02 di langkawi - Google Blog Search |
5S IKML: BENGKEL AMALAN 5S <b>DI</b> TEMPAT KERJA, PULAU <b>LANGKAWI</b> Posted: 19 Jun 2011 07:54 PM PDT Alhamdulillah, pada 13 - 16 Jun 2011 telah berlangsungnya satu Bengkel Amalan 5S Di tempat Kerja yang disertai oleh kakitangan MARA seluruh Malaysia dengan kerjasama IKM Lumut, ILKM dan MRSM Langkawi. Bengkel selama 4 hari 3 malam ini melibatkan kakitangan sokongan dari pelbagai pusat termasuklah IKM, MRSM, MARA Negeri & Daerah dan wakil dari Bahagian Aset & Perolehan yang dikendalikan oleh pemudahcara jemputan dari IKM Lumut iaitu Tn. Hj Kamaruzaman b. Osman, En. Ab. Aziz b. Abdullah dan Ustz. Kamelah bt Abdullah. Agenda bengkel pada kali ini melibatkan aplikasi secara terus Amalan 5S di tempat kerja dan MRSM Langkawi dipilih untuk menjadi tempat bagi para peserta mengaplikasikan Amalan 5S yang dipelajari. Pada hari pertama bengkel, peserta diberi taklimat mengenai Amalan 5S dan cara pelaksanaannya di tempat kerja oleh Tn. Hj Kamaruzaman Osman pada sebelah paginya. Selepas makan tengahari, semua peserta dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing dan dibawa melawat ke MRSM Langkawi untuk meninjau tempat-tempat yang telah dikenalpasti oleh pemudahcara dan pihak MRSM Langkawi untuk diaplikasikan Amalan 5S ini. Antara tempat yang dikenalpasti ialah Pejabat, Pusat Sumber Pelajar, Makmal Komputer, Makmal Fizik & Biologi dan persekitaran Bangunan Pentadbiran. Pada hari kedua bermulalah bengkel aplikasi 5S di MRSM Langkawi dan para peserta dilihat begitu komited dan bersemangat untuk mempersembahkan hasil yang dilaksanakan. Walaupun dengan masa yang diperuntukkan agak singkat, para peserta dapat melakukan satu perubahan dan penambahbaikan yang baik dan dilihat dapat memahami pendekatan Amalan 5S yang cuba diamalkan. Pada hari terakhir bengkel, peserta diminta mempersembahkan hasil yang telah dibuat di tempat masing-masing. Ini dapat menjelaskan perbezaan sebelum dan selepas Amalan 5S yang dilaksanakan. Pada sesi terakhir ini, wakil MRSM Langkawi iaitu Tn. Hj Shabani b. Ahmad dan Tn. Hj Roslam turut diundang bagi melihat kesan pelaksanaan Amalan 5S yang telah dijayakan oleh peserta-peserta bengkel pada kali ini. Akhirnya, terima kasih yang tidak terhingga kepada MRSM Langkawi diatas kesudian menjadi tempat bagi bengkel aplikasi Amalan 5S ini dan kepada semua para peserta bengkel, diharapkan dengan pendedahan yang diberikan, dapat dilaksanakan dan diamalkan di pusat masing-masing. Semoga sedikit perubahan yang dibawa dapat menjadi satu lonjakan paradigma kepada semua pusat di bawah MARA untuk terus mengamalkan Amalan Pesekitaran Berkualiti 5S ini.. Wassalam... Bergambar kenang-kenangan bersama-sama Tn. Hj Roslam Gambar-gambar sepanjang bengkel, sila klik http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.218460758184588 Efisien Produktif Kualiti, 5S Budaya Kita Amalan Kita Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di langkawi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan