Isnin, 27 Jun 2011

02 di baling - Google Blog Search

02 di baling - Google Blog Search


My Personal Journey: Khenduri <b>di Baling</b>

Posted: 02 Jun 2011 06:23 AM PDT

Perjalanan pagi ini nyaman sekali.Singgah dulu untuk makan nasi lemak kat Beseri. Memang enak. Kemudian meneruskan perjalanan ke Gurun. Melepasi pekan Jeniang aku teringat akan rumah kawan lama kat Imigresen, sekarang daha jadi TPPI(K). Aku pernah datang kesini dulu dengan PI Azman Seram. dapat pi menembak tupai kat kebun.

Aku juga dapat tengok balai polis masih berdiri megah kat tepi sungai. Memang menarik, bangunan sejak dari zaman penjajah.

Kemudian singgah sebentar untuk minum dan baca surat khabar. Meneruskan perjalanan melewati banyak gerai-gerai menjual barangan hasil tangan dan jeruk buah kelubi.

sampai dipekan Baling, singgah di Balai Polis bBaling untuk mendapatkan maklumat ke rumah khenduri kerana tiada kad jemputan sebagai petunjuk untuk ke sana.

perjalanan agak jauh ke dalam kampong tapi masih dapat dicari. Parking kereta dalamkebun kelapa sawit. Jumpa tuan rumah suami isteri. Semua sambut dengan mesra. Masa nak makan, makanan dihidang. Empat orang satu talam. Ramai yang datang bawa keluarga. Aku kena tunggu dulu. Aku diberitahu yang buffet hanya ada lepas pukul 2.00ptg.

Ada sepasang suami isteri datang. Orang yang agak dewasa. Aku tumpang semeja. Makanan banyak, yang istimewa gulai daging batng pisang, memang sedap. Kalau makn tak nak jamah ayam dah. Aku tambah dua kali.

Lepas makan Ishak dan isteri pula sampai. Joint meja dia pula untuk borak. Kemudian pulang dan meneruskan perjalanan ke Bukit Mertajam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan