Ahad, 24 Julai 2011

02 di kulim - Google Blog Search

02 di kulim - Google Blog Search


YB MOHD TAJUDIN ABDULLAH: Masyarakat India <b>Di Kulim</b> Kembali Sokong <b>...</b>

Posted: 11 Jul 2011 05:01 PM PDT


KULIM, 11 Julai (Bernama) -- MIC yakin sokongan terkini pengundi-pengundi kaum India dalam kawasan Parlimen Kulim/Bandar Baharu dan dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di situ akan kembali kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Presiden MIC Datuk G. Palanivel berkata ia berdasarkan tinjauan yang dibuat oleh MIC bahagian itu melibatkan pengundi-pengundi di situ termasuk hampir 7,000 pengundi kaum India.

Berucap pada Majlis Juara Rakyat anjuran BN Kulim/Bandar Baharu di Dewan Kelab Penghiburan Orang-Orang Cina (CRC)di sini malam tadi, Palanivel berkata pengundi-pengundi kaum India di kawasan tersebut telah beralih haluan dan kini menyokong MIC berbanding pada pilihan raya umum lepas.

Hadir sama pada majlis tersebut adalah Pengerusi BN Bahagian Kulim/Bandar Baharu Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir, Pengerusi Perhubungan MIC Kedah S. Ananthan, Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) Syed Ibrahim Abdul Kadir dan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak Datuk S. Ganesan, selain hampir 3,000 anggota MIC.

Palanivel, yang juga Timbalan Menteri Perusahan Peladangan dan Komoditi itu berkata sambutan masyarakat India yang kembali kepada MIC kini bukan sahaja di kawasan utara tetapi juga di sekitar kawasan Selangor dan Perak yang berlaku sejak tiga tahun.

Syed Ibrahim yang turut berucap pada majlis itu berjanji akan membantu BN untuk mengembalikan semula Kedah kepada BN seperti dulu.

"Kita tidak dapat saksikan apa-apa pun kemajuan yang dilakukan kerajaan Pas Kedah, nyata kerajaan Pakatan Rakyat telah menipu pengundi yang pada mulanya amat percayakan janji pilihan raya mereka tapi hakikatnya itu hanya janji kosong," katanya.

-- BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan