Isnin, 1 Ogos 2011

02 di baling - Google Blog Search

02 di baling - Google Blog Search


KedahLanie.info: Maksiat <b>di Baling</b> terkawal

Posted: 09 Jun 2011 03:58 PM PDT


BALING - Kegiatan maksiat dalam kalangan lelaki dan perempuan bukan muhrim di daerah ini terkawal berikutan kerjasama orang ramai dan operasi berkala oleh Jabatan Agama Islam Baling.

Pegawai Jabatan Agama Baling, Mohd Haizan Hamzah berkata, masalah maksiat di daerah ini kurang berbanding daerah perindustrian.

"Daerah perindustrian terdedah kepada gejala maksiat seperti khalwat kerana terdapat banyak rumah sewa dan kapasiti pekerja yang ramai. Sehubungan itu, peratusan maksiat di daerah berkenaan adalah tinggi berbanding Baling yang bukan daerah perindustrian.

"Walaupun begitu, tidak dinafikan, masih ada gejala maksiat di daerah ini terutama di kawasan rekreasi," katanya kepada Sinar Harian

Menurutnya, segala aduan daripada mana-mana pihak amat dialu-alukan untuk memastikan gejala tidak sihat ini terus menular dalam kalangan remaja.

"Saya turut menyarankan kepada orang ramai supaya menegur sikap anak muda yang berkelakuan tidak senonoh di tempat awam," katanya.

Katanya, pendekatan nasihat lebih baik diberikan kepada golongan ibu bapa berbanding anak-anak mereka yang terlibat dengan gejala tidak sihat ini.

"Sepatutnya ibu bapa perlu menjadi contoh kepada anak-anak mereka seterusnya mengelakkan sebarang perkara yang tidak sihat," katanya.

Menurutnya, kepimpinan yang baik ini perlu diterapkan sejak anak mereka masih kecil bukan selepas anak mereka melangkah ke alam dewasa.

"Sehubungan itu, saya menyeru kepada ibu bapa supaya menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya supaya anak-anak mereka menjadi insan yang soleh dan solehah," katanya.

Katanya lagi, berdasarkan kajian yang dibuat, kebanyakan remaja yang ditahan melakukan maksiat berikutan tidak menunaikan solat.[sinarharian]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan