Jumaat, 24 Jun 2011

02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


Keindahan <b>di</b> Sebalik Jendela <b>Langkawi</b> Lagoon Resort | Mata Hati Mekar

Posted: 29 May 2011 09:21 AM PDT

Peta Pulau Langkawi

Assalammualaikum dan Salam sejahtera semua.

Boleh dikatakan dalam sebulan, pasti sekali mekar akan ke pulau Langkawi kerana mengikut mr suami atas urusan kerjanya. Memandangkan kami belum lagi mempunyai zuriat, jadi mudah sangat la untuk mekar mengikut ke mana saje tempat yang mr suami mahu bawa. Awal-awal dulu memang rasa seronok bila suami ajak pi Langkawi. Tapi sekarang ni bila diajak, dah rasa biasa-biasa aje…huhu. Tambah lagi bila cuaca di Langkawi pernah mencecah 35 darjah celsius  membuatkan kulitku terbakar. Sangat panas (sehingga ada kawasan padang di Langkawi boleh terbakar dengan sendirinya !) Err.. Pernah sekali kami diserang demam panas gara-gara cuaca yang tidak menentu. Tak sanggup rasanya nak keluar rumah pada ketika itu.

Baiklah, kali ni mekar bukan nak cerita sangat tentang apa yang ada kat langkawi ni. Sebab pada firasat mekar mesti anda semua pernah bercuti di pusat peranginan antara yang tercantik di Malaysia ini kan? Dan tahu kat mana tempat-tempat yang menarik untuk dilawati? Tapi kalau tak tahu juga, boleh la mekar selit-selitkan ceritanya di artikel akan datang. Tapi untuk kali ni jom kita tengok cerita menarik di bawah :-

Langkawi Lagoon, resort unik di atas air

Welcome to Langkawi Lagoon Resort !

Asal dapat berjalan-jalan, mekar suka mengambil gambar. Suatu hari ketika sedang berjogging di sekitar perkampungan Kuala Melaka Langkawi, maka terlihatlah mekar pada keunikan sebuah resort ini.  Mekar pun dapat idea untuk kongsikan sesuatu dalam blog. Jadi, operasi seterusnya mekar mengajak sahabat  mekar  untuk menjalankan aktiviti meronda sambil mengambil gambar. Sahabat mekar ni orang Langkawi yang bekerja di bidang pelancongan . Jadi dia tahu benar selok-belok lokasi menarik di sini. Apakata kita layan gambar-gambar dan pemandangan indah di sekitar lokasi terpilih ini iaitu di Langkawi Lagoon Resort.

uniknya villa ini yang terapung di atas air !

Langkawi Lagoon terletak di Padang Mat Sirat iaitu kira-kira 3 KM atau 5 minit perjalanan dari Lapangan Terbang AntaraBangsa Langkawi. Lokasi resort ini sukar dilihat dari pemandangan biasa sepanjang jalan raya kerana kedudukannya terselindung serta agak privasi. Ia juga terletak bersebelahan Jambatan Kuala Muda menghala ke perkampungan nelayan Sungai Triang.

Resort ini dibangun serta diusahakan oleh pemaju hartanah Bumiputera yang berjaya iaitu MK Land Berhad.

Sesiapa saja yang melangkah masuk ke Langkawi Lagoon ini pasti akan terpegun dan terpesona dengan pemandangan indah yang terdapat di dalamnya. Suasana itu sungguh  mendamaikan dan menenangkan jiwa kerana ia jauh dari hiruk pikuk kesibukan kota.

Lagaknya seperti seorang pelancong, mekar dan sahabat sibuk merakam gambar persekitaran Langkawi Lagoon. Sehingga tidak tersedar  rupanya kami masih berpijak di bumi Malaysia saat itu. Ohh..aku terpesona 8)
Setiap unit villa mempunyai balkoni sendiri dengan kelengkapan dapur dan kemudahan kamar tidur.
salah satu unit banglo di Langkawi Lagoon

Lihatlah rekabentuk resort bertaraf 5 bintang ini. Sungguh istimewa dan menarik perhatian sesiapa yang memandang  kerana rekabentuknya melambangkan Rumah Melayu Tradisional. Keunikkannnya lebih terserlah kerana ia didirikan di atas air yang tenang dan dilindungi daripada laut terbuka oleh penahan ombak ("wave breaker").

Disamping mempunyai resort di atas air, Langkawi Lagoon juga mempunyai 84 unit bilik hotel di kawasan darat tetapi masih menghadap laut.
Ini adalah "massage wakaf" tempat untuk pengunjung berehat-rehat
mengikut petunjuk, resort ini turut menawarkan pelbagai pilihan makanan antarabangsa di Anjung Brasserie, Rajawali Seafood Restaurant dan Mentari Lounge. terdapat juga pusat gymnasium dan pusat Spa
kolam renang untuk kegunaan dewasa dan kanak-kanak
Laguna Bistro – tempat berhibur dan mendengar muzik diwaktu malam

Wave Breaker sebagai penahan ombak !

Wave breaker merupakan tiang  atau binaan yang didirikan dari Pantai Cenang ke Kuala Melaka. Berfungsi sebagai penahan ombak dan air laut. Ia terbukti dapat menghindar ombak dan air laut yang kuat semasa kejadian tsunami pada 26 Dis 2004 dan menyelamatkan kawasan Langkawi Lagoon, Airport dan sekitarnya daripada terjejas teruk.

Peta lokasi Airport dan Langkawi Lagoon Resort yang dilindungi oleh "wave breaker".

Fungsi lain pembinaan wave breaker

a) membantu mengelak hakisan pantai

b) menghalang dan memecahkan ombak- utk menwujudkan kawasan perairan yg tenang

c) melindungi atau mengurangkan kesan kemusnahan pantai

d) mengelak ombak & kejadian air pasang surut

wave breaker sebagai trek melakukan aktiviti riadah

Bersebelahan jalan belakang Langkawi Lagoon terdapat satu trek jogging untuk kegunaan sesiapa saja (tidak hanya penyewa resort) yang berminat untuk melakukan aktiviti riadah. Trek jogging ini merupakan sebahagian dari binaan wave breaker. Walaupun kawasannya agak sunyi tetapi.. oh..alangkah indahnya dapat berjogging di sini kerana sambil berlari-lari mekar dapat menikmati angin laut yang sepoi-sepoi bahasa, pemandangan yang luas terbentang  dan dapat melihat bot-bot nelayan yang bergerak pulang dari menangkap ikan.

binaan wave breaker yang dijadikan trek untuk berjogging
Setiap kali turun ke Langkawi, pasti mekar berjogging di sini sambil menyedut udara segar disamping mengambil gambar.
wave breaker di tengah laut. tak pernah jogging sampai sini lagi ! mekar rasa gayat sebab berdiri kat hujung binaan semata2 nak ambil gambar ni
wave breaker – pandangan dari udara

Amacam sahabat semua? Puas hati tak layan gambar-gambar ini.  Semoga panduan di atas boleh memberi idea kepada sesiapa yang buntu mencari resort/hotel mana harus di tuju sekiranya turun bercuti ke Langkawi. Walaupun harganya sedikit mahal tetapi berbaloi  dengan kemudahan, layanan dan ketenangan yang bakal diperolehi. Tak perlu kita menghabiskan duit ke luar negara demi untuk mencari ketenangan. Kerana segalanya terdapat di SINI. Selamat Menyambut Cuti Sekolah 8)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan