Rabu, 6 Julai 2011

02 di tanjung dawai - Google Blog Search

02 di tanjung dawai - Google Blog Search


@Laman Maya ckLah: Sekejap <b>di Tanjung Dawai</b>...

Posted: 06 Jul 2011 12:24 AM PDT

Pada suatu hari Sabtu.
Culik sebentar Dia dari kampusnya di Merbok, sebab Bin teringin benar tengok kakaknya. Masa hantar kakaknya dua bulan lalu dia tak dapat ikut kerana tinggal di asrama. Kami bawa anak-anak ke Lembah Bujang dan Tanjung Dawai....
Berehat-rehat di tepi laut. Di seberang sana Pantai Merdeka. Sambil makan, bercerita melepas rindu. Hmmmm, banyak cakap pula budak ni, setelah 2 bulan belajar undang-undang. Dulu, tanya sepatah jawab sepatah. Dulu lebih banyak mendengar dari bercakap. Tapi, sesekali bercakap, kita boleh terdiam dibuatnya!"Tiap hari kena bercakap depan orang!" katanya bercerita dengan penuh yakin. Perubahan yang positif. Alhamdulillah...

Hampir seluruh kedai makan di sini ada jual juadah ini....depa panggil 'choq gadong!'. Tak pula saya mencubanya. Dibuat dari sejenis ubi dan dimasak seperti pulut panggang. Anak kata sedap...

Keropok lekornya boleh tahan.....terasa ikannya. Taklah macam getah skrap goreng seperti yang sering dijumpai di pasar-pasar malam.

Kebanyakan barang makanan kering, kuih tradisional dan jajanan yang dijual macam di Pasar Khadijah Kota Bharu. Macam di Padang Besar pun ada. Hasil laut kering yang segar, macam di Pangkor pun ada. Sempat menyambar belacan udang tumbuk empat lima ketul sebagai buah tangan kepada kawan-kawan suri rumah, ikan terubuk masin dan suku sakat ikan, ikan bilis , sotong dan udang kering yang baru dan segar....
Masa balik, singgah lagi di hentian sebelah Bukit Gantang. Cari ini lagi...mencicah dengan kuah rojak Mak Bee lagi...

Sekian, Kak Ram Singh walia melaporkan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan