas mengadakan sidang akhbar di Klang, baru-baru ini. - utusan/Saharuddin Abdullah
|
KLANG 10 April - Sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Majma' Budaya dan Warisan Jawi (MBWJ) melancarkan ekspedisi khusus untuk menjejaki budaya dan warisan sejarah Melayu di Asia Tenggara menggunakan jalan darat. Ekspedisi unik yang dikenali sebagai Jejak Warisan Jawi II (JWJ-II) itu, bakal melibatkan tujuh buah negara meliputi Thailand, Kemboja, Vietnam, Laos, China dan Myanmar bermula 28 Mei hingga 13 Jun ini. Pengerusi MBWJ, Zaid Muhammad Mohd. Rais berkata, ekspedisi itu diadakan sebagai salah satu usaha untuk memartabatkan sejarah dan warisan Melayu di rantau ini yang mungkin tidak diketahui oleh sebilangan besar masyarakat Malaysia. Beliau berkata, ia akan disertai 40 peserta dan melibatkan penggunaan 10 buah kenderaan pacuan empat roda. "Kebiasaannya, ramai pihak merasakan bahawa masyarakat Melayu hanya menetap di Malaysia, Indonesia dan Selatan Thailand tetapi sebenarnya mereka tinggal meluas di kawasan Asia Tenggara sebelum wujudnya sempadan politik pada hari ini. "Malah ada di antara masyarakat Melayu di negara-negara berkenaan masih lagi berpegang kepada agama Islam, kebudayaan dan cara hidup yang diwarisi daripada nenek moyang mereka," katanya. Beliau yang juga pengarah ekspedisi JWJ-II berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pra-pelancaran Ekspedisi JWJ-II di Taman Selatan, di sini baru-baru ini. Dalam pada itu, Zaid memberitahu, selain mengadakan pertemuan dengan masyarakat Melayu di negara-negara berkenaan, pihaknya turut menyampaikan sumbangan berupa keperluan asas, buku-buku dan sebagainya kepada mereka yang memerlukan. "Kita juga akan mengadakan program kebudayaan bersama mereka antaranya permainan kompang, pencak silat dan sebagainya agar seni itu tidak dilupakan oleh generasi baru masyarakat Melayu di sana," ujarnya. Sementara itu, penasihat program ekspedisi JWJ-II, Saiful Anwar Yahya pula berharap, lebih ramai pihak sama ada orang persendirian, badan-badan korporat dan sebagainya dapat bersama-sama menyalurkan sumbangan kepada masyarakat Melayu di negara yang bakal dilawati. Ini kerana katanya, kebanyakan masyarakat Melayu di sana merupakan golongan minoriti dan rata-rata mereka merupakan golongan miskin selain tidak mempunyai kemudahan pendidikan yang baik berdasarkan ekspedisi JWJ pertama di Thailand pada tahun lalu. Untuk maklumat lanjut ekspedisi ini, mereka yang berminat boleh mengunjungi laman web www.jwjonline.com atau menghubungi Zaid di talian 0192202327. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Proton bawa anak yatim dekati F1 Posted: Proton bawa anak yatim dekati F1Proton bawa anak yatim dekati F1
|
ANAK-anak yatim dan pelajar sekolah tersenyum riang apabila diberi peluang menyaksikan kehebatan perlumbaan Formula Satu (F1) sempena Grand Prix Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang, kelmarin.
|
SEPANG 10 April - Proton Holding Berhad (Proton) memberi peluang kepada lebih 100 anak yatim dan pelajar sekolah sekitar Lembah Kelang dan Perak untuk melalui pengalaman istimewa sempena perlumbaan Formula Satu GP Malaysia 2011 di sini. Anak-anak yatim dan pelajar sekolah yang berusia antara lapan dan 17 tahun itu turut berpeluang bermesra dengan ahli Pasukan GP Lotus Renault, termasuk tiga pemandu pasukan itu iaitu Vitaly Petrov, Nick Heidfeld dan Bruno Senna. Selain itu, mereka turut melawat Muzium Automobil Negara, gerai jualan Proton dan F1 Village di sekitar Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini. Anak-anak yatim tersebut adalah dari Pertubuhan Kebajikan Yayasan Anak Yatim Piatu Darul Aitam di Temoh, Perak dan Rumah Bakti Nur Syaheera di Cheras, Kuala Lumpur. Sementara pelajar sekolah pula dipilih dari Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya dan Sekolah Kebangsaan Tanjung Malim, Perak. Dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan, Proton menyifatkan program itu sebagai salah satu tanggungjawab sosial syarikat itu sepanjang pertandingan itu berlangsung. "Ia adalah satu inisiatif bukan hanya untuk memeriahkan suasana pertandingan itu tetapi bagi memberi kesedaran kepada generasi muda tentang dunia sukan permotoran," kata Proton. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Restoran dijadi pusat hiburan disita Posted: Restoran dijadi pusat hiburan disitaRestoran dijadi pusat hiburan disita KUALA LUMPUR 10 April - Sebuah premis perniagaan di Putra Residence, Putra Sulaiman, Ampang dekat sini yang berselindung di sebalik nama sebuah restoran untuk menjalankan kegiatan pusat hiburan tanpa lesen, disita oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) baru-baru ini. Pemeriksaan mendapati pengusaha restoran itu memohon lesen daripada MPAJ di bawah Undang-Undang Kecil Establishmen Makanan namun aktiviti yang dijalankan adalah sebagai pusat hiburan iaitu pub dan kafe. Pegawai Perhubungan Awam MPAJ, Norhayati Ahmad berkata, pemiliknya juga didapati menyediakan minuman keras kepada pelanggan sedangkan aktiviti itu perlu mendapatkan lesen di bawah Enakmen Hiburan dan empat-tempat Hiburan (Selangor) 1995 serta Jabatan Kastam. "Tindakan sita telah diambil dalam operasi yang diketuai oleh Penolong Pegawai Penguat Kuasa, Rosli Jaafar bersama 25 anggota manakala pihak Kastam telah merampas minuman keras untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan