Selasa, 7 Jun 2011

02 di kubang pasu - Google Blog Search

02 di kubang pasu - Google Blog Search


Hutang cukai pintu <b>di Kubang Pasu</b> bagi penggal pertama cecah RM3 <b>...</b>

Posted: 06 Jun 2011 06:23 PM PDT

DISITA: Zakariya (dua,kiri) melekatkan notis sita barangan di salah sebuah kedai gunting rambut yang gagal membayar tuggakan cukai pintu sebanyak RM1,000 di Pekan Jitra, semalam. — Gambar Bernama

JITRA: Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) semalam menyita 30 rumah dan premis perniagaan sekitar Pekan Jitra yang mempunyai tunggakan cukai pintu sebanyak RM85,000.

Ketua Bahagian Penguatkuasa dan Tunggakan Hasil MDKP, Zakariya Ahmad yang mengetuai operasi sita itu, berkata pihaknya telah mengeluarkan notis amaran kepada mereka yang gagal menjelaskan tunggakan cukai pintu sejak Januari lalu namun tidak diendahkan.

"Kita akan sita premis mereka yang mempunyai tunggakan cukai antara RM1,000 hingga RM5,000 ekoran gagal menjelaskannya sehingga tarikh tutup pembayaran pada 28 Feb lepas.

"Bagi penggal pertama (Jan-Jun) tahun ini MDKP hanya memungut hasil cukai pintu sebanyak RM60,000," katanya pada sidang media selepas melakukan operasi sita itu.

Zakariya berkata, daripada jumlah tunggakan RM3.4 juta untuk penggal pertama tahun ini, cukai pintu kediaman daerah ini adalah sebanyak RM1.4 juta. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

KedahLanie.info: E-Idaman lancar dua lori baru <b>di Kubang Pasu</b>

Posted: 16 May 2011 05:58 PM PDT

JITRA, 16 Mei – Bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kutipan sampah di Daerah Kubang Pasu, Syarikat Environment Idaman (E-Idaman) melancarkan 2 buah lagi Lori Kompator dan Tricycle baru.

Ketua Pegawai Ekskutif Syarikat E-Idaman berkata, sebelum ini dalam satu-satu masa lori yang sedia ada hanya mampu membawa dua hingga tiga tan sampah sahaja, tetapi kini dengan lori baru ianya mampu membawa sehingga 10 tan sampah dalam satu perjalanan.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Pelancaran Lori Kompator Baru dan Tricycle di Bandar Darul Aman.

"Dengan penambahan lori ini menjadikan Kubang Pasu mempunyai empat buah lori berkapasiti 10 tan dan dua unit Lori Armroll.

"Saya berharap ianya dapat mengurangkan masalah sampah yang tidak dapat dikutip sebelum ini," terangnya.

Tambah Saiful, bagi menjadikan perkhidmatan yang lebih berkesan dan sistematik pihaknya merancang untuk menyusun kembali dan menggabungkan laluan kutipan yang sedia ada.

Secara tidak langsung kutipan jadual dapat disusun semula dan papan tanda kutipan akan diletakkan di setiap taman perumahan bagi memudahkan penduduk merujuk jadual berkenaan.

Hadir melancarkan majlis tersebut, Yang Dipertua Majlis Daerah Kubang Pasu, Dato' Noh Yahya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan