02 di langkawi - Google Blog Search |
Wave Breaker <b>di</b> Pulau <b>Langkawi</b> | ! !shahjiehan [dot] com ! ! Posted: 30 May 2011 05:53 AM PDT Wave Breaker sebagai penahan ombak. Wave breaker merupakan tiang atau binaan yang didirikan dari Pantai Cenang ke Kuala Melaka. Di bina hampir 10 tahun yang lalu bertujuan sebagai penahan ombak dan air laut. Ia terbukti dapat menghindar ombak dan air laut yang kuat semasa kejadian tsunami pada 26 Dis 2004 dan menyelamatkan kawasan Langkawi Lagoon, Airport dan sekitarnya daripada terjejas teruk. *Bergantung kepada Kuasa Allah s.w.t. =) Fungsi pembinaan wave breaker. a) Membantu mengelak hakisan pantai. b) Menghalang dan memecahkan ombak- utk menwujudkan kawasan perairan yg tenang. c) Melindungi atau mengurangkan kesan kemusnahan pantai. d) Mengelak ombak & kejadian air pasang surut. Peta lokasi Airport dan Langkawi Lagoon Resort yang dilindungi oleh Wave Breaker.Lagoon Resort boleh di lihat dari atas wave breaker.Zoom dari dekat. Dari pandagan udara. Pandangan dari udara. Dari atas Wave Breaker. (hujung trek) Trek Jogging yang luas. Wave breaker dijadikan trek jogging. Bersebelahan jalan belakang Langkawi Lagoon terdapat satu trek jogging untuk kegunaan sesiapa saja (tidak hanya penyewa resort) yang berminat untuk melakukan aktiviti riadah. Trek jogging ini merupakan sebahagian dari binaan wave breaker. Kenderaan juga di larang masuk menjadikan tempat ini lenggang dan nyaman. Di bahagian hujung trek (yang terbengkalai). Wave breaker menjadi tumpuan kaki pancing. Memancing di sini ibarat memancing di tengah lautan. Wave Breaker ini boleh di jadikan salah satu tempat perlancongan di Langkawi. Tetapi risiko untuk jogging di kawasan ini adalah tanggungan masing-masing. Mungkin tempat ini terdedah kepada ombak besar. Tapi aku jogging kat tempat ni minggu lepas mmg best. Dengan deruan ombak, angin laut, pemandangan laut, bunyi bot nelayan sangat mengujakan. Walaubagaimanapon, jika nk jogging kat sini, anda kene pakai spek hitam, kerana cahaya matahari selari dengan laluan trek. Pengunjung kurang. a) Trek jogging tidak siap sepenuhnya (hujung trek seperti terbengkalai.) b) Tiada promosi kepada pelancong. c) Tiada papan tanda "WAVE BREAKER". d) Kawasan tepi trek agak semak. e) Berisiko tinggi. "the ones that love us, never really leave us " Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di langkawi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan