Jumaat, 22 April 2011

Edisi Semasa

Edisi Semasa


Berita Harian: MukaDepan

Posted: 22 Apr 2011 09:18 AM PDT

Berita Harian: MukaDepan


Bukan dibunuh

Posted: 21 Apr 2011 03:40 PM PDT

MukaDepan

Polis sahkan kes kematian pegawai kanan kastam di bangunan SPRM tiada unsur jenayah

KUALA LUMPUR: Misteri kematian Penolong Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jalan Cochrane, pada 6 April lalu terjawab selepas polis mengesahkan kes itu tiada unsur jenayah.

Berikutan itu, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut berdasarkan siasatan dan hasil ujian makmal yang dilakukan polis, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan Jabatan Kimia. Keputusan itu diperoleh selepas Pasukan Khas diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah yang ditubuhkan sejurus kejadian berlaku, melengkapkan kertas siasatan untuk dihantar ke Pejabat Peguam Negara minggu depan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata hasil siasatan membuktikan tiada sebarang unsur jenayah dalam kematian Ahmad Sarbani dan keputusan itu dijangka mampu membantu Pejabat Peguam Negara membuat keputusan atau menubuhkan suruhanjaya khas jika keadaan memerlukan.

Zulkifli berkata, hasil laporan makmal menunjukkan Sarbani maut kerana kecederaan serius pada kepala selepas terjatuh dari tempat tinggi.

"Selepas menjalankan siasatan secara mendalam, kami membuat kesimpulan mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut. Saya berpuas hati dengan kertas siasatan yang dilakukan itu dan tidak perlulah saya mengulas lanjut kerana yakin semua pihak akan faham berhubung kes ini," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Kor Kadet Polis ke-41 di Astaka, Titiwangsa, di sini semalam.
Ahmad Sarbani ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan pejabat SPRM itu selepas dilaporkan pergi ke pejabat itu untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai kastam.

Zulkifli berkata, pasukan penyiasat khas itu juga sudah mengenal pasti punca serta bagaimana kejadian itu berlaku bagi menghentikan pelbagai spekulasi yang timbul berhubung kematian pegawai kanan cawangan import eksport itu.

Mengulas tindakan lakonan semula kejadian itu, Zulkifli berkata, ia dilakukan bagi membantu polis mencari jawapan bagaimana mangsa terjatuh dari tingkat 3, bilik pantry bangunan SPRM itu.

Sepanjang siasatan dijalankan juga, pasukan khas (PDRM) juga sudah memanggil 48 individu termasuk pegawai SPRM dan keluarga mangsa untuk dirakam percakapan.

Terdahulu pada majlis yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur Mohd Adenan Deraman, Zulkifli berkata, kor kadet polis menjadi pemangkin kepada remaja untuk tidak membabitkan diri dalam salah laku pelajar, masalah disiplin dan jenayah ketika meningkat dewasa.

"Kalau hendak kekalkan disiplin remaja, pembabitan diri dalam kor kadet polis dan unit beruniform lain dapat membantu mereka membentuk sahsiah diri yang baik. Jadi ketika dewasa mereka tidak terjebak kepada masalah sosial," katanya.

Beliau berkata, statistik jenayah indeks turun 10 peratus bagi tahun ini berbanding tahun lalu dan jenayah jalanan pula turun 21 peratus bagi tempoh yang sama.

Sementara itu, Mohd Adenan berkata, cabaran bagi pelajar di kawasan bandaraya sangat tinggi dari segi pembentukan sahsiah diri dan disiplin. Pembabitan dalam aktiviti kokurikulum dapat mendidik mereka menjadi pelajar berdisiplin.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Rez

Apa jadi dengan cctv kat situ? Kenapa hasil siasatan rakaman cctv? tak disclose ke?

zohainin

dicadangkan agar pejabat penyiasat SPRM ditempatkan di tingkat paling bawah atau ketinggian bangunan melibatkan SPRM tidak melebihi 2 tingkat

USOP .

ajal maut adalah ketentuan tuhan tapi kenapa pula bila dipejabat SPRM tiba-tiba arwah meninggal. semoga arwah tergolong dalam golongan orang beriman....Amin

Ala Hadrame

Allah Maha Mengetahui....

member

SPRM harus mengambil inisiatif untuk mempertingkatkan tahap keselamatan bangunanya disetiap cawangan milik SPRM jika tidak mahu kejadian kali 3 berulang

adibah mazlan

alhamdulilalh kes dah pun selesai.. harap isu ini tidak di bangkitkan lagi.. doakan ketenangan awrah di sana..

azizam ismail

dah selesai kerja PDRM. Tak puashati cabar lah mengikut undang2. Tapi diklasifikasi mati mengejut. Nak dengar komen Peguam Negara

Yangretibase

Ah! Alangkah senangnya membuat keputusan! Boleh dipercayai ke?


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bieber gegar Stadium Merdeka

Posted: 21 Apr 2011 03:39 PM PDT

MukaDepan

KUALA LUMPUR: Penyanyi remaja sensasi, Justin Bieber, membuktikan artis antarabangsa paling popular di negara ini, apabila konsert sulungnya, My World Tour, yang berlangsung di Stadium Merdeka, di sini malam tadi berjaya menarik kehadiran 17,000 penonton.

Malah, sebaik diumumkan penyanyi kelahiran Ontario, Kanada, ini bakal mengadakan konsert di ibu kota, Januari lalu, semua tiket berharga RM98, RM188, RM288, RM358, RM498 dan RM888 habis dijual.

Malam tadi, Bieber, 17, menghiburkan peminat dengan rangkaian lagu daripada album pertama dan keduanya termasuk One Time, Somebody to Love, That Should Be Me, One Less Lonely Girl, Love Me, Pray, Bigger, Never Say Never serta Baby. Pada persembahan selama satu jam setengah itu, Bieber bukan saja berjaya memukau penonton dengan nyanyiannya, malah mempesonakan mereka dengan aksi tariannya yang bertenaga.

Mengenakan pakaian sukan dan bertopi, persembahan Bieber diiringi lima pemuzik, lima penyanyi latar serta empat penari.

Konsert yang dibawakan khas oleh Tune Talk dan Fat Boys ini turut menampilkan Mizz Nina sebagai persembahan pembukaan.

Penyanyi yang dilahirkan pada 1 Mac 1994 ini berjaya mencetuskan fenomena apabila beberapa lagu nyanyiannya menguasai carta muzik dunia.
Bieber juga dicalonkan Artis Baru Terbaik dan Album Vokal Pop Terbaik untuk album My World 2.0 pada Anugerah Grammy ke-53 Februari lalu tetapi tidak memenangi sebarang anugerah.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Mutakhir

Posted: 22 Apr 2011 07:56 AM PDT

Harian Metro: Mutakhir


Mualaf dipenjara 18 bulan

Posted: 22 Apr 2011 03:34 AM PDT

PETALING JAYA: Seorang ibu tunggal mualaf dijatuhi hukuman penjara 18 bulan dan denda RM500,000 di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan meminta dan menerima rasuah RM50,000 daripada seorang wanita yang kononnya bagi pihak seorang pegawai kanan polis Selangor, tujuh tahun lalu.

Hakim Balqis Aini Mohd Ali membuat keputusan itu terhadap Ong Lai Fong, 37, atau nama Islamnya, Nur Hidayah Jasmin Abdullah selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.


"Bagi kesalahan itu, kamu dijatuhi hukuman penjara 18 bulan dan denda RM250,000 bagi setiap pertuduhan," katanya Mahkamah bagaimanapun memerintahkan hukuman itu berjalan serentak dan sekiranya gagal menjelaskan denda, Ong boleh dikenakan tambahan penjara 12 bulan bagi setiap pertuduhan.

Mahkamah turut membenarkan permohonan Ong untuk menangguhkan hukuman itu sehingga selesai proses rayuan di Mahkamah Tinggi.


Dia didakwa meminta RM50,000 daripada seorang ahli perniagaan Yeow Wai Yee yang kononnya bagi pihak Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor ketika itu, SAC II Abu Bakar Mustaffa, sebagai dorongan bagi membebaskan suami Yeow, Chung Siew Ling, yang ditahan dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penolong pegawai pejabat daerah rasuah dijel, denda RM10,000

Posted: 22 Apr 2011 03:20 AM PDT

SHAH ALAM: Seorang penolong pegawai di Pejabat Daerah & Tanah Hulu Langat dipenjara tiga bulan dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas didapati bersalah meminta suapan RM2,000 daripada pengusaha pasir di Bandar Baru Bangi, dekat sini, dua tahun lalu.

Hakim Mat Ghani Abdullah membuat keputusan itu terhadap Abdul Halim Khailani, 48 selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan.


Mahkamah juga memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda itu. Abdul Halim yang berasal dari Bandar Baru Bangi didapati bersalah meminta suapan RM2,000 daripada Khairul Anuar Ahmad Bustaman, 24, supaya tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas aktiviti pengeluaran pasir tanpa permit yang sah oleh lelaki itu.

Khairul Anuar melakukan kerja mengorek pasir itu di kawasan Lot 1519, Batu 19 1/2 dan Lot 3654, Batu 1/4 Jalan Sungai Lui, Hulu Langat.


Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Daerah & Tanah Hulu Langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, kira-kira jam 11 pagi, pada 23 April 2009.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online

Posted: 22 Apr 2011 07:24 AM PDT

Kosmo Online


Pelancong Britain mati lemas di P. Perhentian

Posted:

Pelancong Britain mati lemas di P. Perhentian

Pelancong Britain mati lemas di P. Perhentian

22/04/2011 6:30pm

BESUT - Seorang pelancong rakyat Britain mati lemas ketika mandi di pantai berhampiran chalet penginapannya di Pulau Perhentian Besar, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, wanita yang dikenali sebagai Suzanne Lock Kam, 62, dikatakan berenang bersendirian kira-kira 15 meter dari pantai dan beberapa pelancong lain berada tidak jauh dari situ.

Suzzane yang diselamatkan kumpulan pelancong berkenaan disahkan mati ketika dalam perjalanan ke Klinik Desa Pulau Perhentian Kecil dan mayatnya dihantar ke Hospital Besut di Jerteh untuk bedah siasat.

Wanita yang berasal dari Kampar, Perak dan mendapat taraf kerakyatan Britain itu, tiba ke pulau peranginan itu bersama suaminya Terry Michael, 73, pada 17 April. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dua cedera ditembak lelaki bermotosikal

Posted:

Dua cedera ditembak lelaki bermotosikal

Dua cedera ditembak lelaki bermotosikal

22/04/2011 6:07pm

SEREMBAN - Dua lelaki cedera parah akibat ditembak dengan pistol dari jarak dekat dalam dua kejadian di Taman Seremban Jaya malam tadi.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Othman Salleh berkata, dalam kejadian pertama pada kira-kira pukul 9 malam, dua lelaki yang menunggang motosikal itu menembak seorang pemilik sebuah kedai telefon bimbit yang berumur 30 tahun, di belakang stesen Petronas, Taman Seremban Jaya.

"Beberapa minit kemudian, kira-kira 200 meter dari tempat kejadian, seorang pemandu lori berusia 41 tahun pula ditembak di hadapan rumahnya, ia dipercayai dilakukan oleh lelaki yang sama," katanya ketika ditemui pemberita hari ini. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lelaki pecah masuk rumah Datuk ditahan

Posted:

Lelaki pecah masuk rumah Datuk ditahan

Lelaki pecah masuk rumah Datuk ditahan

22/04/2011 5:42pm

GEORGETOWN - Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai memecah masuk rumah seorang ahli perniagaan bergelar "Datuk" di Jalan Macalister di sini dan melarikan pelbagai barang antik serta wang tunai yang nilainya berjumlah lebih RM500,000, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata, lelaki berumur 36 tahun itu ditahan di rumahnya di Paya Terubong di sini setelah polis berjaya memadankan beberapa kesan cap jari yang ditemui di rumah ahli perniagaan itu.

Katanya, ahli perniagaan yang tinggal di Kuala Lumpur itu hanya menyedari rumahnya di sini dipecah masuk pada hari Jumaat lalu selepas mendapati rumah itu dalam keadaan berselerak dan pintu belakang dipecahkan.

"Ahli perniagaan itu kemudiannya mendapati lebih 50 barangan antik, wang, barangan kemas dan keris kurniaan Sultan Kelantan miliknya hilang," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Utara

Posted: 22 Apr 2011 03:28 AM PDT

Utusan Online - Utara


OKU buat kompang sara diri

Posted:

OKU buat kompang sara diri

OKU buat kompang sara diri

Oleh HASHIM P. MAMAT
pengarang@utusan.com.my


Kecacatan tidak menghalang Itam Abu Bakar untuk gigih bekerja membuat kompang bagi memenuhi tempahan pelanggan di Kuala Kangsar.


KUALA KANGSAR 21 April - Hilang salah satu anggota badan akibat kemalangan 33 tahun lalu hampir melunturkan semangat Itam Abu Bakar, 64, untuk meneruskan hidup.

Apatah lagi anggota badan yang hilang itu adalah kaki kanan yang menjadi alat penting untuk bergerak.

Namun, enggan menyerah kepada takdir, dia yang kini tinggal di Kampong Sayong Hulu dekat sini, bangkit dan berusaha meneruskan kehidupan meskipun dalam keadaan kekurangan anggota badan.

Kini, selepas 33 tahun kejadian malang menimpa dirinya, warga emas itu bersyukur kerana dia bukan sahaja mampu menempuh kehidupan sebagai orang kurang upaya (OKU), tetapi boleh menyara lapan anaknya tanpa perlu mengemis atau menagih simpati masyarakat.

Selain melakukan kerja-kerja kampung, datuk kepada empat orang cucu itu menjadikan kemahiran membuat kompang sebagai sumber pendapatan utama untuk menyara keluarganya.

"Saya berehat empat tahun di rumah selepas kemalangan. Sesudah itu saya cuba bekerja sedikit demi sedikit sebelum boleh melakukan kerja berat.

"Kerja-kerja berat yang dimaksudkan itu termasuk menebang kayu, memanjat pokok menggunakan tali sebelum ditebang dan sebagainya," katanya memulakan bicara.

Beliau berkata, di peringkat awal, kerja-kerja itu dilakukan bagi mengambil upah, tetapi kini ia dibuat untuk mencari bahan mentah bagi membuat kompang.

Menurutnya, kemahiran membuat kompang dan baluh (bingkai gendang) dipelajari daripada rakannya yang tinggal tidak jauh dari rumahnya, Zainuddin Andika.

"Selepas yakin dengan kemampuan diri, saya usahakan secara sendirian. Itupun selepas membeli mesin yang telah diubah suai berharga RM1,200 dan mesin gergaji berharga RM875," katanya.

Usahawan itu memberitahu, dalam sehari, dia boleh menyiapkan lima 'baloh' dan dua kompang yang dijual pada harga antara RM80 hingga RM120 bergantung kepada saiz.

Katanya, kayu yang digunakan ialah batang nangka, rambutan dan bongor.

"Semua itu dilakukan sendiri dan dibawa menggunakan motosikal yang telah diubah suai sesuai dengan kecacatan diri," katanya

Menurut Itam, tempahan kompang bukan sahaja diterima daripada penduduk daerah ini tetapi seluruh negara.

Mengimbas mengenai kejadian malang itu, Itam berkata, kemalangan tersebut berlaku pada l9 April l978 di Kampong Raja di Parit.

"Motosikal yang saya naiki berlanggar dengan sebuah lori balak. Rakan saya yang menunggang motosikal tersebut maut dalam kejadian itu.

"Saya terlantar selama dua bulan 15 hari di Hospital Ipoh merawat kecederaan yang menyebabkan kaki kanan terpaksa dipotong hingga ke paras paha," katanya.

Itam berkata, kemalangan itu bukan pengalaman cemas pertama dan terakhir yang dialami sepanjang hidupnya.

Menurutnya, ketika berusia l5 tahun, dia hampir lemas di Sungai Perak dan pernah jatuh dari pokok getah setinggi 12 meter.

Dia menambah, kali terakhir dugaan menimpanya apabila pada 5 Januari 1999, pukul 11.30 pagi dia ditimpa pokok kelapa.

Kejadian tersebut katanya, berlaku di Kampung Kepala Bendang dekat sini, apabila tangga untuk memanjat batang pokok berkenaan patah.

Katanya, ia kemudiannya diikuti oleh batang kelapa berkenaan sepanjang 20 meter yang tumbang lalu menimpa dadanya.

Akibat daripada kemalangan itu, lima tulang dada sebelah kanan dan dua di kiri patah dan sekali lagi dia terpaksa menghabiskan masa lama di hospital bagi merawat kecederaan itu.

Itam berkata, segala dugaan yang dialaminya selama ini memberikan satu pengajaran dan kekuatan untuknya meneruskan kehidupan walaupun dalam keadaan cacat anggota badan.

Katanya, bantuan kerajaan yang sentiasa prihatin terhadap nasib OKU meringankan beban dalam mengharungi kehidupan setiap hari.

Selain bantuan rumah tiga bilik berharga RM33,000, dia turut menerima bantuan RM200 sebulan daripada Felcra dan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Saya belum berputus asa untuk hidup seperti orang lain yang mempunyai anggota sempurna dan saya berazam selagi ada upaya akan terus membuat kompang sebagai cara mendapatkan wang bagi menyara keluarga," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

240 petani rugi sejak 2009

Posted:

240 petani rugi sejak 2009

240 petani rugi sejak 2009

Oleh A. MALIK ASLIE
utusanperak@utusan.com.my


Mohd. Yusoff Sabran menunjukkan kawasan sawah padi yang diserang oleh siput gondang di Parit Buntar, semalam.


PARIT BUNTAR 21 April - Para petani di beberapa kawasan jelapang padi di Tanjung Piandang di sini, bimbang dengan ancaman siput gondang jenis P. Insularum yang menyerang tanaman padi mereka sejak sebulan lalu.

Ketua Unit Peladang Sungai Betul Bawah, Tanjung Piandang, Mohd. Yusoff Sabran berkata, serangan haiwan perosak itu didapati bermula sejak 2009 dan bertambah buruk selepas kerja-kerja menabur benih dan menanam padi.

Katanya, sehingga kini haiwan perosak tersebut telah memusnahkan 178 hektar tanaman padi dan menjejaskan pendapatan seramai 240 pesawah di kawasan tersebut.

"Serangan teruk akan berlaku jika paras air di sawah melebihi satu sentimeter atau di kawasan air yang bertakung. Kebiasaannya serangan siput ini berlaku pada waktu malam dan senja.

"Tanda-tanda serangan siput ini juga boleh diketahui melalui kerosakan rumpun-rumpun padi dan keratan-keratan daun yang terapung di permukaan air," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, seorang pesawah di kampung Sungai Labu Atas, Ishak Yusoff, 64, berkata, masalah tersebut turut melibatkan sawahnya seluas lapan hektar hingga menyebabkan dia turut menanggung kerugian.

"Sebelum masalah ini berlaku, saya mampu mendapatkan RM2,000 bagi 0.4 hektar tanaman, namun tahun lalu hanya memperolehi RM800 sahaja," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Balu pekerja kontrak terima cek faedah Perkeso

Posted:

Balu pekerja kontrak terima cek faedah Perkeso

Balu pekerja kontrak terima cek faedah Perkeso


Othman Mohd. Nordin (kiri) menyampaikan cek faedah Perkeso kepada Nas Fatihah Azman di Pulau Pinang, kelmarin.


PULAU PINANG 21 April - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) semalam menyampaikan cek faedah kepada balu seorang pekerja kontrak yang mati lemas selepas tergelincir ke dalam saluran kumbahan sedalam lima meter dekat Bagan Jermal, 17 April lalu.

Pengurus Pejabat Perkeso Pulau Pinang, Othman Mohd. Nordin menyampaikan cek faedah pengurusan jenazah berjumlah RM1,500 dan pencen RM945 sebulan kepada Nas Fatihah Azman, 26, yang merupakan balu Zakaria Ahmad, 32.

Menurut Othman, bayaran pencen yang akan dibayar mulai bulan depan itu diberikan kepada Nas Fatihah seumur hidupnya dan dikongsi bersama dua anaknya sehingga umur anak itu 21 tahun.

"Perkeso membayar faedah caruman ini kepada waris mangsa bagi mengurangkan bebanan yang dihadapi selepas kehilangan insan tersayang.

"Kita berharap kejadian seumpama ini tidak berulang kepada orang lain dan semua pihak mengambil peringatan dengan apa yang berlaku ke atas Zakaria," katanya ketika mengunjungi Nas Fatihah di Bayan lepas di sini.

Othman menambah, majikan dan pekerja dirayu supaya mematuhi prosedur keselamatan ketika bekerja di tempat berisiko seperti itu dan menggunakan peralatan keselamatan yang disediakan.

"Perkeso bersama beberapa agensi seperti Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) sentiasa berusaha dengan mengadakan kempen keselamatan di kalangan pekerja.

"Majikan dan pekerja harus sentiasa berhati-hati serta patuhi peraturan yang ditetapkan agar kejadian ini tidak berulang," katanya.

Dalam pada itu, Nas Fatihah ketika ditemui pemberita mengucapkan terima kasih kepada Perkeso dan majikan suaminya di atas keprihatinan kedua-dua pihak meringankan beban keluarganya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Setempat

Posted: 22 Apr 2011 03:24 AM PDT

Harian Metro: Setempat


Lari kereta sewa

Posted: 21 Apr 2011 12:12 PM PDT

BANDAR BARU BANGI: Seorang lelaki berputih mata apabila kereta Perodua Myvi miliknya yang disewakan kepada seorang individu dibawa lari dan gagal dikesan sehingga kini dan lebih malang apabila individu terbabit menggunakan salinan kad pengenalan dan lesen memandu palsu.

Menceritakan semula kejadian, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Abu, 46, berkata dia menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang dikenali sebagai Ana yang mahu menyewa keretanya RM120 sehari.


"Wanita itu mendakwa tinggal di Sungai Long, Cheras dan mengaku bekas pelajar sebuah institut pengajian tinggi awam.

"Pada hari dijanjikan, wanita itu tidak datang mengambil kereta pada 6 April lalu, sebaliknya memberitahu seorang lelaki yang dikenali sebagai Hairul akan datang mengambilnya," katanya.


"Pada hari kejadian, Hairul datang ke rumah untuk mengambil kereta dan saya memintanya mengemukakan salinan kad pengenalan dan lesen memandu sebagai bukti dan dokumentasi perjanjian penyewaan.


"Lelaki terbabit 'berlakon' hingga saya langsung tak mengesyaki apa-apa yang pelik kerana dia mengemukakan semua dokumen seperti diminta.

"Selepas selesai urusan menandatangani dokumen berkaitan, saya menyerahkan kereta kepada Hairul dan mengikut perjanjian dia akan memulangkan semula kereta dua hari kemudian (8 April)," katanya.


Abu berkata, keretanya bukan sahaja tidak dipulangkan, malah lelaki terbabit menghilangkan diri dan telefon tidak berjawab.

"Saya rasa mungkin dia berada di luar kawasan liputan telefon dan usaha menghubungi lelaki terbabit diteruskan sehingga 10 April lalu, tetapi menemui jalan buntu apabila panggilan bukan sahaja tidak dijawab, tetapi lelaki terbabit mematikan telefon bimbitnya.


"Saya menghubungi Ana, tetapi dia juga mematikan telefon bimbitnya," katanya.


Abu berkata, menyedari dirinya ditipu dan kereta miliknya lesap, dia membuat laporan polis.


"Berdasarkan semakan pada nombor kad pengenalan dan lesen memandu lelaki terbabit, nama yang tertera pada kad pengenalan sama, tetapi alamat berbeza.


"Salinan kad pengenalan beralamat di Shah Alam, Selangor sedangkan alamat sebenar di Chini, Pahang. Gambar pada kad pengenalan dan lesen berbeza dengan wajah lelaki terbabit," katanya.


Khuatir keretanya disalah guna pihak yang tidak bertanggungjawab, Abu memohon Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menyenaraihitamkan kenderaannya. Abu berkata dia kini lebih berhati-hati dan berharap sesiapa yang mahu memberi individu yang tidak dikenali untuk meminjam supaya memastikan dokumen yang dikemukakan tulen untuk mengelak kejadian yang tak diingini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Wanita seludup rokok RM51,000

Posted: 21 Apr 2011 12:11 PM PDT

SERDANG: Polis merampas 866 kartun rokok pelbagai jenama bernilai kira-kira RM51,000 serta menahan seorang wanita berusia 30-an yang menyeludup rokok itu dari negara jiran untuk pasaran tempatan di sebuah kedai runcit di Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan, di sini, kelmarin.

Serbuan kira-kira jam 7 petang kelmarin itu dilakukan hasil maklumat orang ramai dan intipan.


Ketua Polis Serdang, Abd Razak Elias, berkata hasil maklumat orang ramai, pihaknya menyerbu kedai terbabit dan menemui 51 kartun rokok.

Katanya, hasil soal siasat terhadap wanita terbabit, polis menemui stok rokok pelbagai jenama di sebuah rumah kedai kira-kira 100 meter dari kedainya dipercayai sebagai stor penyimpanan.


"Di stor itu, kami menemui 815 kartun rokok pelbagai jenama yang dipercayai disimpan pemiliknya sebelum dibekalkan ke kedai runcit lain," katanya ketika ditemui pada sidang media, di sini, semalam.


Menurutnya, suspek dipercayai sudah lama menjalankan kegiatan membekal rokok seludup kepada kedai lain dan berkemungkinan mempunyai hubungan dengan sindiket penyeludupan rokok haram.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Mutakhir

Posted: 22 Apr 2011 03:22 AM PDT

Berita Harian: Mutakhir


Pelajar OKU dibelas senior kerana enggan serah 20 sen

Posted: 22 Apr 2011 02:57 AM PDT

Mutakhir

TELUK INTAN: Seorang pelajar berusia 14 tahun cedera selepas dibelasah seorang pelajar senior selepas mangsa enggan menyerahkan wang syiling 20 sen di sebuah sekolah di Bagan Datoh, di sini dua hari lalu.

Semasa kejadian 1.30 petang itu, Nalson John, pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Khir Johari, Sungai Sumun, Bagan Datoh yang juga orang kelainan upaya (OKU), ditahan pelajar senior ketika sedang berjalan di hadapan kelasnya.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Goh Kok Liang, berkata pelajar senior itu dikatakan meminta 20 sen tetapi mangsa enggan memberikan wang itu lalu mereka menendang di bahagian perut dan kepala. "Tendangan itu telah mengakibatkan mangsa hampir pengsan dan tak sedarkan diri sebelum dibawa ke Klinik Sungai Sumun oleh guru sekolah selepas diberitahu mengenai kejadian itu oleh pelajar lain," katanya di sini hari ini.

Goh Kok Liang berkata, pelajar terbabit kemudian dihantar ke Hospital Teluk Intan (HTI) oleh guru sekolah berkenaan untuk mendapatkan rawatan.

Beliau berkata, bapa mangsa juga membuat laporan berhubung kejadian itu dan polis sudah mengambil keterangan daripada pelajar senior terbabit.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan," katanya.
Sementara itu, bapa mangsa, K Agashdin, 41, seorang pekerja kilang kelapa sawit di Sungai Dulang, Bagan Datuh, terkejut apabila diberitahu kejadian itu dan bergegas ke HTI untuk melihat anaknya.

Agashdin kesal dengan kejadian itu dan berharap pihak sekolah dapat mengambil tindakan terhadap pelajar senior terbabit. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lawatan ke China amat berjaya: Muhyiddin

Posted: 22 Apr 2011 02:34 AM PDT

Mutakhir

GUANGZHOU: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyifatkan lawatan rasmi pertama beliau ke China sebagai amat berjaya.

Katanya, ini kerana beliau berpeluang menemui dan berbincang dengan pemimpin tinggi China seperti Perdana Menteri, Wen Jiabao dan Naib Perdana Menteri, Li Keqiang selain pegawai kanan kerajaan China.

"Nampaknya sangat memberangsangkan kerana pandangan pemimpin China terhadap kepimpinan kerajaan Malaysia adalah baik," katanya kepada wartawan Malaysia di sini sebelum berlepas ke Kunming. Beliau tiba di Beijing Isnin lalu untuk lawatan rasmi pertama beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri ke China selama enam hari.

Muhyiddin berkata, dalam perbincangan beliau dengan pmimpin China, mereka secara terbuka menekankan hubungan kedua-dua negara adalah istimewa kerana sejarah serta pengiktirafan Malaysia kepada kedudukan China.

"Ini ialah sejarah yang mereka tidak lupa, sebab itu mereka anggap hubungan Malaysia dengan China ini sentiasa istimewa," katanya. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Selatan

Posted: 22 Apr 2011 03:12 AM PDT

Utusan Online - Selatan


Roti canai ikan pelaling

Posted:

Roti canai ikan pelaling

Roti canai ikan pelaling

Oleh Rizanizam Abdul Hamid
utusanmelaka@utusan.com.my


SEORANG pekerja warung milik Rohaizat Mat Diah sibuk menyediakan roti canai ikan pelaling di Warung Izat di Merlimau, baru-baru ini.


JASIN 21 April – Roti canai merupakan sarapan pagi paling popular bagi masyarakat di negara ini baik di warung-warung tepi jalan sehinggalah ke hotel bertaraf lima bintang.

Antara 'keluarga' roti canai yang digemari termasuk roti sardin, roti telur, roti planta, roti bawang dan murtabak yang akan dicecah dengan kuah dal atau kari ayam.

Untuk menikmati hidangan itu pula, restoran mamak akan menjadi pilihan kerana roti canai sememangnya menjadi hidangan wajib di restoran tersebut di seluruh negara.

Namun, pernahkah di antara kita terbayang sekiranya roti canai dimakan selain bersama kuah dal atau kari? Bagaimana kalau menu itu dinamakan 'roti canai ikan pelaling'.

Roti canai ikan pelaling bukanlah sesuatu yang asing bagi penduduk sekitar pekan Merlimau di sini atau lebih tepat lagi di Warung Izat yang terletak berhampiran stesen teksi di pekan itu.

Bagi pemilik warung itu, Rohaizat Mat Diah, 47, dia mula menjual pelbagai jenis roti canai termasuk roti canai ikan pelaling yang juga dipanggil ikan kembung sejak 20 tahun lalu.

"Ketika itu saya menjual ikan ini bersama nasi lemak tetapi cuba mencipta kelainan dengan menambah ikan pelaling ini bersama roti canai sebagai lauk yang dibakar bersama hirisan nipis bawang besar.

"Sejak itu, saya lihat menu roti canai ikan pelaling ini begitu digemari bukan sahaja oleh penduduk setempat, bahkan ada yang datang dari Johor, Selangor dan Perak untuk merasai keenakannya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini .

Menurut Rohaizat, bagi mengekalkan kesegaran ikan dan kualiti hidangan, dia memastikan setiap ekor ikan pelaling yang dibeli dipasar habis dijual pada hari yang sama.

Tambahnya, setiap hari dia boleh menjual sehingga 30 ekor ikan pelaling segar dari pukul 7.30 pagi sehingga warungnya ditutup pada pukul 11 pagi.

Selain menu tersebut katanya, warungnya itu juga menjual menu sarapan pagi yang lain seperti nasi lemak, mi, nasi, kuetiau dan bihun goreng.

"Tetapi saya bangga kerana telah menjadikan roti canai ikan pelaling sebagai antara hidangan unik dan sukar didapati di tempat lain. Ia mempunyai penggemar tersendiri walaupun cara penyediaannya ringkas," katanya.

Tambahnya, sekeping roti canai ikan pelaling yang dicicah bersama kuah dal, sambal atau kari dijual pada harga RM2.30 sepinggan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Perlu dicuba oleh sesiapa sahaja – Pelanggan

Posted:

Perlu dicuba oleh sesiapa sahaja – Pelanggan

Perlu dicuba oleh sesiapa sahaja – Pelanggan


SEORANG pelanggan menikmati roti canai bersama ikan pelaling goreng di warung Izat di Merlimau, baru-baru ini.


JASIN 21 April – Rata-rata pelanggan yang menikmati sarapan pagi roti canai ikan pelaling di pekan Merlimau di sini berpuas hati dengan keenakan makanan itu yang disifatkan unik kerana sukar ditemui di tempat lain.

Bagi Mohmood Ahmad, 62, dia pasti tidak akan melepaskan untuk menikmati menu itu sekiranya berkunjung ke Warung Izat di sini.

"Sejak beberapa tahun lalu, saya mula menggemari roti canai ikan pelaling kerana tidak pernah menemuinya di mana-mana kedai mamak. Tambahan pula ikannya segar kerana tukang masak mendapatkannya dari pasar setiap hari," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Pembantu Tadbir di Universiti Putra Malaysia (UMP) Serdang, Selangor, Liyana Ahmad, 24, berkata, selain ikan pelaling dia turut menggemari ikan selar yang dijual di warung itu.

"Setiap kali teringin untuk menikmati roti canai ikan pelaling atau selar, saya akan pulang ke kampung dan singgah di warung ini," katanya.

Pelanggan tetap warung tersebut, Mohd. Data Abdullah, 54, berkata, selain keenakan ikan dan roti canainya, harga yang ditawarkan juga berpatutan dan perlu dicuba oleh sesiapa sahaja.

Menurutnya, pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau yang lalu, hampir semua pengunjung dari luar yang datang ke warung tersebut tertarik untuk mencuba roti canai ikan pelaling.

"Daripada reaksi yang saya lihat, mereka amat menggemarinya walaupun baru pertama kali mencubanya, apatah lagi ia sukar ditemui di tempat lain," katanya.

Bagi Azizah Abdul Hamid, 58, dia bangga kerana warung tersebut yang dimiliki peniaga Melayu mampu memberi saingan kepada peniaga roti canai di restoran-restoran mamak.

Menurutnya, roti canai ikan pelaling juga boleh menjadi produk pelancongan terkenal di negeri ini sekiranya mendapat promosi yang meluas daripada kerajaan negeri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Konvoi dekati masyarakat

Posted:

Konvoi dekati masyarakat

Konvoi dekati masyarakat

Oleh NORAZLIZA ISMAIL
utusanN9@utusan.com.my


SEBAHAGIAN peserta konvoi Gerakan Massa Generasi Muda di Dewan Orang Ramai Johol, Kampung Renggoh Johol, Kuala Pilah, baru-baru ini.


SEREMBAN 21 April – Meskipun terpaksa mengharungi perjalanan sejauh lebih 400 kilometer, namun ia tidak menghalang 150 peserta konvoi Gerakan Massa Generasi Muda untuk menjadi 'duta' mempromosikan sambutan Hari Belia Kebangsaan pada 15 Mei depan ke seluruh negeri ini.

Tanpa rasa penat lelah, peserta konvoi menjelajah hampir ke seluruh pelosok negeri ini selama dua hari dalam usaha mendekatkan diri dengan masyarakat setempat selain menjemput golongan belia lain untuk turut serta memeriahkan sambutan hari tersebut.

Bukan sekadar itu, peserta juga berkongsi maklumat melalui agihan risalah berhubung sambutan berkenaan, selain menjalankan aktiviti gotong-royong bersama penduduk setempat di tujuh daerah yang menjadi destinasi persinggahan konvoi anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan itu.

Pengarah Belia dan Sukan negeri, Baharudin Jali, berkata, program tersebut bertujuan menyampaikan maklumat dan membuka ruang kepada golongan belia agar terus melibatkan diri dalam program belia yang dianjurkan tidak kira di peringkat kebangsaan, negeri mahupun daerah.

''Walaupun acara kemuncak Hari Belia Kebangsaan disambut pada setiap 15 Mei, namun sambutan ini seharusnya dirasai, dihayati dan dijadikan amalan berterusan pada setiap peringkat akar umbi dan sektor,'' katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Katanya, program tersebut merupakan sebahagian inisiatif jabatan untuk mempromosikan sambutan hari belia kebangsaan di peringkat negeri.

Jelas Baharudin, berteraskan moto 'yang tua dihormati, yang muda di sayangi, berbicaralah dengan anak muda', konvoi tersebut turut mampu mengeratkan hubungan belia dengan masyarakat setempat melalui aktivitinya.

''Aktiviti gotong-royong yang dijayakan bersama antara peserta dan penduduk setempat dilihat mampu memupuk semangat bantu membantu, malah secara tidak langsung merapatkan lagi hubungan persaudaraan antara masyarakat," katanya.

Katanya lagi, diharapkan konvoi berkenaan mampu menarik minat lebih ramai belia di negeri ini untuk turut serta memeriahkan sambutan Hari Belia 2011.

''Selain mempromosikan Hari Belia Negara, konvoi yang berkonsepkan 1Malaysia juga bertujuan untuk memberikan pengiktirafan dan kepercayaan kepada peserta bagi menggalas tanggungjawab mereka sebagai belia kepada negara.

''Saya juga berharap agar program sedemikian akan dijadikan acara tahunan," katanya.

Konvoi yang dijalankan sekitar Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Tampin, Rembau dan Port Dickson, dekat sini membabitkan 60 kenderaan itu turut diiringi 20 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) negeri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted: 22 Apr 2011 03:05 AM PDT

Utusan Online - Dalam Negeri


Pelbagaikan bahan pembelajaran di Nasom – Rosmah

Posted:

Pelbagaikan bahan pembelajaran di Nasom – Rosmah

Pelbagaikan bahan pembelajaran di Nasom – Rosmah


Rosmah Mansor bermesra dengan remaja autisme, Noorarina Sakinah Samsudin sambil diperhatikan Mohd. Ali Rustam di Melaka, semalam.


MELAKA 21 April – Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyarankan agar bahan pembelajaran sedia ada di Pusat Vokasional Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom) di Bukit Peringgit di sini dipelbagaikan bagi meningkatkan kemahiran pendidikan.

Menurut beliau, bahan pembelajaran seperti peralatan muzik sepatutnya disediakan di pusat berkenaan.

Yang Dipertua Badan Amal Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) itu berkata, peralatan sebegitu perlu untuk meningkatkan kemahiran dan mengembangkan bakat dalam diri kanak-kanak autisme.

''Mungkin selepas ini, Badan Amal Kebajikan Wakil-Wakil Rakyat Negeri Melaka (Bistari) yang menguruskan pusat ini boleh menyediakan peralatan muzik antaranya piano untuk diletakkan di sini bagi kemudahan pendidikan anak-anak autisme," katanya.

Beliau berucap merasmikan Kelas Vokasional Pusat Intervensi Autisme Melaka di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan isteri, Datin Seri Asmah Abdul Rahman yang juga Pengerusi Bistari negeri.

Pada majlis itu, Rosmah turut menyampaikan sumbangan RM20,000 kepada rumah autisme Nasom Bukit Peringgit yang merupakan salah satu daripada 15 pusat yang diuruskan di bawah Nasom dalam menjalankan program intervensi kanak-kanak autisme berusia antara dua hingga 14 tahun.

Pusat Intervensi Autisme Melaka diasaskan pada Mac 2000 dengan permulaannya hanya dua guru dan lima murid.

Jumlah berkenaan kini bertambah kepada 32 murid serta tujuh orang guru.

Terdahulu isteri Perdana Menteri merasmikan Sekolah Harapan, Jasin yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri khusus untuk golongan remaja hamil luar nikah.

Penubuhan Sekolah Harapan dicetuskan oleh Mohd. Ali bagi memberi perlindungan kepada remaja hamil selain menangani gejala buang bayi yang semakin berleluasa.

Menurut Pengarah Sekolah Harapan, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim, setakat ini, seramai 49 remaja perempuan hamil ditempatkan di situ.

Katanya, daripada jumlah itu, 35 remaja yang sebahagiannya sudah melahirkan anak manakala selebihnya sedang menunggu masa melahirkan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

: Zahid hadir beri sokongan

Posted:

<i>Untukmu Loloq</i>: Zahid hadir beri sokongan

Untukmu Loloq: Zahid hadir beri sokongan

KUALA LUMPUR 21 April – Sebagai tanda sokongan kepada penggiat seni tanah air, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hadir ke prebiu Konsert Untukmu Loloq yang berlangsung malam ini.

Konsert di Panggung Sari, Istana Budaya itu diadakan khas untuk mengenang jasa penulis lirik, Allahyarham Rosli Khamis atau Loloq yang meninggal dunia dua tahun lalu.

"Saya berharap insan seni yang banyak memberi sumbangan terhadap pembangunan industri muzik tempatan diiktiraf dengan penganjuran konsert sebegini.

"Selain sebagai tanda memperingati arwah, hasil jualan tiket juga boleh disalurkan kepada keluarga Loloq," katanya sejurus selepas prebiu konsert berkenaan tamat.

Konsert anjuran Global Network Entertainment Sdn. Bhd. itu akan dimulakan esok sehingga Ahad ini dengan menampilkan empat artis ternama negara iaitu Datuk M. Nasir, Ramli Sarip, Ella dan kumpulan Spider.

Aktor Hasnol Rahmat pula akan melakonkan watak Loloq menerusi segmen lakonan semula yang diselitkan dalam konsert berkenaan selain Azrul Raja Lawak dan Azreen Mohd. Nasir.

Persembahan tersebut mendapat kerjasama Kementerian Pertahanan menerusi Badan Kesenian Mindef yang turut mengambil bahagian dalam konsert berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmetik tidak ikut piawaian dikesan

Posted:

Kosmetik tidak ikut piawaian dikesan

Kosmetik tidak ikut piawaian dikesan

KUALA LUMPUR 21 April – Kementerian Kesihatan akan bertindak agresif mengesan pengeluar dan penjual produk kosmetik yang gagal mengikut piawaian kesihatan.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, ia termasuk produk yang mengandungi racun berjadual yang boleh membawa pelbagai kesan sampingan kepada pengguna.

"Kalau ada produk yang melanggar syarat ditetapkan oleh Bahagian Farmasi seperti penjualan produk tanpa pendaftaran atau tidak mengikut piawaian, kita tidak teragak-agak untuk ambil tindakan.

"Mengenai senarai produk berbahaya pula, setiap tahun kita akan memaparkannya di laman web kementerian," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Kembara Riang Ria Pemakanan Di Sekolah Rendah bagi peringkat kebangsaan, di sini hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Wilayah

Posted: 22 Apr 2011 01:40 AM PDT

Berita Harian: Wilayah


Awas babi hutan!

Posted: 21 Apr 2011 06:17 PM PDT

Wilayah

Imej Pantai Penyabong dicemari haiwan liar, ternakan lembu

ENDAU: Pantai Penyabong adalah antara destinasi percutian yang terkenal di Mersing, yang sering menjadi tumpuan orang ramai untuk beriadah bersama keluarga serta rakan pada hujung minggu dan cuti umum.

Namun, orang ramai yang menggunakan jalan raya untuk pergi ke pantai berkenaan perlu berhati-hati serta tidak memandu laju kerana bahaya yang boleh menimpa mereka secara tiba-tiba. Selain ternakan milik penduduk yang berkeliaran di kebanyakan lokasi sepanjang laluan berkenaan, kumpulan babi hutan juga sering melintas secara mengejut tanpa mengira waktu yang boleh mengundang kejadian tidak diingini, jika pemandu tidak berhati-hati.

Pengunjung dari Batu Pahat, Sayuti Saliman, 42, berkata selain terpaksa mengelak najis lembu yang bertaburan atas jalan raya di laluan ke pantai berkenaan, pemandu juga perlu berhati-hati kerana babi hutan dan lembu sering melintas.

Beliau yang sudah beberapa kali mengunjungi Pantai Penyabong, mengakui keindahan dan kemudahan chalet yang disediakan di kawasan itu memang menarik dan sesuai untuk dijadikan destinasi rekreasi bersama keluarga.

"Saya suka ke sini, cuma perjalanan untuk sampai di sini agak terganggu akibat sikap tidak bertanggungjawab penternak yang membiarkan lembu berkeliaran dan tidur atas jalan raya, selain meninggalkan najisnya yang mengotorkan kenderaan.
"Pernah sekali, ketika mengelak daripada terlanggar sekumpulan lembu, tiba-tiba babi hutan pula muncul secara tiba-tiba keluar dari belukar berhampiran, nasib baik tidak berlaku kemalangan," katanya.

Tinjauan Edisi Johor ke pantai itu baru-baru ini mendapati masalah berkenaan lebih ketara pada waktu petang dan kelibat sekumpulan babi hutan melintas tanpa menghiraukan kenderaan turut sempat dirakamkan.

Difahamkan beberapa kemalangan membabitkan penunggang motosikal dengan babi hutan berlaku di kawasan itu, selain kereta penduduk dan pengunjung dari luar juga pernah terbabit dalam kemalangan, namun setakat ini tiada membabitkan kehilangan nyawa.

Justeru itu, bagi menjaga imej Pantai Penyabong serta mengurangkan risiko kemalangan, penduduk dan pengunjung berharap pemilik haiwan terutama lembu, mengurung ternakan mereka khususnya pada waktu malam.

Pemilik kebun di kawasan berkenaan juga perlu sentiasa membersihkan semak-samun bagi mengurangkannya menjadi habitat babi hutan.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jimat 1 jam 15 minit

Posted: 21 Apr 2011 06:14 PM PDT

Wilayah

LATAR Expressway mempunyai akses keluar ke Lebuh Raya Guthrie, Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Pantai Dalam.

LATAR Expressway mempunyai akses keluar ke Lebuh Raya Guthrie, Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Pantai Dalam.

Perjalanan dari Kuala Selangor ke KL cuma 45 minit menerusi LATAR Expressway

KUALA LUMPUR: Beribu-ribu pengguna dari Kuala Selangor yang setiap hari terpaksa menempuh perjalanan selama dua jam untuk ke ibu kota, pasti lega sebaik saja Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR Expressway) dibuka tidak lama lagi.

Ini berikutan lebuh raya sepanjang 33 kilometer (km) itu menjimatkan masa perjalanan mereka daripada dua jam kepada 45 minit bagi perjalanan kedua-dua hala. Selain menjimatkan masa perjalanan, LATAR Expressway yang menghubungkan Kuala Lumpur-Kuala Selangor melalui utara Templer Park ke Ijok itu juga mempunyai akses keluar ke tiga lebuh raya lain, iaitu Lebuh Raya Guthrie, Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Pantai Dalam.

Menurut kenyataan pemegang konsesi LATAR Expressway, Kuala Lumpur-Kuala Selangor Expressway Berhad (KLSEB) yang dikeluarkan di sini, semalam, lebuh raya itu juga bakal menjadi laluan alternatif Jalan Sungai Buloh-Kuala Selangor.

LATAR Expressway turut merentasi beberapa kawasan penempatan penduduk seperti Templer Park, Kuang, Kundang, Bandar Tasik Puteri, Puncak Alam, Kota Puteri dan Ijok.

Katanya, ia juga mempunyai empat susur keluar menerusi empat plaza tol, iaitu Plaza Tol Templer, Kuang, Puncak Alam dan Ijok di bahagian kiri kanannya bagi mempercepatkan perjalanan pengguna.
"Pengguna lebuh raya berkenaan juga akan menikmati pelbagai kemudahan disediakan terutama bagi penunggang motosikal kerana ada kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di dua bahagian lebuh raya itu bagi mereka yang ingin berehat sekiranya letih," kata kenyataan itu.

Katanya, apa yang pasti, LATAR Expressway menjimatkan masa perjalanan daripada dua jam kepada kira-kira 45 minit bagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Selangor.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Timur

Posted: 22 Apr 2011 01:40 AM PDT

Utusan Online - Timur


Kejar kereta api ke sekolah

Posted:

Kejar kereta api ke sekolah

Kejar kereta api ke sekolah

Oleh RAHANA MOHD DAHARI
utusankelantan@utusan.com


Pelajar menaiki kereta api sebagai pengangkutan awam utama ke sekolah selepas pelancaran Tiket Konsesi Bulanan Pelajar 1Malaysia di Stesen KTMB Dabong, baru-baru ini.


KUALA KRAI 21 April - Rutin hariannya adalah menaiki Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) seawal pukul 6 pagi dari perhentian stesen Kampung Baru Bukit Abu atau lebih dikenali sebagai Slow Pak Long dekat sini.

Walaupun terpaksa bangun seawal pukul 5 pagi untuk bersiap ke sekolah, Mohd. Shahrul Shariff, 13, anak sulung dari dua beradik tidak pernah mengeluh apatah lagi mengadu letih kepada kedua-dua orang tuanya kerana perasaannya begitu kuat untuk ke sekolah.

"Saya mahu menjadi doktor dan membantu ibu bapa yang mengambil upah menoreh getah.

"Bangun awal pagi ketika masih gelap kemudian berjalan kaki bersama kawan-kawan sekampung ke stesen bukan halangan untuk kami menimba ilmu," katanya ketika ditemui di perhentian stesen Dabong, dekat sini baru-baru ini.

Pengalaman menaiki kereta api menuju ke sekolah yang memakan masa hampir satu jam dengan jarak 19 kilometer itu, berlanjutan selama tujuh tahun, sejak usia Mohd. Shahrul 6 tahun lagi.

Bersekolah dalam Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong, Mohd. Shahrul tidak keseorangan kerana seramai 228 pelajar lagi menggunakan perkhidmatan tren dari perhentian Manek Urai ke Dabong setiap hari.

"Saya sudah biasa bangun pukul 5 pagi untuk bersiap-siap dan bersarapan. Selalunya ibu hidang roti kemudian bergegas ke stesen kereta api yang tidak jauh dari rumah.

"Lebih kurang pukul 6 pagi kereta api tiba. Selalunya saya terlelap dan kadang kala berbual-bual dengan kawan-kawan. Sampai di stesen Dabong, hari sudah cerah lebih kurang pukul 7 pagi," katanya.

Mujurlah kedudukan sekolahnya yang hampir dengan stesen memudahkannya sampai sebelum loceng sesi persekolahan dibunyikan tepat pukul 7.30 pagi.

Sebelum berhenti di perhentian Kampung Baru Bukit Abu, tren sama membawa pelajar lain dari perhentian Ulu Temiang yang jaraknya 23 kilometer dari Dabong.


Sebahagian pelajar menunggu menaiki kereta api untuk pulang ke rumah di Stesen KTMB Dabong.


Tren sama akan berhenti lagi di Bukit Abu pada jarak 11 kilometer dan perhentian seterusnya Kuala Geris, 9 kilometer di hadapan.

Pengalaman sama turut dirasai seorang lagi pelajar, Syahirah Mat Hussein, 13, dari Kuala Geris yang menaiki kereta api pukul 6.30 pagi.

Dia mengakui pada peringkat awal, dia agak keletihan kerana terpaksa bangun seawal pukul 5 pagi untuk mengejar tren bagi mengelak terlepas waktu persekolahan.

"Mula-mula memang penat, sebab baru tahun ini saya naik tren kerana bersekolah menengah di Dabong.

"Apabila dapat tempat duduk sahaja, saya sambung tidur tetapi sekarang tidak lagi. Bila jumpa kawan-kawan yang naik dari stesen lain, kami berborak-borak dan tidak sedar perjalanan sekejap sahaja," katanya.

Berdasarkan kepada sambutan penggunaan pelajar terhadap perkhidmatan tren yang merupakan kenderaan murah, mudah, selamat dan efisien, KTMB melancarkan Tiket Konsesi Bulanan Pelajar 1Malaysia.

Bertempat di stesen kereta api Dabong, perasmian majlis disempurnakan oleh Pengurus Besar Antara Bandar KTMB, Mohd. Zain Mat Taha.

Turut dihadiri wakil Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kuala Krai, Abdullah Mohd. Zain, pelajar SMK Dabong dan guru-guru.

Melalui kemudahan tersebut, KTMB menyediakan pakej istimewa yang lebih murah dan berpatutan bagi menggantikan penggunaan tiket bulanan dengan diskaun sehingga 35 peratus sebulan.

Menurut Mohd. Zain, pelaksanaan tiket tersebut untuk mengurangkan beban ibu bapa yang kebanyakan tinggal di luar bandar dan berpendapatan rendah.

"Secara purata pelajar hanya perlu membayar RM7 sebulan berbanding RM8 sebelum ini," katanya.

Setakat ini, katanya, seramai 204 pelajar SMK Dabong membeli Tiket Konsesi 1Malaysia dan pihaknya mensasarkan jualan sebanyak 1,200 tiket berkenaan di seluruh negara terutama sekitar Kuala Krai, Kuala Lipis di Pahang dan Labis di Johor.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bukit Wan juara kampung bersih

Posted:

Bukit Wan juara kampung bersih

Bukit Wan juara kampung bersih

Oleh FAUZI MOHD
utusanterengganu@utusan.com.my


Ahmad Said (lima dari kanan) dan Mazlan Ngah (enam dari kiri) bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Wan di Perumahan Awam Kos Rendah, Bukit Sawa, Maran, kelmarin.


MARANG 21 April - Kampung Bukit Wan, Kuala Terengganu menjuarai Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kampung peringkat negeri 2010 Kategori Kampung Luar Kawasan Operasi pihak berkuasa tempatan (PBT).

Kemenangan itu membolehkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) itu menerima RM100,000 bagi menjalankan projek dan wang tunai RM10,000 di samping bakal berpeluang melawat Australia tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menyempurnakan penyampaian hadiah yang berlangsung di Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Bukit Sawa, Marang, petang semalam.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Yahya Khatib Mohamad; Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, Alias Abdullah dan ADUN Jabi, Ramlan Ali.

Kampung Bukit Wan yang terletak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit sebelum itu turut diumumkan pemenang JKKK bagi kategori kebersihan persekitaran (jalan utama dan jalan kampung), kebersihan infrastruktur dalam kawasan dan keceriaan landskap.

Pengerusi JKKK Bukit Wan, Chek Harun Ismail berkata, kejayaan itu hasil semangat kekitaan yang ditunjukkan oleh penduduk apabila mereka sepakat dalam usaha menjadikan kampung ini ceria dengan persekitaran indah dan bersih.

"Setiap hujung minggu, kami turun padang menjalankan gotong-royong dan apa yang membanggakan, majoriti belia di kampung kami turut sama membantu dan memikul tanggungjawab bersama," katanya.

Kampungnya itu pernah memenangi Anugerah JKKK Cemerlang Daerah Kuala Terengganu 2010, tempat ketiga Anugerah Desa Cemerlang peringkat negeri 2009 dan tempat ketiga Anugerah kebersihan dan Pengurusan Kubur Terbaik peringkat negeri 2010.

Sementara itu, bagi kategori Kampung Dalam Kawasan Operasi, ia dimenangi PAKR Bukit Sawa, Marang diikuti tempat kedua, Kampung Guntong Luar, Setiu dan tempat ketiga, Kampung Medan Jaya, Marang.

Tempat kedua dan ketiga bagi Kategori Kampung Luar Operasi pula menjadi milik Kampung Tok Dor, Hulu Terengganu dan Kampung Tanjung Baru, Hulu Terengganu.

Johan berjaya membawa pulang RM100,000 (projek) dan wang tunai RM10,000, tempat kedua mendapat RM750,000 (projek) dan wang tunai RM7,500, manakala tempat ketiga memperoleh RM50,000 (projek) serta wang tunai RM5,000.

Selain pemenang tempat pertama yang bakal mendapat penajaan kerajaan melawat Australia, pemenang tempat kedua dan ketiga pula masing-masing berpeluang ke Beijing dan Shanghai, China.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

TM hargai penangkap pencuri kabel

Posted:

TM hargai penangkap pencuri kabel

TM hargai penangkap pencuri kabel


Mazlan Lazim (empat dari kanan) bersama Ab. Rashid Che Othman (tiga dari kiri) pada majlis penyerahan sagu hati di Sekolah Kebangsaan Mentera, Kota Bharu, baru-baru ini.


KOTA BHARU 21 April - Rasa tanggungjawab membanteras jenayah termasuk kecurian kabel milik Telekom Malaysia Berhad (TM) yang ditunjukkan oleh 80 penduduk di negeri ini, mendapat penghargaan syarikat telekomunikasi itu.

TM dalam satu majlis kelmarin telah mengagihkan sagu hati berjumlah RM14,000 kepada mereka sebagai tanda penghargaan di atas sumbangan berkenaan.

Pemberian sagu hati itu disampaikan oleh Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim di Sekolah Kebangsaan (SK) Mentera dekat sini dengan dihadiri Pengurus Besar TM, Ab. Rashid Che Othman.

Seorang penerima, Zakaria Abdullah, 63, berkata, dia marah setiap kali mendengar jenayah kecurian termasuk kabel TM dan berasa bertanggungjawab untuk membanterasnya.

Menurutnya, dia berjaya mematahkan cubaan tiga lelaki yang cuba mencuri kabel TM di Kampung Mentera dekat sini, kira-kira pukul 4 pagi, tiga minggu lalu yang mana penjenayah terbabit turut cuba bertindak ganas melanggarnya.

"Saya terjaga dari tidur apabila terdengar bunyi di luar rumah. Saya segera keluar dan melihat ada seorang lelaki memanjat tiang telefon.

"Saya mengendap dan melihat dua lagi rakannya menunggu berhampiran sebuah kereta. Mereka cuba lari selepas menyedari kehadiran saya tetapi saya sempat memecahkan cermin kereta mereka," katanya.

Zakaria berkata, dia menyangka ketiga-tiga penjenayah itu sudah melarikan diri, sebaliknya mereka berpatah balik dan bertindak melanggarnya, tetapi berjaya dihalang oleh penduduk kampung menyebabkan kereta penjenayah terbabit terbabas ke dalam tali air berdekatan.

"Kami berjaya menangkap ketiga-tiga mereka dan menyerahkan kepada polis," katanya.

Seorang lagi penerima, Noor Akmar Awang, 43, dari Kampung Badak, Bachok berkata, dia juga amat marah dengan jenayah kecurian kabel TM yang semakin serius akhir-akhir ini kerana ia turut mendatangkan masalah kepada orang ramai.

Jelasnya, dia berpakat dengan rakan-rakan untuk mengadakan intipan di kawasan yang sering berlaku kecurian di kampung mereka dan selepas tiga minggu, terserempak dengan pencuri terbabit.

"Kami menangkap dan membawa pencuri berkenaan ke balai polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: BeritaUtama

Posted: 22 Apr 2011 01:32 AM PDT

Harian Metro: BeritaUtama


Dakwaan tak logik

Posted: 21 Apr 2011 01:25 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Saya bukan dayus," tegas bekas jaguh badminton beregu negara, Jalani Sidek, 48, yang juga suami kepada produser, Raja Azmi Raja Sulaiman, 51.

Dia berkata demikian bagi mengulas persepsi negatif sesetengah pihak berikutan sikapnya yang lebih banyak berdiam diri selepas isterinya didakwa berkhalwat dengan pemain badminton negara, Roslin Hashim, 36, di sebuah hotel pada Ogos tahun lalu.

"Saya tahu apa yang sebenarnya berlaku kerana ketika kejadian saya sendiri berada di situ. Saya kenal dan tahu sejauh mana hubungan isteri saya dengan Roslin yang sudah saya anggap seperti adik sendiri," katanya selepas memberi keterangan dalam siasatan membabitkan Raja Azmi dan Roslin di Pejabat Hal-Ehwal Siasatan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini, semalam.

Ini kali pertama Jalani meluahkan perasaannya kepada media selepas lapan bulan kes tuduhan khalwat membabitkan isterinya itu berlalu dan pelbagai tuduhan serta tohmahan dilemparkan terhadapnya.


"Saya kecewa dengan tohmahan yang dibuat. Masyarakat terus menghukum tanpa mengambil kira kebenaran. Mereka tidak sedar perbuatan itu membuatkan keluarga kami berada dalam keadaan aib, malah anak saya tertekan dan malu untuk ke sekolah," katanya.


Jalani turut menyifatkan dakwaan isterinya dan Roslin berkhalwat yang dibuat bekas isteri Roslin iaitu Norhayati Othman, 39, sebagai tidak logik atau diterima akal.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Disimbah air panas

Posted: 21 Apr 2011 01:23 PM PDT

BANTU SIASATAN...ibu mangsa dipercayai baru  beberapa bulan menjaga mangsa daripada ibu saudara mangsa.
BANTU SIASATAN...ibu mangsa dipercayai baru beberapa bulan menjaga mangsa daripada ibu saudara mangsa.

AMPANG: Seorang bayi lelaki berusia 19 bulan mati dalam keadaan menyedihkan dengan kesan lebam serta melecur di beberapa bahagian badan, dipercayai akibat disimbah air panas oleh teman lelaki ibunya di Taman Ampang Indah di sini, semalam.

Mangsa, Law Hong Jun dikatakan baru beberapa bulan berada di bawah jagaan ibunya yang berusia 24 tahun. Sebelum ini dia dijaga ibu saudaranya yang juga kakak kepada bapa mangsa.

Ibu saudara mangsa yang enggan dikenali berkata, dia diberitahu mengenai kematian Hong Jun selepas dimaklumkan ibu mangsa kira-kira jam 2 petang semalam.

"Saya tidak pasti apa sebenarnya berlaku tapi saya dimaklumkan pihak hospital anak saudara saya mati akibat didera. Ada kesan lebam dan melecur seperti disimbah air panas pada badannya.


"Saya tak tahu kenapa dia diperlakukan begitu kejam sedangkan dia masih kecil," katanya ketika ditemui di perkarangan Hospital Ampang di sini, semalam.


Wanita itu berkata, sejak dilahirkan mangsa berada di bawah jagaannya di Gombak selepas adiknya (bapa mangsa) dipenjarakan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

The Malaysian Insider :: Bahasa

Posted: 22 Apr 2011 01:20 AM PDT

The Malaysian Insider :: Bahasa


PAS: Pemilihan Jun kekal, yakin saingan tak ancam perpaduan

Posted: 21 Apr 2011 11:06 PM PDT

Mustafa berkata beliau tidak berhasrat bertanding sebarang jawatan. — gambar fail

KUALA LUMPUR, 22 April — PAS tidak mahu menangguhkan pemilihan kepimpinan pusat yang dijadualkan Jun ini dan yakin persaingan tidak akan merosakkan perpaduan dalam komponen Pakatan Rakyat (PR) itu.

"Saya agak parti-parti lain tangguh pemilihan kerana ia akan memecahbelahkan parti mereka kerana kempen yang terlalu hebat, tapi PAS yakin PAS ada budayanya sendiri," kata Setiausaha Agungnnya Datuk Mustafa Ali pada sidang media hari ini.

Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk Umno telah menangguhkan pemilihan parti masing-masing sehingga tahun depan ekoran desas-desus bahawa pilihan raya umum ke-13 akan diadakan tahun ini.

Spekulasi mengatakan bahawa ia kemungkinan diadakan Jun atau Julai ini ataupun penghujung tahun.

"Walaupun ada pertandingan, ia tidak akan merosakkan perpaduan dalam parti melainkan pilihan raya umum diadakan pada Jun barulah kita fikir kembali, tetapi saya tidak fikir ia akan diadakan pada Jun," kata beliau dipetik Bernama Online.

PAS akan mengadakan pemilihan parti itu pada Muktamar Tahunan ke-57 di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) di Taman Melewar, Gombak pada 3 hingga 5 Jun ini.

Mustafa berkata pencalonan untuk semua jawatan termasuk presiden, timbalan presiden, naib presiden dan anggota jawatankuasa PAS pusat sudah bermula.

Tarikh akhir bagi mengemukakan pencalonan adalah 15 Mei.

"Semua pencalonan akan dimasukkan dalam peti simpanan. Calon akan diberitahu berapa pencalonan yang dia dapat sebaik sahaja peti simpanan itu dibuka pada tarikh itu," katanya.

Mustafa berkata Jawatankuasa Pemilih akan menghantar surat tawaran bertanding kepada calon-calon dan mereka menjawabnya dalam masa 11 hari iaitu dari 15 hingga 26 Mei.

"Jawatankuasa Pemilih memutuskan bahawa calon yang berhasrat menawarkan diri untuk bertanding mesti menjawab surat tawaran itu, yang tidak dijawab kita anggap mereka tidak ada kesungguhan untuk bertanding.

"Calon-calon akan menilai sama ada mereka hendak terima pencalonan atau menolak pencalonan itu," katanya sambil memberitahu bahawa kira-kira 1,100 perwakilan dari 179 kawasan akan menghadiri muktamar itu.

Beliau berkata calon yang berhasrat untuk bertanding pada pemilihan itu masih mempunyai peluang untuk menarik diri sebelum kertas undi dicetak pada 26 Mei.

Mustafa, yang tidak berhasrat bertanding sebarang jawatan, berkata isu pilihan raya umum ke-13 mungkin akan menjadi antara intipati ucapan dasar Presiden pada muktamar tiga hari itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Najib: Idea ‘1 Melayu, 1 Bumi’ pandangan peribadi editor Utusan

Posted: 21 Apr 2011 10:18 PM PDT

Najib berkata seruan Utusan Malaysia tidak akan menjejaskan konsep 1 Malaysia beliau. — gambar fail

PUTRAJAYA, 22 April — Datuk Seri Najib Razak menjauhkan diri daripada pendirian editor Utusan Malaysia kelmarin yang mengesyorkan agar parti-parti Melayu menggerakkan gelombang "1 Melayu, 1 Bumi" sambil menegaskan ia pandangan "peribadi" akhbar Umno itu.

Perdana Menteri juga berkata pendirian akhbar terbitan Kumpulan Utusan itu tidak akan menggugat komitmen kerajaannya melaksanakan gagasan 1 Malaysia.

"Ia pandangan peribadi penulis. Di sudut kerajaan, kami sudah pun ada satu konsep yang jelas dan kami akan meneruskan usaha-usaha kami," kata beliau yang Presiden Umno pada sidang media di sini, hari ini.

Dalam tulisan ruangan Cuit kelmarin, Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan berkata, DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina.

Katanya, hanya kuasa mutlak politik yang belum dikuasai sepenuhnya oleh orang Cina tetapi yang lain "semua sudah."

"Kini DAP membawa slogan yang cukup hebat di kalangan masyarakat mereka iaitu Undi untuk Ubah, Enough is Enough (Cukuplah) dan Selamatkan Malaysia," katanya.

Dia berkata, slogan itu sebenarnya bukan ditujukan kepada orang lain, tapi khususnya kepada orang Cina.

"Terpapar megah di dada baju penyokong dan calon DAP dalam pilihan raya Sarawak supaya diubah kepimpinan Melayu Malaysia ini," katanya lagi.

Katanya, pilihan raya umum ke-13 akan digunakan sepenuhnya untuk menyatukan kuasa mereka.

Kata Zaini, "sebaliknya apa yang orang Melayu buat? Tiada apa-apa. Mereka ialah satu bangsa yang cukup selesa, komplesen, alpa dan tidak peduli. Malah pemikiran mereka cukup bercelaru."

Dia seterusnya berkata, pada pandangannya Umno harus melancarkan gelombang perpaduan bangsa "1Melayu, 1Bumi."

Mingguan Malaysia iaitu edisi Ahad Kumpulan Utusan menggesa Barisan Nasional (BN) supaya tidak terlalu "pemurah" dalam melayan kedudukan masyarakat Cina dalam Kabinet negeri yang bakal dibentuk ekoran keputusan pilihan raya Sarawak.

Mingguan Malaysia berkata, majoriti pengundi Cina memihak kepada kempen Pakatan Rakyat yang membawa seruan "mengubah kerajaan negeri" sedangkan masyarakat Bumiputera tetap teguh bersama BN.

BN Sarawak pimpinan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud memperoleh 55 kerusi manakala Pakatan Rakyat pula 15 dan Bebas satu.

Pada pilihan raya negeri 2006, BN Sarawak memperoleh 62 kerusi dan ia meningkat kepada 63 kemudian.

Walaupun BN memperoleh majoriti lebih dua pertiga tetapi mengalami penurunan kerusi kali ini. Begitu juga undi popular diperoleh BN semalam berbanding lima tahun lalu.

"Keputusan tersebut mempunyai makna yang perlu diterjemahkan oleh kerajaan negeri pimpinan Abdul Taib Mahmud."

Awang Selamat berharap Taib akan menubuhkan Kabinet dengan mengambil kira realiti daripada peti undi.

"Ternyata, rata-rata pengundi Cina menolak BN dan menyokong DAP," kata Awang Selamat dalam ruangannya di Mingguan Malaysia.

Dalam ruangannya, Awang Selamat juga berkata kerajaan negeri BN tidak lagi boleh bersikap terlalu pemurah untuk memberikan tempat kepada perwakilan kaum itu.

Ditanya saranan Penasihat DAP, Lim Kit Siang agar DAP bergabung dengan Parti Kebangsaan Sarawak (Snap), Najib yang juga Pengerusi BN memberitahu perkara itu melibatkan isu pembangkang dan tidak mahu mengulas.

"Saya tidak mahu komen tetapi saya tidak nampak macam mana Snap boleh terima DAP kerana ideologi mereka berbeza," katanya.

Berhubung dengan desakan beberapa pihak agar Taib berundur sebagai Ketua Menteri Sarawak, Perdana Menteri berkata beliau memerlukan masa untuk menguruskan perkara berkaitan dengannya.

"Saya telah memberikan komen saya, beri saya masa," kata Najib.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Muka Hadapan

Posted: 22 Apr 2011 01:19 AM PDT

Utusan Online - Muka Hadapan


Status maju bukan jaminan

Posted:

Status maju bukan jaminan

Status maju bukan jaminan

Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN
pengarang@utusan.com.my


Najib Tun Razak melancarkan kempen Amalan Senyuman Perbendaharaan dengan slogan 'Senyum Selalu' pada perhimpunan Khas Bersama Perdana Menteri dan Menteri Kewangan di Kementerian Kewangan, Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 21 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, status negara maju bukan jaminan untuk terus kekal berjaya sebaliknya ia boleh terjerumus menjadi negara yang gagal jika ekonomi dan dasar kewangannya tidak diurus dengan baik.

Tegas Perdana Menteri, negara yang tergolong dalam kategori tersebut akan kehilangan maruah kerana terpaksa menagih bantuan kewangan daripada institusi-institusi kewangan antarabangsa dan serantau.

Situasi tersebut, kata beliau, akan mengakibatkan ketidaktentuan dari segi dasar domestik yang akan membawa kepada beban yang berat kepada rakyat seperti berlaku di Greece, Ireland dan Portugal.

''Sangat penting untuk menjaga dan memelihara kepentingan rakyat dan maruah negara, kejayaan serta kesejahteraan rakyat bergantung kepada keupayaan kementerian menentukan segala dasar makro dan kewangan dengan cekap dan berkesan.

''Bagi mencapai impian itu kerajaan telah menentukan hala tuju dan landasan yang cukup jelas berpandukan kepada falsafah induk kita iaitu 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan'," katanya yang juga Menteri Kewangan pada Perhimpunan Khas Kementerian Kewangan, di sini hari ini.

Kata Perdana Menteri, pelbagai dasar, program dan projek antaranya di bawah Program Transformasi Kerajaan, Enam Bidang Keberhasilan Utama Negara, Program Transformasi Ekonomi, 12 Aktiviti Utama Ekonomi Nasional dan Model Ekonomi Baru telah dirangka supaya Malaysia kekal berjaya dan status negara maju pada 2020 dapat dicapai.

Menurutnya, pada tahun lalu, negara berjaya mencatat pertumbuhan ekonomi sebanyak 7.2 peratus dan cabaran sekarang ialah menentukan pertumbuhan tersebut pada kadar tidak kurang enam peratus setiap tahun.

Cabaran berikutnya, jelas beliau, ialah menjaga kadar inflasi negara supaya dapat dikawal pada tahap serendah mungkin kerana jika tidak, akan mengakibatkan rakyat menanggung kesusahan dan beban hidup yang lebih berat.

''Kita juga bermatlamat menetapkan kekayaan negara dan pertumbuhan ekonomi yang mampan diagihkan secara seimbang untuk menentukan keadilan sosial agar dapat dirasai semua rakyat," katanya.

Pada majlis yang sama, Perdana Menteri menerima anugerah persijilan MS ISO 9001:2008 bagi pihak Perbendaharaan dan melancarkan kempen Amalan Senyuman Perbendaharaan dengan slogan 'Senyum Selalu' selama dua bulan.

Sijil MS ISO 9001:2008 akan melibatkan tujuh bahagian iaitu Dasar Saraan, Wang Awam dan Khidmat Pengurusan; Analisa Cukai; Ekonomi dan Antarabangsa, Pengurusan Pinjaman, Pasaran Kewangan dan Aktuari; Kawalan dan Pemantauan; Pengurusan Kewangan Strategik; Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat dan Unit Komunikasi Korporat.

Mengenai kempen itu, Perdana Menteri berkata, ia bertepatan dengan hasrat meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam bagi memastikan perkhidmatan disediakan sentiasa disenangi dan memuaskan hati rakyat dan pelanggan keseluruhannya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malaysia perlu agresif tonjol potensi – TPM

Posted:

Malaysia perlu agresif tonjol potensi – TPM

Malaysia perlu agresif tonjol potensi – TPM

Oleh Nizam Hamid


Muhyiddin Yassin menyaksikan pertukaran dokumen persefahaman antara Pengerusi Eksekutif Metro Kajang Management Sdn. Bhd., Datuk Alex Chen Kooi Chew (kanan) dengan Timbalan Pengurus Besar Guoao Investment & Development Co. Ltd., Gao Hao di Shanghai, semalam. Turut kelihatan Duta Malaysia ke China, Datuk Iskandar Sarudin (kanan belakang). – BERNAMA


SHANGHAI 21 April – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia akan bertindak lebih agresif bagi menonjolkan potensi ekonominya bagi menarik lebih banyak syarikat dari negara ini untuk datang melabur.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, walaupun China dilihat sebagai pusat pertumbuhan ekonomi, Malaysia masih mempunyai kelebihan terutama dari segi kos yang rendah dan kerajaan yang menyokong pembangunan perniagaan.

"Mungkin ada pelabur senang berniaga di sini kerana ekonominya mantap dengan pertumbuhan dua angka sejak sekian lama serta kuasa membeli yang besar tetapi tidak ada sekatan daripada kerajaan mereka untuk melabur di luar negara.

"Kita juga sedar bukan mudah berurus niaga dan melabur di China kerana ada undang-undang pekerjaan dan buruh yang mungkin menyebabkan kos buruhnya bertambah," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat meja bulat dengan peneraju industri di sini hari ini.

Mengulas pelaburan dari China yang masih rendah di Malaysia, beliau yang dalam rangka lawatan kerja seminggu ke negara ini memberitahu, terdapat pihak yang berpendapat Malaysia juga hampir kompetitif dengan China untuk membuat pelaburan.

"Pada peringkat awal pelabur datang ke sini untuk mengambil kesempatan daripada pasaran yang besar dan buruh yang ramai tetapi kini kosnya telah meningkat dan di sesetengah kota, ia lebih mahal dari Kuala Lumpur," ujarnya.

Keadaan itu kata Timbalan Perdana Menteri, menunjukkan prospek untuk Malaysia menarik pelabur dari sini masih ada, cuma usaha yang lebih agresif perlu dilakukan bagi tujuan itu.

Terdahulu, Muhyiddin menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi menjalankan usahasama antara beberapa syarikat Malaysia dengan China.

MoU itu melibatkan WCL Global Corporation Sdn. Bhd. dengan Schneider Electric (China) Investment Co. Ltd. yang akan terlibat dalam kerjasama menghasilkan tenaga berkapasiti lima MegaWatt menerusi teknologi solar di Sarawak.

Metro Kajang pula menandatangani MoU dengan Guoao Investment and Development Co. Ltd. bagi meneroka peluang dalam bidang hartanah, manakala Imaprima Sdn. Bhd. akan bekerjasama dengan China Triumph International Engineering Co. Ltd. dalam industri simen di Malaysia.

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung dan Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA), Datuk Jalilah Baba.

Muhyiddin sebelum itu turut bertemu dengan Datuk Bandar Shanghai, Han Zheng.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kematian Sarbani akibat cedera

Posted:

Kematian Sarbani akibat cedera

Kematian Sarbani akibat cedera

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 21 April – Polis hari ini mengesahkan kematian pegawai kastam, Ahmad Sarbani Mohamed di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane pada 6 April lalu disebabkan kecederaan parah akibat jatuh dari lokasi tinggi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, hasil siasatan menyeluruh itu tidak hanya membabitkan pihak polis malah turut melibatkan hospital, Jabatan Kimia serta pakar patologi.

"Siasatan turut menggunakan kaedah tertentu termasuk lakonan semula oleh pelakon lagak ngeri bagi membantu mendapatkan hasil penemuan.

"Menerusi siasatan ini, kami dapati kematian beliau selari dengan kecederaan akibat impak jatuh dari tempat yang tinggi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perbarisan Ulang Tahun Hari Kor Kadet Polis Ke-41 di Astaka Tasik Titiwangsa di sini hari ini.

Ahmad Sarbani, 56, yang juga Penolong Pengarah Kastam Selangor ditemui mati di gelanggang badminton tingkat satu pejabat SPRM setelah ditinggalkan bersendirian oleh pegawai suruhanjaya itu.

Kes kematian beliau menjadi perhatian kerana SPRM ketika itu giat menjalankan Operasi 3B terhadap Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) atas kesalahan rasuah, pengubahan wang haram dan pelbagai lagi, yang melibatkan kerugian berbilion ringgit pendapatan negara.

Mengulas lanjut, Zulkifli memberitahu, sepanjang siasatan itu dijalankan, sebanyak 48 percakapan saksi telah direkodkan.

Menurutnya, siasatan kes itu masih kekal dilakukan mengikut laporan kematian mengejut (SDR) dan kertas siasatan yang telah siap itu akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AG) selewat-lewatnya minggu ini.

"Kita akan berusaha untuk hantar (kertas siasatan) minggu ini juga tetapi jika tidak sempat, kita akan hantar pada minggu depan.

"Sebaik sahaja dihantar kepada AG dan ada perkara-perkara lain yang perlu diberi perhatian, itu adalah perkara biasa. Apa pun saya berpuas hati dengan siasatan menyeluruh yang dibuat," katanya.

Ditanya sama ada terdapat unsur jenayah dalam kes kematian pegawai kastam itu, Zulkifli enggan mengulas sebaliknya memberitahu, siasatan itu diklasifikasikan sebagai SDR.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Jenayah

Posted: 21 Apr 2011 11:40 PM PDT

Utusan Online - Jenayah


Warga emas maut angkara kereta berlumba

Posted:

Warga emas maut angkara kereta berlumba

Warga emas maut angkara kereta berlumba

KUALA LUMPUR 21 April - Seorang wanita warga emas menjadi mangsa dua buah kereta yang sedang berlumba apabila dia maut setelah kenderaannya dilanggar sebelum terbalik di Kilometer 4, Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) berhampiran Taman Selaseh, Gombak hari ini.

Rokiah Mat Nor, 65, meninggal dunia di tempat kejadian setelah tersepit dalam kereta jenis Perodua Kancil dipandu suaminya, Baharuddin Hussin yang cedera parah dalam kemalangan itu.

Kejadian berlaku pukul 11.45 pagi ketika kereta dinaiki pasangan suami isteri itu bersama adik perempuan Rokiah dalam perjalanan pulang ke kampung di Jerantut, Pahang.

Menurut saksi kejadian, sebuah kereta jenis Proton Putra yang dipandu seorang anggota polis dipercayai sedang berlumba dengan sebuah kenderaan lain.

"Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, kereta Putra itu terbabas kerana cuba mengelak sebuah motosikal.

"Kenderaan itu kemudian bergesel dengan Kancil tersebut menyebabkan Kancil itu terbalik di tengah-tengah lebuh raya.

"Kemalangan itu menyebabkan kereta Putra itu tercampak kira-kira 10 meter ke bawah tebing lebuh raya manakala kenderaan yang berlumba dengannya menghilangkan diri selepas kejadian," kata saksi terbabit.

Difahamkan, anggota polis itu yang berusia lingkungan 20-an tidak mengalami kecederaan namun terkejut dengan kejadian tersebut.

Menurut saksi itu lagi, orang ramai kemudian membantu mengeluarkan pemandu kereta Kancil dan adik perempuan Rokiah sebelum dibawa ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan.

Kemalangan itu turut menyebabkan laluan lebuh raya ini dari arah Gombak sesak teruk sepanjang tiga kilometer apabila hanya satu lorong dibuka untuk laluan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dua cedera parah pemandu mabuk lawan arus

Posted:

Dua cedera parah pemandu mabuk lawan arus

Dua cedera parah pemandu mabuk lawan arus

KUALA LUMPUR 21 April - Seorang lelaki dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol bertindak memandu keretanya berlawan arus kira-kira satu kilometer sebelum bertembung dengan sebuah kereta lain di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban, berdekatan persimpangan masuk ke Astro di Sungai Besi awal pagi ini.

Kejadian kira-kira pukul 2.45 pagi itu mengakibatkan pemandu kereta jenis Proton Wira yang dipercayai mabuk itu serta pemandu kereta jenis Proton Iswara yang bertembung dengannya cedera parah.

Pemandu Iswara itu yang tersepit di tempat duduk, terpaksa dikeluarkan oleh sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat.

Difahamkan, ketika kejadian, selain mangsa, terdapat dua penumpang di dalam kereta Iswara itu namun mereka hanya mengalami cedera ringan.

Menurut seorang saksi yang enggan dikenali, dia ternampak sebuah kereta dipandu berlawanan arus dari arah Desa Petaling menghala ke plaza tol Sungai Besi.

"Selepas itu saya nampak beberapa buah kenderaan yang baru melepasi plaza tol cuba mengelak kenderaan yang dipandu menentang arus itu.

"Bagaimanapun, sebuah kereta Iswara gagal mengelak menyebabkan kedua-dua (kenderaan) bertembung dari arah berhadapan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Rencana Utama

Posted: 21 Apr 2011 11:11 PM PDT

Kosmo Online - Rencana Utama


Cinta antara dua darjat

Posted:

Cinta antara dua darjat

Cinta antara dua darjat

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my


PUTERI Diana melalui kehidupan di istana yang penuh tragis selepas berkahwin dengan pewaris takhta England, Putera Charles.


CINTA itu seolah-olah mempunyai kuasa sakti. Lahirnya kehidupan insan dikatakan segalanya atas dasar cinta. Namun, cinta itu terkadang sangat rumit untuk diramal dan memang benar apabila falsafah menyebut, cinta itu buta.

Tatkala ghairah cinta sudah menyelinap dalam sukma, para pencinta sanggup berkorban jiwa dan raga. Jika dirayu untuk melastik bintang sekali pun, ia akan diredah tanpa keluh kesah. Betapa hebatnya kuasa cinta sehinggakan perbezaan darjat waima keturunan, protokol atau harta pun bukan penghalang untuk mendirikan istana bahagia.

Lihat saja riwayat cinta yang diulit antara pasangan yang berbeza martabat, antara putera raja dan wanita biasa. Ada yang kecundang di pertengahan jalan. Namun, tidak kurang pula legenda cinta mereka diingati berzaman lamanya.

Cinta antara dua darjat yang bertunas antara Raja Abdullah II dengan Rania Al Abdullah merupakan antara cinta teragung untuk diteladani. Rania sendiri barangkali tidak menyangka kehadirannya di sebuah majlis keraian pada tahun 1993 telah mengubah rentak hidupnya.

Hanya membalas senyuman seorang lelaki yang asyik memerhatikan gelagatnya yang canggung di celah-celah para aristokrat lain, telah menjadikannya seorang permaisuri di sebuah negara di Jordan.

Raja Abdullah telah menyunting Rania menjadi suri hidupnya hanya selepas 10 bulan mengenali hati budi masing-masing.

"Hidup ini penuh keajaiban dan bunga-bunga cinta telah menjadikan hidup saya semakin bermakna," kata Rania yang kini berusia 41 tahun.

Permaisuri yang dikategorikan antara yang paling intelektual di dunia itu sangat disayangi rakyat jelatanya. Baginda juga sudah pun melunaskan tanggungjawabnya sebagai seorang permaisuri dengan melahirkan empat pewaris.

Daripada seorang pegawai pemasaran untuk syarikat perbankan Citibank dan Apple Inc, Rania mewakili angan-angan dan fantasi kebanyakan gadis yang sentiasa mengimpikan untuk dilamar oleh seorang putera raja.

Pesona wartawan janda

Cerita Rania berlainan dengan kisah cinta seorang wartawan penyiaran yang terkenal di Sepanyol. Letizia Ortiz Rocasolano, 39, menjangkakan hidupnya akan merana apabila bercerai dengan suaminya yang merupakan seorang guru. Sangkaannya itu ternyata meleset.

Kemunculan Letizia yang membaca berita ekonomi bagi Spanish TV, telah menambat hati Putera Felipe yang merupakan pewaris takhta Austurians.

Apabila cinta sudah bertaut, Felipe sanggup melakukan apa saja termasuk menghubungi pemilik stesen berkenaan untuk mengatur pertemuan dengan wartawan itu. Letizia tergamam ketika bertentang mata dengan seorang putera kesayangan Sepanyol dalam satu majlis makan malam khas yang diaturkan untuknya.


RAJA HUSSEIN dari Jordan yang mengahwini rakyat biasa, Elizabeth Najeeb Halaby atau Puteri Noor.


Walau tampil bersahaja, pesona janda tersebut telah mencairkan hati putera berkenaan. Status wartawan penyiaran mewujudkan kebimbangan kepada institusi beraja di sana tetapi, bukan di hati Putera Felipe.

Ternyata, pengumuman pertunangan pasangan itu pada tahun 2003 mengejutkan dunia. Letizia dilaporkan diselubungi dengan pelbagai kontroversi.

Namun, Putera Felipe tidak mempedulikan segala tohmahan. Tanggal 22 Mei 2004, Letizia mengucapkan selamat tinggal kepada kariernya. Mereka disatukan dalam sebuah majlis gilang gemilang di Madrid. Kini, mereka dikurniakan dua puteri.

Terpaut dengan atlet

Bagi rakyat Monaco, adalah menjadi satu kehampaan apabila putera mereka, Putera Albert memilih rakyat biasa menjadi bakal permaisuri. Barangkali takdir sudah tertulis, Putera Albert tidak berupaya mencurahkan kasih dan sayangnya pada gadis yang sedarah dengannya.

Kelibat Charlene Wittstock yang merupakan perenang kelahiran Bulawayo, Zimbabwe, dalam keadaan tidak terurus dalam satu majlis sosial telah menawan hati Putera Albert.

"Saya memang buta tentang fesyen, saya masih ingat lagi, saya telah meminjam gaun berwarna hijau daripada seorang rakan. Kemudian saya warnakan kuku saya dengan warna merah, saya seperti pokok krismas ketika bertemu dengan seorang putera idaman ramai," tutur Charlene, 33, ketika ditemu bual oleh wartawan.

Kemunculan sebegitu dipandang sebelah mata oleh sebilangan hadirin. Namun, pada mata Putera Albert, Charlene sungguh menawan.

Sungguh tidak disangka, kenyataan yang terpacul daripada mulut jaguh sukan renang itu tadi tidak semena-mena membuatkan rakyat Monaco jatuh cinta pada kerendahan hatinya.

Menyamar sebagai orang biasa

"Hidup saya bukan satu kisah dongeng, hidup saya sangat nyata." Demikian kata Puteri Mary yang merupakan Puteri Mahkota Denmark yang menjadi inspirasi gadis-gadis yang cintakan fesyen.

Puteri Mary atau nama asalnya Mary Elizabeth Donaldson, 39, telah melalui momen-momen indah ketika berkenalan dengan Putera Frederik.

Seawal perkenalan mereka di sebuah bar di Sydney, pewaris empayar Denmark menyamar sebagai orang biasa. Putera itu hanya memperkenalkan dirinya sebagai Fred sahaja.

Putera Frederik dikatakan cuba menguji kesetiaan pegawai pemasaran itu. Sememangnya, cinta wanita kelahiran Scotland dan kemudian bermigrasi di Australia itu memang tegar.

Meskipun Mary seorang gadis biasa, sikapnya yang penuh santun sangat disenangi. Kesungguhannya mempelajari bahasa Denmark mengharukan rakyat negara itu. Mary yang dilabelkan sebagai individu yang berpengaruh dalam dunia fesyen dan sering dikaitkan dengan Puteri Diana Spencer kini sudah melahirkan dua puteri dan dua putera.

Cinta yang tewas

Sebelum Perang Dunia Pertama, cinta seorang putera perlu dicurahkan kepada seorang puteri saja. Namun, sejurus selepas era itu, putera-putera raja terus meroboh tembok peraturan itu.


GRACE KELLY meninggalkan gemerlap bintangnya di Hollywood untuk menjadi permaisuri Putera Rainer III di Monaco.


Ada yang bahagia, tidak kurang juga yang menderita. Paling teruk, ia terpalit dengan kematian.

Sophie Chotek misalnya, adalah legenda cinta malang zaman dulu kala. Wanita itu dikatakan tidak cukup baik kepada Archduke Franz Ferdinand, putera dari Austria-Hungary.

Walaupun telah melahirkan tiga cahaya mata, Sophie dilayan dengan begitu buruk. Walaupun menyandang gelaran Duchess of Hohenburg, beliau dihalang menjalani kehidupan seperti penghuni istana.

Pada alaf baru ini pula, laluan percintaan Puteri Diana dikatakan yang paling getir. Meskipun beliau dalam kalangan anak bangsawan, Diana dikatakan tidak dapat menyesuaikan dirinya dengan kehidupan diraja. Beliau melalui detik sukar apabila suaminya, Putera Charles dikhabarkan mempunyai hubungan sulit dengan Camilla Parker Bowles.

Kehancuran jiwa Diana sudah tidak dapat dibendung dan akhirnya pasangan itu bercerai pada Ogos 1996. Setahun kemudian, wanita yang dilabelkan antara wanita teranggun di dunia itu mati dalam nahas kemalangan yang dikatakan mempunyai kaitan dengan keluarga Charles.

Pada 29 April ini, anak sulung kesayangan Diana, Putera Williams mengulangi sejarah yang pernah diciptakan ibu bapanya. Williams memilih melangsungkan perkahwinan bukan dengan wanita berdarah kerabat. Beliau akan bersatu hati dengan anak seorang usahawan, Kate Middleton. Tidak seperti mendiang ibunya, Kate disayangi pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II.

Namun, ramalan astrologi terhadap kehidupan selepas perkahwinan mempelai itu agak menakutkan. Antaranya ialah Kate dikatakan sukar mendapatkan anak. Putera William pula dijangka akan mengalami satu kemalangan ngeri. Ramalan yang paling kritikal adalah pasangan itu akan bercerai semasa berumur 40-an. Persoalannya adakah ia akan benar-benar berlaku?

Namun, ramai menganggap kuasa cinta antara Kate dan William dapat mengatasi segala-galanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lindungi keselamatan si kecil

Posted:

Lindungi keselamatan si kecil

Lindungi keselamatan si kecil


SETIAP produk permainan kanak-kanak di Malaysia perlu mempunyai tanda MC pada bungkusannya sebagai bukti melepasi ujian tahap keselamatan,


ADA sesetengah alat permainan kanak-kanak direka khas untuk merangsang perkembangan otak si kecil. Namun, sejauh mana alat permainan itu selamat digunakan?

Keadaan itu tambah membimbangkan dengan laporan media mengenai kemalangan yang berpunca daripada barang permainan kanak-kanak.

Isu penarikan balik alat permainan oleh beberapa badan standard antarabangsa seperti Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat (US CPSC) di pasaran global sejak beberapa tahun kebelakangan ini menyebabkan ia turut dipandang serius oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan persatuan-persatuan pengguna Malaysia.

Malah, dilaporkan hampir 47.7 juta produk permainan yang ditarik balik daripada pasaran global kebanyakannya datang dari Amerika Syarikat (AS), manakala 18 juta daripada jumlah itu dikilangkan di China.

Penarikan produk permainan itu berpunca daripada kandungan bahan kimia terutama plumbum dan logam yang terdapat pada produk dan komponen permainan kurang berkualiti yang boleh membahayakan kanak-kanak, ujar Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Standard Kepenggunaan, KPDNKK Rashinah Abdul Hamid baru-baru ini.

Penguatkuasaan tanda pematuhan

Beberapa negara seperti AS, Singapura dan Albania meluluskan peraturan keselamatan alat permainan kanak-kanak sejak tahun 2007 bagi memastikan produk permainan yang masuk ke pasaran berkualiti dan selamat kepada pengguna.

Malaysia pernah sebelum ini membangunkan beberapa standard berkaitan produk permainan namun, ia tidak dikuatkuasakan. Standard itu lebih bersifat sukarela iaitu pengeluar boleh membuat pemilihan sama ada mahu meletakkan tanda standard itu pada produk permainan mereka ataupun tidak.

Namun, demi memastikan keselamatan pengguna Malaysia terjamin, KPDNKK mewajibkan penggunaan tanda pematuhan Malaysia Conformity (MC) untuk semua alat permainan sama ada yang dikilangkan dalam negara atau diimport sejak 1 Ogos 2010, katanya.

"Pihak kami telah melakukan penguatkuasaan tanda pematuhan MC ini secara berperingkat. Ini bagi memudahkan pihak pengeluar untuk melakukan persediaan," katanya.

Beberapa syarat perlu dipatuhi oleh pengeluar semasa melakukan penandaan pematuhan MC tersebut iaitu ia perlu ditandakan pada permainan tersebut atau pada bungkusan dengan jelas, mudah dibaca oleh pengguna dan tidak mudah ditanggalkan.

Makmal yang diiktiraf

Di Malaysia, setakat ini terdapat lima buah makmal yang memohon pengiktirafan Jabatan Standard Malaysia bagi mendapatkan status makmal diakreditasi bagi pengujian produk permainan.

Pengiktirafan makmal itu penting bagi memastikan pengujian produk dilakukan dengan betul dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

"Beberapa prosedur perlu dilalui oleh pengeluar, pengimport atau pembungkus semula sebelum tanda pematuhan MC dapat digunakan. Mereka perlu membuat pengujian produk terlebih dahulu di mana-mana makmal yang diakreditasi.

"Ujian boleh dibuat sama ada di Malaysia atau luar negara yang diakreditasi melalui perjanjian International Laboratory Accreditation Cooperation (ILAC) dan Asia Pacific Laboratory Cooperation (APLAC). Senarai makmal itu boleh dilihat dengan melayari laman web www.ilac.org dan www.aplac.org," ujar beliau.

Setelah ujian dijalankan dan laporan ujian diluluskan, pengeluar boleh mengemukakan pengisytiharan Certificate of Conformity kepada Bahagian Standard Kepenggunaan KPDNKK untuk mendapatkan nombor rujukan dan seterusnya membuat penandaan logo MC pada produk sebelum dipasarkan.

Beberapa aspek tertentu akan diambil kira semasa pengujian dilakukan antaranya bahan yang digunakan. Malah, bagi permainan untuk kanak-kanak 0 hingga tiga tahun, pengujian yang dilakukan lebih menyeluruh berbanding produk permainan lain.

Perlindungan untuk pengguna

Penandaan itu sebagai bukti produk permainan selamat untuk digunakan oleh kanak-kanak dan pengguna tidak perlu risau dengan tahap keselamatan. Menurut Mohana Priya daripada Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia, penandaan itu adalah satu langkah yang penting dalam memastikan keselamatan alat permainan kanak-kanak.

Ini kerana sebelum ini alat permainan yang berada di pasaran tidak berkualiti dan sebahagiannya mengandungi bahan yang berbahaya seperti plumbum. Mohana berkata, didikan melalui media juga penting untuk memastikan pengguna mendapat maklumat yang betul ketika membeli alat permainan kanak-kanak.

Tinjauan Bernama di pasar raya dan kedai menjual alat permainan kanak-kanak di sekitar Lembah Klang mendapati kebanyakan alat permainan telah mempunyai tanda pematuhan MC.

Bagi KPDNKK, penandaan logo MC bertujuan untuk menjaga kebajikan pengguna selain sebagai penanda aras yang membuktikan produk permainan di pasaran tempatan adalah produk yang berkualiti dan selamat.

Bagi pihak industri yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelaksanaan peraturan itu boleh melayari laman web www.kpdnkk.gov.my atau e-mel ke toys@kpdnkk.gov.my, atau hubungi Bahagian Standard Kepenggunaan KPDNKK di talian 03-8882 5886/5862/5850. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Politik

Posted: 21 Apr 2011 11:08 PM PDT

Utusan Online - Politik


Tolak lima kali rayuan UUM

Posted:

Tolak lima kali rayuan UUM

Tolak lima kali rayuan UUM

Oleh SITI MAISARAH SHEIKH RAHIM
pengarang@utusan.com.my


Mohamed Khaled Nordin bermesra bersama para penerima sijil pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Agensi Kelayakan Malaysia 2010 di Petaling Jaya, semalam. - UTUSAN/Azrul Edham Mohd. Aminuddin


KUALA LUMPUR 21 April - Tindakan kerajaan Pas Kedah menolak lima kali rayuan Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi menyambung semula pemberian rebat cukai tanah menggambarkan sikap sebenar kepimpinan negeri itu dalam memberi sumbangan ilmu kepada rakyat.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, institusi pengajian tinggi merupakan satu keperluan untuk rakyat dan ia perlu dipastikan terus beroperasi.

Dalam konteks itu jelasnya, Kerajaan Pusat sedaya upaya memberi bantuan supaya UUM dapat bergerak serta diuruskan dengan baik dan kini tiba giliran kerajaan negeri memberi sedikit bantuan.

"Kalau kerajaan Pas Kedah tidak mahu (bantu), kita hendak buat macam mana, tetapi kita tahulah sikap dia (kerajaan Pas Kedah). Kita tidak minta banyak, cuma sumbangan mereka untuk memberi ilmu kepada rakyat. Ini ujian kepada mereka," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan anugerah perkhidmatan cemerlang kepada 24 kakitangan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di sini hari ini.

Menurut Mohamed Khaled, kementerian memberi peruntukan sebanyak RM300 juta setahun kepada universiti itu bagi membiayai segala keperluan dan perbelanjaan pengurusannya.

Justeru itu katanya, penyelesaian rebat cukai tanah itu tidak harus dibebankan kepada Kerajaan Pusat kerana perkara itu adalah antara universiti tersebut dengan kerajaan negeri.

"Ini soal UUM yang kena bayar (cukai tanah) kepada kerajaan negeri, bukan bererti boleh diberi tanggungjawab kepada Kerajaan Pusat. Soalnya sekarang sama ada kerajaan Pas Kedah hendak beri (rebat) atau tidak," jelas beliau.

UUM semalam sudah menghantar surat rayuan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi memohon menyambung semula pemberian rebat cukai tanah.

Surat itu meminta kerajaan negeri menimbang agar cukai tanah RM100,000 setahun yang berakhir pada 2008 dilanjutkan lagi demi kepentingan kedua-dua pihak.

UUM sebelum ini pernah membuat lima kali rayuan berhubung lanjutan rebat iaitu dua kali pada 2009 dan tiga kali pada 2010, namun kesemuanya tidak dilayan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

NGO desak DAP disiasat

Posted:

NGO desak DAP disiasat

NGO desak DAP disiasat

Oleh MOHD. AINUDDIN ALIFF dan SALEHUDEN dan AZIAN AZIZ
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 21 April -Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Selangor hari ini mendesak pihak berkuasa supaya segera menyiasat dakwaan penglibatan DAP dalam penyelewengan pentadbiran Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

Desakan itu dibuat ekoran pendedahan peguam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah semasa prosiding Suruhanjaya Siasatan Kematian Beng Hock semalam.

Pengerusi Gabungan Antipenyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin mahu perkara tersebut disiasat kerana Beng Hock dikatakan memegang rahsia mengenai projek yang berkaitan parti berkenaan.

"Berikutan itu, Beng Hock mungkin diberi tekanan hebat oleh beberapa pemimpin DAP yang bimbang rahsia aktiviti penyelewengan mereka didedahkan kepada pihak berkuasa.

"Dalam hal ini saya berpendapat, Beng Hock menjadi mangsa keadaan kepada dakwaan salah guna kuasa yang didakwa diamalkan oleh pemimpin DAP," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock semalam diberitahu mengenai projek di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Kembangan dan Kampung Tunku diberikan kepada kontraktor bernama Lee Wye Wing sedangkan ia sepatutnya diberi kepada kontraktor bumiputera.

Muhammad Shafee mendakwa, Wye Wing menggunakan nama-nama syarikat kontraktor bumiputera bagi memperoleh projek tersebut sedangkan keuntungan diperoleh menjadi miliknya.

Beng Hock pula berperanan sebagai orang tengah dalam menentukan sebut harga bagi projek-projek yang diluluskan untuk disampaikan kepada ketuanya, ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor, Mohd. Faizal Mohd. Salleh berkata, siasatan tersebut perlu dilakukan bagi memberi keadilan kepada Beng Hock dan keluarganya.

Ini kerana, kata beliau, kematian mendiang telah dipolitikkan oleh pembangkang dan setelah suruhanjaya siasatan ditubuhkan, bukti yang diperolehi banyak melibatkan mereka seolah-olah Beng Hock telah dijadikan mangsa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Mahkamah

Posted: 21 Apr 2011 07:42 PM PDT

Utusan Online - Mahkamah


Tiada bukti daftar kahwin

Posted:

Tiada bukti daftar kahwin

Tiada bukti daftar kahwin

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 21 April - Suruhanjaya hari ini memaklumkan, tiada sebarang bukti menunjukkan bahawa Teoh Beng Hock akan mendaftarkan perkahwinan dengan tunangnya, Soh Cher Wei pada keesokan hari selepas dia ditemui mati pada 16 Julai 2009.

Pengerusinya, Tan Sri James Foong Cheng Yuen berkata, tiada sebarang pendaftaran berkaitan ditemui apabila dakwaan bahawa Setiausaha Politik Exco Selangor itu akan berkahwin disiasat oleh penyiasat bebas yang diupah oleh Suruhanjaya, Michael Leslie Squires.

"Saya tidak tahu siapa yang bagi impression (tanggapan) bahawa Beng Hock akan berkahwin pada keesokan hari. Tidak ada pendaftaran sedemikian, penyiasat persendirian kami telah buat pemeriksaan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Hafiz Azhar Idris memberitahu, Beng Hock mengatakan dia masih belum berkahwin tanpa menyebut bahawa dia akan berkahwin keesokan hari semasa mereka berbual di dalam pejabat SPRM Selangor pada pukul 6.30 petang, 15 Julai 2009.

Sementara itu, pegawai SPRM, Bulkini Paharuddin yang menyoal siasat Tan Boon Wah pada hari yang sama berkata, dia boleh mereka cerita bagi menguatkan dakwaan bahawa berlaku pergaduhan antara Beng Hock dan Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) itu kerana beliau boleh berbahasa Cina.

Bagaimanapun katanya, tiada untungnya beliau berbohong kerana dia hanya mendengar suara seperti orang bergaduh dalam bahasa Cina 'ni lo' atau 'engkau lah' yang bermaksud 'Kau punya pasal lah ni' selepas melihat kedua-dua lelaki itu masuk ke tandas di pejabat SPRM.

Menurut saksi, dia tidak menyedari Beng Hock adalah orang yang dilihatnya sehingga dia menonton televisyen dan terpandang seluar panjang putih dipakai lelaki yang ditemui mati sama warna dengan seluar lelaki yang masuk ke tandas sebelum Boon Wah pada pukul 2.15 pagi, 16 Julai 2009.

Kata Bulkini, dia kemudiannya mengambil masa antara dua hingga tiga minggu untuk mengingati apa yang dilihat bagi memastikan tidak berlaku kesilapan sebelum memberitahu Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Shukri Abdull dan memberi kenyataan kedua kepada pihak polis.

Bulkini kemudiannya turut diuji oleh anggota suruhanjaya, Profesor Dr. Mohamed Hatta Shaharom apabila dia disuruh menutup mata selama 60 saat sebanyak dua kali dengan lampu bahagian depan bilik bicara dipadamkan bagi menggambarkan tempat yang paling disukai sebelum beralih kepada kejadian di tandas serta berita di televisyen.

"Saya nampak seorang lelaki Cina berseluar putih masuk di dalam tandas atau bilik air. Dia membuka pintu dengan tangan kanan sambil tunduk kepala dan berbaju hitam.

"Seorang lelaki terbaring di atas lantai berkeadaan ngeri, berbaju hitam dan berseluar putih," kata Bulkini sambil membacakan nota yang diarah ditulis berhubung dua insiden tersebut sebaik sahaja dia membuka mata.

Dalam prosiding hari ini, peguam yang mewakili SPRM, Datuk Dr. Muhammad Shafee Abdullah mempersoalkan sikap anggota suruhanjaya yang hanya menegur beliau kerana mengemukakan soalan memimpin (leading question) kepada saksi tetapi berdiam diri apabila peguam-peguam dari Majlis Peguam Malaysia berbuat demikian.

Prosiding suruhanjaya bagi Suruhanjaya Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock yang diadakan di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di Kompleks Mahkamah di sini bersambung Isnin ini.

Beng Hock, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Hian Wah, ditemui mati di koridor tingkat lima pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, Plaza Masalam, Shah Alam dekat sini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'Saya bukan suami dayus' - Jalani Sidek

Posted:

'Saya bukan suami dayus' - Jalani Sidek

'Saya bukan suami dayus' - Jalani Sidek

KUALA LUMPUR 21 April - "Saya tidak mahu dilabelkan sebagai suami dayus membiarkan isteri mempunyai hubungan dengan orang lain."

Ini luahan bekas pemain badminton kebangsaan, Jalani Sidek, 48, yang juga suami penerbit kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman, 52, yang selama ini berdiam diri sehingga menyebabkan anak-anaknya mempersoalkan tindakannya itu.

"Kerana hal ini anak-anak saya diejek oleh guru dan rakan-rakan yang mengatakan bapa mereka dayus," kata Jalani ketika ditemui pemberita di Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Jalani yang ditemani isterinya hadir pada sesi soal siasat berhubung dakwaan khalwat, tiba di Bangunan Pusat Islam di sini pada pukul 9.45 pagi, manakala Roslin Hashim, 35, menyusul dua jam kemudian.

Jalani mengulas dakwaan Nurhayati Othman, bekas isteri Roslin yang menuduh Raja Azmi berkhalwat dengan pemain badminton negara itu di sebuah hotel di Jalan Ampang di sini, 7 Ogos tahun lalu.

Mengulas lanjut, Jalani menegaskan, dakwaan itu tidak berasas bahkan, beliau dan isterinya berhasrat untuk menyaman Nurhayati dan pihak-pihak yang menabur fitnah serta memburukkan nama mereka setelah berbincang dengan peguam syarie Roslizam Rahim yang mewakili mereka.

Roslizam kemudian mengesahkan Roslin dan Raja Azmi dikehendaki hadir pada 19 Mei depan bagi menentukan sama ada mereka akan didakwa di mahkamah atau sebaliknya.

Roslin pula menjelaskan, beliau tidak serik berkahwin lagi namun bimbang tiada wanita yang sudi berkongsi hidup dengannya selepas dilanda pelbagai kontroversi.

Pemain badminton itu mengakui sedih kerana gagal mempertahankan dua perkahwinan dengan Faezah Mohamad, 35, dan Nurhayati, 40, namun nalurinya tetap menanti kehadiran seorang isteri.

Kegagalan tersebut menjadikan beliau lebih berhati-hati pada masa depan dan berharap kebenaran akan muncul suatu hari nanti.

Perkahwinannya dengan Faezah hanya bertahan selama 12 hari manakala tempoh ikatan pernikahan dengan Nurhayati dalam masa sebulan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malaysiakini :: Berita

Posted: 21 Apr 2011 07:14 PM PDT

Malaysiakini :: Berita


Polis serah kes gaduh pelajar pada pentadbiran sekolah

Posted: 21 Apr 2011 09:33 AM PDT

Polis menyerahkan kepada Jabatan Pelajaran Selangor dan pihak pentadbiran sekolah di Seksyen 25 di Shah Alam untuk mengambil tindakan selanjutnya berhubung insiden pergaduhan dua kumpulan pelajar sekolah terbabit semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob berkata kes itu diserahkan kepada pihak pentadbiran sekolah menengah berkenaan kerana ia berlaku di dalam kawasan sekolah.

Ketika dihubungi hari ini beliau berkata dalam kejadian semalam, pelajar tingkatan empat dan lima yang terbabit dalam pergaduhan itu dikumpul dalam bilik kaunseling sementara menunggu ketibaan polis, sejurus selepas guru sekolah berkenaan berjaya meleraikan pergaduhan.

Semalam, polis mengambil keterangan daripada 23 pelajar lelaki berkenaan di Balai Polis Seksyen 15 bagi membantu siasatan, dan mereka kemudiannya dibenarkan pulang.

Sementara itu menurut satu sumber di Jabatan Pelajaran Selangor, kes gaduh itu sudah dianggap selesai, dan perkara itu diserahkan kepada pihak sekolah terbabit untuk ditangani.

"Pengurusan sekolah memaklumkan bahawa ibu bapa pelajar terbabit sudah dipanggil untuk berbincang mengenainya hari ini," katanya.

- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Teknik psikik kembalikan ingatan pegawai SPRM

Posted: 21 Apr 2011 06:07 AM PDT

Pendekatan baru digunakan oleh seorang anggota suruhanjaya diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock, dalam percubaan untuk menyelami minda pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai pertemuan terakhirnya dengan setiausaha politik kepada exco kerajaan Selangor itu.

Pakar patologi forensik, Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom meminta penolong pegawai penguatkuasa SPRM, Bulkini Paharuddin menutup matanya dan kembali ke saat dia pertama melihat Teoh pada awal pagi 16 Julai 2009.

Prof Dr Mohamed Hatta, yang juga dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya. menerangkan bahawa beliau mahu mencuba satu teknik baru ke atas Bulkini.

Beliau kemudian mengarahkan pegawai mahkamah supaya memalapkan lampu-lampu dalam bilik mahkamah di kompleks mahkamah Kuala Lumpur pada Jalan Duta, tempat siasatan itu dijalankan.

"Tutup mata anda, cuba relaks, dan gerak kepala anda ke bawah. Saya akan beri anda 40 hingga 60 saat untuk menenangkan diri anda," kata Prof Dr Mohamed Hatta dalam arahannya kepada Bulkini.

"Bayangkan anda dalam lokasi kegemaran anda... (kemudian) bawa fikiran anda perlahan-lahan ke 'episod tandas'."

Sesi itu berlangsung selama 10 minit sebelum prosiding berakhir pada 1.10 tengah hari.

Beliau adalah juga seorang anggota suruhanjaya yang menyiasat kematian Teoh, yang mayatnya ditemui di koridor tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam, selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan itu, pada 16 Julai 2009.

Teoh, 30, adalah setiausaha politik ADUN Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah, yang juga exco kerajaan negeri Selangor.

Sementara itu Bernama melaporkan, selepas selesai sesi itu, Bulkini memberitahu suruhanjaya berkenaan bahawa lelaki yang ditemui berkemungkinan adalah Teoh berdasarkan seluar berwarna putih yang dipakainya sama dengan seluar yang dipakai oleh Teoh.

"Saya ternampak seorang lelaki Cina berseluar putih dan memakai baju berwarna hitam dengan kepala ditundukkan masuk ke dalam tandas dengan tangan kanan lelaki itu membuka pintu tandas berkenaan.

"Saya juga nampak seorang lelaki terbaring di atas lantai dalam keadaan ngeri dan lelaki itu turut memakai seluar berwarna putih dan berbaju hitam," kata Bulkini ketika diminta Mohamed Hatta untuk memberikan gambaran yang tercetus dalam mindanya.

Bulkini berkata pada awalnya beliau tidak menjangka lelaki Cina yang ditemuinya pada pukul 2.15 pagi 16 Julai 2009 itu adalah Teoh sehingga berita kematian Teoh disiarkan melalui televisyen.

"Selepas berita itu tersebar, saya mendapat gambaran kemungkinan lelaki yang saya temui adalah orang yang sama ditemui mati di bangunan SPRM berdasarkan kepada warna seluar simati yang berwarna putih.

"Jarang saya berjumpa lelaki memakai seluar warna putih dan selepas melihat gambaran si mati (Teoh) dalam TV, saya teringat kepada lelaki Cina yang saya temui turut memakai seluar putih," katanya.

Bulkini turut disoal peguam Christopher Leong dari Majlis Peguam mengapa dalam keterangan pertamanya kepada polis beliau tidak menyatakan mengenai pertemuan itu namun memberikan keterangan itu selepas tiga minggu setelah kematian Teoh.

"Selepas saya yakin bahawa seluar putih yang dipakai si mati adalah sama dengan warna seluar yang dipakai oleh lelaki yang saya ditemui, barulah saya membuat keputusan untuk memaklumkan kepada polis mengenai perkara itu," kata Bulkini.

Bulkini, yang terlibat dalam temubual dengan Tan pada hari yang sama Teoh disiasat, menyifatkan Tan seorang yang panas baran.

Sifat Tan itu disedari apabila Tan memarahi isterinya di hadapan Bulkini dan beberapa lagi pegawai SPRM ketika mereka berjumpa dengan isteri Tan di tempat kerja isterinya, kata saksi itu.

Bulkini, yang fasih berbahasa Cina, berkata Tan memarahi isterinya dengan berkata: "Kau diam. Kau ikut sahaja cakap aku."

Bulkini turut memberitahu suruhanjaya bahawa Tan berkelakuan agak "luar biasa" dan ini terjadi ketika mereka berjumpa Tan di rumahnya di Bandar Mahkota, Cheras pada 15 Julai 2009.

"Ketika kami sampai di rumahnya, Tan bertindak menyelerakkan rumahnya dengan sengaja menjatuhkan barang seolah cuba mengenakan pegawai SPRM dan sepanjang mereka berada bersama, Tan asyik menggunakan telefon bimbitnya.

"Saya ada menegurnya supaya jangan menggunakan telefon bimbit, namun Tan menjawab 'kamu tiada hak untuk menghalang saya daripada menggunakan telefon', kata Bulkini ketika disoal peguam Datuk Seri Muhammed Shafee Abdullah yang mewakili SPRM.

Bulkini turut menolak dakwaan Tan yang beliau menggunakan kekerasan semasa menemubual Tan.

"Saya tidak melemparkan "pouch bag" kepada Tan dan saya juga tidak menggertaknya jika beliau enggan memberikan kerjasama.

"Dakwaan Tan bahawa saya memintanya berdiri selama beberapa jam adalah tidak munasabah kerana beliau duduk di kerusi dan saya duduk di atas lantai ketika temubual dijalankan," katanya.

Pengerusi suruhanjaya siasatan itu, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen, memaklumkan prosiding hari ini bahawa tiada bukti yang menunjukkan setiausaha politik itu telah mendaftar untuk berkahwin dengan Soh Cher Wei.

Katanya siasatan itu dibuat oleh penyiasat persendirian Michael Leslie Squires selepas timbul isu bahawa Teoh akan berkahwin sehari selepas beliau ditemui mati.

Terdahulu, pegawai perisikan SPRM Hafiz Izhar Idris memberitahu suruhanjaya itu bahawa sepanjang perbualannya dengan Teoh di pejabat SPRM, Teoh hanya memaklumkan bahawa beliau belum berkahwin.

Saksi itu berkata isu Teoh akan mendaftarkan perkahwinan mereka pada 17 Julai 2009 tidak timbul kerana sepanjang perbualan itu, beliau hanya diberitahu tentang pekerjaan dan tempat tinggalnya.

Pada 17 Julai 2009 iaitu sehari selepas mayat Teoh ditemui, Soh memberitahu wartawan bahawa beliau sedang mengandung dua bulan dan pada hari tersebut sepatutnya mendaftarkan perkahwinan mereka di Alor Gajah, Melaka.

Anak Teoh kini berusia dua tahun.

Selain Foong dan Mohamed Hatta, suruhanjaya itu turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T.S.Nathan dan Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Jan lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner, yang sebelum itu menyiasat kes berkenaan, membuat keputusan "terbuka".

Prosiding disambung Isnin ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pahang

Posted: 21 Apr 2011 07:08 PM PDT

Utusan Online - Pahang


Baiki segera bahu jalan

Posted:

Baiki segera bahu jalan

Baiki segera bahu jalan


BAHAGIAN bahu jalan yang runtuh antara laluan Kuala Tembeling ke Jerantut ini masih belum dibaiki dan ia mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya.


Saudara Pengarang,
SAYA merupakan penduduk Kampung Mela, daerah Lipis yang kerap berulang alik menggunakan jalan raya antara Kuala Tembeling ke Jerantut untuk menziarahi anak di sebuah asrama sekolah menengah di Jerantut.

Saya mahupun pemandu lain menerima hakikat bahawa struktur jalan Kuala Tembeling ke bandar Jerantut yang berbukit dan berlubang di sana sini mengubah mentaliti kami supaya berhati-hati ketika memandu.

Perkara berkenaan sewajarnya diberi perhatian oleh kerajaan supaya segera menaik taraf jalan berkenaan kerana ia adalah laluan alternatif untuk ke Maran dan Kuantan.

Apa yang merisaukan saya adalah keselamatan pengguna iaitu terdapat kesan runtuhan tanah akibat hakisan di laluan berkenaan berdekatan Kampung Besul, betul-betul di hadapan sebuah kilang kayu getah.

Terdapat kesan tanah runtuh itu sejak akhir Mac lalu, tetapi masih belum ada tanda-tanda usaha untuk membaikinya oleh pihak berwajib.

Cuma diletakkan kon refleksi cahaya dan plastik menutupi runtuhan itu. Pada anggapan saya ia tidak relevan apatah lagi bagi jaminan keselamatan pengguna jalan raya.

Keadaan itu boleh mengundang kecelakaan dan membabitkan nyawa manusia pada bila-bila masa jika kenderaan boleh terbabas. Tidak terkecuali juga kepada penunggang motosikal pada waktu malam.

Senario itu lebih menakutkan khususnya pada waktu malam dan apabila hujan lebat kerana runtuhan berkenaan berdekatan jalan berbukit dan selekoh dari dua hala laluan itu.

Saya berharap pihak berwajib segera memulihkan secara tebatan konkrit atau membaiki bahu jalan itu dengan segera walaupun ingatan pihak tertentu meminta pemandu perlu berhati-hati ketika menghampiri laluan tersebut.

ABDUL NASIR PARDJOKampung Mela, Lipis

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mohon parkir kereta di kawasan lapang

Posted:

Mohon parkir kereta di kawasan lapang

Mohon parkir kereta di kawasan lapang


KAWASAN lapang berhampiran pasar raya The Store di Bandar Temerloh ini perlu ditar untuk dijadikan parkir kereta.


Saudara Pengarang,
PENINGKATAN jumlah kenderaan di bandar Temerloh menyebabkan pemilik kenderaan sukar mencari parkir kereta dalam menjalani urusan harian di situ.

Walaupun terdapat beberapa kawasan lapang yang tidak dibangunkan ia boleh dijadikan kawasan parkir supaya masalah tersebut dapat diatasi sepenuhnya.

Tumpuan perlu diberikan di kawasan parkir berdekatan pasar raya The Store bagi memudahkan pengguna meletakkan kenderaan mereka.

Kawasan itu amat sesuai ekoran petak letak kenderaan di bandar itu masih belum mencukupi sehinggakan pengguna mengambil masa lama mencari petak kosong untuk berbuat demikian.

Cadangan pemilihan itu dibuat kerana ia memudahkan orang ramai berurusan di bandar ini, tambahan pula kawasan itu berbecak terutama selepas hujan.

Sekiranya dinaik taraf, kawasan itu amat sesuai dijadikan tempat letak kenderaan sekali gus mengurangkan kesesakan di bandar ini.

Selain itu, aliran trafik di bandar ini lebih sistematik dan berjalan lancar jika kawasan parkir di bandar Temerloh mencukupi.

Langkah tersebut penting kerana jumlah kenderaan kian bertambah terutama pada cuti hujung minggu kerana orang ramai keluar bersama keluarga mencari barangan keperluan.

Justeru, saya mencadangkan Majlis Perbandaran Temerloh membangunkan kawasan kosong terbabit dengan mewujudkan petak letak kereta di situ.

WARGA BANDARTemerloh

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Atasi masalah banjir kilat dekat balai bomba

Posted:

Atasi masalah banjir kilat dekat balai bomba

Atasi masalah banjir kilat dekat balai bomba


LALUAN yang menghubungkan Mentakab - Temerloh ini dikatakan sering mengalami banjir kilat dan boleh mengundang risiko kemalangan kepada pengguna jalan raya.


Saudara Pengarang,
JALAN raya antara Mentakab ke bandar Temerloh berhampiran balai bomba perlu diberi perhatian oleh pihak berwajib kerana kawasan itu sering mengalami banjir kilat setiap kali musim hujan.

Kawasan itu boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya terutama apabila banjir kilat berlaku dan mengundang risiko kemalangan.

Dipercayai keadaan itu berpunca daripada sistem perparitan yang tidak sempurna dan memerlukan tindakan segera pihak berwajib mengatasinya.

Selain itu, jalan tersebut telah dinaik taraf menjadi empat lorong tetapi ramai pengguna memandu laju dan tidak menyedari bahawa laluan tersebut sering banjir apabila hujan.

Saya sebagai pengguna berasa bimbang terutama orang luar yang melalui jalan tersebut kerana mereka tidak mengetahui laluan itu sering dinaiki air.

Memandangkan Mentakab semakin maju dengan pelbagai pusat perniagaan, sekali gus mengalami peningkatan jumlah kenderaan dan seharusnya pihak terbabit mengatasi masalah tersebut dengan segera.

Saya berharap semoga pihak berkuasa dan pemimpin masyarakat setempat memberi perhatian serius terhadap laluan tersebut dalam memastikan keadaan jalan raya memberi keselesaan kepada pengguna.

ZULAIKA ABIDINMentakab

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Rencana

Posted: 21 Apr 2011 03:36 PM PDT

Utusan Online - Rencana


Hindari gelora prejudis antara kaum

Posted:

Hindari gelora prejudis antara kaum

Hindari gelora prejudis antara kaum

Oleh Aziz Jamaludin Mhd Tahir

MANUSIA dijadikan sebagai makhluk yang berbeza meskipun dilahirkan dalam kalangan ibu bapa yang sama. Dua orang anak kembar sekalipun mempunyai latar belakang pendidikan dan pengalaman yang hampir sama – tidak memiliki persamaan dalam emosi, akal fikiran dan tabiatnya. Inilah kebesaran Allah SWT sedangkan hasil ciptaan menurut piawaian tertentu mempunyai sifat yang manakala jika ia berbeza akan dianggap sebagai cacat (defect) atau rosak (reject).

Bagi Allah SWT, hakikat perbezaan itulah menjadi tanggungjawab kecerdikan akal untuk membolehkan nilai-nilai yang berbeza menjadi kekuatan apabila semuanya berada dalam satu ikatan kefahaman. Hakikat keyakinan antara manusia juga berbeza dan dengan sengaja Allah SWT menjadikan sedemikian rupa bagi menguji keintelektualan dan kekuatan iltizam manusia.

Perbezaan yang terjadi di antara manusia, baik dalam urusan ukhrawi mahupun urusan duniawi sudah berlaku sejak dahulu lagi dan akan tetap berlangsung hingga hari kiamat kelak. Banyak ayat al-Quran yang menerangkan hakikat ini. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Dan bukanlah tanggungjawabmu untuk menjadikan seluruh manusia itu, beriman jika Tuhanmu kehendaki nescaya berimanlah sekalian penduduk bumi. Apakah patut kamu hendak memaksa manusia semua supaya mereka menjadi orang beriman." (Surah Yunus ayat 99)

Demikian juga dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Jikalau Tuhanmu menghendaki, tentu Ia menjadikan manusia umat yang satu. Tetapi mereka senantiasa berselisih pendapat, kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu. Dan untuk itulah Allah menciptakan mereka." (Surah Hud ayat 118-119)

Atas perbezaan itulah juga telah memberikan kekuatan kepada Malaysia dalam membentuk struktur masyarakat di mana setiap komponen bersedia menerima tolak ansur. Tolak ansur yang dibina sejak pemimpin tiga kumpulan kaum terbesar membentuk sebuah kesepakatan.

Kesepakatan itu telah menyerlahkan struktur dan institusi yang mendokongnya dihormati. Setiap nasihat dan keputusan yang diambil menjadi sesuatu yang konsensus. Setiap ahli mematuhinya sebagai pemandu arah sehinggalah Malaysia kekal menjadi sebuah negara yang pesat membangun.

Sebagaimana sifat manusia yang merasakan ada kekuatannya sendiri, maka perjuangannya menjadi semakin eksklusif sehingga memandang nilai-nilai primordial sebagai kerangka bertindak pada masa selanjutnya. Bagi memperkuatkan nilai primordial ini mereka mencipta pula pelbagai sifat khusus dengan memaksa orang lain memahaminya, sedangkan dirinya sendiri kurang berusaha untuk memahami orang lain. Hubungan yang terjalin tidak lagi dalam bentuk timbal balik, tetapi lebih menjuruskan kepada pemenuhan kehendak, sama ada dipaparkan secara langsung ataupun tersembunyi.

Nasihat Paduka Sultan Perak sempena hari ulang tahun keputeraan baginda pada 18 April lalu agar kita tidak mengecam agama, bangsa dan keturunan orang lain, kerana ia bakal membawa kepada perbalahan kaum yang lebih luas. Sengketa agama turut terbangkit, walhal secara jelasnya masing-masing agama mempunyai nilai universal, mengajak manusia melakukan kebaikan sepanjang hayat di samping taat kepada prinsip-prinsip kehidupan harmoni.

Antara rakyat boleh berkongsi falsafah, cita-cita dan tindakan berdasarkan keupayaan masing-masing. Yang ingin dikawal oleh elit pemerintah ialah bagi memastikan hak orang lain tidak dirampas, milik setiap kaum kekal dan tidak beralih haluan melalui tekanan, ugutan dan terjahan keinginan mendominasi kelompok yang lain.

Al-Quran telah mengisyaratkan bahawa perbezaan yang terjadi demi mempertahankan kebenaran dan mewujudkan keadilan adalah sesuatu yang menjadi keharusan dalam menangani kemaslahatan umat manusia.

Jika Allah tidak mencipta orang yang selalu menyebarkan kebenaran untuk menandingi orang yang berbuat kebatilan, maka hancurlah bumi ini dan kerosakan akan bermaharajalela. Justeru, mereka di kalangan ahlul batil (para pelaku kebatilan) jika dibiarkan melakukan apa yang mereka kehendaki, maka akan berlakulah kekejian di muka bumi ini.

Namun, Allah amat besar kurnia-Nya ke atas manusia. Dia memberikan kekuatan dan hujah kepada orang yang selalu melakukan kebaikan untuk melawan dan mengalahkan perbuatan kaum yang selalu membuat kerosakan di muka bumi.

Seandainya Allah tidak mengizinkan untuk memerangi ahlul batil, pasti mereka telah membuat kerosakan di muka bumi ini. Tempat-tempat ibadah pada masa Nabi Musa dan Nabi Isa, masjid-masjid tempat solat kaum Muslimin pada zaman Nabi Muhammad tentu sudah mereka hancurkan.

Justeru, perbezaan-perbezaan yang berlaku di antara manusia itu adalah disebabkan faktor tidak mampu memahami setiap permasalahan secara menyeluruh, melakukan taklid tanpa dasar dan dalil, fanatik terhadap sesuatu pendapat atau pemikiran, sikap dengki kepada orang lain, tamak kepada kepentingan diri dan mengikut hawa nafsu.

Apa yang menyedihkan ada di kalangan umat Islam yang memulau dan menghukum umat Islam lain dengan syirik dan bidaah kerana orang lain tidak sama adat resam budayanya dengan mereka. Malah mereka cuba memaparkan fahaman mereka untuk diserap kepada masyarakat lain.

Dunia ini tidak akan menjadi aman selagi penghuninya tidak memiliki sifat berlapang dada dan terbuka fikirannya. Situasi sebegini ditambah dengan hilangnya sifat hormat menghormati antara satu sama lain, juga rasa tidak puas hati yang tersemat di sanubari terhadap apa yang ditentukan Allah SWT.

Sesungguhnya, perselisihan yang terjadi di antara manusia adalah sunatullah (hukum Allah yang berlaku pada makhluk-Nya) yang akan sering berlaku dari semasa ke semasa. Cuma, kita sebagai manusia yang dianugerahi akal dan fikiran yang sempurna perlu memaknakan segala yang berlegar di sekeliling kita ke arah jalan atau cara yang diredhai-Nya.

Kita selalu membaca sejarah Rasulullah SAW yang begitu mengambil berat tentang hak-hak kejiranan dan terhadap pembesar satu-satu kaum dan terhadap orang tua dan orang kafir yang berhajat.

Kita pernah mendengar bagaimana hubungan Rasulullah dengan orang Yahudi, bagaimana penghormatan yang diberi kepada seorang ketua satu kabilah, bagaimana layanan diberi kepada orang tua dan mereka yang memusuhi dan bagaimana sanjungan yang diberi kepada jenazah seorang Yahudi yang sudah meninggal dunia yang dibawa di hadapannya sehingga sahabat merasa iri hati dengan penghormatan itu.

Kata mereka, "tidakkah jenazah itu seorang Yahudi?" soal mereka. Jawab baginda, "bukankah dia juga satu jiwa yang dicipta oleh Allah." Ini menggambarkan hubungan kebaikan atau penghormatan sesama manusia tidak dilarang.

Perbezaan agama tidak menyebabkan adanya perakuan diskriminatif terhadap agama lain. Tidak ada pertentangan antara konsep Islam mengenai ahl-al-dzimmah dengan konsep kewarganegaraan. Bahkan konsep ahl-al-dzimmah sejalan dengan konsep kewarganegaraan, yang mana setiap penganut agama dan aliran kepercayaan mesti mendapat perlindungan sebagaimana sepatutnya, sesuai dengan undang-undang dan konsensus bersama, tanpa melihat apa agamanya. Apatah lagi dalam sebuah negara yang mengamal sistem demokrasi, yang merupakan fenomena terkini yang tidak boleh dihindarkan.

Oleh hal yang demikian, umat Islam dari semasa ke semasa mengikuti jejak langkah Nabi SAW yang bergaul dengan umat-umat lain khususnya yang bukan Muslim tetapi tergolong dalam ahlul milal wan nihal dengan penuh kejujuran. Dalam sejarah Islam, banyak contoh toleransi yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW. Rasulullah SAW adalah contoh terbaik yang harus diikuti oleh semua umat manusia.

Islam pada intinya adalah seruan pada semua umat manusia menuju cita-cita bersama, iaitu kesatuan manusia tanpa membezakan ras, warna kulit, etnik, kebudayaan dan agama.

DATUK AZIZ JAMALUDIN MHD TAHIR Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah

Malaysia

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kesedaran baru politik Cina

Posted:

Kesedaran baru politik Cina

Kesedaran baru politik Cina

Oleh Zainuddin Maidin

JIKA MCA masih boleh dianggap mewakili majoriti kaum Cina di Malaysia maka kenyataan Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek baru-baru ini menyerlahkan lagi suatu kesedaran baru masyarakat Cina yang berasaskan kepada prinsip moral politik dan demokrasi berikutan pengasingan diri kaum Cina Sarawak daripada aliran majmuk negara ini.

DAP telah mencapai kejayaan besar dalam menjerumuskan masyarakat Cina Sarawak ke dalam aliran politik ini menerusi Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10. Keputusan itu yang diyakini akan melebarkan wabaknya ke Semenanjung mendorong Presiden MCA itu membuat kenyataan bahawa sekiranya keputusan pilihan raya akan datang memberikan keputusan yang memedihkan seperti Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 maka MCA akan mengkaji semula kedudukan dalam Kabinet Kerajaan Persekutuan dan negeri (The Star, 20 April 2011).

MCA hanya diwakili 15 wakil rakyat dalam Parlimen Malaysia sekarang berbanding dengan sebelum PRU 2008 sebanyak 31 orang. Kenyataan Soi Lek itu boleh dilihat dari dua sudut politik. Yang pertama adalah amaran awal secara halus kepada masyarakat Cina di Semenanjung jika mereka tidak memberikan sokongan memulihkan angka perwakilan MCA dalam kerajaan Barisan Nasional (BN). Keduanya, merupakan kesedaran terhadap wujudnya kebimbangan masyarakat Cina di Semenanjung terhadap keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 terhadap masa depan mereka dalam politik dan ekonomi negara.

Ini jelas daripada kenyataan Soi Lek bahawa DAP tidak senang dengan kenyataannya supaya SUPP menolak sebarang tawaran untuk menyertai Kabinet Sarawak. "Adakah ini merupakan perasaan bersalah dan bertanggungjawab di atas kemungkinan tidak akan adanya wakil orang Cina dalam kerajaan Sarawak?" tanya Soi Lek.

Sebenarnya senario yang sama telah berlaku apabila MCA kalah teruk dalam pilihan raya 1969 yang mendorong beberapa ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO selepas tragedi 13 Mei menuntut supaya kedudukan MCA dalam Kabinet dikaji semula (Utusan Malaysia, 6 Jun 1969).

Kenyataan itu dipelopori oleh Dr. Mahathir Mohamad ketika dihubungi di kliniknya di Alor Setar. Beliau membuat kenyataan keras supaya MCA disingkirkan tetapi telah diperlembutkan oleh Ketua Pengarang Utusan Melayu, Tan Sri Melan Abdullah (Allahyarham) dengan menambah kenyataan dua orang lagi Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO iaitu Tan Sri Syed Jaafar Albar dan Syed Nasir Ismail. Berita yang diterbitkan sebagai tajuk utama muka satu pada 6 Jun 1969 adalah "Tokoh-tokoh UMNO Sokong MCA Tak Sertai Kabinet" sebagai menyambut keputusan pucuk pimpinan MCA ketika itu untuk tidak menyertai Kabinet.

Ini adalah reaksi kepada desakan beberapa Dewan Perniagaan Cina dan lain-lain pertubuhan Cina yang meminta Presiden MCA, Tun Tan Siew Sin supaya menimbangkan semula keputusan parti itu tidak mahu menyertai Kabinet. Syed Jaafar Albar berkata soal yang dihadapi bukan soal memberi kepercayaan kepada Tan Siew Sin sebagai pemimpin MCA tetapi masalah adakah orang Cina menyokong dasar kerajaan Perikatan.

Dr. Mahathir berkata sokongan pertubuhan-pertubuhan Cina kepada Tan Siew Sin tidak dapat dianggap sebagai sokongan orang Cina kerana badan-badan itu tidak mewakili hasrat orang Cina seluruhnya. "Kalau MCA hendak tahu sama ada ia disokong oleh orang Cina atau tidak maka ia terpaksa menunggu pilihan raya yang lambat lagi masanya dan kerana itu MCA tidak mustahak duduk dalam Kabinet," katanya.

Syed Nasir Ismail pula menuntut supaya keseluruhan hubungan antara UMNO, MCA dan MIC dikaji semula mengikut keadaan yang wujud selepas pilihan raya itu. Soal pokok kekalahan SUPP, parti Cina yang menyaingi DAP di Sarawak bukanlah kerana pengekalan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak tetapi kerana SUPP seperti juga MCA tidak dapat bermain dengan api perkauman, terkawal dengan etika dan prinsip-prinsip Perlembagaan dan kerjasama yang menjadi asas kepada penubuhan BN.

Sukar untuk MCA dan SUPP bersuara secara terbuka seperti DAP yang merupakan parti berakar umbi perkauman Cina yang merupakan kegagalan kerajaan Perikatan dan BN untuk mencabutnya dari awal secara tegas seperti yang dilakukan oleh kerajaan PAP Singapura.

Hakikat ini mestilah kita terima sekalipun kerajaan Singapura memulihkan pengajaran bahasa Mandarin tetapi ia tetap berasaskan pada dasar-dasar Singapura yang telah diterapkan supaya pengajaran bahasa itu tidak menjadi asas penyuburan semula cauvinis Cina berasaskan kepada kebudayaan Cina.

Bapa kemerdekaan Singapura yang melihat bahaya cauvinisme Cina telah melumpuhkannya dengan menutup sekolah-sekolah Cina dan pusat-pusat pengajian tinggi Cina di Singapura sejak dari awal kemerdekaannya menerusi penggunaan bahasa Inggeris. Tetapi di Malaysia, penerapan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris tidak berlaku secara tegas sebaliknya menyuburkan fahaman perkauman Cina dan fahaman sempit di kalangan orang Melayu.

Sekalipun kenyataan Soi Lek itu telah sedikit sebanyak dapat menyejukkan perasaan orang Melayu yang melihat dengan kebimbangan cetusan polarisasi kaum di Sarawak yang dicerminkan oleh keputusan pilihan raya negeri yang ke-10 itu, tetapi kenyataan Naib Presiden MCA, Senator Gan Ping Sieu (The Star 21 April 2011) telah memanaskan balik perasaan bukan sahaja bumiputera Sarawak tetapi juga orang Melayu di Semenanjung.

Ping Sieu telah menyuarakan apa yang disuarakan oleh DAP apabila beliau menuntut Abdul Taib meletak jawatan kerana katanya tidak mendapat sokongan daripada pelbagai kaum. Adakah kenyataan ini berasaskan fakta sebenar atau mengikut sentimen orang Cina yang tidak mahu menerima kepimpinan bumiputera di Sarawak? Wajarkah hanya kalah 16 kerusi daripada 71 kerusi kepada satu kaum setelah lebih 30 tahun berkuasa boleh dianggap sesuatu yang sangat teruk dan hilang kuasa kepimpinan masyarakat majmuk?

Dari awal lagi, saya percaya sekiranya Abdul Taib tidak memimpin Sarawak dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 maka malapetaka pastinya akan menimpa BN Sarawak. Bagaimanapun masa yang terlalu lama yang diperlukan beliau untuk menguruskan peralihan kuasa kepimpinan di Sarawak mungkin wajar difikirkan semula oleh beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak demi kepentingan memperkukuhkan masa depan BN, khususnya di Sarawak.

Sesungguhnya kenyataan yang dibuat oleh Presiden MCA adalah tepat pada masanya bagi menyekat arus deras politik perkauman yang menggugat perasaan hingga ke Semenanjung. Kebimbangan dan persepsi orang Melayu terhadap sikap politik orang Cina untuk mencari jalan lain ke syurga semakin meningkat ekoran keputusan pilihan raya Sarawak itu.

Persepsi ini adalah benar jika berasaskan kepada suara akhbar-akhbar Cina. Umpamanya apa yang disuarakan oleh akhbar Sin Chew Daily, 18 April menerusi tulisan Goh Kien Nan yang mempersoalkan bagaimana MCA hendak menghadapi PRU akan datang berikutan fenomena orang Cina melawan arus bukan lagi hanya terbatas di Sarawak, sebaliknya rentak sama berlaku di seluruh negara.

"Ini bukan sahaja tidak reda malah nampaknya begitu kuat, mungkin akan terus melarat, semarak dan membara hingga PRU akan datang," katanya.

Tentunya sebagai rakan lama UMNO, Soi Lek juga dapat membaca persediaan orang Melayu untuk menghadapi kemungkinan kerakusan politik kaum Cina yang tidak mengenal batas sekiranya mereka tidak dapat mewaraskan pemikiran mereka dengan kesan Program Transformasi Ekonomi yang berlaku dan yang dapat dirasakan di bawah pimpinan Perdana Menteri. Soi Lek telah cuba membangkitkan kesedaran ini jika orang Cina mahu terus mengekalkan perkongsian ekonomi dan kuasa di negara ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Negara

Posted: 21 Apr 2011 01:34 PM PDT

Kosmo Online - Negara


Wajib bayar gaji amah melalui bank

Posted:

Wajib bayar gaji amah melalui bank

Wajib bayar gaji amah melalui bank


SEORANG pembantu rumah (kiri) mengasuh anak majikannya di sebuah rumah di Cheras, Kuala Lumpur. – Gambar hiasan


PUTRAJAYA – Kerajaan akan mewajibkan majikan supaya membayar gaji pembantu rumah mereka melalui akaun bank dan bukan lagi secara tunai.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam (gambar) berkata, langkah baharu itu akan diperkenalkan pada Jun ini.

"Langkah ini bagi menjamin dan melindungi kepentingan majikan dan pembantu rumah," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

RM133,150 menanti pemenang

Posted:

RM133,150 menanti pemenang

RM133,150 menanti pemenang

Oleh HISHAM IDRIS
dan AFIFI HAFIZ MOHD. NOR
berita@kosmo.com.my


MADZRIB


KUALA LUMPUR – Pertandingan futsal terhebat di Putrajaya kembali dengan menawarkan wang tunai dan hadiah melebihi RM133,150 untuk dimenangi.

Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! 2011 bakal menggegarkan Kompleks Futsal 1Malaysia Presint 18, Putrajaya bermula 26 hingga 29 Mei depan.

Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Madzrib Ibrahim berkata, kejohanan itu dijangka menarik lebih 2,000 pasukan untuk berentap selama 80 jam tanpa henti siang dan malam.

Pada tahun ini kejohanan itu diadakan selama empat hari tiga malam.

Beliau berkata, KBS kini hanya menunggu masa untuk menjayakan kejohanan tersebut yang dijangka mendapat sambutan hangat memandangkan ia merupakan salah satu kejohanan futsal terbesar di negara ini.

"Walaupun borang penyertaan belum lagi dikeluarkan namun bahang kejohanan sudah dirasai. Setakat ini, beratus-ratus pasukan telah menyatakan kesediaan menyertai kejohanan tersebut.



"Kita juga sudah bersedia daripada semua aspek termasuk gelanggang," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tujuh kategori dipertandingkan dalam kejohanan tahun ini termasuk dua kategori baru iaitu Terbuka Lelaki Antarabangsa dan Terbuka Wanita Antarabangsa.

Sementara itu, hadiah wang tunai untuk juara kategori Terbuka Lelaki dinaikkan daripada RM20,000 kepada RM25,000.

Bagi juara kategori Lelaki Bawah 18 dan Terbuka Wanita, jumlah hadiah turut dinaikkan daripada RM4,000 kepada RM10,000.



Untuk kategori Larut Malam, hadiah wang tunai kini ditawarkan sebanyak RM20,000 berbanding RM15,000 tahun lepas manakala RM5,000 menanti pasukan yang menjuarai kategori Lelaki Bawah 12.

Pendaftaran dibuka mulai hari ini dan yuran penyertaan RM90 dikenakan untuk kategori Terbuka Lelaki dan Larut Malam, RM50 bagi kategori Lelaki Bawah 18 dan Terbuka Wanita serta RM10 bagi kategori Lelaki Bawah 12.

Bagi kategori Lelaki dan Wanita Antarabangsa, yuran penyertaan sebanyak RM100 dikenakan. Kategori itu terbuka kepada belia warga asing yang menetap di Malaysia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bekas juara Rentap Futsal Kosmo! tidak sabar beraksi

Posted:

Bekas juara Rentap Futsal Kosmo! tidak sabar beraksi

Bekas juara Rentap Futsal Kosmo! tidak sabar beraksi


KETUA Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed (empat dari kiri) dan Pengarang Kosmo!, Baharom Mahusin (dua dari kiri) bergambar bersama juara dan naib juara kategori Larut Malam pada kejohanan Rentap Futsal Putrajaya Kosmo! tahun lalu.


KUALA LUMPUR – Semua pemenang kejohanan Rentap Futsal Putrajaya Kosmo! tahun lalu tidak sabar menanti debaran penganjuran Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! 2011 dari 26 hingga 29 Mei ini.

Dengan hadiah melebihi RM200,000 ditawarkan, kesemua pasukan tersebut telah bersedia untuk menyerahkan borang penyertaan secepat mungkin.

Pemenang kategori Terbuka Lelaki tahun lalu, Gelombang B, menjangka berdepan saingan sengit daripada pasukan lain bagi mengekalkan kejuaraan tahun lalu.

Ketua pasukan, Yahaya Mohd. Noor berkata, dengan tempoh sebulan sebelum kejohanan berlangsung, pihaknya bakal melakukan persiapan rapi untuk menghadapi persaingan pasukan lawan.


PASUKAN Gelombang B mahu mempertahankan kejuaraan kategori Terbuka Lelaki pada kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! pada 26 hingga 29 Mei nanti.


"Walaupun kita sukar untuk kekalkan kejuaraan tetapi kita akan berikan tentangan habis-habisan," katanya kepada Kosmo! semalam.

Juara kategori Terbuka Lelaki Larut Malam, FX Open Asia mengesahkan bakal bertanding dalam kategori sama pada tahun ini dan berhajat untuk mengekalkan kejuaraan mereka.

Ketua pasukan itu, Hairil Azri Abu Hassan berkata, dia yakin pasukannya boleh bergelar juara sekali lagi.

"Kami akan membuat persiapan lebih rapi pada tahun ini kerana saingan pasti lebih mencabar," katanya yang bakal menghantar tiga pasukan.

Sementara itu, pasukan Sala O Jr. yang berjaya mengungguli kategori 18 tahun turut mengesahkan bakal menghantar pasukan untuk berentap pada kejohanan kali ini.



Ketua pasukan, Norazizi Mohamed berkata, walaupun tidak menaruh harapan besar bagi mengekalkan gelaran yang disandang tetapi Sala O Jr. tetap mahu menunjukkan kehebatan dalam pertandingan kali ini.

Dalam pada itu, juara bagi kategori 12 tahun, Furson SKDN akan menyiapkan pemain-pemain terbaik bagi kejohanan itu nanti.

Ketua pasukan, Muhamad Hazizan Mat Lazim berkata, beliau akan cuba membentuk pasukan baharu dan berusaha mengekalkan kejuaraan tahun lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Kota

Posted: 21 Apr 2011 11:24 AM PDT

Utusan Online - Kota


Teknologi Jerman timbus lubang

Posted:

Teknologi Jerman timbus lubang

Teknologi Jerman timbus lubang

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusangroup.com.my


KERJA-kerja membaiki lubang longkang dilakukan akibat kejadian tanah mendap di Kampung Baru, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/ Mohd. Arif Rameli


KUALA LUMPUR 21 April - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menggunakan Geo Bag, teknologi dari Jerman untuk menimbus lubang yang terbentuk di Jalan Syed Mahadi, Kampung Baru akibat tanah mendap minggu lalu.

Sumber daripada JPS Wilayah Persekutuan memberitahu, sebanyak dua tan pasir atau batu lembut (soft rock) yang diisi ke dalam lebih 30 Geo Bag telah digunakan untuk menimbus lubang tersebut.

Katanya, kaedah ini digunakan bagi mengelakkan berlaku lagi hakisan yang boleh menambahkan saiz mendapan di kawasan itu.

"Jika proses menimbus semula ini dijalankan dengan baik, ia boleh menahan hakisan daripada berlaku selama 20 tahun.

"Bagaimanapun, kerja yang dijalankan ini adalah sebagai penyelesaian sementara sahaja kerana kami masih menunggu laporan dari segi keselamatan dan kestabilan tanah di kawasan ini sama ada selamat atau tidak untuk didiami," katanya, ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Sumber tersebut mengulas mengenai kejadian tanah mendap yang berlaku di Kampung Pindah, Kampung Baru pada malam Khamis lalu.

Tanah mendap itu terjadi selepas berlaku hujan lebat sejak petang hari itu, membuatkan Jalan Syed Mahadi yang bahagian bawahnya terdapat sungai bawah tanah (Sungai Bonus) mendap serta membentuk dua buah lubang besar.

Akibat daripada kejadian itu, penduduk kampung tersebut telah diarahkan berpindah bagi menjamin keselamatan mereka.

Sumber JPS tersebut menambah, keputusan mengenai kestabilan tanah di kawasan tersebut akan diperoleh selewat-lewatnya pada minggu hadapan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rumah penduduk berdekatan terima kesan

Posted:

Rumah penduduk berdekatan terima kesan

Rumah penduduk berdekatan terima kesan


Nadzeri Omar menunjukkan keadaan rumahnya yang turut menerima kesan daripada kejadian tanah mendap pada Khamis lalu.


KUALA LUMPUR 21 April - Lubang yang terbentuk akibat tanah mendap di Jalan Syed Mahdi, Kampung Baru seminggu lalu telah ditimbus untuk mengelak hakisan terus berlaku.

Tinjauan Utusan Malaysia ke kawasan itu hari ini mendapati, kerja-kerja menimbus sedang giat dijalankan oleh kontraktor yang dilantik.

Boleh dikatakan hampir keseluruhan kedua-dua buah lubang itu telah ditimbus semula dengan batu lembut (soft rock).

Seorang wakil kontraktor yang namanya tidak mahu disiarkan berkata, kerja menimbus lubang tersebut telah pun siap dan hanya menunggu kerja memadatkan tanah yang baru ditimbus sebelum jalan itu diturap dengar tar.

"Bila tanah sudah betul-betul rata, barulah jalan itu akan ditar dan ia akan mengambil masa lebih kurang seminggu lagi sebelum berbuat demikian," katanya.

Khamis lalu, penduduk Kampung Pindah di Kampung Baru telah dikejutkan dengan kejadian tanah mendap yang membentuk dua buah lubang besar selepas hujan lebat yang berlaku sejak petang hari itu lagi.

Sementara itu, seorang penduduk yang ditemui, Marina Omar, 33, berkata, walaupun sudah berpindah ke penempatan sementara di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Air Panas, namun dia masih pulang ke rumahnya pada waktu siang.

Menurutnya, penempatan sementara itu agak jauh dari rumahnya dan ia menyukarkan dia untuk menghantar anaknya ke sekolah setiap hari.

"Anak-anak saya bersekolah. Ada yang sesi pagi dan petang. Jadi lebih mudah untuk tinggal di sini kerana kalau duduk di penempatan sementara itu jauh.

"Saya berharap sangat kawasan ini selamat untuk diduduki kerana sungguh sayang meninggalkan rumah saya kerana ia merupakan rumah pusaka yang sudah dihuni oleh tiga generasi," jelasnya.

Dalam pada itu, adiknya, Nadzeri Omar, 31, berkata, selepas berlaku tanah runtuh, mendapan semakin bertambah dan ia dapat dilihat pada rumahnya.

"Rumah saya sudah mendap hampir tiga inci (kira-kira tujuh sentimeter) kesan daripada tanah runtuh itu. Ini amat membimbangkan kami semua kerana takut lama-kelamaan rumah kami boleh runtuh," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DBKL akan pantau sekolah

Posted:

DBKL akan pantau sekolah

DBKL akan pantau sekolah

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusangroup.com.my


Salehuddin Abu Bakar (kiri) kelihatan tidak berpuas hati dengan keadaan salah sebuah premis makanan yang diperiksa dalam Ops Bersih di Kepong, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 21 April – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menjalankan pemeriksaan terhadap penjaja-penjaja di luar bangunan sekolah dalam tempoh terdekat ini sebagai usaha menggalakkan amalan pemakanan sihat dalam kalangan pelajar sekolah.

Pengarah Jabatan Kesihatan DBKL, Dr. Salehuddin Abu Bakar berkata, ia merupakan tindakan proaktif pihak berkuasa tempatan itu berhubung amalan pemakanan sihat dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah yang kini menjadi isu, khususnya di kalangan generasi muda yang menjurus kepada pelbagai masalah kesihatan, termasuk obesiti.

Menurutnya, secara sedar atau tidak penjaja tanpa lesen ini telah menjadikan para pelajar sebagai sasaran memandangkan mereka merupakan golongan paling mudah terpengaruh dengan pelbagai jenis makanan ringan yang dijual.

"Rata-rata makanan yang dijual di luar bangunan sekolah tidak mengandungi khasiat, malah mungkin memudaratkan kesihatan dalam jangka masa panjang," katanya pada sidang akhbar selepas mengetuai operasi kebersihan (Ops Bersih) di Kepong dan Pasar Borong Kuala Lumpur, hari ini.

Operasi bersepadu siri keempat itu disertai 20 pegawai jabatan terlibat.

Beliau menambah, buat permulaan tindakan penguatkuasaan hanya diambil dengan mengarahkan penjaja menghentikan perniagaan mereka, seterusnya diminta mengikuti sesi penerangan mengenai amalan pemakanan sihat.

"Langkah ini diambil bertujuan memberi pendidikan tentang amalan pemakanan sihat kerana jika mereka benar-benar memahami tidak mungkin kanak-kanak sekolah menjadi sasaran mereka," ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, jika penjaja berkenaan didapati masih berdegil, maka tindakan merampas barangan terpaksa dilakukan.

Salehuddin menambah, selain pihak sekolah, ibu bapa juga digalak untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi memantau penjual makanan di luar bangunan sekolah ini.

Sementara itu, dalam Ops Bersih selama lebih dua jam itu, sebuah daripada lapan premis makanan yang diperiksa telah diarahkan tutup serta-merta kerana kotor serta melanggar peraturan dan tahap kebersihan yang ditetapkan.

Premis selebihnya hanya dikenakan tindakan kompaun apabila dikesan tidak memasang perangkap minyak pada sink yang merupakan salah satu syarat untuk mendapatkan lesen perniagaan.

"Arahan penutupan ke atas premis ini disebabkan melanggar banyak peraturan terutama dalam penyediaan makanan, cara penyimpanan makanan mentah yang tidak teratur selain makanan yang sudah dimasak tidak ditutup," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan