Ahad, 19 Jun 2011

02 di pendang - Google Blog Search

02 di pendang - Google Blog Search


KedahLanie.info: <b>PENDANG</b> –K&#39;jaan Negeri menggalakkan <b>di</b> Usahakan <b>...</b>

Posted: 15 Jun 2011 04:49 PM PDT

PENDANG – Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian dengan kerjasama Kedah Agro mengambil pendekatan melancarkan kempen 1 Rumah 10 Pokok Buah-buahan peringkat daerah Pendang selaras dengan tujuan Kerajaan Negeri untuk mempelbagaikan pengeluaran makanan dan meningkatkan pendapatan petani di kawasan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap pertanian, industri Asas Tani dan Perladangan Komuniti, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, penduduk perlu mengambil pendekatan program yang dilancarkan itu untuk mengusahakan tanah terbiar di kawasan halaman rumah masing-masing.

Menurutnya, program itu lebih tertumpu kepada tanaman pokok buah-buahan di kawasan perumahan masing-masing yang mempunyai tanah terbiar memandangkan banyak pokok yang ditanam di kawasan halaman masing-masing tidak memberi pulangan kepada mereka.

"Semua benih pokok buah-buahan akan dibekalkan oleh Jabatan Pertanian melalui Pengerusi Majlis Ketua-ketua Kampung (MKK) di semua kawasan yang akan mengenal pasti peserta yang akan mengikuti program yang dilancar ini.

"Pada peringkat pertama MKK akan membuat bancian di kampung masing-masing dan setelah mengenal pasti peserta yang berminat mengikuti program ini dan akan diteruskan dengan kerja-kerja gotong-royong di tanah kawasan kediaman masing-masing serta diteruskan dengan tanaman pokok buah-buahan yang diperlukan," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada majlis pelancaran kempen itu di Padang Pusing, semalam.

Sementara itu, beliau berkata, program ini bergantung kepada jumlah penduduk di setiap kampung yang ingin menyertai program ini kerana beliau berharap semua penduduk mengambil peluang yang baik ini.

"Kerajaan Negeri mencadangkan satu rumah dengan 10 pokok namun terpulang kepada peserta jika memerlukan kurang dari jumlah yang diberikan kerana bergantung kepada keluasan tanah di halaman masing-masing.

"Pokok itu boleh juga ditanam di keliling kawasan surau, masjid, dewan orang ramai dan sebagainya," katanya.

Amiruddin berkata, sebagai pelengkap kepada kempen ini Kedah Agro akan memainkan peranan penting mengatur strategi pemasaran bagi membolehkan hasil-hasil yang akan dikeluarkan nanti dapat dibeli sepenuhnya sama ada untuk pasaran tempatan, dieksport ataupun untuk diproses bagi menambah nilai produk.

"Mereka juga diberi kebebasan untuk menjual hasil tanaman mereka kepada pihak mana yang dirasai menawarkan harga tinggi namun dalam program ini juga tidak memaksa peserta menjual hasil tanaman mereka," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan