Isnin, 20 Jun 2011

02 di sik - Google Blog Search

02 di sik - Google Blog Search


Kalah <b>di Sik</b> tapi dapat jawatan di Negeri

Posted: 19 Jun 2011 09:31 PM PDT

"Bagaimanapun, berlaku sedikit kejutan di Sik dan Kulim Bandar Baharu apabila ADUN Jeneri, Mohd Yahya Abdullah gagal mempertahankan jawatan YDP Pas Sik setelah tewas di tangan Ahli Parlimen Sik, Che Ya Che Nik, manakala Pegawai Khas Menteri Besar, Hassan Razak turut mengekal jawatan YDP Kulim Bandar Baharu setelah mengetepikan cabaran sengit ADUN Kulim Bandar Baharu, Yaakub Hussin," katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian lewat petang semalam.

Musoddak berkata, kejutan lain yang berlaku di Sik apabila Setiausaha Politik Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor turut tewas dalam pemilihan jawatan Timbalan YDP Sik di tangan Bakar Baqilani Hassan.

Menurutnya, di sebalik kejutan dan keputusan luar jangkaan yang dicatatkan di beberapa Pas kawasan, keseluruhan perjalanan pemilihan lancar dan tidak mempunyai sebarang masalah setelah satu jawatankuasa khas bagi dibentuk memantau proses pemilihan.


Pemilihan di Sik ini mencatatkan satu sejarah dimana seorang Setiausaha Politik MB gagal dalam merebut jawatan sebagai Timbalan YDP. Jika dilihat secara keseluruhan Sanusi bukan menjadi pilihan utama penyokong-penyokong PAS di Sik. 

Tetapi yang menariknya, semua calon yang memihak kepada ADUN Jeneri ini tumbang kepada kumpulan Cikgu Uda. Ini bermakna semua wakil-wakil dari kawasan Jeneri sudah tiada dan diganti oleh kebanyakannya calon dari Sik atau Belantik.

Apakah PAS Sik sudah berpecah?

Apakah Jeneri bakal ditawan kembali oleh UMNO? Jawapannya terletak kepada siapa calon yang bakal mewakili UMNO.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

~ SEKRETARIAT UMMAH BERSELAWAT ~: MAJLIS UMMAH BERSELAWAT <b>DI SIK</b> <b>...</b>

Posted: 16 Jun 2011 08:30 AM PDT

1. Dari Abdul Muthalib ibnu Rab'ah ibnul Khariif, katanya Rasulullah SAW telah bersabda : " Sesungguhnya sedeqah itu berasal dari kotoran harta manusia dan ia tidak dihalalkan bagi Muhammad mahupun bagi keluarga Muhammad ." (HR Muslim)

2. At-Thabarani dan lain-lain mengketengahkan sebuah Hadeeth yang bermaksud; "Belum sempurna keimanan seorang hamba Allah sebelum kecintaannya kepadaku melebihi kecintaannya kepada dirinya sendiri; sebelum kecintaannya kepada keturunanku melebihi kecintaannya kepada keturunannya sendiri; sebelum kecintaannya kepada ahli-baitku melebihi kecintaannya kepada keluarganya sendiri, dan sebelum kecintaannya kepada zatku melebihi kecintaannya kepada zatnya sendiri ."

3. Diriwayatkan oleh Ahmad dan At-Tarmizi dari `Ali RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :"Barangsiapa mencintai kedua orang ini, yakni Hassan,Hussein dan ayah serta ibunya, maka ia bersama aku dalam darjatku di Hari Kiamat

4. Ibnu `Abbas RA berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda : "Cintailah Allah atas kenikmatan yang diberikanNya kepadamu sekelian dan cintailah aku dengan mencintai Allah dan cintailah ahlul-baitku kerana mencintaiku"

5. Ad- Dailami meriwayatkan sebuah Hadeeth dari `Ali RA yang menyebut sabda Rasulullah SAW: "Di antara kalian yang paling mantap berjalan di atas sirath ialah yang paling besar kecintaannya kepada ahlul-baitku dan para sahabatku."

6. Diriwayatkan oleh At-Thabarani, bahawa Jabir RA mendengar `Umar ibnu Khattab RA berkata kepada orang ramai ketika mengahwini Ummu Kalthum binti `Ali bin Abu Thalib : "Tidakkah kalian mengucapkan selamat untukku? Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ` Semua sabab (kerabat) dan nasab (salasilah keturunan) akan terputus pada hari kiamat kelak kecuali kerabat dan nasabku'.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan