Isnin, 6 Jun 2011

02 di padang serai - Google Blog Search

02 di padang serai - Google Blog Search


Tetamu Dari <b>Padang Serai</b> | Peristiwa | Ruslie Sophian

Posted: 08 May 2011 01:46 PM PDT

Bersama Abang Chob di SOHO ku.

Dua minggu lalu aku berkunjung ke rumah Abang Chob di Padang Serai dalam menimba ilmu website. Meskipun kami belum pernah bersua muka, namun aku disambut mesra. Maka tidak hairanlah kelas website yang beliau kendalikan mendapat sambutan hebat. Pelajar-pelajarnya bukan sekadar dari semenanjung sahaja bahkan meliputi dari Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura.

Kadang-kadang kita tidak terfikir bagaimana seorang guru website yang tinggal di sebuah pekan kecil boleh mendapatkan pelajar-pelajar dari jauh. Tapi apupun, itulah kuasa Internet. Yang jauh dirapatkan…yang dekat dieratkan…asalkan ianya tidak disalahguna.

Aku juga kenal Abang Chob kira-kira 2 tahun lalu melalui websitenya yang memperomosikan satu perniagaan MLM yang berasaskan pelaburan. Tetapi seketika selepas itu, beliau memulakan kelas website pula.

Pada mula aku tertanya-tanya juga boleh dapat sambutan ke? Kalau setakat penduduk-penduduk di sekitar pekan itu bolehlah, kot! Tapi aku silap! Tanpa menyedari bahawa kuasa Internet tidak ada batasan. Jangan terkejut seandainya suatu hari nanti beliau mendapat murid yang datang dari Indonesia atau lain-lain negara.

Sebaik aku hubungi beliau dulu untuk menjadi muridnya, Abang Chob terdiam seketika. Kemudian meluahkan yang beliau juga ingin berguru dengan aku. Katanya, beliau pernah kunjungi blog aku dan dia kagum blog aku dapat sambutan daripada pelawat-pelawat. Lalu dia cadangkan supaya kami 'butter trade'. Tetapi beliau mahu aku datang ke Padang Serai kerana kalau dia ke Kuala Lumpur, dia bimbang akan sesat. Aku setuju!

Tiga hari dua malam aku di Padang Serai, kami bertukar ilmu. Sesungguhnya beliau seorang tulus dan tidak lokek dengan ilmunya. Kalau biasa dia mengajar muridnya hanya sehingga jam 5 petang, tetapi dengan aku melewati sehingga ke jam 3.00 pagi. Sehinggakan makan minum aku pun dia yang belanja. Aku banyak terhutang budi padanya.

Tanpa disangka, malam kelmarin dia menjejakkan kaki di rumah aku. Aku merasa bangga dia sudi datang ke rumahku. Sepatutnya kami online melalui Skype, tetapi dia terpaksa datang Kuala Lumpur untuk melawat saudaranya yang baru menjalani pembedahan di hospital Klang.

Apabila aku mendapat tahu dia berada di rumah saudaranya di seksyen 27, Shah Alam yang hanya 5 minit perjalanan dari rumah aku, aku bergegas pergi menemuinya. Rupanya dia juga ingin kenal rumah aku. Langsung aku minta dia konvoi di belakang kereta aku.

Ketika isteri dan anak-anaknya bersembang dengan isteri aku, aku jemput Abang Chob masuk ke SOHO aku….! Sempatlah kami bergambar sebagai kenangan.

Share on Facebook

Share/Save/Bookmark

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan