ads

Isnin, 18 Julai 2011

02 di sik - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di sik - Google Blog Search


Penghuni PPRT <b>Di Sik</b> Rayu Atasi Masalah Bekalan Air | MyNewsHub (BM)

Posted: 15 Jul 2011 01:59 AM PDT

SIK – Pihak berkuasa dirayu segera menyelesaikan masalah bekalan air yang dihadapi lebih 100 keluarga di kawasan Program Penempatan Rakyat Termiskin (PPRT) di kampung Sungai Senang di sini sejak 20 tahun lepas.

Penduduk berkenaan mendakwa mereka menghadapi masalah bekalan air sejak 1991 dan hanya bergantung kepada bekalan air yang dihantar dua kali seminggu oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Pengerusi Pertubuhan Kerabat DiRaja Kedah (PKDK) Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya yang meninjau keadaan penduduk terbabit hari ini berkata suri rumah terpaksa berjalan sejauh dua kilometer untuk ke sungai berdekatan untuk keperluan harian jika air yang dibekalkan tidak mencukupi.

"Lebih memeritkan pernah berlaku kematian di kalangan penduduk di sini dan terpaksa menunggu bekalan air dihantar dengan lori untuk memandikan jenazah" katanya kepada pemberita.

Katanya keadaan itu sukar diterima kerana kawasan penempatan itu terletak dalam jarak 10km dari tasik empangan Beris yang membekalkan air ke beberapa kawasan di Kedah.

"Malah di daerah Sik terdapat dua empangan iaitu Hulu Muda dan empangan Beris," kata Tengku Zainol yang berjanji akan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati dua tangki air di kampung itu sudah rosak dan setiap rumah terpaksa menyediakan tong untuk menyimpan air yang dihantar JKR.

Seorang daripada penduduk, Salmah Lat, 53, berkata berjalan kaki sejauh dua kilometer setiap hari untuk mendapatkan bekalan air sudah menjadi perkara biasa bagi dirinya dan penduduk di situ. – BERNAMA

Berita Berkaitan:

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved