02 di pokok sena - Google Blog Search |
Ringgo Redz: <b>Pokok Sena</b> , Kedah . Posted: 03 Jun 2011 12:00 PM PDT Daerah Pokok Sena berasal dari nama sepohon pokok iaitu Pokok Sena atau nama saintifiknya "PTEROCARBUS INDICUS". Sejarah awal Daerah Pokok Sena dikesan melalui kisah kunjungan peneroka pertama iaitu Tuan Guru Haji Wan Abdul Samad seorang ulamak berasal dari Pattani, Thailand, sekitar awal tahun 1920 an. Telah diceritakan bahawa rombongan Tuan Guru Haji Wan Abdul Samad telah menyusuri Sungai Nawa sehingga tiba di satu tempat di mana terdapat sepohon Pokok Sena yang besar. Tuan Guru kemudiannya membangunkan tempat tersebut sebagai kawasan penempatan dan mendirikan sebuah sekolah pondok untuk mengajar ilmu agama kepada penduduk sekitaran. Pada waktu itu, sungai merupakan alat perhubungan utama. Pekan Pokok Sena terus berkembang dan muncul sebagai pengkalan persinggahan perahu dan tongkang yang mengangkut hasil dagangan dan barangan keperluan harian. Sebuah balai polis dibina untuk mengawal ketenteraman awam dan sebagai tempat memasung orang salah. Lokasi ini sekarang di kenali sebagai Kampung Pokok Sena Lama. Pembinaan infrastruktur jalan Pokok Sena ke Kuala Nerang telah mendorong Pekan Pokok Sena berpindah dari lokasi sekarang di Kampung Pokok Sena Lama ke kawasan sekitaran balai polis sedia ada. 8 ranting dari pohon Pokok Sena yang asal telah di tanam di sepanjang jalan dari Kampung Aman sekarang ini hingga ke hadapan Sekolah Kebangsaan Gajah Mati. Pohon Pokok Sena yang terakhir di hadapan Balai Polis Pokok Sena telah ditebang pada pertengahan tahun 2006 untuk memberi laluan pembinaan lampu isyarat Pekan Pokok Sena. Sebagai mengenang jasa peneroka Allahyarham Tuan Guru Haji Wan Abdul Samad, Sekolah Kebangsaan Gajah Mati telah dinamakan sebagai Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad pada 26 Mei 1983. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
TERATAK IMPIAN BUKIT LALA: MASANYA SUDAH TIBA Posted: 20 Jun 2011 01:31 AM PDT Pokok menghijau kiri dan kanan Air periginya bersih, minum silalah cuba Kebebasan pincang kehidupan rakyat tertekan Ubahlah sekarang masanya sudah tiba Kampung Bukit Lala di Pokok Sena Persekitrannya menghijau indah selesa Wang rakyat sering disalah guna Pemimpin leka tidak rasa berdosa • Youtube: " Green, quiet and peaceful ". • Bawah: Jalan kampung di Bukit Lala, Pokok Sena. • tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di pokok sena - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan