Berita Harian: MukaDepan Posted: 18 Apr 2011 09:24 AM PDT Cegah murid gemuk Posted: 17 Apr 2011 11:39 AM PDT MukaDepan Kantin sekolah dilarang jual minuman berkarbonat, rekod berat badan setiap bulan berlebihan SUBANG JAYA: Semua minuman berkarbonat dan makanan mengandungi gula berlebihan kini dilarang dijual di kantin sekolah dalam usaha kerajaan mencegah obesiti dan diabetes di kalangan pelajar, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata, larangan itu diputuskan mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 4 April lalu dan berkuat kuasa serta-merta. Larangan itu turut dikenakan ke atas penjaja yang berniaga di luar pekarangan sekolah kerana didapati menjual makanan kurang berzat, tinggi kandungan gula dan lemak kepada pelajar selepas sesi persekolahan. Liow berkata, keputusan itu dibuat kerana kajian Kementerian Kesihatan mendapati lebih 15 peratus rakyat Malaysia menghidap penyakit tidak berjangkit dengan 60 peratus daripadanya adalah remaja berusia 18 tahun ke bawah yang rata-ratanya pelajar sekolah rendah dan menengah yang mengalami obesiti serta diabetes.
"Senario ini amat membimbangkan kerana pelajar terbabit terdedah kepada masalah buah pinggang, darah tinggi, strok, kanser dan penyakit kardiovaskular," katanya pada sidang media selepas menutup Konvensyen Panel Penasihat Klinik Kesihatan Peringkat Kebangsaan Ke-5 di sini, semalam.
Hadir sama, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hassan Abd Rahman dan Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Dr Safurah Jaafar.
Liow berkata, pegawai Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran termasuk guru akan memantau penjualan makanan di kantin dan penjaja di luar sekolah.
Beliau berkata, turut dipersetujui pada mesyuarat itu ialah mengambil data berat dan ketinggian pelajar untuk dimuatkan dalam buku rekod masing-masing sebagai panduan kepada ibu bapa bagi memantau ketumbuhan anak-anak mereka.
"Tugas berkenaan akan dilakukan guru darjah dan segala maklumat akan dicatatkan pada setiap penggal persekolahan. Dari situ ibu bapa boleh melihat keadaan anak-anak sama ada beratnya ideal dengan ketinggian berdasarkan umur mereka. Turut dicatatkan cadangan kepada ibu bapa akan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengurangkan obesiti pelajar," katanya.
Mengenai jangkitan Adenovirus di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak dan Port Dickson, Liow berkata, daripada 84 pelatih yang dijangkiti virus itu hanya 23 orang masih menerima rawatan.
"Daripada jumlah itu, lima dirawat di wad Hospital Kuala Lumpur (HKL), termasuk seorang pelatih Pulapol yang disahkan mengalami gejala penyakit menyamai Influenza (ILI). Bagaimanapun keadaan mereka stabil," katanya.
Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen Hairudin bin Din Patut dari dulu lagi dah dikuatkuasakan..nape lambat sangat... nina sokong dgn melarang kantin menjual makanan yg berlemak dan menggemukkan. tapi harus diingatkan, di rumah murid2 terdedah dengan makanan ringan @ 'fast food'... jika di sekolah mrk tak dpt, di rumah dan bila keluar berjalan2 dgn ibu bapa, mrk masih dijamu dgn 'fast food'... program ni tetap tk berjalan lancar juga. imika bagi pendapat saya, gejala mengatasi penjualan makanan ringan dan minuman bergas harus dilarang sama sekali utk dijual di kantin-kantin sekolah ni kerana akan memudaratkan pelajar sehingga mendapat penyakit, pihak tertentu perlu mengambil langkah-langkah pencegahan unuk mengelak pelajar mengambil makanan ringan dan minuman bergas, saya menyokong sepenuhnya ttg larangan ini di pihak sekolah, sekian terima kasih. Zeyzul pihah sekolah kena berlaku tegas, terhadap kantin sekolah serta penjaja luar sekolah, jenjaja sekolah ni pon satu main jual je makanan yang tah apa2, Airod Pantau kantin2 sekolah..kadang diaorg jual snek yg pelbagai, aiskrim lah...mcm2...kerana itu juga kebanyakan pelajar tidak aktif di kelas, kerana mengambil makanan tidak berkhasiat. Utk melahirkan pelajar2 yg cemerlang, ia perlu bermula dari pemakanan yg sihat dan seimbang. ibu sokong pendapat amer dan norseha....peranan ibubapa lebih penting...kerana mencegah lebih baik dari mengawal.. semuanya bermula dr disiplin pemakanan yg ditanam oleh ibu bapa. > Makin Bertambah Lagi Beban Kerja Guru.. noriah jamailudin kat sekolah cikgu sendiri jual gula2 gan aiskrim batang sapa nak jawab........ batoulelisou jangan harapkan tengok kad dan kantin sekolah jer.Ibu bapa pelajar pun perlu kena dibawa berbincang sama bagaimana untuk mengatasi masalah obesiti anak-anak mereka, sebab ada juga ibu bapa suka tengok anak mereka kuat makan.COMEL kata mereka...fikir-fikirkan!!! amy mazny saya setuju dgn saranan kerajaan ni. segalanya kena bermula dari peringkat bawah lg. ibarat melentur buluh biar dari rebung! murni mohamed Idea bernas , digalakkan institusi sekolah tukar gaya pemakanan sihat dengan " STEVIA ". yanti sangat2 setuju...perkara seperti ini pernah dibentangkan semasa mesyuarat PIBG tp x diendahkan oleh pihak sekolah...saya mmg tak setuju penjualan makanan ringan yg tak berkhasiat.. ebizz Pihak sekolah dengan Pihak berkuasa Tempatan boleh menguatkuasakan kawasan 200 meter radius dari pagar sekolah Amer Ibubapa perlu pantau anak2 mereka sepenuhnya. Di sekolah masa makan hanya 20-30 minit saja masa rehat berbanding kat rumah boleh makan berjam2 lamanya. Dirumah mereka blh makan macam2 termasuk ibubapa sekali iaitu makan makanan fast food(KFC, McDonald,Pizza HUt dll). Macamana program nak berjaya..... Nora Anuar Sokong 100%..pendapat saya sama jg dgn sri antan dan norseha.. Mike Khoo Setuju 100%. Malahan perlu memastikan bahawa setiap pelajar menghadiri satu aktiviti sukan (sekurang-kurangnya). Pihak ibu bapa juga perlu melibatkan diri dalam hal ini. Ada ibubapa yang membenarkan anak anak mereka makan terlalu banyak 'junk food' sri siantan Sokong 100%. Namun ibubapa juga patut memainkan peranan terutamanya semasa di rumah. Menu makanan tambahan (RMT) juga perlu dikaji. Begitu juga pemberian susu segar perlu dinilai semula. Jimat kos, hidup sihat. Norseha ahmad Mslh obesiti yg mnyebabkn pnyakit ni,kna pntau dr bayi lg..kt klink2 pn ajr ibu2 suapkn bbur nsi@nsi yg d cmprkn dgn mnyk@majerin krn berat bdn bayi tidak spt yg d hrapkn misi2..kerajaan jga blh bekalkn multivitamin utk kanak2 sekolh bg mmantau selera mkn yg x seimbng. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Presiden SUPP lepas jawatan Posted: 17 Apr 2011 11:37 AM PDT MukaDepan KUCHNG: Tan Sri Dr George Chan Hong Nam (atas) akan meletak jawatan sebagai Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) susulan kekalahannya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-10, kelmarin. "Saya akan letak jawatan dalam parti. Saya mungkin melakukannya Selasa ini pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) SUPP," katanya ketika dihubungi, semalam.
Dr Chan yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak hanya memperoleh 4,408 undi berbanding pencabarnya, Ling Sie Kong daripada DAP yang memperoleh 5,998 undi. Berikutan kekalahan itu, katanya, adalah wajar untuk beliau berundur dan menyerahkan kepada CWC untuk memutuskan siapa yang layak menerajui parti. Dr Chan adalah pemimpin SUPP ketiga mengambil keputusan berundur sebagai Pengerusi SUPP selepas mengalami kekalahan dalam pilihan raya. Pengerusi SUPP kedua, Tan Sri Stephen Yong meletak jawatan selepas gagal mempertahankan kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum 1990.
Ini diikuti Pengerusi SUPP ketiga, Tan Sri Dr Wong Soon Kai, yang mengambil tindakan sama selepas kalah di DUN Bukit Assek pada pilihan raya negeri 1996. Pengerusi SUPP pertama, Tan Sri Ong Kee Hui, bersara secara sukarela pada 1982.
Dr Chan adalah Pengerusi SUPP yang keempat dan menyertai politik pada 1982 apabila bertanding di Parlimen Lambir selepas 17 tahun menjadi doktor perubatan.
Setahun selepas itu, beliau bertanding di kerusi DUN di Miri dan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk enam penggal.
Sementara itu, Dr Chan yang ditanya mengenai masa depan SUPP berkata, beliau tidak pasti apa akan jadi pada parti itu.
"Biarlah keadaan reda dulu sebelum kita membuat keputusan selanjutnya mengenai masa depan parti," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online Posted: 18 Apr 2011 07:48 AM PDT Penjawat awam penuhi syarat boleh mohon tanah di Terengganu Posted: Penjawat awam penuhi syarat boleh mohon tanah di TerengganuPenjawat awam penuhi syarat boleh mohon tanah di Terengganu 18/04/2011 8:04pm BESUT 18 April — Penjawat awam kerajaan negeri dan persekutuan yang berkhidmat di Terengganu boleh memohon mendapatkan tanah di negeri itu sekiranya mereka telah berkhidmat dalam tempoh yang ditetapkan. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata penjawat awam boleh membuat pilihan sama ada untuk memilih tanah pertanian seluas satu hektar ataupun satu lot rumah kediaman di mana-mana kawasan di negeri ini. Beliau berkata, syarat bagi penjawat awam negeri untuk memperoleh tanah itu ialah mereka mestilah telah berkhidmat melebihi 5 tahun manakala bagi persekutuan pula perlu melebihi 10 tahun berkhidmat secara terus menerus di Terengganu. "Tawaran ini merupakan satu insentif bagi menghargai khidmat kakitangan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan penjawat awam daerah Besut di Dewan Majlis Daerah Besut di Gong Kemuntong di sini hari ini. — Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Kerajaan negeri naikkan cukai tanah UUM hingga 10 kali ganda - Khaled Posted: Kerajaan negeri naikkan cukai tanah UUM hingga 10 kali ganda - KhaledKerajaan negeri naikkan cukai tanah UUM hingga 10 kali ganda - Khaled 18/04/2011 7:40pm PUTRAJAYA 18 April — Tindakan kerajaan negeri Kedah menaikkan cukai tanah Universiti Utara Malaysia (UUM) sehingga 10 kali ganda selain gagal menyediakan bekalan air yang mencukupi di universiti itu, dilihat sebagai tidak membantu usaha kerajaan pusat untuk melahirkan modal insan negara. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sebagai kerajaan negeri yang memerintah, mereka seharusnya berbangga dengan universiti itu dan membantu kerajaan pusat dalam menyediakan keperluan-keperluan tertentu untuk universiti berkenaan. "Selama ini kalau kerajaan negeri itu BN, ia membantu dengan tidak mengenakan cukai yang tinggi. Tetapi setelah mereka mengambil alih kerajaan negeri, mereka mengenakan cukai tanah kepada institusi pendidikan sehingga RM1.8 juta setahun cukai tanah berbanding sebelum ini RM150,000 setahun," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Khas Pasca Siswazah untuk Anggota Parlimen yang dikendalikan UUM di sini hari ini. Lebih membebankan apabila pihak pengurusan UUM terpaksa membayar antara RM80,000 sehingga RM90,000 sebulan untuk menampung kos lori bagi mengangkut air dari luar akibat kekurangan bekalan air sejak setahun lalu, katanya. Beliau berkata, kerajaan negeri dilihat cuba mendapatkan keuntungan daripada sebuah institusi pengajian tinggi, sedangkan mereka seharusnya memahami UUM adalah sebuah pusat akademik yang berfungsi untuk melahirkan modal insan. — Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Wanita ditikam ketika cuci lantai di hadapan kedai Posted: Wanita ditikam ketika cuci lantai di hadapan kedaiWanita ditikam ketika cuci lantai di hadapan kedai 18/04/2011 7:39pm KANGAR 18 April — Seorang wanita cedera di bahagian tangan dan kakinya apabila ditikam seorang lelaki di hadapan kedainya di Jalan Sarawak, Kuala Perlis, dekat sini semalam. Mangsa, Tan Bee Leng, 45, berkata kejadian berlaku pukul 9.20 pagi apabila didatangi seorang lelaki berusia lingkungan 20-an yang memakai kemeja-T dan bertopi lalu mengacu pisau ke arahnya ketika beliau sedang mencuci lantai di hadapan kedai. Katanya, beliau bertindak melawan lelaki itu dan terkena empat tikaman di bahagian tangan dan kaki kiri sebelum lelaki itu melarikan diri ke dalam sebuah kenderaan setelah beliau menjerit meminta tolong. Bee Leng berkata, ekoran kejadian itu, beliau membuat laporan di balai polis Kuala Perlis pada 10.35 pagi semalam. Mangsa percaya lelaki yang sama pernah datang membeli barang di kedainya dua hari lalu dan membayar RM50 bagi harga barangan yang keseluruhannya bernilai RM51 dengan alasan tidak cukup wang. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Supt. Abdul Rahman Noordin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan pihaknya sedang mengesan individu yang terbabit. "Kes ini disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan," katanya. — Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Harian Metro: Mutakhir Posted: 18 Apr 2011 07:19 AM PDT Seorang maut, 28 cedera dalam letupan bom di Yala Posted: 17 Apr 2011 11:36 PM PDT BANGKOK: Seorang anggota renjer maut manakala 28 yang lain termasuk orang awam cedera dalam letupan bom di Yala hari ini.
Jurucakap polis Yala berkata mereka yang cedera terdiri daripada empat renjer dan 24 orang awam. Beliau berkata, bom buatan sendiri itu disembunyikan dalam sebuah kereta yang diletakkan di bandar itu dan diletupkan secara kawalan jauh ketika sebuah kereta yang membawa lima anggota renjer melalui kawasan itu pada pukul 8.30 pagi. Polis menyalahkan pihak militan atas kejadian itu. Lebih 4,000 orang terbunuh apabila kumpulan disyaki pemisah menjalankan semula gerakan bersenjata menuntut keadilan untuk tiga wilayah selatan Yala, Narathiwat dan Pattani sejak tujuh tahun lalu. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Kerajaan beri kelonggaran untuk tarik bekas tentera serta polis Posted: 17 Apr 2011 11:27 PM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan memberikan dua kelonggaran kenaikan pangkat dan tempoh latihan yang dipendekkan kepada bekas anggota tentera yang menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata dua kelonggaran itu diberi untuk menarik lebih ramai bekas anggota tentera menyertai pasukan polis. Beliau berkata, tempoh latihan dipendekkan kepada hanya tiga bulan berbanding pelatih lain yang perlu menjalani latihan antara enam hingga sembilan bulan manakala bekas anggota tentera berpangkat sarjan pula layak diberi kenaikan pangkat daripada konstabel kepada sarjan selepas disahkan jawatan dan lulus peperiksaan khas undang-undang rendah jabatan, katanya. "Ini selaras dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan supaya bekas-bekas tentera dapat menyumbangkan tenaga untuk sama-sama mencegah jenayah, menjaga keselamatan dan ketenteraman negara," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara di sini, hari ini. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Harian Metro: Setempat Posted: 18 Apr 2011 03:37 AM PDT RM5,000 lesap bahana e-mel Posted: 10 Apr 2011 10:17 AM PDT KLANG: Gara-gara percaya e-mel yang mengatakan akaunnya di sebuah bank bakal dibekukan, seorang wanita berputih mata apabila wang simpanan RM5,000 dipindahkan ke akaun lain tanpa pengetahuannya. Mangsa hanya mahu dikenali sebagai Ayu, 29, berkata dia menyedari wang dipindahkan ke akaun lain apabila menerima SMS pengesahan daripada pihak bank. Dia yang cemas membuat laporan polis serta menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan bank berkenaan untuk membuat pengesahan sama ada wang dalam akuannya dipindahkan ke akaun lain. Ayu berkata, sebelum kejadian dia menerima e-mel daripada pihak yang mengaku wakil bank berkenaan dan memintanya mengemas kini maklumat peribadi supaya akaun simpanannya tidak dibekukan. "Khuatir perkara itu, saya membuka pautan yang terdapat dalam e-mel terbabit dan memasukkan alamat e-mel dan kata laluan seperti diminta.
"Laman web itu sama dengan laman web rasmi bank berkenaan. Jadi, saya tidak mengesyaki apa-apa yang pelik pada laman web itu. "Selepas e-mel dan kata laluan dimasukkan, saya menerima SMS daripada bank yang mengatakan sejumlah wang daripada akaun saya sudah dipindahkan," katanya. Ayu berkata, walaupun laporan polis dan aduan dibuat, bank berkenaan seolah-oleh lepas tangan dan sukar bekerjasama dalam mengendalikan kes itu. Menurut Ayu, bank itu memberi jawapan tidak meyakinkan terhadap persoalan diajukan terutama ke akaun mana wangnya dipindahkan. "Pegawai bertugas berkata siasatan terperinci dijalankan dan pelbagai perkara perlu diteliti sebelum laporan lengkap disiapkan dan lebih mengecewakan terdapat kekeliruan dari segi waktu transaksi berlaku.
"Mengikut laporan bank berkenaan, waktu wang saya dipindahkan ke akaun lain pada jam 11.59 malam, tetapi berdasarkan penyata kewangan bank itu,menunjukkan waktu wang saya dipindahkan ke akaun lain pada jam 11 malam.
"Saya membuat laporan polis sekali lagi serta menghantar surat aduan kepada Bank Negara berhubung ketidakpuasan hati terhadap laporan yang diterima selain meminta laporan terbabit diteliti semula," katanya ketika ditemui, baru-baru ini. Menurutnya, bank berkenaan perlu menaik taraf tahap keselamatan sistem perbankan secara dalam talian kerana dia bukan mangsa pertama dan kegagalan berbuat demikian menyebabkan ramai lagi menjadi mangsa.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop mengesahkan laporan mangsa pada 2 Mac lalu dan siasatan masih dijalankan.
Mohamad menasihatkan orang ramai tidak mudah percaya dengan e-mel daripada pihak yang tidak dikenali dan menyarankan orang ramai membuat pengesahan dengan pihak bank jika maklumat diterima meragukan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dengan hukuman maksimum 10 tahun penjara, sebatan dan denda. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | 2 beranak ‘ditawan’ penyamun Posted: 10 Apr 2011 10:14 AM PDT KUALA LUMPUR: Dua beranak dan seorang pembantu rumah berdepan saat getir di rumah sendiri apabila 'ditawan' sekumpulan lima penyamun bersenjatakan parang yang mengikat mereka sebelum dikurung di dalam bilik. Lima lelaki yang dipercayai warga Indonesia itu memecah masuk rumah keluarga terbabit di Seri Kembangan, di sini, kelmarin, sebelum menyamun barangan kemas, wang, jam berjenama dan peralatan elektrik dianggarkan bernilai RM100,000. Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, seorang wanita berusia 50-an dan anak lelakinya berusia 20-an serta orang gaji tidur di bilik mereka tidak menyedari rumah dipecah masuk sekumpulan lelaki bertopeng. Menurut sumber, kumpulan penjenayah terbabit mengejutkan mangsa yang tidur berasingan di dalam bilik. "Mereka (mangsa) pada mulanya dikumpulkan di ruang tamu rumah berkenaan. Sebaik penjenayah itu memastikan semua penghuni rumah ditawan, suspek mengikat tangan dan kaki mangsa. Semua mangsa kemudian dikurung dalam sebuah bilik," katanya.
Sumber itu berkata, kumpulan terbabit menggeledah rumah berkenaan sebelum melarikan diri dengan pelbagai barang berharga. "Selepas menggeledah kira-kira 20 minit, kumpulan terbabit meninggalkan rumah itu dipercayai menggunakan sebuah kereta yang ditinggalkan berhampiran kawasan itu," katanya. Menurutnya, semua mangsa berjaya membuka ikatan dan menghubungi pihak berkuasa. "Sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian dan usaha memburu kumpulan terbabit giat dijalankan," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias ketika dihubungi berkata, polis masih melakukan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Utara Posted: 18 Apr 2011 03:36 AM PDT Bimbang jambatan runtuh Posted: Bimbang jambatan runtuhBimbang jambatan runtuh Oleh AIN SAFRE BIDIN utusanperak@utusan.com.my
|
Penduduk kampung menunjukkan keadaan jambatan selepas besi jambatan tersebut dicuri sekumpulan lelaki di Teluk Intan, semalam.
|
TELUK INTAN 17 April – Penduduk Kampung Tukang Sidin dan Tenang dekat sini, bimbang kecurian besi jambatan kereta api lama berusia 50 tahun yang menghubungkan kedua-dua kampung itu akan menyebabkan ia boleh runtuh pada bila-bila masa. Kebimbangan itu disuarakan oleh lebih 500 penduduk di kedua-dua kampung berkenaan yang dipercayai dilakukan oleh sekumpulan penagih dadah, sejak sebulan lalu. Menurut penduduk, Anuar Arshad, 52, malah kumpulan penagih itu dikesan lebih berani apabila mencuri sampan bagi mengangkut besi dari jambatan terbabit. "Mereka turut mengugut penduduk agar tidak melaporkan kepada pihak berkuasa," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam. Penduduk, Zakaria Salrian, 50, berkata, tindakan kumpulan berkenaan menyebabkan kampung berkenaan menjadi bising apabila mereka memotong besi pada waktu malam. "Saya pernah menegur tetapi dimarahi. Mereka minta kami tidak menyibuk kerana besi itu bukan bapa kami yang punya," katanya. Seorang lagi penduduk, Idris Abdullah, 48, memberitahu, kumpulan itu menjadi semakin berani kerana sanggup menghisap dadah secara terbuka. "Kami sudah membuat laporan tetapi sehingga kini tiada tindakan. Lagi pun kami menghadapi kesukaran kerana semua pihak tidak mahu bertanggungjawab terhadap jambatan kereta api lama," ujarnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | 10,000 lagi mangsa banjir bakal terima RM500 Posted: 10,000 lagi mangsa banjir bakal terima RM50010,000 lagi mangsa banjir bakal terima RM500 ALOR SETAR 17 April - Kira-kira 10,000 orang lagi mangsa banjir teruk di Kedah pada akhir tahun lepas akan menerima bantuan wang ihsan daripada kerajaan pusat tidak lama lagi. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, proses agihan fasa ketiga dan keempat itu melibatkan mangsa banjir yang tercicir sebelum ini. Katanya, penyenaraian semua mangsa sudah selesai dilaksanakan oleh Majlis Keselamatan Negara Kedah. "Seperti dijanjikan kesemua mangsa terbabit akan menerima wang ihsan RM500 tidak lama lagi kerana proses mengumpul dan menyenaraikan nama-nama mangsa yang tercicir sudah selesai," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Ke-9 Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Kota Setar di dewan Perkim di sini semalam. Jelas Ahmad Bashah, kelewatan agihan tersebut sebelum ini ekoran proses penelitian pihak berkaitan bagi mengelak pertindihan agihan. "Sebelum ini, kita menerima aduan bahawa berlaku penipuan dalam kalangan penduduk di mana ada yang mendaftar lebih daripada satu nama untuk satu keluarga. "Jadi, kali ini kita harus lebih teliti termasuk membabitkan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) untuk mengenal pasti mangsa yang mendaftar itu benar-benar layak," katanya. Katanya, setakat ini, dalam fasa pertama sebanyak 14,928 keluarga sudah menerima wang masing-masing dan fasa kedua pula sebanyak 24,652 mangsa. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Van Thailand sapu pelanggan Posted: Van Thailand sapu pelangganVan Thailand sapu pelanggan ALOR SETAR 17 April - Para pemandu teksi, kereta sewa dan limosin di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas di sini sudah tidak tahan lagi dengan kehadiran van pelancong dari Thailand yang mengganggu mata pencarian mereka. Kehadiran van berkenaan untuk mengambil penumpang secara haram membuatkan mereka terpaksa bersaing sedangkan perkara seumpama itu tidak sepatutnya berlaku jika penguatkuasaan undang-undang dijalankan. Pengerusi Persatuan Pemandu dan Tuan Punya Kereta Sewa, Teksi dan Limousin Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Mohamad Fithol Abdullah berkata, gangguan van dari Thailand di situ semakin menjadi-jadi khususnya pada hujung minggu atau hari cuti umum. Katanya, kira-kira lima buah van Siam dilihat berada di lapangan terbang berkenaan yang mana setiap kenderaan tersebut mampu membawa sehingga 10 penumpang. "Jika tiada gangguan, secara purata 15 buah kereta sewa, teksi atau limousin dapat beroperasi bagi setiap penerbangan. Tetapi dengan kehadiran van dari Thailand ini, hanya lima buah yang mampu. "Keadaan ini menjejaskan periuk nasi kami," katanya kepada pemberita selepas perasmian Mesyuarat Agung Kali Ke-17 Persatuan Pemandu dan Tuan Punya Kereta Sewa, Teksi dan Limousin Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah di sini, semalam. Menurut Mohamad Fithol, van pelancong dari Siam itu perlu mempunyai surat kelulusan khas daripada agensi pelancongan jika mahu mengambil penumpang di lapangan terbang tersebut. Mengikut peraturan, katanya, van berkenaan hanya boleh mengambil penumpang di sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam dekat sini sebelum membawa pelanggan mereka ke destinasi yang ingin dituju. Sehubungan itu, beliau meminta pihak berkuasa berkaitan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan segera bagi mengatasi gejala berkenaan. "Kami pernah membuat laporan kepada pihak berkaitan, tetapi tindakan hanya bersifat hangat-hangat tahi ayam," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Berita Harian: Mutakhir Posted: 18 Apr 2011 03:16 AM PDT Trio Datuk T mungkin dikenakan tindakan tayang video seks Posted: 18 Apr 2011 03:02 AM PDT Mutakhir KUALA LUMPUR: Trio Datuk T mungkin dikenakan tindakan kerana kesalahan mengedar dan menayang video seks melibatkan pelaku yang dikatakan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata polis. Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, berkata kemungkinan itu wujud berikutan siasatan mengikut Sekyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah itu menjurus kepada mereka, pihak yang menayangkan video.
Beliau berkata, kertas siasatan kes itu dijangka dihantar ke Pejabat Peguam Negara Khamis ini. "Ada kemungkinan mereka akan didakwa mengikut Sekyen 292 itu kerana ia menjurus kepada mereka, pihak penayang." "Namun bukan polis yang menentukan keputusan itu sebaliknya pejabat Peguam Negara. Kami akan adakan sidang akhbar nanti bila segalanya selesai," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Ketika ditanya mengenai perkembangan kertas siasatan, beliau berkata, masih terdapat dua lagi perkara yang perlu dikemaskini dan dilengkapkan dalam siasatan itu, sebelum dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan susulan.
"Kalau boleh bagi pihak kita seawalnya hantar (kertas) itu pada Khamis ini...sementara itu kami tunggu respon daripada pihak yang menyediakan dua perkara itu.
"Dua perkara ini tidak boleh didedahkan dahulu ketika ini kerana ia lebih kepada pendakwaan dan menganggu tugas pejabat Peguam Negara," katanya.
Ditanya mengenai sama ada polis mempunyai kuasa untuk menahan pelaku dalam video seks itu, Acryl berkata: "Kami (polis) tiada peruntukan undang-undang untuk menahan mereka dan mengambil keterangan.
"Kita kena rujuk kepada pejabat Peguam Negara untuk sebarang penelitian dan semakan. Mungkin mereka ada peruntukan undang-undang terhadap si pelaku," katanya.
Pada 21 Mac lalu, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan dikenali sebagai "Datuk T" di Carcosa Seri Negara.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, baru-baru ini mengumumkan bahawa rakaman video seks itu adalah tulen selepas disahkan oleh pakar tempatan yang memeriksa video berkenaan. - BERNAMA
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Ahli kabinet Sarawak angkat sumpah Posted: 18 Apr 2011 02:45 AM PDT Mutakhir KUCHING: Lapan bekas menteri negeri yang menang dalam pilihan raya Sarawak pada Sabtu lalu, mengangkat sumpah memegang jawatan sebagai ahli kabinet negeri yang baru hari ini selepas Barisan Nasional sekali lagi diberi mandat membentuk kerajaan negeri. Lima daripada mereka adalah daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) dan setiap seorang daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) dan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP).
Mereka mengangkat sumpah memegang jawatan di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, di bangunan baru Dewan Undangan Negeri Sarawak di Petra Jaya di sini. Mereka terdiri Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu yang juga Timbalan Presiden PBB; Presiden PRS, Datuk Seri Dr James Masing; Presiden SPDP, Datuk Seri William Mawan dan seorang lagi Timbalan Presiden PBB, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg; Timbalan Setiausaha Agung SUPP, Datuk Seri Wong Soon Koh; Naib Presiden Kanan PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan; Naib Presiden PBB, Datuk Seri Michael Manyin dan Timbalan Ketua Wanita PBB, Datin Fatimah Abdullah. Portfolio baru masing-masing belum diumumkan.
Majlis turut disaksikan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib.
Taib, yang juga Pengerusi BN Sarawak dan Presiden PBB, mengangkat sumpah sebagai ketua menteri pada Sabtu lalu selepas BN menang 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya negeri ke-10 itu. - BERNAMA
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Selatan Posted: 18 Apr 2011 03:09 AM PDT Combi tumpu 10 lokasi panas Posted: Combi tumpu 10 lokasi panasCombi tumpu 10 lokasi panas Oleh NORIZAN ABDUL MUHID utusanmelaka@utusan.com.my ALOR GAJAH 17 April - Sebanyak 10 kawasan di negeri ini dikenal pasti sebagai tumpuan pelaksanaan program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (Combi) bagi membanteras pembiakan nyamuk aedes sekali gus menangani penularan wabak penyakit tersebut. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pemulihan Projek, Pembangunan Pekan Kecil dan NGO negeri, Datuk Seet Har Cheow (gambar) berkata, pelaksanaan program itu mampu membanteras penularan wabak denggi yang boleh membawa maut. Menurutnya, penilaian Jabatan Kesihatan negeri menunjukkan semburan kabus dilihat kurang berkesan dan hanya mampu membunuh nyamuk aedes dewasa. ''Semburan kabus ini tidak dapat mengawal jentik-jentik yang bertukar menjadi nyamuk dewasa kemudiannya menyebarkan virus denggi. ''Keadaan ini berbeza dengan kajian lain yang mendapati usaha memusnahkan tempat pembiakan aedes sangat membantu dalam mencegah penularan wabak aedes," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Perdana 'Jom Cari dan Musnahkan Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes' melalui Combi, di sini hari ini. Menurut beliau, 10 kawasan yang dikenal pasti bagi pelaksanaan program 'Jom Cari dan Musnahkan Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes' melalui Combi ialah seperti di Pantai Peringgit dan Taman Seri Aman. Katanya, program itu akan diperluaskan di Taman Seri Kelemak pada 23 April ini, diikuti Taman Maju, Jasin (24 April), Taman Kesang Indah (1 Mei), Taman Tanjung Minyak (1 Mei), Taman Muhibah (7 Mei), Taman Kenanga (8 Mei) dan terakhir di Taman Melaka Baru pada 14 Mei. Kata Har Cheow, penduduk yang terlibat dengan penganjuran program tersebut amat dialu-alukan menyertai usaha itu bagi memastikan perlaksanaan program mencapai objektif. ''Kita tidak mahu usaha ini hanya digerakan oleh kakitangan jabatan terbabit kerana matlamat program secara jelas memerlukan penglibatan aktif golongan masyarakat. ''Pihak jabatan dan anggota penguatkuasa kerajaan negeri hanya mampu membantu melaksanakan usaha dan program bagi mengurangkan penularan wabak denggi, hanya ahli masyarakat sahaja yang mampu memastikan kejayaan sesuatu program seperti ini," katanya. Kata beliau, usaha tersebut selain mendidik masyarakat menggerakkan aktiviti pembasmian sarang pembiakan nyamuk aedes, ia juga bertujuan memupuk sikap positif orang awam bagi meluangkan masa 10 minit seminggu memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. ''Perlu diingatkan, tumpuan program ini ialah untuk menghapuskan sarang pembiakan nyamuk aedes dan tidak semata-mata kepada semburan kabus sahaja dan lebih baik, ia disertai setiap ahli anggota masyarakat," kata beliau. Menurutnya, sempena program 'Jom Cari dan Musnahkan Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes melalui Combi, antara aktiviti yang dijalankan ialah seperti pendaftaran Combi, pameran denggi, semburan kabus, penggunaan racun jentik-jentik dan pengagihan kumpulan penggerak Combi. Selain itu, ujar beliau, aktiviti lain yang turut digerakan ialah kontraktor pembersihan, kegiatan gotong-royong bersama guru dan murid, pertandingan jumpa jentik-jentik terbanyak, pertandingan mewarna dan pemeriksaan kesihatan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | 50 pemandu teksi bantah bas Panorama Posted: 50 pemandu teksi bantah bas Panorama50 pemandu teksi bantah bas Panorama
|
PEMANDU-PEMANDU teksi di Pantai Puteri lebih banyak menunggu penumpang setelah bas Panorama memasuki kawasan berkenaan di Melaka, semalam.
|
MELAKA 17 April - Lazimnya orang ramai akan merungut setiap kali ada syarikat bas gagal memenuhi keperluan mereka terutamanya apabila beroperasi di laluan yang terhad. Bagaimanapun, lain pula kisahnya bagi kira-kira 50 ahli Pertubuhan Pemilik Teksi dan Kereta Sewa Zon Sungai Udang di sini yang membantah perkhidmatan bas Panorama dari bandar ini ke Pantai Puteri, Tangga Batu dan Sungai Udang sejak awal tahun ini. Yang Dipertuanya, Mohamad Ahmad Ali, 57, mendakwa, ini kerana operasi bas Panorama ke kawasan berkenaan telah menyebabkan pendapatan mereka terjejas ekoran orang ramai tidak mahu lagi menaiki teksi. Menurutnya, pihak berkuasa tidak sepatutnya meluluskan permohonan perkhidmatan bas Panorama ke destinasi berkenaan kerana perkhidmatan bas sedia ada sudah mencukupi selain bas itu adalah bas pelancong yang sepatutnya hanya beroperasi di kawasan tumpuan pelancong. "Sebelum bas panorama masuk ke Pantai Puteri awal tahun ini, sudah ada perkhidmatan bas dari syarikat Roda Juara dan Patt Hup. "Dua syarikat bas ini sudah mencukupi, tidak perlu tambah sebuah syarikat bas lagi. Lebih baik bas Panorama ini pergi beroperasi di laluan baru yang tidak menyediakan perkhidmatan bas," katanya ketika ditemui di sini. Seorang pemandu, Tuah Ahmad, 55, berkata, pendapatannya merosot sejak perkhidmatan bas Panorama beroperasi dari bandar Melaka ke Pantai Puteri. "Dulu, dalam sehari saya boleh dapat RM100 hingga RM150, namun sejak bas Panorama beroperasi di sini kira-kira awal tahun ini, nak dapat RM20 sehari pun susah," katanya. Seorang lagi pemandu teksi, Nahar Hamid, 68, kewujudan perkhidmatan bas Panorama menambahkan lagi kekerapan bas yang melalui kawasan berkenaan sehingga menyebabkan mereka sukar mendapatkan penumpang. "Dalam tempoh 30 minit, dua atau tiga bas akan lalu mengambil penumpang di sini. Ini menyebabkan penumpang lebih gemar naik bas sekali gus menjejaskan pendapatan kami," katanya. Bas Panorama yang dimiliki kerajaan negeri melalui syarikat PM Cultural & Tourism Sdn. Bhd. (PMCT) beroperasi membawa pelancong di sekitar bandar raya Melaka sejak ia mula diperkenalkan pada 2007. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | 100,000 dijangka kunjungi Pesta Air Port Dickson Posted: 100,000 dijangka kunjungi Pesta Air Port Dickson100,000 dijangka kunjungi Pesta Air Port Dickson SEREMBAN 17 April - Pesta Air Malaysia Port Dickson 2011 yang bakal berlangsung selama empat hari bermula 29 April ini dijangka menarik kehadiran 100,000 pengunjung. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Mohamad Razi Kail (gambar) berkata, pelbagai aktiviti menarik disediakan khusus buat pengunjung di tiga lokasi penganjuran pesta itu iaitu di Pantai Cahaya Negeri, Pantai Saujana dan Pantai Bagan Pinang, Port Dickson. ''Saya yakin kita dapat mencapai sasaran itu memandangkan 1 Mei yang juga merupakan cuti umum (Hari Pekerja) akan memberikan kesempatan kepada orang ramai untuk bercuti bersama keluarga di pantai peranginan ini. ''Apa yang lebih penting, diharapkan program ini dapat memberikan kesedaran kepada umum mengenai kepentingan memelihara khazanah alam semula jadi terutamanya dari aspek kebersihan dan mengekalkan keasliannya," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam. Tambahnya, pengunjung yang hadir ke pesta tersebut berpeluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang disediakan seperti konsert, pesta pancing, sukan pantai dan acara keluarga. ''Selain itu, banyak lagi aktiviti menarik menanti pengunjung seperti persembahan kebudayaan, karaoke, pertunjukan layang-layang dan permainan jet ski," jelasnya. Program tersebut merupakan anjuran Pejabat Pelancongan Malaysia Negeri sembilan dengan kerjasama kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD). Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Dalam Negeri Posted: 18 Apr 2011 03:06 AM PDT ATM tiada maklumat dakwaan Kolonel Azmi Posted: ATM tiada maklumat dakwaan Kolonel AzmiATM tiada maklumat dakwaan Kolonel Azmi KUALA LUMPUR 17 April - Pegawai perisikan tentera, Kolonel Azmi Zainal Abidin perlu bertanggungjawab sepenuhnya di atas tindakannya menyalurkan maklumat kepada Raja Petra Kamaruddin seperti didedahkan oleh pengendali laman web antikerajaan itu baru-baru ini. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak ada kena-mengena dengan penyaluran maklumat yang merupakan komplot bagi memfitnah Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu. "Saya ingin memaklumkan bahawa pihak tentera tidak ada maklumat sebagai mana disebut oleh Azmi dan apa yang berlaku ialah tanggungjawab beliau yang telah memfitnah pemimpin negara (Najib) dan isterinya, Rosmah," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Raja Petra baru-baru ini mendedahkan Azmi bertanggungjawab menyalurkan maklumat kepadanya dalam satu komplot bagi memfitnah Najib dan Rosmah berhubung pembunuhan Altantuya. Ahmad Zahid berkata, beliau dimaklumkan bahawa Azmi telah digantung tugas mulai Jumaat lalu dan siasatan dalaman telah pun dilakukan ke atas pegawai itu bermula pada hari yang sama. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Saman jika benar difitnah - Zamil Posted: Saman jika benar difitnah - ZamilSaman jika benar difitnah - Zamil Oleh MOHAMMED SOFIAN BAHAROM dan FARHANA JONI pengarang@utusan.com.my KUALA LUMPUR 17 April - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dicabar untuk menyaman trio 'Datuk T' jika mereka bertiga menabur fitnah terhadap Ketua Pembangkang itu. Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, Anwar yang mendakwa difitnah oleh trio 'Datuk T' berhubung isu video seks baru-baru ini perlu berbuat demikian bagi membersihkan imej beliau yang kini terjejas teruk di mata rakyat. "Sudah hampir sebulan isu video seks berkenaan dipertikaikan Anwar, namun kenapa tiada tindakan saman daripadanya? Jika tidak benar tuduhan tersebut, saman sahajalah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Jelas beliau, tindakan saman tersebut dilihat wajar kerana tuduhan-tuduhan tersebut melibatkan maruah diri seorang pemimpin yang mahu menjadi Perdana Menteri serta kredibiliti keluarganya iaitu isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah. Tambahnya, hanya dengan menyaman trio 'Datuk T' iaitu ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah; bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim dapat menunjukkan bahawa beliau benar-benar menolak tuduhan terbabit. Dalam pada itu, Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahhana Jamaludin berkata, sekiranya Anwar enggan menyaman 'Datuk T', maka adalah wajar Nik Abdul Aziz dan Pas pula mengambil tindakan undang-undang itu. "Tindakan menyaman 'Datuk T' ini adalah wajar ekoran Ketua Pembangkang dan keluarga (isteri dan anaknya, Nurul Izzah) berkeras menafikan bahawa pelaku di dalam video seks itu bukan Anwar Ibrahim. "Selain mendapatkan kebenaran, tindakan saman ini juga adalah perlu bagi membuktikan Nik Aziz jujur kepada pengikut-pengikutnya dan ia bukan satu permainan politik," katanya ketika dihubungi. Jelas beliau, sekiranya Nik Aziz enggan menyaman Anwar maka sesuailah jolokan sebagai 'pelacur politik' untuk beliau kerana sanggup membelakangkan agama semata-mata ingin mempertahankan agenda politik. "Sebelum ini, negara digegarkan dengan ajaran sesat oleh Ayah Pin, kini 'Ayah Nik' pula iaitu individu yang sanggup berbohong demi mempertahankan kuasa dan politik semata-mata,'' tegas Farahhana. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Saya telah lama kritik Anwar - Raja Petra Posted: Saya telah lama kritik Anwar - Raja PetraSaya telah lama kritik Anwar - Raja Petra KUALA LUMPUR 17 April - Raja Petra Kamaruddin berkata, pendedahannya mengenai penglibatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam komplot memfitnah Perdana Menteri dan isteri bukan bererti dia membelot daripada perjuangan pembangkang. Pengendali laman web propembangkang itu berkata, dia tetap menyokong perjuangan pembangkang dan Anwar namun, ia tidak bermakna beliau harus menutup mata terhadap semua tindakan tidak demokratik yang diamalkan oleh Ketua Pembangkang tersebut. "Pendedahan mengenai tindakan beberapa pihak yang mendesak dan mempengaruhi saya supaya membuat akuan bersumpah tidak seharusnya dilihat saya sudah berubah pendirian. Kononnya saya sudah membelot kepada pembangkang. "Kritikan saya terhadap Anwar dan kepimpinan pembangkang bukan baru. Saya secara konsisten telah mengkritik Anwar secara terbuka sejak sekian lama tetapi cuma baru-baru ini orang ramai membuka mata, kerana ia dilaporkan oleh media arus perdana. "Ini bererti penyokong pembangkang lebih mengikuti laporan media arus perdana berbanding media pembangkang, kalau tidak sudah tentu mereka sedar dengan kritikan saya sebelum ini," katanya dalam laman web Malaysia Today hari ini. Sebelum ini pelbagai pihak yang menyokong perjuangan pembangkang menuduh Raja Petra sebagai pembelot kerana mendedahkan penglibatan Anwar dan komplot memfitnah Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Sementara itu, dalam satu temu bual dengan Radio Australia, Raja Petra mengulangi pendirian bahawa Anwar dan pembangkang tidak mampu mengambil alih pemerintahan Kerajaan Persekutuan daripada Barisan Nasional (BN). Katanya, kegagalan pembangkang mengurus negeri Selangor dan menyelesaikan pelbagai perkara berbangkit seperti isu arak, membuktikan pembangkang tidak mampu untuk mengurus sebuah negara seperti Malaysia. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Muka Hadapan Posted: 18 Apr 2011 01:36 AM PDT Saya akan bentuk kepimpinan baru mantap – Taib Posted: Saya akan bentuk kepimpinan baru mantap – TaibSaya akan bentuk kepimpinan baru mantap – Taib DR. HAZLAND Abang Hipni (kiri) memulakan tugasnya sebagai wakil rakyat bertemu dan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai ketika berkunjung ke sebuah Pasar Tani di Demak Laut, Kuching, malam tadi. – UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD RAHMAN
KUCHING 17 April – Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, beliau akan menggunakan kesempatan tempoh pertengahan penggal sebelum bersara untuk membentuk barisan kepimpinan baru yang mantap supaya pelabur tetap yakin dengan Sarawak. Beliau berterima kasih kepada rakyat Sarawak kerana terus menyokong Barisan Nasional (BN) dan memberi mandat kepada parti itu membentuk kerajaan. Katanya, kemenangan BN pada pilihan raya negeri hari ini membuktikan rakyat Sarawak tidak terpengaruh dengan budaya politik negatif yang cuba dibawa parti pembangkang dari luar. Tegasnya, rakyat Sarawak tidak dapat menerima cara politik yang mengapi-apikan mereka, menimbulkan syak wasangka, perkauman dan cuba menimbulkan rasa takut. "Saya akan buat Kertas Putih supaya budaya ini tidak berlaku di Sarawak dan kalau yang dah masuk, kita pastikan tidak berterusan. Ini tidak menguntungkan rakyat Sarawak," katanya kepada pemberita di kediaman rasminya di sini malam tadi. Taib berkata, pembangkang menyatakan bermacam-macam perkara untuk menang pilihan raya, tetapi rakyat Sarawak masih percayakan BN dan perasaan bersangka baik terhadap BN masih ada dalam kalangan kebanyakan rakyat. "Ini semua propaganda... propaganda (Datuk Seri) Anwar Ibrahim. Dulu dia dakwa tsunami pilihan raya 2008... tetapi dia tak menang pun. Di Sarawak, dia cakap menang dan dah lantik ketua menteri," katanya. Taib berkata, langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin turun padang ke seluruh pelosok Sarawak untuk berjumpa rakyat dan mendengar masalah mereka membawa kesan positif. "Rakyat nampak Kerajaan Pusat beri perhatian lebih kepada Sarawak. PM pun tahu Sarawak perlu mempunyai dasar mengejar kemajuan untuk melaksanakan program NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) luar bandar yang meliputi kemudahan air, elektrik dan jalan," katanya. Ketua Menteri itu juga meyakinkan rakyat Sarawak bahawa Kerajaan Pusat berdiri di belakang Sarawak khususnya menerusi Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) untuk sama-sama membangunkan negeri dan membina lebih banyak infrastruktur. Taib berkata, keputusan pilihan raya kali ini adalah sesuatu yang diduga berdasarkan keadaan semasa, tetapi apa yang penting BN tetap terus membentuk kerajaan untuk memajukan Sarawak. Mengenai masyarakat Cina yang jelas lebih berpihak kepada DAP, beliau berkata, mereka perlu membuat keputusan sama ada untuk kekal dengan DAP atau akan terpinggir. — BERNAMA. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Kaji isyarat daripada keputusan PRN Sarawak - Zahid Hamidi Posted: Kaji isyarat daripada keputusan PRN Sarawak - Zahid HamidiKaji isyarat daripada keputusan PRN Sarawak - Zahid Hamidi KUALA LUMPUR 17 April - Pimpinan parti di Sarawak dan Pusat harus mengkaji keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-10 kerana ada isyarat-isyarat tertentu yang ingin disampaikan pengundi negeri itu yang perlu diterjemahkan di peringkat nasional. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kejayaan Barisan Nasional (BN) mengekalkan pemerintahan setelah menang dengan majoriti dua pertiga bukanlah bermakna sokongan sama bakal diperoleh pada pilihan raya umum akan datang. "Gambaran di Sarawak tidak semestinya gambaran sama di Semenanjung dan Sabah. Maka langkah-langkah untuk melakukan bedah siasat terhadap kawasan yang dijangka menang tetapi kalah harus dilakukan supaya kawasan itu tidak akan ketinggalan atau diabaikan. "Oleh kerana banyak pengumuman telah dibuat oleh kepimpinan negeri dan Pusat, saya harap rakyat Sarawak melihat apa yang akan dilaksanakan di kawasan menang atau kalah adalah tanggungjawab kerajaan BN. Namun jangan diambil kesempatan atau diputarbelitkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. BN berjaya mengekalkan penguasaan di Sarawak dengan majoriti dua pertiga meskipun, pilihan raya kali ini dianggap paling sengit dalam sejarah negeri itu, apabila BN hanya memenangi 55 daripada 71 jumlah kerusi yang dipertandingkan dan kehilangan lapan lagi kerusi berbanding pada pilihan raya 2006. Ahmad Zahid berkata, kemenangan BN di Sarawak diperoleh dengan keizinan Allah SWT dan ada pengajaran yang perlu diterjemahkan supaya perpaduan di kalangan rakyat dapat dikekalkan dan kemajuan serta pembangunan di kawasan pedalaman dapat diberikan keutamaan. Beliau dalam pada itu berkata, projek membina jalan yang telah diumumkan di Long Lopeng iaitu dari Bario ke Ba'kelalan akan diteruskan oleh kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan peruntukan untuk projek-projek tersebut. "Projek itu akan dibuat oleh Kor Jurutera Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Maka saya akan minta Panglima ATM memantau supaya projek ini diteruskan dalam usaha memberikan kemudahan infrastruktur kepada rakyat pedalaman di Bario, Ba'kalalan dan Long Lopeng," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | PM gembira BN, Mutteo menang Posted: PM gembira BN, Mutteo menangPM gembira BN, Mutteo menang Oleh ASRON MUSTAPHA mohdasron.mustapha@utusan.com.my
|
NAJIB tun razak menyampaikan trofi kejohanan kepada Mutteo Manassero yang menjuarai kejohanan golf Maybank Terbuka Malaysia. turut kelihatan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar di KLGCC Kuala Lumpur, semalam.
|
KUALA LUMPUR 17 April - Datuk Seri Najib Tun Razak gembira dengan kejayaan Barisan Nasional (BN) mengekalkan kemenangan majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10. Beliau mempunyai dua sebab untuk bergembira, pertamanya kerana kejayaan itu membuktikan 'BN boleh!' "Keduanya, (saya) gembira dengan kemenangan Mutteo Manassero (pemain Itali) hari ini," katanya berucap menutup kejohanan golf Maybank Terbuka Malaysia di Kelab Golf & Country Kuala Lumpur, Bukit Kiara, di sini. Manassero, 17, merupakan pemain termuda kejohanan yang menjuarai Terbuka Malaysia itu. Semalam, BN berjaya mengekalkan penguasaan majoriti dua pertiga meskipun, pilihan raya kali ini dianggap paling sengit dalam sejarah Sarawak apabila pembangkang begitu agresif menyerang Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dalam usaha untuk menukar kerajaan negeri. BN memenangi 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan. Sementara itu, menyentuh kejohanan golf Maybank Terbuka Malaysia, Perdana Menteri berkata, ia antara acara sukan terbaik dalam memasarkan nama serta kemampuan Malaysia di mata dunia. Katanya, kejohanan tersebut kini ditonton kira-kira 400 juta penduduk dunia dari 42 negara selain diiktiraf sebagai antara kejohanan golf paling berprestij di rantau ini. Pada masa yang sama, Najib juga mahu Persatuan Golf Malaysia meningkatkan usaha bagi melahirkan lebih ramai jaguh golf tempatan daripada barisan pemain pelapis. "Saya berharap pada masa hadapan, akan ada pemain Malaysia yang muncul juara dalam kejohanan ini, tetapi usaha itu perlu bermula dengan melahirkan lebih ramai pemain pelapis berbakat," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
The Malaysian Insider :: Bahasa Posted: 18 Apr 2011 01:27 AM PDT Eskay: Saya tanggungjawab tayang video seks, akan dedah di mahkamah Posted: 17 Apr 2011 11:40 PM PDT KUALA LUMPUR, 18 April — Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah berkata beliau merupakan individu tunggal yang bertanggungjawab mempertontonkan video seks — yang lelaki didakwa melanggan pelacur asing adalah mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau memberitahu The Malaysian Insider hari ini bahawa Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuiab Lazim tidak terlibat dalam keputusannya mempertontonkan kepada wakil media terpilih 21 Mac lalu. "Saya bertanggungjawab dan memikul tanggungjawab penuh (ke atas tindakan) mempertontonkan (rakaman video seks). Mengapa saya memilih untuk menayangkan? Saya akan menjelaskan di mahkamah," katanya. Rakaman 21 minit itu dipertontonkan oleh "Datuk T" pada 21 Mac lalu, dan dua hari kemudian Shazryl dan Abdul Rahim bersama Shuiab mengaku bertanggungjawab atas pendedahan video itu. Laporan media semalam memetik Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata siasatan rakaman video aksi seks itu mengikut Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah telah siap. Acryl berkata laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya. "Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah)," kata beliau. Oleh itu kata beliau, terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula atas arahan Peguam Negara, "kita akan siasatlah." Jam tangan itu merupakan antara dua barang bukti, selain rakaman video seks, yang diserahkan kepada polis oleh Abdul Rahim, Shazryl dan Shuiab Lazim bagi tujuan siasatan berhubung video itu. Dalam ulasannya hari ini Shazryl juga menekankan tentang kepentingan mengesan pemilik jam tangan Omega. "Jam tangan Omega adalah sangat penting. Kita harus mengesan siapa pemiliknya. Saya merasakan ia bukti yang sangat penting, tetapi terpulang kepada polis. Saya tidak mahu terlibat," katanya lagi. Shazryl juga berkata, suruhanjaya diraja bagi menyiasat klip video seks juga diperlukan memandangkan pelaku aksi seks belum dikenal pasti. "Kami akan lihat dahulu apa yang polis hendak katakan. Kami hendak tahu siapa pelakunya. Kami mahu polis mengenal pasti dan mengesahkan pelaku dan kemudian kami akan memutuskan apa yang kami hendak lalukan. "Ia bergantung... saya akan biarkan kepada publik untuk putuskan jika mereka mahukan suruhanjaya diraja atau tidak. Ia adalah kepentingan awam," katanya lagi. Sehari selepas pendedahan video seks itu, Anwar membuat laporan polis dan menafikan beliau adalah pelaku aksi seks yang didakwa "Datuk T." Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | SUPP tolak hasrat George Chan letak jawatan Posted: 17 Apr 2011 10:37 PM PDT KUALA LUMPUR, 18 April — Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) hari ini menolak untuk menerima surat peletakan jawatan presidennya Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, keputusan diambil ekoran prestasi buruk parti itu dalam pilihan raya negeri kelmarin. Setiausaha agungnya Datuk Sim Kheng Hui juga menawarkan untuk meletakkan jawatan tetapi jawatankuasa kerja pusat (CWC) berkata kedua-dua pemimpin akan kekal dalam parti sehingga perhimpunan tahunan yang dijadual akan berlangsung akhir tahun ini. MENYUSUL LAGI Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Timur Posted: 18 Apr 2011 01:11 AM PDT Penduduk Atas Kubor mahu dibela Posted: Penduduk Atas Kubor mahu dibelaPenduduk Atas Kubor mahu dibela Oleh AZRAN FITRI RAHIM azran.rahim@utusan.com.my KOTA BHARU 17 April – Kerajaan negeri diminta menyediakan perancangan yang teliti kepada penduduk Kampung Atas Kubor di sini, sekiranya ingin membangunkan kawasan tersebut sebagai pusat komersial. Ahli jawatankuasa suara kampung itu, Muhammad Shaari, 63, berkata, penduduk kampung itu tinggal di kawasan berkenaan sejak berpuluh tahun lalu dan amat berharap satu pelan perpindahan disediakan untuk mereka. Bagaimanapun, beliau menjelaskan, sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang notis daripada kerajaan negeri atau mana- mana pihak untuk membangunkan kawasan itu. "Kita hanya baru mendengar 'khabar angin' bahawa kawasan kampung ini sehingga ke Jalan Gajah Mati akan dibangunkan sebagai pusat komersial. Oleh itu, sebelum perancangan dibuat kita mahu pihak berkuasa menimbangkan nasib kami semua. "Terdapat kira-kira 40 keluarga menetap di kawasan ini, kebanyakannya menyewa dan menetap di tanah sendiri. Sekiranya tidak dapat sediakan kawasan penempatan baru, kami minta diberi sedikit pampasan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini. Terdahulu, Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh bersama kepemimpinan Barisan Nasional (BN) Kota Bharu mengadakan lawatan mesra dan minum pagi bersama penduduk kampung tersebut. Sementara itu, Mohamad Fatmi yang juga Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri berkata, pihaknya akan membawa masalah itu kepada kerajaan negeri supaya nasib penduduk terlibat tidak diabaikan. "Kita melihat penduduk di sini membuat rungutan tentang khabar angin Kerajaan Pas Kelantan akan mengambil tanah di sini dari Jalan Che Su sehingga ke Jalan Gajah Mati. "Maka, saya membuat lawatan ini supaya kerajaan negeri akan tengok balik, jangan sekadar ambil tanah sahaja untuk dibangunkan tanpa ganti kepada penduduk ini kerana ia sudah tentu akan menyusahkan mereka. "Kita buat protes awal sebelum kerajaan negeri keluarkan notis. Sekarang notis belum keluar, kalau sudah keluar notis nanti alasan notis sudah keluar, jadi kita minta kerajaan timbang balik supaya buat perancangan untuk tapak kediaman mereka," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Lebih ramai saintis, teknokrat diperlukan - MB Posted: Lebih ramai saintis, teknokrat diperlukan - MBLebih ramai saintis, teknokrat diperlukan - MB Sebahagian pelajar menunjukkan sijil anugerah kecemerlangan yang disampaikan oleh Ahmad Said di Sekolah Menengah Agama Al-Falah, Kemaman, kelmarin.
KEMAMAN 17 April - Kerajaan negeri berharap lebih ramai anak negeri melanjutkan pengajian dalam bidang sains dan teknologi bagi menyemai budaya mengkaji dan mencipta untuk dimanfaatkan oleh rakyat. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, sejajar dengan harapan itu, kerajaan berusaha menyediakan peruntukan yang besar dalam bidang pendidikan setiap tahun. Katanya, ia bagi membolehkan anak negeri mencapai kecemerlangan dalam akademik dan melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang, khususnya sains dan teknologi. Menurut beliau, sehingga kini jumlah saintis khususnya orang Islam amat berkurangan. ''Jika ciptaan umat Islam yang dapat memberi kebaikan serta digunakan oleh berjuta manusia, sudah tentu begitu banyak ganjaran dan pahala yang bakal diperoleh mereka," kata beliau. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Permuafakatan Ibu Bapa Pelajar bersama Menteri Besar dan Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Akademik 2010 di Sekolah Menengah Agama Al-Falah, di sini semalam. Pada majlis itu, Ahmad turut menyampaikan anugerah kecemerlangan kepada lebih 60 pelajar yang mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010. Ahmad berkata, dengan lahirnya lebih ramai ahli saintis yang hebat, adalah tidak mustahil mereka dapat menyingkap setiap yang ada di atas muka bumi ciptaan Allah ini yang bakal memberikan banyak manfaat kepada manusia. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Mati selepas muntah, batuk Posted: Mati selepas muntah, batukMati selepas muntah, batuk KOTA BHARU 17 April - Hasrat seorang wanita untuk menjadi pengedar jualan langsung satu produk kopi tidak kesampaian apabila rebah di hadapan wakil syarikat dari Kuala Lumpur di tingkat enam sebuah hotel, di sini hari ini. Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, Rozi Hana Md. Zin, 34, dari Kampung Pulau Kapas, Tapang di sini, dikatakan tiba-tiba diserang sakit kepala, muntah-muntah dan kejang. Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim berkata, wakil syarikat itu cuba menyelamatkannya, namun gagal dan wanita tersebut disahkan meninggal dunia setengah jam kemudian. "Punca kematian masih disiasat dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Berita Harian: Nasional Posted: 17 Apr 2011 11:48 PM PDT Isu sistem penggredan dua sekolah seni diatasi Posted: 17 Apr 2011 02:59 PM PDT Nasional Kementerian jamin pelajar SsJB, SsK tiada masalah mohon IPT BATU PAHAT: Kementerian Pelajaran memberi jaminan pelajar Sekolah Seni Johor Bahru (SsJB) dan Sekolah Seni Kuching (SsK), tidak akan berdepan masalah ketika memohon kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT) selepas mereka menamatkan pembelajaran kelak.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, ibu bapa, guru serta pelajar sekolah terbabit tidak perlu risau walaupun sebelum ini wujud kebimbangan berikutan sistem penggredan digunakan dalam peperiksaan mata pelajaran kesenian sekolah berkenaan didakwa tidak diiktiraf Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Katanya, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pelajaran sedang mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan segala masalah yang timbul termasuk sistem penggredan digunakan dalam peperiksaannya supaya bukan saja menepati kehendak dan syarat kemasukan ke IPT, malah turut mampu melahirkan pelajar jurusan seni yang cemerlang. "Antara langkah diambil termasuk mengarahkan BPK supaya mengadakan perbincangan dengan KPT bagi menyelesaikan masalah yang timbul berhubung sistem penggredan, sukatan serta modul diikuti pelajar Sekolah Seni, malah saya yakin ia akan dapat diatasi tidak lama lagi dan berharap ibu bapa, guru dan pelajar supaya tidak bimbang atau risau lagi.
"SsJB dan SsK ditubuhkan sejak Januari 2007 lalu menjadi perintis sekolah seumpamanya di negara ini dan kementerian merancang membuka lagi sekolah ini di beberapa lokasi terpilih di seluruh negara tidak lama lagi.
"Sudah pasti kementerian akan memastikan nasib pelajar sekolah ini terbela dan mendapat peluang terbaik apabila mereka menamatkan pembelajaran apatah lagi kita berhasrat menjadikan Sekolah Seni kelolaan kita sebagai antara institusi kesenian berprestij di negara ini yang melahirkan pelajar jurusan kesenian berketrampilan, " katanya selepas program Juara Rakyat, di sini, semalam.
Bulan lalu, Berita Harian melaporkan kebimbangan ibu bapa dan guru terhadap nasib pelajar di kedua-dua sekolah seni berkenaan berikutan mereka dimaklumkan sistem penggredan digunakan dalam peperiksaan mata pelajaran kesenian sekolah berkenaan tidak diiktiraf KPT.
Menurut laporan berkenaan, sistem penilaian dan pentaksiran subjek kesenian diambil pelajar terbabit dinilai dalam bentuk Band merangkumi Band I hingga VI, sistem sama digunakan dalam penilaian Malaysian University English Test (MUET) yang diiktiraf kerajaan tetapi dalam konteks mata pelajaran kesenian di sekolah seni, ia belum diiktiraf KPT.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Dr M kagum Mariner 1 dibina syarikat Melayu Posted: 17 Apr 2011 02:58 PM PDT Nasional
DR MAHATHIR beramah mesra dengan warga kerja NGV Tech selepas majlis pelancaran kapal Mariner 1, di Sijangkang, kelmarin. BANTING: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terpegun melihat kapal tunda Mariner 1 berharga RM27 juta milik syarikat dari Arab yang dilancarkan di Sijangkang adalah hasil kerja orang Melayu. Sambil menyifatkan bakat Melayu tidak boleh dipermudahkan, beliau memuji kejayaan NGV Tech Sdn Bhd (NGV Tech) kerana meneroka bidang pembuatan kapal hingga berjaya menembusi pasaran dunia dan meraih tempahan bernilai RM3 bilion sepanjang lima tahun lalu.
"Pada mulanya saya tidak percaya ada syarikat Melayu mampu membina kapal laut berteknologi tinggi kerana ia biasa dibuat oleh negara maju. "Tapi sekarang hasil sebegitu sudah mampu dilakukan masyarakat tempatan khususnya orang Melayu," katanya pada majlis pelancaran kapal tunda Mariner 1 kepada Marine Services Private Ltd (Arab Saudi) yang disempurnakan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di limbungan Sijangkang dekat sini, petang kelmarin. Pada majlis itu Dr Mahathir juga menyerahkan kapal tunda MV Bima Mulu dan MV Seputeh kepada pembeli tempatan yang turut disaksikan Pengarah Eksekutif NGV Tech, Datuk Zulkifli Shariff.
Beliau memuji usaha syarikat Bumiputera itu melebarkan kegiatan membina kapal perang bagi keperluan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di samping memenuhi permintaan dari luar negara.
"NGV Tech juga berkesempatan melatih pelajar institut pengajian tinggi (IPT) mengenai kaedah pembuatan kapal pelbagai jenis," katanya.
Katanya, inisiatif syarikat itu juga membuktikan Bumiputera mampu bersaing hebat dengan kaum lain yang sudah lama menguasai industri berkenaan.
Sementara itu, Zulkifli dalam ucapannya berkata, NGV Tech meraih kontrak bernilai RM2.9 bilion sejak lima tahun lalu berikutan pertumbuhan industri perkapalan dunia serta keperluan mendesak industri petroleum dan gas.
Katanya, sejak memindahkan limbungannya ke Sijangkang pada 2005, pihaknya menyiapkan lebih 200 kapal pelbagai jenis bernilai RM2 bilion dan kini giat menyiapkan baki pesanan bernilai RM900 juta menjelang 2013.
Syarikat itu juga dalam perbincangan dengan beberapa pelanggan baru terutama Indonesia, Vietnam, Bangladesh, Iran, Iraq dan Algeria berikutan minat mereka untuk menempah pelbagai jenis kapal untuk rondaan serta keperluan industri petroleum dan gas.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Jenayah Posted: 17 Apr 2011 11:31 PM PDT Wanita mati dibunuh 3 penyamun Posted: Wanita mati dibunuh 3 penyamunWanita mati dibunuh 3 penyamun Oleh OPAT RATTANACHOT uspetani@utusan.com.my
|
ANGGOTA polis mengangkat mayat Norjaniaty Mohamad Isa yang mati dibunuh sekumpulan penyamun di rumahnya di Kampung Keladi, Kulim, Kedah, semalam.
|
KULIM 17 April - Seorang wanita yang pulang bercuti untuk menziarah ibunya maut dipukul tiga penyamun yang memecah masuk rumah banglo mereka di Kampung Keladi di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, ibu mangsa yang berusia 70 tahun turut cedera. Mangsa, Norjaniaty Mohamad Isa, 40, dikatakan baru pulang dari Kuala Lumpur, petang semalam. Ketika kejadian, dia tidur bersama ibunya, Fatimah Abu Bakar di dalam sebuah bilik manakala dua lagi ahli keluarga di bilik lain. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan dan Perundangan) negeri, Supritendan Law Thiang Huat berkata, polis yang mendapat panggilan mengenai kejadian itu bergegas ke rumah terbabit untuk menjalankan siasatan. "Hasil pemeriksaan kita menemui mayat mangsa terlentang di atas katil dengan kecederaan di muka akibat dipukul dengan senjata tumpul," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini. Thiang Huat memberitahu, berdasarkan keterangan ahli keluarga mangsa, sekumpulan tiga lelaki telah memecah masuk rumah berkenaan melalui sebuah pintu jeriji di bahagian tepi. "Norjaniaty dipercayai bergelut dengan kumpulan lelaki terbabit tetapi tidak terdaya melawan. Ibunya turut cedera akibat dipukul dan kini dihantar ke Hospital Kulim (HK) untuk rawatan," katanya. Beliau berkata, pemeriksaan mendapati beberapa barang kemas di dalam bilik berkenaan serta telefon bimbit dan sejumlah wang tunai, hilang. "Polis percaya motif kejadian adalah samun," katanya sambil menambah mayat mangsa dihantar ke HK untuk dibedah siasat. Thiang Huat meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim di talian 04-4906222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Lelaki dikurung gagal bayar pinjaman RM3,000 Posted: Lelaki dikurung gagal bayar pinjaman RM3,000Lelaki dikurung gagal bayar pinjaman RM3,000 KOTA KINABALU 17 April - Perbuatan melampau sebuah premis peminjam wang berlesen menagih hutang dengan mengurung seorang peminjam pada Selasa lalu, membawa padah apabila diserbu polis. Mangsa, lelaki tempatan berusia 34 tahun dipercayai dikurung bermula pukul 1.11 petang di premis berkenaan di Sinsuran di sini, sebelum diselamatkan pukul 3.55 petang. Dalam serbuan itu, polis memberkas dua lelaki yang menahan mangsa sebelum menangkap tiga lagi dalam operasi susulan pada 13 dan 14 April lalu dengan kesemua suspek berusia 26 hingga 34 tahun. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria berkata, siasatan mendapati mangsa gagal membayar balik pinjaman kepada syarikat itu sebanyak RM3,000. "Mangsa yang dikurung di dalam sebuah bilik diselamatkan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, hasil maklumat awam," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu di sini hari ini. Menurutnya, kesemua ditahan disiasat mengikut Seksyen 348 Kanun Keseksaan kerana menahan mangsa dengan cara salah yang boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun, jika sabit kesalahan. "Perbuatan mereka menahan mangsa adalah salah di sisi undang-undang, kalau mereka mahu menagih hutang pun kenalah ikut proses yang sepatutnya dan berlandaskan undang-undang," tegasnya. Beliau turut menasihatkan semua syarikat peminjam wang agar menjalankan perniagaan dengan cara yang betul dan tidak bertindak melampau. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online - Rencana Utama Posted: 17 Apr 2011 11:10 PM PDT Suhu dingin pulihara bahan sejarah Posted: Suhu dingin pulihara bahan sejarahSuhu dingin pulihara bahan sejarah Oleh ROSMALINA ABD. KADIR rosmalina.kadir@kosmo.com.my
SEBUAH naskhah usang yang ditulis dalam bahasa Belanda dan diletakkan di atas meja di dewan penyelidikan Arkib Negara Malaysia (ANM) begitu mengujakan penulis yang berkunjung ke bangunan yang menyimpan pelbagai khazanah berharga itu baru-baru ini. Lantas, naskhah itu diambil dan helaian demi helaiannya diselak perlahan-lahan. Struktur naskhah yang sudah usang dan berwarna kusam kekuningan itu berjaya menimbulkan rasa ingin tahu akan kandungannya. Melalui laman web ANM, buku tersebut yang tajuknya diterjemah sebagai Kisah Pengembaraan Francois Valentyn (Jilid Ke-5) diterbitkan pada tahun 1726 dan ditulis oleh Francois Valentyn, berdasarkan maklumat yang dikumpul pegawai-pegawai Belanda ke India. Jilid berkenaan menceritakan sejarah awal Melaka, Kesultanan Melaka dan hubungan Melaka dengan negara-negara jiran. Di dalamnya terkandung fakta mengenai empayar Kesultanan Melaka yang begitu agung pada kurun ke-15. Justeru, buku yang masih dalam keadaan elok itu menjadi rujukan penting kepada ramai sarjana Belanda yang mengkaji mengenai hubungan Belanda dengan negara-negara di Timur. Menurut Ketua Pengarah ANM, Dr. Samsiah Muhamad, naskhah berkenaan merupakan bahan penting ANM yang dikategorikan sebagai Permata Pusaka yang memerlukan usaha penyimpanan dan pemeliharaan khusus supaya kekal baik untuk tatapan generasi akan datang. "Kesemua bahan sejarah ini disimpan di dalam gudang khas yang dinamakan Seksyen Perkhidmatan Repositori dan Seksyen Arkib Pandang Dengar yang suhu dan kelembapannya dikawal. "Misalnya, bagi bahan dalam bentuk kertas, suhu gudang adalah sekitar 20 darjah celsius dan kadar purata kelembapan bandingan ialah 50 peratus. Alat pendingin hawa pula dipasang 24 jam di setiap gedung menyimpan bahan arkib tersebut," katanya mengenai gudang yang turut dipantau kamera litar tertutup (CCTV) itu. Menurut beliau, antara bahan arkib yang diletakkan dalam kategori Permata Pusaka ialah akhbar Jawi Peranakan tahun 1888, surat daripada Sultan Pahang Kepada Sultan Terengganu Mengenai Pentadbiran Negeri Pahang tahun 1859 dan surat Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah Darul Aman pada tahun 1882-1943. Bahan-bahan lain ialah peta Melaka tahun 1886, gambar Mesyuarat Durbar Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang pertama di Kuala Kangsar pada Julai 1897, Pemasyhuran Kemerdekaan tahun 1957 dan Pemasyhuran Malaysia tahun 1963. ORANG ramai yang mempunyai bahan-bahan sejarah digalakkan menghantar bahan tersebut di Arkib bagi tujuan pemuliharaan dan merekod.
Samsiah memberitahu, kesemua bahan sejarah itu penting sebagai rujukan yang merekodkan ketamadunan bangsa dan pembentukan negara. Melalui bahan sejarah itu juga, katanya, kita dapat mengkaji dan mengukur keberkesanan dan kelemahan tindakan dan keputusan yang telah dibuat pada masa lampau. "Analisis sejarah membolehkan kita merancang dan membuat keputusan yang lebih baik pada masa depan. Ia dapat dijadikan wawasan dalam membina dan membentuk perubahan dan hala tuju yang lebih baik. "Bahan-bahan sejarah ini juga penting untuk dijadikan bahan bukti bagi mempertahankan hak dan kedaulatan negara. "Tanpanya, sukar untuk kita membuktikan hak serta ketuanan sesuatu bangsa dan negara," jelasnya. Dalam pada itu katanya, beliau menggalakkan orang ramai yang menyimpan bahan-bahan sejarah untuk menyerahkannya kepada ANM supaya ia dapat direkodkan dan dipulihara sebagai salah satu khazanah penting negara. "Sebahagian bahan sejarah di sini diserahkan oleh individu atau melalui kumpulan ANM yang bergerak untuk menjejaki bahan-bahan sejarah ini. "Bagaimanapun, banyak rekod sudah dimusnahkan selepas Perang Dunia Pertama oleh tentera British untuk menjaga kerahsiaan. "Tetapi ada rekod yang berjaya dijumpai selepas pemerintahan Jepun yang ditemui di dalam bilik bawah tanah bangunan Sultan Abdul Samad iaitu fail sekretariat Selangor dan rekod gereja pada zaman penjajahan Belanda yang ditemui di Melaka," katanya. Pemuliharaan Pelbagai kaedah pemuliharaan dijalankan oleh ANM bagi memastikan bahan-bahan tersebut bertahan dalam jangka masa yang lama. Antaranya ialah dengan cara menjilid, mengawet, melaminasi dan membuat penyalinan dalam bentuk mikrofilem dan digital. Menurut Penolong Pegawai Arkib Kanan, Afzainizam Abdul Rahman, setiap bahan arkib dalam bentuk kertas akan melalui empat bahagian di jabatan hospitaliti ANM iaitu bahagian restorasi, penjilidan, reprografi (penyalinan gambar) dan makmal bagi menguji bahan dengan bahan kimia yang bersesuaian. "Pembaikan kecil akan dilakukan untuk kertas yang mempunyai lubang-lubang kecil akibat dimakan hama. Ia akan ditampal dengan kertas buatan tangan dan dilekatkan menggunakan pati carboxymethyl: Cellulose (CMC) yang merupakan sejenis gam yang dimasak dengan air suling. "Selepas itu, kertas tersebut akan disembur dengan air suling, dilapisi dengan kertas tisu L2 dan disapukan gam CMC di permukaannya secara menyeluruh," katanya mengenai proses yang dilakukan bagi menguatkan struktur kertas dan mematikan bendasing. Pegawai Pemuliharaan, Kamaruddin Hashim pula memberitahu, penjilidan bahan-bahan dilakukan sama ada melalui penjilidan biasa atau penjilidan halus. KAMARUDDIN menunjukkan sebuah buku yang sudah siap dijilid menggunakan kulit lembu.
"Penjilidan biasa menggunakan kulit buku yang dibuat daripada kertas bakram dan gam putih, manakala penjilidan halus menghasilkan kulit buku yang dibuat daripada kulit kambing atau lembu yang ditempah dari England. "Semua proses dilakukan secara manual kerana setiap naskhah adalah salinan asal dan selepas proses siap, ia akan dihantar kepada bahagian yang menyerahkan buku-buku itu ke bahagian hospitaliti ini untuk diperbaiki," katanya. Katanya lagi, proses penjilidan melibatkan kos sehingga RM600 untuk sebuah buku atau manuskrip, bergantung kepada jenis, saiz, keuzuran dan proses pemuliharaan bahan tersebut. "Sehelai kulit haiwan untuk membuat kulit buku ini sahaja berharga sekitar 50 pound sterling (RM247) dan ia cukup untuk membuat satu atau dua buah kulit buku," katanya. Sementara itu, Pegawai ANM, Nor Atikah Safri memberitahu, gedung yang menyimpan bahan-bahan arkib hanya boleh dimasuki kakitangan yang bertanggungjawab menjaga gedung itu. Pengunjung perlu memesan bahan-bahan berkenaan di dewan penyelidikan ANM. "Bahan-bahan di gedung boleh sampai ke tangan penyelidik dalam masa kurang sejam. Untuk memilih bahan yang dikehendaki, sama ada melalui bilik pandu cari atau melalui carian dalam talian yang dinamakan sebagai sistem kompas. "Kesemua bahan di dalam gedung juga sudah disimpan dalam bentuk digital dan mikrofilem bagi memudahkan proses carian dan kajian," katanya. Katanya lagi, bahan-bahan yang direkodkan secara digital dan mikrofilem mampu bertahan selama 100 tahun sekiranya dipelihara dengan baik. "Bahan-bahan di sini termasuklah bahan-bahan dari luar negara terutama negara-negara yang mempunyai kaitan sejarah dengan Malaysia seperti England dan Jepun. "Selain itu, semua bahan ini mempunyai kod elektronik bagi memastikan keselamatannya. Bahan-bahan sejarah terutama daripada Pertama Pusaka juga tidak boleh dibawa keluar daripada dewan penyelidikan," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Politik Posted: 17 Apr 2011 11:07 PM PDT Perlu berubah Posted: Perlu berubah Perlu berubah Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM sarawakutusan@utusan.com.my MIRI 17 April - Masa depan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), parti tertua di negeri ini yang kalah teruk pada pilihan raya negeri semalam terletak pada bahu pemimpin muda. Presidennya, Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam yang turut kecundang dalam pilihan raya itu justeru berkata, kira-kira 300 pemimpin muda telah dikenal pasti untuk meneruskan perjuangan parti berkenaan. "Kita harus berubah dan tidak lagi bergantung pada sentimen dahulu dan kita kini berharap pada 300 orang muda yang telah dikenal pasti," katanya kepada pemberita di pusat penjumlahan undi Dewan Suarah Miri, di sini malam tadi. Walaupun tewas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau dan partinya pula mengalami kekalahan teruk apabila sekadar menang enam daripada 19 kerusi ditandingi, Hong Nam membuktikan dirinya pemimpin berjiwa besar apabila menghadiri majlis pengumuman keputusan. Beliau juga dilihat bersalaman dan mengucapkan tahniah kepada calon muda DAP yang berjaya menewaskannya, Ling Sie Kiong. Mengulas kekalahannya kepada Sie Kiong dengan majoriti 1,582 undi, Hong Nam yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, hati kecilnya sudah berdetik ia bakal berlaku. Beliau akur dengan keputusan pengundi dan akan mengharunginya dengan tabah walaupun terpaksa menempuh cabaran dan rintangan. "Nampaknya masyarakat Cina tidak gembira dan mereka fikir apa yang kerajaan lakukan selama ini tidak mencukupi," katanya yang telah menyatakan hasrat untuk berundur daripada politik. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Hanya dua wakil Cina dalam kerajaan negeri Posted: Hanya dua wakil Cina dalam kerajaan negeriHanya dua wakil Cina dalam kerajaan negeri SIBU 17 April – Prestasi teruk Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 semalam mencetuskan keadaan di mana masyarakat Cina hanya mempunyai dua wakil dalam kerajaan negeri. Diandaikan kerajaan negeri memutuskan untuk mengekalkan kuota Cina, Timbalan Setiausaha Agung SUPP Datuk Wong Soon Koh kemungkinan mengambil alih jawatan Timbalan Ketua Menteri daripada presiden parti Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam, yang tewas di kerusi Piasau. Wong, merupakan menteri dalam Kabinet negeri yang lepas, memenangi kerusi Bawang Assan, adalah lebih senior antara dua pemimpin SUPP yang berjaya itu. Seorang lagi pemimpin itu ialah Datuk Lee Kim Shim, yang berjaya memenangi kerusi Senadin, kemungkinan dilantik menteri penuh. SUPP mempunyai dua menteri dan empat menteri muda dalam pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini. Jika kuota itu dikekalkan, empat lagi calon SUPP yang menang dalam pilihan raya negeri akan dilantik menteri muda. Tetapi keempat-empat mereka ialah Bumiputera: Ranum Mina di Opar, Dr. Jerip Susil di Bengoh, Dr. Johnical Rayong di Engkilili dan Datuk Francis Harden Hollis di Simanggang. Bagaimana pula dengan perubahan dalam parti? Topik ini banyak dibincangkan oleh pemimpin SUPP termasuk Hong Nam, yang bukannya presiden SUPP yang pertama ditewaskan oleh DAP. Ketuanya sebelum itu, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr. Wong Soon Kai ditumpaskan oleh Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng di Bukit Assek pada 1996. Dr. Hong Nam rapat dengan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, berikutan anak lelaki Taib berkahwin dengan anak perempuannya. Ini menjadikan beliau sasaran pembangkang, khususnya DAP, untuk mengeksplotasi sentimen anti-Taib di kawasan bandar majoriti Cina. – BERNAMA Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Pahang Posted: 17 Apr 2011 07:41 PM PDT RM2.4j bangunkan modal insan Posted: RM2.4j bangunkan modal insanRM2.4j bangunkan modal insan Oleh ALI MAHMOOD utusanpahang@utusan.com.my
|
Tiong Lai (tengah) menyediakan teh tarik sambil diperhatikan oleh Jebasingam Issace John (dua dari kanan) dan Devamani (kanan) ketika melawat gerai pada majlis perasmian Fasa 1 Empower Bentong dan Fasa 2 di Bentong, semalam.
|
BENTONG 17 April - Kerajaan Pahang memperuntukkan RM2.4 juta bagi membangunkan modal insan menerusi Projek Empower fasa kedua di Temerloh dan Kuala Lipis, menerusi program Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) tahun ini. Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, projek fasa pertama yang dilaksanakan di Bentong tahun lalu membuahkan hasil apabila berjaya meningkatkan sosioekonomi penduduk miskin daerah itu. Katanya, Projek Empower bertujuan membantu golongan tersebut meningkatkan taraf hidup mereka melalui modul akademik, keusahawanan dan kemahiran. ''Modul akademik yang dilaksanakan itu berjaya membantu ramai pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia Malaysia (SPM). ''Modul keusahawanan dan latihan kemahiran berjaya membantu golongan tersebut menambah pendapatan keluarga melalui perniagaan kecil-kecilan seperti mengambil tempahan di rumah, membaiki telefon bimbit dan komputer," katanya kepada pemberita pada majlis penyempurnaan Fasa 1 Empower Bentong dan Fasa 2 Pahang di Bentong, semalam. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Jebasingam Issace John dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai serta Timbalan Menteri dii Jabatan Perdana Menteri, Datuk S.K. Devamani. Menurut Adnan, bagi fasa kedua, Projek Empower melibatkan 2,700 penduduk Bentong, Temerloh dan Kuala Lipis serta ia akan diperluaskan ke Cameron Highland dan seluruh Pahang secara berperingkat. Tambah beliau, bagi fasa pertama yang merupakan projek perintis bermula April 2011, ia melibatkan 1,000 penduduk Bentong terdiri daripada pelajar, penganggur, lepasan sekolah, siswazah, ibu dan bapa tunggal yang tidak mempunyai pendapatan tetap. ''RM4.1 juta dibelanjakan bagi menjayakan projek fasa 1 program itu yang diadakan 10 bulan dan ia memberi pendapatan tetap antara RM1,000 hingga RM1,500 kepada setiap peserta," jelasnya. Menurut Adnan, ECERDC melantik Pertubuhan Kemajuan Sosial Malaysia sebagai penyedia perkhidmatan bagi program Latihan Kemahiran Keusahawan. ''Sebenarnya projek ini adalah untuk membantu penduduk kaum India di daerah ini yang masih ketinggalan, tetapi ia turut melibatkan Cina, Melayu dan kaum lain. ''Seramai 400 pelajar dari 12 sekolah yang menyertai Projek Empower bagi program akademik selama enam bulan untuk UPSR, PMR dan SPM memperoleh kelulusan 100 peratus," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Ikan patin liar diakui mahal Posted: Ikan patin liar diakui mahalIkan patin liar diakui mahal JERANTUT 17 April - Harga ikan patin liar diakui mahal di pasaran berikutan spesies berkenaan sukar diperolehi selain rasanya yang enak. Perkara itu diakui seorang nelayan Sungai Tembeling, Adenan Nipah, 55, yang menjadikan kerja-kerja menangkap ikan air tawar sebagai sumber pendapatannya sejak 35 tahun lalu. Menurutnya, ikan patin merupakan antara spesies paling laris di pasaran pada masa kini. ''Kebiasaannya, saya menjual ikan patin muncung dan patin buah dengan harga antara RM100 hingga RM120 sekilogram, malah boleh mencecah hingga RM150 sekilogram berdasarkan permintaan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Kampung Pagi, dekat sini baru-baru ini. Adenan mengulas laporan akhbar baru-baru ini berhubung sekumpulan pelanggan yang dikenakan bayaran RM13,000 bagi hidangan ikan patin ketika makan tengah hari di sebuah restoran di bandar Temerloh, baru-baru ini. Adenan yang mempunyai permit menangkap ikan air tawar daripada Jabatan Perikanan berkata, kadangkala pelanggan menganggap penjual ikan patin sengaja menaikkan harga untuk mengaut keuntungan tanpa memikirkan kesukaran menangkap spesies berkenaan. Jelasnya, kelazatan ikan patin sungai berbeza dengan spesies yang diternak di kolam dan sangkar sehingga ia mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pengusaha restoran, hotel dan chalet di Taman Negara dan bandar Jerantut. ''Jika nelayan sungai di sini menjual RM120 sekilogram, bermakna pengusaha restoran atau hotel perlu menjual dengan kadar melebihi harga belian. ''Kami dan pengusaha restoran bukan berniat untuk mengaut keuntungan, tetapi pelanggan perlu memahami yang spesies ini memang mahal dan berkualiti," jelasnya. Seorang penduduk, Mohammad Razman Sidek, 36, berkata, dia pernah terperangkap dengan harga ikan patin sungai yang dimasak tempoyak ketika makan tengah hari bersama keluarganya di sebuah restoran bandar ini. ''Setelah dikira kembali memang munasabah saya kena bayar RM350 untuk hidangan seramai lapan ahli keluarga kami dengan kadar antara RM35 hingga RM40 seketul ikan patin," katanya. Sehubungan itu, dia menyarankan setiap pelanggan perlu bertanya terlebih dahulu harga ikan patin sungai sebelum memesan masakan tersebut. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Lynas bukan loji nuklear - MB Posted: Lynas bukan loji nuklear - MBLynas bukan loji nuklear - MB KUANTAN 17 April - Kerajaan Pahang menegaskan bahawa projek pembinaan kilang memproses bahan kimia milik Syarikat Lynas Corporation Ltd. (Lynas) dari Australia di kawasan perindustrian Gebeng di sini bukan pembinaan loji nuklear. Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, isu pembinaan projek itu digembar-gemburkan oleh pihak tertentu sehingga penduduk merasakan kehidupan mereka terancam. "Saya sendiri bersama dengan semua anggota Exco kerajaan negeri mendengar penerangan daripada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) dan pakar tenaga atom yang diketuai oleh Ketua Pengarah LPTA, Raja Datuk Abdul Aziz Raja Adnan. "Dalam pertemuan itu mereka menyatakan bahawa loji berkenaan tidak memudaratkan alam sekitar dan kesihatan orang ramai," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Mahkamah Posted: 17 Apr 2011 07:14 PM PDT Dua lelaki bebas tuduhan bunuh pemimpin MCA Posted: Dua lelaki bebas tuduhan bunuh pemimpin MCADua lelaki bebas tuduhan bunuh pemimpin MCA ALOR SETAR 17 April - Dua lelaki terselamat daripada tali gantung setelah Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebas dan melepaskan mereka daripada tuduhan membunuh Naib Pengerusi Pemuda MCA Padang Serai, Ching Eng Wah di Padang Serai, Kulim pada 17 Ogos 2007. Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Zakiah Kassim membuat keputusan tersebut setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie terhadap Abdul Nirwan Abdul Aziz, 31, dari Tasik Gelugor, Pulau Pinang dan Mohammad Zalmizi Hasim, 27, dari Bachok, Kelantan. Kedua-dua tertuduh didakwa bersama-sama membunuh Eng Wah, 40, dengan melepaskan tembakan menggunakan sepucuk pistol pada pukul 8.40 pagi di persimpangan lampu isyarat Jalan Lunas, pekan Padang Serai, Kulim pada tarikh berkenaan. Kedua-duanya dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama iaitu hukuman mandatori gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Zakiah dalam penghakiman selepas kes pendakwaan memberitahu, pihak pendakwaan gagal memanggil dua saksi penting dalam kes tersebut yang dikenali sebagai Herman dan Jefri. "Jefri yang memberi maklumat tentang sepucuk pistol yang membawa penemuan pistol itu di sebuah rumah didiami Herman di Butterworth gagal dipanggil oleh pihak pendakwa. "Jadi pihak pendakwaan juga gagal buktikan bahawa pistol yang ditemui di rumah Herman itu pistol sama digunakan untuk menembak si mati. Oleh itu pihak pendakwaan gagal membuktikan kes terhadap tertuduh," katanya. Selain itu, Zakiah turut mempersoalkan keterangan isteri si mati yang dipanggil sebagai saksi pendakwaan memandangkan dia bukan saksi yang melihat kejadian. "Ketika kejadian saksi ini yang duduk di sebelah mangsa menunduk untuk mengambil barang di bawah kerusinya seterusnya terdengar bunyi letupan. "Walaupun isteri mangsa dapat mengecam pembunuh melalui kawat cam, namun ia hanya atas rasa syak yang kuat dan tidak boleh dijadikan keterangan atau bukti di mahkamah," katanya. Abdul Nirwan diwakili peguam Ai Cha Ran dan Mohammad Zalmizi pula diwakili Naran Singh. Pendakwaan kes dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ana Rozana Mohd. Nor. Dalam pada itu, kedua-dua tertuduh yang ditemui di luar mahkamah melahirkan rasa syukur dengan keputusan tersebut. Menurut Abdul Nirwan, dia sangat merindui anak perempuannya yang terpisah sejak ditangkap pada Ogos 2008 dan akan mengadakan kenduri kesyukuran di rumah mereka. Mohamad Zalmizi pula akan pulang ke Bachok malam ini untuk menemui keluarganya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Pemandu jengkaut dihukum mati Posted: Pemandu jengkaut dihukum matiPemandu jengkaut dihukum mati KUALA TERENGGANU 17 April - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang pemandu jengkaut selepas didapati bersalah membunuh seorang wanita berusia 55 tahun, di Kemaman tiga tahun lalu. Hakim Datuk Abd. Rahim Uda membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes tersebut. Dalam penghakimannya, Abd. Rahim berkata, setelah diteliti keterangan daripada kedua-dua pihak dan saksi, tertuduh, Zulhisham Fadly Mohamad, 30 dari Kampung Gong Limau, didapati sengaja melakukan perbuatan itu dengan niat untuk membunuh. Katanya, jika tertuduh tidak berniat melakukannya, tertuduh sepatutnya menghantar mangsa yang cedera ke hospital. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Rencana Posted: 17 Apr 2011 03:31 PM PDT Iktibar berharga buat BN Posted: Iktibar berharga buat BNIktibar berharga buat BN Oleh ZULKIFLI JALIL pengarang@utusan.com.my BERMULA tengah hari sehinggalah pukul 7.30 malam kelmarin, begitu banyak khidmat pesanan ringkas (SMS) diterima penulis dan rakan-rakan seperjuangan di Kuching tentang benarkah tsunami politik sudah melanda Sarawak. Panggilan telefon bertalu-talu dari Semenanjung itu mendakwa pakatan pembangkang sudah membentuk kerajaan negeri sekitar pukul 5 petang, yang juga masa semua pusat pengundian di seluruh Sarawak ditutup serentak. Malas melayan panggilan bertalu-talu itu, penulis mendapatkan komen segera daripada seseorang yang mempunyai kredibiliti untuk mengulas spekulasi ini. "BN membentuk kembali kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga," kata sumber yang boleh dipercayai itu pada pukul 6 petang. Satu SMS kemudian tertera di telefon bimbit penulis: "Rombongan pihak media sedang menuju ke kediaman Ketua Menteri (di Demak Jaya, Kuching), CM (Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud) pun sudah berbaju Melayu," menguatkan andaian tsunami politik di Bumi Kenyalang cuma khabar angin 'paling hebat' pernah penulis dengar. Sesuatu yang menarik di sini ialah blogger-blogger pro-kerajaan tidak putus-putus bergasak di ruang maya untuk mengekang psy-war lawan mereka daripada pembangkang sejak pukul 1.30 petang lagi. Ini sejurus Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan spekulasi bahawa pembangkang mendahului dari segi sokongan pengundi di semua pusat mengundi. Berdasarkan pengamatan penulis sepanjang 10 hari tempoh berkempen, pilihan raya Sarawak diakui menyaksikan persaingan cukup sengit. Di bandar-bandar utama seperti Kuching, Miri, Bintulu dan Sibu, poster-poster Abdul Taib yang diganding dengan pemimpin Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP, parti komponen Cina BN Sarawak) hampir tidak ada langsung. Keadaan ini cukup berbeza dengan senario pilihan raya pada 2006. Sentimen terhadap Abdul Taib itu sebenarnya bermula sejak pilihan raya kecil Parlimen Sibu lagi pada tahun lepas. Di tengah-tengah kesibukan bandar Sibu, poster Ketua Menteri itu digambarkan 'agak keterlaluan' bersebelahan dengan gambar Lim Guan Eng yang 'bersih dan berwibawa'. Realitinya, bentuk kempen DAP menggunakan poster amat strategis dan informatif. Ini ketara di semua kerusi Cina sehingga menjengkelkan mata memandang. Sentimen penolakan pengundi Cina terhadap kepimpinan kerajaan negeri termasuk penguasaan kuasa terlalu lama Presiden SUPP, Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam terkesan lebih awal pada hari ketiga kempen. Di Kampung Lereng Bukit di Miri, hadirin ceramah calon DAP pada malam Khamis lalu penuh sesak. Ramai penduduk berbondong-bondong sanggup menjinjing kerusi yang dibawa dari rumah dan premis perniagaan ke tempat ceramah. Apakah iktibar yang dapat direnung dari pilihan raya Sarawak? Di sebalik kenyataan seorang ketua pemuda parti kerajaan dari Semenanjung kelmarin bahawa 'walaupun keseluruhan BN menang, tetapi BN mengalami kekalahan paling teruk (kali ini)', timbul persoalan apakah penyumbang utama kekalahan BN di kawasan-kawasan Cina. Semua di Sarawak maklum kekalahan teruk SUPP yang meraih cuma enam daripada 19 kerusi yang ditandingi berpunca daripada kepimpinan Hong Nam serta pergolakan dalaman parti yang berlarutan sejak sekian lama. Ini terutama perseteruan Hong Nam dengan Timbalan Setiausaha Agung SUPP Pusat yang juga Pengerusi SUPP Sibu, Datuk Seri Wong Soon Koh. Dengan masih banyak rumah panjang di Bawang Assan, Soon Koh patut bersyukur 'diselamatkan' oleh pengundi Bumiputera untuk menang 1,808 undi menewaskan calon DAP. "Meskipun masalah dalaman SUPP ini baru diperbaiki baru-baru ini dan lukanya dikatakan telah sembuh, (namun) parutnya masih ada," kata sumber parti itu kepada Utusan Malaysia semalam. Yang pasti, SUPP akan senasib dengan parti Gerakan di Pulau Pinang yang dikatakan tidak lagi relevan buat pengundi Cina. Implikasinya, wakil Cina mana yang hendak dilantik dalam barisan Kabinet negeri. Adakah Abdul Taib yang menerajui cemerlang Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dengan menyapu bersih 35 kerusi akan mengekalkan wakil SUPP? Adakah masyarakat bumiputera akan memberi tempat yang wajar kepada SUPP? Dilema ini kelak akan menjarakkan lagi kepimpinan negeri dengan SUPP. Dan impaknya ialah pengundi Cina yang nampaknya kena dengan bidalan 'Gajah dan gajah bergaduh, pelanduk mati di tengah-tengah'. Akhirnya SUPP akan menjadi parti nyamuk. Kedudukannya di ranking nombor dua dalam BN Sarawak hakikatnya telah dirampas oleh Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang hanya kehilangan satu kerusi daripada sembilan yang ditandingi. Dan bukan juga dalam kedudukan ketiga, tetapi SUPP kini jatuh ke tangga keempat pula selepas satu lagi komponen, SPDP menang enam daripada lapan kerusi. Ini bermakna SUPP akan tutup kedai dan gulung tikar. Dan jika imej SUPP yang tercalar ini sudah sedemikian rupa, maka masyarakat Cina di Sarawak perlulah berfikir bagaimana hendak menempatkan wakil mereka dalam kerajaan negeri. Pokoknya di sini ialah semua kaum, tidak kira masyarakat Bumiputera (terdiri daripada Orang Ulu, Iban, Bidayuh dan Melayu/Melanau) dan Cina perlu bekerjasama untuk Sarawak yang mansang. Namun, di sebalik sentimen perkauman yang terlampau kuat di kalangan pengundi Cina yang mewarnai penolakan terhadap kepimpinan Abdul Taib, sesuatu yang harus diakui adalah faktor turun padang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam menjadi enjin penyelamat mencorakkan kemenangan besar BN di kerusi-kerusi pedalaman dan luar bandar. Dari kerusi 'hitam', dikelabukan dan berakhir ke putih, Najib dan Muhyiddin mengharung cuaca mendung, berkabus dan menongkah angin lintang bumi Sarawak untuk menemui pengundi. Di Bario dan Marudi, penduduk teruja menanti pesawat Najib. Di Demak Jaya malam kelmarin, Abdul Taib menyanjung tinggi kerja keras Najib dan Muhyiddin. Ternyata selepas ini, masyarakat pedalaman dan luar bandar Sarawak perlu lebih diberi perhatian. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Pemimpin pelapis akan dibentuk Posted: Pemimpin pelapis akan dibentukPemimpin pelapis akan dibentuk SEBAIK sahaja selesai mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak kelmarin, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengadakan sidang akhbar kali kedua di kediamannya di Demak Jaya, Kuching. Berikut kenyataan beliau yang dipetik oleh wartawan Utusan Malaysia, RAJA SYAHRIR ABU BAKAR dan MOHD. ZAAIN MD. ZIN. SOALAN: Adakah Tan Sri sudah jangka BN menang 55 kerusi? ABDUL TAIB: Saya telah jangka keputusan ini. Saya jangka Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan menang 100 peratus kerusi ditandingi. Jangkaan itu tepat. Namun semacam ada polarisasi kaum dalam trend pengundian ditunjukkan dalam pihak pembangkang dan ia sesuatu yang tidak sihat untuk Sarawak. Bagaimanapun, saya mengambilnya sebagai luahan perasaan para pengundi dan kita ambil maklum mengenai perkara itu. Apakah natijahnya, saya sendiri tidak tahu dan saya sedang memikirkan cara untuk menghadapi situasi ini. Hanya ada dua calon Cina (BN) yang memenangi pertandingan kali ini iaitu Datuk Seri Wong Soon Koh (Bawang Assan) dan Lee Kim Shin (Senadin). Selain itu, ia adalah sesuatu yang merugikan apabila melihat Prof. Dr. Sim Kui Hian (calon BN di Pending) tidak menang kerana kita tahu beliau mampu menjadi seorang pemimpin yang amat baik. Namun itulah hakikatnya, saya perlu meneliti perkembangan ini dengan sebaik-baiknya untuk memahami apa mesej yang ingin disampaikan oleh masyarakat Cina kepada kerajaan. Jika mereka ingin mengunakan pendekatan perkauman, ia adalah sesuatu yang tidak boleh saya penuhi, begitu juga di seluruh negara, kita tidak boleh memenuhi politik perkauman kerana ia akan menimbulkan situasi tidak elok di antara kita. Tetapi isu-isu dalam pilihan raya negeri kali ini tidak menyentuh sangat tentang perkembangan dalam negara. Ia lebih kepada serangan peribadi, pembunuhan karektor, lebih kepada menjatuhkan maruah seseorang daripada menjelaskan dasar alternatif yang dimahukan (pembangkang). Manifesto yang dikemukakan pihak pembangkang tidak mempunyai kredibiliti, 'wishy-washy', itu perkataan yang tepat. Ia tidak berasaskan realiti atau kemahuan yang serius dalam memberikan khidmat kepada rakyat Sarawak. Walaupun BN menang, secara umumnya jumlah majoriti calon-calon BN semakin menurun. Jadi, apakah maksud trend ini? Kalau dibandingkan dengan pilihan raya negeri 2006, majoriti calon-calon PBB boleh dikatakan naik jauh. Di kalangan parti lain dalam BN juga majoritinya juga cukup baik. Dari situ, kita nampak bahawa perasaan di kalangan pengikut BN adalah sangat sihat dan mereka percaya kita telah pun dapat menunaikan janji kita untuk berkhidmat sepenuhnya kepada mereka. Saya rasa 'response' di kalangan para pengikut bumiputera sama ada Melayu, Iban, Bidayuh dan Orang Ulu adalah berasaskan keinginan untuk melihat nasib mereka bertambah lebih baik dengan adanya pembangunan berterusan serta lebih berjaya di bawah kepimpinan Perdana Menteri kita. Apakah bentuk Kabinet baru Tan Sri nanti dengan adanya ramai muka baru? Saya tidak mahu jawab sekarang kerana kita mahu kaji dahulu apakah cara kita nak respons kepada keputusan ini dan apakah ertinya suara rakyat melalui pilihan raya ini. Tetapi, sebagai langkah sementara, saya akan melantik semua menteri penuh saya yang menang kembali menjadi menteri dan kemudian saya akan melihat pelantikan menteri-menteri muda. Bentuk terakhir Kabinet mungkin akan diketahui dalam masa sebulan lagi. Dengan kekalahan SUPP, bagaimanakah perwakilan masyarakat Cina dalam Kabinet Sarawak nanti, adakah ia akan terjejas? Inilah perkara yang kita fikirkan sedalam- dalamnya. Adakah kita dapat cukup pandangan menerusi wakil SUPP ataupun kita perlu melihat gambaran yang lebih luas lagi. Masalah ini saya terpaksa fikir dengan lebih dalam, tidak boleh sebut sekarang. Tentang SUPP, biarlah SUPP dahulu yang patut mengumumkan apa yang mereka nak buat bagi diri mereka. Bagaimanakah dengan politik tidak matang/kotor (hitting below the belt) yang diamalkan pada pilihan raya kali ini? Saya mengucapkan terima kasih kepada kebanyakan pengundi Sarawak kerana telah dapat mempertahankan bentuk 'gentlemanliness' di kalangan mereka dalam menghadapi pilihan raya ini. Saya rasa selesa kerana mereka bersikap demikian. Kalau tidak, banyak daripada cara politik baru yang datang dari luar dan berasaskan langkah mengapi-apikan, timbulkan perasaan benci, syak wasangka, meninggikan sifat perkauman dan menimbulkan perasaan takut. Semua ini telah kita nampak dalam cara kempen baru yang bukan berasal dari anak-anak Sarawak. Ini saya rasa saya tidak akan bincangkan secara cepat, bahkan akan menyuruh penyediaan satu kertas putih (white paper) seperti yang telah saya janjikan untuk menjaga agar politik kita tidak melarat sehingga demokrasi kita terheret ke sana sini tanpa tentu arah. Demokrasi yang tidak berhaluan dengan sihat tidak akan dapat menjaga kepentingan rakyat. Apa komen tentang (Presiden SUPP Tan Sri Dr.) George Chan (Hong Nam)? Hanya apakah yang akan kita buat dengan mesej daripada orang Cina. Seperti saya katakan, jika mereka mahu mengguna pakai politik perkauman, itu adalah sesuatu yang tidak boleh kita benarkan. Walaupun ia (politik perkauman) sah, kita akan mundur dalam perkembangan sebegitu. Adakah Tan Sri fikir ini merupakan pilihan raya paling sukar buat anda? Tidak, 1987 secara perbandingannya adalah lebih sukar. Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sama-sama turun padang, adakah itu menyumbang kepada kemenangan? Tiap-tiap pilihan raya kita selalu berjalan, saya pergi hampir semua Dewan Undangan Negeri (DUN). PM dan TPM memang membantu, sangat baik kesannya, kali pertama rakyat nampak kerajaan Pusat memberi perhatian lebih kepada Sarawak, rakyat tahu Sarawak perlu menyertai dengan cepat dasar Kerajaan Pusat seperti yang terkandung dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) program tiga tahun untuk mempercepatkan pembangunan luar bandar, bekalan air, elektrik dan ini perkara sangat penting sekali bagi Sarawak. Sebab itu orang Sarawak lebih yakin Kerajaan Pusat akan berdiri teguh di belakang kerajaan negeri khususnya pelaksanaan wilayah Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (Score) supaya Sarawak sama rentak pembangunan di Semenanjung, di mana aktiviti ekonomi lebih rancak, lebih banyak penduduk, pasaran lebih baik dan infrastruktur. Tentang pengundi Cina, bagaimanakah kerajaan akan menarik kembali sokongan mereka? Saya akan memikirkan perkara ini dengan semasak-masaknya bagaimana mengatasi masalah istimewa berkenaan masyarakat Cina. Ia bukan masalah Cina melawan (versus) bukan Cina, ia lebih kepada masyarakat Cina tidak mempunyai saluran atau wakil untuk mengemukakan perasaan, itu bacaan yang betul. Masyarakat Cina juga perlu berfikir dengan semasak-masaknya sama ada untuk kekal bersama DAP atau berada di luar (DAP) atau mereka mahu mencari penyelesaian terbaik untuk bersama-sama rakan lain dari bangsa lain dalam memperjuangkan Sarawak yang lebih makmur. Bagaimana dengan pelan peralihan kuasa Tan Sri. Saya tahu, tetapi saya perlu memikirkan perkara ini dengan teliti sebelum membuat sebarang pengumuman. Saya telah membuat keputusan tetapi saya tahu pengunduran saya adalah sesuatu yang amat sukar untuk dilaksana bukan kerana saya mahu terus memegang jawatan ini atau tidak, saya telah bersedia untuk melepaskan jawatan ini sejak 10 tahun lalu. Namun ia perlu mengambil kira dasar kesinambungan. Persoalan untuk meneruskan agenda pembangunan, apa yang telah kita capai selama ini, segala momentum yang telah disediakan untuk Sarawak berkembang tidak boleh dikorbankan dengan perubahan dalam kepimpinan. Saya fikir akan mengumumkan (mengenai) pengunduran pada pertengahan penggal nanti dan saya akan gunakan segala masa yang ada untuk mempersiapkan satu pasukan pelapis mantap bagi mereka meneruskan semua dasar terbaik kita. Segala dasar inilah yang boleh memastikan para pelabur berasakan Sarawak masih merupakan destinasi baik untuk perniagaan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online - Negara Posted: 17 Apr 2011 01:23 PM PDT Siasatan kes video seks selesai Posted: Siasatan kes video seks selesai Siasatan kes video seks selesai Imej lelaki dalam klip video seks hasil rakaman cctv pada 21 Februari 2011 yang dimuat naik dalam laman Youtube 2 April lalu.
KUALA LUMPUR - Siasatan polis berhubung rakaman video seks yang pelakunya didakwa mirip seorang pemimpin pembangkang telah siap dan menunggu masa untuk dihantar ke pejabat Peguam Negara. Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah. Katanya, laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya. "Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah). "Terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula (atas arahan Peguam Negara), kita akan siasatlah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam. Ditanya mengenai maklum balas syarikat pengedar jam Omega mengenai identiti pemilik jam tangan itu, Acryl berkata, polis tidak mempunyai kuasa untuk memaksa pengedar jam berkenaan memberi maklumat berhubung identiti pemilik jam terbabit. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Menu baru cegah obesiti Posted: Menu baru cegah obesiti Menu baru cegah obesiti Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA kamilah.mustapha@kosmo.com.my PENGUSAHA kantin bukan sahaja perlu mengurangkan kekerapan menjual nasi lemak tetapi juga makanan ringan yang digoreng seperti nugget. - Gambar hiasan
SUBANG JAYA - Kerajaan menguatkuasakan serta-merta larangan penjualan makanan dan minuman tidak berkhasiat khususnya yang mengandungi gula serta garam berlebihan di kantin sekolah di seluruh negara bagi membendung risiko semakin ramai pelajar mengalami masalah obesiti. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika mengumumkan perkara itu semalam menegaskan, pengusaha kantin juga hanya dibenarkan menjual nasi lemak sehari dalam seminggu. Walaupun beliau menganggap nasi lemak mempunyai khasiatnya sendiri, pengambilan makanan itu secara kerap dan berlebihan akan mendorong seseorang itu mengalami obesiti. "Peraturan melarang penjualan makanan tidak berkhasiat ini termasuk air bikarbonat bukan sahaja melibatkan pengusaha kantin tetapi juga penjaja lain di sekitar kawasan sekolah,'' katanya pada sidang akhbar selepas Konvensyen Panel Penasihat Klinik Kesihatan peringkat kebangsaan ke-5 2011 di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Peluru dalam bilik hotel masih misteri Posted: Peluru dalam bilik hotel masih misteriPeluru dalam bilik hotel masih misteri KUALA LUMPUR - Siasatan polis mendapati sebuah bilik hotel iaitu lokasi penemuan sejumlah peluru pelbagai jenis pada Rabu lalu telah didaftar atas nama seorang lelaki warga Sri Lanka. Sumber berkata, setakat ini siasatan mendapati nama lelaki tersebut tiada di dalam rekod pihak Imigresen. "Pemeriksaan mendapati bilik tersebut didaftar atas nama seorang lelaki warga Sri Lanka dengan menggunakan pasport. "Setakat hari ini (semalam), hasil semakan dengan pihak Imigresen mendapati butiran yang didaftar (lelaki) itu tiada di dalam rekod," katanya kepada Kosmo! semalam. Menurut sumber itu, pihaknya tidak menolak kemungkinan lelaki itu menggunakan pasport palsu ketika mendaftar masuk. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Kota Posted: 17 Apr 2011 11:06 AM PDT Tegas kuat kuasa Zon Bersih Posted: Tegas kuat kuasa Zon BersihTegas kuat kuasa Zon Bersih Oleh ROSLAH OTHMAN kota@utusangroup.com.my
|
Abdul Hamid Husin (tengah) melancarkan program pekan Ampang ke arah Zon Bersih 2011 di Bandar Baru Ampang, baru-baru ini. Turut kelihatan, Sarodin Shaari (kiri) dan Tan Hua Meng.
|
AMPANG JAYA 17 April - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik atau penyewa premis di kawasan pekan Ampang yang dikesan melanggar peraturan Zon Bersih. Timbalan Yang Dipertuanya, Abd. Hamid Husin berkata, tindakan itu bukan sahaja bertujuan memastikan pekan itu memenangi beberapa kategori yang dipertandingkan tetapi yang lebih penting ialah untuk mengubah sikap dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kebersihan. Menurutnya, bagi memastikan seluruh warga pekan Ampang menikmati persekitaran yang bersih dan sihat, semua pihak perlu bekerjasama dalam menjaga kebersihan. "Soal kepadatan penduduk serta keluasan pekan Ampang yang dikatakan menjangkau sehingga 3.1 kilometer persegi tidak harus dijadikan halangan dalam soal menjaga kebersihan kerana yang penting adalah warganya," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Pekan Ampang Ke Arah Zon Bersih 2011 di pekarangan sebuah pusat beli-belah di pekan itu di sini baru-baru ini. Hadir sama, Pemangku Pengarah Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan, MPAJ, Drs. Sarodin Shaari dan Ahli Majlis Zon 8, Tan Hua Meng . Abd. Hamid berkata, kriteria penilaian mengikut penggredan A, B, C dan D sedang dilaksanakan oleh kerajaan negeri dan dijangka berakhir pada Mei nanti. Pemarkahan akan diberikan berdasarkan kepada beberapa kategori, antaranya, pemantauan kebersihan (300 markah), penyelenggaraan infrastruktur (200), penyelenggaraan longkang (200), penglibatan komuniti (50) dan lain-lain. Katanya, berbanding pekan lain di negeri ini, Pekan Ampang dilihat sudah cukup lengkap terutama dari segi infrastruktur tetapi soal kebersihan masih lagi memerlukan pemantauan secara berterusan. "Pengalaman mengendalikan Pandan Indah, yang sebelum ini telah diisytiharkan sebagai Zon Bersih kira-kira dua tahun lalu diyakini dapat membantu MPAJ menjayakan program yang sama di pekan Ampang,'' ujarnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Memoir Ahmad Sarji Given In Trust dilancar hari ini Posted: Memoir Ahmad Sarji Given In Trust dilancar hari iniMemoir Ahmad Sarji Given In Trust dilancar hari ini KUALA LUMPUR, 17 April — Memoir Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan bekas Ketua Setiausaha Negara Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid yang berjudul Given in Trust dilancarkan hari ini. Memoir setebal 922 muka surat itu dilancarkan oleh isteri beliau Toh Puan Sagiyah Salikin dan diterbitkan oleh MPH Group Publishing. Given in Trust adalah berdasarkan kisah peribadi Ahmad Sarji meliputi kehidupan beliau pada zaman kanak-kanak, ketika bergelar pelajar dan berkhidmat dalam sektor awam sebelum berkecimpung dalam dunia korporat, selain aktiviti badan bukan kerajaan yang disertainya dalam tempoh 72 tahun, iaitu dari 1930-an hingga 2010. Ahmad Sarji mengambil masa hampir 12 tahun bagi menyiapkan memoir itu berikutan terpaksa mengagihkan masa dengan tugasan lain yang menuntut perhatian beliau. Buku itu memaparkan pelbagai aspek kerjaya cemerlang Ahmad Sarji bermula dari zaman kanak-kanak dan persekolahannya Tapah, Perak dan bagaimana beliau menyertai Perkhidmatan Pentadbiran Melayu pada 1961 hingga ke hari ini. Dalam tempoh kurang dari tiga tahun, beliau dilantik sebagai Pegawai Daerah Rembau, Negeri Sembilan, dan dari situ, kerjayanya perkhidmatan awamnya meningkat dengan pantas yang menyaksikan Ahmad Sarji memegang pelbagai jawatan di peringkat kerajaan negeri, Persekutuan dan Kabinet, sebelum tiba di kemuncak dengan jawatan tertinggi sebagai Ketua Setiausaha Negara dari 1990 hingga 1996. Kemudian, pada usia kebanyakan orang memilih untuk bersara, Ahmad Sarji memulakan lembaran baru dalam hidupnya dengan menyertai sektor korporat selaku Pengerusi PNB, selain diberi kepercayaan menerajui beberapa pertubuhan lain iaitu Presiden Pertubuhan Komanwel bagi Pengurusan dan Pentadbiran Awam (Capam), Pengerusi Pengasas Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Presiden Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia dan Pengerusi Golf Profesional Malaysia. Pencapaian Ahmad Sarji juga membolehkan beliau memenangi pelbagai anugerah dan pengiktirafan seperti Tokoh Maal Hijrah 1999 dan Tokoh Melayu Terbilang. Beliau dianugerah gelaran Tun pada 2008. Memoir berkenaan boleh didapati di semua kedai buku pada harga RM79. — BERNAMA Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Abdul Khair, Nor Faizah johan tilawah Selangor Posted: Abdul Khair, Nor Faizah johan tilawah SelangorAbdul Khair, Nor Faizah johan tilawah Selangor KUALA LANGAT 17 April - Guru al-Quran Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dinobatkan sebagai johan qari Tilawah al-Quran peringkat negeri Selangor yang diadakan di Masjid Jamek As-Solihin, Kampung Kanchong Darat di sini baru-baru ini. Abdul Khair Jalil, 32, yang mewakili daerah Klang berjaya membawa pulang wang tunai RM5,000, satu persalinan pakaian, pakej mengerjakan umrah, piala iringan dan sijil penyertaan. Johan qariah pula dirangkul oleh penuntut Universiti Malaya, Nor Faizah Panut, 22, yang mewakili Hulu Langat. Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan hadiah kepada semua pemenang. Abdul Khair ketika ditemui berkata, beliau tidak menyangka akan terpilih sebagai johan kerana ini kali pertama menyertai pertandingan berkenaan. "Saya memang tidak sangka sebab tidak mengetahui bagaimana persaingan di pertandingan ini dan masih tidak berpengalaman," kata pemuda yang berasal Tapah, Perak itu. Bagi Nor Faizah pula, kemenangan itu merupakan yang ketiga diraihnya setelah muncul juara kali pertama pada 2008 ketika berusia 18 tahun. "Sudah tentu saya gembira dan bersyukur dapat menjuarai semula pertandingan tilawah ini setelah menduduki tempat kedua pada tahun lalu. "Saya pernah memenangi tilawah ini pada tahun 2008 dan 2009," jelas penuntut tahun dua jurusan Syariah Ekonomi itu. Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, pertandingan tilawah yang bermula Isnin lalu disertai 19 peserta yang mewakili sembilan daerah. Jelasnya, johan qari dan qariah akan mewakili Selangor ke Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan di Kuching, Sarawak pada Jun ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan