Sabtu, 18 Jun 2011

02 di padang serai - Google Blog Search

02 di padang serai - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di padang serai</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jun 2011 01:43 AM PDT

botanist datang ke Padang serai.

Abg Mohsein Ahli Botani dari Sarawak datang juga belajar website dengan Abg Chob.

Pagi Rabu lepas aku terima tetamu dari Bintulu, Abang Ahmad Mohsen. Seperti juga tetamu2 lain sebelum ini aku menjemputnya dari stesen Petronas Padang Serai sebaik dia menelefon aku menyatakan sudah sampai dengan bas Cityliner no 52 dari Butterworth. Dari gaya percakapannya dalam telefon sebelum ini aku sangkakan dia orang muda belia. Rupanya seorang senior government servant yg telah menghampiri usia persaraan. Rupanya beliau merupakan Division Head di Sarawak Planted Forest Sdn Bhd sebuah syarikat milik penuh kerajaan sarawak. Syarikat ini bergiat dalam aktiviti penanaman semula hutan (reforestation). Abang Mohsen membahasakan dirinya "Hang Kebun". Aku tersenyum… cepat mesra betul dia.

Kami singgah di kedai nasi kandar 24 jam bersebelahan Petronas Pdg Serai sambil pekena roti kosong dengan teh panas. Selesai sarapan kami terus ke Dewan Kecil di rumah aku dan memulakan proses pendaftaran domain dan hosting sebagai persediaan sebelum ke langkah seterusnya dalam proses membina website. Abg Mohsen nyata begitu cermat meneliti setiap langkah yang aku tunjukkan. Dia seorang yang fast learner walaupun sudah menjangkau 58 tahun. Soalan2 yang diajukan padaku juga kadang-kadang diluar jangkaanku.

sup tulang padang serai

Sup tulang di padang serai memang mengancam....!!

Kami berhenti sebentar untuk makan tengahari di restoran berhampiran rumahku. Restoran Nasi Ayam Bistro memang tersohor din Padg Serai dengan keenakan sup tulang kaki. Atas saranan aku, Abg Mohsen pesan semangkuk sup tulang kaki untuk dimakan dengan nasi panas. Fuh! bukan main berselera lagi Abg Mohsen. Rupanya dia memang penggemar sup tulang. Memang kenalah nampaknya. Bukan sekadar pekena sup tulang saja. Beliau juga sempat merakamkan gambar2 daun ulam-ulaman yang terhidang di kedai tersebut.  Aku tengok dia sempat snap gambar peria pantai, cabang tiga, putat dan janggus. "Hang Kebunlah katakan…..:). Beliau sempat berkongsi beberapa maklumat botani tentang jenis-jenis daun dan keluarga tumbuhan. Memag knowledgeable giler Abg Mohsein ni.Kami selesai sesi hari pertama tepat jam 5:30 petang. Abang Mohsen nampaknya berpuas hati dan begitu khusyuk meneliti catatan yang dibuat terus masuk ke Blackberry beliau. Bayangkan beliau tak pakai sekeping kertas pun. Semuanya elektronik. Jangan main-main !! :) .

Kami meyambung kursus hari kedua dengan tajuk baru merangkumi cara memasang sistem Autoresponder ke dalam website yang dah disiapkan kelmarin. beliau dapat menerima pelajaran dengan baik walaupun beliau sebenarnya baru pertama kali mendengar istilah autoresponder. Tak hairanlah beliau masih berkemampuan meneruskan pelajaran ke peringkat Sarjana yang dijangka habis dalam tahun ini juga. Malahan beliau turut memasang azam menamatkan PhD dalam bidang botani pada usia 62 tahun…..Bravo Abg Mohsein!! Gua tabek lu!!! Aku sendiri pun sempat cuba buat Master HRD off-campus selama setahun saja kat UPM dulu, lepas tu kantoi… budget tak cukup.. :)

Kenangan paling aku tak dapat lupa dengan Abg Mohsen. Terngaing-ngiang ungkapan Abg Mohsen menyatakan kepada aku pada petang hari pertama beliau berada di Padang Serai. "I feel very much at home lah Abg Chob, Padang Serai sungguh mendamaikan…." Hari pertama belasah sup tulang dengan cabai melaka diketuk sampai berpeluh-peluh. Hari kedua belasah sup tulang lagi. Berpeluh-peluh lagi. Sebelah malamnya selepas selesai kelas hari kedua, kami ronda-ronda sambil pekena minuman sejuk longan dengan roti canai kat kedai mamak nasi kandar. Selesai minum kami singgah di kedai gunting rambut India untuk trim kepala masing-masing. Kebetulan kedai gunting itu bersebelahan restoran sup tulang tadi. Abg Mohsein gunting dulu lepas tu aku pula ambil giliran. Sebaik saja aku selesai bulldozzer kepala aku dengan mesin no 3, aku pun bayar harga kepada tukang gunting India tadi. Baru aku sedar rupanya Abg Mohsen sudah tak ada kat kerusi di belakang aku. Dia dah keluar awal2 lagi dan sedang menunggu aku di luar kedai gunting. Aku gelak terbahak-bahak bila aku lihat Abg Mohsen dengan senyum selambanya menunjukkan aku sebungkus sup tulang ditangannya siap dengan satu pack nasi panas lagi!!!!!! Rupanya sementara menunggu aku gunting rambut, dia sempat ke kedai sebelah memesan sup tulang kegemarannya.. Dua hari belajar,  tiga mangkok sup tulang berjaya dihabiskan Abg Mohsen.

lawaknya kawan aku ni

Kelakar betul raja sup tulang dari Bintulu ni

Hari Jumaat pagi Abg Mohsen ambil bas Cityliner kembali ke Butterworth.Terus beli tiket balek ke Kuala Lumpur menjemput isterinya yang menunggu di Putrajaya sebelum terbang balek ke Bintulu…. aku kembali sunyi bersama nostalgia manis bersama Pakar Botani dari Bintulu ini….

Share on Facebook Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan