Jumaat, 15 April 2011

Edisi Semasa

Edisi Semasa


Berita Harian: MukaDepan

Posted: 15 Apr 2011 10:02 AM PDT

Berita Harian: MukaDepan


Anwar tiada kredibiliti

Posted: 14 Apr 2011 11:48 AM PDT

MukaDepan

pix_gal0
Raja Petra persoal kemampuan Ketua Pembangkang

KUCHING: Pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin yang suatu ketika dulu rakan karib dan penyokong kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Ketua Pembangkang itu sudah kehilangan kredibiliti sebagai pemimpin serta tidak dihormati dalam pakatan pembangkang.

Beliau juga mempersoalkan kemampuan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu untuk memimpin negara kerana sering menabur janji kosong serta gagal menangani krisis dalaman pakatan pembangkang yang tidak berkesudahan, di samping menghadapi pelbagai masalah peribadi. "Anwar gagal menjaga parti komponen (pakatan) dan menjaga pemimpin. Alasan yang diberi, kita (sebagai pembangkang) bagi kebebasan bersuara, tapi itu pun tak betul sebab apabila sesiapa mengkritik pemimpin, dia ambil tindakan terhadap mereka... kebebasan tidak diberi," katanya.

Mendedahkan perkara itu dalam bahagian kedua temu bual dengan TV3 yang disiarkan malam tadi, Raja Petra yang pernah dilantik oleh Anwar sebagai pengarang akhbar PKR berkata, pakatan pembangkang termasuk PKR, PAS dan DAP tidak boleh bersatu kerana berlainan ideologi.

"Perkara itu dapat dilihat melalui perselisihan faham antara tiga parti berkenaan di Selangor yang begitu ketara. Hassan Ali (Ahli Exco Selangor) keluar kenyataan yang berbeza daripada dasar kerajaan negeri dan mengatakan ia dasar PAS.

"PAS kata bukan... itu pandangan peribadi... bukan dasar parti. Jadi, dalam PAS pun, mereka tak bersatu. DAP pula mengatakan tak boleh... jadi kecoh. Kita ambil isu bir (arak). Orang sudah keliru, boleh ke tak boleh? Yang ini kata boleh... yang ini kata tak boleh. Yang ini kata rampas... yang ini kata serah balik, tak boleh rampas.
"What is the policy (Apakah dasarnya)... Anwar sepatutnya jadi economic adviser (penasihat ekonomi) kerajaan Selangor. Ada pernah Anwar keluar kenyataan dan berkata, this is the policy (inilah dasarnya). Tapi Anwar diam, sementara di bawah... (pemimpin) bergaduh.

"Itu bukan satu contoh kepemimpinan yang baik. A leader knows how to control his soldiers (ketua tahu bagaimana untuk mengawal tenteranya)," katanya.

Raja Petra juga berkata, selepas tiga tahun berkuasa di negeri yang dimenangi, rakyat boleh menilai prestasi pembangkang dan tidak lagi yakin, terutama selepas kegagalan menubuhkan kerajaan Persekutuan pada 16 September 2008 seperti yang dijanjikan Anwar.

"Ketika itu, saya di bawah tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) di Kamunting. Anwar ada berjumpa saya di mahkamah dan beliau bagi tahu jangan susah. Tak lama lagi awak akan keluar sebab kita akan bentuk kerajaan pada 16 September," katanya.

Beliau juga berkata, pakatan pembangkang sebenarnya memang tidak bersatu kerana sehingga kini gagal membentuk Kabinet bayangan yang sepatutnya diumumkan untuk makluman rakyat.

Katanya, Anwar sebaliknya mendakwa Kabinet bayangan tidak perlu, sebaliknya terus gagal memainkan peranan sebagai pembangkang kecuali lebih banyak mengkritik.

"Istilah shadow cabinet (Kabinet bayangan) ialah seorang ahli pembangkang menjadi shadow (bayangan) kepada seorang ahli Kabinet. Tak semestinya shadow cabinet ialah Kabinet yang bersedia untuk memerintah. Tapi, sekiranya shadow cabinet pun tak mampu tubuh, macam mana nak memerintah," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

fredo

Saya bersetuju dgn gustan selle, Kita perlu rasional dalam membuat pendirian.. janganlah nila raja petra tak berpihak kpd kita maka kita mengutuk. bila berpihak , dialah hero kita.. Sejak kebelakangan ni, ramai yg disanjung tlh berpaling tadah... muhasabah diri dan fikirkanlah... nilailah.. kenapa. bagi saya keamanan spt sekarang adalah segala kunci kita.

hanee27

hanya Allah yg tahu di sebalik mereka-mereka yg tau... baik buruk semuanya balasan dari Allah... mungkin tidak sekarang tapi di akhirat kelak...

anak bapak

bg pluang RPK buat pnjelasan. pastu biar org ramai nilaikan. RPK juga patut jelaskan kepada org yg menyokongnya dan konco2nya apa sebab dia mlakukan begini skarang. hubungi smula dan jelaskan kpd penyokongnya. bg buka mata, telinga dan hati pada org ramai. kita buat begini kerana untuk kebaikan agama, bangsa dan negara kita dprp penipu2 besar ni( nuar berahim dan org2nya)

obeng

kitakan satu malaysia...tak payah lah nak gaduh-gaduh,,,,

NORIZA RAHIM

dah tersepit...pandai lak nak selamatkan diri...bolehke di percayai orang yang menabur fitnah?

abu ikhwan

kesian raja petra, dah penat lari kerana diburu, akhirnya menyerah. dulu dan kini tak bleh dipercayai.

mohamad

Kalau madu madulah juga, gula tak boleh jadi madu. Manis mulut negara binasa, manis hati adalah lambang kejayaan. Kalau ckp banyak tak gunakan. Buat dulu baru cakap. Janji biar ditepati. Itu barulah pemimpin sejati.

azmel

"Lompat Si Katak lompat
lompat
bila nak berhenti melompat?
tak habis-habis melompat
sudahlah Katak,pergilah bertaubat..."

Mohd. Nor Bohan

Bagaimana nak memimpin kalau diri sendiri tak terpimpin. Kalau jadi pemimpin seperti ini negara yang aman dan damai akan hancur musnah. Pemimpin seperti ini hanya tin kosong saja. Wassalam.

gustan selle

bg saya yang perlu di utamakan adalah keamanan negara dan kesejahteraan hidup masyarakat di MALAYSIA.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online

Posted: 15 Apr 2011 07:15 AM PDT

Kosmo Online


Lelaki letup diri dalam masjid di Indonesia

Posted:

Lelaki letup diri dalam masjid di Indonesia

Lelaki letup diri dalam masjid di Indonesia

15/04/2011 6:27pm

JAKARTA – Seorang lelaki meletupkan diri dengan bom di badannya dalam sebuah masjid di kompleks polis daerah di Cirebon, Jawa Barat, mengakibatkan lebih 20 cedera termasuk Ketua Polis Daerah Cirebon.

Polis berkata, keadaan tubuh lelaki itu hancur akibat ledakan bahan letupan itu.

Media tempatan memetik saksi-saksi sebagai berkata bahawa solat Jumaat hendak dimulakan, seorang lelaki berpakaian hitam yang berada di barisan ketiga dilihat membuka jaketnya dan bom itu terus meletup.

Kebanyakan yang cedera itu terkena serpihan paku daripada bom itu.

Seorang saksi, Ahmad Fauzan, berkata keadaan dalam Masjid At-Taqwa itu amat memgerikan sekali dengan ramai orang yang cedera dan berlumuran darah selepas kejadian itu.

Polis belum mengenal pasti siapa pengebom itu atau motif serta sama ada dia mempunyai jaringan dengan mana-mana kumpulan.

Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono mengutuk perbuatan itu. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lelaki jerut leher pemilik kafe siber dipenjara

Posted:

Lelaki jerut leher pemilik kafe siber dipenjara

Lelaki jerut leher pemilik kafe siber dipenjara

15/04/2011 4:22pm

SHAH ALAM – Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah menjerut leher seorang pemilik kedai Internet (kafe siber) menggunakan tali nylon dua tahun lepas.

Hakim Slamat Yahya menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pembelaan tertuduh, Alias Md Sharif, 47, gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Alias didakwa telah menjerut leher Seow Woon Leong, 48, menggunakan tali nylon yang boleh menyebabkan kematian di kedai Internet di Kampung Baru, Kalumpang, Hulu Selangor dekat sini, pada 12.50 pagi 25 Jun 2009.

Slamat semasa menjatuhkan hukuman berkata, setelah meneliti keterangan, tertuduh tidak menafikan bahawa dia pergi ke kedai itu tetapi menafikan bahawa dia telah menjerut mangsa.

Katanya, mahkamah mendapati keterangan itu boleh dipertikaikan berikutan kegagalan pembelaan untuk memanggil beberapa saksi, dan mahkamah mendapati pembelaan tertuduh bersifat penafian semata-mata.

Slamat memerintahkan Alias, yang tidak bekerja tetap, menjalani hukuman berkuatkuasa dari 15 Disember tahun lepas. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

90 batang kayu gergaji cuba diseludup

Posted:

90 batang kayu gergaji cuba diseludup

90 batang kayu gergaji cuba diseludup

15/04/2011 3:12pm

TAWAU – Agensi Penguatkuasaan Martim Malaysia (APMM) Tawau menumpaskan cubaan menyeludup masuk 90 batang kayu bergergaji bernilai RM320,000 menggunakan bot jongkong ke negara ini.

Ketua Penguatkuasa APMM Tawau, Komander (Maritim) Amran Daud berkata, kayu bergergaji jenis Kayu Amara atau Kayu Malam itu dirampas dari dua buah bot jongkong yang sedang berlabuh di Jeti Sungai Tawau, kira-kira pukul 2 petang semalam.

"Pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua bot jongkong tersebut dipercayai berasal dari Kalimantan, Indonesia yang ingin memunggah muatan kayu bergergaji tanpa melalui jeti yang telah diwartakan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata bot pertama membawa 65 batang manakala bot kedua pula membawa 25 batang.

Dua juragan bot dan enam awak-awak, kesemuanya warga Indonesia berumur antara 20-an dan 60-an turut ditahan kerana gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah.

Katanya kes berkenaan akan disiasat mengikut Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia kerana tidak mempunyai sebarang dokumen sangkutan untuk membawa masuk muatan Kayu Amara tersebut dan Akta Imigresen 1952/63. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Setempat

Posted: 15 Apr 2011 03:30 AM PDT

Harian Metro: Setempat


Tambah 1,200 CCTV di ibu kota

Posted: 14 Apr 2011 12:16 PM PDT

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menambah kamera litar tertutup (CCTV) selain menukar CCTV sedia ada di seluruh ibu kota dalam tempoh terdekat.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail, berkata penambahan itu dijangka menambah baik kerja pemantauan di bandar raya itu dengan memberi tumpuan kepada kawasan kerap berlaku jenayah disamping meneruskan pemantauan lalu lintas.


Menurutnya, sekurang-kurangnya 1,200 CCTV akan dipasang dengan semuanya mempunyai fungsi lebih baik seperti rakaman liputan 360 darjah serta berwarna.

"Ketika ini kira-kira 1,000 CCTV beroperasi di sekitar bandar raya ini dengan ia terdiri daripada CCTV statik dan tidak berwarna, jadi ia tidak sesuai digunakan pada masa kini.


"Kerja menaik taraf ini akan mempertingkatkan kualiti pemantauan sama ada daripada segi keselamatan atau salah laku orang ramai di seluas 242 kilometer persegi kawasan seliaan DBKL," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Local Agenda 21 Kuala Lumpur (LA21 KL)-Bandar Selamat, di sini, semalam.


Hadir sama, Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusup, Ketua Penyelaras LA21 KL-Bandar Selamat, Datuk Abdul Latif Mohd Som dan Timbalan Ketua Pengarah Pentadbiran DBKL, Datuk Normah Malik.

Ahmad Fuad berkata, RM25 juta diperuntukkan bagi pemasangan CCTV itu untuk tujuh tahun.


"Pemasangan CCTV ini juga selaras Program LA21 KL yang membabitkan keselamatan penduduk bandar raya ini dengan 22 rakan kongsi akan terbabit menjayakannya termasuk DBKL dan polis.

"Selain meninjau keselamatan atau salah laku orang ramai, CCTV ini secara tidak langsung membantu polis mengesan penjenayah atau di jalan raya seperti kejadian ragut," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tabung Budi sumbang air percuma RM1,407.58

Posted: 14 Apr 2011 11:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penderitaan tiga keluarga yang mempunyai pendapatan RM600 hingga RM800 sebulan mendapat perhatian Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan Puncak Niaga Holding Bhd (PNSB) yang menyalurkan bantuan menerusi Tabung Budi semalam.

Sumbangan air percuma RM1,407.58 disalurkan ke Hulu Langat, Bangi dan Semenyih menjadikan jumlah penerima sumbangan setakat ini 66 orang.


Penerima sumbangan, Norhayati Norol Akma, 38, yang berpendapatan RM600 sebulan itu gembira menerima bantuan air berkenaan.

Ibu tunggal itu mempunyai bil tunggakan RM487.39 sejak Disember tahun lalu dan sepanjang tempoh ketiadaan bekalan air, mereka sekeluarga bergantung ihsan jiran.


Penerima kedua, P Venadasan A/L Poothisgamany, 38, terharu menerima sumbangan berkenaan selepas gagal menjelaskan tunggakan RM541.91 akibat kesempitan hidup.


Penerima sumbangan ketiga, pengawal keselamatan, Rusmah Ja'afar, 44, bersyukur kerana ada pihak prihatin dengan nasib dirinya dan anak-anak yang menggunakan air perigi sejak bekalan air dipotong Disember tahun lalu akibat tunggakan bil RM378.38.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

The Malaysian Insider :: Bahasa

Posted: 15 Apr 2011 01:35 AM PDT

The Malaysian Insider :: Bahasa


Pembela protes Alkitab, dakwa Kristian mahu murtad Muslim

Posted: 15 Apr 2011 01:14 AM PDT

Dr Yusry Mohamad

KUALA LUMPUR, 15 April — Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) mengadakan protes berhubung isu Alkitab hari ini sambil mendakwa kumpulan Kristian mempunyai agenda untuk menyemai fahaman pluralisme kepada umat Islam.

Jurucakap Pembela, Dr Yusry Mohamad berkata, kumpulan-kumpulan Kristian cuba mencabar kedudukan agama Islam apabila bertegas mahu Putrajaya melepaskan kitab Injil versi Bahasa Malaysia yang ditahan Kementerian Dalam Negeri sebelum ini.

Jelas beliau, Pembela menentang keras usaha yang dilakukan kumpulan Kristian agar penggunaan kalimah "Allah" dibenarkan dalam kitab suci itu.

"Akhir-akhir ini dalam menangani isu berkaitan kitab Injil dan penggunaan kalimah Allah, sesetengah pihak terutamanya kumpulan-kumpulan Kristian kelihatan mula mencabar dan merombak kedudukan dan kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara.

"Ini adalah pendekatan yang tidak diterima oleh Pembela kerana ia membayangkan bahawa terdapat agenda-agenda yang lebih besar yang hendak dicapai oleh kumpulan-kumpulan ini.

"Pembela percaya bahawa di sebalik isu ini terselit misi untuk membuka masyarakat Islam di Malaysia kepada pemurtadan atau sekurang-kurangnya suntikan fahaman pluralisme agama, sekularisme dan ekstrem liberal yang akan menghakis keutuhan jati diri umat Islam," katanya di pekarangan Masjid Negara di sini.

Pembela yang terdiri daripada gabungan 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada perhimpunan itu turut membawa kain rentang tertulis "Islam Agama Negara", Pertubuhan Pembela Islam Bantah Formula Idris Jala: Bible Melaya dan "Jangan Cabar Kedaulatan Islam Tanah Air Kita."

Perhimpunan yang disertai kira-kira 30 wakil NGO itu terlebih dahulu dimulakan dengan bacaan selawat yang diketuai Yusry.

"Kami mengadakan perhimpunan ini memandangkan sikap kumpulan Kristian yang terlalu provokatif dan melampau-lampau dalam menangani isu kitab Injil ini.

"Jika isu ini diteruskan ia akan mencetuskan ketegangan dan mengundang reaksi daripada kelompok Islam yang mungkin sukar dan dibendung oleh sesiapa," katanya, Pembela menegaskan bahawa umat Islam di negara ini adalah berdaulat... Islam bukan anak yatim piatu atau anak tiri yang tidak penjaga," kata Yusry.

Kata beliau, pihaknya mempersoalkan tindakan kumpulan Kristian yang sehingga ini masih mendesak Putrajaya agar satu penyelesaian muktamad dibuat bagi perkara itu.

"Kami ingin mempersoalkan sampai tahap manakah mereka hendak memprovokasi dan memanipulasi isu ini? Adakah mereka tidak sedar tindakan mereka ini amat menghiris perasaan umat Islam.

"Pembela berpendapat 35,100 kitab Injil itu tidak patut dibenarkan untuk edaran kerana bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan enakmen agama Islam, sikap degil dan keras pihak Kristian sangat mendukacitakan," katanya.

Yusry berkata, pihaknya juga pemimpin politik agar jangan menggadaikan kedaulatan agama Islam hanya kerana tekanan politik.

"Pemimpin politik tanpa mengira parti jangan tunduk kepada tekanan sokongan politik, kami juga sangat tidak selesa dengan pendekatan membiarkan pemimpin bukan Islam ke hadapan bagi menjadi jurucakap bagi pihak kerajaan," katanya.

Beliau juga mendakwa 10 formula bagi menyelesaikan isu kitab Injil itu dibuat secara tergesa-gesa dan tidak mengikut lunas undang-undang sedia ada.

"Isu kitab Injil harus diselesaikan berdasarkan perlembagaan dan tidak harus diselesaikan mengikut jadual waktu pilihan raya.

"Sepatutnya kerajaan tangguh dahulu dengan mengikut proses, termasuk rayuan di mahkamah berhubung kalimah Allah," kata merujuk kepada pilihan raya negeri Sarawak yang akan berlangsung esok.

Sebelum ini Pembela menyifatkan langkah Putrajaya menawarkan 10 formula menyelesaikan isu kitab Injil sebagai keputusan "mengalah" kepada desakan-desakan dibuat kumpulan masyarakat Kristian dan mahu ia dikaji semula.

Pembela juga menegaskan, langkah terbaru Putrajaya itu akan menyebabkan desakan sama berulang kembali yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun Datuk Seri Najib Razak berkata pihaknya memberi jaminan peribadi bahawa pentadbirannya tidak akan menahan kitab Injil selepas ini.

Semalam, Persekutuan Gereja Malaysia (CFM) masih kekal tidak yakin dengan formula 10 perkara yang diumumkan oleh Putrajaya pada 2 April lalu bagi menyelesaikan isu Alkitab sambil mendakwa pendekatan itu hanya sebagai "langkah ad hoc dan jangka pendek" semata-mata.

Pertubuhan itu menegaskan formula tersebut masih belum menyelesaikan isu berkaitan dengan penggunaan kalimah "Allah."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Raja Petra: Saya tak belot, masih bersama pembangkang

Posted: 15 Apr 2011 01:04 AM PDT

KUALA LUMPUR, 15 April — Blogger kontroversial Raja Petra Raja Kamaruddin menegaskan beliau masih bersama barisan pembangkang sambil menafikan beliau telah membelot hanya kerana memberi TV3 satu temu bual eksklusif, yang disiarkan semalam dan kelmarin.

Raja Petra (gambar) mencetuskan kegemparan dua hari lalu apabila dalam temu bual itu mengatakan bahawa beliau tidak pernah menuduh Perdana Menter Datuk Seri Najib Razak atau isterinya Datin Seri Rosmah Mansor terbabit dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Sharibuu.

Editor portal Malaysia Today ini menjelaskan keputusan memberikan temu bual itu kepada The Malaysia Insider hari ini.

Respons penuh adalah seperti berikut:

TMI: Baru-baru ini anda berada di Australia, bermakna anda mempunyai pasport untuk mengembara. Di mana anda berada sekarang dan di mana anda tinggal (sekarang)? Adakah anda akan balik ke Malaysia dalam waktu terdekat?

RPK: Sekarang saya di Bali. Dan, tidak. Saya tidak akan balik ke Malaysia, sekurang-kurangnya sehingga kerajaan (yang ada sekarang) tukar. Jika Barisan Nasional (masih memerintah, maka saya sepatutnya akan dikebumikan di Brookwood sebelah ibu saya apabila saya meninggal dunia.

Mengapa anda bertanya sama ada saya balik ke Malaysia? Disebabkan temu bual saya dengan TV3? Jika saya mengadakan temu bual dengan TV3 dan kemudian kembali ke Malaysia (yang bermakna saya tidak boleh jika saya tidak memberikan temu bual), bukannya terlalu jelas bahawa temu bual itu menyebabkan (saya) membelot?

Langkah bodoh, bukan anda fikir begitu?

TMI: Mengapa anda memberikan TV3 temu bual? Anda pernah menyerang akhbar, khususnya media arus perdana di Malaysia sebelum ini. Mengapa percaya mereka? Apakah tiada ruang lain?

RPK: Adakah saya perlu percaya mereka untuk memberikan satu temu bual? Saya tidak percaya sama ada anda sendiri atau Malaysia Insider. Saya fikri anda alat bagi Khairy Jamaluddin dan Kalimullah Hassan. Lagi anda hantar (soalan) dan saya pun jawab.

Anda datang kepada saya. Saya tidak pergi kepada anda. TV3 juga datang jumpa saya. Saya tidak pergi jumpa mereka.

(Nota: The Malaysian Insider tiada apa-apa kaitan dengan Khairy Jamaluddin atau Datuk Seri Kalimullah Hassan)

MENYUSUL LAGI

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: BeritaUtama

Posted: 15 Apr 2011 01:33 AM PDT

Harian Metro: BeritaUtama


Penghujung trauma

Posted: 14 Apr 2011 01:25 PM PDT

BESUT: Hasrat lima rakan karib keluar bersiar-siar untuk menghilangkan perasaan trauma selepas asrama mereka diceroboh perompak berakhir tragedi apabila tiga daripada mereka menemui ajal selepas terbabit kemalangan jalan raya di sini, semalam.

Ketika kejadian kira-kira jam 6 pagi, lima pelajar kejururawatan daripada Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) cawangan Bachok, Kelantan, menaiki Perodua Viva dalam perjalanan pulang ke kampus mereka selepas bersiar-siar di bandar raya Kuala Terengganu, malam kelmarin.


Tiga yang terbunuh ialah pemandu kereta, Nur Diana Mohd Noor, 22, dari Kota Tinggi, Johor, Nurul Shahidah Abdul Jaabar, 19, dari Taman Rahmat, Tanah Merah, Kelantan dan Zur Irah Zakaria, 19, dari Kampung Titian Baru, Atas Tol, Kuala Terengganu.

Dua lagi rakan mereka, Bazilah Abdullah, 19, dari Lot 2051 Kampung Tiong Dalam, Kota Bharu, Kelantan dan Nur Adilah Mohd Ghazali, 19, dari Kampung Kelewek, Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan, parah dan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.


Kejadian berlaku di Kilometer 104, Jalan Jertih-Kuala Terengganu, apabila kereta dipandu Nur Diana cuba memotong sebuah kenderaan, tetapi gagal sebelum bertembung lori tangki minyak dari arah bertentangan.


Seorang rakan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nor berkata, dia pada awalnya ingin turut serta bersama lima rakannya itu ke Kuala Terengganu selepas beberapa kali diajak Nur Diana, tetapi menolak pelawaan itu kerana tidak sihat.

Nor berkata, semua rakannya meninggalkan asrama mereka di Bachok kira-kira jam 9 malam kelmarin.


Menurutnya, mereka ke Kuala Terengganu untuk makan angin dan menenangkan perasaan selepas terkejut asrama pelajar wanita diceroboh perompak pada Subuh kelmarin.

"Mereka trauma selepas melihat seorang lelaki bertopeng menceroboh masuk asrama menyebabkan mereka menenangkan fikiran di Kuala Terengganu.


"Bagaimanapun, saya dikejutkan panggilan telefon seorang rakan lain yang memaklumkan mereka terbabit kemalangan di Jertih ketika dalam perjalanan pulang," katanya ketika ditemui di Hospital Besut (HB), semalam.


Menurutnya, lima sahabat itu dipercayai meminjam kereta rakan lain dan tidak tidur ketika berada di bandar raya berkenaan, sebaliknya berangkat pulang selepas beberapa jam bersiar-siar.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Nor Zainy Mohd Noor, berkata Nurul Shahidah yang tercampak keluar dari kereta meninggal dunia di HB kira-kira jam 7 pagi, manakala Nur Diana dan Zur Irah maut di tempat kejadian.


Katanya, pemandu lori terbabit, Khairi Ayob, 43, dari Kampung Alur Keladi, dekat sini, cedera ringan dan sudah diambil keterangan.


"Perodua Viva dinaiki mangsa rosak teruk di bahagian hadapan akibat pelanggaran dengan lori tangki menyebabkan ia berpusing balik ke arah Kuala Terengganu manakala lori terbabit terbabas ke dalam parit," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Polis tahu siapa pelaku

Posted: 14 Apr 2011 01:23 PM PDT

KUALA LUMPUR: Identiti lelaki dalam video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah dikenal pasti.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, yang mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya belum boleh mendedahkan identiti lelaki terbabit kerana siasatan lanjut masih dijalankan.


Beliau berkata, antaranya polis masih menunggu laporan daripada syarikat pengedar jam tangan Omega yang ditemui di lokasi rakaman video itu bagi mengesahkan siapa pemiliknya berdasarkan kad pendaftaran jam itu.

"Pada saya mengikut siasatan, kita tahulah siapa dia. Ini berdasarkan bukti serta fakta yang ada. Hanya saya tidak boleh umumkan hasil siasatan sekarang kerana kita ada prosedur.


"Macam kes-kes lain sebelum ini, saya tak boleh beritahu. Semuanya kita kena rujuk pada Peguam Negara," katanya ketika ditemui pada majlis serah terima tugas Timbalan Ketua Polis Negara di Bukit Aman di sini, semalam. Pada majlis itu, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Khalid Abu Bakar dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang baru berkuat kuasa hari ini.


Khalid menggantikan Datuk Hussin Ismail yang bersara selepas berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 39 tahun empat bulan.

Berhubung identiti wanita dalam video itu pula, Ismail enggan mengulas mengenainya kerana tidak mahu menjejaskan siasatan kes itu.


Katanya, pasukan penyiasat yang ditubuhkan diberi kebenaran untuk merakamkan kenyataan semua individu yang boleh membantu siasatan termasuk wanita dalam video berkenaan.

"Apa yang penting kita sudah beri petunjuk umum kepada penyiasat dan saya harap mereka jalankan tugas dengan baik bagi menyelesaikan kes ini. Mengenai identiti wanita itu saya tidak boleh bagi jawapan," katanya.


Menjawab persoalan mengenai lokasi video itu dirakamkan kerana ada yang mendakwa ia dibuat di luar negara, beliau berkata, apa yang penting ialah kesahihan klip video itu.


Menurutnya, kesahihan video lebih utama bagi memastikan ia bukan sesuatu yang diada-adakan atau menggunakan teknik pertindihan imej (super impose) atau ditiru dan sebagainya. "Pihak pakar sudah sahkan video itu tulen, kalau dibuat di Malaysia atau di mana-mana pun yang penting ia sahih atau tidak. Ini kerana kebanyakan orang ingin tahu sama ada video itu tulen atau tidak dan kita sudah rujuk pada pakar yang mengesahkan mengenainya.


"Siasatan polis menepati semua prosedur dan undang-undang yang ada. Ini bermakna siasatan kita adalah siasatan berpandukan kepada peraturan. Jadi dalam kertas siasatan nanti kita akan ketahuilah semua pihak yang terbabit termasuk siapa merakamkan dan sebagainya," katanya.


Ismail berkata, jenis kesalahan dan tindakan yang bakal diambil hanya akan diketahui selepas kertas siasatan lengkap serta berdasarkan fakta dan bukti yang ada.


Beliau turut menjangkakan siasatan berhubung kes itu dapat diselesai dalam masa terdekat iaitu mungkin minggu depan sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada Peguam Negara.


Sebelum ini, tiga individu yang menggelarkan diri mereka Datuk T mendedahkan kewujudan video seks yang didakwa mereka membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang dan sudah menyerahkan video serta jam tangan jenama Omega yang didakwa ditemui di tempat kejadian kepada polis.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Nasional

Posted: 14 Apr 2011 11:54 PM PDT

Berita Harian: Nasional


Identiti lelaki video seks dicam

Posted: 14 Apr 2011 03:17 PM PDT

Nasional

Polis dalam proses lengkap kertas siasatan, tunggu laporan pengedar jam

KUALA LUMPUR: Polis sudah mengenal pasti identiti lelaki dalam video seks yang didakwa mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama seorang wanita dipercayai warga asing.

Bagaimanapun, polis tidak mendedahkan identitinya kerana siasatan masih dijalankan mengikut prosedur dan undang-undang, walaupun sudah mendapat pengesahan ketulenan video serta boleh mengaitkan individu dalam rakaman itu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, semalam berkata polis dalam proses melengkapkan kertas siasatan, termasuk menunggu laporan daripada pengedar jam tangan jenama Omega yang didakwa milik Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sebelum menyerahkannya kepada Peguam Negara dalam tempoh terdekat.

"Berdasarkan siasatan, kita tahu siapa dia... kita percaya kita tahu. Ini berasaskan kepada fakta dan bukti-bukti yang kukuh daripada siasatan yang dijalankan.

"(Selain itu) Saya hanya nak mengatakan video itu sahih, kita mempunyai asas untuk mengaitkan individu dalam video itu, hanya saya tak boleh umum hasil siasatan sekarang. Kita ada prosedur... macam kes lain, mana saya boleh beritahu, kena serah pada Peguam Negara," katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah dan Terima Tugas Jawatan Timbalan Ketua Polis Negara, di Bukit Aman semalam.

Mengenai tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap pelaku dalam video seks sama ada boleh dikenakan tindakan jika dirakam di luar negara, Ismail berkata, polis mempunyai kebijaksanaan dan sedang meneliti segala fakta dan bukti sebelum mengambil tindakan susulan.
Beliau juga enggan mengesahkan sama ada polis sudah mengenal pasti wanita dalam rakaman video berkenaan, tetapi menjelaskan sudah merakam percakapan ramai individu yang dikenal pasti dapat membantu siasatan.

Mengenai lokasi sebenar pelakuan seks itu termasuk kemungkinan dirakam di Thailand, Ismail berkata, apa yang penting, siasatan polis mengesahkan rakaman video seks itu tulen dan ia penting bagi mengukuhkan hasil siasatan.

"Saya rasa yang penting ialah kesahihan video, maknanya ia bukan diada-adakan atau 'super impose'. Jika buat (dirakam) di Malaysia atau mana-mana pun, yang penting sahih tak sahih (rakaman)... itu yang mengukuhkan isu siasatan ini.

"Orang nak tahu sama ada video itu tulen atau sebaliknya, polis sudah rujuk kepada pakar yang kemudian mengesahkan ia tulen," katanya sambil memberitahu polis turut menghantar video itu kepada beberapa pakar lain bagi mengesahkan ketulenannya.

Ditanya sama ada polis sudah mengenal pasti individu bertanggungjawab merakam video itu serta tindakan boleh dikenakan terhadap mereka, beliau berkata, polis sedang mengesan pihak terbabit dan akan meneliti segala fakta dan bukti sebelum memutuskan tindakan susulan.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'Pendedahan Raja Petra hilangkan sangsi rakyat'

Posted: 14 Apr 2011 03:15 PM PDT

Nasional

LAWAS: Datuk Seri Najib menegaskan, pendedahan pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin bahawa beliau dan Datin Seri Rosmah Mansor tidak ada kaitan dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu seharusnya memadamkan kesangsian sesetengah pihak terhadap penafiannya sebelum ini.

Perdana Menteri yang bersyukur dengan pengakuan Raja Petra berkata, ia membuktikan tuduhan itu didalangi pihak tertentu yang cuba menghalang beliau mengambil alih pentadbiran negara daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi, tiga tahun lalu.

Najib berkata, beliau sememangnya yakin kebenaran akan muncul dan temu bual TV3 dengan Raja Petra menjadikannya realiti, sekali gus harus memadamkan keraguan sesetengah pihak yang tidak yakin dengan penafiannya, termasuk bersumpah dalam masjid sebelum ini. "Saya selalu kata kebenaran akan timbul. Lambat laun kebenaran diketahui. Saya bersyukur dengan temu bual itu. Sebenarnya perkara ini sudah disampaikan kepada dia (Raja Petra) sebagai satu perkara yang bertujuan merosakkan saya dan menjadi halangan untuk saya naik sebagai Perdana Menteri.

"Bagaimanapun, percubaan itu gagal kerana tidak ada kebenaran dan fakta. Ia fitnah sama sekali. Saya bersyukur perkara ini sudah jadi pengetahuan umum dan jika ada sesiapa was-was, temu bual itu akan menghilangkan segala-galanya," katanya selepas merasmikan Hotel Seri Malaysia dan majlis pecah tanah projek pembinaan Hospital Lawas, di pekarangan hotel berkenaan di sini, semalam.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Rencana Utama

Posted: 14 Apr 2011 11:28 PM PDT

Kosmo Online - Rencana Utama


Menyekat akses laman porno

Posted:

Menyekat akses laman porno

Menyekat akses laman porno



KETIKA Indonesia masih bergelut dengan masalah sosial yang meruncing akibat gejala penyebaran kandungan pornografi di kalangan remajanya, Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Sejahtera (PKS), Arifinto pantas mencipta satu lagi episod memalukan negara berkenaan dengan gelagatnya menonton video lucah semasa persidangan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Jumaat lalu.

Lebih memalukan rakyat Indonesia kerana Arifinto merupakan antara individu yang bertanggungjawab meluluskan undang-undang antipornografi di Indonesia sejak tahun 2008. Pengkritik Indonesia lantas menggelarnya sebagai manusia hipokrit dan mahu dia dihukum di bawah undang-undang yang sama.

Jika dilihat rentetan kes membabitkan penyebaran kandungan pornografi di Indonesia, keberkesanan undang-undang antipornografinya seolah-olah pincang dan longgar, lebih-lebih lagi tanpa sekatan media yang menyalurkan kandungan pornografi secara menyeluruh.

Sejak sekian lama masalah sosial seperti pelacuran, pengguguran janin, seks luar nikah dan sebagainya semakin berleluasa di Indonesia, ia seperti dibiarkan begitu sahaja tanpa tindakan tegas oleh pihak yang bertanggungjawab.

Titik kemunculan penerbitan berunsur lucah di Indonesia dilihat sebagai kesan kejatuhan bekas Presiden Suharto pada tahun 1999 selepas satu demi satu majalah yang menjual cerita-cerita dan gambar-gambar berunsur seks memasuki pasaran Indonesia sejurus itu.

Bagaimanapun, kemunculan majalah-majalah itu tidak mencetuskan kontroversi besar di negara yang mempunyai lebih 80 peratus penduduknya beragama Islam.


INDONESIA dipercayai negara kedua paling banyak menyebarkan kandungan pornografi selepas Rusia.


Hanya beberapa tahun sejak kebelakangan ini, terutama apabila video seks artis Ariel Peterpan dengan dua artis wanita iaitu Luna Maya dan Cut Tari tersebar. Ia menjadi tajuk-tajuk berita utama Indonesia dan negara-negara jirannya, rakyat Indonesia mula membuka mata.

Apatah lagi, gelagat Arifinto yang memalukan institusi undang-undang dan pemerintah Indonesia baru-baru ini, peletakan jawatan malah penegasannya yang tidak sengaja mengakses e-mel kandungan lucah melalui komputer tabletnya itu menambah kebimbangan rakyat mengenai keberkesanan undang-undang antipornografi negara berkenaan.

Laman web lucah

Terdahulu, Menteri Penerangan Indonesia, Tifatul Sembiring berkata, beliau akan merangka undang-undang baru bagi menangani masalah itu yang telah menghina negara.

"Dalam satu kajian yang dilakukan pada tahun 2007 mendapati, sebanyak 97 peratus pelajar sekolah menengah di Indonesia pernah mengakses laman web lucah," ujarnya.

Menurut data daripada Associated Press (AP), Indonesia merupakan negara kedua paling banyak menyebarkan kandungan pornografi selepas Rusia.

Kajian yang dijalankan oleh Jawatankuasa Menentang Pornografi di Indonesia pula mendapati, remaja di antara umur 14 hingga 19 tahun paling banyak mencari kandungan pornografi dalam bentuk video cakera padat (DVD), cakera video digital (VCD) atau buku komik.

Dalam pada itu, kajian Universitas Islam Indonesia pula menyatakan kira-kira 90.7 peratus kes penderaan seksual dan rogol di Indonesia dilakukan oleh remaja dan 68.2 peratus remaja mengaku pernah melakukan hubungan seks.


GELAGAT Arifinto menonton video lucah semasa persidangan Dewan Perwakilan Rakyat dikatakan memalukan pemerintah Indonesia.


Masalah itu dikatakan berlarutan akibat kelonggaran undang-undang berkaitan dan tiada pendidikan sosial khas kepada remaja mengenai bahaya pornografi serta tiada sekatan menyeluruh ke atas media yang mengandungi elemen pornografi.

Undang-undang pornografi telah wujud di Indonesia sejak tahun 2008 tetapi pelaksanaannya dilihat kurang tegas. Penyebaran pornografi dalam pelbagai bentuk dilarang tetapi mereka yang melanggar undang-undang hanya dikenakan denda maksimum yang rendah.

Disebabkan itu, masih ada segelintir rakyat Indonesia yang masih menyebarkan kandungan pornografi kerana mereka yakin faedah yang mereka dapati lebih lumayan berbanding hukuman yang dikenakan.

Terlepas hukuman

Contohnya, dalam kes Budi Han, suspek utama dalam kes penyebaran gambar bogel dan video melalui Internet dan VCD beberapa pelakon Indonesia, seperti Sarah Azhari, Rachel Maryam, and Femmy Permatasari pada tahun 2003 tidak dikenakan hukuman penjara kerana polis tidak menemui VCD asalnya.

Polis juga bersetuju melepaskannya daripada sebarang hukuman walaupun dia didapati bersalah pada masa itu.

Masalah implementasi undang-undang antipornografi Indonesia turut dicacatkan oleh sejumlah kumpulan penentang di Indonesia yang membantah undang-undang pornografi di Indonesia atas alasan ia menyekat kebebasan beragama seperti ia menyekat pelbagai etnik budaya mengamalkan aktiviti tradisi mereka.

Undang-undang berkenaan mendefinisikan pornografi sebagai sesuatu yang bersifat ketelanjangan. Justeru, bantahan dibuat dengan mengemukakan beberapa alasan antaranya ia bakal menimbulkan isu mengenai pemakaian wanita Jawa Barat ketika melakukan tarian japongan dan wanita yang mengamalkan pakaian seperti berkemban di Jawa Tengah dan Jawa Timur.

Bagaimanapun, apabila video seks yang melibatkan ketiga-tiga artis Indonesia iaitu Ariel Peterpan, Luna Maya dan Cut Tari tersebar, ia mula menimbulkan kebimbangan masyarakat terhadap pengaruhnya kepada orang ramai khususnya golongan muda.

Jika sebelum ini pejuang hak asasi manusia dan kebebasan media massa sering membantah sebarang tindakan pemerintah untuk menyekat pengedaran bahan yang tidak sesuai melalui Internet dan sebagainya, tetapi kini mereka juga yang melahirkan rasa bimbang mengenai pengedaran bahan sedemikian tanpa kawalan.

Lantaran itu pemerintah Indonesia memutuskan untuk menggubal undang-undang bagi mengawal pengedaran bahan di Internet supaya kesan negatifnya dapat dikurangkan kepada masyarakat.

Tahun lalu pemerintah Indonesia mengumumkan sekatan ke atas empat juta laman porno di Internet setelah menerima desakan masyarakat secara berterusan berhubung perkara itu sebagai usaha melindungi golongan remaja daripada pengaruh pornografi.

Sekatan akses itu meliputi semua laman yang mengandungi bahan pornografi seperti aksi persenggamaan normal mahupun yang di luar tabie, aksi bogel, penampilan visual alat kelamin dan simbol-simbol pornografi.

Menteri Komunikasi dan Informatika Tifatul Sembiring berkata, langkah itu selaras dengan kehendak undang-undang antipornografi Indonesia yang diluluskan pada 30 Oktober 2008.

"Pada masa ini, kira-kira 90 peratus laman porno sedang disekat aksesnya, kami akan melakukannya berperingkat-peringkat sehingga semuanya disekat," katanya pada sidang akhbar di Jakarta tahun lalu.

Suruhanjaya Perlindungan Anak Indonesia misalnya telah menyatakan bahawa penyebaran video porno artis popular dan selebriti Indonesia Ariel, Luna Maya dan Cut Tari telah mendorong penontonnya memperkosa 33 orang kanak-kanak.

"Sekatan akses itu akan dikekalkan walaupun selepas bulan Ramadan, selagi undang-undang antipornografi berkuat kuasa," katanya.

Sekatan itu akan membabitkan semua kata kunci dalam pencarian yang boleh dikaitan dengan seks seperti 'bogel' dan seumpamanya.

Namun, ekoran gelagat Arifinto minggu lalu, timbul persoalan apakah sekatan yang dijalankan itu signifikan ke atas masyarakat Indonesia apabila kandungan-kandungan pornografi masih boleh dicapai dengan mudah.

Populasi tertinggi

Pensyarah Fakulti Pendidikan dan Kaunseling, Universiti Malaya (UM), Profesor. Madya Dr. Jas Laile Suzana Jaafar berpendapat, kegagalan Indonesia mengawal penyebaran kandungan pornografi adalah disebabkan status negara berkenaan sebagai antara negara yang mempunyai populasi tertinggi di dunia.

"Walaupun undang-undang diwujudkan, sukar mengawal penyebaran maklumat di Indonesia yang mempunyai jumlah penduduk melebihi 200 juta dan pada masa yang sama mempunyai sistem maklumat yang canggih," katanya.

Menurut Jas Laile, Indonesia boleh dianggap sebagai negara yang liberal, baik dari segi agama, pengamalan budaya dan pemecahan etnik yang terlalu banyak.

"Tidak seperti di Malaysia, dalam perlembagaan termaktub bahawa Melayu itu muslim tetapi di Indonesia adalah sebaliknya.

"Kebebasan yang mereka miliki merupakan peluang yang luas untuk pengaruh negatif seperti pornografi meresap masuk ke dalam masyarakat mereka sehingga sukar dikawal oleh kerajaan," katanya.

Bagaimanapun, keberkesanan pelaksanaan undang-undang boleh diperbaiki sekiranya kerajaan bersikap lebih tegas seperti negara-negara maju yang mengenakan hukuman berat ke atas pesalah pornografi secara menyeluruh.

"Masalah penyebaran pornografi berlaku di semua negara, tidak terkecuali Malaysia. Selain undang-undang yang tegas, menjadi tanggungjawab individu, ibu bapa dan masyarakat itu sendiri untuk mempunyai kesedaran mengenai bahaya pornografi.

"Sekiranya kerajaan itu sendiri sukar mengawal penyebaran pornografi, pengawalan sepatutnya bermula di rumah. Ibu bapa harus memantau aktiviti anak-anak setiap kali mereka menggunakan komputer," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Jenayah

Posted: 14 Apr 2011 11:03 PM PDT

Utusan Online - Jenayah


Tiga maut kereta bertembung lori tangki

Posted:

Tiga maut kereta bertembung lori tangki

Tiga maut kereta bertembung lori tangki

Oleh KAMARUDIN HAMZAH
utusanterengganu@utusan.com.my


Beginilah keadaan kenderaan dinaiki lima pelajaran KIST yang remuk selepas bertembung dengan sebuah lori tangki minyak di Besut, semalam.


BESUT 14 April - Tiga pelajar perempuan di kampus utama Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) Bachok, Kelantan maut, manakala dua rakan mereka cedera parah apabila kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori tangki di Kampung Gerai dekat sini, pagi ini.

Mereka yang terbunuh ialah Nordiana Mohd. Nor, 22, berasal dari Johor; Zur Iras Zakaria, 19, dari Kampung Titian Atas Tol, Kuala Terengganu dan Nurul Shahidah Abdul Jabbar, 19 tahun dari Tanah Merah, Kelantan.

Dalam nahas kira-kira pukul 6 pagi itu, Nordiana (pemandu) dikatakan tersepit di kerusi pemandu, manakala Zur Iras tercampak keluar. Kedua-duanya mati di tempat kejadian.

Sementara Nurul Shahidah dari Tanah Merah pula meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Besut.

Dua mangsa yang cedera parah ialah Nur Adilah Mohd. Ghazali, 19, dari Tanah Merah, Kelantan dan Bazilah Abdullah, 19, dari Kampung Tiong Dalam, Kota Bharu, Kelantan. Mereka kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan.

Kesemua lima sahabat itu merupakan penuntut tahun dua jurusan kejururawatan di KIST Cawangan Bachok.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Suprintendan Noor Zainy Mohd. Nor berkata, kejadian berlaku sewaktu kereta yang dinaiki mangsa dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menuju Bachok.

Menurutnya, setiba di tempat kejadian, kereta berkenaan cuba memotong kenderaan lain di depannya tetapi gagal lalu bertembung dengan lori tangki minyak tersebut.

"Sejurus kenderaan itu bertembung, lori tanpa muatan terlibat yang dipandu oleh Khairi Ayob, 43, kemudian turut merempuh pokok dan sebuah wakaf di tepi jalan sebelum terhumban ke dalam parit di situ," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, pemandu lori itu yang ketika kejadian dalam perjalanan untuk mengisi minyak di Kerteh, Kemaman hanya cedera ringan dan dia dirawat di Hospital Besut.

Sementara itu, lima pelajar berkenaan yang tinggal di Asrama Muiz Dalam Rhu di Pasir Puteh, Kelantan itu dikatakan menaiki kereta milik rakan mereka untuk pergi bersiar-siar di bandar Kuala Terengganu kira-kira pukul 9 malam tadi.

Rakan mangsa, Norasyikin Nasri, 19, berkata, pada mulanya, dia dan rakannya, Nur Amirah Shamsudin, 20, berbincang untuk bersama-sama Nordiana ke Kuala Terengganu, namun mengubah fikiran di saat akhir sebelum diganti oleh Nurul Shahidah dan Zur Iras.

"Pagi ini, saya terima panggilan telefon mengatakan mereka kemalangan dan pada awalnya saya anggap kemalangan biasa saja, namun sebaik tiba di hospital, rupa-rupanya tiga rakan saya sudah 'tiada'," katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Besut di sini.

Polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Faisal Deros melalui talian telefon 0133293760.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lelaki bakar diri koma, dua anak bedah kulit

Posted:

Lelaki bakar diri koma, dua anak bedah kulit

Lelaki bakar diri koma, dua anak bedah kulit

ALOR SETAR 14 April - Lelaki yang bertindak membakar diri di Kampung Ruat, Yan di sini semalam masih dalam keadaan kritikal manakala dua anak lelakinya yang turut melecur terkena api kian stabil.

Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Datuk Dr. Juita Ghazali berkata, Zinol Ismail, 51, melecur hampir keseluruhan badannya.

"Dua anaknya, Badrul Amin, 14, dan Amirul Hadi, 12, terpaksa menjalani pembedahan minggu depan untuk memulihkan semula kulit yang melecur. Bapa mereka masih belum stabil dan pihak hospital masih memantau rapi keadaannya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 7.15 pagi semalam, Zinol yang mempunyai rekod sakit mental dan pernah dua kali menerima rawatan di hospital membakar diri menggunakan petrol.

Dua anaknya yang berada di rumah ketika kejadian turut melecur di badan kerana ingin menyelamatkan bapa mereka.

Sementara itu isteri Zinol, Salma Saad, 47, berkata, dua anaknya sering bertanyakan keadaan bapa mereka.

"Saya hanya mampu menjawab bapa mereka masih dirawat dan keadaannya teruk. Suami saya masih tidak sedarkan diri," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Politik

Posted: 14 Apr 2011 11:03 PM PDT

Utusan Online - Politik


Tolak calon kitar semula

Posted:

Tolak calon kitar semula

Tolak calon kitar semula

KUCHING 14 April - Rakyat negeri ini perlu mengingatkan diri sendiri bahawa setiap daripada mereka mempunyai tanggungjawab besar untuk memilih kerajaan yang baik pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 Sabtu ini.

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, mereka juga perlu menjadikan iktibar daripada pengalaman rakyat di negeri yang dikuasai pembangkang, apabila ditindas dan juga ditipu dengan 1,001 janji palsu.

Justeru, katanya, beliau berharap rakyat Sarawak akan menjadikan peristiwa berkenaan sebagai penentu undian untuk menentukan masa depan mereka.

"Pada masa yang sama, mereka perlu menolak calon kitar semula yang diketengahkan pembangkang terutamanya Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Baru Bian, termasuk muka-muka kalah dalam pilihan raya lalu, selain calon yang tidak diketahui kewujudan mereka dalam dunia politik," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan majlis pelancaran Projek Jalan Akses Pusat Pertumbuhan Desa (RGC) Opar di Kampung Stungkor Baru dekat Lundu.

Dalam pada itu, Abdul Taib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata, parti itu tidak pernah melakukan amalan diskriminasi dalam pemilihan calon seperti yang sering diapi-apikan pembangkang.

Sebaliknya, kata beliau, BN mengutamakan dan mengambil kira kepentingan semua kaum di negeri ini, berbeza dengan pembangkang yang tidak sepakat dalam soal pengagihan kerusi mahu pun pemilihan calon mereka.

Selain itu, katanya, BN amat mementingkan kesatuan sebagai pendekatan untuk meyakinkan rakyat bahawa parti tersebut bersedia untuk menggalas tanggungjawab yang lebih besar bagi melonjakkan Sarawak ke arah pembangunan yang lebih tinggi.

"Oleh itu, adalah mustahak bagi rakyat Sarawak untuk melihat apa yang ditawarkan BN yang terbukti berjaya dan tidak berhadapan dengan masalah.

"Ini kerana dari segi pembahagian kerusi dan siapa yang harus jadi calon, kita sudah ada formula yang telah wujud sekian lama dan masih berkesan sehingga kini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DAP dibidas labelkan SUPP parti Orang Utan

Posted:

DAP dibidas labelkan SUPP parti Orang Utan

DAP dibidas labelkan SUPP parti Orang Utan

KUCHING 14 April - Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas tindakan DAP kerana melabelkan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) yang dianggotai orang Cina di negeri ini sebagai parti Orang Utan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan itu amat menghina sedangkan terdapat tataetika yang perlu digunakan dalam sistem demokrasi di negara ini.

Beliau tidak menolak kemungkinan perbuatan itu disebabkan oleh SUPP kembali meraih sokongan masyarakat Cina di negeri ini sehingga merunsingkan DAP.

"Kadang-kadang lebih banyak dia kata sebegitu (menghina), lebih banyak malang yang menimpa DAP, jadi terserah kepada pengundi untuk membuat penilaian.

"Label itu tidak seharusnya mempengaruhi fikiran pengundi sehingga mereka beranggapan kalau memilih SUPP yang mewakili Barisan Nasional (BN), mereka tidak membuat keputusan yang baik," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Ramah Mesra di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Sungai Apong di sini hari ini.

Beberapa hari lalu, Ketua Publisiti DAP pusat, Dr. Hew Kuan Yau dalam ceramahnya melabelkan SUPP sebagai parti Orang Utan sehingga lima calon parti itu, Sim Kiang Chiok (Padungan), Dr. Sim Kui Hian (Pending), Sih Hua Tong (Batu Lintang), Datuk Alfred Yap (Kota Sentosa) dan Tan Joo Phoi (Batu Kawah) bersama 300 penyokong mengadakan perarakan bantahan semalam.

Mereka yang membawa pemidang berbunyi Orang Sarawak Bukan Orang Utan dan Politikus Semenanjung Jangan Hina Orang Sarawak kemudian menyerahkan surat bantahan yang diterima oleh Setiausaha DAP negeri, Chong Chieng Jen.

Menjawab satu soalan pemberita, Muhyiddin tidak menolak kemungkinan parti pembangkang akan melakukan apa sahaja termasuk menakutkan pengundi apabila mereka terdesak dengan mengimport jentera dari Semenanjung.

Namun beliau melahirkan keyakinan bahawa budaya samseng seperti itu tidak akan diterima pengundi negeri ini.

"Mungkin tujuan mereka untuk menakut-nakutkan, kalau kawasan tidak mirip (sokong) kepada mereka, mereka akan cuba buat kacau.

"Tetapi saya yakin dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis yang telah membuat kenyataan bahawa keadaan adalah selamat." katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pahang

Posted: 14 Apr 2011 07:45 PM PDT

Utusan Online - Pahang


Felcra nafi keluarkan borang

Posted:

Felcra nafi keluarkan borang

Felcra nafi keluarkan borang

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my

TEMERLOH 14 April - Felcra Berhad Kerdau menafikan borang kemasukan peserta baru di peringkat empat ladangnya telah habis diedarkan baru-baru ini.

Pengurus Gugusan Felcra Berhad Kerdau, Yahaya Bokhari berkata, pihaknya tidak mengetahui borang yang telah diedarkan kerana belum lagi menerima arahan pihak atasan.

"Felcra baru sahaja membersihkan serta menanam sawit di ladang seluas 324 hektar sejak empat tahun lepas. Ia belum mengeluar hasil, bagaimana borang hendak dikeluarkan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas khabar angin mengenai pengedaran secara meluas borang kemasukan peserta baru di ladang Felcra Gugusan Kerdau.

Yahaya berkata, berita tersebut tidak tepat serta penyebarannya bertujuan menjadikan orang ramai bimbang dan terkeliru sekali gus menjejaskan nama baik agensi tersebut.

Sehubungan itu, beliau menasihat orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan penyebaran khabar angin tersebut, sebaliknya menghubungi pengurusan Felcra negeri, wilayah atau rancangan untuk mendapat maklumat tepat.

Menurutnya, hanya pengurusan Felcra negeri dan pusat yang berhak membuat arahan untuk pengeluaran borang kerana ia bertanggungjawab mencetak dan mengedar borang terbabit.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Manfaatkan pertanian ubah kehidupan

Posted:

Manfaatkan pertanian ubah kehidupan

Manfaatkan pertanian ubah kehidupan

JERANTUT 14 April - Kerajaan negeri boleh menarik balik kediaman dan lot tanah peserta Program Pembangunan Masyarakat Setempat (PPMS) Kampung Bukit Rang di sini jika mereka gagal menunjukkan prestasi untuk mengubah kehidupan mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail berkata, program itu bertujuan membasmi kemiskinan penduduk luar bandar selain pembangunan modal insan generasi baru menerusi peluang pendidikan.

''Oleh itu, mereka yang terpilih perlu bersyukur dan proaktif mengubah kehidupan menerusi sektor pertanian, vokasional dan pendidikan," katanya selepas majlis perjumpaan dan penyerahan Projek Program Peningkatan Pendapatan kepada penduduk PPMS di balai penghulu Simpang Pulau Tawar di sini, baru-baru ini.

Ahmad Shukri turut meminta penduduk mengubah pemikiran dengan merebut peluang dalam sektor pertanian yang disediakan oleh kerajaan negeri supaya matlamat kemiskinan sifar di negeri ini tercapai.

Katanya, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM700,000 untuk projek tanaman pisang berangan yang diusahakan oleh 50 penduduk miskin di bawah program tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jalan berlubang ke Taman Negara

Posted:

Jalan berlubang ke Taman Negara

Jalan berlubang ke Taman Negara


LALUAN berlopak dan tar yang rosak masih belum dibaiki di jalan Jerantut ke Taman Negara Kuala Tahan berdekatan Felda Sungai Retang, Tembeling, Pahang


SAUDARA Pengarang,
Saya merupakan seorang pengunjung tempatan yang kerap ke Taman Negara Kuala Tahan kerana ia adalah destinasi pelancongan berdekatan dengan rumah.

Saya begitu tertarik serta berterima kasih kepada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan menyediakan pelbagai kemudahan asas untuk pelawat domestik dan pelancong Barat.

Tetapi, apa yang menjengkelkan ialah jalan raya yang menghubungkan ke Taman Negara dari bandar Jerantut kerap berlaku kerosakan dan tidak diselenggarakan secara berjadual.

Keadaan tar pecah, lubang yang dalam dan berlopak digenangi air hujan, antara senario yang cukup membosankan di kalangan pemandu kenderaan dan pelawat.

Fenomena itu mengundang rasa tidak selesa ketika melalui laluan berdekatan persimpangan masuk dari Jerantut Feri hingga ke Felda Padang Piol.

Kesulitan yang sama dihadapi oleh pemandu apabila melalui jalan Felda Sungai Retang dan Kampung Merting didapati jalan rosak, berlubang dan tompokan najis haiwan.

Jalan yang berlubang menyebabkan kerap kerosakan rim kenderaan dan membahayakan penunggang motosikal pada waktu malam.

Saya pernah terbaca di beberapa akhbar beberapa tahun lalu apabila seorang Exco kerajaan negeri memberitahu bahawa jalan Jerantut ke Taman Negara melalui Felda dan perkampungan tradisional di Tembeling Tengah akan diwartakan sebagai jalan pelancongan.

Diminta kerajaan negeri segera menyelenggarakan projek membaik pulih laluan berkenaan untuk menjamin perkhidmatan dalam sektor pelancongan bertambah baik.

MAN HULU

Jerantut

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Mahkamah

Posted: 14 Apr 2011 07:11 PM PDT

Utusan Online - Mahkamah


Pasangan warga asing tarik balik saman JAIK, MAIK, kerajaan Kedah

Posted:

Pasangan warga asing tarik balik saman JAIK, MAIK, kerajaan Kedah

Pasangan warga asing tarik balik saman JAIK, MAIK, kerajaan Kedah

ALOR SETAR 14 April - Pasangan suami isteri warga Amerika Syarikat hari ini menarik balik saman yang difailkan terhadap Jabatan Hal Ehwal Islam Kedah (JAIK), Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) dan Kerajaan Negeri Kedah tiga tahun lalu

Randal Kit Barnhart, 67, dan Carole Joanne Barnhart, 66, yang merupakan pelayar memfailkan writ saman pada 4 Jun 2008 terhadap ketiga-tiga pihak itu kerana didakwa menceroboh serta menyerbu kediaman mereka di Kondominium Lagenda, Kuah, Langkawi tanpa sebab pada 14 Oktober 2006.

Peguam JAIK dan Kerajaan Negeri Kedah, Rafiah Yusuf berkata, Hakim Mahkamah Tinggi, See Mee Chun membuat keputusan di kamar beliau untuk membenarkan permohonan pasangan itu membatalkan kes tanpa kebebasan untuk memfailkan semula dan tanpa perintah bagi kos.

Pasangan itu yang tidak hadir ke mahkamah hari ini diwakili oleh peguam Foong Chee Keen.

Dalam saman mereka, pasangan itu menuntut pampasan RM4,315 daripada defendan sebagai kos penerbangan mereka ke Amerika Syarikat serta ganti rugi teladan dan kos-kos lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Dalam kejadian 14 Oktober 2006 itu, Barnhart dan isterinya, Carole mendakwa, enam pegawai jabatan agama Islam mengetuk pintu kondominium mereka pukul 2 pagi.

Pasangan itu pada mulanya dikatakan enggan membenarkan rumah mereka diperiksa, tetapi selepas enam pegawai itu bertindak agresif mereka terpaksa mengalah.

Pasukan pegawai agama itu melakukan serbuan tersebut selepas mereka mengesyaki terdapat kegiatan tidak bermoral di situ.

Malah dakwa Barnhart lagi, sebelum meninggalkan rumahnya, seorang pegawai itu meminta untuk melihat isterinya, termasuk mendesak supaya dia menunjukkan sijil perkahwinan dan pasport mereka.

Berikutan kejadian itu, Barnhart mahukan surat permohonan maaf dari jabatan agama dan surat jaminan agar mereka tidak diganggu lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kes 7 lanun Somalia ke Mahkamah Tinggi

Posted:

Kes 7 lanun Somalia ke Mahkamah Tinggi

Kes 7 lanun Somalia ke Mahkamah Tinggi

KUALA LUMPUR 14 April - Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan kes tujuh lanun Somalia yang didakwa melepaskan tembakan ke arah pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di atas kapal dagang Bunga Laurel dengan niat merompak di perairan Oman pada Januari lalu, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Majistret Siti Shakirah Mohtarudin memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Abazafree Mohd. Abbas agar kes itu disebut di Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun, beliau tidak menetapkan sebarang tarikh sebutan.

Tertuduh-tertuduh terdiri daripada Ahmed Othman Jamal, 25, Abdil Eid Hasan, 20, Koore Mohamed Abdile, 18, Abdi Hakim Mohd. Abdi, 18, dan tiga remaja lain yang masing-masing berusia 15 tahun.

Kesemua lelaki tersebut didakwa melepaskan tembakan ke arah ATM dengan niat untuk mendatangkan kematian atau kecederaan bagi tujuan rompakan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di atas kapal dagang Bunga Laurel di koordinat Latitud 20' 14.73N Longitud. 083' 39.96E, 250 batu nautika (436 kilometer) dari perairan Oman antara pukul 8.10 malam dan 10 malam, 20 Januari lalu.

Pendakwaan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971 (Penalti Lebih Berat) dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

Menurut laporan akhbar, dalam kejadian itu, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya menahan tujuh lanun berkenaan manakala tiga daripadanya cedera selepas dua jam berbalas tembakan dengan pasukan tentera tersebut.

Misi menyelamat itu dilakukan bersama kapal auxiliary (bantuan dan tugas-tugas khas) TLDM, Bunga Mas 5 yang terlibat dalam Operasi Fajar bagi memberi perlindungan kepada kapal MT Bunga Laurel ketika melalui perairan Teluk Aden.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Rencana

Posted: 14 Apr 2011 03:27 PM PDT

Utusan Online - Rencana


Moral seorang pemimpin

Posted:

Moral seorang pemimpin

Moral seorang pemimpin

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

''Saya juga akan memperbaiki diri dengan membaca al-Quran, mendapatkan nasihat guru agama, menderma kepada golongan miskin dan berbuat perkara baik bagi mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat.'' Itulah kata-kata yang dilafazkan oleh Ahli Parlimen Parti Keadilan Sejahtera (PKS), Arifinto ketika mengumumkan peletakan jawatannya selepas didapati menonton video lucah semasa persidangan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Indonesia, Jumaat lalu.

Mungkin Arifinto telah melakukan kesilapan, namun dengan keinsafan yang beliau tunjukkan seharusnya menjadi pengajaran kepada semua individu yang bergelar pemimpin. Tetapi malangnya tidak semua pemimpin mahu mencontohi Arifinto atau mana-mana pemimpin di dunia terutamanya di Jepun dan Korea yang bersedia meletakkan jawatan apabila dikaitkan dengan satu skandal atau dakwaan. Ada di kalangan pemimpin yang lebih bersedia berkonfrantasi dan bermati-matian mempertahankan dirinya.

Dia menjelajah ke seluruh negara mendakwa dirinya dianiaya, menjadi mangsa fitnah dan kezaliman politik pihak tertentu. Namun apa yang menjadi persoalan segala pintu yang dibuka bagi membolehkan dia membersihkan namanya ditolak mentah-mentah.

Sebaliknya, dia lebih cenderung hendak menyeret rakyat untuk bersama-sama menyokongnya atas alasan dia dizalimi, kesudahannya negara boleh menjadi kucar-kacir dan tidak tenteram.

Rasulullah SAW bersabda: ''Tidaklah seorang pemimpin mempunyai perkara kecuali ia akan datang dengannya pada hari kiamat dengan keadaan terikat, entah ia akan diselamatkan oleh keadilan, atau akan dijerumuskan oleh kezalimannya." (Riwayat Baihaqi dari Abu Hurairah dalam kitab Al-Kabir).

Mungkin bagi pemimpin yang berkenaan, dia berasa berhak untuk mempertahankan diri tetapi dalam masa yang sama dia juga perlu faham bahawa rakyat juga berhak mempunyai penilaian yang betul sama ada seseorang itu layak atau tidak menjadi pemimpin. Dalam soal ini, kita perlu memahami bahawa moral memainkan peranan yang cukup penting sebelum seseorang itu disanjung sebagai pemimpin.

Sebab itulah rakyat tidak harus terpedaya dengan 'lakonan' oleh mana-mana juga individu bergelar pemimpin yang dilihat sering sahaja berdolak-dalik dalam menjawab sesuatu dakwaan melibatkan dirinya. Jika rakyat merasakan apa yang mereka ketahui itu satu kebenaran maka mereka perlu mengakuinya dengan membuang segala sifat taksub apatah lagi simpati.

Ia bersesuaian dengan pesanan Rasulullah SAW melalui sabda baginda yang bermaksud ''Rasa takut (segan) terhadap manusia jangan sampai menghalangi kamu untuk menyatakan apa yang sebenarnya jika memang benar kamu melihatnya, menyaksikannya atau mendengarnya."

Kita juga perlu berfikir dengan bijak apabila ada pihak berhujah bahawa Islam melarang membuka aib sesama Islam. Sudah tentulah sebagai orang Islam kita mengakuinya kerana perkara itu sudah dinyatakan di dalam al-Quran dan juga hadis Rasulullah SAW. Tetapi dalam Islam juga membenarkan kemungkaran yang dilaksanakan oleh seseorang pemimpin itu didedahkan.

Ini bagi mengelakkan mereka terpedaya dengan sandiwara mana-mana pemimpin yang zahirnya dilihat begitu baik dan bersih berikutan kebijaksanaannya berkata-kata dan memutar belit fakta. Penyelewengan oleh seseorang pemimpin dalam apa juga perkara termasuk moral perlu didedahkan kepada masyarakat. Langkah itu akan membolehkan orang ramai menghindari pemimpin tersebut daripada dipilih dan digantikan dengan pemimpin lain yang amanah terhadap Islam dan rakyat.

Ini bermakna tindakan mendedahkan kesalahan pemimpin itu adalah kerana ingin mengelakkan masyarakat daripada ditimpa kejahatan akibat perbuatan pemimpin berkenaan. Renungkanlah sejarah Islam dahulu bagaimana ketika zaman Khalifah Islamiah, seseorang boleh mendedahkan kepada khalifah keburukan para menteri yang berada di bawah pimpinannya.

Melalui cara sedemikian menteri atau pemimpin yang terlibat boleh ditegur atau digantikan dengan orang lebih baik. Begitulah juga kedudukan kita sekarang, moral perlu menjadi perhitungan paling penting dalam kita menentukan siapa yang harus kita ikuti sebagai pemimpin. Jangan sampai kerana ketaksuban kepada seseorang pemimpin itu, kita menolak segala fakta yang menjurus kepada kebenaran dan menegakkan keadilan.

Pada masa ini, kita sudah lihat ada sekelompok manusia yang begitu taksub. Mereka membutakan mata dan menutup telinga bagi mendengar kebenaran. Mereka membuat andaian segala yang berlaku adalah satu konspirasi dan bermotifkan politik tetapi dalam masa yang sama enggan memberi ruang kepada usaha mencari kebenaran itu.

Jika benar mereka mahukan pemimpin yang mereka sayangi itu diangkat sebagai pemimpin tertinggi dan percaya bahawa dia tidak melakukan perbuatan keji, maka sokonglah usaha bagi membersihkan namanya. Kita harus ingat dalam Islam amanah memilih pemimpin bukanlah satu perkara yang ringan. Jika kita tersilap memilih pemimpin, kita boleh dikategorikan melakukan khianat kepada Allah, Rasul-Nya dan kaum mukminin.

Sebab itulah, Rasulullah SAW memberikan peringatan melalui sabda baginda bermaksud: "Barangsiapa memilih seseorang menjadi pemimpin untuk suatu kelompok, yang di kelompok itu ada orang yang lebih diredai Allah daripada orang tersebut, maka ia telah berkhianat kepada Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman."

Atas sebab itulah, apabila pemimpin yang kita sanjung berhadapan dengan sesuatu dakwaan, kita janganlah mudah melatah sehingga menutup pintu kebenaran dengan ketaksuban.

Berpeganglah kepada peringatan Rasulullah SAW bahawa kebenaran pasti mengalahkan kebatilan. Mereka juga tidak harus lupa bahawa Allah SWT mengingatkan kita bahawa manusia hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya.

Justeru sejauh mana pun manusia merancang menjatuhkan seseorang pemimpin tetapi selagi pemimpin itu berada di jalan yang benar, dia tidak akan takut kepada usaha berkenaan kerana sesungguhnya orang yang benar itu sentiasa diberkati dan dilindungi Allah SWT. Tetapi apa yang kita saksikan sekarang ada pemimpin yang terus bersandiwara di pentas alam fana ini dan mungkin mereka mampu memperdayakan manusia tetapi hanya Allah SWT yang maha mengetahui apa yang terjadi di langit dan di bumi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nabi Muhammad SAW laknat pemberi, penerima rasuah

Posted:

Nabi Muhammad SAW laknat pemberi, penerima rasuah

Nabi Muhammad SAW laknat pemberi, penerima rasuah

Oleh Aziz Jamaludin Mhd Tahir

PERKATAAN 'rasuah' berasal daripada perkataan Arab, 'al-risywah'. Dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu.

Di negara ini, dari segi undang-undang, semua perbuatan 'memberi dan menerima suapan' adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah.

Rasuah bukanlah satu fenomena baru. Ia suatu fenomena universal tanpa batasan waktu dan tempat. Tiada negara boleh mendakwa bebas daripada jenayah rasuah. Kewujudannya bermula sejak sejarah peradaban manusia yang dinodai oleh sifat-sifat tamak dan haloba. Rasuah merupakan satu jenayah berat yang mudah menular ke dalam sistem hidup masyarakat.

Membanteras gejala rasuah di dalam masyarakat adalah satu jihad sosial yang sangat utama demi keadilan yang dituntut oleh Allah SWT. Perbuatan ini dengan sendirinya mencemar Islam dan negara. Mereka bukan sahaja pengkhianat kepada rakyat, malah mereka telah mengakibatkan agama Islam tercela dan negara musnah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Pemberi rasuah dan penerima rasuah masuk neraka."

Rasuah terus bermaharajalela, amaran Nabi SAW tidak sedikitpun menakutkan mereka. Tetapi buat mereka yang imannya sudah diselaputi oleh serakah duniawi, sabda Rasulullah SAW itu tidak akan mencecah ke hati nuraninya. Rasulullah SAW juga meramalkan akan datang muncul satu zaman yang mana manusia menjadikan wang sebagai berhala mereka.

Setiap kepingan wang atau dolar menjadi agama mereka. Perut-perut mereka menjadi tuhan-tuhan mereka. Perempuan-perempuan mereka menjadi kiblat mereka. Imam mereka sudah hilang kecuali namanya sahaja. Seks menjadi tumpuan mereka. Kemuliaan seseorang itu akan diukur berdasarkan kekayaannya.

Dalam hal ini, terdapat banyak hadis sahih yang menunjukkan baginda melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah. Rasuah adalah satu daripada dosa besar manakala rasuah paling keji dan besar dosanya ialah rasuah berkaitan hukum. Ini kerana hukum ditetapkan oleh Allah SWT, sementara manusia hanya pelaksana.

Dalam konteks rasuah di Malaysia, paling banyak kita menerima laporan ialah mengenai salah laku penjawat awam kerana seolah-olah mereka sahaja yang bersalah dalam hal ini. Sebenarnya, yang patut juga dipersalahkan ialah tangan yang memberi kerana dalam sistem persaingan, mereka sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai hasrat dan tujuan.

Persoalan yang melingkari penjawat awam, misalnya dalam kes yang melibatkan negara kehilangan lebih satu bilion ringgit ekoran masalah kutipan cukai oleh pihak berkuasa kastam memberikan gambaran seolah-olah penjawat awam sahaja yang bersalah. Penjawat awam dikatakan menerima sejumlah wang bagi memberikan laluan kepada kemasukan barangan yang diisytiharkan cukai yang rendah ataupun dilepaskan begitu sahaja.

Seharusnya pihak SPRM perlu juga membuat penyiasatan mendalam mengenai kejujuran syarikat atau orang perseorangan yang membawa masuk barangan tersebut. Tanpa membuat siasatan dan bertindak mengenakan hukuman yang berat ke atas syarikat terbabit, maka semakin lama akan menyebabkan penjawat awam terasa seolah-olah mereka terus dijadikan kambing hitam dalam usaha kerajaan menghapuskan gejala rasuah dalam masyarakat.

Perlu juga disiasat secara jelas apakah motif sebenar sesebuah syarikat yang banyak bertindak sebagai 'philanthropist' atau dermawan dengan mengeluarkan bantuan dan tajaan dalam jumlah yang besar kepada sesebuah badan sukarela ataupun pertubuhan. Apakah syarikat-syarikat itu benar-benar ikhlas sebagai memenuhi tanggungjawab sosialnya?

Perbuatan rasuah sejak permulaan sejarah lagi sudah berlaku. Rasuah datang dalam pelbagai kaedah. Ada melalui acara permainan golf, janji pakej umrah malah tidak keterlaluan rasuah menggunakan wanita cantik untuk memperoleh sesuatu perkara yang dihajatinya, selain menggunakan wang dan menaja percutian mewah seseorang. Kebiasaannya, orang yang dijadikan sasaran ialah mereka yang mempunyai kedudukan atau ada kuasa membuat keputusan berhubung dengan apa yang diinginkan itu.

Contoh klasik mengenai perkara ini boleh kita lihat melalui hubungan cinta antara Samson dan Delilah. Samson merupakan seorang panglima besar dan tidak mampu dikalahkan oleh sesiapa. Disebabkan ketaksubannya terhadap kecantikan Delilah, mereka akhirnya terjerat dengan kesilapan sendiri. Samson mendedahkan kelemahan yang ada pada dirinya, iaitu rambutnya yang panjang dan tidak pernah digunting.

Mengetahui kelemahan tersebut, pada suatu hari ketika Samson tertidur di pangkuan Delilah, rambutnya digunting. Selepasnya kekuatan Samson menjadi lemah, dan ketika itulah seluruh kerajaan yang dipimpin oleh Samson jatuh dan menjadi milik penduduk Palestin. Legenda itu kemudiannya dijadikan asas permusuhan antara Islam dan Kristian sehingga menerbitkan rasa marah yang mendalam. Legenda itu kemudiannya dibangkitkan kembali oleh tentera Perang Salib untuk membunuh kekuatan empayar Islam.

Menurut anggaran terbaru, negara dikatakan mengalami kerugian besar jika gejala rasuah tidak dapat dibendung. Baru-baru ini didedahkan pula lebih RM1 bilion telah berlegar dalam kelompok tertentu sehingga menyebabkan SPRM membuat sasaran untuk mendapatkan kembali RM3 bilion menerusi siasatan yang melibatkan kakitangan kastam secara besar-besaran. Lebih enam puluh orang telah disiasat dan sebahagian besar sedang menunggu untuk didakwa di mahkamah.

Kesedaran mengenai keburukan rasuah yang dikempenkan setiap masa nampaknya kurang memberi kesan menyeluruh. Dengan menjadikan penjawat awam sebagai sasaran utama, ia tidak boleh dilihat sebagai sesuatu yang bermaruah, kerana puncanya masih belum dapat dibasmi sepenuhnya.

Disebabkan rekayasa perniagaan moden memerlukan persaingan, maka syarikat yang inginkan projek kerajaan sanggup memperuntukkan sebahagian kecil wang untuk melobi dan belanja keraian tertentu asalkan projek itu menjadi miliknya.

Senario ini perlu diselidiki secara mendalam jika kita ingin menghapuskan rasuah. Persoalan rasuah adalah tidak sama dengan tanggapan apabila penawaran menjadi lebih kecil manakala permintaan semakin meningkat, menyebabkan perlumbaan menjadi sengit. Asas persaingan adalah membentuk suasana pertandingan yang sihat, tetapi tentunya ada muslihat lain di sebalik persaingan tersebut. Inilah yang seharusnya dibasmi secara menyeluruh oleh SPRM ataupun pihak berkuasa.

Seseorang penjawat awam yang dikaitkan dengan rasuah haruslah diurus dengan baik dan tidak menjadikan mereka berada dalam tekanan yang melampau. Kemungkinan rasa tertekan yang dialami oleh mereka yang tertuduh menyebabkan lebih menyakitkan hati penjawat awam apabila mereka dibawa ke balai polis dengan tangan bergari. Mereka seharusnya diberikan layanan yang mesra, dan cara siasatan yang tidak menyebabkan tertuduh terasa bagaikan berada dalam suasana aib yang besar.

Persoalan mengurus mereka yang tertuduh perlu dilaksanakan secara berhemah. Meskipun mempunyai bukti, tetapi sebenarnya berdasarkan undang-undang, selagi mahkamah belum membuat keputusan bersalah, maka tertuduh perlu dilayan sebaik mungkin.

Pihak yang mengurus usaha membanteras rasuah sepatutnya juga dapat mencari bukti untuk mendakwa mereka yang memberi rasuah. Pemberi rasuah perlu dikenakan hukuman lebih berat berbanding mereka yang menerima. Jika pemberi rasuah dikenakan hukuman lebih berat, bermakna intensiti penjawat awam melakukannya adalah kecil kerana tidak ada pihak terlalu terdesak meminta untuk diberikan kelonggaran atau pelenturan undang-undang.

Semua pihak perlu memperkuatkan iktikad dan memasang semangat untuk membanteras rasuah. Orang politik jangan menjadi kumpulan pendesak yang kuat kerana teladan yang diperoleh penjawat awam membekas dalam karier mereka sendiri.

DATUK AZIZ JAMALUDIN MHD TAHIR

Yang Dipertua Yayasan Dakwah

Islamiah Malaysia

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Kota

Posted: 14 Apr 2011 11:45 AM PDT

Utusan Online - Kota


Simpang tiga undang maut

Posted:

Simpang tiga undang maut

Simpang tiga undang maut

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusangroup.com.my


Persimpangan Jalan Sungai Choh-Rawang yang didakwa merbahaya. - utusan/Yazid Mustafa (pelatih cybernetic)


HULU SELANGOR 13 April - Semata-mata kerana enggan membuat pusingan U, pemandu van sekolah sanggup menggadaikan keselamatan penumpangnya dengan memandu menentang arus di Jalan Sungai Choh-Rawang di sini.

Perbuatan itu turut dilakukan oleh pengguna kenderaan lain, termasuk penunggang motosikal tanpa memikirkan keselamatan diri dan orang lain.

Mereka memulakan aksi berbahaya itu dengan memandu menentang arus Jalan Sungai Choh-Rawang dari simpang Jalan Sungai Choh- Sungai Buaya.

Ini dilakukan kerana mereka enggan menghabiskan sedikit petrol untuk berpatah balik ke laluan berkenaan dan masuk ke kampung berdekatan melalui pusingan U yang terletak kira-kira 500 meter dari persimpangan itu.

Tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi itu baru-baru ini mendapati tindakan pengguna 'berani mati' itu jelas mengundang risiko kemalangan memandangkan kenderaan sentiasa bertali arus.

Selain itu, pelajar yang berjalan kaki turut melintas jalan yang sibuk itu sedangkan hanya kira-kira 50 meter daripada persimpangan tersebut terdapat sebuah jejantas yang boleh mereka gunakan.

Tindakan berani mati mereka melintas jalan untuk di waktu kenderaan lain berpusu-pusu pergi dan balik kerja sama ada dari arah Sungai Buaya, Serendah mahupun pusat

Bandar Rawang didakwa berlaku terutama pada waktu puncak.

Tinjauan mendapati selain tidak ada laluan khas pejalan kaki di persimpangan tersebut, jarak yang terpaksa mereka lalui daripada sekolah ke persimpangan itu agak jauh dan tidak menolak kemungkinan mereka sudah keletihan.

Lebih-lebih lagi apabila hendak menggunakan jejantas mereka terpaksa pula melencong jauh sebelum berpatah balik ke rumah yang terletak di kawasan perkampungan berhampiran persimpangan itu.

Alias Omar, 35, yang sering menggunakan laluan itu tidak menafikan sering berhadapan kesesakan di persimpangan itu.

Dia yang tinggal di Sungai Buaya untuk ke tempat kerjanya di Cheras Baru mengakui melalui jalan itu seawal pukul 7 pagi ketika pelajar-pelajar-pelajar hendak ke sekolah.

"Keadaan jalan di sini memang sesak, kerana pertembungan pelajar-pelajar ke sekolah dan mereka yang berkenderaan untuk ke tempat kerja," katanya.

Seorang penduduk berhampiran, Naksabandi Taib, 49, mengakui persimpangan jalan tersebut memang sibuk kerana menjadi laluan utama kepada mereka yang tinggal di Sungai Buaya dan Serendah untuk ke Rawang, begitu juga sebaliknya.

Katanya, dia lebih melihat faktor saiz jalan sebagai punca kepada kesesakan di situ dan berharap pihak bertanggungjawab dapat mempertimbangkan agar kerja-kerja melebarkan jalan di kawasan berhampiran dilaksanakan demi memastikan keselesaan dan kemudahan pengguna.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Polis Selangor laksana persempadanan semula

Posted:

Polis Selangor laksana persempadanan semula

Polis Selangor laksana persempadanan semula


A. THAIVEEGAN (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang Majlis Perbarisan Kor Kadet Polis Ke-41 negeri Selangor di Klang, semalam.


KLANG 13 April - Polis negeri ini sedang merancang melakukan persempadanan semula kawasan pentadbiran setiap balai polis di negeri ini.

Proses persempadanan semula itu bertujuan meningkatkan mutu perkhidmatan pasukan selaras dengan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam mengurangkan jenayah.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk A. Thaiveegan berkata, dengan persempadanan semula itu pihaknya akan mengenal pasti mana-mana kawasan yang boleh ditambah balai dan pondok polis baru.

"Pembinaan balai dan pondok baru ini memerlukan peruntukan kewangan dan lokasi sesuai sebelum boleh dibina.

"Pihak polis telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan perkara itu yang melibatkan seluruh Ibu Pejabat Polis Daerah di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perbarisan Kor Kadet Polis Ke-41 peringkat negeri 2011 yang dihadiri kira-kira 1,000 pelajar di Stadium Sultan Suleiman, di sini hari ini.

Pada majlis sama, Thaiveegan turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi platun perbarisan terbaik, pegawai kadet terbaik dan johan keseluruhan terbaik.

Hadir sama semua ketua-ketua polis daerah negeri dan pemangku Pengarah Pelajaran Negeri, Mahmod Karim.

Mengulas mengenai surat pembaca di ruangan Forum Utusan Malaysia hari ini dari Morib yang memohon agar diwujudkan sebuah balai polis atau pondok polis di Morib, Thaiveegan menjelaskan ia akan ditentukan selepas persempadanan semula kelak.

Jelasnya, buat masa ini kadar jenayah di Morib adalah terkawal dan pihaknya mengalu-alukan sebarang maklumat daripada penduduk jika melihat kegiatan mencurigakan di sekeliling mereka.

"Kami sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan orang ramai, sebagai contoh hari ini kami bekerjasama dengan Jabatan Pelajaran Negeri mengadakan pertandingan perbarisan kor kadet.

"Kerjasama kali Ke-41 ini menunjukkan kami benar-benar mahu mewujudkan modal insan yang baik dan mematuhi Rukun Negara di kalangan pelajar sekolah," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

7 buah motosikal ‘naik lif’ disita

Posted:

7 buah motosikal 'naik lif' disita

7 buah motosikal 'naik lif' disita

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
kota@utusangroup.com.my


DUA orang anggota Penguat Kuasa DBKL merekodkan butiran sebuah motosikal untuk disita dalam Operasi Angkut di PPR Muhibbah, Puchong, Kuala Lumpur, kelmarin.


KUALA LUMPUR 13 April – Sebanyak tujuh buah motosikal telah disita dalam Operasi Angkut oleh Jabatan Pengurusan Perumahan dan Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Muhibbah, Puchong, awal pagi semalam.

Tindakan itu diambil kerana pemilik motosikal terbabit didapati melanggar peraturan iaitu meletakkan motosikal mereka di tingkat atas rumah PPR tersebut.

Ia dilakukan di bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 Seksyen 46, bertujuan memindahkan halangan yang menyusahkan penduduk.

Penolong Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan DBKL, Kamel Idham Ibrahim berkata, tindakan yang dilaksanakan itu bukan bertujuan menyusahkan penduduk tetapi untuk memberi peringatan kepada mereka.

Katanya, pihaknya telah banyak kali menerima aduan mengenai tindakan sesetengah penduduk membawa motosikal mereka ke tingkat atas sehingga menyusahkan penghuni lain.

Selain itu, katanya, motosikal yang dibawa naik menggunakan lif juga menjadi antara punca kerosakan kemudahan itu sekali gus menyusahkan penduduk terutama golongan orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.

"Tindakan mereka juga telah memberi kesan kepada DBKL kerana terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk membaiki lif yang rosak," katanya kepada pemberita selepas operasi tersebut di Blok A, PPR Muhibah.

Turut menyertai operasi tersebut adalah Ketua Inspektor Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan DBKL, Julia Thamby bersama 40 anggota kedua-dua jabatan itu.

Kamel Idham berkata, motosikal yang disita itu dibawa ke Depot Kenderaan Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan di Jinjang dan pemiliknya hendaklah membuat tuntutan di depot tersebut.

"Mereka (pemilik motosikal) perlu membawa dokumen kenderaan dan dokumen insurans di samping membayar kompaun sebanyak RM155," jelasnya.

Beliau menambah, operasi itu akan diadakan dari semasa ke semasa di semua PPR di ibu negara bagi membendung tindakan penghuni yang mementingkan diri sendiri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan