Khamis, 19 Mei 2011

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Kosmo Online - Varia

Posted: 19 May 2011 11:14 AM PDT

Kosmo Online - Varia


Gula daripada habuk kayu

Posted:

Gula daripada habuk kayu

Gula daripada habuk kayu

Oleh NOREHAN SALEH


MIMI SAKINAH menunjukkan anugerah Best Women Inventor daripada World Intelectual Property Organisation (WIP0) hasil projek penyelidikan beliau.


SELAMA ini kita hanya mengetahui gula dihasilkan daripada tebu. Kemudian beberapa tahun lalu, penemuan daun stevia sebagai alternatif gula turut menarik perhatian ramai.

Bagaimanapun, apabila seorang penyelidik muda dari Universiti Malaysia Pahang (UMP), Prof. Madya Dr. Mimi Sakinah Abdul Munaim berjaya menghasilkan gula ringkas daripada habuk kayu, penemuan itu bukan sahaja melonjakkan namanya, bahkan membolehkan beliau bakal membuka sebuah kilang tidak lama lagi.

Pensyarah Kanan di Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli (FKKSA) itu berkata, melalui penemuan itu beliau telah menerima geran daripada Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) sebanyak RM500,000 bagi membina sebuah kilang.

"Saya telah menerima geran daripada MTDC bagi membina sebuah kilang dan lokasi kilang tersebut bagaimanapun, masih dalam perbincangan," kata pensyarah berusia 34 tahun itu kepada pemberita pada Malam Cendekia Bitara UMP 2010 di Kuantan, Pahang baru-baru ini.

Penyelidikan tersebut membawa tuah buat beliau apabila berjaya menerima anugerah Best Women Inventor daripada World Intelectual Property Organisation (WIP0) hasil projek penyelidikan yang bertajuk Sustainable Production of Sorbitol From Biomass Using Green Technology Approach pada tahun lalu.

Pengiktirafan tersebut merupakan yang tertinggi dianugerahkan oleh badan antarabangsa kepada penyelidik yang menghasilkan penyelidikan yang memberi impak kepada negara.


MALAM Cendekia Bitara UMP menghargai penyelidik-penyelidiknya termasuk Mimi Sakinah (duduk kanan) baru-baru ini.


Sehingga kini, beliau telah menghasilkan sebanyak 50 kertas kerja persidangan, 15 buah artikel yang diterbitkan dalam jurnal berwasit, satu fail yang telah dipatenkan di Malaysia dan dua fail dipatenkan di Amerika Syarikat.

Pada Malam Cendekia Bitara UMP itu Mimi Sakinah dinobatkan sebagai Tokoh Cendekia Bitara dan Anugerah Projek Penyelidikan yang membawa pulang wang tunai RM10,000 berserta trofi dan sijil penghargaan setelah hasil penyelidikannya diiktiraf di peringkat antarabangsa.

"Syukur Alhamdulillah, saya berjaya menerima hadiah bagi kedua-dua kategori tersebut walaupun tidak menyangka ia sangat berhasil.

"Walaupun terpaksa menjalankan tanggungjawab sebagai penyelidik, pensyarah dan ibu secara serentak, namun Alhamdulillah ia sangat berbaloi," katanya sambil tersenyum.

Mengulas mengenai penyelidikannya, ujar Mimi Sakinah habuk kayu sesuai digunakan sebagai bahan mentah kerana ia mengandungi selulosa yang boleh diproses menjadi gula ringkas.

Dengan teknologi hijau farmentasi katanya, ia dimanfaat bagi mengurangkan kos pengeluaran berbanding kaedah hidrogen yang digunakan secara meluas dalam penghasilan gula itu ketika ini.

"Gula yang dihasilkan menerusi projek ini bukan saja boleh digunakan sebagai pemanis makanan bahkan, untuk pelbagai industri lain seperti kosmetik.

"Penggunaan habuk kayu sebagai sumber penghasilan gula ini sekali gus mengatasi masalah pembuangan sisa industri itu yang mencapai 15 juta tan setahun di seluruh dunia.

Penyelidikan tersebut turut dibantu Dr. Zularisam Ab. Wahid serta Rusmawarni Ramli.

Pencapaian dibanggakan


PENGHASILAN gula ringkas menggunakan habuk kayu mengelakkan sisa industri tersebut dibuang begitu sahaja sekali gus mempromosikan alam sekitar yang lebih bersih.


Sementara itu, UMP kini giat mengkomersialkan hasil ciptaan penyelidiknya sebagai permulaan untuk menjadi sebuah universiti teknikal bertaraf dunia.

Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, bagi tujuan itu UMP kini sedang memperbanyakkan bilangan penyelidikan serta membangunkan pelbagai projek.

"Alhamdulillah UMP telah berjaya melalui dua fasa penting iaitu meletakkan asas universiti teknikal (2002-2007) dan memperkukuhkan asas serta menjana kecemerlangan (2008-2010).

"Kini era pelan strategik (2011-2015) dan warga UMP sedang giat berusaha merealisasikan UMP ke arah universiti pilihan utama," katanya.

Universiti tersebut kini melindungi harta inteleknya sejak tahun 2008 dengan mempatenkan empat fail dan ia bertambah kepada 49 fail setahun selepas itu.

Ia sekali gus menjadikan universiti berkenaan antara institusi yang memfailkan paten terbanyak pada peringkat nasional.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 19 May 2011 09:50 AM PDT

Utusan Online - Johor


Kereta klasik pukau pengunjung

Posted:

Kereta klasik pukau pengunjung

Kereta klasik pukau pengunjung

Oleh HAMDAN TAWADI
utusanjohor@utusan.com.my


PARA pengunjung terpesona melihat kereta vintaj MG-TB keluaran 1939 di Kluang, baru-baru ini.


KLUANG 18 Mei - Bagaikan berada pada zaman silam.

Itulah suasana yang dapat dirasai semasa menyaksikan Pameran Kereta Vintaj dan Klasik anjuran Malaysia and Singapore Vintage Car Register (MSVCR) dengan kerjasama pusat beli-belah Kluang Mall di sini baru-baru ini.

Sebanyak 45 kereta vintaj dan klasik yang dipamerkan di dalam dan di hadapan Kluang mall memukau ribuan pengunjung yang nyata terpesona melihat 'khazanah' silam itu.

Menurut penganjur, definisi vintaj adalah kereta yang dikeluarkan sebelum 1940 manakala klasik pula adalah kereta yang dihasilkan pada 1940 hingga awal 1980-an.

Antara kereta vintaj yang menarik perhatian adalah MG-VA Tickford Tourer yang dikeluarkan pada 1937 dan Austin Seven Chummy keluaran 1930 yang turut dikenali sebagai Baby Austin.

Kereta klasik turut menggamit nostalgia silam menerusi pameran kereta Mercedez Benz 220A keluaran 1955 dan MG-Midget keluaran 1962.

Pegawai Daerah Kluang, Abdul Karim Abu Bakar berpendapat, pameran tersebut berpotensi untuk dijadikan produk pelancongan di daerah ini.

"Pameran ini adalah satu langkah bijak dalam menarik pelancong dan mungkin selepas ini kita dapat mengadakan pameran kereta moden pula," katanya semasa merasmikan pameran sehari itu di sini.

Turut hadir Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang (MPK), Ahmad Main yang turut menyatakan kekagumannya terhadap keunikan kereta vintaj dan klasik yang sukar ditemui dan bernilai tinggi.

Mengenai MSVCR, kelab itu ditubuhkan di Melaka pada 1955 dan pada mulanya dikenali sebagai Malayan Vintage Car Register (MVCR) oleh sekumpulan peminat kereta vintaj.

Penubuhannya bertujuan mengumpulkan peminat kereta vintaj bagi menggalakkan penggunaan, penyimpanan dan pemulihan kenderaan tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pendekatan cari golongan susah

Posted:

Pendekatan cari golongan susah

Pendekatan cari golongan susah

Oleh MAZNAH MOHD. ARSAD
utusanjohor@utusan.com.my


Nur Jazlan Mohamed menghulurkan sumbangan kepada Lim Ah Fat di Taman Perling , Johor Bahru, baru-baru ini.


JOHOR BAHRU 18 Mei - Para pemimpin kini wajar menggunakan pendekatan dengan mencari golongan susah dari rumah ke rumah bagi membolehkan bantuan yang sewajarnya dapat disampaikan secara berkesan.

Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, berdasarkan pengamatan menerusi pendekatan itu sahaja membolehkan kerajaan dapat mengenal pasti golongan susah dan miskin tegar dapat dibantu dengan segera.

"Apabila kita turun mencari mereka, kita akan bawa bersama jabatan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) dan agensi kebajikan yang lain untuk sama-sama menyelesaikan masalah yang menimpa mereka.

"Selaku wakil rakyat, lazimnya kita akan beri dalam bentuk peruntukan kewangan, JKM akan mendaftarkan mereka yang terbabit dengan jabatan itu bagi mendapatkan bantuan yang sewajarnya dan PBSM di samping barangan keperluan makanan turut mencadangkan mereka yang terbabit mendapatkan rawatan di hospital dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas penyerahan bantuan kepada golongan miskin tegar di kawasan Parlimen Pulai di sini baru-baru ini.

Antara penerima bantuan itu ialah ibu tunggal, Tan Guat Ngor, 35, yang baru kematian suaminya dan Lim Ah Fat, 81, yang mengalami sakit kaki yang serius.

Pada lawatan itu, Guat Ngor menerima bantuan kewangan RM500 daripada Nur Jazlan, manakala PBSM menghulurkan sumbangan berbentuk keperluan makanan harian dan JKM mendaftarkan kesnya bagi mendapatkan bantuan sewajarnya.

Ah Fat pula diberi bantuan kewangan dan makanan serta Jabatan Kesihatan diminta membawanya mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Feminin

Posted: 19 May 2011 09:45 AM PDT

Utusan Online - Feminin


Memperkasa ibu tunggal

Posted:

Memperkasa ibu tunggal

Memperkasa ibu tunggal

Oleh mariatul qatiah zakaria
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar DJOHAN SHAHRIN SHAH


DJ Lin


SEBAGAI sebahagian daripada usaha berterusannya untuk memperkayakan kehidupan rakyat Malaysia, Proton Persona menerusi syarikat pengedarannya, Proton Edar Sdn. Bhd., telah melancarkan kempen 'Persona, Sememangnya Lebih Sempurna' baru-baru ini.

Melalui kempen tersebut, tiga penyampai radio telah dilantik menjadi duta Persona yang terdiri daripada DJ Lin daripada Suria FM, Aanantha (THR Raaga) dan Jack Lim (MY FM) .

Ketiga-tiga personaliti itu diberi peluang selama lima bulan untuk mendekati rakyat Malaysia dalam usaha memupuk keyakinan diri.

Dalam masa yang sama, mereka turut dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan program sendiri yang diwujudkan berdasarkan pengalaman hidup masing-masing.

Untuk itu, baru-baru ini bertempat di ibu negara, telah berlangsungnya program DJ Lin dan Pertubuhan Ibu Tunggal Islam.

Dalam program tersebut, Lin yang juga merupakan seorang ibu tunggal memberi kata-kata semangat dan secara tidak langsung membantu ibu-ibu tunggal mengatasi cabaran yang mereka hadapi.

Tidak ketinggalan Lin turut berkongsi pengalaman dan rintangan yang dilaluinya selama lima tahun sebagai ibu tunggal kepada dua orang cahaya mata.

Kempen yang berlangsung selama tiga jam itu turut mengetengahkan Roslina Jantan, seorang pakar motivasi dalam segmen motivasi dan demonstrasi make up dan penampilan diri daripada Cleo Studio.

Yang pasti, kempen seperti itu dapat meningkatkan semangat kepada ibu-ibu tunggal di Malaysia untuk terus melangkah ke hadapan dalam hidup dan jangan sesekali menyerah kalah.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen 'Persona, Sememangnya Lebih Sempurna' dan cara bagaimana untuk menyertainya, bolehlah layari laman web www.protonpersona.com.my.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Ratu

Posted: 19 May 2011 01:35 AM PDT

Berita Harian: Ratu


Klasik Shinju Pearls

Posted: 18 May 2011 06:34 PM PDT

Ratu

'Harta pusaka' bapa janji kejayaan

CABARAN besar dihadapi dalam dunia manikam ialah menghasilkan rekaan yang mampu mengikat selera pelanggan kepada sesuatu jenama. Tanpa keunikan, eksklusif, sesuatu produk tidak mampu bertahan lama, apatah lagi perlu bersaing dengan banyak lagi jenama antarabangsa.

Itu tidak lagi dikira dengan aksesori manik atau plastik yang ditawar di pasar terbuka serta di internet. Kalangan pengumpul mutiara serta aksesori bijak menilai, sebab itulah pereka perlu tahu membaca aliran dan mengikuti peredaran fesyen semasa. Bertuah bagi jenama aksesori, Shinju Pearls. Sejak menampilkan koleksi mutiara buatan tangannya, ia menerima sambutan amat menggalakkan. Bermula secara kecil-kecilan tetapi siapa sangka, hampir setiap tahun sekurang-kurangnya satu cawangan berjaya dibuka. Hingga kini, ia memiliki tujuh cawangan sekitar ibu kota.

Sejak dibangunkan pada Disember 2006, Shinju Pearls kini berkembang ke tujuh cawangan di Kuala Lumpur, termasuk di Pavilion, Lot 10, Sungai Wang Plaza, Great Eastern Mall, The Twelve di Fahrenheit 88 dan
kaunter di Isetan Midvalley serta Isetan Gardens.

Semuanya gara-gara koleksi Shinju Pearls memelihara gaya klasik mutiara, pada masa sama memperindahkan ia dengan gandingan batu berwarna serta pelbagai motif memikat, termasuk serangga kecil, haiwan seperti arnab, beruang, gajah dan kuntuman bunga, menjadikan setiap satu tidak jemu dipakai dan dibelek-belek banyak kali.
Formula diguna pakai hingga cepat berkembang ialah produk bermutu, cantik tetapi mampu dimiliki segenap lapisan masyarakat.

Menggunakan mutiara asli diternak, gandingan perak disadur emas putih menjadikan ia boleh dimiliki pada harga berpatutan. Tidak timbul soal pudar warnanya kerana asalkan perhiasan itu dilap lembut dengan kain lembap selepas dipakai untuk menghilangkan kesan minyak wangi atau peluh, keindahannya akan tetap bersemadi di situ.

Keceriaan pemiliknya, Christina Toh dan adiknya, Diana Toh sepanjang temuramah berlangsung, menjadikan sesi berkenaan berlangsung dalam suasana santai lagi menyenangkan. Tidak kedekut berkongsi kisah, dua beradik ini, anak kelahiran Klang, Selangor, mendedahkan harga tidak keterlaluan, bersulam kreativiti, menjadi aset paling berharga.

Sarat idea, Christina mampu menghasilkan pelbagai corak aksesori, tanpa perlu menunggu lama.

"Jarak perjalanan setiap hari jauh dari rumah ke tempat kerja di Kuala Lumpur, sudah membolehkan saya memikirkan idea baru. Selepas berkira-kira dengan idea, saya akan lahirkan dalam bentuk tulisan sebelum tangan ini ligat menari mengikat batu dan memilih warna sesuai. Acap kali saya dan adik bertukar idea dalam mendapatkan himpunan terbaik.

"Membelek akhbar, majalah serta mengikuti apa yang diterima pasaran adalah rutin. Bagi saya ia turut memberi idea dan membantu memperkembangkan lagi idea. Menariknya, pelanggan setia turut memberikan idea untuk memperhebatkan lagi produk," katanya yang menjurus kepada aspek rekaan sementara adiknya yang agak pemalu, Diana, mengendalikan aspek pemasaran.

Christina menghasilkan perhiasan untuk melengkapkan penampilan wanita biar dalam apa suasana pun, santai hinggalah ke malam hari atau ke sebarang acara. Beliau mereka pelbagai rupa daripada mudah hinggalah ke sukar. Ilhamnya tercetus daripada persekitaran seharian, boleh jadi kombinasi warna, haiwan, flora tetapi ia semuanya adalah buatan tangan.

"Menjadi misi saya untuk membolehkan setiap wanita berseronok dengan perhiasan mutiara asli," katanya.

Hasil garapan beliau digunakan dalam pertandingan Ms Astro Chinese International Pageant, siri Gol & Gincu, program I want to be a model dan sebagainya.

Pada mata Christina, mutiara lambang keindahan berkekalan. Mereka barangan kemas daripada mutiara memerlukan dirinya berfikir, bagaimana menghasilkan rekaan moden anggun daripada sumber yang amat klasik.

"Mereka mutiara amat rumit lantaran ia lahir daripada tiram hidup. Justeru, kita tidak tahu 'rupanya' kerana setiap satu berbeza. Kita hanya boleh mereka bila mutiara itu sudah ada di depan mata," katanya.

Lulusan Diploma Pengurusan Perniagaan itu berkata, pada peringkat permulaan, dia menghasilkan perhiasan itu sekadar suka-suka, tanpa memiliki lulusan khusus. Produk pertama dihasilkan adalah gelang yang dijual pada harga RM30.

"Produk cantik di pasaran terbuka, sudah tentu menjanjikan pulangan. Tetapi saya merasakan ia agak memenatkan kerana hanya menjual hujung minggu apatah lagi perlu berulang alik dari Klang. Perniagaan saya bermula di pasar terbuka Mont Kiara dengan hasil rekaan memikat cita rasa pelanggan, yang turut kembali menempah.

"Bila sudah berasa yakin dengan produk, saya memutuskan untuk menyewa tapak perniagaan di Lot 10 dan ia berkembang hingga kini," katanya yang mengangkat perkataan mutiara dalam bahasa Jepun, 'Shinju' bererti mutiara. Kebetulan pula kebanyakan mutiara rekaan eksklusif diimport dari negara matahari terbit itu.

Bagi Christina dua beradik, percaya semuanya datang daripada penentuan, kerja keras dan rezeki kurniaan Tuhan.

Kesungguhan dua beradik itu tercetus daripada bapanya. Kata Christina, sejak kecil mereka diajar berkerja keras dan jujur dalam pekerjaan. Ayah berpesan usah ambil kesempatan terhadap sesiapa atau apa saja.

"Sebatang pen pun ayah larang kami mengambilnya daripada pejabat untuk kegunaan sendiri. Kerja keras dan jujur adalah dua perkataan yang menjadi 'harta pusaka' tinggalan bapanya yang meninggal dunia sebelum sempat melihat kami membuka butik.

"Bapa menghidap barah dan kerap mendapatkan rawatan. Kalau dihitung dengan gaji saya waktu itu yang hanya makan gaji, ia tidak mencukupi. Keadaan bapa itulah yang sebenarnya menjadi sebab utama bersungguh-sungguh membangunkan Shinju. Jika bapa masih ada, sudah tentu beliau berbangga dengan kejayaan kami," kata anak ketiga daripada empat beradik itu.

Banyak kedai diuruskan pada satu masa, bukan masalah bagi Christina. Katanya, sebagai majikan dia tidak rasa terbeban untuk ke mana-mana kedai. Perlu baginya meninjau keadaan pekerja dan memastikan stok di setiap kedai tidak kehabisan.

"Saya tidak lokek mengajar pekerja untuk mereka aksesori. Bagi saya ketika pelanggan tidak ada, pekerja perlu melakukan sesuatu untuk mengisi masa terluang umpamanya mengikat batu. Ada juga orang luar menyatakan apa yang kami buat itu akan menyebabkan pekerja berhenti dan membuka kedai sendiri, tetapi pada saya, rezeki itu kerja Tuhan," katanya.

Bagi Diana pula, berselisih faham dengan kakak untuk menghasilkan produk terbaik, bukan perkara luar biasa. Tetapi memastikan ia tidak berlarutan, mereka tidak akan membiarkan pergaduhan itu berpanjangan.

"Selalunya kami tetapkan dalam diri, ini untuk kepentingan pelanggan. Tidak guna bertegang urat lama-lama," katanya.

Selesa dengan kehidupan kini, Christina berkata dia masih menetap di Klang dan sanggup berulang biarpun jauh.

"Rumah tua di Klang itu sangat sentimental. Segala luahan idea, tercurah di sana. Hingga kini selain di kedai, saya masih menyingsing lengan menyusun batu-batu ini," katanya mengakhiri bicara.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kemutan kuatkan otot

Posted: 18 May 2011 06:31 PM PDT

Ratu

LUL jejas perhubungan seksual

DALAM sehari berapa kali anda 'terkucil'? Bagi yang kurang faham maksudnya, terkucil merujuk pada masalah kerap membuang air kecil. Jika anda mengalami keadaan ini, jangan ambil mudah, anda mungkin berhadapan keadaan inkontinens atau lemah kawalan pundi kencing (LUL).

Keadaan inkontinens terjadi apabila wujud masalah pada otot dan saraf yang mengawal dan membebaskan air kencing. Secara lazimnya, kebarangkalian untuk wanita mendapat masalah LUL adalah lebih tinggi, khususnya wanita berusia dan yang kerap melahirkan anak, disebabkan struktur tubuh wanita serta faktor melahirkan anak. Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Dr Seri Suniza Sufian, berkata keadaan inkontinens terjadi apabila ada masalah pada otot dan saraf yang mengawal dan membebaskan air kencing. Ia boleh berlaku kerana otot lantai pelvik menjadi lemah dan tidak cukup kuat untuk mengawal air kencing daripada terkeluar.

Pundi kencing menyimpan air kencing. Ia boleh mengembang untuk menampung 350 mililiter (ml) hingga 550 ml air kencing. Individu biasanya terasa hendak buang air kecil apabila kandungan pundi kencing lebih kurang 150 ml hingga 200 ml. Desakan buang air kecil meningkat apabila isi pundi kencing bertambah kepada 250 ml hingga 300 ml dan apabila ia mencapai 500 mililiter, pundi kencing perlu dikosongkan segera.

Pembuangan air kencing membabitkan dua peringkat iaitu pengisian serta penyimpanan air kencing dan peringkat kedua iaitu pengosongan pundi kencing.

Ketika pembuangan air kencing, otot yang 'memegang' pundi (dipanggil otot sphincter) dalam keadaan rehat, manakala otot pundi kencing pula mengecut supaya air kencing boleh ditolak keluar memasuki salur kencing (uretra).
"Untuk betul-betul mengosongkan pundi kencing, otot pundi dan spinchter perlu bertindak serentak. Kegagalan pada mana-mana bahagian, sama ada pada pundi, otot spinchter atau saraf, menyebabkan masalah ini dan bagi orang yang ada masalah lemah pundi kencing, kebocoran boleh berlaku pada bila-bila masa walaupun pundi kencing tidak penuh," katanya.

Beliau ditemui pada majlis pengenalan pelakon/pelawak tempatan, Sharifah Shahirah atau Shiera sebagai duta Poise. Turut hadir, Pengurus Pemasaran Kimberly-Clark Malaysia untuk Poise, Haniza Tahir.

Segelintir wanita mengambil jalan pintas untuk mengurangkan jumlah minum air atau mengambil makanan berair, supaya dapat membantu menangani masalah itu. Tetapi ia tidak banyak membantu sebaliknya menyebabkan air kencing menjadi lebih pekat iaitu penanda individu mengalami dehidrasi atau kekurangan air.

Kekurangan air juga boleh menjejaskan fungsi organ dalam badan menyebabkan pelbagai masalah lain berikutan badan akan cepat berasa letih, tidak bermaya.

"Masalah inkontinens bukan saja memalukan, tetapi membuatkan seseorang berasa rendah diri, tidak selesa, tertekan dan murung. Ia turut memberi kesan psikologi lebih besar kepada wanita sehingga ada yang perlu mengubah gaya hidup dan mengelak terbabit dalam kegiatan sosial kerana bimbang dan malu jika masalah mereka diketahui.

"Malah, menjadi isu penting dalam aspek kebersihan, terutama bagi wanita beragama Islam untuk beribadat," katanya yang menyatakan faktor kesihatan termasuk obesiti, sembelit, kesan sampingan pelbagai ubat-ubatan dan menopaus boleh menjejaskan kekuatan fungsi otot.

Mengulas mengenai kemungkinan ia menjejaskan perhubungan seksual, Dr Seri Suniza tidak menafikan hal berkenaan berlaku lantaran tidak ramai lelaki yang faham mengenai masalah dihidapi wanita itu selain masalah itu tidak dibincang secara meluas dan terbuka.

Ketika proses bersama, isteri mungkin terkucil dan keadaan itu boleh menimbulkan rasa tidak selesa. Lebih daripada itu, ia sebenarnya menjurus kepada masalah lain, termasuk jangkitan ruam dan gatal kerana kawasan di situ selalu lembap.

Untuk menangani masalah itu, senaman menguatkan lantai pelvik dan otot pada pundi kencing iaitu senaman kegel atau kemut boleh dilakukan lima kali sehari dengan setiap sesi sebanyak 10 kemutan.

Paling penting, pesan Dr Seri Suniza, wanita tidak harus berasa malu dan menyembunyikan masalah berkenaan kerana keadaan boleh menjadi lebih teruk jika tidak mendapat rawatan ,termasuk berjumpa doktor. Pelbagai rawatan tersedia mengikut tahap masalah masing-masing bermula oral (pengambilan ubat-ubatan) hinggalah pembedahan kecil.

Bantu sebar pesanan

APABILA ditawarkan menjadi duta produk Poise, pelakon/pelawak tempatan, Sharifah Shahirah atau Shiera turut terfikir kemungkinan orang ramai mengaitkannya sebagai seorang pengidap LUL.

Tetapi apabila difikir-fikir semula, produk yang dicipta khusus untuk penghidap masalah itu, beliau merasakan ia sesuai dengan tuntutan kerjanya dan bertepatan dengan 'sediakan payung sebelum hujan'.

"Saya bukan pengidap LUL tahap serius, tetapi menggunakannya sebagai persediaan, lantaran kerja. Berhadapan rakaman televisyen secara langsung kadangkala memerlukan saya 'bertahan'. Begitu juga dilingkari rakan yang suka berjenaka dan membuatkan saya kerap ketawa besar, menjadikan kadangkala keadaan itu tidak dapat dielakkan.

"Pada saya, masalah ini tidak apa hendak dimalukan kerana kajian menunjukkan semakin ramai wanita muda menghadapinya dan apabila kita mengambil langkah menangani awal, lagi baik. Ketika hamil dulu saya turut menghadapi masalah ini, tidak tahu ke mana untuk dirujuk.

"Apabila isu sebegini ini dibincangkan lebih meluas, ia amat bagus kerana membolehkan penghidap, khususnya tahu ke mana nak dituju dan produk apa yang menjanjikan kesesuaian serta kebersihan," katanya.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran Kimberly-Clark Malaysia untuk Poise, Haniza Tahir, berkata dalam dalam usaha membantu wanita menangani masalah berkenaan, pihaknya melancarkan kempen terbaru 'Live and Laugh More with Poise'.

Kempen berkenaan bertujuan menyampaikan mesej bahawa masih ada peluang untuk menikmati kehidupan dengan penuh gelak ketawa dan keyakinan. Kempen itu merangkumi siri rencana pendidikan dan program senaman kegel di seluruh negara.

Katanya, kajian Poise juga menunjukkan produk seperti Poise, membantu memenuhi keperluan khusus bagi wanita yang mengalami LUL kerana ia menumpukan kepada setiap ciri yang diingini pengguna.

Jelasnya, kajian turut mendapati 24 peratus wanita mengalami LUL tidak mahu masalah berkenaan menjejaskan kehidupan mereka. Untuk maklumat lanjut, layari www.poise.com.my atau hubungi 1-800-82-1188.

INFO: Punca LUL

  • Kecacatan sejak lahir
  • Berlaku perubahan akibat penuaan
  • Selepas menopaus (akibat perubahan hormon)
  • Pernah menjalani pembedahan atau kecederaan pelvik
  • Menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, strok, Alzheimer atau Parkinson
  • Jangkitan saluran kencing
  • Kehamilan dan melahirkan anak
  • Jangkitan atau keradangan vagina

    Rawatan

  • Kurangkan berat badan jika terlalu gemuk
  • Jangan memakai korset kerana ia menekan lantai pelvik ke bawah
  • Elak pengambilan sesetengah jenis ubat dan minuman mengandungi kafein kerana ia merangsang pembuangan air kecil
  • Kurangkan aktiviti fizikal sehingga masalah dapat dikawal
  • Buat diari buang air kecil dan catatkan berapa banyak air diminum, jenis minuman, berapa kerap anda buang air kecil dan berapa banyak air kencing. Ia dapat membantu doktor meneliti masalah anda. Jangan tahan kencing. Jadikan amalan untuk pergi ke tandas setiap dua jam hingga tiga jam.

    INFO: Kajian Poise

  • Kajian membabitkan kira-kira 3,000 wanita mendapati 70 peratus wanita di negara ini mengalami masalah LUL dengan 30 peratus mengalami keadaan 'terkucil', sekurang-kurangnya sekali seminggu dan semakin ramai wanita muda pula menghidapinya.
  • 31 peratus wanita mula mengalami lemah kawalan kencing secara kerap ketika berusia antara 35 tahun dan 44 tahun, manakala 19 peratus lebih muda daripada usia 35 tahun, membuktikan tanggapan LUL dihidapi warga tua, meleset sama sekali.
  • Sikap malu membataskan mereka yang mengalami masalah ini membicarakannya secara terbuka.
  • Batuk menjadi pencetus utama berlaku keadaan itu membabitkan 69 peratus responden, diikuti bersin 66 peratus dan ketawa 55 peratus.
  • Kajian juga mendapati, wanita lebih risau dengan bau hancing (25 peratus) dan majoriti iaitu 85 peratus bergantung kepada liner dan tuala wanita biasa yang digunakan untuk haid.
  • Berdasarkan maklum balas, dua ciri utama yang dianggap amat penting bagi produk lemah kawalan kencing ialah penyerapan dan kawalan bau hancing.
  • Meskipun jumlah mereka yang mengalami LUL tinggi, amat kurang wanita mengambil langkah yang betul untuk menangani masalah ini secara berkesan. Hanya tiga peratus mempraktikkan senaman kegel yang dapat membantu memperkuatkan otot lantai pelvik dan mengurangkan masalah 'terkucil' manakala hanya segelintir menggunakan produk perlindungan yang betul.
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Pendidikan

    Posted: 18 May 2011 11:34 PM PDT

    Utusan Online - Pendidikan


    Guna akhbar sebagai bahan pembelajaran

    Posted:

    Guna akhbar sebagai bahan pembelajaran

    Guna akhbar sebagai bahan pembelajaran

    MARAN 18 Mei - Peranan akhbar bukan sahaja menyebarkan maklumat kepada pembaca tetapi juga boleh dijadikan alat pembelajaran untuk guru dan pelajar sekolah ketika sesi pembelajaran.

    Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abd. Muttalib berkata, walaupun akhbar menyiarkan berita berkaitan isu semasa, di dalamnya terdapat bahan pembelajaran yang boleh dijadikan rujukan.

    Sebagai contoh katanya, akhbar Utusan Malaysia memuatkan sisipan seperti Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP) dan Utusan Melayu Mingguan Jawi yang boleh digunakan sebagai bahan ulang kaji dalam mata pelajaran tertentu.

    "Jangan disia-siakan kandungan yang terdapat di dalam akhbar itu kerana pelbagai maklumat boleh diperoleh di dalamnya," katanya pada majlis penyerahan akhbar Utusan Malaysia dan peruntukan khas Parlimen Maran di Sekolah Kebangsaan Ulu Luit, di sini, hari ini.

    Pejabat Parlimen Maran menaja akhbar Utusan Malaysia bernilai RM12,900 untuk diedarkan di 20 sekolah rendah dan menengah di daerah ini.

    Tajaan yang memasuki tahun ketiga itu membolehkan para guru dan pelajar sekolah di daerah ini mendapat pelbagai maklumat serta bahan pembelajaran menerusi akhbar itu.

    Ismail berkata, pada masa akan datang beliau bercadang untuk meluaskan tajaan akhbar itu di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina di daerah ini.

    Tambahnya, langkah tersebut bertujuan membolehkan pelajar sekolah terbabit menguasai bahasa Melayu dengan lancar dan berkesan.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    KPPK yakin kerajaan bantu guru kelas biasa

    Posted:

    KPPK yakin kerajaan bantu guru kelas biasa

    KPPK yakin kerajaan bantu guru kelas biasa

    KUALA LUMPUR 18 Mei — Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) yakin kerajaan akan menangani rintihan serta masalah yang dihadapi oleh kira-kira 400,000 guru kelas biasa dan memberikan mereka lebih banyak peluang kenaikan pangkat.

    Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng berkata, guru-guru ini yang merupakan teras pendidik peringkat akar umbi, seharusnya bertenang dan meneruskan tugas-tugas murni mereka seperti biasa, dan menyerahkan kepada kesatuan soal mengenai perjuangan menjaga kebajikan mereka.

    Katanya, kenyataan beliau itu adalah sebagai menyuarakan rasa kecewa dan kebimbangan para guru ini dengan pengumuman kerajaan pada Hari Guru baru-baru ini yang membawa berita gembira kepada lebih 2,000 guru besar dan guru penolong kanan yang akan menikmati kenaikan gaji mulai awal tahun depan.

    "Ironinya di sebalik membawa kegembiraan, pengumuman itu menimbulkan kebimbangan dan rasa sedih di kalangan guru kerana sejumlah besar daripada mereka seperti diketepikan," katanya kepada di sini, hari ini.

    Beliau berkata, pihak kesatuan yang mewakili 140,000 guru di seluruh negara akan berusaha untuk mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secepat mungkin untuk memaklumkan sendiri mengenai rintihan dan masalah yang dihadapi oleh guru kelas biasa.

    Yim Pheng berkata, pihak kesatuan tidak akan menghampakan guru-guru ini kerana mereka merupakan tonggak pendidikan, di mana semua sekolah bergantung kepada kejayaan mereka melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

    "Tanpa dedikasi guru-guru kelas ini, kalangan guru besar dan pengetua sahaja tidak akan dapat mengendalikan sekolah," katanya.

    Sementara itu tinjauan rambang mengesahkan kenyataan kesatuan itu bahawa ramai guru pada dasarnya tidak berpuas hati dengan pengumuman kerajaan yang memberikan kelebihan hanya buat ketua-ketua sekolah.

    Seorang guru yang dikenali sebagai Chandran, 45, yang berpengalaman 18 tahun mengajar berkata, beliau amat sayangkan karier sebagai seorang guru dan amat sayangkan muridnya, namun beliau merasa kecewa kerana merasakan dedikasinya selama ini seperti tidak dipandang.

    "Saya biasanya pulang ke rumah sejam atau dua jam lebih lewat kerana saya lanjutkan masa mengajar di sekolah, khusus buat pelajar yang lemah, malah saya ambil inisiatif himpunkan mereka pada hujung minggu untuk membantu mereka dalam pelajaran, namun ini nampaknya tidak dihargai oleh pihak sekolah," katanya.

    Seorang lagi guru yang dikenali sebagai Tan berkata, beliau sedih dengan pengumuman itu, kerana beliau mahupun rakan-rakan sejawatannya tidak memperoleh apa-apa manfaat daripadanya.

    "Kami bekerja keras, tapi dedikasi kami seperti tidak dihargai," katanya. — BERNAMA

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online - Horizon

    Posted: 18 May 2011 09:38 PM PDT

    Kosmo Online - Horizon


    Akrobatik lasak yang lumayan

    Posted:

    Akrobatik lasak yang lumayan

    Akrobatik lasak yang lumayan

    Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA



    SUASANA di sekitar Putrajaya pada pagi Ahad itu tampak tenang berbanding hari-hari biasa. Keadaan jalan raya lengang. Pejabat-pejabat kerajaan yang sebelum ini sibuk dengan orang ramai melakukan pelbagai urusan juga kelihatan sunyi sepi.

    Lazimnya, begitulah senario yang boleh dilihat di Putrajaya setiap kali cuti hujung minggu atau cuti umum.

    Bagi Abudi Alsagoff, 20, ketenangan itulah yang dicarinya setiap kali berkunjung ke pusat pentadbiran kerajaan itu saban minggu.

    Bukan apa, dia tidak mahu aktiviti dia dan rakan-rakannya di taman rekreasi berhampiran Menara Putrajaya Holdings itu diganggu.

    Kehadiran mereka bukannya mahu bersuka-ria, jauh sekali melakukan onar. Mereka hadir untuk menguji kemahiran diri dalam parkour (seni pergerakan badan), satu kegiatan ekstrem yang semakin berkembang di negara ini.


    PARKOUR dilihat sebagai seni yang agak berbahaya oleh kebanyakan orang kerana gerakannya yang bukan mudah.


    Landskap taman yang dikelilingi tembok batu, palang besi dan tiang konkrit memberikan cabaran semula jadi kepada peminat parkour sepertinya.

    Lompatan demi lompatan yang dilakukan, disulami dengan aksi akrobatik untuk menempuh pelbagai halangan fizikal di hadapan menggunakan tubuh badan nyata memukau pandangan.

    Itu tidak menghairankan kerana Abudi dan rakan-rakannya sememangnya profesional dalam rutin seni itu. Di bawah payung Kelab 3RUNmy, mereka kini aktif menjalankan pelbagai persembahan bergerak, persembahan untuk badan korporat dan komersial serta bengkel di negara ini.

    Sebagai antara pengasas kelab itu, Abudi berkata, 3RUNmy yang ditubuhkan pada 2008 merupakan kelab parkour profesional pertama negara ini.

    Dia yang aktif dalam parkour sejak 2007 memberitahu, sebelum ini dia dan seorang lagi pengasas kelab itu, Amir Hamzah Abdul Halim, 20, sering menerima pelawaan melakukan persembahan secara individu.

    "Kami mula terfikir seni ini sebenarnya mempunyai tarikan dan nilai komersial yang tersendiri, lalu menubuhkan 3RUNmy.

    "Ia diinspirasikan daripada kejayaan kelab parkour profesional di United Kingdom, 3RUN. Kelab itu bukan sahaja terkenal di seluruh dunia, malah aktif melakukan persembahan, komersial, koreografi, kejurulatihan dan bengkel," katanya yang merupakan pelajar tahun dua Kejuruteraan Elektrik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

    Dianggotai 11 ahli, Abudi menjelaskan 3RUNmy pernah dijemput mengadakan persembahan khas seperti Cabaran Kecergasan 2008, Xtreme Challenge Putrajaya 2008, Hari Belia Negara 2010, Festival Belia Malaysia 2010 dan sebagainya.

    Pendapatan sampingan

    Katanya, kelab itu juga terlibat menjayakan persembahan membabitkan badan korporat seperti pelancaran produk dan karnival seperti pelancaran model baharu Mini Cooper, Puma Winter Fashion Show, Puma Happy Hunting, Reebok dan American International Assurance (AIA).

    "Di samping itu, terdapat beberapa persembahan komersial di televisyen yang pernah dijayakan seperti Marigold, 100 Plus, Astro, Kentuky Fried Chicken, Power Root, Code 10 dan sebagainya.

    "Malah, ada di antara kami juga yang pernah bergelar pelakon aksi ngeri seperti dalam filem Cicak Man 2, Haq dan Jin Notti," jelasnya yang pernah terlibat untuk penggambaran komersial luar negara bagi produk Navratna Oil.


    KREW 3RUNmy melakukan lompatan balik kuang secara serentak yang memerlukan ketangkasan dan kemahiran tinggi.


    Tambah Abudi, dia tidak menyangka parkour yang disertainya sebagai salah satu aktiviti kecergasan pada masa lapang satu ketika dahulu, kini mampu menjana pendapatan sampingan.

    "Boleh dikatakan setiap bulan ada sahaja jemputan yang diterima sama ada untuk persembahan atau komersial.

    "Bagaimanapun, ia tidak bermakna kami mengabaikan keaslian seni ini disebabkan mahu mengejar prestij atau wang. Ia masih satu seni indah yang menggabungkan aspek mental, fizikal dan persekitaran untuk menghasilkan gerak langkah yang menggagumkan," ujarnya yang bercadang untuk menubuhkan akademi dan gimnasium di bawah 3RUNmy satu hari nanti.

    Sementara itu, bagi Amir pula, dia tidak menyangka minat mendalam terhadap parkour membolehkannya menimba pengalaman lakonan dalam filem Cicak Man 2 pada tahun 2008.

    Ujarnya, biarpun sudah biasa terlibat dalam penggambaran komersial sebelum itu, namun penggambaran filem lebih mencabar kerana melibatkan banyak lokasi, tempoh masa panjang dan jadual yang ketat.

    Katanya, dalam filem itu, dia menjadi double stunt untuk watak utama Cicak Man 2, Hairi lakonan Saiful Apek.

    "Penggambaran mengambil masa sehingga sebulan membabitkan beberapa lokasi sekitar Pahang, Kuala Lumpur dan Selangor.

    "Boleh dikatakan hampir semua aksi lagak ngeri yang ditampilkan dalam filem itu dilakonkan oleh saya," katanya yang dibayar sehingga RM10,000 dalam filem itu.

    Bercerita tentang pengalamannya, Amir berkata, cabaran utama yang perlu dilalui adalah membiasakan diri dengan kostum Cicak Man yang dipakai ketika melakukan aksi-aksi lasak dan merbahaya.

    "Sut getahnya agak keras dan menyukarkan sedikit pergerakan, pada masa yang sama lokasi yang sentiasa berubah-ubah menyebabkan saya perlu membiasakan diri terlebih dahulu sebelum melakukan aksi-aksi yang diminta.

    "Ia merupakan pengalaman berharga, saya rasa bertuah kerana dikelilingi orang yang profesional dan tahu menjaga keselamatan diri saya," jelasnya yang teruja dapat berkerja di bawah pengarah muda tersohor, Yusry Abdul Halim.

    Rezeki Halim, nyata tidak terhenti setakat itu sahaja, dia turut ditawar melakukan aksi yang sama di dalam filem Jin Notti dan Haq.

    Ujarnya, minat yang mendalam dalam bidang seni dan pengarahan filem mendorongnya mengambil jurusan Diploma Perfileman di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

    "Saya mahu berjaya serentak dalam kedua-dua bidang. Siapa tahu, satu hari nanti saya akan mengarahkan filem sendiri dan menggabungkan parkour dalamnya seperti filem Yamakasi yang berjaya mempopularkan seni ini di seluruh dunia," katanya yang turut berkongsi minat dengan adiknya, Ammar Haidhar, 21.

    Fleksibiliti gerakan


    AHLI Kelab 3RUNmy pernah mengadakan persembahan untuk majlis pelancaran model baru Mini Cooper.


    Pelajar perubatan di Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Muhammad Sabree Mohd. Sapian pula berkata, dia gembira kerana parkour semakin diminati masyarakat biarpun tidak begitu popular berbanding sukan lasak lain seperti BMX, skateboard atau rollerblade.

    "Sebelum ini, ramai yang salah tafsir dan beranggapan seni ini yang merbahaya dan memudaratkan, malah ada juga yang menganggapnya sebagai satu perbuatan vandalisme.

    "Namun sejak kebelakangan ini, popularitinya semakin meningkat, ini dapat dibuktikan melalui maklum balas yang diterima orang ramai dan penganjur setiap kali selesai melakukan persembahan," katanya yang kini mencecah 23 tahun.

    Mula menceburi parkour pada 2003, pemuda itu memberitahu, parkour merupakan seni yang menitik beratkan aspek disiplin, stamina, kelenturan dan ketahanan badan melalui satu gerakan.

    "Kami bukan melakukannya secara semberono, sebaliknya menganalisis persekitaran sebelum membuat keputusan melakukan sesuatu aksi dalam melepasi sesuatu halangan di hadapan," ujarnya.

    Jelasnya, seni yang dipopularkan oleh David Belle sekitar tahun 1990-an itu telah banyak mengalami transformasi dan tidak sekadar lompatan biasa bagi melepasi halangan semata-mata.

    Katanya, kini terdapat elemen-elemen baru telah dicipta dalam parkour menggabungkan aksi akrobatik dan kreativiti seperti flip (lompatan berpusing) bertujuan menjadikan sesuatu persembahan itu lebih menghiburkan.

    "Jika diikutkan terdapat beratus-ratus gerakan dalam parkour, namun asasnya masih sama iaitu berlari, melompat, memanjat, mengimbangi diri dan melakukan pergerakan dengan senyap.

    "Menariknya, walaupun menempuh halangan yang sama, gerakan parkour adalah berbeza bagi seseorang individu. Hanya empunya diri yang tahu apa yang akan dilakukannya, sebab itu parkour amat sukar dijangka," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Perjalanan merawat hati lara

    Posted:

    Perjalanan merawat hati lara

    Perjalanan merawat hati lara


    KOTA Venice juga ideal buat mereka yang datang bersendirian.


    USAH peduli tentang kesedihan lalu. Menangis dalam hiba akibat kehilangan seseorang, rasa menyesal yang tidak berkesudahan atau menyalahkan diri sendiri kerana kegagalan dalam sesebuah perhubungan hanya akan membiakkan 'virus' negatif dalam diri.

    Meskipun begitu, perjalanan hidup perlu diteruskan dan antara penawar terbaik buat mereka yang dirundung kedukaan adalah dengan mengembara. Istilah soul-searching atau mencari jiwa memerlukan seseorang berada di tempat yang mampu membangkitkan kekuatan dalaman, seterusnya mengobarkan semula rasional minda, emosi dan tindakannya.

    Begitupun, destinasi yang disyorkan ini bukanlah senarai muktamad. Cadangan ini dipilih berdasarkan beberapa faktor penting untuk merawat lara hati.

    Ciri perjalanan ideal untuk tujuan tersebut perlu menggabungkan beberapa ciri ini - kesempatan dan ruang untuk bersendiri, kekayaan elemen setempat untuk dihayati, cabaran fizikal serta faktor insan yang membuatkan seseorang itu kembali yakin pada hubungan sesama manusia. Bersedialah dan siapkan bagasi anda!

    Menuju puncak

    Ketepikan dahulu bayangan bersantai di bawah redup palma di pulau-pulau peranginan di seluruh negara. Meskipun Pangkor Laut, misalnya, pernah menarik minat mendiang Elizabeth Taylor untuk menenangkan jiwa daripada tekanan dunia Hollywood, anda cubalah pula lokasi beraltitud tinggi.

    Di Malaysia, kalau Gunung Tahan di Pahang belum cukup memerah tenaga dan memberi kepuasan, dakilah ke puncak yang lebih mengujakan - Gunung Kinabalu, Sabah.

    Bak kata seorang teman saya yang pernah sampai ke ketinggian melebihi 4,000 meter itu untuk melupakan kisah cintanya: "Kinabalu mengajar banyak perkara. Semasa dalam kilometer terakhir sebelum tiba di puncak, ia betul-betul menuntut fokus dan azam individu kerana ketika itu seseorang pendaki tidak lagi bergerak dalam kumpulan."

    Menurutnya, puncak itu amat mencabar upaya mental dan fizikal. Ditambah pula dengan permukaan yang semakin curam dan berhalangan. Saat menyusun langkah dengan sisa kudrat terakhir, dia merasakan dunianya jauh lebih luas daripada terus terbelenggu dengan memori mantan kekasih.

    Apabila berada di puncak tertinggi di Borneo itu, menjeritlah sekuat hati tanda kemenangan. Mungkin dari mercu tersebut, anda dapat mengintai ilham ke destinasi seterusnya.

    Mistikal Jawa


    HAYATI panorama perubahan musim tatkala menjelajah dengan kereta api Trans-Siberia.


    Sekiranya Bali di Indonesia terlalu komersial, sesak dan overrated, alihkan haluan anda ke Yogyakarta dan Solo. Di situ, anda juga boleh mengadaptasi kehidupan dalam masyarakat relaks, santun dan berseni.

    Selain menawarkan pelbagai lokasi candi mistikal yang mengajak anda mengimbau kisah pertembungan peradaban Hindu dan kedatangan Islam ke kepulauan Nusantara, Yogyakarta sebenarnya mempunyai daya penarik faktor-X yang hanya dirasai mereka yang cuba menyelami susur kebudayaan Jawa.

    Daripada gemalai tarian keraton, penghayatan seni di sepanjang Jalan Malioboro, menyaksikan keteguhan Candi Borobudur di Solo hinggalah kepada hipnotisme pantai luas di sebelah selatan yang mengangkat mitos Nyi Roro Kidul, anda akan 'disedut' ke dalam dimensi pelancongan yang istimewa.

    Naluri juga bakal disaji dengan kisah kebangkitan semula masyarakatnya selepas tragedi letusan Gunung Merapi dan gempa bumi. Selain itu, hadiahkan juga diri anda dengan seleksi gastronomi yang menyelerakan, dari lesehan hinggalah ke restoran mewah.

    Landskap indah Nepal

    Tidak banyak tempat lain yang boleh memenuhkan semula dos keterujaan dalam seperti Nepal. Anda boleh menyertai banyak aktiviti fizikal yang tidak memerlukan kos tinggi di bumi pergunungan itu. Treking di lereng gunung bersalji, berkayak di Sungai Trusuli atau menaiki belon udara panas adalah antara pilihan aktiviti yang memerlukan anda tampil bersemangat.

    Kalau dada Everest bukan gelanggang anda, cubalah bermain hukum graviti dengan mencuba terjunan Nepal Bungee setinggi 160 meter. Ketika tali merentap dan melonjakkan semula anda ke atas, anggaplah itu suatu falsafah bahawa sedalam manapun hati anda telah jatuh dan retak, ia masih boleh dilambung semula dalam teriakan kegembiraan!

    Menikmati keindahan landskap hijau di Nagarkot juga suatu pilihan berbaloi, selain bersiar-siar di jalanan Kathmandu untuk menyerap kepelbagaian budaya seterusnya menyertai 'kegilaan' terapi runcit.

    Keinsanan India


    MENGHARGAI keindahan Air Terjun Niagara bermakna mendekatkan diri pada kebesaran Penciptanya.


    Hidupkan fantasi Bollywood dan selami tradisi ribuan warna kehidupan di bumi Mahatma Gandhi yang penuh pengajaran. Pilihan negeri seperti Maharashtra, Rajasthan dan Uttar Pradesh bakal membawa seseorang pengembara merentasi 1,001 lokasi budaya dan sejarah yang popular.

    Antara tarikan yang paling diuar-uarkan adalah keunikan Kota Merah Jambu di Jaipur, Kota Putih di Udaipur, syurga backpacker di Kerala dan Goa, bazar-bazar tekstil, metropolis Mumbai serta kota paling sucinya, Varanasi Ghats dekat Sungai Gangga.

    Jika mahu menghayati keindahan memorial cinta Taj Mahal di Agra pula, pastikan anda tidak terbawa-bawa kisah sedih diri sendiri. Sebaliknya, anda harus tabah memasang harapan bahawa insan yang bakal menyanjung hati anda akan muncul juga dalam situasi yang tidak disangka.

    Seperkara yang boleh membuatkan diri anda berasa bertuah adalah dengan menilai sendiri kehidupan masyarakat rendahan India. Biarpun dihenyak realiti hierarki sosial dan daif dalam kepadatan populasi, mereka tetap memiliki tahap survival yang tinggi.

    Sensasi Syria

    Antara menghayati pertembungan tamadun dengan melayan kecelaruan emosi, anda seharusnya mudah membuat pilihan yang tepat. Kalau bukan kerana senario pergolakan politik yang sedang berlaku sekarang ini, pasti sudah ramai yang mahu terus 'terbang' ke Damsyik.

    Di bumi yang rata-rata masyarakatnya memandang tinggi warga Malaysia, anda bakal terpukau dengan seni bina tradisional yang teguh berdiri seiring diversiti budaya yang diwarisi sejak berkurun-kurun lamanya. Itu terjadi sejak peralihan kuasa tamadun dan agama seperti Empayar Rom, Semitik, Kristian, Islam Umayyah dan Uthmaniyyah.

    Syria menyambut tetamunya dengan keluk gerbang dan tiang Roman yang terjalin bersama binaan masjid ikonik dan citadel bersaiz mega. Terdapat juga rangkaian souq yang masih berfungsi sejak zaman dahulu kala. Setiap langkah akan diiringi aroma rempah, minyak wangi, asap shisha dan hasil agrikultur bersatu menusuk deria hidu lantas menyegarkan pancaindera yang lainnya.

    Syria juga bangga meraikan tinggalan sejarah peradabannya di beberapa kota utama lain seperti Aleppo, Palmyra dan Lattakia.

    Rel Trans-Siberia

    Cadangan ini adalah bonus bagi yang mahu merentas pelbagai negara dalam satu perjalanan yang panjang. Laluan kereta api Trans-Siberia adalah jaringan pengangkutan rel yang menghubungkan Moscow, Rusia ke terminal Pasifik Vladivostok berdekatan Laut Jepun.

    Ia juga menghubungkan Moscow ke Beijing, China melalui Ulaanbaatar, Mongolia (laluan Trans-Mongolia), sementara cabang perjalanan ketiga adalah penjelajahan Siberia dan Manchuria ke Beijing (Trans-Manchuria).


    KETENANGAN hakiki bagi umat Islam dapat dirasai di Masjidil Haram.


    Untuk mengikuti perjalanan ini, perancangannya lebih mencabar dan anda perlu teliti menyediakan item wajib seperti visa, bekalan makanan, barangan dan aksesori kembara lasak. Perjalanan ini pastinya menguji semangat berdikari dan jati diri anda.

    Dari jendela koc di sepanjang ekspedisi ribuan kilometer itu, anda dapat menyaksikan peralihan panorama landskap empat musim. Merah kuning musim luruh bertukar salji putih dan dataran tandus bertukar aneka warna musim bunga. Bukankah itu juga fasa perubahan diri yang perlu anda lalui?

    Romantika Itali

    Mungkin ada rasionalnya penulis novel Eat Pray Love, Elizabeth Gilbert memilih Itali untuk mencari penawar jiwanya. Tidak dinafikan, dalam naskhah yang diangkat menjadi filem lakonan Julia Roberts itu, visual penonton telah digula-gulakan dengan lokasi cantik, penduduk tempatan dengan perwatakan menarik dan seleksi kulinari yang amat menyelerakan di kota tersebut.

    Di Itali, sesiapa pun bakal terlupa tentang orang di sekeliling kalau sudah terlihat kelazatan pasta, piza, risoto dan sos likat berherba. Deria hidu dan tunas rasa lidah yang terpukau itu ditambah pula dengan suasana pemandangan seumpama poskad. Resapilah falsafah seni bina warisan Rom yang terpampang di depan mata untuk menyuntik inspirasi artistik dalam diri.

    Mungkin juga di Venice, perasaan cinta bakal berputik. Ia terjadi saat terpandang wajah-wajah molek tatkala mencari jalan keluar dalam jaringan lorong antara bangunan restorasi dan monumen, ataupun ketika dibuai celoteh serta nyanyian si pendayung gondola.

    Khazanah Kanada

    Jangan terlalu taksub pada pemasaran pelancongan Amerika Syarikat kalau Kanada juga tidak kurang hebatnya. Keindahan Air Terjun Niagara misalnya, umpama sebuah persembahan alam yang spektakular. Destinasi itu mengungguli senarai tarikan dalam bandar utamanya yang lain seperti Ottawa, Calgary, Toronto dan Montreal.

    Khazanah alam semula jadi di Kanada pasti membuka perspektif baru buat pengembara yang mencintai kejadian glasier, tasik, gunung-ganang dan lembah. Keseronokan ke Sulphur Mountain, bersiar dengan bot di Tasik Minnewanka ataupun bermain ski di Onto Whistler mampu melenyapkan sebarang perasaan tidak bermaya dalam diri.

    Rahmat Mekah-Madinah


    SYRIA amat kaya dengan elemen pertembungan tamadun.


    Destinasi ini bukan sembarangan. Bersihkan dahulu niat untuk menjadi tetamu di buminya lantaran tujuan kunjungan bukanlah untuk bersuka-suka.

    Terlalu agung pengertian dan pengisian perjalanan ke tempat ini bagi umat Islam. Maka, akan sia-sia jadinya kalau kedatangan itu tidak diiringi cetusan keinsafan, keluhuran hati dan penyerahan jiwa secara total kepada Yang Maha Esa.

    Kalau mencari matlamat diri dan kehidupan, Mekah adalah tempatnya. Kaabah di Masjidil Haram adalah subjek kemuncak dan tumpuan bagi seseorang untuk menilai perjalanan hayatnya. Suara azan, takbir dan bacaan ayat-ayat suci yang bergema merentangi lembah makmur itu adalah ubat yang meresap ke sudut hati paling dalam.

    Ziarah ibadah dan inspirasi di Tanah Haram itu juga boleh dicapai dengan melawat Jabal Rahmah iaitu tempat Nabi Adam bertemu semula dengan Hawa di dunia selepas sekian lama terpisah. Begitu juga dengan Gua Hira' di Jabal Nur yang mengimbau cerita pesembunyian Rasulullah SAW dan kesetiaan isteri baginda, Saidatina Khadijah.

    Di Madinah pula, tiada agenda yang lebih utama selain mengunjungi Masjid Nabawi yang di dalamnya terdapat ruang Raudhah yang menjadi tempat paling makbul untuk memanjatkan doa.

    Di situlah juga makam Rasulullah SAW ditempatkan. Berdoalah untuk baginda dan bayangkan juga jerih payah perjuangan menegak syiar Islam. Tentunya detik tersebut memberi keinsafan yang melampaui segala beban fikiran yang lain-lainnya.

    Antara lokasi lain yang patut dikunjungi di Madinah ialah Makam Baqi iaitu tempat keluarga dan saudara-mara Rasulullah dikuburkan, Jabal Uhud iaitu bukit yang menyaksikan sejarah kekalahan Islam dalam Perang Uhud dan Masjid Qiblatain yang mempunyai cerita penerimaan wahyu berkenaan dua kiblat.

    Walau ke mana pun haluan destinasi anda untuk merawat lara hati, sertakan perjalanan itu dengan etika, tujuan dan juga harapan untuk menjadi manusia yang lebih baik saat pulang nanti. Mengembaralah, kerana setiap destinasi itu bakal memberi tenaga baharu buat diri anda!

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan