ads

Selasa, 5 Julai 2011

02 di kuala kedah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di kuala kedah - Google Blog Search


Masjid RM1.4 Juta <b>Di Kuala Kedah</b> | MyNewsHub (BM)

Posted: 05 Jul 2011 01:15 AM PDT

ALOR SETAR -  Masjid jamek dengan nilai kontrak hampir RM1.4 juta akan   Bersatu, Kuala Kedah dekat sini.

Masjid yang dibina di atas tanah milik Majlis Agama Islam Negeri Kedah itu direkabentuk dengan keluasan 892.87 meter persegi.

Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri Kedah Ahmad Nasir Khosri, projek yang akan dilaksanakan oleh PLMS Trading Sdn. Bhd. itu dijangka siap pada Jun 2012.

"Masjid Jamek Al-Wahdatul Islamiah, Taman Bersatu, Kuala Kedah ini mampu menampung jemaah seramai 1,000 orang pada satu-satu masa apabila siap dibina," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima Tender Projek Membina Bangunan Masjid Jamek Al-Wahdatul Islamiah, Taman Bersatu, Kuala Kedah dekat sini.

Projek itu ditender secara terbuka dan PLMS Trading Sdn. Bhd. berjaya mendapatnya dengan nilai kontrak hampir RM1.4 juta.

Sementara itu, Ahmad Nasir berkata, Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan RM15.27 juta bagi melaksanakan projek keagamaan di Kedah pada tahun ini.

Menurutnya, ia melibatkan 63 projek dengan 27 daripadanya telah siap dilaksanakan, 12 dalam proses tender dan dua ditangguh disebabkan masalah tapak.

Manakala, kata beliau, 21 lagi projek dalam pembinaan dan satu projek telah diserahkan tapak kepada kontraktor pada hari ini.

Tambahnya, pada tahun 2010 kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan bagi projek-projek keagamaan negeri Kedah berjumlah RM3.89 juta dengan bilangan projek 49 kesemuanya.

Jelas beliau, daripada jumlah itu 47 telah siap dan berbaki dua projek iaitu satu projek dalam proses tender dan satu projek lagi serah tapak kepada kontraktor pada 28 Jun lalu.

dibina di Taman

Berita Berkaitan:

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved