Khamis, 2 Jun 2011

02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


QUEENPINK: Percutian <b>Di</b> Pulau <b>Langkawi</b>,Kedah 3

Posted: 07 May 2011 04:05 PM PDT

QUEENPINK: Percutian Di Pulau Langkawi,Kedah 3
skip to main | skip to sidebar

Percutian Di Pulau Langkawi,Kedah 3



Padang Beras terbakar ini terletak di halaman rumah Ku Halim bin Ku Hassan,Kampung Raja, Mukim Padang Mat Sirat,17 km dari Pekan Kuah.Semasa berlakunya peperangan antara Siam dengan Langkawi di Selat Pancur,Dato Kemboja selaku ketua perang angkatan Langkawi terasa akan kalah di tangan Siam.Beliau dengan segera menghantar utusan ke Padang Mat Sirat mengarah semua penduduk kampung mengumpul padi hasil menuai mereka di suatu tempat untuk dimusnahkan atau di bakar.Penduduk kampung telah mengorek sebuah lubang besar dan padi yang dikumpulkan dimasukkan ke dalam lubang ini lalu di bakar.Perkara ini terpaksa dilakukan bagi mengelakkan padi itu dirampas oleh pihak Siam yang mana akan menjadi bekalan utama mereka apabila bertapak di Pulau Langkawi.Dari peristiwa inilah hingga sekarang masih terdapat kesan beras terbakar yang dapat dilihat dengan jelas di hadapan rumah Ku Halim Ku Hassan.


Di Padang Matsirat,terdapat kedai-kedai yang menjual kain batik jawa,kain pelikat,baju-baju,souvenirs,dan t-shirts dijual.Saya beli 3 kain batik bawa dewi yang berwarna merah jambu,ungu dan biru.Satu untuk saya terutama sekali warna merah jambu dan 2 lagi untuk adik perempuan iaitu Didi dan Ita.Tunang saya beli sehelai kain batik tiga serangkai untuk emak saya dan kain pelikat Cap Gajah Duduk jenis benang 5000 untuk ayah saya serta t-shirt untuk adik bongsu lelaki saya.








Idaman Suri ialah tempat menjual pelbagai barang seperti set pinggan mangkuk,set cawan,coklat dan lain-lain lagi.Saya dan tunang saya membeli coklat di sini.Saya membeli coklat kisses,coklat daim dan lain-lain lagi.Saya suka makan coklat.







Haji Ismail Group juga merupakan tempat yang paling popular  untuk membeli belah seperti kain batik,coklat,pinggan mangkuk dan sebagainya.Tunang saya beli coklat,kain batik dan kain pelikat di sini.Selepas puas berjalan dan shopping,kami pulang ke hotel.Penatnya berjalan sampai kaki saya melecet.Huhuhu..
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan