Sabtu, 2 Julai 2011

02 di kuala kedah - Google Blog Search

02 di kuala kedah - Google Blog Search


MBAS Bina Parkir Bertingkat <b>Di</b> Jeti <b>Kuala Kedah</b> | MyNewsHub (BM)

Posted: 28 Jun 2011 01:54 AM PDT

ALOR SETAR – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) akan membina tempat letak kenderaan bertingkat berhadapan Jeti Kuala Kedah bagi mengatasi masalah kekurangan ruang parkir di kawasan berkenaan.

Datuk Bandar Datuk Khazali Din berkata pembinaan parkir bertingkat itu telah lama dirancang tetapi belum mendapat peruntukan untuk memulakan pembinaan.

"Bagaimanapun, kita akan tetap mulakan pembinaannya dalam masa terdekat menggunakan peruntukan sendiri dan akan cuba disiapkan sebelum hujung tahun ini bagi memudahkan pelancong ke Langkawi meletak kenderaan dengan selamat tanpa menggunakan perkhidmatan parkir swasta di kawasan itu.

"Kita akan bina di tapak tempat letak kereta MBAS di hadapan jeti. Buat masa sekarang, hanya 120 kereta yang muat untuk diletakkan di situ dalam satu masa dan jika parkir bertingkat itu siap ia boleh memuatkan 500 kereta dalam satu masa," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat bulanan di pejabat MBAS di sini pada Selasa.

Beliau berkata kos pembinaan parkir itu dianggarkan RM7 juta dan pembinaan juga termasuk tempat untuk meletak motosikal.

Khazali berkata di Kuala Kedah, tedapat beberapa pihak yang membuat parkir persendirian kepada orang awam yang akan ke Langkawi, tetapi kebanyakan mereka tidak mempunyai permit.

"Kami tidak mengeluarkan permit kepada mereka kerana mereka tidak mengikut piawaian yang ditetapkan terutama dari segi keselamatan kenderaan yang diparkir," katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain beliau berkata MBAS menawarkan ruang niaga sempena bulan Ramadan di Kompleks MBAS.

"Orang ramai yang berminat untuk berniaga di Kompleks MBAS boleh datang ke pejabat MBAS mulai 1 Julai ini bagi mengambil borang perniagaan. Terdapat 35 tapak yang masih kosong dan sewa dikenakan sebanyak RM680 sebulan," katanya.

Beliau berkata terdapat juga tapak bazar Ramadan yang masih kosong dan peniaga makanan yang berminat boleh mendapatkan borang di pejabat MBAS.

"Kami menyediakan 1,322 tapak perniagaan makanan di 14 lokasi manakala untuk perniagaan pakaian dan perhiasan, sebanyak 239 tapak perniagaan disediakan sepanjang bulan Ramadan ini. – BERNAMA

Berita Berkaitan:

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan